You are on page 1of 13

GLOSARI ISTILAH

1. AKS - Anggota Kumpulan Sokongan


2. JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam
3. KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
4. KPTM - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
5. PJJ - Pengajian Jarak Jauh
6. PPP - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
7. PPPBS - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan
Siswazah
8. PPPLD - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
Diploma
9. PPPS - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
10. PPPT - Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
11. SPP - Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

1
SOALAN-SOALAN LAZIM

PERMOHONAN JAWATAN

S1. Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP?

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Lepasan Diploma


Gred DGA29 (rujuk LAMPIRAN A) dan PPP Siswazah Gred
DG41 (rujuk muka surat 170) untuk berkhidmat di
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM);

2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29


dan PPPT Gred DH41 (rujuk LAMPIRAN A) untuk berkhidmat
di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM);

3. Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) untuk berkhidmat di


KPM iaitu jawatan berikut:

i. Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N17


(rujuk LAMPIRAN G);

ii. Penyelia Asrama Gred N17 (rujuk muka surat 508);

iii. Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 (rujuk


LAMPIRAN C);

iv. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 ;

v. Pembantu Makmal Gred C17 (rujuk muka surat 129);

vi. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 (rujuk muka


surat 770);

vii. Tukang K2 Gred R11 (rujuk muka surat 560); dan

viii. Tukang K3 Gred R9 (rujuk muka surat 563).

2
S2. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan
tersebut?

Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan


sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, kaedah permohonan
adalah berbeza seperti berikut:

1. PPP Lepasan Diploma dan PPP Siswazah serta semua


jawatan Anggota Kumpulan Sokongan melalui Portal SPP.
Permohonan bagi kedua-dua jawatan ini bagaimanapun
hanya boleh dibuat oleh calon tajaan KPM ataupun bagi
calon bukan tajaan yang telah dipersetujui oleh KPM untuk
diberi penempatan sekiranya berjaya dalam temu duga;
manakala

2. PPPT melalui portal jobsmalaysia.

S3. Kenapa permohonan saya ditolak?

Permohonan ditolak mungkin disebabkan sekurang-kurangnya


salah satu dari perkara berikut:

1. tidak mengisi dengan sempurna semua ruangan yang


diwajibkan (mandatori)

2. tidak memenuhi syarat lantikan skim perkhidmatan jawatan


yang dipohon. Sila rujuk jawapan pada S1 di atas dan klik
pada nama jawatan untuk menyemak syarat lantikan bagi
jawatan tersebut.

S4. Saya memiliki kelayakan ijazah secara Pengajian Jarak Jauh


(PJJ). Bagaimanakah caranya saya mengemukakan permohonan
PPPS?

Permohonan jawatan PPPS yang memiliki ijazah secara PJJ


boleh dibuat secara online di Portal SPP.

3
S5. Saya pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan awam tetapi
ingin berkhidmat semula. Bagaimanakan caranya saya
mengemukakan permohonan?

Calon yang pernah berkhidmat secara tetap di bawah lantikan


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau
Suruhanjaya Pasukan Polis atau Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran hendaklah mendapat kebenaran
khas daripada Suruhanjaya yang mempunyai kuasa ke atas
jawatan yang dipohon terlebih dahulu sebelum boleh dilantik
semula secara tetap.

Walau bagaimanapun, sekiranya perkhidmatan calon sebelum


ini bukan lantikan salah satu daripada empat suruhanjaya
tersebut, maka calon boleh memohon semula pelantikan tanpa
perlu mendapatkan kebenaran khas.

TEMU DUGA

S1. Bilakah saya akan dipanggil temu duga?

1. Bagi jawatan PPP, temu duga pelantikan dilaksanakan


sepanjang tahun dan calon akan dipanggil temu duga
berdasarkan prinsip ‘yang dahulu didahulukan’. Surat
panggilan temu duga akan dikeluarkan dan calon juga
boleh menyemak status permohonan kemudahan semakan
status online bagi PPP. Calon juga dinasihatkan untuk
menghubungi SPP sekiranya berlaku pertukaran tempat
bertugas untuk tujuan pengemaskinian.

2. Bagi calon PPPT dan AKS, temu duga pelantikan akan


dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan
diterima daripada KPTM dan KPM. Walau bagaimanapun,
panggilan temu duga bagi jawatan PPPT akan dibuat
mengikut kekosongan bidang pengkhususan. Surat
panggilan temu duga akan dikeluarkan dan calon juga

4
boleh menyemak status permohonan kemudahan semakan
status online bagi PPPT dan AKS.

S2. Saya telah dipanggil temu duga di alamat tempat bertugas saya
yang lama. Bolehkan saya menukar tempat temu duga
berhampiran tempat saya bertugas yang baru?

1. Pertukaran tempat temu duga dibenarkan kepada calon


PPPLD dan PPPS yang telah bertukar tempat bertugas di
negeri lain sewaktu dipanggil temu duga dan dalam masa
yang sama, terdapat urusan temu duga dilaksanakan di
negeri calon bertugas. Calon boleh menghadiri temu duga
secara ‘walk in’. Walau bagaimanapun, calon dikehendaki
memaklumkan terlebih dahulu kepada Suruhanjaya secara
bertulis sebaik sahaja surat panggilan diterima dan calon
disyaratkan membawa dokumen berikut semasa hadir temu
duga:

i. surat panggilan temu duga;


ii. semua dokumen yang disyaratkan dalam surat
panggilan; dan
iii. salinan surat pertukaran.

2. Bagi jawatan PPPT dan AKS, pertukaran juga dibenarkan


sekiranya terdapat urusan temu duga di negeri calon
bertukar dengan syarat calon memaklumkan kepada
Suruhanjaya lebih awal dan tertakluk kepada bidang bagi
jawatan PPPT (sekiranya tiada temu duga melibatkan
bidang yang dimiliki di negeri bertukar, maka pertukaran
tempat temu duga tidak dapat dilakukan)

S3. Sekiranya saya hilang salah satu sijil asal, apakah yang perlu
saya lakukan?

Calon dikehendaki mendapatkan semula sijil asal tersebut


ataupun surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan.
Sebagai peringatan, calon yang gagal mengemukakan salah
satu daripada sijil asal yang telah ditetapkan dalam surat
panggilan temu duga tidak akan ditemu duga.
5
S4. Apakah salinan fotostat sijil yang telah disahkan boleh diterima
pakai menggantikan sijil asal yang hilang untuk urusan temu
duga?

Tidak boleh, calon dikehendaki mendapatkan semula sijil asal


tersebut ataupun surat pengesahan dari pihak yang
mengeluarkan sijil tersebut.

S5. Apakah persedian yang perlu saya buat untuk menghadiri temu
duga?

Antara persediaan yang perlu dilakukan:

1. Pastikan semua dokumen asal yang diminta di dalam surat


panggilan disediakan. Hanya sijil asal diterima dan calon
yang gagal mengemukakan sijil asal tidak akan ditemu
duga;

2. Pastikan pakaian mematuhi kod etika pakaian penjawat


awam; dan

3. Lengkapkan diri dengan pengetahuan am dan ikhtisas.

S6. Apakah implikasi sekiranya saya tidak hadir temu duga?

Bagi jawatan PPP, calon yang tidak hadir temu duga tanpa
sebarang alasan yang munasabah boleh dikenakan penalti iaitu
tarikh pelantikan akan lewat daripada tarikh sepatutnya.

PELANTIKAN

S1. Bilakah saya akan dilantik setelah ditemu duga?

1. Bagi jawatan PPPLD dan PPPS, surat tawaran akan


dikemukakan setelah perakuan pelantikan diluluskan oleh
Suruhanjaya; dan

2. Bagi jawatan PPPT dan AKS, pelantikan akan dibuat


mengikut prestasi temu duga, calon yang memberikan

6
prestasi terbaik dalam temu duga akan diberi keutamaan
pelantikan.

S2. Mengapa calon bagi jawatan PPPLD dan PPPS terus diberi surat
tawaran sebaik sahaja perakuan pelantikan diluluskan oleh
Suruhanjaya?

Calon bagi kedua-dua jawatan tersebut boleh terus ditawarkan


pelantikan kerana kedudukan mereka sebagai calon tajaan KPM
yang telah tamat latihan perguruan.

S3. Sekiranya saya gagal dalam temu duga, apakah yang perlu saya
lakukan?

1. Bagi jawatan PPPLD dan PPPS, calon akan diberi peluang


untuk menghadiri temu duga kali kedua. Sekiranya calon
gagal dalam temu duga kali kedua, maka peluang untuk
temu duga kali ketiga hanya akan diberi sekiranya calon
diperaku oleh KPM.

2. Bagi jawatan PPPT dan AKS, calon dikehendaki


mengemukakan semula permohonan sekiranya gagal temu
duga.

S4. Bagaimanakah penetapan tarikh pelantikan saya dibuat?

1. Bagi jawatan PPPLD dan PPPS yang berjaya dalam temu


duga kali pertama, tarikh pelantikan akan dibuat
berdasarkan satu haribulan dalam bulan berikutan daripada
tarikh perakuan senat atau tarikh lapor diri bertugas
mengikut tarikh mana yang terkemudian kecuali bagi PPPS
yang memperoleh kelayakan ijazah secara PJJ boleh dirujuk
dalam Pekeliling SPP Bil. 1 Tahun 2010; dan

2. Bagi jawatan PPPT dan AKS, tarikh pelantikan adalah


berdasarkan tarikh lapor diri bertugas.

S5. Sekiranya saya berjaya dalam temu duga, di manakah saya


akan ditempatkan?
7
Untuk makluman tuan, penetapan tempat bertugas adalah
terletak di bawah bidang kuasa KPM bagi jawatan PPP dan AKS
dan KPTM bagi PPPT.

S6. Setelah saya menerima surat tawaran, apakah yang saya perlu
lakukan?

Calon yang telah menerima surat tawaran pelantikan perlu


melengkapkan semua dokumen dalam pakej Setuju Terima
Tawaran Pelantikan yang dilampirkan dan mengembalikan
semula ke SPP secara pos berdaftar dalam tempoh:

1. 60 hari bagi Semenanjung dan 90 hari bagi Sabah, Sarawak


dan Labuan daripada tarikh surat tawaran bagi jawatan
PPPLD dan PPPS; dan

2. 60 hari bagi Semenanjung dan 90 hari bagi Sabah, Sarawak


dan Labuan daripada tarikh lapor diri bagi jawatan PPPT
dan AKS.

Sekiranya calon gagal untuk menyempurnakan semua dokumen


tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, maka tawaran yang
diberikan kepada calon akan terbatal dan calon perlu memohon
semula untuk temu duga.

S7. Bagaimanakan sekiranya saya mengandung dan tidak boleh


melakukan x-ray?

Bagi calon yang sedang mengandung, pemeriksaan x-ray boleh


dilakukan setelah kandungan dilahirkan. Sehubungan dengan
itu, calon diminta memastikan pegawai perubatan membuat
pengesahan di dalam laporan perubatan bahawa calon sedang
mengandung. Laporan pemeriksaan x-ray tersebut boleh
dikemukakan selepas calon selamat bersalin.

S8. Bolehkan pemeriksaan perubatan di buat di klinik/hospital


swasta?

8
Boleh asalkan pemeriksaan perubatan tersebut dilakukan oleh
Pengamal Perubatan Berdaftar.

S9. Bagaimanakan saya melaksanakan tapisan keselamatan?

Calon boleh memuat turun borang tapisan keselamatan di


Portal Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan di sini dan
mengemukakan borang yang telah lengkap diisi sebagaimana
panduan yang dinyatakan dalam borang tersebut.

S10. Perlukan saya menghantar Surat Aku Janji kepada


Suruhanjaya?

Pegawai yang baru ditawarkan jawatan dalam perkhidmatan


kerajaan perlu menjalani Aku Janji semasa melapor diri
bertugas. Aku Janji hendaklah dibuat dalam dua salinan di
hadapan ketua jabatan, satu salinan hendaklah dikemukakan
ke SPP bersama dengan dokumen setuju terima tawaran yang
lain manakala satu salinan hendaklah disimpan oleh calon. Aku
Janji hendaklah direkod dalam kenyataan perkhidmatan.

S11. Bagaimanakan penetapan gaji permulaan saya dibuat?

Penetapan gaji permulaan dibuat:

1. mengikut kelayakan akademik sebagaimana ditetapkan


dalam skim perkhidmatan;

2. bagi calon yang sedang berkhidmat tetap dan telah


disahkan dalam perkhidmatan tersebut, maka gaji
permulaan akan ditetapkan di mata gaji tertinggi yang
berhampiran dalam tangga gaji jawatan barunya
sekiranya gaji jawatan lama adalah sama atau lebih
daripada gaji permulaan dalam jawatan baru mengikut
Peraturan 23 dalam Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan
Penamatan Perkhidmatan) 2005;

9
3. sekiranya perbezaan gaji kurang dari satu pergerakan gaji
biasa di gred jawatan sebelumnya, gaji permulaan akan
ditetapkan pada satu lagi matagaji lebih tinggi
berhampiran di peringkat gaji P1 dalam jadual gaji
matriks jawatan baru itu mengikut Para 61 dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002; dan

4. bagi calon yang sedang berkhidmat sebagai Pegawai


Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma, diberi Hadiah
Kenaikan Gaji mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.
20 Tahun 2007.

S12. Saya dapati gaji yang ditawarkan kepada saya setelah dilantik
lebih rendah dari elaun bulanan yang saya perolehi sewaktu
saya dalam jawatan Guru Sandaran Terlatih (GST).

Elaun bulanan yang diterima semasa berkhidmat sebagai GST


tidak diambil pertimbangan untuk tujuan penetapan gaji
permulaan yang lebih tinggi. Penetapan gaji yang lebih tinggi
dengan mengambil kira gaji akhir di jawatan lama hanya
diperuntukkan kepada pegawai dalam jawatan tetap yang telah
disahkan dalam perkhidmatan sahaja.

S13. Saya dapati gaji yang ditawarkan kepada saya tidak


berdasarkan kelayakan sijil/ijazah yang saya miliki. Apa yang
perlu saya lakukan?

Sila kemukakan rayuan anda kepada Suruhanjaya bersama nilai


taraf kelayakan sijil/ijazah tersebut yang diperolehi dari Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA).

S14. Saya sebelum dilantik ke jawatan PPPLD/PPPS/PPPT/AKS, saya


telah berkhidmat tetap dengan kerajaan. Saya dapati bahawa
gaji yang ditawarkan kepada saya lebih rendah daripada
jawatan saya sebelum itu. Apakah yang perlu saya lakukan?

10
Sila kemukakan rayuan kepada Suruhanjaya dan sertakan
bersama surat rayuan tersebut salinan kenyataan perkhidmatan
yang telah dikemaskini.

S15. Saya memiliki kelayakan sarjana (master). Sekiranya saya


dilantik, adakah saya akan ditawarkan gaji yang lebih tinggi.

Kelayakan sarjana yang dimiliki:

1. tidak diambil kira untuk tujuan penetapan gaji permulaan


sebagai memandangkan kelayakan sarjana tersebut tidak
diperuntukkan oleh skim perkhidmatan PPPS untuk gaji
permulaan yang lebih tinggi;

2. diambil kira untuk tujuan penetapan gaji permulaan yang


lebih tinggi bagi jawatan PPPT sebagaimana peruntukan
dalam skim perkhidmatan tertakluk kelayakan tersebut
diiktiraf oleh kerajaan.

S16. Saya telah mengikuti Kursus Induksi bagi Kumpulan 1 pada


tahun 1992 iaitu sebelum disahkan dalam PPPBS Gred DG6.
Perlukah saya menghadiri semula Kursus Induksi apabila saya
dilantik sebagai PPPS Gred DG41?

Berdasarkan Surat Jabatan Perkhidmatan Awam Bil. JPA 241/46


Jld. V (69) bertarikh 1 April 1993, berikut adalah kategori calon
yang boleh diberi pengecualian daripada menghadiri kursus
induksi Sistem Saraan Malaysia apabila dilantik ke jawatan
tetap PPP Siswazah Gred DG41.

1. Guru PPPBS/LD yang dilantik dalam kategori B (skim JKK


’76) atau setaraf seperti B8,B9,C1, B10, T1, D3 yang
telah mengambil dan lulus Peperiksaan Am Kerajaan
(PAK) sebelum disahkan dalam jawatan sebelum ini.

2. Guru PPPBS/LD yang telah meningkat daripada kategori


C8 (SPM) kepada B10 (STPM) mengambil dan lulus PAK
sebelum tahun 1994; dan

11
Pengecualian berdasarkan keputusan mesyuarat pada
16.8.1999 di antara Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran,

1. PPPBS C8 yang meningkat ke B10 tetapi tiada PAK yang


telah dilantik ke DG3 sebelum 16.8.1999; dan

2. PPPBS C8 yang telah lulus PAK walaupun tidak


disyaratkan tetapi telah dilantik ke DG3 sebelum
16.8.1999.

3. Guru PPPBS/LD yang telah dilantik buat kali pertama


selepas tahun 1992 dan telah menduduki Kursus Induksi
Kumpulan I sebelum disahkan dalam jawatan.

4. Guru yang telah bertukar daripada skim perkhidmatan


lain yang menguntukkan penyandangnya untuk lulus
Kursus Induksi Kumpulan I atau lulus PAK sebelum
disahkan dalam jawatan dan kemudian dilantik ke PPPS.

5. Guru yang telah meletak jawatan dan telah lulus dengan


jayanya Kursus Induksi SSB apabila dilantik dalam
jawatan yang memerlukan lulus kursus dalam kumpulan
yang sama.

Jabatan Perkhidmatan Awam juga melalui surat JPA 241/20/14


Klt. 83( ) bertarikh 23 Disember 2003 telah memutuskan
bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah C8
yang tidak meningkat ke skel gaji B10 dan telah lulus
Peperiksaan Am Kerajaan yang kemudiaannya dilantik sebagai
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 layak
untuk dikecualikan dari mengikuti dengan jayanya kursus
induksi bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan sebagai
PPPS Gred DG41.

S17. Saya telah dilantik ke jawatan pertama saya sebagai PPPBS


kategori T, iaitu dengan kelonggaran syarat dari memiliki sijil
ikhtisas perguruan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.
Setelah memiliki ijazah, bolehkan saya dilantik ke jawatan PPPS

12
dengan menggunakan kelonggaran syarat semasa pelantikan
pertama dahulu?

Seseorang calon tidak boleh dilantik ke jawatan PPPS Gred


DG41 dengan menggunakan kelonggaran syarat semasa
pelantikan ke PPPBS. Calon yang terlibat adalah dinasihatkan
memohon kelonggaran syarat kali kedua dari pihak JPA melalui
KPM sebelum mengemukakan borang permohonan ke
Suruhanjaya.

S18. Bilakah saya boleh disahkan dalam perkhidmatan?

Mengikut Sistem Saraan Malaysia, seseorang pegawai boleh


disahkan ke dalam perkhidmatan setelah menjalani tempoh
percubaan selama satu hingga tiga tahun dan memenuhi
syarat-syarat pengesahan perkhidmatan seperti yang telah
ditetapkan di dalam surat tawaran (termasuk lulus peperiksaan
perkhidmatan sebagaimana ditetapkan oleh ketua jabatan
sekiranya ada dan tapisan keselamatan).

LAIN-LAIN

S1. Bolehkan saya memohon kepada Suruhanjaya untuk bertukar


tempat bertugas?

Permohonan pertukaran tempat bertugas adalah di bawah


bidang kuasa KPM atau KPTM mengikut yang mana berkaitan.

S2. Bagaimanakah caranya untuk saya memohon mengikuti kursus


perguruan?

Permohonan untuk mengikuti kursus perguruan adalah di


bawah bidang kuasa KPM. Sila rujuk KPM untuk maklumat
lanjut.

13

You might also like