P. 1
Konsep Bahasa

Konsep Bahasa

|Views: 3,314|Likes:
Published by Adawiyah Ajos
BAB 1
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengetahuan tentang konsep bahasa dan ciri-cirinya amat mustahak dalam kalangan guru khususnya guru bahasa. Pengetahuan tentang perkara ini membolehkan para guru menjana idea yang lebih kreatif dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga pengetahuan dalam bidang fonologi akan memudahkan para guru merancang pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa dengan lebih sempurna dan efektif. 1.2 Objektif Kajian Kajian ini
BAB 1
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengetahuan tentang konsep bahasa dan ciri-cirinya amat mustahak dalam kalangan guru khususnya guru bahasa. Pengetahuan tentang perkara ini membolehkan para guru menjana idea yang lebih kreatif dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga pengetahuan dalam bidang fonologi akan memudahkan para guru merancang pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa dengan lebih sempurna dan efektif. 1.2 Objektif Kajian Kajian ini

More info:

Published by: Adawiyah Ajos on Jan 10, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/06/2013

pdf

text

original

BAB 1

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengetahuan tentang konsep bahasa dan ciri-cirinya amat mustahak dalam kalangan guru khususnya guru bahasa. Pengetahuan tentang perkara ini membolehkan para guru menjana idea yang lebih kreatif dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga pengetahuan dalam bidang fonologi akan memudahkan para guru merancang pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa dengan lebih sempurna dan efektif. 1.2 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk : 1.2.1. Menjelaskan konsep bahasa ; 1.2.2. Menjelaskan ciri-ciri sesuatu bahasa ; dan 1.2.3. Menjelaskan cara-cara penghasilan bunyi-bunyi vokal 1.3 Kaedah kajian Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan iaitu dengan merujuk buku-buku dan bahan bukan buku seperti jurnal, majalah dan internet. 1.4 Batasan Kajian Kajian ini terbatas kepada pendefinisian bahasa dan ciri-ciri sesuatu bahasa yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Manakala bahagian bunyi-bunyi vokal pula terbatas kepada bunyi vokal biasa dalam Bahasa Melayu baku.

vii. ix.6) . p. Dalam kajian ini konsep bahasa ialah pamparan enam definisi bahasa yang dikemukakan tokoh-tokoh bahasa berlainan dan disertai dengan satu kesimpulan. Menurut Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2003. v. vi. bahasa mempunyai sembilan ciri khusus iaitu . Konsep Bahasa Menurut Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2003.5. iii. ii. i. 1.1) .1. viii. p.1. Bahasa mempunyai system Bahasa mengandungi symbol Bahasa terdiri daripada bunyi-bunyi Bahasa dilambangkan secara struktur Bahasa bersifat arbitrary Bahasa ialah pertuturan Bahasa dipelajari dan bukan diwarisi Bahasa mempunyai makna Bahasa sebagai alat komunikasi Bagi tujuan kajian ini.5. Ciri-ciri Bahasa Ciri-ciri bahasa ialah sifat-sifat khusus yang dimiliki dan membezakan antara bahasa dan bukan bahasa. bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. setiap satu ciri di atas akan dihuraikan secara terperinci.2. .5 Definisi Konsep 1. iv.

Menurut Bloch dan Trager (1942).perasaan dan keinginan melalui bunyi. 52) . Menurut G. 2008.1.1. peranan dan fungsinya.1.0 KONSEP BAHASA Bahasa telah didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi bahasa. 2. 2008.p. bahasa ialah satu sistem lambang vokal yang arbitrari dan bermakna yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung sebagai satu cara mereka bersosialisasi. p. p.sama ada terbatas atau tidak dan setiap ayat yang terbatas panjangnya dibina oleh satu set elemen yang terbatas juga.4. Menurut Edward Sapir (1921) (dalam Siti Hajar Abdul Aziz. 2008.Trager (1949). bunyibunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapat sebarang getaran atau geseran. . 2008. Dalam kajian ini akan dijelaskan bagaimana bunyi-bunyi vokal itu terhasil secara terperinci dan disertai dengan rajah-rajah yang sesuai. BAB 2 2.1. 2. Bunyi-bunyi Vokal Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2001.bunyi bahasa yang dituturkan´. 2. (dalam Siti Hajar Abdul Aziz. Bahasa didefinisikan sebagai system lambing-lambang vokal yang digunakan oleh manusia oleh berkomunikasi. (dalam Siti Hajar Abdul Aziz.3.52) .52) bahasa ialah ³yang sering digunakan oleh manusia dan merupakan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan idea. p.1.3.129) . 2.5. Menurut Noam Chomsky (1957) (dalam Siti Hajar Abdul Aziz. Proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan juga pendengar.2. pg.52) bahasa ialah set ayat.1.

4. (dalam Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. bahasa merupakan institusi yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain yang mengandungi makna dan dan me ngg una ka n la mb an g. 1) Bahasa sebagai satu sistem Semua bahasa mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Gabungan daripada kedua-duanya akan menghasilkan bunyibunyi yang bermakna. Dalam bahasa. Hall (1964). p.2008. pada hakikatnya bahasa mempunyai sifat dan ciri sepunya yang dikongsi bersama. susunan perkataan. Namun. (dalam Siti Hajar abdul Aziz.0 CIRI-CIRI BAHASA Bahasa-bahasa di dunia adalah berbeza antara satu sama lain.5. Hal ini kerana bentuk dan kedudukan perkataan akan memberikan makna kepada sesuatu bahasa. Set-set konsonan dan vokal bagi setiap bahasa boleh bercantum dan menghasilkan ayat-ayat yang berbeza.1. Bahasa mempunyai susunan yang tertentu dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan . 2. nahu atau struktur sintaksis. Menurut R. 52) . p. semua percantuman unit dan struktur dapat dilakukan dan memberikan makna yang sempurna. BAB 3 3.la mb a ng ar bitra ri lisan ± pe nde nga ran . Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur. Manakala sistem pula bersifat berperaturan. terutamanya dari segi bunyi dan bentuk. Menurut Michael Halliday (1973). . dengan mematuhi cara dan peraturan yang terdapat dalam sesuatu sistem bahasa.A. Bahasa mempunyai ciri yang universal dan semua bahasa terdiri daripada konsonan dan vokal.2. bahasa ialah satu urutan kemungkinan dan pilihan tingkah laku yang bersesuaian dengan individu sebagai manusia yang bersosialisasi.52) .1.

bahasa boleh berlaku dengan dua cara iaitu secara lisan atau tulisan. 3) Bahasa sebagai alat komunikasi Melalui komunikasi. bahasa juga melibatkan dua perkara. Simbol digunakan untuk merujuk kepada perkataan-perkataan atau ungkapanungkapan yang membentuk simbol tersebut. seseorang dapat merakam pertuturan atau menuliskannya di dalam buku untuk pengetahuan generasi yang terkemudian daripadanya. Oleh sebab itu. manusia dapat menyampaikan pandangan kepada orang lain dan juga dapat mewarisi serta mempelajari semua yang diperoleh daripada individu terdahulu. manusia masih mampu untuk berkomunikasi walaupun penutur dan pendengar tidak berhadapan antara satu sama lain. . Dalam bahasa. ciri-ciri konteks komunikasi yang terdiri daripada penutur. topik pembicaraan. Selain itu. pendengar. Sebagai contoh. semua isyarat dihantar melalui saluran komunikasi yang tertentu. Dalam proses komunikasi.2) Bahasa sebagai satu simbol Bahasa merupakan simbol isyarat bersuara antara penutur dan pendengar. latar belakang dan tujuan komunikasi perlulah dititikberatkan. iaitu jarak tempat dan jarak masa. Sebagai satu alat komunikasi. Dari segi jarak masa pula. Makna juga bersifat arbitrari kerana makna sukar dikenal pasti hanya dengan melihat bentuk simbol tersebut. semua bahasa di dunia mempunyai perkataan yang berlainan bagi merujuk kepada benda yang sama. 4) Bahasa bersifat arbitrari Bahasa bersifat arbitrari bermaksud bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan tidak semestinya berkaitan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Bahasa tersebut mudah difahami oleh semua pihak dan dapat menyatukan semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia. di Negara Malaysia. Dengan kecanggihan teknologi pada hari ini. bahasa Melayu telah dipilih untuk mewakili semua kelompok penutur bahasa yang terdapat di negara ini.

. Walau bagaimanapun. semua bahasa mempunyai huraian yang tersendiri dari segi tatabahasa dan tidak dapat diseragamkan untuk bahasa yang berbeza-beza. 7) Bahasa bersifat dinamis Sesuatu bahasa itu berpontensi untuk berkembang. keluarga dan masyarakat sekeliling kita. Namun. jika seorang bayi Cina dilahirkan dan dibesarkan oleh keluarga berbangsa Melayu. maka bahasa yang diperolehnya adalah bahasa Melayu bukan bahasa Cina.5) Bahasa bersifat unik Bahasa bersifat unik bermaksud setiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu. struktur dan tatabahasa sesuatu bahasa lazimnya tidak akan berubah. Pertembungan kebudayaan akan menyebabkan pertambahan dan pengayaan perbendaharaan kata sesuatu bahasa. struktur sintaksis. istilah-istilah khusus yang digunakan. Sebagai contoh. tetapi bangsa lain seperti Cina dan India juga bebas untuk mempelajari dan menuturkannya kerana bahasa menjadi milik bersama. Sebagai contoh. 8) Bahasa bersifat bervariasi Bahasa bersifat bervariasi bermaksud satu-satu bahasa itu mempunyai kepelbagaian tersendiri seperti cara dan gaya mengajarkannya. 6) Bahasa bersifat sejagat Sesuatu bahasa bebas dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja kerana setiap bahasa itu bersifat sejagat atau universal. pelbagai dialek dan juga laras bahasa yang digunakan. bahasa Melayu tidak khusus terhadap bangsa Melayu sahaja. Bahasa tidak boleh diwarisi tetapi dipelajari secara tidak langsung daripada ibu bapa. membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan selagi berlakunya komunikasi antara satu sama lain.

terdapat lapan bunyi vokal dalam bahasa Melayu. telah memperkenalkan diagram vokal kardial untuk memudahkan gambaran tentang kedudukan bunyi-bunyi vokal. dalam Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar) . bibir dan lelangit lembut.1 Bunyi Vokal Bunyi vokal ialah bunyi bersuara yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara.0 CARA-CARA MEMBUNYIKAN VOKAL BAHASA MELAYU 4.0 Kedudukan Vokal dalam Bahasa Melayu . Danial Jones (1956. tetapi hanya enam sahaja yang biasanya berlaku dalam pertuturan bahasa Melayu standard. Alat artikulasi yang turut terlibat secara langsung dalam penghasilan bunyi vokal ialah lidah.BAB 4 4. RAJAH 1. Secara keseluruhannya. udara dari paruparu keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan tanpa sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran. Pita suara merupakan alat yang penting sekali dalam penghasilan bunyi. Semasa menghasilkannya.

manakala bahagian di sebelah kanan dinamakan bahagian belakang lidah dan di tengah dinamakan bahagian tengah lidah. bibir juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan bunyi vokal.1 Keadaan bibir dalam penghasilan vokal .0 merupakan keratan rentas lidah manusia yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian sebelah kiri dinamakan bahagian hadapan lidah.Rajah 1. Garis yang melintang merupakan gambaran ketinggian lidah dinaikkan. Selain itu. Bunyi vokal dibezakan mengikut tinggi atau rendah lidah diangkat. RAJAH 1. Rajah di bawah menunjukkan gambaran tentang keadaan bibir semasa menghasilkan setiap bunyi vokal.

2 Cara membunyikan setiap vokal 4. Lidah dan saiz rongga mulut dan bentuk bibir merupakan alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini. Bagi menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. a) Vokal depan sempit [i] Bibir berada dalam keadaan terhampar.2. [ ] dan [a]. Manakala lelangit keras merupakan daerah artikulasi yang terlibat. Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. [e]. Vokal depan Vokal depan ialah bunyi [i]. Contoh penggunaan vokal [i] : Awal Ikan [ikan] Iman [iman] Tengah Bila [bila] Sila [sila] Akhir Tali [tali] Padi [padi] .1. anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.4.

Bagi menutup rongga hidung.b) Vokal depan separuh sempit [e] Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi. anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Contoh penggunaan vokal [e] : Awal Ekor [ekor] Elok [elo ] Tengah Sepet [sepet] Leher [leher] Akhir Sate [sate] Kole [kole] . Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

Contoh penggunaan vokal [ ] : Awal Enak [ na ] Esa [ sa] Tengah Belok [b lo ] Belek [b l ] Akhir Tempe [temp ] Tauge [taug ] . Bagi menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.c) Vokal depan separuh luas / lapang [ ] Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

d) Vokal depan luas / lapang [a] Bibir berada dalam keadaan terhampar. Contoh penggunaan vokal [a] : Awal Aku [aku] Anak [ana ] Tengah Saya [saya] Hati [hati] Akhir Kita [kita] Bila [bila] . Bagi menutup rongga hidung. Depan lidah diturunkan serendah mungkin. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

Bagi menutup rongga hidung.2.2. Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut.4. a) Vokal belakang sempit [u] Bibir berada dalam keadaan bundar. Contoh penggunaan vokal [u] : Awal Ulat [ulat] Ulam [ulam] Tengah Bulat [bulat] Sulam [sulam] Akhir Dadu [dadu] Batu [batu] . . [o] dan [ ]. Manakala rongga mulut dan saiz bukaan mulut menentukan kadar bukaan luas. Lidah dan lelangit lembut merupakan alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini. Daerah artikulasi yang terlibat pula ialah lelangit keras. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Vokal Belakang Vokal belakang ialah bunyi [u].

. Bagi menutup rongga hidung. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Contoh penggunaan vokal [o] : Awal Ombak [omba ] Obor [obor] Tengah Sorak [sora ] Akhir Soto [soto] Bola [bola] Koko [koko] . Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.b) Vokal belakang separuh sempit [o] c) Bibir berada dalam keadaan bundar.

Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.d) vokal belakang separuh luas / lapang [ ] Bibir berada dalam keadaan bundar. Bagi menutup rongga hidung. Contoh penggunaan vokal [ ] : Awal Oleh [ol h] Orang [ ra ] Tengah Bolot [b l t] Botak [b ta ] Akhir Soto [s t ] Teko [tek ] . Belakang lidah dinaikkan separuh rendah.

anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Vokal tengah Vokal depan ialah bunyi [ ]. Contoh penggunaan vokal [ ] : Awal Emak [ ma ] Empat [ mpat] Tengah Lelah [l lah] Tenat [t nat] . Tengah lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras.3. Bagi menutup rongga hidung.4.2. Bibir berada dalam keadaan hampar dengan bundar. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

2008. p. definisi bahasa yang diberikan oleh ahliahli bahasa tidaklah muktamad. 99) . Bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bahasa dan bunyi-bunyi bersuara. ciri bahasa sebagai alat komunikasi memang terdapat pada semua bahasa di dunia ini kerana ia merupakan asas kepada kewujudan bahasa itu sendiri. Hal ini bermakna definisi baharu bagi bahasa boleh sahaja terhasil mengikut keperluan dan fungsi bahasa pada sesuatu zaman itu. Ciri-ciri ini tidak khusus bagi bahasa Melayu sahaja tetapi juga bagi semua bahasa di dunia.0 KESIMPULAN Berdasarkan penjelasan yang diberikan. Dari segi ciri bahasa yang disenaraikan. Vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal depan. Jika keadaan pita suara tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya. belakang dan juga tengah yang dapat menghasilkan bunyi-bunyi yang tersendiri. bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia yang lain. Alat artikulasi boleh menghasilkan bunyi dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi. kita dapat simpulkan bahawa bahasa mempunyai sifat semula jadi dan universal. Sebagai contoh.5. (dalam Siti Hajar Abdul Aziz. Bunyi-bunyi bersuara ini mempunyai kaitan dengan keadaan pita suara (glotis). maka berlakulah getaran pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Menurut Asmah Hj Omar (1986). .

Kuala Lumpur : PTS Professional. Sistem Bunyi Bahasa Melayu dalam http://www. 2006.my/tutor/arkib2002.com.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&t=&r= m&i=NOTA (12/09/2009) 2009. Selangor : Oxford Fajar Sdn.org/wiki/Bahasa_Melayu (12/09/2009) . Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar.tutor.RUJUKAN Siti Hajar Abdul Aziz. Fonetik dan fonologi. Bhd. Sistem Fonologi dalam http://ms.wikipedia. Bahasa Melayu 1. 2002. 2008.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->