You are on page 1of 7

Eluuu kengkawan.. saya nak share moral-moral story wit u all..

^_^

1. KISAH PENDAYUNG SAMPAN DENGAN PROFESOR 

"Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan
menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu
pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak
banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan
tabung uji kemudian digoyang-goyang.

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu
membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke
langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan
itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung
sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.

"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya
Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati,
Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu
menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu
lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan.
Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi
bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini,
kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib
kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan."
Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya
berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak
besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung
sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu
berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah
kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang
menuju ke pantai.

Nilai moral

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita
pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia
mungkin bodoh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi
"MASTER" dalam bidang yang diceburi.. so be humble in everything we do.

2. KAKI ATAU TANDUK

Pada suatu pagi yang cerah, seekor rusa sedang minum air di tepi sungai.  Semasa
meneguk air di permukaan yang jernih, ia terlihat bayang-bayangnya di dalam air.  Dia
merasa begitu bangga dengan tanduknya yang begitu cantik.. “Wah, sungguh cantik
tanduk aku.  Tanduk aku menjadikan aku cantik !”

Rusa itu berpaling dan mendapati kakinya kurus dan panjang serta tidak menarik sama
sekali.  ”Sayangnya kakiku sebegini rupa,”  rungut rusa itu.  “Jika kakiku cantik seperti
tandukku, tentulah aku kelihatan cantik dari hujung rambut hingga hujung kuku. 
Dengan itu aku menjadi haiwan yang paling cantik!”  Si rusa seperti menyesali kerana
memiliki bentuk kaki yang sedemikian.

Tiba-tiba, seekor singa datang ke kolam itu dan minum air.  Apabila ternampak rusa,
singa itu berhenti  berjalan lalu merangkak perlahan-lahan menuju ke arah rusa.  

Pada ketika singa bersedia menerkam, sang rusa terperanjat lalu melompat untuk
menyelamatkan diri.  Kemudian ia dengan sekuat hati berlari menuju ke arah hutan.

Sebelum sampai ke hutan, rusa merentasi sebuah kawasan terbuka.  Kakinya yang
panjang membolehkannya berlari dengan pantas.  Dalam masa yang singkat rusa
berada jauh dari singa.  Akhirnya ia sampai ke pinggir hutan lalu masuk ke dalam
hutan.  Ia berfikir lebih selamat bersembunyi di dalam hutan.

Apabila sang rusa masuk ke dalam hutan, tanduknya yang bercabang-cabang itu
tersangkut pada dahan-dahan pokok.  Akhirnya ia terperangkap.  Rusa menarik dan
menolak tanduknya sekuat hati.  Malangnya ia tidak berjaya melepaskan tanduknya. 
Semasa rusa cuba menarik dan menolak tanduknya, sang singa pun tiba.  Akhirnya
singa berjaya menangkap rusa.

”Oh, aku sungguh bodoh !” Rusa merintih semasa terbaring menunggu nafasnya
berakhir. ”Aku menghina kakiku yang kurusa hodoh tetapi rupa-rupanya kakiku yang
menyelamatkan aku.  Tetapi tanduk yang cantik yang aku bangga-banggakan itu
menyebabkan kematianku.

Nilai Moral
Kadangkala ada perkara yang kita tidak suka tetapi memberika manfaat kepada kita
dan ada perkara yang kita suka tetapi merosakkan hidup kita.  Hargailah apa-apa pun
yang ada pada kita selagi kita hidup.

3. ADA 1 CERITA.. KEINDAHAN YANG HAKIKI DATANGNYA DARI HATI YANG


IKHLAS BUKAN DARI PANDANGAN SESEORANG..

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. 


Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku
cerita.  Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki di sebelahnya turut mengambil
biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama.  Di dalam hati
wanita itu menyumpah lelaki itu.

" Alangkah tak malunya lelaki ini.. sudah la tak minta izin dari aku..makan sama banyak
dengan aku pula..dasar pencuri!!" rungut wanita itu di dalam hati.
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka tenang terus dengan perbuatannya.  Hinggalah
sampai ke biskut yang terakhir.. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.

Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas
memberikan separuh darinya kepada wanita itu.  Wanita itu bertambah marah.  Sambil
merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan muka yang masam
mencuka.  Wanita itu berkata di dalam hati

"  Memang muka tembok lelaki ini.. Pencuri besar!! "

Wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan menaiki pesawat wanita itu
sampai.  Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri,
wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila sampai di tempat duduknya, beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil
barang.  Sangat terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berasa di dalam
begnya masih elok dan belum terbuka. Berkata wanita di dalam hatinya..

" Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.."
Ya...biskut yang dimakan tadi adalah kepunyaan lelaki itu.

Alangkah malunya dia di atas segala tindakannya terhadap lelaki itu.  Lelaki itu sanggup
berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir.  Rupa-rupanya dia lah
sebenar pencuri besar..Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh
dengan kekesalan kerana sifat kedekutnya memalukan diri sendiri..

Nilai Murni..jangan cepat berburuk sangka terhadap orang lain.. jangan kedekut.. 

4. KISAH JARI

Satu hari, dikisahkan bahawa kelima-lima jari di sebelah tangan Ali boleh bercakap.

Ibu jari pun memulakan cerita: Antara kita semua, saya lah yang paling hebat kerana
orang lain akan gembira bila saya berdiri, mereka tahu mereka sedang dipuji.

Jari telunjuk pula mencelah: Eh, mana ada. Saya lebih hebat kerana apabila saya
berdiri, semua orang akan patuh. Mudahnya memberi arahan jika saya berdiri.

Tiba giliran jari hantu: Hei, sebenarnya saya lah yang paling hebat sebab saya paling
tinggi antara kita semua.

Kemudian jari manis berkata: Kamu semua ni perasan lah. Saya yang paling hebat dan
terkenal, sebab cincin yang mahal selalu disarungkan pada saya.

Setelah jari manis selesai berkata, ke-empat-empat jari itu melihat jari kelingking dan
menunggu apakah yang akan diberitahunya. Namun, jari kelingking tertunduk dan
berkata: Antara kita semua, sayalah yang paling tidak penting. Sudahlah rendah, tiada
apa-apa kepentingan lagi. Jari-jari yang lain ketawa.

Ditakdirkan, jari Ali patah kerana dipijak rakannya semasa bermain bolasepak.
Akibatnya, Ali menjadi susah untuk memegang pensil, makan, dan melakukan kerja
yang menggunakan tangan. Setelah itu baru jari-jari yang lain sedar, bahawa mereka
semua tidaklah sehebat mana jika tidak bersatu.

Moral:
1. Jangan menghina orang lain.
2. Dalam sesebuah kelas, tidak ada istilah pelajar yang lembap dan tidak mampu
belajar.
3. Bersatu membawa berkat dan kekuatan.
4. Semua murid adalah sama penting dalam sesebuah kelas.

5. PAKU DI BATANG KAYU

Tersebutlah kisah di satu ketika, ada seorang lelaki yang sangat cepat dan selalu
marah. Kadang-kadang marah hanya sebab masalah kecil, tapi beliau selalu tidak
dapat menahan kemarahan beliau. Kalau dia tersepak batu pun, habislah batu tersebut
disumpah seranahnya.

Si bapa lelaki ini telah dapat memikirkan cara untuk anaknya mengurangkan sifat
marah. Si bapa telah memberikan anaknya yang pemarah itu sekotak paku, tukul dan
batang kayu. Kata bapanya,"Anakku, setiap kali kau marah, benamkanlah sebatang
paku ke dalam batang kayu ini." Si anak patuh dengan arahan bapanya dan dia
membenamkan sebatang paku setiap kali beliau marah. Untuk hari pertama sahaja,
beliau telah membenamkan hampir 30 batang paku. Pada hari kedua, si anak telah
mengurangkan marahnya di mana bilang paku yang telah dibenamkan berkurang
kepada 27 batang, dan terus berkurang pada hari-hari seterusnya sehingga tiada lagi
paku yang dibenamkan pada beberapa minggu kemudiannya. Si anak kini telah
berubah, beliau tidak lagi cepat marah.
Melihat perubahan anaknya, si bapa pun berkata kepada anaknya, "Syukurlah, kau
bukan lagi pemarah seperti dahulu. Sekarang, setiap kali kau menahan perasaan
marah, cabutlah sebatang paku daripada batang kayu tersebut." Maka si anak
mencabut setiap paku yang ada setiap kali beliau menahan marah sehingga tiada lagi
paku yang ada di batang kayu tersebut.

Si anak yang gembira pun menunjukkan batang kayu yang telah bersih daripada paku
tersebut dengan ayahnya. Seraya ayahnya pun berkata,"Kau telah melakukannya
dengan baik, anakku. Namun, cuba kau lihat kesan paku pada kayu tersebut. Walaupun
tiada lagi paku di situ, namun kesannya masih jelas kelihatan di batang kayu tersebut.
Apabila kau berkata sesuatu dengan perasaan marah, ia akan meninggalkan kesan
sama seperti di kayu ini. Kau boleh menikam sebatang pisau pada badan seorang lelaki
dan mencabutnya. Namun, tidak kira berapa banyak kau meminta maaf, luka yang tidak
dapat dilihat itu akan terus ada. Memarahi seseorang secara verbal tetap sama dengan
menyerang secara fizikal, malah ada ketikanya ia meninggalkan kesan yang lebih
mendalam."

Moral of the story:


1. Jangan cepat marah.
2. Jaga percakapan kita. kadangkala kita tak menyangka apa yang kita cakap boleh
mengguris perasaan orang lain. Sebab itulah kita dianjurkan supaya berdiam diri
seandainya tiada perkara penting yang ingin dicakapkan.
3. Sayangilah dan hargailah rakan anda.
4. Jagalah perasaan orang lain seandainya kita mahukan orang lain menjaga perasaan
kita  

kalau kita marah, kita tak sedar apa yang kita cakap akan melukai hati orang
lain..adalah lebih baik berdiam diri dan tarik nafas dalam-dalam utk meredakan
kemarahan. .

6. SEBERKAS LIDI

 Di hujung kampung ada seorang petani tua. Dia tinggal bersama-sama dengan
isterinya yang sudah uzur. Mereka ada lima orang anak lelaki.

Anak-anak lelaki mereka sudah besar tetapi mereka malas bekerja. Mereka mahu
makan sahaja. Petani bersedih mengenangkan tabiat buruk anak-anaknya dan mencari
jalan untuk menyedarkan mereka.
Pada suatu petang, petani itu memberi sebatang lidi kepada setiap orang anaknya. Dia
menyuruh anak-anaknya mematahkan lidi itu. Semua anak-anaknya dapat
mematahkan lidi itu.

      Kemudian, petani itu mengambil pula seberkas lidi. Dia berikan kepada tiap-tiap
orang anaknya. Dia menyuruh anaknya mematahkan lidi itu.

Mereka tidak dapat mematahkan seberkas lidi itu.

      "Kamu ibarat sebatang lidi. Senang sahaja dipatahkan," kata petani itu.

      "Kalau kamu bermuafakat seperti lidi seberkas, kamu tidak akan dikalahkan oleh
orang lain," nasihat petani itu lagi.
Anak-anaknya berbaik-baik semula. Mereka bermuafakat menolong ibu bapa mereka.
Mereka membuat kerja bersama-sama.

      Ternakan mereka semakin banyak. Ladang mereka subur. Petani itu sangat
gembira kerana anak-anaknya sudah saling bekerjasama.

Nilai Murni

      Hidup bermuafakat akan sentiasa membawa berkat.

You might also like