You are on page 1of 17

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 193

KEBERKESANAN PENDEKATAN BERASASKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA


TERHADAP INTEGRASI NASIONAL DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH
(The Effectiveness of Multicultural Based Approach on National
Integration in History Subject)

AHMAD ALI SEMAN


ZAHARA AZIZ
ABDUL RAZAQ AHMAD

ABSTRAK

KEMAJUAN: Kajian kuasi eksperimen ini dijalankan untuk menentukan kesan


pembelajaran berasaskan kepelbagaian budaya yang merangkumi perspektif
sejarah budaya, sejarah etnik dan sejarah kebangsaan ke arah meningkatkan
integrasi nasional. Kajian ini juga untuk mengenal pasti hubungan konstruk
pendekatan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi kaum
dan identiti Malaysia dengan integrasi nasional di kalangan pelajar dalam mata
pelajaran sejarah. Bagi melaksanakan kajian ini, 81 pelajar terlibat dalam kumpulan
rawatan dan 80 pelajar dalam kumpulan kawalan tingkatan dua dari dua buah
sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya Ampang dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Syed Mashyor Batang Kali, Rawang di negeri Selangor. Hasil
kajian rintis pendekatan kepelbagaian budaya bagi kontruk persefahaman budaya,
toleransi kaum dan identiti Malaysia dan integrasi nasional berada di tahap
kebolehpercayaan tinggi, iaitu diantara 0.80 hingga 0.96. Kaedah penggunan analisis
data menggunakan analisis deskriptif (frekuensi, min dan sisihan piawai) dan
inferensi (ujian t, Anova, MANOVA dan regersi berganda) berdasarkan Statistical
Package Social Sains (SPSS-11.5). Hasil kajian menunjukkan tahap pendekatan
bersasakan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi kaum
dan identiti Malaysia dan integrasi nasional nasional kumpulan kawalan berada
pada tahap sederhana dan kumpulan rawatan pula berada pada tahap yang tinggi.
Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan dari semua aspek yang dikaji berdasarkan jantina dan kaum.
Analisis data juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang tinggi antara
pendekatan berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya,
toleransi kaum dan identiti Malaysia dengan integrasi nasional dalam kumpulan
rawatan. Analisis regresi pula menunjukkan pendekatan kepelbagaian budaya dari
aspek persefahaman budaya menyumbang sebanyak 55 peratus, aspek identiti
Malaysia menyumbang sebanyak 11 peratus dan toleransi antara kaum
menyumbang sebanyak 2.5 peratus. Implikasi kajian menunjukkan pendekatan
berasaskan kepelbagaian budaya dalam mata pelajaran sejarah diterima secara
positif oleh pelajar dari pelbagai kaum dan ianya boleh dijadikan model pengajaran
bagi mencapai matlamat perpaduan dikalangan kaum seterusnya mencapai visi satu
Malaysia.
194 Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

ABSTRACT

PROGRESS: This quasi experiment research was done to determine the effect of
learning based on multicultural which inclusive of cultural history perspective, ethnic
history and national history to enhance national integration. This study was also to
identify the relationship among the constructs of multicultural based approach from
the aspects of cultural understanding, racial tolerance and Malaysian identity with
national integration among students in the History subject. Form two students of
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya Ampang and Sekolah Menengah
Kebangsaan Syed Mashyor Batang Kali, Rawang of Selangor were selected to be the
respondents of this study. 81 students were selected to be in the treatment group and
80 students were put under the control group. The pilot study showed that the
multicultural based approach for the constructs of cultural understanding, racial
tolerance and Malaysian identity and national integration were at a high reliability
level, with the score between 0.80 to 0.96. The data was analyzed using descriptive
analysis ( frequency, mean and standard deviation) and inferential (t-test, ANOVA,
MANOVA and mutltiple regression) techniques of the Statistical Package of Social
Science (SPSS-16). The findings show that the level of multicultural based approach
from the aspects of cultural understanding, racial tolerance and Malaysian identity
and national integration for the control group were at the medium level, whereas the
treatment group was at the high level. There is a significant difference (p<0.05)
between the control and treatment groups for all the aspects studied in terms of
gender and races. The data analysis shows that there is a high significant relationship
between multicultural based approach from the aspects of cultural understanding,
racial tolerance and Malaysian identity with national integration in the treatment
group. The regression analysis shows that in term of multicultural based approach,
the aspects of cultural understanding contributes 55 %, the aspects of Malaysian
identity contributes 11% and racial tolerance contributes 2.5 %. The implication of
the study reveals that multicultural based approach in the History subject are
positively accepted by multiracial students and it can be adopted as a teaching model
in order to achieve unity among the multiracial, and in the long run, to achieve the
vision of One Malaysia.

PENGENALAN

Guru merupakan agen perpaduan dan transformasi budaya kepada pelajar, oleh
sebab itu bidang pendidikan dapat menjadi saluran penting bagi mendokong cita-
cita perpaduan dan integrasi nasional (Chai Hon Chai 1977). Aliran falsafah realism
mengakui inisiatif untuk menjayakan matlamat Negara dan agenda perubahan
adalah terletak ditangan para guru (Ahmad Rafaai 2000; 2009), dalam hal ini,
kurikulum Sejarah yang memberikan gambaran jelas tentang pembentukan Negara
bangsa dapat dianggap wadah yang paling baik untuk menerapkan usaha-usaha
memupuk kesedaran dan kefahaman tentang unsur penyatuan bangsa dan
perpaduan etnik (Lee 2002).
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 195

Oleh sebab itu jugalah Sejarah dijadikan mata pelajaran teras dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) kerana melalui kefahaman
tentang Sejarah bangsa dan Negara, persefahaman budaya, toleransi antara kaum
dan identiti Negara dapat diperkukuhkan dalam kalangan pelajar yang berbeza latar
belakang lokasi, budaya dan etnik. Ahmad Ali Seman (2009), menganggap
keupayaan membina integrasi nasional bergantung kepada perkongsian nilai serta
semangat toleransi antara kaum. Menanggapi persoalan ini, Abd. Rahim Abd. Rashid.
(1997) sendiri mengakui kepentingan Sejarah sebagai kurikulum yang dapat
menyedarkan setiap kaum tentang peranan mereka dalam sebuah negara yang
berbilang etnik seperti Malaysia.
Menjadikan landasan kurikulum sebagai asas penyatuan bangsa dan
perpaduan antara etnik merupakan langkah yang paling berkesan, kerana
penyampaian mesej sebegini perlu bermula dari peringkat awal iaitu melalui sistem
pendidikan dan persekolahan, disebabkan sekolah adalah tapak sosialisasi dan
wadah pembentukan jatidiri (Tajul Ariffin Noordin 1993).
Konsep bersepadu yang dikemukakan melalui KBSM juga mewakili hasrat
dan matlamat yang sama bagi menzahirkan generasi baru Malaysia yang dapat
bekerjasama dalam keberagaman budaya dan kepelbagaian identiti etnik. Konsep
bersepadu ini, dapatlah digambarkan sebagai berikut :

Pengalaman
Pengetahuan
Pembelajaran

Konsep
Bersepadu

Budaya Nilai

RAJAH 1. Konsep Bersepadu Dalam Pendidikan

Disiplin ilmu dan pengetahuan Sejarah yang meliputi tiga elemen utama iaitu
(1) Sejarah Budaya, (2) Sejarah Etnik dan (3) Sejarah Kebangsaan dikukuhkan
dengan pembentukan aktiviti belajar yang menarik minat, menyeronokkan,
berupaya dilaksanakan dan menarik penglibatan pelajar tentu sekali akan memberi
makna yang besar. Di samping itu, pengajaran Sejarah juga turut berfungsi
memindahkan nilai-nilai sejagat dan budaya hidup manusia dan masyarakat kepada
pelajar, agar pelajar mengenal asal usul, memahami proses pembentukannya dan
sedia menerima realiti yang ada pada masa kini.
Kesepaduan bagi kombinasi ketiga-tiga aspek di atas, dilaksana
berlandaskan : (1) Falsafah Pendidikan Kebangsaan, (2) Teori-teori Pembelajaran
dan (3) Pendekatan Kepelbagaian Budaya. Rumusannya beberapa intipati tentang
teras pendidikan negara dapat dikenal pasti, iaitu :
196 Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

1. Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan


2. Tujuan pendidikan adalah untuk memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu
3. Kesepaduan merupakan kombinasi antara pengetahuan, keterampilan,
tanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri
4. Matlamatnya ialah memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara

Untuk mencapai misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan berdasarkan


intipati di atas, tentu sekali mengambilkira kedudukan pelajar daripada pelbagai
latar belakang etnik dan budaya. Oleh sebab itu, kesepaduan bermaksud
menerapkan nilai-nilai murni yang wujud dalam semua kepercayaan (Kepercayaan
kepada Tuhan) dan unsur-unsur norma-norma masyarakat pelbagai etnik
(kepelbagaian budaya). Dalam ertikata yang lain, kurikulum pendidikan kebangsaan
mahu menyatukan segala unsur kepelbagaian menjadi satu kesatuan yang dapat
membentuk : (1) Persefahaman budaya antara kaum (nilai-nilai kemasyarakatan),
(2) Tolak ansur antara kaum (toleransi etnik) dan (3) Identiti kebangsaan yang
bercirikan negara bangsa (Identiti Malaysia). Inilah visi dan misi yang hendak
dikembangkan daripada pendidikan dan kegiatan pembelajaran (Tajul Ariffin
Noordin dan Nor Aini Dan 1992).

Sejarah
Sejarah Budaya
Etnik
Sejarah
Kebang
saan

INTEGRASI NASIONAL

RAJAH 2. Persepaduan Membentuk Integrasi Nasional

Budaya Malaysia adalah budaya majmuk bukan lagi budaya tunggal oleh
golongan majoriti, malahan sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi, konsep majmuk
budaya telah difahami dan diterima. Setiap etnik telah memberi warna kepada
pembentukan budaya kebangsaan di negara kita, kerana ciri-ciri setiap etnik
(meskipun kecil bilangannya) menjadi aset negara, khazanah warisan negara dan
tinggalan sejarah yang telah berakar umbi sekian lama.
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 197

Perspektif Sejarah Budaya dan kebudayaan mempunyai hubungan yang erat


dengan pemahaman terhadap Sejarah Etnik dan pengambilan unsur-unsur budaya
bagi membentuk Sejarah Kebangsaan. Suatu hal yang nyata ialah apabila
membincangkan kebudayaan setiap kaum dalam masyarakat, pembicaraan akan
memberi fokus dan perhatian terhadap pentafsiran ciri-ciri budaya setiap kaum
(Sutan Takdir Alisyahbana 1966) yang menyangkut perihal cara hidup, pergaulan
dan hubungan sosial sehingga mewujudkan pertembungan dan percampuran unsur
kebudayaan. Maharom Mahmood (2001) mengakui dalam usaha membentuk nilai-
nilai patriotik dalam kalangan belia semua kaum, pemahaman tentang latar
belakang dan sejarah budaya setiap etnik memainkan peranan penting, kerana
pengalaman budaya membentuk pola kehidupan dan pola pemikiran.
Dalam membahaskan perspektif Sejarah Budaya, aspek-aspek berkaitan : (1)
Pertumbuhan dan perkembangan budaya, (2) Dinamika hubungan budaya, (3) Pola
interaksi budaya dan (4) Unsur simbolisme dalam kebudayaan, diberikan perhatian
bagi membangkitkan kesedaran dan penghayatan sebenar pelajar terhadap Sejarah
Budaya masyarakat. Peraturan-peraturan dalam masyarakat yang dijelmakan
melalui adat resam, organisasi sosial. Tradisi nilai budaya, kepercayaan dan
peralatannya dapat menjadi intipati pengajaran untuk meningkatkan penerimaan,
pengiktirafan dan penghormatan terhadap budaya antara etnik di Malaysia (Khoo
Kay Kim 1975).
Pemahaman tentang budaya perlulah merujuk kepada sumber yang autentik,
oleh sebab itu, Falsafah Kebudayaan Kebangsaan bolehlah dihuraikan secara
panjang lebar dalam menerapkan kefahaman tentang budaya bangsa. Tujuan
mewujudkan Falsafah ini, ialah:
1. Memberi penekanan terhadap daya kreatif bebas dan pemupukan bakat dan
pemikiran
2. Menengahkan ciri-ciri atau nilai-nilai terbaik daripada budaya setiap etnik
3. Memperkenalkan ciri-ciri identiti kebangsaan dan keperibadian nasional
yang dapat diterima dan diamalkan.
4. Mengatasi kelemahan dan keburukan budaya massa sebaliknya
menyebarkan unsur kebudayaan terbaik daripada setiap kaum.
5. Menghilangkan kecurigaan dan prasangka budaya yang boleh menghakis
rasa saling percaya dan hormat menghormati antara kaum

Kerajaan Malaysia telah menerima dan menetapkan bahawa Dasar


Kebudayaan Kebangsaan adalah tonggak bagi mewujudkan identiti nasional, oleh
sebab itu, pengajaran Sejarah Budaya turut menekankan kefahaman pelajar tentang
DKK yang berlandaskan tiga prinsip, iaitu :
1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan dapat diterima
3. Nilai-nilai Islam yang membentuk DKK

Kepelbagaian yang dibenarkan tumbuh itu, bukanlah pula mengizinkan


wujudnya pemisahan dan ekslusiviti sehingga terus teras bernegara dan berbangsa.
Walaupun kepelbagaian dibenarkan wujud, namun kerajaan berusaha mencari
198 Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

unsur persamaan yang boleh mewujudkan titik persamaan. Sekiranya tidak


dibentuk, teras yang menyatukan , tidak akan wujud sebuah negara dan sebuah
bangsa , justeru itu elemen kesatuan dan pembentukan identiti Malaysia yang
diterima pelbagai kaum adalah langkah penting dalam mewujudkan Sejarah
Nasional dan budaya kebangsaan, seperti: (1) bahasa, (2) sistem persekolahan, (3)
kurikulum pengajaran, (4) peraturan-peraturan, (5) adat istiadat negara dan (6)
upacara-upacara rasmi seperti majlis kongsi raya dan lain-lain (Cheah Boon Kheng
2002; Badriyah Salleh 1998).

KERANGKA KONSEPTUAL

Pendekatan Persefahaman Budaya


KEPELBAGAIAN (i) Menerima dan memahami perbezaan
BUDAYA Perspektif kebudayaan antara kaum,
(ii) Persamaan kebudayaan antara kaum
Sejarah
dan
Budaya (iii) Menghargai keunikan budaya antara
kaum

Toleransi Kaum
(i) Latar belakang demografi dan budaya,
(ii) Unsur kepercayaan dan adat resam
(iii) Penglibatan dan sumbangan tokoh-
Perspektif tokoh masyarakat setiap kaum
Sejarah (iv) Kontrak sosial yang telah dipersetujui
Etnik antara kaum

Identiti Malaysia
(i) Mewujudkan kesatuan kebangsaan,
Perspektif (ii) Pelaksanaan Kebudayaan
Unsur Demografi Sejarah
Jantina : L/P Kebangsaan,
Kebangsaan (iii) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru
Etnik : M/C/I
dan Undang-undang dan
Perlembagaan.

Integrasi Nasional

RAJAH 4. Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan Rajah 4 kerangka konseptual kajian ini adalah membincangkan


secara terperinci pendekatan kepelbagaian berasaskan budaya yang merangkumi
perspektif sejarah budaya, sejarah etnik dan sejarah kebangsaan. Perspektif sejarah
budaya adalah berdasarkan kontruk persefahaman budaya yang mengandungi; (i)
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 199

Menerima dan memahami perbezaan kebudayaan antara kaum, (ii) Persamaan


kebudayaan antara kaum dan (iii) Menghargai keunikan budaya antara kaum.
Perspektif Sejarah etnik yang mengandungi; (i) Latar belakang demografi dan
budaya, (ii) Unsur kepercayaan dan adat resam dan (iii) Penglibatan dan sumbangan
tokoh-tokoh masyarakat setiap kaum dan (iv) Kontrak sosial yang telah dipersetujui
antara kaum. Perspektif Sejarah kebangsaan pula mengandungi; (i) Mewujudkan
kesatuan kebangsaan, (ii) Pelaksanaan Kebudayaan Kebangsaan, (iii) Pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru dan Undang-undang dan Perlembagaan.
Pendekatan kepelbagaian budaya adalah berasaskan teori multikultural yang
dikemukakan oleh Kymlicka (2002) dan Dworkin (2001) tetapi diubahsuai untuk
konteks pengembangan budaya di Malaysia. Pendekatan ini lebih sesuai kerana
kepelbagaian budaya dalam konteks Malaysia adalah merujuk unsur penerimaan
dan merapatkan jurang hubungan antara kaum yang melibatkan kaum yang
dominan dalam situasi sosial iaitu : (1) Melayu, (2) Cina dan (3) India. Melalui
pemahaman tentang budaya pelbagai kaum ini, penghayatan pelajar tentang
hubungan antara kaum akan semakin baik, rapat dan tidak mewujudkan prasangka.
Untuk tujuan itu, pelajar perlu diberikan kefahaman yang jelas tentang
sejarah budaya yang menerangkan tentang kewujudan budaya pelbagai kaum di
Malaysia serta elemen-elemen penting dan keunikan setiap budaya yang terbentuk.
Yusuf Harun (1991) menjelaskan dalam konteks Malaysia, sejarah budaya adalah
berkait dengan sejarah etnik iaitu latar belakang kedatangan dan kewujudan
pelbagai kaum di Malaysia serta unsur budaya yang berasimilasi dalam kehidupan
masyarakat.
Setiap rakyat Malaysia berhadapan dengan realiti hubungan etnik, kerana di
Malaysia terdapat lebih 200 suku kaum, biarpun yang kelihatan nyata adalah tiga
komuniti etnik yang utama iaitu : (1) Melayu, (2) Cina dan (3) India. Oleh kerana itu,
isu-isu yang melibatkan hubungan antara etnik perlu difahami dan dihayati. Dalam
konteks pengajaran Sejarah, peranan guru bagi membangkitkan kesedaran tersebut
dalam kalangan pelajar amatlah penting, kerana pelajar merupakan sebahagian
daripada anggota masyarakat dan akan membentuk komuniti mereka sendiri pada
masa akan datang.
Dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia yang mempunyai pelbagai
kaum dan budaya, pendidikan dan pengajaran di sekolah seharusnya berupaya
menekankan nilai-nilai persefahaman budaya dan toleransi antara kaum serta
mengelakkan wujudnya prasangka. Perwujudan kebudayaan berasaskan
persamaan, kesedaran budaya dan perasaan kekitaan akan menjadi kriteria penting
bagi mewujudkan identiti yang dapat dikongsi bersama dan dalam masa yang sama
memudahkan usaha untuk membentuk integrasi nasional.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan bagi menjawab persoalan-persoalan berikut:


1. Apakah tahap pendekatan pengajaran berasaskan kepelbagaian budaya dari
aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum, identiti Malaysia dan
integrasi nasional antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan?
200 Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

2. Adakah terdapat perbezaan tahap pendekatan pengajaran berasaskan


kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara
kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional berdasarkan jantina?
3. Adakah terdapat perbezaan tahap pendekatan pengajaran berasaskan
kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara
kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional berdasarkan kaum?
4. Adakah terdapat hubungan antara pendekatan pengajaran berasaskan
kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara
kaum dan identiti Malaysia dengan integrasi nasional?
5. Sejauh manakah sumbangan pendekatan pengajaran berasaskan
kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi antara
kaum dan identiti Malaysia terhadap integrasi nasional?

HIPOTESIS KAJIAN

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pendekatan pengajaran


berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi
antara kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional antara kumpulan
rawatan dengan kumpulan kawalan
Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pendekatan pengajaran
berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi
antara kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional antara kumpulan
rawatan dengan kumpulan kawalan berdasarkan jantina.
Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pendekatan pengajaran
berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi
antara kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional antara kumpulan
rawatan dengan kumpulan kawalan berdasarkan kaum
Ho4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan pengajaran
berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi
antara kaum dan identiti Malaysia dengan integrasi nasional
Ho5 Tidak terdapat sumbangan yang signifikan antara pendekatan pengajaran
berasaskan kepelbagaian budaya dari aspek persefahaman budaya, toleransi
antara kaum dan identiti Malaysia terhadap integrasi nasional

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian


Pelaksanaan pengajaran berasaskan pendekatan kepelbagaian budaya (perspektif
sejarah budaya, sejarah etnik dan sejarah kebangsaan) menggunakan reka bentuk
kumpulan rawatan serupa (equivalent control group design). Reka bentuk kuasi
rawatan dengan menggunakan kaedah ujian pra dan pos. Sampel yang dipilih dalam
kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 2 dalam kelas Sejarah.
Ujian pra digunakan untuk mengenalpasti kesamaan di antara dua kumpulan dan
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 201

melihat sama ada adakah ianya terdapat perubahan selepas rawatan dilakukan.
Perkara ini boleh dilihat dalam Rajah 3.1.

JADUAL 1. Reka bentuk kumpulan rawatan dan kawalan

Kumpulan Ujian pra Pendekatan Pengajaran Ujian Pos


Kumpulan rawatan O1 X1 O2
Kumpulan Kawalan O1 X2 O2

Dalam reka bentuk ini, O1 mewakili ujian pra kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan, manakala O2 mewakili ujian pos untuk kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan. X1 dan X2 mewakili pendekatan pengajaran yang diberikan ke
atas kumpulan-kumpulan rawatan dan kawalan iaitu X1 untuk kumpulan rawatan
menggunakan pendekatan bersepadu kepelbagaian budaya (perspektif sejarah
budaya, Sejarah etnik dan sejarah kebangsaan) dan X2 untuk kumpulan kawalan
dengan pendekatan pengajaran tradisional. Kedua-dua kumpulan diberikan ujian
pra yang sama sebelum kajian dijalankan. Selepas tamat pendedahan pengajaran,
kedua-dua kumpulan diberi ujian pos. Ujian pra digunakan untuk melihat
kesetaraan antara kumpulan. Ujian pos dianalisis untuk melihat perbezaan antara
kumpulan. Kumpulan rawatan yang terdiri daripada dua kelas akan diajar selama
15 minggu (3 waktu dalam tempoh seminggu). Kedua-dua kumpulan ini akan
mempelajari kandungan sejarah yang sama mengikut sukatan yang telah ditetapkan
dalam mata pelajaran Sejarah di Tingkatan 2

Sampel Kajian
Sampel bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diperoleh di dua buah
Sekolah Menengah Kebangsaan. Lihat rajah berikut :

SAMPEL
KAJIAN

SMK Taman Seraya, SMK Syed Mashor, Batang


Ampang, Selangor Kali, Hulu Selangor

RAJAH 5. Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada dua kelas Tingkatan 2 (kumpulan rawatan)


dan dua kelas Tingkatan 2 (kumpulan kawalan). Pengajaran bagi kumpulan rawatan
berpandukan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirancang untuk sesi
pengajaran sebanyak 30 kali pertemuan dengan 2 sesi pengajaran seminggu ( 1
waktu = 1 period dan 1 waktu = double period).
202 Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

Pengajaran akan bermula pada akhir Julai sehingga bulan Oktober. Oleh
kerana kelas diambil pada bulan-bulan akhir, sillabusnya juga adalah bab-bab akhir
buku teks. Jumlah sebenar waktu eksperimen yang diambil ialah : 40 minit x 3
waktu x 15 minggu = 1800 minit ( 30 jam).

Instrumen Kajian
Kajian ini memfokuskan untuk melihat pengaruh pembelajaran Sejarah berasaskan
pendekatan kepelbagaian budaya, perspektif sejarah etnik dan perspektif sejarah
kebangsaan terhadap integrasi nasional. Selain daripada itu, perspektif pelajar-
pelajar Melayu, Cina dan India turut dikenalpasti. Pengkaji menggunakan dua
pendekatan kaedah untuk mendapatkan data bagi memperkukuhkan lagi kesahan
dalaman. Mohd Majid Konting (1990) menyatakan teknik yang ditentukan oleh
pengkaji harus bersesuaian dengan isu, sampel dan situasi yang ingin dikaji. Oleh
itu untuk mencapai objektif kajian, dua cara digunakan iaitu soal selidik dan temu
bual.
Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik telah dilaksanakan melalui
kajian rintis. Setiap item soalan mengukur apa yang sepatutnya diukur (Guliford &
Fruchter 1981). Soal selidik telah diedarkan kepada pakar dalam bidang yang
berkaitan untuk mendapatkan ulasan tentang kandungan, skop dan format. Guru
pakar Sejarah dan pensyarah mata pelajaran Sejarah juga telah dipilih untuk
meneliti soal selidik. Cadangan dan ulasan pakar diambil kira disamping
menganalisis jawaan pelajar sewaktu kajian rintis bagi menentukan bahasanya
mudah dan difahami. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini bagi menilai
perspektif pelajar tentang penerapan tiga pendekatan pengajaran, iaitu Inventori
Penerapan Tiga Pendekatan Mengajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.
Soal selidik ini mengandungi lima bahagian. Bahagian A adalah berkaitan
dengan latar belakang pelajar manakala Bahagian B pula item-item soal selidik tiga
pendekatan yang berkaitan : (1) Persefahaman Budaya, (2) dan Bahagian C tentang
Integrasi Nasional. Berikut ialah Jadual Spesifikasi Item Soal Selidik yang
memperincikan setiap elemen dan item soal selidik. Temu bual adalah suatu
keadaan di mana pengkaji bersemuka dengan sampel bagi mengajukan pertanyaan-
pertanyaan yang berkaitan untuk memperoleh jawapan-jawapan yang relevan
dengan masalah kajian.

Hasil Kajian Rintis


Cronbach alpha digunakan untuk menentukan indeks kebolehpercayaan soal selidik.
Nilai indeks kebolehpercayaan perspektif sejarah budaya (persefahaman budaya)
adalah tinggi iaitu 0.9634. Nilai indeks kebolehpercayaan perspektif sejarah etnik
(toleransi antar kaum) adalah tinggi iaitu 0.8037. Nilai indeks kebolehpercayaan
perspektif sejarah kebangsaan (identiti Malaysia) adalah tinggi iaitu 0.8037. nilai
indeks kebolehpercayaan perspektif integrasi nasionanl adalah tinggi iaitu 0.9226.
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 203

DAPATAN KAJIAN

Tahap Aspek Persefahaman Budaya, Toleransi antara Kaum, Identiti Malaysia


dan Integrasi Nasional antara Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan
Kumpulan Kawalan
Min ujian pos pembolehubah aspek persefahaman budaya bagi kumpulan kawalan
mempunyai min 3.13 dan sisihan piawai 0.351 berada pada tahap sederhana.
Konstruk toleransi antara kaum bagi kumpulan kawalan mempunyai min 3.09 dan
sisihan piawai 0.272 berada pada tahap sederhana. Seterusnya aspek Identiti
Malaysia bagi kumpulan kawalan mempunyai min 3.29 dan sisihan piawai 0.292
pada tahap sederhana dan integrasi nasional pula bagi kumpulan kawalan
mempunyai min 3.23 dan sisihan piawai 0.323 berada pada tahap sederhana. Secara
keseluruhan dapat disimpulkan bahawa aspek persefahaman budaya, toleransi
kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional dalam kumpulan kawalan berada
pada tahap yang sederhana.

Kumpulan Rawatan
Min ujian pos aspek persefahaman budaya bagi kumpulan rawatan mempunyai min
4.28 dan sisihan piawai 0.270 berada pada tahap yang tingggi. Aspek toleransi
antara kaum bagi kumpulan rawatan mempunyai min 4.32 dan sisihan piawai 0.280
pada tahap tinggi. Seterusnya aspek Identiti Malaysia bagi kumpulan rawatan
mempunyai min 4.27 dan sisihan piawai 0.298 berada pada tahap tinggi dan
integrasi nasional pula bagi kumpulan rawatan mempunyai min 4.26 dan sisihan
piawai 0.296 berada pada tahap tinggi. Secara keseluruhan dapat disimpulkan
bahawa perspektif persefahaman budaya, toleransi antara kaum, identiti Malaysia
dan integrasi nasional dalam kumpulan rawatan berada pada tahap tinggi.

Perbezaan Aspek Persefahaman Budaya, Toleransi antara Kaum, Identiti


Malaysia dan Integrasi Nasional antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan
Kawalan
Terdapat perbezaan min yang signifikan untuk setiap domain iaitu aspek
persefahaman budaya, toleransi antara kaum, identiti Malaysia dan integrasi
nasional antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Bagi aspek
persefahaman budaya dengan nilai F = 541.623 dan Sig= 0.000<0.05, aspek toleransi
antara kaum dengan nilai F = 795.618 dan Sig = 0.000<0.05, aspek identiti Malaysia
dengan nilai F = 436.209 dan Sig = 0.000<0.05 dan bagi Integrasi Nasional dengan
nilai F = 447.138 dan Sig= 0.000<0.05.

Perbezaan yang Signifikan Aspek Persefahaman Budaya, Toleransi antara


Kaum, Identiti Malaysia dan Integrasi Nasional dalam Kumpulan Kawalan dan
Rawatan Berdasarkan Jantina
Perbandingan skor min aspek persefahaman budaya berdasarkan jantina, nilai F =
53.985 dan Sig = 0.000 <0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna
terdapat perbezaan yang signifikan persefahaman budaya antara pelajar lelaki
dengan pelajar perempuan. Selanjutnya, perbandingan skor min toleransi antar
204 Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

kaum berdasarkan jantina, nilai F = 45.521 dan Sig = 0.000< 0.05. Ini menunjukkan
hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan toleransi
antar kaum antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Seterusnya
perbandingan identiti Malaysia berdasarkan jantina, nilai F = 55.711 dan Sig =
0.000<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat
perbezaan yang signifikan Identiti Malaysia antara pelajar lelaki dengan pelajar
perempuan dan perbandingan integrasi nasional pula berdasarkan jantina, nilai F =
23.844 dan Sig = 0.000<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna
terdapat perbezaan yang signifikan Integrasi Nasional antara pelajar lelaki dengan
pelajar perempuan.

Kumpulan Kawalan
Terdapat perbezaan aspek persefahaman budaya, toleransi antara kaum, identiti
Malaysia dan integrasi nasional berdasarkan jantina dalam kumpulan kawalan. Bagi
persefahaman budaya dengan nilai F = 42.009 dan Sig = 0.000<0.05, Toleransi antar
kaum dengan nilai F = 13.424 dan sig = 0.000<0.05, Identiti Malaysia dengan nilai F
= 29.483 dan sig = 0.000<0.05 dan integrasi nasioanal dengan nilai F = 5.316 dan sig
= 0.024<0.05.

Kumpulan Rawatan
terdapat perbezaan yang signifikan aspek persefahaman budaya, identiti Malaysia
dan integrasi nasional berdasarkan jantina dalam kumpulan rawatan. Bagi
persefahaman budaya dengan nilai F = 13.671 dan Sig = 0.000<0.05, toleransi antar
kaum pula terdapat perbezaan yang signifikan dengan nilai F = 36.079 dan sig =
0.000<0.05, Identiti Malaysia dengan nilai F = 26.365 dan sig = 0.000<0.05 dan
integrasi nasional dengan nilai F = 23.988 dan sig = 0.000<0.05.

Perbezaan yang Signifikan Aspek Persefahaman Budaya, Toleransi antara


Kaum, Identiti Malaysia dan Integrasi Nasional dalam Kumpulan Kawalan dan
Rawatan Berdasarkan Kaum
Perbandingan skor min aspek persefahaman budaya berdasarkan kaum, nilai F =
11.607 dan Sig = 0.000 <0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna
terdapat perbezaan yang signifikan persefahaman budaya antara pelajar Melayu,
China dan India. Selanjutnya, perbandingan skor min aspek toleransi antar kaum
berdasarkan kaum, nilai F = 8.900 dan Sig = 0.000< 0.05. Ini menunjukkan hipotesis
nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan aspek toleransi antar
kaum antara pelajar Melayu, China dan India. Seterusnya perbandingan identiti
Malaysia berdasarkan kaum, nilai F = 10.998 dan Sig = 0.000<0.05. Ini menunjukkan
hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang signifikan Identiti
Malaysia antara pelajar Melayu, China dan India dan perbandingan integrasi
nasional pula berdasarkan kaum, nilai F 17.224 dan Sig = 0.000<0.05. Ini
menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang
signifikan Integrasi Nasional antara pelajar Melayu, China dan India.
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 205

Berdasarkan analisis Ujian Pos Hoc Turkey pula, dengan menggunakan


analisis ANOVA mengikut kaum menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min =
0.2689, sig 0.000<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China
dari segi perbezaan aspek persefahaman budaya. Demikian juga terdapat perbezaan
antara pelajar China dengan India dari segi perbezaan persefahaman budaya dengan
mencatat perbezaan min = -0.1535, sig 0.045<0.05. Nilai min kaum India lebih tinggi
berbanding kaum China. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang
lain ke atas pembolehubah bersandar persefahaman budaya (p>.05).
Bagi aspek toleransi antara kaum menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan
Min = 0.1591, sig 0.005<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum
India dari segi toleransi antara kaum. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara
kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar toleransi antara kaum (p>.05).
Seterusnya bagi aspek Identiti Malaysia menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan
perbezaan Min = 0.1966 , sig 0.001<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi
berbanding kaum China dari segi perbezaan Identiti Malaysia. Demikian juga
terdapat perbezaan antara pelajar Melayu dengan India dari segi perbezaan Identiti
Malaysia dengan mencatat perbezaan min = 0.1804, sig 0.002<0.05. Nilai min kaum
Melayu lebih tinggi berbanding kaum India. Sedangkan tidak wujud perbezaan
antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar Identiti Malaysia
(p>.05).
Bagi aspek integrasi nasional pula menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan
Min = 0.2433, sig 0.00<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum
China dari segi perbezaan integrasi nasional. Demikian juga terdapat perbezaan
antara pelajar Melayu dengan India dari segi perbezaan integrasi nasional dengan
mencatat perbezaan min = 0.2411, sig 0.000<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih
tinggi berbanding kaum India. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan
yang lain ke atas pembolehubah bersandar integrasi nasional (p>.05).

Kumpulan Kawalan
Perbandingan skor min persefahaman budaya berdasarkan kaum, nilai F = 6.262
dan Sig = 0.003 <0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna
terdapat perbezaan yang signifikan persefahaman budaya antara pelajar Melayu,
China dan India dalam kumpulan kawalan. Selanjutnya, perbandingan skor min
toleransi antar kaum berdasarkan kaum, nilai F = 4.684 dan Sig = 0.012< 0.05. Ini
menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang
signifikan toleransi antar kaum antara pelajar Melayu, China dan India. Seterusnya
perbandingan identiti Malaysia berdasarkan kaum, nilai F = 4.288 dan Sig =
0.017<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat
perbezaan yang signifikan Identiti Malaysia antara pelajar Melayu, China dan India
dan perbandingan integrasi nasional pula berdasarkan kaum, nilai F = 4.824 dan Sig
206 Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

= 0.011<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat


perbezaan yang signifikan Integrasi Nasional antara pelajar Melayu, China dan India.
Berdasarkan analisis Ujian Pos Hoc Turkey pula terdapat perbezaan yang
signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan
Min = 0.3051, sig 0.003<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum
China dari segi perbezaan persefahaman budaya. Sedangkan tidak wujud perbezaan
antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar persefahaman budaya
(p>.05).
Bagi aspek toleransi antara kaum menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan
Min = 0.1974, sig 0.020<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum
India dari segi perbezaan toleransi antar kaum. Seterusnya terdapat perbezaan yang
signifikan antara pelajar kaum China dengan India iaitu dengan catatan perbezaan
Min = 0.2172, sig 0.023<0.05. Nilai min kaum China lebih tinggi berbanding kaum
India dari segi perbezaan toleransi antar kaum. Sedangkan tidak wujud perbezaan
antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar toleransi antar kaum
(p>.05).
Seterusnya bagi aspek Identiti Malaysia menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan
perbezaan Min = 0.2173, sig 0.014<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi
berbanding kaum China dari segi perbezaan Identiti Malaysia. Sedangkan tidak
wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar
Identiti Malaysia(p>.05).
Bagi aspek integrasi nasional pula menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan
Min = 0.2389, sig 0.014<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum
China dari segi perbezaan Integrasi Nasional. Sedangkan tidak wujud perbezaan
antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar integrasi nasional
(p>.05).

Kumpulan Rawatan
Perbandingan skor min aspek persefahaman budaya berdasarkan kaum, nilai F =
5.491 dan Sig = 0.006 <0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna
terdapat perbezaan yang signifikan persefahaman budaya antara pelajar Melayu,
China dan India dalam kumpulan kawalan. Selanjutnya, perbandingan skor min
aspek toleransi antar kaum berdasarkan kaum, nilai F = 6.022 dan Sig = 0.004< 0.05.
Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat perbezaan yang
signifikan toleransi antar kaum antara pelajar Melayu, China dan India. Seterusnya
perbandingan aspek identiti Malaysia berdasarkan kaum, nilai F = 10.053 dan Sig =
0.000<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna terdapat
perbezaan yang signifikan aspek identiti Malaysia antara pelajar Melayu, China dan
India dan perbandingan integrasi nasional pula berdasarkan kaum, nilai F = 17.457
dan Sig = 0.000<0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho) ditolak, bermakna
terdapat perbezaan yang signifikan Integrasi Nasional antara pelajar Melayu, China
dan India.
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 207

Berdasarkan analisis Ujian Pos Hoc Turkey pula dalam Jadual 4.50,
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu
dengan China iaitu dengan catatan perbezaan Min = 0.2196, sig 0.007<0.05. Nilai
min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum China dari segi perbezaan aspek
persefahaman budaya. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan yang
lain ke atas pembolehubah bersandar persefahaman budaya (p>.05).
Bagi aspek toleransi antara kaum menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan
min = 0.2262, sig 0.005<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum
India dari segi perbezaan toleransi antar kaum. Sedangkan tidak wujud perbezaan
antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar toleransi antar kaum
(p>.05).
Seterusnya bagi aspek Identiti Malaysia menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan
perbezaan Min = 0.3179, sig 0.000<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi
berbanding kaum India dari segi perbezaan Identiti Malaysia. Sedangkan tidak
wujud perbezaan antara kumpulan yang lain ke atas pembolehubah bersandar
Identiti Malaysia(p>.05).
Bagi aspek integrasi nasional pula menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan China iaitu dengan catatan perbezaan
Min = 0.2369, sig 0.002<0.05. Nilai min kaum Melayu lebih tinggi berbanding kaum
China dari segi perbezaan Integrasi Nasional. Selanjutnya terdapat perbezaan yang
signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan India iaitu dengan catatan perbezaan
min = 0.3797, sig = 0.000<0.05. Sedangkan tidak wujud perbezaan antara kumpulan
yang lain ke atas pembolehubah bersandar integrasi nasional (p>.05).

Hubungan antara Aspek Persefahaman Budaya, Toleransi antara Kaum dan


Identiti Malaysia terhadap Integrasi Nasional
Terdapat hubungan yang signifikan antara persefahaman budaya, toleransi antara
kaum dan identiti Malaysia terhadap integrasi nasional. Hubungan persefahaman
budaya dengan integrasi nasional iaitu dengan r = 0.744, sig = 0.000, hubungan
toleransi antara kaum dengan integrasi nasional iaitu dengan r = 0.725, sig = 0000
dan hubunga antara identiti Malaysia dengan integrasi nasional iaitu dengan r =
0.740 dan sig = 0000. Secara keseuluruhan dapat disimpulkan bahawa teradapat
hubungan yang tinggi antara persefahaman budaya, toleransi antara kaum dan
identiti Malaysia terhadap integrasi nasional.

Sumbangan Aspek Persefahaman Budaya, Toleransi antara Kaum dan Identiti


Malaysia terhadap Integrasi Nasional
Analisis regresi stepwise yang dijalankan didapati aspek persefahaman budaya
merupakan varian yang signifikan memberikan peramal terhadap aspek integrasi
nasional dengan nilai F = 98.183, sig = 0.000 (p<0.05). Aspek Identiti Malaysia
merupakan varian yang signifikan yang memberikan peramal terhadap integrasi
nasional, iaitu F =73.326, Sig = 0.000 (p<0.05). Selain itu, toleransi antara kaum juga
208 Ahmad Ali, Zahara & Abdul Razaq

merupakan varians yang signifikan memberikan peramal terhadap integrasi


nasional dengan nilai F = 57.920, sig = 0.000(p<0.05)
Berdasarkan kepada nilai Beta, didapati aspek persefahaman budaya
menyumbang sebanyak 55 peratus (Beta = 0.399, t = 4.639, Sig = 0.000 dan R =
0.744). bagi aspek identiti Malaysia menyumbang sebanyak 11 peratus (Beta =
0.282, t = 2.689 dan R = 0.817) dan toleransi antara kaum menyumbang sebanyak
2.5 peratus (Beta = 0.258, t = 2.521 dan R = 0.832). Konteks ini, terdapat
kemungkinan baki peratusan yang lain iaitu lebih kurang 31.5 peratus lagi
disumbangkan oleh lain-lain faktor yang tidak diambil kira dalam kajian ini (Pallant
2005; Hair et al. 2006). Daripada dapatan regresi tersebut dapat dibuat persamaan
regresi seperti berikut:
Y = 0.007+0.399X1+ 0.282X2+0.258X3+0.326
Dimana;
Y - Integrasi Nasional
X1 - Persefahaman Budaya
X2 - Identiti Malaysia
X3 - Toleransi Antar Kaum
Pemalar (Constant) 0.007
Ralat Terpiawai (Standard Error) 0.326

RUJUKAN

Ahmad Ali Seman, (2009). Pendekatan Kepelbagaian Budaya dan Sejarah Etnik Ke
Arah Pemupukan Integrasi Nasional. Dlm. Isjoni & Abdul Razaq Ahmad
(pnyt.), Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, hlm 97 - 112,
Pekan Baru : Cendekia Insani & FKIP, UNRI.
Ahmad Rafaai Ayudin, (2000). Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru. Ampang
: Penerbitan Salafi
Ahmad Rafaai Ayudin, (2009). Kompetensi Profesional Guru-guru Sejarah : Transisi
Pembudayaan Ilmu dan Pengajaran Efektif. Dlm. Isjoni & Abdul Razaq
Ahmad (pnyt.), Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, hlm 37 –
56, Pekan Baru : Cendekia Insani & FKIP, UNRI
Abdul Rahim Abdul Rashid, (1997). Penerapan Patriotisme dan Wawasan Dalam
Kurikulum Pendidikan Sejarah. Kursus Penataran Sejarah KBSM Untuk Guru
Sumber Sejarah. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Air Keroh, Melaka. 10 – 14 Mac.
Badriyah Salleh, (1998). Dari Komuniti Etnik Kepada Satu Bangsa. Jurnal Ilmu
Kemanusiaan, 5:1-21
Chai Hon Chai, (1977). Education and Nation Building in Plural Societies: The West
Malaysian Experience. Canberra: The Australian National University.
Cheah Boon Kheng, (2002). Malaysia : The Making of a Nation. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies.
Dworkin, Ronald. (2001). Menganggap Serius Masalah Hak. Dlm Larry May dan Shari
Colins-Chobanian, Etika Terapan: Sebuah Pendekatan Multikultura,
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 209

Terjemahan: Sinta Carolina dan Dadang Rusbiantoro, Yogyakarta: Tiara


Wacana.
Guilford J.P. (1989). The Nature of Human Intelligence. New York : McGraw Hill
Khoo Kay Kim, (1975). Persejarahan Malaysia. Syarahan Tun Seri Lanang. Kuala
Lumpur : Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Kymlicka , W. (1999). Education for citizenship. Dlm. Halstead dan T.H. McLaughlin,
(pnyt.) Education and Morality, London:Routledge.
Lee, M.N.N. (2002). Teacher Education in Malaysia: Current Issues & Future
Prospects. In Teacher Education (ed) London, USA: Kogan Page Ltd
Maharom Mahmood, (2001). Pendidikan Sejarah ke arah pembentukan warganegara
patriotic. Kertas Kerja 2 : Kurikulum Sejarah ke arah memperkukuh usaha
pemupukan semangat patriotik dalam kalangan murid. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum dan Persatuan Sejarah Malaysia.
Tajul Ariffin Noordin, (1993). Pendidikan Bersepadu : Konsep dan Falsafahnya
dalam KBSM. Dlm. Adnan Kamis (pnyt.), Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah : Pandangan dan Maklumbalas, hlm. 19-34, Bangi : Penerbit UKM.
Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan, (1992). Membentuk Identiti Kebangsaan.
Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pembentukan Integrasi Bangsa. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Sutan Takdir Alisyahbana, (1966). Indonesia : Social and Cultural Revolution. Kuala
Lumpur : OUP.

You might also like