You are on page 1of 5

JASA GURU

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Jasa Guru”.

Saidina Ali R.A pernah berkata bahawa “Ana abdu man allamani walau
harfan”.yang bermaksud : “Aku adalah hamba kepada sesiapa yang pernah
mengajarku walaupun satu huruf”.Kata-kata Saidina Ali ini menunjukkan
bahawa betapa wajibnya kita semua untuk menghormati guru kerana mereka
telah banyak berjasa kita.Jasa guru tidak akan dapat kita balas dengan nilai harta
didunia ini kerana mereka memberikan kita ilmu yang amat berharga dan tak
ternilai.Ilmu itu sesuatu yang amat di tuntut untuk kita mencarinya semenjak
dilahirkan sehingga ke akhir hayat.

Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berusaha mencari ilmu pengetahuan


di samping berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan diri
dalam pelbagai bidang. Selain itu, ilmu pengetahuan juga merupakan kunci
kepada kebahagiaan hidup manusia di dunia, kerana sekiranya kita hidup tanpa
ilmu, kemungkinan kita pada hari ini masih lagi berada dalam kemunduran dan
kemiskinan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa ketinggian ilmu pengetahuan
merupakan ukuran yang sangat penting dalam membezakan antara kemajuan
dan kemunduran bagi sesuatu bangsa dan negara.

kerana itu, Allah s.w.t. telah mewajibkan kita menuntut ilmu sebagaimana Sabda
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah Hadis :

َ ِ‫ قَا َل َرس ُْو ُل هللا‬، ‫س اب ِْن َمالِ ٍك َر ِض َي هللاُ َع ْنهُ قَا َل‬
ُ‫صلَّى هللا‬ ِ َ‫" َع ْن أَن‬
َ ‫ طَلَبُ ْال ِع ْل ِم فَ ِر ْي‬: ‫َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬
ٍ ‫ضةٌ َعلَى ُكلِّ ُم ْسلِ ٍم َو ُم ْسلِ َم‬
." ‫ة‬

( Riwayat Ibni Majah )

Maksudnya : " Dari Anas bin Malik r.a. dia berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w.
menuntut ilmu adalah satu kefardhuan ke atas setiap Muslim dan muslimat " .

1
Apabila kita berbicara tentang ilmu dan pendidikan bererti sekaligus kita
meletakkan para guru dan pendidik sebagai golongan yang amat penting
sebagai agen pembangunan dan perubahan minda ummah.

Tugas seorang pendidik bukanlah satu Tugas yang mudah dan bukan boleh
dilakukan oleh semua orang. Justeru itu, kerjaya sebagai seorang pendidik
dianggap sebagai satu tugas yang sangat mulia dan istemewa. Lebih-lebih lagi
dalam era yang penuh mencabar ini, menuntut pengorbanan dan komitmen
yang padu dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang,
berwibawa dan sentiasa mendapat petunjuk serta keredhaan dari Allah s.w.t.

Kerana itu, kita seharusnya bersyukur di atas pengorbanan dan jasa guru yang
telah mendidik serta membimbing kita menjadi manusia yang baik pada hari ini.
baik guru yang terlibat secara langsung mendidik kita di sekolah mahupun
diperingkat University dan tidak kurang penting juga kepada guru yang
mengajar kita mengenal membaca ayat-ayat Al-Quran, fardhu ian dan
sebagainya. Tampa bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka kita tidak
mempunyai asas yang kuat untuk mengamalkan kefardhuan asas dalam Islam .

Justeru, kita haruslah mengenang jasa guru yang telah berjasa kepada
kita.Menghormati guru adalah sesuatu yang amat dituntut oleh islam dan
merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap pengorbanan serta
komitmen warga pendidik dalam mengembeling tenaga membentuk anak-anak
bangsa menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara .

Pada hari ini kita semua tidak dapat menafikan bahawa perubahan terus
berlaku, tanggungjawab dan peranan pendidik sememangnya mencabar
berbanding era sebelumnya. Kesan globalisasi dan perkembangan ICT menuntut
semua warga pendidik berusaha gigih bagi menghasilkan anak didik yang
benar-benar berilmu, berakhlak mulia, mempunyai jati diri, dan mampu
bersaing pada peringkat nasional mahupun global.

Justeru itu, peranan pendidik bukan sahaja mengajar subjek yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah, tatapi mereka juga bertindak mendidik minda
dan membina syahsiah pelajar. kita sedar bahwa masa depan pelajar, masa
depan bangsa dan negara adalah berkait rapat dengan corak didikan guru pada
hari ini. Kerana itu, guru sebagai agen perubah minda adalah sangat dituntut
agar menguasai pelbagai kemahiran demi mencapai wawasan negara khususnya
dalam era revolusi maklumat dan teknologi masa kini.

2
Pada kesempatan ini, saya ingin menyeru sahabat-sahabat semua agar sentiasa
menghormati guru dan mengenang jasa mereka serta sentiasa berusaha untuk
menambah ilmu pengetahuan dari masa kesemasa, kerana kita sedar bahawa
ilmu yang ada pada diri kita ini sebenarnya hanyalah sedikit. Ini jelas
sebagaimana firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat : 109 :

Maksudnya : " Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi
tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu
sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan
yang sebanding dengannya sebagai bantuan".

Dari ayat tersebut, gelas menunjukkan bahawa ilmu itu sangat luas dan banyak
yang perlu diterokai. Maka jalan terbaik untuk meluaskan penguasaan ilmu
pengetahuan ialah dengan belajar dan menuntut ilmu secara berterusan.

Ilmu itu pula tidak dapat dipisahkan dari keberkatan.Jika kita tidak
menghormati guru,maka keberkatan itu tidak akan datang dengan rahmah.Oleh
yang demikian, jasa guru perlu kita kenang sepanjang zaman.

Sahabat-sahabat sekalian,

Memandangkan kedudukan guru itu sangat mulia, maka sawajarnya mereka


dihormati dan dikenang jasanya sepanjang hayat. Oleh itu, marilah sama-sama
kita berdoa kehadrat s.w.t. agar mereka yang telah mendidik kita baik dari
kalangan ibu bapa mahupun guru-guru mendapat rahmat dan pertolongan
s.w.t. sepanjang masa. Manakala bagi guru-guru yang telah kembali rahmatullah
sama-samalah kita mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat s.w.t.
Manakala bagi pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati para guru dan
tahu membalas budi guru dengan menjaga adab-adab yang diajar oleh Islam
diantaranya :

1. Pelajar hendaklah mendahului memberi salam apabila bertemu dengan


guru.

2. Pelajar hendaklah menjaga maruah guru dan jangan sekali-kali cuba


mencari kesilapan dan keaiban guru.

3. Hendaklah bersikap sopan apabila bercakap dengan guru.

3
4. membantah atau melawan arahan guru serta jangan menyakiti hati guru
bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang dipelajari.

Sahabat-sahabat sekalian,

Berkat usaha dan pengorbanan para guru ini akan dapat melahirkan generasi
ummah khususnya belia yang mantap dari segi akidah dan akhlak serta mampu
memberi sumbangan kepada pembangunan negara dimasa akan datang .

Sebenarnya generasi belia yang mendapat pendidikan dengan sempurna


merupakan harapan kita semua kerana merekalah yang bakal menggantikan
para pemimpin dimasa akan datang. Kerana itulah Prof. Dr. Yusof Al-Qardawi
seorang pemikir Islam yang tersohor dan disegani pernah berkata bahwa
generasi belia yang berilmu, berakhlak dan berhemah tinggi akan dapat
membentuk sebuah negara yang maju serta aman makmur .

Menyedari hakikat ini, seharusnya peranan dan tanggungjawab pendidik serta


belia terutamanya dalam menjana pembangunan negara perlu digerakkan.
Kerana itu, kita selaku ibu bapa dan warga pendidik perlu menyedarkan
golongan pelajar yang mencapai peringkat belia agar tidak menghabiskan masa
dengan berfoya-foya dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah
dengan memberi penekanan bahawa golongan belia sepatutnya berperanan
menyumbang idea dan tenaga kearah pembangunan modal insan untuk
menjadikan kita bangsa yang dihormati dan disegani dipersada dunia.

Justeru itulah, pelajar-pelajar yang telah mendapat tunjuk ajar dari ustaz dan
ustazah perlu memperlengkapkan lagi diri mereka dengan berbagai persiapan
merangkumi aspek rohani dan jasmani agar mereka tidak hilang jati diri serta
sentiasa mendapat pertolongan dan keredaan dari Allah sepanjang masa. Adalah
diharapkan apabila golongan pelajar ini keluar dalam masyarakat menjadikan
diri mereka sebagai golongan belia yang bertaqwa, berakhlak mulia dan
berupaya menyumbangkan jiwa dan raga kepada pembangunan dan
kemakmuran negara.

،‫اعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

4
Maksudnya : " ( lalu dikatakan kepada mereka ) makanlah dari rezki pemberian Tuhan
kamu dan, bersyukurlah kepadanya, (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman
dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang amat pengampun" .

Sekian dulu cerita saya pada kali ini yang bertajuk “Jasa Guru”.Semoga
pendengar sekalian mendapat faedah dari apa yang saya cuba sampaikan…

Wasalam.

You might also like