You are on page 1of 4

HEM 1/11

SK KAMPUNG KUDONG
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM
KALI KE 1 /2011

Nama Mesyuarat : Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid


Tarikh : 27 Disember 2010 (Isnin)
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SKKK
Pengerusi : Encik Abd Halim bin Atan
Kehadiran (bilangan) : 12 Orang
Nama Yang Hadir : 1. Puan Rosnah binti Yaacob (Guru Besar)
2. En. Azman bin Hj Ayun (PGB Pentadbiran/Kurikulum)
3. En. Abd Halim bin Atan (PGB Hal Ehwal Murid)
4. En. Sandiran a/l Alaganathan (PGB Kokurikulum)
5. En. Jasni bin Omar
6. En. Mohd Noh bin Mohya
7. Cik Siti Zahirah binti A. Razak
8. En. Mohammad Azli bin Abdullah
9. En. Khairul Azni bin Abd Halim
10. En. Muhammad Mukhtaruddin bin Harun
11. En. Afzan Fitri bin Safee
12. Cik Nurhafiz Zubaidah binti Zakaria

Nama Yang Tidak Hadir : 1. En. Mohd Zazali bin Raman

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada
mesyuarat hari ini.

1.2 Pengerusi menjelaskan objektif dalam menguruskan hal ehwal murid iaitu
untuk mendidik pelajar-pelajar melalui rancangan-rancangan yang
dirancang supaya cemerlang dalam sahsiah seterusnya cemerlang dalam
akademik.

1.3 Beliau menegaskan dalam memastikan kecemerlangan sahsiah,


pengurusan masa hendaklah diuruskan dengan baik.

1.4 Pengerusi juga menegaskan semua guru bertanggungjawab dalam


membentuk sahsiah pelajar bukan sahaja melalui bidang akademik tetapi
juga melalui aktiviti-aktiviti yang lain yang telah dirancang meliputi
bidang kebajikan dan keperluan murid sebagai seorang manusia.
Tindakan : Makluman
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

Pengesahan minit mesyuarat yang lalu


Cadangan : En. Jasni bin Omar
Disokong : Cik Nurhafiz Zubaidah binti Zakaria

3. Perkara berbangkit

3.1 Pengerusi menyampaikan beberapa strategi yang akan dilaksanakan


dalam usaha mencapai objektif pengurusan HEM iaitu seperti
memperkemaskan sistem pendaftaran murid, menguatkuasakan
peraturan sekolah, melaksanakan program-program kesihatan,
mempertingkatkan peranan guru-guru, melaksanakan modul-modul
seperti yng terkandung di dalam Program Sekolah Selamat dan
menggalakkan penyertaan aktiviti luar di kalangan murid.
Tindakan : Makluman

4. Kandungan Mesyuarat

4.1 Pengerusi memberitahu bahawa pengurusan HEM perlu dimantapkan


dan takwim bagi semua jawatankuasa telah disediakan seperti yang
terkandung di dalam Buku Panduan Guru 2011 (m/s 42 hingga 57).
Tindakan : Makluman

4.2 Terdapat beberapa perubahan di dalam carta organisasi untuk


jawatan berikut:

4.2.1 Setiausaha : Cik Nurhafiz Zubaidah binti Zakaria


4.2.2 S/U JK Pengawas : En. Mohd Zazali b. Raman
4.2.3 S/U JK e-Kehadiran : En. Khairul Azni b. Abd Halim
4.2.4 S/U JK PPDa : En. Muhammad Mukhtaruddin b. Harun
4.2.5 S/U JK SBT : Cik Siti Zahirah binti A. Razak
4.2.6 S/U JK RIMUP : En. Sandiran a/l Alaganathan
4.2.7 S/U JK BB & K : En. Afzan Fitri b. Safee
4.2.8 Warden Asrama : Cik Nurhafiz Zubaidah binti Zakaria

4.3 Bagi memastikan pengurusan HEM yang baik, tindakan serta-merta


hendaklah diambil bagi kes-kes yang melibatkan kebajikan murid.
Tindakan : Semua Jawatankuasa

5. Sasaran Kerja 2011

5.1 Jawatankuasa Pengawas @ Disiplin

5.1.1 Setiausaha Jawatankuasa pengawas telah diberi kepada En.


Mohd Zazali. Ketegasan beliau diharapkan dapat membawa
perubahan di dalam lembaga Pengawas Sekolah.
5.1.1 Guru Besar menyatakan harapan beliau untuk melihat sebuah
jentera pengawas yang berani dan hebat di sekolah ini. Justeru,
perlantikan En. Mohd Zazali sebagai S/U Jawatankuasa
Pengawas diharapkan dapat mencapai hasrat tersebut.
Tindakan : En. Mohd Zazali b. Raman

5.2 Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan

5.2.1 Program kebersihan dan keceriaan akan diteruskan pada


tahun ini. Setiap kelas diberi masa seminggu (selepas sesi
persekolahan 2011) bermula untuk menceriakan kelas.
Pertandingan ini akan bermula pada minggu kedua
persekolahan.

5.2.2 Di bawah jawatankuasa ini juga, kebersihan dan keceriaan


kawasan sekolah hendaklah sentiasa dipantau. S/U hendaklah
memastikan persekitaran sekolah dan asrama bebas daripada
pembiakan aedes. Laporan hendaklah dibuat mengikut tarikh
yang dikehendaki.
Tindakan : Cik Siti Zahirah binti A. Razak

5.3 Jawatankuasa Keselamatan

5.3.1 Jawatankuasa keselamatan sekolah hendaklah memastikan


maklumat berhubung dengan cara-cara menyelamatkan diri
daripada bencana ketika berada di kawasan sekolah
disampaikan kepada semua warga sekolah. Ini penting bagi
mengelakkan kemalangan berlaku di dalam kawasan sekolah
terutamanya jika ada bencana yang melanda seperti kebakaran
dan sebagainya.

5.3.2 Latihan larian kecemasan hendaklah diadakan sekurang-


kurangnya 2 kali setahun. Laporan hendaklah disediakan
mengikut ketetapan.

5.3.3 Pihak sekolah bercadang untuk memanggil pihak Bomba bagi


menyampaikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik
memadam api dengan betul.

5.3.4 Jawatankuasa juga diingatkan agar menyediakan peta laluan


kecemasan dan ditampal di semua bangunan.
Tindakan : En. Khairul Azni b. Abd Halim
5.4 Jawatankuasa Kesihatan

5.4.1 Jawatankuasa kesihatan akan menguruskan program imunisasi


bagi murid tahun 1 dan 6. Jawatankuasa juga akan
menyediakan sebuah bilik khas untuk rawatan pergigian.
Tindakan : En. Mohd Noh b. Mohya

5.5 Jawatankuasa RIMUP dan Skim Baucer Tuisyen

5.5.1 Program RIMUP dan SBT akan dijalankan sekiranya terdapat


peruntukan diberikan oleh pihak kerajaan.
Tindakan : En. Sandiran a/l Alaganathan
:Cik Siti Zahirah binti A. Razak

5.6 Warden Asrama

5.6.1 Cik Nurhafiz Zubaidah telah dilantik menjadi warden asrama


bagi sesi persekolahan 2011. Warden akan bertugas secara
bergilir-gilir. Jadual Penggiliran akan disediakan.
Tindakan : Cik Nurhafiz Zubaidah binti Zakaria

6. Hal-hal Lain

Tiada hal-hal lain dibincangkan.

7. Ucapan penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................................... ............................................................
(SITI ZAHIRAH BINTI A. RAZAK)

Diperakukan oleh:

...........................................................................

You might also like