You are on page 1of 27
 
 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PANDUAN PELAKSANAAN KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Disediakan Oleh Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JUN 2010
 
 
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
 1
 
 
 
Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
 2
 
Kata Alu-aluan
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia  Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Penguasa Alam semesta, dengan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pendidikan Islam dapat menyediakan Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai rujukan dan garis panduan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan Kem Pemantapan Sahsiah Murid di sekolah. Memang tidak syak lagi bahawa usaha mendidik, membentuk dan membimbing para pelajar di sekolah menjadi insan yang terbaik adalah merupakan usaha Kementerian Pelajaran dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Oleh kerana pendidikan merupakan suatu usaha berterusan hingga ke akhir hayat maka usaha menambah baik segala program pembentukan sahsiah adalah perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Oleh itu Modul Kem Pemantapan Sahsiah ini adalah sebahagian daripada usaha mempertingkatkan dan memantapkan lagi sahsiah atau keperibadian pelajar bersama usaha sedia ada selama ini.  Adalah menjadi harapan kementerian bahawa program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sebarang pandangan dan penambahbaikan dalam pelaksanaan program ini boleh disalurkan kepada pihak kementerian. Pemurnian akan dilakukan dari semasa ke semasa sehingga akhirnya program ini dapat memberikan impak yang besar kepada pembinaan modal insan melalui usaha membina Sahsiah Murid di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.  Akhir kata, saya doakan semoga usaha kita ini akan membuahkan hasil yang baik dan diberkati  Allah SWT.
 
Sekian, Terima kasih
(HJ ABD RASHID NGAH)
 

Reward Your Curiosity

Everything you want to read.
Anytime. Anywhere. Any device.
No Commitment. Cancel anytime.
576648e32a3d8b82ca71961b7a986505