You are on page 1of 10

KOD ETIKA KAUNSELOR

PERSATUAN KAUNSELING MALAYSIA


(PERKAMA)
PENGENALAN

 Kod Etika ini bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi asas
dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada standard
perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan standard perlakuan kaunselor dalam menjalin
perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion
lain serta masyarakat keseluruhannya. la juga merangkumi etika perlakuan yang standard
mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.
 Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi
penekanan kepada harga diri, digniti, dan keunikan semua individu termasuk hak-hak dan
peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang
mengutamakan nilai-nilai murni
 Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah menunaikan
tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada semua prinsip yang
terkandung dalam Kod Etika.
 Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan kaunselor dalam
menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawab
 Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai
instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan
kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia
juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan
disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan
dan keadilan yang maksimum. 
 Kod Etika ini berperanan sebagai panduan kepada Majlis
Kaunseling Kebangsaan untuk membuat keputusan
dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan etika
SKOP KAUNSELING

 Perkhidmatan Kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang


kepada klien untuk berkembang kearah kehidupan yang lebih bahagia dan
bermakna. Ia merangkumi usahakerja dengan individu atau kumpulan.
Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.
 Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan
(developmental), analisa dan penyelesaian masalah, membuat keputusan,
menangani krisis, mengembangkan kefahaman kendiri, meningkatkan
ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki
dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.
 Kaunselor berperanan sebagai pemudahcara kepada klien dalam
menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat
diri, nilai dan keupayaannya
KOD TATALAKU

 Kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara standard


dan identiti sebagai seorang kaunselor dan intergriti profesion
kaunseling.
 Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan
pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
 Kaunselor hendaklah menjalankan tugas dengan penuh
tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion
kaunseling.
 Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh
penyelia profesional melalui penyeliaan lazim (regular supervision)
dan sokongan perundingan (consultative support)
KLIEN

 Kaunselor bertanggungjawab mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu


atau klien korporat (organisasi).
 Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang
diperolehi semasa kaunseling melainkan jikalau maklumat itu akan membahayakan klien
atau orang-orang dipersekitarannya.
 Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien
 Semasa perhubungan kaunseling , kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fisikal
dan psikologi klien, dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada
dalam aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya atau dalam apa bentuk sekalipun.
 Kaunselor hendaklah membimbing klien kearah pembentukan sikap bertanggungjawab
terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan
kendiri yang dibuat oleh klien.
 KaunseIor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan
kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.
 Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan
diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fisikal,
mental atau diskriminasi dalam apa-apa bentuk sekali pun.
 Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan
implikasi perkhidmatan kaunseling.
 Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya diperingkat awal sesi
kaunseling mengenai batasan umur kerahsiaan.
 Apa-apa persetujuan di antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh di
semak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.
 Dalam kes di mana jelas terbukti bahawa klien, mengikut pertimbangan kaunselor
menunjukkan dengan jelas, diri klien atau orang Iain berada dalarn keadaan
bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya mengambil tindakan
wajar untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.
 Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara,
kawan karib, ataupun kepada mereka yang mempunyai hubungan intim dengannya
atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang berunsurkan penilaian
terhadap prestasinya.
 Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling
atau ingin menukar kepada kaunselor yang lain.
 Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien yang diberi khidmat kaunseling tidak
menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.
 Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar
daripada bidang kepakarannya, kaunselor perlu merujuk klien kepada pihak berkenaan.
 Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi
kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang lain melainkan dengan
kebenarannya, ini termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita videokan
RAKAN PROFESIONAL

 Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk meningkat tahap


kecekapan professionalisme masing-masing.
 Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil
dan terbuka terhadap rakan professionalnya.
 Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan
serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak
beretika
 Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan,
membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya
akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika
MASYARAKAT
 Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya
masyarakat di mana dia berkhidmat.
 Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan
melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

ORGANISASI / MAJIKAN
  Terdapat kaunselor yang berkhidmat dengan organisasi kerajaan atau bukan kerajaan. Peranan kaunselor dalam
organisasi haruslah mempermudahkan pencapaian matlamat organisasi dengan mematuhi prinsip berikut:-
 Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia
berkhidmat.
 Kaunselor hendaklah berusaha mengikut polisi dan prosedur, serta meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan perkhidmatan organisasinya

You might also like