You are on page 1of 8

JFEA 2376

ANIMASI KESENIAN MELAYU


Kuliah 1: Pengenalan Animasi
1.1: DEFINISI ANIMASI
• Simon 1995: Usaha untuk memaparkan suatu lakaran yang mana setiap
satu daripada lakaran tersebut mempunyai sedikit perbezaan untuk
menghasilkan satu pergerakan secara berterusan.

• Neo & Neo 1997: Satu teknologi yang membolehkan imej pegun kelihatan
seolah-olah hidup, dapat bergerak dan bercakap.

• Teknologi yang membolehkan SUATU SIRI IMEJ PEGUN kelihatan


SEOLAH-OLAH bergerak.

• Persistence of Vision: objek yang dilihat dipetakan pada retina mata dan
objek tersebut kekal pada retina untuk suatu tempoh tertentu.
• Dua jenis animasi: dua dimensi (2D) dan animasi tiga dimensi (3D)
2D: Melibatkan grafik yang dibangunkan melalui proses melukis
3D: Melibatkan pemodelan (tidak membabitkan proses melukis)

2D 3D
• Kepentingan animasi
- dapat menerangkan sesuatu yang mustahil dan rumit (dalam proses
pengajaran dan pendidikan).
- Iklan
- Hiburan
- Simulasi
• Animasi tidak boleh wujud tanpa grafik. Kenapa?

• Juru animasi memerlukan grafik bagi menghasilkan animasi. Oleh itu,


sebelum animasi dibangunkan, grafik perlu terlebih dahulu dihasilkan.

1.2: DEFINISI GRAFIK


• Maklumat dalam bentuk visual yang terdiri daripada elemen seni berikut:
Garisan (line), Rupa (shape), Warna (colour), Bentuk (form), Jalinan
permukaan (texture).
1.2.1: Elemen dalam rekaan
• GARISAN
- Diertikan sebagai titik yang bergerak.
- Dikategorikan kepada tiga bahagian:
a) Jenis garisan : lurus / melengkung / bersudut
b) Arah garisan : melintang / menegak / condong
c) Kualiti garisan : Bagaimana garisan dilukis ? (smooth, thin, thick,
…)

• RUPA
- Terhasil daripada garisan
- Titik pertemuan antara titik mula dengan titik tamat.
• WARNA
- Elemen yang paling penting kerana mampu mempengaruhi mood
dan suasana.

• BENTUK
- Objek yang mempunyai ruang, lebar, panjang dan kedalaman.
- Bentuk asas: Silinder, kiub, piramid, sfera.

• JALINAN PERMUKAAN
- Sifat permukaan yang memberikan kesan apabila “disentuh”.
- Jenis jalinan: Boleh sentuh dan boleh lihat.
TUGASAN 1
• Nyatakan 2 perbezaan yang anda lihat ada
antara animasi 2D dengan 3D.
• Berikan 5 contoh cerita animasi 2D dan 5
contoh cerita animasi 3D.
• Cari dan buat salinan (fotostat / taip semula)
sebuah cerita rakyat Melayu.

You might also like