P. 1
etika keguruan

etika keguruan

|Views: 496|Likes:
Published by syafik

More info:

Categories:Types, Research, Law
Published by: syafik on Jan 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/05/2014

pdf

text

original

1.

1

ETIKA KEGURUAN

Menurut Gluck (1986), etika didefinisikan sebagai kajian filosofikal terhadap moraliti. Shea (1988), pula telah mendefinisikan etika sebagai ³prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion dan sebagai satu standard tingkah laku¶. Manakala mengikut pengertian Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu system dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dari sudut Islam pula, etika ditakrifkan sebagai akhlak. Hubungan etika kerja professional dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan sama ada di sisi undang-undang Negara mahupun statusnya sebagai professional. Etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tanduk mereka dari semasa ke semasa. Ia juga merupakan alat kawalan social yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendidiplinkan diri ke arah yang lebih beretika. Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), terdapat usaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Usaha ini dilakukan supaya profesion perguruan menjadi satu profesion yang professional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai

Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Dalam memenuhi Falsafah Pendidikan Negara (FPN), iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Rohani, Emosi, Intelek dan Sosial, guru sudah tentunya perlu berusaha gigih meningkatkan mutu pengajaran dengan personaliti guru yang jitu. Usaha ini dapat dilakukan jika etika yang diperkenalkan dalam Laporan Aziz (1971) diikuti dan diamalkan secara menyeluruh oleh semua guru. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana ianya menyediakan garis panduan bagaimana

seseorang itu harus bertingkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan juga menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan.

Selain itu, Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Oleh yang demikian, guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

Menerusi kod etika juga, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya akan membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi termasuklah dalam profesion keguruan. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi.

Kesimpulannya, etika keguruan seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian seorang guru. Keberkesanan prinsip etika keguruan terletak pada guru itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang guru itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki.

1.2 AKAUNTABILITI KEGURUAN Akauntabiliti membawa maksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain yang mesti dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Seseorang yang berakauntabiliti harus mempunyai rasa tanggungjawab kepada dirinya sendiri dan juga kepada Tuhan. Oleh itu, setiap warga guru hendaklah memastikan mereka melaksanakan tugas sebagai pemegang amanah Negara dan rakyat dengan cemerlang dan menghasilkan kerja secra optimum. Tun Ahmad Sarji menyatakan konsep tugas dan akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendpat jawapan dan penjelasan tersebut. seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Akauntabiliti keguruan pula bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan Kamus

Dwibahasa pula menghuraikan akauntabiliti sebagai bertanggungjawab kepada

dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , sekolah, masyarakat dan negara, dan profesion keguruan amnya. Akauntabiliti terhadap professional keguruan membawa maksud seseorang guru itu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam kaedah dan strategi pengajarannya. Mereka juga perlu mengelak dalam membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya. Akauntabiliti terhadap pelajar pula memerlukan guru mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid sama ada di sekolah atau pun semasa menghadiri aktiviti di luar sekolah. Guru perlu bersedia menyelesaikan masalah yang dihadapi murid dengan adil dan saksama. Penyampaian ilmu kepada murid juga perlu dilakukan dengan ikhlas supaya objektif pembelajaran tercapai.

Akauntabiliti guru terhadap negara dan masyarakat memerlukan guru untuk menghormati masyarakat setempat di mana mereka berkhidmat. Mereka juga harus sentiasa sanggup untuk mengambil bahagian dalam kegiatan masyarakat dalam memastikan kepentingan pelajar sentiasa diutamakan dalam memenuhi tuntutan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Kesimpulannya, setiap guru mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab dalam diri mereka. Kejayaan memikul tanggungjawab dengan penuh akauntabiliti akan membawa kepada kejayaan dalam bidang pendidikan seiring dengan kehendak kerajaan untuk melahirkan modal insan

1.3 CIRI-CIRI GURU SEBAGAI SATU PROFESION

Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang memerlukan pendidkan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas. Ia juga memntingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatsusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri Antara contoh profesion adalah perundangan, perubatan dan juga perguruan. Mok Soon Sang (1996) pula merumuskan konsep professional sebagai suatu pekerjaan khusus yang dijalankan oleh ornag ynag mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Bidang keguruan dianggap sebagai satu profesion kerana sebelum menjadi seorang guru, dia perlu menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai guru bertauliah. Sebagai contoh, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana sekolah kerajaan seperti yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru dan juga universiti. Di samping itu, menurut Mok Soon Sang (2007), menjelaskan bahawa guru yang professional perlulah mengamalkan pengajaran yang efektif. Oleh itu, seseorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang cuba disampaikannya. Perkara ini boleh diperolehi melalui latihan dan kursus-kursus yang disediakan. Profesion perguruan juga memerlukan seseorang itu mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Guru diharapkan dapat menjadi pembimbing dalam pembentukan sahsiah murid melalui contoh teladan yang ditunjukkan. Sahsiah dan ciri-ciri kualiti peribadi yang terpuji ini tercatat di dalam Kod Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan. Menurut Ragbir Kaur (2007), guru harus membentuk para murid untuk memiliki akhlak yng mulia dan mempunyai nilai murni yang tinggi.

³Hasrat kita adalah untuk mempastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.´ 2010. Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan Menteri Pelajaran, dapatlah difahamkan bahawa Kementerian Pelajaran bukan sahaja berhasrat untuk melahirkan guru yang berkualiti, tetapi juga memastikan bahawa mereka yang berkualiti akan kekal dalam sistem pendidikan negara dan akan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan. Guru-guru yang berkualiti inilah yang akan menjamin tercetusnya kejayaan agenda pembangunan modal insan dan pemupukan minda kelas pertama sebagaimana yang ditetapkan dalam Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke-Sembilan. Di sini, kita dapat melihat betapa pentingya profesion keguruan ini dalam meningkatkan kemajuan sesebuah Negara. Justeru, guru professional juga harus berusaha untuk mempertingkatkan Petikan ucapan yang dibuat oleh YB Dato¶ Sri Hishamuddin

bin Tun Hussein ini tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-

profesionalisme perkhidmatan mereka. Guru harus sentiasa sedar bahawa tugas mereka adalah untuk melahirkan modal insan yang akan menerajui Negara kelak. Oleh itu, pengetahuan dan strategi dalam pendidikan haruslah sentiasa diperkemas dari semasa ke semasa untuk berdepan tuntutan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi seorang pendidik yang professional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Selain itu, guru juga perlu mempunyai kemahiran dalam pengurusan. Antaranya, kemahiran merancang, berorganisasi, pemantaun, pengurusan kualiti dan sebagainya. Kemahiran dalam pengurusan murid dan tingkah laku juga perlu dititikberatkan oleh guru. Tugas seperti mengurus murid, disiplin dan bilik darjah perlu dikuasai dengan

cekap oleh guru untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berkesan. Kesimpulannya, bidang pendidikan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. µ Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat , iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru.¶( Petikan dari PIPP-Teras Kelima). Sesiapa yang mnceburi bidang pendidikan harus sedar bahawa peranan yang dibawakan oleh mereka sangat besar dan akan menjadi cerminan kepada tahap kualiti profesion keguruan. Akhir sekali, guru-guru mestilah sentiasa menghayati Falsafah Pendidikan Negara dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, jasmani dan sosial. Melalui penghayatan ini, guru akan sentiasa untuk mengamalkan cirri-ciri guru yang berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan dan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin dicapai.

1.4 PERKEMBANGAN DIRI SEBAGAI PROFESIONAL GURU

Kualiti pendidikan negara akan mencapai pendidikan bertaraf dunia seiring dengan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Untuk mencapai aspirasi ini, guru-guru yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan perlulah berusaha meningkatkan tahap professional bermula daripada guru permulaan sehinggalah ke peringkat guru pakar. Guru permulaan adalah guru yang baru menghabiskan latihan perguruan sama ada di Institut Pendidikan Guru atau pun institut pengajian tinggi yang lain mereka akan mula ditempatkan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Apabila mereka mula sahaja menjejaki kaki ke sekolah, maka tugas sebagai seorang guru akan bermula. Sering kali kita terdengar, guru permulaan ini tidak cekap dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran sedangkan mereka sudah pun diberikan latihan yang secukupnya. Perkara ini ada benarnya kerana sebagai guru permulaan, mereka perlu berhadapan dengan masalah penyesuaian diri atau pun kejutan budaya. Guru permulaan ini perlu diberi masa dan peluang untuk meningkatkan keyakinan diri mereka dalam mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi di sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga harus memainkan peranan untuk membantu guru permulaan

memperlengkapkan kemahiran professional. Ini kerana, terdapat beberapa aspek yang lebih sesuai disampaikan pada peringkat sekolah berbanding di institut perguruan. Guru permulaan perlu sedar bahawa kerjaya keguruan ini adalah satu bidang profesion yang istimewa dan unik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya berlaku di bilik darjah malah ia menjangkau masa, tempat dan bidang tugas. Guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu terlibat dalam bidang pengurusan ynag terdapat di sekolah. Sebagai guru permulaan, kita haruslah menghayati tugas yang diberikan dan berusaha untuk melaksanakan tugas itu dengan cekap. Penghayatan perlu dibuat pada prosedur serta tata cara pengendalian atau pelaksanaan sesuatu tugasan mengikut jadual yang

telah ditetapkan. Jika tidak diberikan tugasan pun, mereka boleh menawarkan diri untuk membantu guru-guru lain. Setiap sekolah mempunyai budayanya sendiri. Oleh yang demikian, setiap guru permulaan perlulah bijak untuk menyesuaikan diri dengan budaya sekolah itu seperti keadaan, tempat, cara berinteraksi degan guru-guru lama serta warga sekolah yang lain. Budaya yang mesra perlu diwujudkan supaya kehadiran guru permulaan disenangi oleh pihak sekolah. Apabila seseorang guru itu mempunyai komitmen terhadap pekerjaaan serta dedikasi dalam menyampaikan pengetahuan dan dilengkapi dengan pelbagai kemahiran, guru itu bolehlah digelar sebagai guru yang kompeten atau pun guru cekap. Kecekapan guru akan sentiasa diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat dan organisasi. Guru cekap akan mendidik dan membimbing untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial supaya mereka menjadi seorang yang berpegetahuan luas dan berakhlak mulia. Pembentukan muridmurid ini penting dalam melahirkan modal insan yang mampu menjamin masa depan yang cerah kelak. Mereka yang bergelar guru cekap mempunyai kecekapan dari pelbagai aspek seperti kecekapan professional dan kecekapan menggunakan teknologi maklumat. Ellaine (2000) telah mengenal pasti beberapa ciri seseorang guru yang amat cekap dan dinyatakan dengan mempunyai tiga cirri yang berikut iaitu ciri peribadi, ciri mengajar dan ciri intelektual. Ciri peribadi menggambarkan keyakinan seseorang guru dalam menghadapi apa juga cabaran yang mendatang dengan sabar sama ada dari segi tugasan mahu pun profesion. Mereka juga ikhlas dalam melaksanakan pekerjaan dan mencapai matlamat yang dicita. Guru yang cekap juga sanggup membimbing sesiapa sahaja yang memerlukan bimbingannya. Ciri mengajar pula menekankan kepada kemahiran guru dalam menyampaikan pengajarannya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan kaedah dan

strategi yang betul membolehkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan dengan baik dan berkesan. Manakala ciri intelektual pula menunjukkan seseorang guru cekap itu mempunyai daya fikir yang kreatif dan kritis. Mereka melihat sesuatu itu dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh di samping melihat, menganalis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak. Peringkat perkembangan guru yang seterusnya adalah guru berkesan. Terdapat bebapa ciri yang digariskan sebagai guru berkesan. Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato¶ Dr Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan bahawa antara ciri-ciri guru berkesan adalah bersikap professional dan kaya dengan ilmu pengetahuan dan juga ilmu pedagogi. Guru berkesan juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Mereka tidak pernah jemu untuk mencari kaedah dan strategi pengajaran yang baru bagi mewujudkan pengajaran yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada murid dan secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk terus belajar. Untuk menjadi guru yang berkesan juga, seseorang guru itu haruslah mmepunyai budi pekerti termasuk berkelakuan sopan semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti kemasyarakatan. Murid juga akan dapat member kerjasama dengan baik kerana menyenangi sikap dan keterampilan yang ditonjolkan oleh guru berkenaan. Perkembangan murid juga dipengaruhi oleh tahap pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya (Mok Soon Sang, 2002). Justeru, guru berkesan seharusnya berupaya menggunakan setiap sumber dan mengaplikasikan segala maklumat yang diperoleh dari sumber-sumber tersebut untuk dijadikan bahan pembelajaran dan pengajaran kepada muridnya. Peringkat yang seterusnya adalah guru mahir. Guru mahir dan professional adalah kunci kemajuan anak bangsa dalam meniti arus kemodenan masa depan. Guru mahir

haruslah mempunyai kemahiran untuk berhadapan dengan murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Guru mahir boleh mengintegrasikan penggunaan bahan dan sumber dalam membina bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Perubahan dalam

bidang pendidikan menuntut guru melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran dan menerima pelbagai latihan supaya mahir menggunakan powerpoint, animasi serta video careka padat (VCD) yang bersesuaian. Suasana pembelajaran yang baik dapat membantu dalam memastikan objektif pengajaran tercapai. Suasana ini dapat tercapai jika seseorang guru itu mahir dalam berkomunikasi sama ada dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan juga penggunaan alat-alat tertentu seperti komputer. Guru yang mahir juga harus bijak dalam menguruskan situasi yang berlaku dalam kelas. Mereka perlu menggunakan kemahiran mengawal kelas sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas. Jika tiada pengawalan yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan gutu terhadap penyampaian pengajaran. Selain itu, guru mahir juga perlu mewujudkan pelbagai rangsangan supaya murid tertarik dengan aktiviti yang dijalankan. Guru harus sentiasa peka dengan keadaan semasa murid dan mampu untuk melaksanakan pengajaran berdasarkan kepada mood murid. Justeru, guru yang mahir tidak boleh terikat hanya kepada satu rancangan tanpa memikirkan rancangan A, B dan seterusnya. Peringkat yang terakhir adalah guru pakar. Guru pakar ini juga dikenali sebagai guru cemerlang. Guru pakar diwujudkan untuk mengiktiraf guru yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan cemerlang dalam pengkhususan masing-masing dan diharapakan akan menjadi role model kepada guru lain. Guru pakar akan sentiasa menyerlahkan Keterampilan Profesional mereka. Mereka akan meningkatkan kualiti pencapaian murid melalui keupayaan mengurus, mengguna, dan memanfaat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengkhususan atau mata

pelajaran. Mereka juga bijak memilih pendekatan atau strategi pengajaran yang akan digunakan. Selain itu, guru pakar juga akan menjadi pakar rujuk oleh guru-guru lain. Guru pakar seharusnya menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya. Mereka mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pembelajaran murid dan meyediakan program tindakan susulan. Dengan kepakaran yang ada, guru pakar akan berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu di bidang pendidikan. Mereka juga diharapkan untuk memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan pendidikan negara.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->