You are on page 1of 12

SEMINAR DAN BENGKEL

KEMANTAPAN FIKRAH

FIQH TAGHYIR
‘ Kemantapan Fikrah Membina Syaksiah ’

Disampaikan oleh :
Ust Mohd Farkhan Md Zain
Naib Presiden III
Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan
PMRAM 2010
FIQH TAGHYIR
 MUQADDIMAH:

 Merupakan satu aspek perbincangan penting di dalam Siasah Syariah. Ia juga merupakan
penutup bagi melengkapkan perbahasan Siasah Syariah sebelum melaksanakan sesuatu
keputusan dan perubahan.

 Semua pihak bersetuju untuk menghasilkan kekuatan Ummah itu hanya dengan melakukan
perubahan. Tanpa perubahan, sesebuah Ummah tidak akan Berjaya

 Akan tetapi, perubahan yang ingin dilaksanakan ini berbeza mengikut pandangan yang
pelbagai. Sebahagian menyatakan perubahan mesti dijalankan melalui Politik. Sebahagian pula
mengatakanpada aspek Ekonomi atau Pendidikan dan pelbagai lagi.

 Pada pandangan umat Islam pula, sebahagian mengatakan perlu perubahan pada aspek
Aqidah, memerangi kepercayaan selain dari Allah Yang Satu. Khurafat yang menyelubungi
ummah, perbahasan cabang agama yang tidak perlu diselisihi kepada perbahasan intpati Islam
sendiri. Sebahagian pula, melakukan perubaan pada aspek Akhlak, sebahagian lain pula pada
aspek Kemasyarakatan atau Pendidikan atau Ekonomi atau Politik dan sebagainya.

 Samada ianya perubahan yang berbentuk jenis perubahan, aspek perubahan dan wasilah
perubahan.
PERUBAHAN YANG DITUNTUT

 ` bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih


berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang
mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan
perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa
Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah
menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala
bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada
sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang
ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat
menolong dan melindungi mereka selain daripadanya ‘
Surah ar ra`d ayat 11
 Perubahan Di Dalam Diri

 Kaedah di dalam al Quran menyebut: ` Ubahlah Dirimu, Nescaya Akan Mengubah Sejarah ’

 Kaedah ini telah tersebar mengatasi kaedah Marxisme yang menyatakan ` Ubahlah Ekonomi,
Nescaya Akan Mengubah Sejarah ‘.

 Kebanykan Negara Islam telah menggunakan kaedah ini untuk melakukan perubahan dalam
Negara masing-masing. Syeikh Abdul Hamid B Badis di Algeria, As Syahid Hassan Al Banna di
Mesir, Syeikh Badi`uzzaman Said Nursi di Turki, Syeikh Abi al A`la al Maududi di India dan
lain-lain lagi telah mengguna pakai kaedah ini.

 Sirah an Nabawiyah juga menyaksikan perubahan ini dijalankan oleh Baginda Nabi s. a. w
ketika sampai di Kota Mekah. Tempoh 13 tahun memerangi aqidah Jahiliyah merupakan satu
tempoh yang cukup lama untuk membersihkan pegangan Jahiliyah ketika itu. Pegangan ini
tidaka akan dapat dibersihkan melainkan melalui diri masyarakat ketika itu
 Perubahan Pegangan dan Kefahaman

 Perubahan ini perlu dijalankan memandangkan ianya menjadi aspek utama dalam perubahan
diri seseorang.

 Sebahagian masyarakat Islam sekarang, luarannya merupakan Islam. Akan tetapi kefahaman
Islam yang di amalkan pula ialah Materialistik atau Liberalisme atau Sekularisme dan
sebagainya.

 Rentetan lipatan sejarah seandainya dikaji, kita akan dapati para penjajah Barat tidak akan
menjajah sesebuah Negara tanpa meninggalkan satu kesan buruk dari aspek Agama.
Penjajahan Portugis pada negeri Melaka bukan hanya semata-mata rempah ratus bahkan
agama Islam yang ingin dimusnahkan. Masjid-masjid dirobohkan begitu juga tempat-tempat
pengajian agama. Begitu juga yang berlaku sekarang di Palestin. Infrastruktur pendidikan,
masjid dan hospital dimusnahkan semata-mata untuk melumpuhkan system pembentukan
agama.
KAEDAH DI DALAM FIQH TAGHYIR

 Muqaddimah
 Tidak beerti seandainya ingin melakukan perubahan seluruh infrastruktur yang sedia ada
dimusnahkan, diganti dengan yang baru. Apa yang perlu hanyalah diperbaiki system yang sedia
ada tersebut dengan disesuaikan manhaj yang telah digariskan oleh Islam.

 Apa yang menjadi kepentingan ketika itu ialah ada satu mekanisma alternative bagi
menggantikan system yang telah digunapakai supaya kehadiran perubahan yang dbawa oleh
Islam itu dijamin bersifat Syumul. Sebagai contoh system perbankan Islam yang diragui suatu
ketika dahulu tetapi kini menjdai satu aspek utama di dalam kebanyakan perbankan. Al
Wadiah, Al Mudharabah. Al Qard dan sebagainya.
Kaedah Pertama

 Kaedah yang pertama ialah meraikan keperluan yang utama:

- Perubahan tersebut mestilah perubahan yang utama dari aspek Syara`, bukanlah perubahan
yang bersifat sampingan ( Syakaliat ).

- Dr Yusuf al Qaradhawi dalam kitab beliau as Sohwah Islamiah min al Murahaqah ila ar Rusyd
menyebut:
` Umat Islam mutakhir ini hanya mementingkan perbahasan cabang di dalam Islam
sehinggakan gambaran Islam yang sebenar sudah menjadi kabur. Persoalan janggut, jubah
singkat, penggunaan siwak dan sebagainya. Semua ini perkara-perkara yang berkaitan kepada
luaran Islam sahaja. Aku menginginkan dari seluruh saudaraku untuk menumpukan isu
intipati dan roh Islami yang sebenar agar gambaran Islam yang Syumul kelihatan ‘ - m/s: 15
Kaedah Kedua
 Kaedah Kedua ialah melaksanakan dharurat yang lebih ringan:
- Memandang kepada dharurat yang lebih besar itu perlu ada pada seseorang yang ingin
jalankan perubahan kerana maslahah utama dan besar perlu diketahui. Dalam kisah nabi
Harun dan Musa a. s ada menyebut bahawa senyap baginda Harun terhadap ibadah
kaumnya ke atas Samiri bukan disebabkan takut kepada kaumnya akan tetapi bimbang akan
berlaku perpecahan dikalangan kaumnya melainkan menanti kepulangan nabi Musa.

- 92. (Sekembalinya), Nabi Musa berkata: "Wahai Harun, apakah maniknya Yang
menghalangmu ketika Engkau melihat mereka sesat,
- 93. "Daripada menurutku? Adakah Engkau ingkar akan suruhanku?"
- 94. Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! janganlah Engkau meragut janggutku
dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya Aku takut Bahawa Engkau
akan berkata kepadaku: ` Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama
sendiri, dan Engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku! ' "
Kaedah Ketiga
 Meraikan Sunnah berperingkat ( at Tadarruj ):

- Perubahan yang dilakukan mestilah tidak bersifat keseluruhan bahkan perlu kepada
pemringkatan yang tersusun supaya tidak berlaku kejutan budaya. Akhirnya masyarkat
tidak mampu menerima apa yang ingin dibawa sedangkan konsep Islam itu cukup murni
dengan tidak melaksanakan syariat tanpa memandang keadaan sesebuah masyarakat.
Pensyariatan solat, puasa, jihad dan pengharaman arak tidak berlaku melainkan dengan
pemeringkatan demi meraikan naluri manusia ketika itu yang sukar menerima sesuatu yang
baru melainkan bagi yang kuat imannya.

- Bukanlah maksud pemeringkatan yang ingin dijalankan dengan meletakkan `akan datang
dilaksanakan’ dan `menangguhkan pelaksanaan ‘ itu sebagai caranya. Kalimah Tadarruj itu
jangan disalah ertikan dengan melengah-lengahkan pensyariatan hukum Allah bahkan
bermaksud meletakkan matlamat, wasilah dan tadarruj secara terperinci dan teratur

- Khalifah Umar Abdul Aziz ketika ditanya anak beliau, Abdul Malik mengapa beliau tidak
melaksanakan hukuman terhadap golongan zalim yang wujud pada zaman tersebut dengan
kekuasaan beliau sebagai khalifah ketika itu menjawab ` Jangan terlalu gopoh wahai
anakku, sesungguhnya Allah s. w. t mencela arak itu dua kali di dalam al Quran dan
mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya aku bimbang melaksanakan
kebenaran sekaligus terhadap manusia kerana mereka akan mendakwa aku secara
sekaligus ‘ – al Muafaqat Imam Syatibi, Jil 2 m/s 94
BAGAIMANA PELAKSANAAN PERUBAHAN DAPAT
DILAKUKAN?

 Berkata Saidina Umar r. a :


`‫ب اا لطاعة ال إسالم إ الب جماعة وال جماعة إ الب إمارة وال إمارة إ ال‬

 Gerak kerja dakwah islamiyah tidak pernah berlaku di dalam liptan sejarah tanpa ada satu
struktur organisasi yang tersusun. Sifat dakwah itu merupakan satu konsep gerak kerja kolektif.

 Dalam menghasilkan satu kerja kolektif perlu ada individu-individu Muslim yang ingin
melaksanakan peranan ini. Hasilnya, satu rantaian ikatan individu-individu Muslim yang
lengkap struktur organisasinya terbentuk.

 Pelaksanaannya:

 i. Amal Islami
 ii. Amar Ma`ruf Nahi Mungkar
 iii. Amal Dakwah dan Tarbiyah
 iv. Amal Politik dan Pemerintahan
PENUTUP

 Amal Perubahan ini merupakan gerak kerja yang mesti dilakukan tanpa ada
pengecualian bahkan menjadi satu kewajipan pada waktu-waktu tertentu.
Ianya tidak diletakkan hanya pada golongan tertentu sahaja
terutama pada pimpinan. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim ` ‫ ‘ منرأىمنكم منكرا‬bahawa gerak kerja mengubah masyarakat yang
tidak islamik kepada islamik itu merupakan tanggungjawab bersama. Imam
Nawawi mensyarahkan hadith ini menyatakan `tidak dikhusukan amar
ma`ruf nahi munkar ini hanya kepada pimpinan bahkan ianya menjadi
harus kepada setiap individu Muslim’

 Perubahan yang ingin dilakukan mestilah menepati ciri-ciri dakwah Islamiah


yang telah digariskan supaya ianya tidak bersifat retorik semata-mata, bersifat
waqie dan sesuai serta meraikan peredaran zaman yang sedia ada.

 Kesimpulannya, perubahan yang ingin dilakukan cukup banyak pada konteks


masyarakat hari ini.
 Persoalannya sekarang apa peranan yang telah KITA lakukan, sedang lakukan dan akan dilakukan.

 KENALI DIMANA PERANAN KITA, MAINKAN PERANAN TERSEBUT,


JADIKAN KONSEP IHSAN DAN ITQAN DALAM MELAKSANAKAN
PERANAN TERSEBUT DISEMAI

 Terjemahkan peranan tersebut dalam gerak kerja KOLEKTIF dan bersama wadah kesatuan yang
sedia ada

 Mohd Farkhan B Md Zain


Usuluddin, Jabatan Hadith, Kaherah
Masakin Uthman 2148 p.m

You might also like