You are on page 1of 2

Ikatan-ikatan Dalam Pengakap

Ikatan Buku Sila...


Selalunya digunakan untuk mematikan ikatan seperti menyambung tali yang
sama saiz, kain pembalut luka dan mengikat barang. Ianya juga senang
dibuka semula.

Ikatan Bunga Keti...


Digunakan untuk menyambung tali yang tidak sama besar atau saiz untuk
menarik beban berat seperti perahu mahupun menarik sang kerbau.

Simpul Tindih Kasih...


Simpulan ini amat sesuai untuk kerja2 menyelamat atau alat sokongan untuk
memanjat dan juga amat sesuai untuk mengikat leher sang kambing dan sang
harimau

Simpul Manuk...
Digunakan sebagai pemula ikatan pada tiang atau mengikat kayu.

Simpul Belit...
Cara ikatan ini amat sesuai digunakan untuk mengikat tali sampan (kerbau
pun boleh) ke tiang atau pokok. Ianya tidak mudah tanggal atau terlucut...
malah mudah dibuka semula ikatannya.

Simpul Pulih...
Simpulan ini digunakan untuk memendekkan tali yang panjang tanpa
memotongnya.

Ikatan Silang...
Digunakan untuk mengikat 2 batang kayu secara bersilang. Selalunya dipasang
atau digunakan sekali pada kaki meja, kerusi, tiang khemah dan apa-apa aje la
yang sesuai mengikut keperluan korang supaya lebih teguh dan perkasa gitu!

Ikatan Seraya...
Biasanya digunakan untuk mengikat kayu berpalang misalnya membuat tangga,
tiang khemah dan yang seangkatan dengannya. Mulakan dengan ikatan simpul
manuk terlebih dahulu. Ikatan ini lebih kukuh dan tidak mudah terluncut atau
tercabut.

You might also like