You are on page 1of 17

BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)

______________________________________________________________________________

BAB 2

TUANG BENTUK RASUK


(BEAM CASTING)

TUJUAN
NOTA :

Pemadatan bermaksud proses


membuang udara-udara yang
terperangkap di dalam konkrit
KOTAK BENTUK basah, bagi meningkatkan
ketumpatan konkrit.

Kerja pemadatan dijalankan


Definisi : “satu struktur sementara yang dibina untuk dengan menggunakan mesin
vibrator (penggetar).
menampung konkrit basah bagi membentuknya kepada
bentuk-bentuk dan saiz (dimensi) yang diperlukan dan
menyokongnya sehingga ia boleh berdiri dengan sendiri
(mengeras). Kotak bentuk terdiri daripada bahan
(papan) yang bersentuhan dengan konkrit dan bahan
penggalas yang menyokong atau menupang bahan
permukaan tersebut.

PEMBINAAN KOTAK BENTUK

1
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

 Menampung konkrit basah yang baru dituang bagi


membentuknya ke bentuk dan saiz yang dikehendakki.
 Menanggung konkrit semasa kerja-kerja pemadatan
(compaction)
 Menahan konkrit sehingga konkrit tersebut memperolehi
kekuatan yang mencukupi untuk berdikari
(self-supporting).

SYARAT-SYARAT KETEGUHAN KOTAK BENTUK

 Cukup kuat untuk menampung konkrit basah


 Cukup tegar NOTA :
 Penyambungan yang kuat, kemas dan rapat pada
-Tidak telap air bermaksud air
bahagian sambungan tidak dapat meresapi sesuatu
bahan/permukaan.
 Tidak telap air
-Aras permukaan yang rata
 Ukuran dan dimensi yang betul boleh diuji dengan
menggunakan alat aras spirit.
 Aras permukaan yang rata
 Boleh digunakan semula setelah kotak bentuk
ditanggalkan

CIRI-CIRI KOTAK BENTUK

Untuk memastikan mutu siap struktur konkrit, kotak bentuk hendaklah


mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Kotak bentuk hendaklah tegak untuk menahan deflection semasa konkrit dituang
2. Kotak bentuk mestilah mempunyai kekuatan untuk menampung berat atau
tekanan serta getaran semasa proses compaction konkrit
3. Kotak bentuk hendaklah dipasang dengan tepat dan betul mengikut ukuran dan
searas sebagaimana yang telah ditentukan.

2
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

4. Sambungan kotak bentuk mestilah rapat dan kemas supaya tidak bocor untuk
mengelakkan kehilangan air konkrit.

NOTA :
-Sekiranya berlaku kehilangan air konkrit semasa proses penuangan konkrit basah
ianya boleh memberi kesan honey comb (sarang lebah) pada struktur konkrit.

BAHAN UNTUK MEMBINA KOTAK BENTUK

 Kayu NOTA :
 Plastik -Bahan kayu sering digunakan dalam kebanyakkan kerja kerana bahan ini
 Keluli mempunyai sifat yang semulajadi, senang untuk dikerjakan dan mudah untuk
 Fyberglass didapati.

Rajah 2.1 : Penyediaan


kotak bentuk dari bahan kayu

PEMASANGAN KOTAK BENTUK

1. Kotak bentuk memerlukan tupang bagi menahan struktur kotak bentuk yang
dibina yang menampung konkrit basah.
2. Untuk satu projek pembinaan, kos bagi kotak bentuk boleh mencecah sehingga
20% hingga 25% daripada kos pembinaan. Untuk mendapat hasil kerja yang baik,

3
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

kotak bentuk hendaklah digunakan sekali sahaja (kayu). Kecacatan yang terdapat
pada permukaan kayu akan menyebabkan hasil kerja tidak memuaskan.
3. Penggunaan kayu untuk kotak bentuk adalah lebih ekonomi jika digunakan
berulang-ulang kali, tetapi tidak boleh melebihi empat kali. Sekiranya sesuatu
projek pembinaan itu memerlukan penggunaan kotak bentuk yang berulang kali,
ianya adalah lebih ekonomi jika digunakan kotak bentuk sistem (keluli).
4. Kayu yang digunakan untuk kotak bentuk adalah bertujuan menampung konkrit
basah sehingga ia menegras dan kering secukupnya. Dengan itu, kayu yang
hendak digunakan sebagai kotak bentuk hendaklah tidak terlalu kering dan tidak
mengandungi lembapan yang berlebihan. Sebaiknya kayu tersebut perlu
mengandungi kadar lembapan sebanyak 20%.

NOTA :
-Jika kayu yang hendak digunakan terlalu kering, ia akan menyerap air daripada konkrit dan menyebabkan
kehilangan air daripada konkrit dan boleh menyebabkan kesan honey comb pada struktur konkrit. Di samping
itu, kayu akan mengembang dan membengkok.
-Jika kayu yang digunakan terlalu basah, kotak bentuk boleh mengecut dan renggang akan terbentuk pada
sambungan kotak bentuk. Ini akan menyebabkan kebocoran dan air akan mengalir keluar dari regangan ini
seterusnya menyebabkan aras konkrit yang terhasil tidak rata.

PENANGGALAN KOTAK BENTUK

Kerja-kerja penanggalan kotak bentuk biasanya dilakukan secara berperingkat-


peringkat terutama sekali jika kotak bentuk yang sama akan digunakan semula.
Sementara menunggu konkrit yang baru dituang mengeras ke tahap yang maksimum,
sesetengah bahagian sudah boleh dibuka terlebih dahulu untuk membina kotak bentuk
yang seterusnya.
Kerja penanggalan kotak bentuk perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya
kerosakan tidak berlaku pada kotak bentuk tersebut. Ia juga perlu dengan cara yang betul
supaya tidak merosakkan dan mencacatkan konkrit.

4
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

Tempoh Penanggalan Kotak Bentuk


Jadual 2.1 : Tempoh Untuk Membuka Kotak Bentuk
Simen Portland Cepat
Simen Portland Biasa
Bahagian / struktur Mengeras
Hari Hari
Sisi rasuk, tembok dan tiang
3 2
(tanpa beban)
Papan (penyangga pada papak) 4 3
Penanggalan penyangga pada
10 5
papak
Bahagian bawah rasuk
6 5
(penyangga tidak ditanggalkan)
Penanggalan penyangga pada
21 8
rasuk
Rasuk bumi Ditanggalkan bila konkrit mengeras sepenuhnya
KOTAK BENTUK RASUK

DEFINISI RASUK

“Rasuk merupakan struktur bangunan yang dibina mendatar.


Rasuk menerima beban daripada lantai, dinding , bumbung
dan beban binaan lain. Beban ini dirintangi oleh momen
lentur dan daya ricih pada rasuk.”

Rasuk Bumbung
Jenis-jenis rasuk :
 Rasuk tupang mudah
 Rasuk selanjar
 Rasuk julur

Kedudukan rasuk :
Rasuk Tingkat
 Rasuk bumi (ground beam) Atas

 Rasuk tingkat atas


 Rasuk bumbung (roof beam)

Rasuk Bumi

5
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

Rajah 2.2 : Kedudukan struktur rasuk pada sebuah bangunan


Rasuk Konkrit Bertetulang
Rasuk konkrit bertetulang terdiri daripada tetulang utama dan tetulang pencekak.
Tetulang utama berfungsi bagi menanggung beban, manakala tetulang pencekak
berfungsi untuk menetapkan kedudukan dan saiz dimensi tetulang utama. Biasanya rasuk
terdiri daripada empat batang tetulang utama. Untuk rasuk yang menanggung beban yang
tinggi, penambahan tetulang akan dinyatakan di dalam plan struktur.

Rasuk konkrit

Tetulang utama

Rajah 2.3 : Komponen bagi rasuk konkrit bertetulang

PEMBINAAN KOTAK BENTUK RASUK BUMI


1. Dibina menggunakan kayu bersaiz 1” x 2” dan papan lapis 12 mm.

6
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

2. Kotak bentuk perlu dibina mengikut saiz dan ketinggian yang telah ditetapkan di
dalam pelan.
3. Pembinaannya mestilah kuat dan kukuh untuk menahan getaran semasa kerja-
kerja pemadatan konkrit dijalankan.
4. Perlu dipastikan tiada kebocoran pada bahagian-bahagian serta sambungan-
sambungan kotak bentuk bagi mengelakkan kehilangan air konkrit yang boleh
menyebabkan honey combing.
5. Setelah pemasangan kotak bentuk siap, kerja pengarasan dijalankan bagi
memastikan paras permukaan kotak bentuk adalah rata dan searas.
6. Permukaan papan lapis perlu disapu dengan minyak hitam terlebih dahulu supaya
konkrit yang dimasukkan tidak melekat pada kotak bentuk tersebut.

Rajah 2.4 : Permukaan


kotak bentuk disapu dengan minyak hitam

7
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

(a)

(b)
Rajah 2.5 (a)(b) : Pemasangan
kotak bentuk bagi pembinaan rasuk
bumi
PEMBINAAN KOTAK BENTUK
RASUK BUMBUNG / TINGKAT
ATAS
1. Berbentuk sama seperti
ground beam, tetapi ianya
perlu disokong oleh tupang bagi memelihara kedudukan dan sisiannya. Sokongan
kotak bentuk dikenali sebagai T-post.
2. Perlu dibina dari tiang ke tiang.
3. Kerja-kerja pembinaan kotak bentuk rasuk bumbung / tingkat atas memerlukan
papan jalan @ prop terlebih dahulu.
4. Kerja-kerja memasang prop akan disertakan dengan kerja-kerja menupang
menggunakan T-post ataupun peranca.
5. Saiz kayu T-post ialah 2” x 3” dan hendaklah mempunyai jarak lebih kurang 2
kaki antara satu sama lain di bawah kotak bentuk.
6. Kayu yang digunakan untuk T-Post adalah dari kayu yang terpilih untuk dijadikan
sebagai penyokong kepada kotak bentuk rasuk bumbung / tingkat atas supaya
dapat menanggung beban apabila pekerja berdiri di atasnya untuk kerja-kerja
menuang konkrit.
7. Prop akan dipasang di atas penutup tiang, yang dipasang terlebih dahulu pada
setiap tiang.
8. Tujuannya untuk memastikan ketinggian tiang adalah sama antara satu sama lain,
dan juga melindungi tiang daripada pecah atau retak.
9. Kerja-kerja memasang prop perlu dilakukan dengan berhati-hati, begitu juga
dengan kerja-kerja meletak tupang di bawahnya.

8
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

10. Untuk memastikan keselarian, kerja-kerja setting-out akan dijalankan di mana


benang akan direntang pada papan jalan untuk dijadikan panduan memasang
kotak bentuk roof beam.
11. Bagi memastikan kedudukan roof beam adalah selari dengan ground beam,
pelambab akan digunakan. Caranya batu pelambab akan digantung dan dijatuhkan
bebas. Perlu dipastikan ianya jatuh betul-betul pada setiap penjuru ground beam.
12. Kerja pengarasan dijalankan bagi memastikan paras permukaan kotak bentuk
adalah rata dan searas.
Rajah 2.6 : Pemasangan kotak bentuk bagi pembinaan rasuk bumbung / tingkat atas

PEMASANGAN TETULANG
1. Sebelum pemasangan tetulang, kotak bentuk perlu dipseriksa dari segi saiz,
verticality, alignment, rigidity, cleanliness, prop dan aras.
2. Tetulang yang telah siap dibentuk dan diikat akan dimasukkan ke dalam kotak
bentuk.
3. Ianya boleh berlaku samada sebelum, semasa atau selepas kotak bentuk dibina.
4. Block spacer akan dipasang sekali semasa pemasangan tetulang ke dalam kotak
bentuk.
5. Tebal block spacer adalah bersamaan dengan tebal penutup konkrit sebagaimana
yang dikehendakki dalam plan struktur.
6. Saiz tetulang yang digunakan untuk roof beam biasanya berbeza dengan saiz
tetulang ground beam.

9
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

(a) (b)
Rajah 2.7 : (a) Pemasangan tetulang bagi rasuk bumi
(b) Pemasangan tetulang bagi rasuk bumbung/tingkat atas

PENUANGAN KONKRIT
1. Konkrit yang telah siap dibancuh akan dimasukkan ke dalam kotak bentuk yang
telah pun dipasang tetulang.
2. Perlu dipastikan sebelum penuangan konkrit dilakukan, pemasangan tetulang
perlu diperiksa dengan teliti seperti saiz, jenama, grade, lapping, concrete cover,
link spacing dan bilangan.
3. Setelah konkrit dituang, kerja pemadatan/penggetaran konkrit perlu dilakukan
dengan menggunakan mesin vibrator bagi memastikan tiada ruang-ruang udara
yang tertinggal di dalam bancuhan konkrit. Kaedah manual juga boleh digunakan
iaitu dengan mencocok-cocok rod besi dalam bancuhan konkrit.
4. Ini akan menghasilkan konkrit yang lebih padat.
5. Jika tidak, akan terdapat ruang-ruang udara yang terperangkap yang menyebabkan
lompang. Ini boleh menghasilkan struktur konkrit yang mudah pecah dan tidak
kuat.
6. Permukaan konkrit hendaklah diratakan semasa penuangan dan mesti diratakan
permukaannya bagi mengelakkan pengasingan bahan-bahan.

10
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

(a)
(b)
Rajah 2.8 : Kerja penuangan konkrit ke dalam kotak bentuk rasuk

PENGAWETAN KONKRIT
Semasa air dibancuh dengan simen, tindakbalas akan berlaku yang menyebabkan simen
akan membeku dan mengeras. Air hanya cukup untuk tindakbalas kimia pada peringkat
permulaan sahaja, jika air kurang semasa simen mengeras konkrit tidak dapat mencapai
kekuatan maksimum.

Apabila konkrit ditempatkan, kandungan airnya akan hilang dengan cepat melalui proses
penyejatan, jikalau tindakan segera tidak diambil. Tindakan mencegah kehilangan air dari
konkrit dinamakan pengawetan konkrit.
Pengawetan ialah satu tindakan menjaga konkrit setelah dituang dan dipadatkan sehingga
ianya mencapai kekuatan konkrit yang dikehendakki dengan menggunakan air.

Amalan pengawetan yang dilakukan adalah seperti berikut :-

 Permukaan konkrit boleh ditutup dengan bahan-bahan yang dibasahkan seperti


beg guni, jerami, habuk kayu, pasir dan sebagainnya.
 Merendamkan permukaan konkrit dengan air. Kaedah ini sesuai digunakan untuk
mengawet lantai konkrit.

11
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

 Membasahkan konkrit dengan air. Amalan ini dilakukan pada-tempat-tempat


seperti tembok, tiang, rasuk dan sebagainya yang sukar diawet dengan cara lain.
 Menyapu bahan-bahan kimia pada permukaan konkrit untuk mengelakkan
kehilangan air melalui proses sejatan.
 Menggunakan wap air (stim). Biasa digunakan dikilang terutama sekali konkrit
prategasan.

Rajah 2.9 : Proses


pengawetan konkrit melalui kaedah semburan air
TUJUAN PENGAWETAN

- Memastikan pembentukan kekuatan mampatan yang dikehendaki

- Mengelakkan terjadinya kehilangan lembapan yang mengejut ke atas konkrit

- Mengelakkan berlakunya keretakan pada permukaan konkrit

- Untuk membiarkan konkrit berada di dalam keadaan lembap seberapa lama yg


boleh supaya proses pengerasan berjalan secara sederhana sehingga mencapai
kekuatan yg maksima

- Mengelakkan konkrit dirosakkan oleh keadaan/cuaca sejuk

BAHAGIAN-BAHAGIAN KOTAK BENTUK

12
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

Kotak bentuk terdiri daripada elemen-elemen yang membolehkan kotak bentuk dibina
mengikut saiz , cukup kuat, dan mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya.

Kotak bentuk bagi rasuk biasanya terdiri daripada bahagian-bahagian yang berikut:
 Pampan tepi acuan rasuk (Beam / girder side)
 Pampan bawah acuan rasuk (Beam/girder bottom)
 Tiang T-Post (T-Head Shore)
 Belebas (Joist Ledger)
 Beroti (Stiffener)
 Tupang (Brace)
 Pengikat (ties)
 Susur Dinding (Waler)

PENGIKAT KOTAK BENTUK (FORMWORK TIES)


Fungsi pengikat kotak bentuk :
1. Menguatkan dan mengukuhkan pembinaan kotak bentuk
2. Menetapkan saiz dan dimensi kotak bentuk
3. Menghalang kotak bentuk daripada melengkung
4. Mengikat kotak bentuk pada dinding dan lantai bangunan

13
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

5. Menjadikan binaan kotak bentuk yang kemas

Dua kategori pengikat kotak bentuk :


1. Recoverable – boleh digunakan semula
2. Non recoverable – tidak boleh digunakan semula

APLIKASI PENGIKAT KOTAK BENTUK

5 5

1 4
4

1
3

1 – Tie two sides of formwork


2 – Act as a spacer
3 – Anchor one side only
4 – Provide anchorage for succeeding lifts
5 – May have to resist shear stress (not for snap ties)

14
4
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

Jenis-jenis pengikat kotak bentuk

1- Snap tie
2- Loop End Tie
3- Flat Strap Tie

Sistem Pemasangan Pengikat Kotak Bentuk


1- Waler Rod Tie Syatem
2- Coil Tie Sistem

15
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

KOTAK BENTUK SISTEM

Kotak bentuk sistem merupakan kotak bentuk yang komponennya dibina dikilang dengan
mengikut saiz dan spesifikasi mengikut standard yang telah ditetapkan. Setiap komponen
ini akan dibawa ke tapak untuk dipasang dan dibina.

Bahan untuk kotak bentuk sistem terdiri daripada logam, fiberglass, plastic, kayu dan
aluminium.

Kebaikan
1. Komponen kotak bentuk yang standard
2. Kerja merekabentuk dikurangkan
3. Setiap komponen atau bahagian telah direkabentuk supaya dapat menanggung
beban tertentu
4. Tiada risiko kelemahan komponen atau terlebih beban
5. Boleh didirikan (dipasang) dengan lebih cepat, lebih mudah dan lebih jitu
(accurate)
6. Tidak memerlukan kemahiran dan peralatan yang banyak
7. Kebanyakkan kotak bentuk sistem tahan lama, boleh diguna berulang kali tanpa
had sekiranya dijaga dengan baik
8. Komponen bersaiz tertentu, mudah disusun dan diangkut
9. Bahan binaan sama ada logam atau kayu yang telah diperkuatkan dan tidak
mudah rosak
10. Terdapat rekabentuk yang pelbagai.

16
BAB 2 : TUANG BENTUK RASUK (BEAM CASTING)
______________________________________________________________________________

Kelemahan
1. Walaupun mudah dikendali tetapi ianya agak berat
2. Komponen yang standard; tidak sesuai digunakan untuk mengkonkrit bentuk-
bentuk yang unik /canggih
3. Berat; satu panel yang besar memerlukan kren untuk mengangkut seperti kren
4. Kos perolehan yang tinggi; tidak ekonomi bagi projek-projek yang kecil.

(a) (b)
Rajah 2.10 : Komponen kotak bentuk
sistem (logam) bagi rasuk

(a) (b) (c) (d)

Aplikasi penggunaan kotak bentuk sistem :


(a) (b) – Pemasangan kotak bentuk sistem di tapak bina
(c ) – Penanggalan kotak bentuk sistem
(d) – Struktur konkrit yang telah siap dibina

17

You might also like