You are on page 1of 10

Solat Dhuha, Doa dan cara 

melaksanakan
Posted on April 17, 2008 by nursyirah

Ruang waktu dan waktu afdal 

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira
20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari
daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter.
Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat
difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis
Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha
ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan
masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga
1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan
memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa
tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah
atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib
dan utama daripada yang sunat.

 
Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha
ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat
tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan
seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut
hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-
Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik.
Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang
penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya
disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
 
Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu ,
keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan
perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit ,
turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram
sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan,
kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau
limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

  
  

* Coretanku

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama
dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah
IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah
satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…
 

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-
sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang
asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka
apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa
suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI
(kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang
menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang
cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu
yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah
cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang
khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi…
Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh
dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan
boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan)
adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan
membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA..
ameennn…
solat tahajud

SOLAT TAHAJUD - DARI PERSPEKTIF PERUBATAN


Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau
lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik
dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a
tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat
tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi
S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD


Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari.
Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di
Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa
manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya
berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana
tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang
sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.
Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau
mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki
suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu
bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk
memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita
akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan
mengatur waktutidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur
bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan
ibadah dan kerja-kerja lain.
Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya.
Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam
yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur,
sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama
latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya
pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.
Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga
kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka
bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh
membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor
dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.
Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah
malamnya dan kurang tidur malam.
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa
ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi
oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang
berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu
malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat
ayat 15-18 )

IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.


Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam
seperti Buddha, Kristian, Tao,Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga
mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama
mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka
berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari
itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT


Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur
untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.

Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark
and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."

Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti
ditunaikan dahulu
sebelum saya tidur."

"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their
companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow

Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta
merta tetapi mereka
bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.
"

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam
hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang
kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak
tidur.
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan
kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi
masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera
bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di
dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua
oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam
memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas
matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada
waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa
nikmat oksigen ini

Cara Solat Sunat Duha dan Sunat Tahajjud


Posted on May 4, 2009 by bakri88

Salam. Ramai yang menghantar e-mail kepada saya bertanyakan bagaimana doa yang
terbaik untuk solat duha. Di sini saya sertakan doa yang selalu saya amalkan. Saya akan
update maklumat ini dari masa ke semasa untuk panduan anda. 

Baca ketika sujud yang terakhir – 3 kali

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah
kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu
,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya
Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam
bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika
masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan,
kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah
engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

DOA DISIPLINKAN ANAK

“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill
mutaqiina imama”

Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-
anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin
kepada orang yang bertakwa“
 
Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur
sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh.
Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat.Jadi cara melakukan hendaklah tiap
dua rakaat gengan satu salam. 

Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara lain mudah
mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah. 

1. Lafaz niat: Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar. 

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala

2. Pada rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah, Selepas itu surah Al-kafirun 

3. Rakaat kedua ucaplah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-iKhlas

4. Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu

Ertinya: “Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku
daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong “

5. Selepas memberi salam ucaplah doa : 


Ertinya : ” Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam
semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan
bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak
dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar
dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi
Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah
kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah
kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum .

Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik
yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu
dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya
dan kekuatan melainkan dengan Allah” 

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling
baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang
benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,
hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

You might also like