You are on page 1of 11

 

   
Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya
 
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan
memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara
umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya.
 
Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid,
sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha  memberikan pendidikan yang
seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang.
 
Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani
kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran.
 
3.1 Guru
 
Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi dan bersikap profesional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid,
tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Murid dari
kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang
sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.
 
 
Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial menggambarkan perbezaan
cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.
 
Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai
hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan
pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima kelas sosial
yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan
bahawan, pekerja dan bawah.
 
Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid
hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau
bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan.
 
Guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid dimana akan wujud
pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan
masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan
terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan.
 
Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap,
tingkah laku uang sesuai. Guru harus melayan keperluan murid kearah
perkembangan potensi secara optimum. Murid harus dibantu untuk memahami
kekuatan dan dan kelemahan yang ada pada diri mereka; setiap kelemahan perlulah
diatasi dan kekuatan yang ada boleh digunakan untuk membantu murid lain yang
memerlukannya.
 
Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan
tahap pencapaian mereka. Guru perlu membantu murid membina konsep positif
kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan
prestasi akademik murid yang lemah melalui pengajuran kem motivasi dan
sebagainya.
 
Guru mesti membiasakan diri datang awal ke kuliah dan mempunyai amalan
sentiasa menepati masa. Guru harus mengunakan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Memulakan set induksi yang
menarik dan aktiviti pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan atau
melakukan tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut.
 
Guru tidak harus melengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan akan hanya
akan menamatkan pengajaran pada minit-minit akhir tempoh pengajaran. Masa
pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti merangsangkan minda.
Kata-kata motivasi dan penuh senyuman dan jenaka, pujian supaya suasana
sentiasa ceria, di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran.
 
Guru perlu menghormati murid  seperti orang lain, bersikap adil kepada semua
murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan
menyebabkan  hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan
minat untuk meneruskan pembelajaran.
 
Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid
berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah
pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak
diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik
dan meniupkan api perkauman di kalangan murid.
 
Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan
murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu
sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.
 
Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua
kepercayaan, nilai dan agama murid mereka.
 
Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang standard
untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
 
Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid,
tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsure bias kepada mana-mana jantina
mesti dielakkan untuk memberi peluang yang sama pada setiap murid menerokai
aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab
guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka
tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.
 
Guru mesti merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui
pelbagai kaedah yang menarik. Guru bukan sekadar mengambarkan sepintas lalu isi
kandungan tetapi boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasarkan
pengalaman pembelajaran tersebut. Rumusan boleh dibuat seperti susunan dalam
bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan.
 
Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran
dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta
mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah
pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan 
secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan.
 
Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka
terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak
berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang penyeliaan yang
terpaksa dijalankan.
 
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang
cemerlang; fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya,
menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek,
kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh di capai,
realisitik dan bijak dalam pengurusan masa.
 
Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan
dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa
komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh
melaksanakan tugas.  Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud ‘ sesungguhnya Allah
suka apabila seseorang itu melakukan perkerjaan dengan tekun’. (Riwayat
Baihaqi).
 
Demi memastikan objektif-objektif tercapai, perancangan  guru yang rapi
meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Keutamaan diberikan kepada keupayaan,
kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan
berkomunikasi.
 
Guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir, kemahiran
mengaplikasikan peralatan terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan
tugasan yang diamanahkan disamping memilik wawasan yang jelas. Guru harus
berkemampuan membuat pemantauan dan refleksi di atas kerja-kerja yang telah
dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memilik sahsiah sebagai guru
yang berteladan baik serta mematuhi Tonggak Dua Belas, nilai dan etika dalam
perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam.
 
Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan
termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber
utama pengetahuan kepada murid telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara
dalam pengajaran dan pembelajaran, ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada
murid. Guru harus kreatif dan inivatif untuk menjadikan sistem penyampaian
pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif, menarikdan menyeronokkan. Guru
adalah segala-galanya.
 
Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia,
permulaan latihan guru untuk guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan
dibuat dengan teliti. Pelatih harus terdiri daripada mereka yang berminat dan
mempunyai sahsiah yang baik sahaja yang terpilih, langkah-langkah inovatif juga
perlu dipergiatkan bagi menarik lebih ramai murid cemerlang menyertai profesion
keguruan.
 
Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi
oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan,
kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak dan patut
menjadi guru.
 
Disamping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru, pemantapan kebajikan
dan kerjaya terus diperbaiki dan diberi penekanan.
 
3.2  Murid
 
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru didalam bilik darjah. Mereka akan
bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik
darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang
melampaui tingkahlaku manusia. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau
kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan
kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting
kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang
tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
 
Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid ialah
menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib
mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial
dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira
kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudia terhadap bangsa lain.
 
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan
akktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya
dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa
mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan
kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat
dijalinkan dalam masyarakt dan seterusnya berupaya membentuk mesyarakat yang
toleran kearah memacu pembangunan negara.
 
Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek
mengikut kaum hendaklah dielakkan, seberapa yang terdaya murid harus
diingatkanan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul.
Pengunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai,
aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap
penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan
membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.
 
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan
jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam
interaksi yang berlainan jantina.
 
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang oleh
guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan
bersopan, menegru dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah,
disamping menggunakan segala sifat mahmudah akan mempercepatkan proses
kecintaan dan kesetiaan murid terhadap  gurunya, dan kemujaraban pemindahan
maklumat daripada guru kepada muridnya.
 
Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting kea rah pembentukan
budaya penyayang. Komunksi berkesan dapat dijelmakan melalui cara bertutur,
pengunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat tertentu
seperti komputer, telefon dan sebagainya.
 
Guru yang menggunakan kemahiran berkomunasi sering menjana suasana
pembelajaran yang lebih dinamik dan cara pembentukan akhlak dan penerapan
kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.
 
Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan
berhikmah. Guru mesti mengunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan
motivasi yang berkesan. Guru diminta membiasakan diri dengan senyuman selain
kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang
lebih baik daripada sebelumnya misalnya kelas yang lebih teratur, bersih dan
kemas.
 
Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan
sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program
yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi
mengurangkan segala tingkahlaku negatif.
 
Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh
emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif dan ininovatif dan
bermatlamat. Guru diperlukan membentuk budaya bilik darjah yang dinamis,
mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan
murid dengan guru.
 
Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya,
tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti
perasaan kasih saying dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan
potensi diri mereka kea rah pembentukan modal insane yang berkualiti.
 
Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru boleh dapat mengurangkan
kadar ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah
yang berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang
bukanlah ukuran subjektif bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan
yang ditunjukkan oleh bakal guru menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat
ditransformasikan  menjadi sebuah rumah yang menepati slogan ‘bilik darjahku,
rumahku’.
 
Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiap kelas, namun
harus diingat bahawa bukan murid menjadi puncah permasalahan. Kemahiran
mengawal kelas sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting
dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid –murid yang menimbulkan punca
permasalahan harus dikenalpasti, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’. Guru
mesti mencuba membantu menyelesaikan punca permasalahan dan meneruskan
aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga ia
merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai sehingga ia merasakan
mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya
yang disenangi guru.
 
Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan
berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera
tetapi lebih kepada pengajaran. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk
membentuk perangai murid memang mengambil masa yang lama.
 
Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada
masanya.
 
 
3.3  Sekolah
 
Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan
negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah
pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, 
Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
 
Sekolah  Premier iaitu sekolah yang mempunyai tradisi penajang seperti sekolah
yang berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah di dalam persekitaran yang strategik
serta infrastruktur yang baik seperti sekolah yang berjiran dengan Putrajaya dan
Cyberjaya. Turut tersenarai adalah Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan
sekolah antarabangsa.
 
Di peringkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan
(bahasa pengantar utama adalah Bahasa Kebangsaan), SJKC (bahasa pengantar
Bahasa Cina) dan SJKT (bahasa Tamil).
 
Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang
memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat
pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistimewaan masing-
masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, pencaragam di
Sekolah Menengah Tun Fatimah, pidato di Kolej Islam Kelang.
 
Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung
dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan
tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi.
 
Sekolah menengah teknik menawarkan bidang vokasional seperti ekonomi rumah
tangga, pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala dalam
bidang teknikal termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT
yang cemerlang termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip (ekonomi rumah
tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT
Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan mekanikal) dan
SMT Cheras (kejuruteraan)
 
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawarkan dan menyediakan
program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi
minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan
pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu, dalam dan luar negara.
 
Diantara yang membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor.
Ini adalah komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai
kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid-murid.
 
Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsure sejarah dan tradisi yang
kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya.
Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah (historic institution) yang akan
memperkayakan khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambing dan
kebanggaan negara kerana kecemerlangannya. Sekolah ini melahirikan tokoh
negara dan korporat seperti Victoria Institution (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab
(Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan) dan Sekolah Menengah St.John
(Kuala Lumpur).
 
Sekolah 100 tahun ialah sekolah yang dibina sebelum tahun 1905. Sekolah ini
mempunyai cirri-ciri tinggalan sejarah dan sebahagiannya ialah sekolah premier.
Diantara sekolah-sekolah yang tersenarai adalah Penang Free School (Pulau
Pinang), Sekolah Tinggi Melaka (Melaka), Sekolah Menengah Lelaki Methodist
(Kuala Lumpur) dan lain-lain lagi.
 
Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya
Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka
bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan
strategik berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
Sekolah Model Khas contohnya SMK Meru – Model Khas mengabungkan murid
sekolah rendah pada peringkat Tahap II dan murid sekolah  menengah dibawah
satu bumbung, Ia merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal
yang kondusif bagi murid yang berpontensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah
Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis (Pahang), dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Jenun (Kedah).
 
Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah
penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme, sindrom-down, keupayaan
kognitif rendah, ADHD dan disleksia.  Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi
insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan
pelajaran bagi ketiga-tiga kategori Pendidikan Khas. SMT memberi peluang
pendidikan kepada murid bermasaalah pendengaran dengan menawarkan kursus-
kursus anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
 
Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujud sekolah yang terdiri daripada
pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah
berusaha untuk mengetasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang
dijalankan disekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah
satu daripada usaha Kementerian Pelajaran  untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan murid tanpa mengira kaum.
 
Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
murid disekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara
satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam.
 
Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak
peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang
bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara
kaum sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana
mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilentur.
 
3.4 Kurikulum Tersirat
 
Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik
merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk
dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. (Saedah Siraj, 2001; Wiles and
Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986).
 
Diperingkat pelaksanaan, kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan
yang telah disusun dalam kurikulum itu sendiri. Diperingkat penilaian pula,
pengukuran serta pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang
tercatat.
 
Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang
sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainya bukanlah
setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus
tetapi merangkumi  kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut
semasa belajar. (Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994). Ini lah yang
dikatakan Kurikulum Tersirat.
 
Idea kurikulum tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968)
dalam bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973),
Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lain lagi.
 
Ausbrooks (2000)  menjelaskan bahawa kurikulum tersirat adalah “is composed of
the implicit messages in th school’s sosial climate, unwritten yet understood by all.
It is the body of knowledge a child absorbs in school simply by being there day
after day. This is the curriculum that creates a school’s so called ‘learning
environment’.
 
Cahfel (1997) berpendapat terdapat dua bentuk kurikulum yang dilaksanakan
disekolah iaitu overt (terbuka) yang memberi fokus kepada kursus pengajian  yang
eksplisit dan covert (tersirat) yang memberi fokus kepada pembelajaran yang tacit
(diaplikasikan tetapi tidak didokumentasikan dan tidak tercatat).
 
Cahfel mendapati bahawa kurikulum tersirat boleh didefinisikan sebagai norma-
norma, nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan  dalam kurikulum tetapi diajar
secara tidak langsung didalam kelas dan didapati bahawa kurikulum tersirat tidak
dinyatakan dalam kurikulum rasmi sahaja.
 
Diperingkat pengajian tinggi, kurikulum tersirat lebih memberi penekanan kepada
persekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus. Adams (2002)
mengenalpasti budaya akademik sebagai kurikulum tersirat. Margolis (2001)
memperolehi dapatan yang hampir sama mengenai kurikulum tersirat … “tacit
learning, unitended and intended consequences of schooling, political sosialization,
role development, mentoring and intentional practices”.
 
Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu
dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Kurikulum tersirat boleh
dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan
panitia dan aktiviti unit kokurikulum. Guru digalakan menyelit nilai Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, harus menyelitkan dan mengalakkan interaksi dalam kelas
sosial.
 
Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat boleh dimaksudkan seperti berikut :
 
merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana
mereka belajar
boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah
bersifat relative dan agak sukar diukur secara kuantitatif
merangkumi bilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu
sendiri (murid-guru-pengajar). Dipelajari oleh murid tetapi secara tidak
langsung misalnya daya intelek guru/pengajar; tingkahlaku dan akhlak
guru/pengajar
kewujudannya adalah berbez-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan
latar belakang pelaksana kurikulum (murid-guru/pengajar)
kadangkala kurikulum tersirat terdapat pada matlamat atau objektif satu-satu
kurikulum tetapi tidak tertulis dalam kandungan kurikulum berkenaan mahu
pun dalam penilaian
jenis atau pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi,
tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri
 
Bagi institusi pengajian tinggi keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat oleh
Berghenhenegouwen (1987) boleh dijadikan asas dengan beberapa
pengubahsuaian. Dalam peringkat pengajian di pendidikan tinggi keguruan, tiga
kategori diperkenalkan seperti berikut :
 
budaya belajar untuk belajar
budaya belajar untuk pengajar
belajar untuk pembudayaan/pembinaan tingkah laku terpuji
 
Bagi murid peringkat pengajian tinggi, guru pelatih perlu menguasai cara belajar
yang berkesan. Selain menghadiri kuliah, guru pelatih perlu mengetahui kemahiran
belajar yang sesuai untuk diri mereka sendiri bagi memperolehi pencapaian
akademik yang terbaik. Murid diandaikan mempunyai kebiasaan belajar masing-
masing dan adalah berbeza diantara murid diperingkat rendah dan tinggi. Murid
seharusnya menguasai kemahiran belajar melalui proses pembudayaan
pembelajaran sendiri yang dipanggil kurikulum tersirat dan ini termasuklah ;
 
mempelajari, memahami dan mengadaptasikan cara menulis esei, kajian,
tesis/disertasi, kertas projek, kertas kerja dan jurnal/buku dengan sebaiknya
mengikut standard yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi yang
berkaitan mahupun mengikut standard antarabangsa dengan meurujk
antaranya APA style (bidang pendidikan, Sains , Sastera, Sains
Kemanusiaan, Agama), the Chicago Manual of Style (aliran Sastera, Sains
Kemanusiaan, Agama).
 
mempelajari, memahami dan mengadapatasikan pengunaan jaringan maya atau
internet itu sendiri dan juga cara menulis kajian, tesis/disertasi, kertas
projek, kertas kerja dan jurnal/buku mengikut kaedah Mobile Learning
dengan sebaiknya.
 
 
Carpenter (1985) juga memperolehi kajian selari dengan dapatan diatas dimana
beliau mendapati bahawa kumpulan guru pelatih yang tidak diajar dengan
kemahiran belajar didapati tidak mempunyai keyakinan untuk mengajar kemahiran
belajar di sekolah.
 
Bagi pelatih yang dilatih untuk menjadi pakar dalam sebarang profesion murid
harus membudayakan diri mereka dengan pembelajaran kendiri yang menekankan
proses pembelajaran tanpa diarah, dipaksa atau disuruh. Ini adalah bersamaaan
dengan budaya belajar sepanjang hayat.
 
Apa yang pelajar alamai, lihat dan dengar semasa di di dewan bersama pensyarah
itulah yang menjadi kurikulum yang lebih berkesan daripada apa yang bersifat
teoristik dikertas-kertas yang mereka catat.
 
Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa oleh pensyarah
sewaktu menagjar akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna
terhadap amalan hidup murid semasa mereka bekerja nanti.
 
Sumber :
 
Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.
Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-
5451-04-1
Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur
 
 
Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/
Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf
Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html
Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia
Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia
Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu
Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf
%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf
Warisan Budaya Malaysia ~ Adat Resam http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm 
 
Kembali
 
Dibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini pada Disember 6, 2009 oleh Pengendali@2006
 
 

 Explore Now... 

You might also like