Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK

2.3

APRESIASI MUZIK DALAM PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara spontan, automatis dan terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai pergerakan badan. Bentuk perhubungan kita yang pertama adalah melalui pergerakan (biarpun semasa dalam kandungan). Setiap kanak-kanak merupakan individu yang unik dan mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan. Pergerakan adalah satu kaedah untuk melahirkan perasaan-perasaan. Yardley (1973) menunjukkan bahawa pergerakan adalah cara utama untuk mengeluarkan perasaan-perasaan yang bersemadi dalam jiwa kanak-kanak dan penggunaan pergerakan ini berterusan walaupun selepas kanak-kanak sudah mencapai kemajuan dalam kemahiran bercakap. Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan fizikal dapat menjadi media untuk melahirkan emosi dengan lebih berkesan daripada pengucapan kata-kata. Kerap kali ekspresi perasaan seseorang individu melalui pergerakan fizikal adalah tidak kreatif dan dilakukan bukan secara sedar tetapi spontan dan membayangkan perasaan peribadi individu tersebut. Fleming (1976) telah mengemukakan bahawa pergerakan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang sama. Kedua-dua gejala ini tidak boleh dipisahkan. Ia menyatakan bahawa “Pergerakan merupakan perantaraan sejagat bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menggunakannya untuk melahirkan reaksi kepada kita, sesama mereka sendiri, alam, keadaan dan objek” (m.s. 4). Respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kank-kanak, muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sifat semulajadi kanak-kanak yang memang suka bergerak.

2.3.1 Definisi Pergerakan Kreatif Kreativiti merupakan satu konsep penting dalam pendidikan kanak-kanak daripada pelbagai kelompok umur. Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan imaginatif serta tidak mudah untuk dihalang daripada melahirkan perasaan (dalam bentuk

perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan (Salmah Ayob. Ciri-ciri ini (ingin tahu. imaginatif dan melahirkan perasaan) dijadikan sebagai asas untuk menyediakan pengalaman-pengalaman pergerakan yang akan membantu mereka memperkembangkan sifat-sifat keindividuan mereka yang unik. Apabila memperkatakan tentang pergerakan kreatif. rasa dan lihat. Dengan lain perkataan. meninjau hubungan antara personaliti dengan pergerakan dan meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses pendidikan muzik.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK pergerakan). Komponen pergerakan kreatif terdiri daripada badan. masa dan daya (atau tenaga). setiap individu menggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan pemikiran. (m. membantu menyemai apresiasi terhadap keindahan dan memantap serta memperhaluskan sifat-sifat emosi. Pergerakan kreatif dapat memenuhi dan membantu mencapai matlamat-matlamat perkembangan individu. Peranan pergerakan kreatif adalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakan yang berunsur seni.31) Pergerakan kreatif mendedahkan hubungan-hubungan antara dalaman kendiri dan realiti luaran. Pendidikan bentuk ini membolehkan kanak-kanak menggunakan gerak geri anggota sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman. meransang daya imaginasi dan mencabar keupayaan intelek. mengintegrasikan motor dan kognitif. Pergerakan kreatif bukanlah satu siri “langkah” atau “rutin” yang diajar dan dikenakan kepada pelajar oleh guru. Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk pernyataan kendiri yang unik. Tujuannya antara lain ialah untuk berhubung.s. Pada hakikatnya. membantu membina tubuh badan. 1992). Dunkin (1998) menyatakan bahawa. Pergerakan kreatif adalah interpretasi idea. idea atau perasaannya. Ia mempertajamkan daya persepsi dan membuat manusia lebih peka terhadap apa yang mereka dengar. pergerakan kreatif adalah lebih dari itu kerana ia merupakan satu proses penyelidikan yang memerlukan pertimbangan dan persediaan yang secukupnya seperti yang dilakukan terhadap kursus geraktari yang lain. ruang. . bagi setengah orang akan membayangkan di fikiran mereka gambaran penari-penari yang menari mengikut rentak muzik dengan menggunakan selendang atau sebagainya.

rendah). rentak (ritma dasar yang berterusan seperti degupan jantung). kaki. Ruang peribadi atau diri ialah ruang sementara yang mengelilingi individu yang tidak bergerak. terdapat empat unsur pergerakan iaitu : i) Badan Badan merupakan satu instrumen atau alat yang digunakan untuk melahirkan idea. rentak. hujung kaki. permukaan-permukaan (depan. sisi kiri dan kanan) dan bentuk yang digayakan oleh tubuh manusia.3.2 Unsur-unsur Pergerakan Kreatif Semua aktiviti fizikal melibatkan unsur-unsur tubuh badan. jangkamasa (durasi) (panjang pendeknya setiap rentak). tekanan dan jangkamasa. lazimnya menguasai daya sedar untuk bergerak. belakang. masa. lurus) dan tumpuan .Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK 2. Unsur-unsur ini digunakan secara spontan dalam aktiviti-aktiviti harian dan juga sebagai asas untuk membina pengalaman-pengalaman pergerakan kreatif. Pola-pola ritma merupakan satu kombinasi tempo. tapak kaki. jari-jari. lurus. aras (tinggi. sederhana. bersiku-siku. Idea-idea pergerakan dilahirkan dengan menggunakan bahagian-bahagian tubuh badan. jarak (dekat. iii) Ruang Ruang merujuk kepada ruang kawasan peribadi atau ruang diri dan ruang am atau ruang persekitaran. kecil). jauh) saiz (besar. ii) Masa Masa menyatakan tempo (bagaimana cepat atau perlahan pergerakan itu dipersembahkan). tangan. Arah (depan. Ruang am atau persekitaran merangkumi keseluruhan kawasan bilik darjah. tekanan (accent) (rentak yang lantang atau kuat dalam sesuatu pola ritma). Bahagian luar tubuh badan seperti kepala. Mengikut Salmah Ayob (1992). laluan (berlengkok. pemikiran atau perasaan. berkitaran. belakang. Ruang diri menjangkau sejauh mana seseorang individu dapat membongkok dan melenturkan badan sebarang arah. pepenjuru). Organ-organ dalam tubuh badan seperti jantung. lengan. gimnasium atau padang permainan di mana aktiviti-aktviti pergerakan diteruskan. bersiku keluang-zigzag). bahu. sisi. paru-paru dan organ-organ yang lain sentiasa bergerak dan bertindak tanpa kesedaran kita. bentuk (sempit. luas. ruang dan daya.

terikat atau dalam imbangan)” (Joyce. aktiviti-aktiviti pergerakan adalah penting dalam membina keupayaan mengawal gerak-geri fizikal dan sebagai landasan untuk melahirkan perasaan dalaman serta daya kreativiti. . Dalam kurikulum pendidikan di sekolah. Pergerakan badan boleh menjadi bebas. Jumlah tenaga yang dikeluarkan dalam sesuatu pergerakan menunjukkan impak tenaga atau kekurangan tenaga. iv) Daya / Aliran Daya digunakan dalam setiap gerakan dan dikategorikan kepada halusringan (kurang daya) dan berat-kuat (bertenaga). “Semua pergerakan boleh diubah dengan meminda aliran daya. terikat atau berada dalam imbangan. 4). Pemberhentian adalah mudah dilakukan dengan pergerakanpergerakan terikat. 2. merupakan faktor-faktor yang digunakan dalam aspek ruang. Ia terus memainkan peranan penting dalam masyarakat. Kanak-kanak pada umumnya mempunyai minat semulajadi terhadap rentak irama dan pergerakan mereka sering memperlihatkan unsur-unsur dan gaya berirama. Pergerakan-pergerakan yang terikat adalah terkawal.s. Imbangan menunjukkan kedudukan di antara pergerakan bebas dan pergerakan terikat. Bagaimana kualiti-kualiti tersebut dapat dimantapkan dengan lebih intensif lagi bergantunglah kepada sejauh mana kesempatan diberikan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka melahirkan citarasa mereka melalui aktiviti pergerakan. terimbang dan terbatas. kekuatan (kukuh atau lemah) dan aliran (bebas. aktiviti-aktiviti geraktari merupakan sebagai suatu Dalam kebanyakkan bentuk seni dan rekreasi. Pemberhentian adalah sukar dilakukan dengan pergerakan-pergerakan bebas. Pergerakan bebas atau yang tidak terikat mempunyai ciri-ciri kesinambungan dan berterusan.3. 1980.3 Pertimbangan Penting Dalam Pergerakan Kreatif budaya.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK mata (arah mata memandang).m. bergantung kepada impak (mendadak atau tenang). Aliran berkaitan dengan daya kerana tenaga digunakan apabila melakukan pergerakan. beban (berat atau ringan).

Tetapi ritma semulajadi dalam pergerakan adalah satu daya kreatif. maka adalah mudah bagi murid memberi tindak balas untuk sesuatu pergerakan kreatif. Rangkaian pergerakan yang dihasilkan merupakan olahan . bertindak sebagai komunikasi idea individual. f) Olahan Kreatif Pergerakan kreatif yang terancang (koreagraf) yang dihasilkan bersamasama oleh murid-murid dalam satu kumpulan. Pertimbangan-pertimbangan tersebut adalah seperti berikut : a) Tubuh badan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea. b) Penggunaan bahan Rangsangan. Bahan ransangan seperti muzik. menarik dan berkesan digunakan untuk sesuatu peringkat usia dan jantina yang dipilih. perkaitan ini dilihat dalam bentuk pengucapan atau luahan perasaan dengan semangat berkumpulan semasa melakukan pergerakan. Penggunaan tubuh badan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea adalah konsep penting dalam pergerakan kreatif. suara. lukisan. Kebebasan dalam mencurah atau melahirkan perasaan dan idea menggalakkan daya cipta kreativiti. riben dan apa sahaja objek yang digunakan untuk memperkembangkan daya imaginasi murid. d) Kesedaran Ritma. Ini dapat dilihat dalam jenis-jenis pergerakan yang ditunjukkan. e) Semangat Berkumpulan.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK Beberapa pertimbangan penting perlu diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan kreatif. gambar. Tindak balas yang berbeza dalam setiap bentuk pergerakan terhadap rangsangan yang diberikan menunjukkan daya cipta kreatif. Selain daripada kedudukan dan bentuk fizikal. Aspek perkaitan atau perhubungan di antara satu sama lain adalah satu konsep penting dalam pergerakan kreatif terutama perkaitan antara seorang individu dengan pasangan atau kumpulannya. Kesedaran ritma dicapai melalui rangsangan bunyi atau suara. reka bentuk atau grafik. c) Daya Cipta Kreatif. Jika bahan rangsangan yang bersesuaian.

3.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK kreatif berasaskan sesuatu tema atau sub tema sangat diberi tumpuan. Muzik daripada bahan-bahan multimedia seperti audio cd/vcd/dvd.3. menginterpretasi tugasan yang diberi mengikut kefahaman mereka sendiri dan memberi peluang kepada mereka mencuba langkah-langkah yang boleh mereka fikirkan tanpa batasan dan had yang ditetapkan oleh guru. Ia boleh dilakukan di mana sahaja. emosi dapat disalurkan kepada murid dalam aktiviti berbentuk permainan. Dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan kreatif. Pergerakan kreatif memberikan kebebasan menggunakan anggota badan dengan memanipulasikan pengalaman sedia ada untuk meluahkan perasaan. Apakah peranan guru untuk mewujudkan suasana yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan gerakan ? 2. ketenangan dan kegembiraan di samping dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara ekspresif. Bincangkan kepentingan pergerakan kreatif dalam perkembangan kanak-kanak. Kedua-dua aktiviti merupakan tugasan yang diberi oleh guru. rakaman kaset adalah mudah diperolehi. Pemerhatian aktif untuk penilaian atau refleksi atau kritik sangat digalakkan di mana murid dikehendaki memerhati atau menilai sesuatu untuk penambahbaikan. Seterusnya ia dapat meningkatkan tahap kesediaan murid dengan mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan. Olahan kreatif ini dapat dipersembahkan secara individu atau berkumpulan.5 Iringan Untuk Aktiviti Pergerakan Kreatif Ada pelbagai jenis iringan yang boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif. Anda seharusnya mendengar terlebih dahulu semua muzik dan membuat keputusan sama ada muzik-muzik yang didengari itu sesuai atau tidak untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. 2. persembahan dan penilaian pergerakan atau olahan kreatif digalakkan. . Semasa bermain murid berasa bebas untuk terlibat mengikut cara mereka tersendiri. Pergerakan kreatif memberi kanak-kanak kepuasan. perasaan.4 Penerokaan Bunyi Pergerakan kreatif pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea. Muzik merupakan jenis iringan yang pertama biaanya digunakan dalam aktiviti tersebut. g) Persembahan dan Penilaian.

Dengan menggunakan props. Alam semulajadi dan persekitaran. bau. reben. Aktiviti pergerakan . Muzik tradisional di Malaysia juga boleh dijadikan muzik itingan untuk aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif.6 Props dan Penggunaan Rangsangan-rangsangan Lain Dalam Pergerakan Kreatif Penggunaan props adalah satu cara yang baik untuk memperkenalkan pergerakan kreatif kepada murid-murid. alat-alat muzik yang menggunakan arus angin dan alat-alat lain. tin-tin kosong. 2. legenda atau peristiwa-peristiwa semasa dan juga sastera boleh bertindak sebagai rangsangan untuk pergerakan. Props mencakupi objek-objek yang boleh diuruskan dan dimanipulasi oleh seseorang individu atau sesuatu kumpulan. sentuhan. Kebanyakkan daripada muzik tradisional itu mempunyai rentak yang sederhana dan baik disamping memperkenalkan muzik Malaysia kepada murid-murid. Biasanya muzik instrumental adalah lebih sesuai. Pemilihan iringan seharusnya menarik dan boleh mewujudkan suasana menggembirakan di dalam kelas. bekasbekas plastik dan sebagainya. skaf. loceng. Alat-alat ini juga boleh dihasilkan sendiri oleh murid-murid dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kayu. gamelan. Deria-deria penglihatan. Iringan alat-alat muzik paluan termasuk gendang.4. rasa dan pendengaran dapat memberi rangsangan-rangsangan yang boleh dijadikan asas untuk aktiviti kreatif. Rangsangan ideasional dan emosional juga menjadi saluran-saluran untuk pernyataan kreatif. hubungan manusia.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK Muzik popular merupakan satu lagi sumber untuk iringan. belon dan sebagainya adalah beberapa contoh props yang boleh digunakan untuk membentuk pola-pola pergerakan yang menarik selari dengan penggunaan ruang. menawarkan latar belakang muzik yang menarik untuk mencipta pergerakan kreatif. Harp. walaubagaimanapun sesetengah lagu berserta lirik juga sesuai. alat-alat perkusi. gelang rotan. Uncang-uncang kacang. tepukan atau sebarang alat yang mengeluarkan bunyi apabila dipalu juga biasa digunakan dalam aktiviti pergerakan kreatif. murid-murid akan mempelajari cara-ara memanipulasikan props dan menjalin hubungan dengannya dan juga kepadanya. peristiwaperistiwa bersejarah. mud dan emosi.

lagu-lagu rakyat dan kata-kata boleh digabungkan ke dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan kreatif. sedih. simbol dan gambarajah juga boleh digunakan untuk mengorganisasikan pergerakan kreatif. alat-alat muzik yang didengar bunyi haiwan bunyi alam 2. baik dalam bentuk bertulis mahupun lisan. takut atau emosi-emosi lain. Menyatakan perasaan terhadap muzik yang didengar. Semuanya berdasarkan kreativiti guru untuk mengolahkannya menjadi satu pergerakan yang menarik. Carta. Bahasa.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK menyeluruh boleh dibentuk berdasarkan perasaan riang. Simbol-simbol bertulis dan juga corak-corak merupakan satu lagi rangsangan untuk memperkembangkan lagi idea pergerakan kreatif. Rima kanak-kanak. AKTIVITI 1. • • melengkapkan rangkaian irama soal sahut rangkai irama 3. Meniru rentak atau irama yang menggunakan anggota badan. puisi. mengandungi ritma dan emosi yang boleh digunakan sebagai rangsangan untuk aktiviti pergerakan kreatif. marah. Mengecam bunyi daripada pelbagai sumber dan alam sekitar. • • • sedih riang bersemangat .

Meregang Memulas - Berpusing - Menaik - • • Merebah - Menghayun - . menyeluruh dan menyeronokkan.1 Pergerakan-pergerakan Asas Pergerakan merangkumi gerak laku lokomotor dan bukan lokomotor. Muzik merupakan satu cabang untuk perkembangan karier individu. daya imaginasi dan kreativiti murid untuk mencapai pembelajaran yang optimum. menurunkan badan dari tempat yang tinggi kepada tempat yang rendah. pemgembangan penuh sebarang bahagian badan.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK 2. tarian istana mahupun tarian kreatif menggunakan muzik bagi mengiringi jenis-jenis tarian tersebut.4. iaitu : • • • • • Membongkok - menggerakkan bahagian badan ke depan supaya menghadap ke lantai. Sebagaimana muzik begitu juga dengan tarian. Oleh yang demikian semestinya tujuan murni ini dipastikan pelaksanaannya di sekolah-sekolah di Malaysia sebagai cabang kerjaya kelak. tarian tradisioal. Pergerakanpergerakan bukan lokomotor dilakukan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan.4 MUZIK DENGAN PERGERAKAN Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada murid menggunakan tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Di samping itu tarian etnik. sesuatu bahagian badan bergerak dengan memusing mengelilingi satu pusat (berputar). Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melhirkan ekspresi diri melalui ransangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama dan ekspresi. menggerakkan satu bahagian tubuh badan dalam bentuk bulatan. Pergerakan dapat diperindahkan dan menjadi lebih menyeronokkan jika diiringi dengan alunan muzik. 2. ke depan dan ke belakang). ke kanan. menaikkan badan dari tempat (posisi) yang rendah ke tempat yang tinggi (contohnya daripada posisi baring di atas lantai kepada dudk dan seterusnya berdiri). Proses pergerakan tersebut dapat meningkatkan lagi kepekaan. seluruh badan bergerak mengelilingi satu pusat (berkisar ke kiri.

Pergerakanpergerakan lokomotor dilakukan dengan cara menggerak dan membawa badan melalui ruang dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. maju dengan langkah yang lebih cepat dari berjalan. pergerakan badan yang menunjukkan arah.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK Sati daripada tujuan program muzik dengan pergerakan di pra sekolah ialah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. kognitif dan . pergerakan badan yang menunjukkan arah atau haluan. selepas itu teruskan melangkah dan melompat dengan kaki kiri). Melalui pergerakan. Antara kemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor dan lokomotor juga merupakan asas kepada pergerakan kreatif di mana kanakkanak dapat memanfaatkan penggunaan otot kasar dan otot halus dalam melakukan sesuatu aktiviti-aktiviti pergerakan. Kaki yang sama mendahului setiap pola pergerakan dan diikuti dengan kaki yang satu lagi. kanak-kanak belajar bergerak. kaki ke depan dengan pola kaki langkah bersama. Mereka akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor. (Melangkah dan melompat dengan kaki kanan. Contoh-contoh pergerakan lokomotor ialah : • Berjalan - pergerakan badan yang menunjukkan arah dengan memindahkan berat badan dari satu kaki ke satu kaki yang lain. Ini akan menghasilkan ritma yang tidak sama. Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Mula melangkah dan meloncat dengan menggunakan kaki yang sama. Langkahnya adalah lebih perlahan dari berlari. • • • • Berlari - Meloncat / Melonjak Melompat Berskip - lanjutan dari pergerakan berlari. Otot-otot kasar dan otot halus perlu diperkembangkan dan dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap kesediaan kanak-kanak. Ini menghasilkan satu ritma yang tidak sama. • Bergalop - Kedua-dua jenis pergerakan asas di atas boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan pada aras tinggi. melonjak dan mendarat dengan dua belah kaki. berfikir dan merasai sesuatu secara langsung. Teruskan pergerakan dengan menyelang-nyelikan kaki kiri dan kanan. rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran berat-ringan dan tinggi-rendah bunyi dan kontur bunyi.

Perlahan-lahan pulas badan dan rendahkan diri ke lantai (buat sekadar kemampuan anda) 11. Pusingkan badan anda ke kiri tanpa menggerakkan kaki. Berapa pantaskah tangan boleh digerakkan ? 3. 12. 8. . dan • Bagaimana kita dapat melahirkan perasaan dan idea? AKTIVITI 1. 10. Pusing badan ke kanan. 5.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK efektif. Bongkok dan hulurkan 2 tangan ke hadapan perlahan-lahan. Lompat empat kali secara bebas tetapi tidak merempuh rakan anda. Cuba gerakkan tangan sebelah lagi dengan pantas kemudian perlahan. ke belakang dan buat bulatan. Bolehkah anda menghayun sebelah tangan anda ke depan. belakang dan dalam bentuk bulatan ? 4. iaitu: • • • • Apa yang mampu dilakukannya ? Bagaimana seseorang itu boleh mengawal diri ? Bagaimana kita dapat mengawal sesuatu yang berada di sekeliling kita ? Bagaimana kita dapat menyesuaikan dan menghubungkan diri kita dengan alam sekitar (ruang manusia dan lain-lain yang bernyawa dan tidak bernyawa) ?. Pegang lutut. Hayun ke depan . Berhenti . tegakkan badan dan angkat 2 tangan ke atas. Kaki tidak bergerak. Melalui akitviti ini juga mereka akan dapat mempelajari tentang diri sendiri. Hulur tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri ke belakang. 7. Sila ambil 4 langkah ke depan dalam bulatan. Sejauh manakah anda boleh gerakkan sebelah tangan anda ? 2. 9. 6.

Dengan siapa melakukan aktiviti ini ? 4.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK TIP PERGERAKAN SOALAN BERIKUT BOLEH MEMBANTU MERANCANG PERGERAKAN KREATIF 1. Ke mana badan atau bahagian badan dapat digerakkan ? 3. Dengan apa anda menggerakkan anggota badan anda? 5. . Apakah yang patut digerakkan ? 2. Bagaimana bahagian badan anda boleh bergerak ? JENIS-JENIS PERGERAKAN Berpusar Berjalan Berlari Menggelongsor Merayap Menepuk tangan Mengusap Petik jari Memantul Skip Membuat bulatan Mengetuk Merangkak Meregang Menolak Meluncur Berayun Berjalan Membengkok Ketingting Menarik Menghayun Bergalop Menghentak kaki Senaraikan jenis-jenis pergerakan di atas mengikut kategori pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan lokomotor.

berlari. kita boleh menggalakkan individu untuk bertindak balas kepada kedua-dua ritma dan dinamik. Tahap dinamik pula boleh dilahirkan melalui badan. Mengikut Dalcroze. Kanak-kanak akan bertindak balas terhadap muzik melalui pergerakan badan iaitu menepuk dan menari. Kombinasi pelbagai elemen . menghayun dan sebagainya. Tempo yang mudah ditunjukkan dengan pergerakan badan iaitu cepat dan lambat dan variasi di antaranya.2 Eurhythmics “Eurhythmics” telah diperkenalkan oleh seorang pendidik muzik yang terkenal Emile Jaques-Dalcroze. Setiap konsep ini bergantung sepenuhnya pada pergerakan dan kekuatan tubuh badan. ‘Perlahan’ boleh ditunjukkan dengan pergerakan yang kecil. Beliau telah memperkenalkan satu pandangan yang unik dalam pendidikan muzik pada zamannya iaitu muzik adalah berasaskan irama yang boleh didapati daripada irama semulajadi tubuh badan manusia. Pergerakan ritma secara semulajadi merupakan satu kaedah asas dalam kelas permulaan pembelajaran eurhythmics. Dalcroze bermula dengan konsep yang mudah dan menambahkan konsep-konsep lain ke atas konsep ini. guru-guru tidak boleh mempelajari kaedah muzikal dari buku-buku dan skor muzik. berjalan. Denyutan jantung dan pernafasan manusia merupakan ritma semulajadi manusia. Sambutan terhadap muzik dan kebolehan untuk melahirkan perasaan dalam muzik tidak boleh dipelajari melalui buku. Pertukaran dalam tempo dan dinamik boleh dilahirkan melalui pergerakan tubuh badan. manakala ‘kuat’ boleh ditunjukkan dengan pergerakan yang besar.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK Melompat Bergolek Berbuai-buai 2. Dalam aspek eurthythmics. Kedua-dua idea boleh digabungkan dengan pergerakan murid untuk menunjukkan kedua-dua ‘cepat’ (tempo) dan ‘perlahan’ (dinamik). Penglibatan diri dalam kelas-kelas latihan adalah satu cara yang paling berkesan untuk mempelajari kaedah muzikal. Pengalaman muzik itu adalah sangat penting seperti mana seseorang kanakkanak belajar merangkak dan kemudiannya dapat berjalan.4. Asas pendekatan eurhythmics ialah untuk menghayati ritma melalui pergerakan badan. Eurthythmics bermula dengan pergerakan spesifik dan biasa iaitu skip.

Badan dijadikan alat untuk mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi. Tubuh badan menjadi satu alat muzik semulajadi yang paling utama. puisi atau sajak. vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian. menghayati dan menjadikannya satu cabang muzik. dinamik. perbezaan pic. bentuk. . melodi. Mengikut kajian Dalcroze. tempo dan lain-lain di kalangan murid telah meningkat dan bertambah baik melalui aktiviti pergerakan dengan muzik. gerak isyarat (signal). yang terkandung dalam muzik sedia ada dan darinya jika interpretasinya itu disusunkan secara terurus boleh menghasilkan satu bentuk koreografi yang kreatif. Ia boleh memantapkan persepsi pendengaran (aural) individu untuk diterjemahkan kepada gerakan yang sesuai dan kreatif yang seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan murid. tekanan.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK dalam muzik menggalakkan murid melahirkan konsep secara semulajadi supaya mereka dapat pengalaman apakah sebenarnya muzik. menganalisis. irama.4. 2.3 Aplikasi Konsep Muzik Dalam Pergerakan. harmoni. tempo. ayat. tahap pembelajaran berkaitan dengan elemen atau konsep muzik seperti irama. Ia melibatkan penyatuan minda. detik. Eurthythmics memerlukan penglibatan individu secara total atau menyeluruh. anggota badan serta emosi diri secara menyeluruh di mana individu perlu : • • • • • mendengar merasai berimaginasi kuat (strong imagination) menginterpretasi bunyi bertindak / respon / bergerak untuk membayangkan maksudnya secara luaran. bentuk. kontur melodi. lisan seperti perkataan. emosi serta gerakan badan yang bertindak berpandukan ransangan/stimulus dalam bentuk bunyi. Tujuan eurthythmics ialah supaya murid mendengar. Antara perkara penting yang boleh diinterpretasikan ialah : • • lagu yang berasaskan lirik unsur / konsep muzik contoh. sinkopasi.

- pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan frasa.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK a) Irama menepuk patah perkataan atau sukukata dan akhirnya dapat menepuk irama lagu yang mudah sambil menyanyi. juga dapat menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau kedudukan badan dalam pergerakan kreatif. h) Jalinan pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu bentuk atau fomasi. Skip. trumpet atau oboe. b) Meter dan tekanan c) Melodi gunakan pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan bila masanya bunyi pic lebih tinggi. Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari mudah kepada yang kompleks. Kelak dapat ditunjukkan bunyi tertinggi atau terendah dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih luas. f) Ekspresi - pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit bila muzik lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat. g) Warna ton pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola. Kegiatannya adalah seperti berikut : • • Gerakan mengikut lirik lagu Gerakan mengikut konsep muzik . e) Harmoni dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan dapat diilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu. Bergerak cepat dan lambat untuk menunjukkan perubahan tempo dan pergerakan badan atau mimik muka untuk menunjukkan mud. bergalop dan hayun untuk meter tak lazim (6/8). lebih rendah atau pada kedudukan sama. d) Bentuk gunakan meter lazim dua dan empatan dahulu kemudian meter tigaan. Kemudian murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan pertukaran arah pada sesuatu frasa lagu.

pendek. dll. jauh. dan Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik Bahagikan kelas kepada lima kumpulan mengikut lima jenis kegiatan pergerakan di atas dan buat satu persembahan muzik dengan gerakan. kiraan . interpretasi. masa. hentak kaki. RUANG Ada Mesej (maksud) Tinggi. kecil. bergalop. Rumusan MUZIK DENGAN GERAKAN JENIS Ikut lirik. luas. meluncur. panjang. bercerita.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK • • • Interpretasi muzik dengan gerakan Gerakan bebas dengan muzik. besar. sempit (dalam kelas / di padang / dewan) Tiada Mesej KONSEP MUZIK Tempo. bebas. dinamik. lebut. merangkak. melompat. Masa yang berikan untuk setiap persembahan ialah enam hingga sepuluh minit. kuat. rendah. ekspresif dan kreatif. dekat. berlari. ikut tema. asas. konsep muzik Berjalan.

J : Flo Enterprise Sdn.Unit 2 : PERKEMBANGAN AKTIVITI MUZIK KANAK-KANAK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SERONOK / BERKESAN Rujukan Findlay Elsa (1971). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Herrold. Khairul Bariah Haroen (2006). Salmah Ayob (1996). Salmah Ayob (1994). Bhd. . Strategi. New approaches to elementary classroom music (3rd ed). Pergerakan Kreatif. teknik dan pengajaran pendidikan pergerakan kreatif. P. Rhythm and movement aplications of dalcroze eurthythmics. (2001). Bhd. P. Open University Malaysia. Sukatan Pelajaran Muzik KBSR (2000) : Kementerian Pendidikan Malaysia. New Jersey: Prentice Hall. Pengalaman muzikal. Bahagian Pendidikan Guru. J : Flo Enterprise Sdn. Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif. Salmah Ayob (1992). Sukatan pelajaran pendidikan muzik (Pra Sekolah) minor. Buku Panduan Guru. R. Summy-Birchard Musia Princenton. Bhd. New Jersey. Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). M. Pusat Perkembangan Kurikulum.J : Flo Enterprise Sdn. P. Pengenalan pendidikan muzik. Panduan pengajar.