You are on page 1of 19

SEJARAH - TINGKATAN 2

KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN


UNTUK MENGANGKAT MARTABAT
BANGSA
PETA KONSEP

Pengenalan 
1.  Semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh tempatan dalam
menentang                British pada kurun ke-19 telah memberi inspirasi kepada pemimpin-
pemimpin nasionalisme      menjelang kurun ke-20.
2.  Golongan intelektual pula telah membangkitkan semangat kebangsaan melalui
akhbar dan        majalah serta penulisan kreatif.

3.   Perjuangan pemimpin tempatan menjadi semakin berkesan dengan adanya                


pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa.

Maksud Semangat Kebangsaan


1.   Semangat kebangsaan atau nasionalisme membawa maksud perasaan cinta dan taat
setia         yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air.

2.   Kewujudan semangat ini akan mendorong lahirnya keazaman untuk berjuang


menebus             maruah bangsa serta membentuk masa depan bangsa dan negara.

3.   Perjuangan pemimpin tempatan menjadi semakin berkesan dengan adanya


pertubuhan-           pertubuhan yang memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa.

Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan


1.   Perkembangan yang berlaku di negara luar seperti di Turki, Mesir, Jepun, China,
Filipina,         India dan Indonesia pada awal kurun ke-20 telah memberi inspirasi kepada
rakyat Tanah             Melayu berjuang menentang British.

2.   Satu gerakan kebangkitan Islam yang disebabkan oleh kuasa-kuasa Barat telah
berlaku di           Timur Tengah pada akhir kurun ke-19.

3.   Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah telah dikuasai dan dipecahbelahkan oleh kuasa-
kuasa             Barat.

4.   Oleh itu, satu gerakan untuk menyatukan seluruh umat Islam yang dinamakan
Gerakan               Pan-Islam telah diadakan. 

5.   Antara negara yang terpengaruh dengan gerakan ini ialah negara-negara Timur
Tengah,           India, Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu.

6.   Selain itu, semangat kebangsaan di Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh


perkembangan           perjuangan di Mesir.

7.   Gerakan Islah yang dipelopori oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh
Muhammad             Abduh telah dicetuskan daripada penjajahan British di Mesir.

8.   Pelajar yang menuntut di Mesir telah menyebarkan pengaruh gerakan tersebut di


Tanah           Melayu sekembalinya mereka ke tanah air.

9.   Kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh


perkembangan       yang berlaku di sekitar Asia.

10. Buat pertama kali dalam sejarah, sebuah negara Asia iaitu Jepun telah mengalahkan
kuasa       Eropah yang besar, iaitu Rusia dalam Perang Rusia-Jepun.

11. Di China pula, Revolusi China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen telah berjaya          
menjatuhkan kerajaan Manchu dan berjaya menubuhkan sebuah negara republik China.
   Gerakan semangat kebangsaan negara lain yang mempengaruhi gerakan semangat      
kebangsaan di Tanah Melayu

12. Gerakan penentangan terhadap penjajah yang berlaku di Filipina, Indonesia dan
India juga       telah sedikit sebanyak mempengaruhi semangat kebangsaan di Tanah
Melayu.

13. Liga Filipina telah ditubuhkan oleh Jose Rizal untuk memajukan orang Filipina dan    
menuntut penjajah Sepanyol memberi layanan yang adil kepada rakyat.

14. Mahatma Gandhi di India juga telah berjuang menentang penjajahan British dalam
usaha           membebaskan India.

15. Perjuangan Soekarno di Indonesia yang ingin membebaskan Indonesia daripada        


penjajahan Belanda telah menyuntik semangat orang Melayu untuk menentang British.  
Beliau telah menubuhkan Parti Nasional Indonesia.

16. Penduduk Tanah Melayu dapat mengikuti peristiwa-peristiwa di negara luar itu
melalui               kemajuan sistem perhubungan dan percetakan terutamanya surat
khabar.

  

Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan 

 
1.  Golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah khususnya yang
menuntut di        Universiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam
yang dibawa oleh Sayid        Jamaluddin al-Afghani dna Syeikh Muhammad Abduh.

2.  Golongan yang akan memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu ini dikenali sebagai
Kaum          Muda.

3.   Antara tokoh yang memperjuangkan gerakan ini ialah Syeikh Muhammad Tahir bin    
Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Syeikh Ahmad al-Hadi.
4.   Majalah Al-Imam telah diterbitkan oleh Kaum Muda untuk menyebarkan idea mereka  
kepada rakyat.  Antara saranan yang diutarakan dalam majalah Al-Imam :
       (a)  Al-Quran dan Hadis dijadikan sebagai pegangan utama orang Melayu dalam
kehidupan.
       (b)  Ilmu pengetahuan diberikan penekanan agar masyarakat mampu mencapai
kemajuan.
       (c)  Perlu belajar mengambil iktibar daripada sejarah yang lepas.
       (d)  Ibu bapa dinasihati supaya memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-
anak.
       (e)  Kaum wanita perlulah mendapat pendidikan yang sewajarnya.
       (f)   Adat resam dan kepercayaan karut perlulah diketepikan agar kemajuan dapat
dicapai.
5.   Setelah majalah Al-Imam dihentikan penerbitannya pada tahun 1908, akhbar lain
seperti             Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara telah meneruskan perjuangan
dan cita-cita             majalah tersebut.

6.   Beberapa buah madrasa telah ditubuhkan oleh Kaum Muda untuk menyebarkan idea
mereka. Antaranya ialah Madrasah Al-Masyhur al-Islamiah di Pulau Pinang, Madrasah    
Al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas dan Madrasah II-Ihya Assyariff, Gunung    
Semanggol di Perak.

7.   Kaum Tua yang terdiri daripada golongan ulama dan pegawai agama amat
menentang idea         pembaharuan Kaum Muda.  Mereka ini begitu berpegang teguh
kepada adat resam.

8.   Akhbar seperti Suara Benar dan Lidah Benar telah diterbitkan oleh Kaum Tua untuk  
menentang segala idea Kaum Muda.

9.   Antara tokoh pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu:

      (a)   Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin


              (i)   Dilahirkan di Sumatera pada tahun 1869.
              (ii)  Mendapat pendidikan di Makkah dan Universiti al-Azhar, Mesir.
              (iii) Pernah menjadi Mufti Negeri Perak dan menerbitkan majalah Al-Imam.

      (b)   Haji Abbas Muhammad Taha


              (i)   Dilahirkan di Singapura pada tahun 1885.
              (ii)  Mendapat pendidikan di Makkah.
              (iii) Menerbitkan akhbar Neracha.
              (iv) Pernah bertugas sebagai kadi di kaawsan Tanjung Pagar, Singapura.

       (c)   Syed Syeikh al-Hadi


               (i)  Dilahirkan di Melaka pada tahun 1862.
               (ii) Mendapat pendidikan agama di Terangganu dan di Pulau Penyengat, Riau.
               (iii)Beliau sentiasa ke Makkah dan Mesir untuk mendalami idea perjuangan
Syeik    
                     Muhammad Abduh.
               (iv)Menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara.

Intelektual Mematangkan Perjuangan


1.   Gerakan Islah yang diperjuangkan oleh Kaum Muda telah menimbulkan kesedaran di
kalangan intelektual Melayu.

2.   Golongan ini menyemarakkan lagi kesedaran semangat kebangsaan pada tahun


1930-an.
3.   Golongan intelektual berpendidikan Melayu mendapat pendidikan di Maktab
Perguruan             Sultan Idris.

4.   Guru-guru dan golongan cerdik pandai agama telah berganding bahu bagi
menyumbang           tenaga dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam bidang
ekonomi dan pendidikan.

5.   Usaha yang diperjuangkan oleh mereka telah menimbulkan kesedaran untuk              


membebaskan tanah air daripada penjajah.  

6.   Antara tokoh-tokoh nasionalisme yang terlibat ialah :


      (a)   Harun Aminurrashid
      (b)   Ibrahim Haji Yaacob
      (c)   Abdul Hadi Hasan

7.   Begitu juga dengan golongan intelektual berpendidikan Inggeris yang berjuang


untuk               meningkatkan kesedaran kebangsaan.

8.   Mereka menggunakan peluang bekerja dalam bidang pentadbiran dan perundangan


untuk       menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan
pentadbiran.

9.   Mereka turut menubuhkan persatuan dan menggunakan bidang penulisan untuk        


memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

10. Antara tokoh-tokoh nasionalis yang berpendidikan Inggeris ialah :


      (a)   Raja Chulan
      (b)   Mohammad Eunos Abdullah
      (c)   Dato' Onn Jaafar
Perjuangan Nasionalisme Melalui Mata Pena
1.   Akhbar dan majalah memainkan peranan penting untuk melahirkan kesedaran
kebangsaan       di kalangan penduduk di Tanah Melayu.

2.   Melalui media ini, idea perjuangan kebangsaan dapat disalurkan untuk tatapan
semua               lapisan masyarakat.

Peranan Akhbar dan Majalah Melayu


1.   Pada tahun 1930-an, akhbar-akhbar Melayu memainkan peranan penting dalam          
membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan aspek sosial, keadaan ekonomi dan
politik         orang Melayu.

2.   Akhbar-akhbar ini berjaya memupuk semangat kebangsaan di kalangan masyarakat


Melayu.

3.   Perjuangan orang Melayu menjadi lebih tersusun dengan tertubuhnya persatuan.

4.   Antara akhbar yang berpengaruh di sekitar tahun 1930-an ialah Warta Malaya, Majlis
dan           Utusan Melayu.
Antara Akhbar yang Berpengaruh Sebelum Perang Dunia Kedua
Kegiatan Persuratkhabaran di Kalangan Orang Cina dan Orang India
1.   Sebelum Perang Dunia Kedua, terdapat juga akhbar yang diterbitkan oleh
masyarakat Cina       dan India di Tanah Melayu.

2.   Ciri-ciri akhbar kaum Cina dan India:


      (a)   Memuatkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina dan India di
Tanah               Melayu.
      (b)   Menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara China dan India.

3.   Orang Cina dan India turut menerbitkan akhbar-akhbar dalam bahasa Melayu.

4.   Akhbar-akhbar ini diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan dan Cina Peranakan.
5.   Ciri-ciri akhbar terbitan masyarakat peranakan:

      (a)   Lebih memberi tumpuan terhadap berita yang berkaitan dengan masyarakat
mereka.
      (b)   Turut menyiarkan berita ringkas tentang peristiwa yang berlaku di dalam dan di
luar                   negeri.
Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif
1.   Penulisan karya kreatif seperti puisi, novel dan cerpen turut memainkan peranan
dalam             membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu.

2.   Golongan yang terlibat iaitu guru, penulis dan wartawan yang menjadikan karya
kreatif               untuk memaparkan perjuangan orang Melayu.

3.   Kebanyakkan puisi-puisi yang bertemakan semangat kebangsaan dihasilkan untuk    


disiarkan dalam akhbar dan majalah.

4.   Tujuan penulisan puisi sebelum Perang Dunia Kedua ialah :


      (a)   Menyuburkan perasaan cinta akan bangsa dan negara.
      (b)   Menyeru orang Melayu merebut peluang ekonomi yang ada.
      (c)   Mempertahankan maruah bangsa.

5.   Antara puisi yang bertemakan semangat kebangsaan:


6.   Kesedaran kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu dapat dibangkitkan melalui  
penulisan novel dan cerpen.

7.   Karya-kayra sastera yang dihasilkan bertemakan semangat perjuangan, nasib


bangsa dan         semangat cinta akan tanah air.

8.   Antara novel yang dihasilkan untuk membangkitkan kesedaran kebangsaan.

9.   Penulisan cerpen turut membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan


masyarakat               Melayu.

10. Secara amnya, golongan guru, penulis dan para wartawan telah memainkan peranan
penting dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua.

Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan


1.   Pada awalnya pertubuhan yang berperanan penting dalam gerakan kesedaran
kebangsaan       hanyalah bersifat kenegerian serta memperjuangkan kepentingan
ekonomi dan sosial               sahaja.

2.   Kemudian, pertubuhan menjadi pendorong kepada kemunculan pertubuhan yang


bersifat         kebangsaan.

Kemunculan Pertubuhan Melayu


1.   Titik permulaan kepada pemimpin di negeri-negeri Melayu untuk menubuhkan
persatuan           bagi memperjuangkan kepentingan masing-masing iaitu setelah
tertubuhnya Kesatuan             Melayu Singapura.

2.   Kemudian, banyak persatuan Melayu yang bersifat kenegerian telah ditubuhkan


menjelang       akhir tahun 1930-an.

3.   Antaranya, ialah Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan


Melayu             Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Pulau
Pinang dan                     Persatuan Melayu Kelantan.
4.   Tujuan pertubuhan persatuan-persatuan ini adalah untuk meningkatkan kedudukan  
ekonomi dan sosial orang Melayu.

5.   Golongan yang menganggotai persatuan ini terdiri daripada cerdik pandai Melayu
yang             mendapat pendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan kerajaan British.

6.   Perjuangan adalah berbentuk  sederhana dan mereka ini menunjukkan kesetiaan


kepada         raja-raja Melayu serta bekerjasama dengan British.

7.   Walau bagaimanapun, mereka telah menekankan agar peluang untuk bekerja dalam  
pentadbiran kerajaan British dapat diperluaskan lagi.

8.   Satu kongres telah diadakan di Kuala Lumpur iaitu Kongres Melayu SeTanah Melayu
yang             dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Singapura bersama-sama dengan
Persatuan Melayu               Selangor pada tahun 1939.

9.   Tujuan mengadakan kongres ini adalah untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan


di                 kalangan orang Melayu.

10.  Wakil daripada semua persatuan Melayu telah berhimpun apda kongres kali pertama
untuk brbincang tentang cara ingin memajukan orang Melayu.

11. Sesi kedua Kongres Melayu ini telah diadakan di Singapura pada tahun 1940. Lebih
banyak       persatuan telah menyertainya termasuklah dari Sarawak dan Sabah.

12. Pada kongres kali ini, semua persatuan Melayu telah disarankan agar bekerja keras
bagi           memajukan orang Melayu di negeri masing-masing.

13. Walau bagaimanapun, Kongres Melayu yang ketiga tidak dapat diadakan berikutan    
serangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941.

Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)


1.   PASPAM telah ditubuhkanpada tahun 1934.  Akhbar Saudara yang menyediakan
ruangan             untuk ahli-ahlinya menulis dan memberi pendapat, telah mengendalikan
PASPAM.

2.   "Hidup Bahasa Hidup Bangsa" merupakan cogan kata mereka.

3.   Ahli-ahlinya dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah digalakkan oleh
PASPAM untuk bertukar-tukar pendapat atau pandangan.

4.   Persidangan peringkat kebangsaan telah diadakan oleh Sahabat Pena di Taiping,


Perak             pada tahun 1934.

5.   Persidangan ini telah berjaya menghimpunkan ahli-ahlinya dari seantero Tanah


Melayu.

6.   Ini membuktikan bahawa semangat kenegerian telah dipecahkan serta konsep


kebangsaan       Melayu berjaya dibentuk.

7,   Seterusnya, persidangan peringkat kebangsaan ini diadakan di Pulau Pinang,


Singapura,           Ipoh dan Seremban.

Kesatuan Melayu Muda (KMM)


1.   KMM ialah sebuah pertubuhan Melayu bersifat politik yang pertama telah ditubuhkan
di             Tanah Melayu pada tahun 1938 di Kuala Lumpur.

2.   Ibrahim Haji Yaacob merupakan pemimpin KMM yang disegani.


3.   Tujuan penubuhan KMM ini ialah menanam semangat perpaduan dan kesedaran di    
kalangan kaum Melayu.

4.   Idea penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk mewujudkan Melayu Raya
juga               telah diuar-uarkan oleh KMM.

5.   Golongan mejoriti yang menyertai KMM ialah guru lepasan (Maktab Perguruan
Sultan Idris)       MPSI yang dianggap radikal kerana mereka tidak bekerjasama dan
begitu berani                         menyuarakan penentangan terhadap British.

6.   Pakatan sulit dengan Jepun untuk menentang British juga telah dilakukan oleh KMM.

7.   Cita-cita perjuangan KMM serta perasaan anti-British yang begitu mendalam telah    
disebarkan melalui akhbar Warta Malaya.

8.   Namun begitu, Ibrahim Haji Yaacob telah ditangkap bersama-sama dengan kira-kira
150             anggotanya dan telah dipenjarakan di Singapura pada tahun 1941.

9.   Semasa pendudukan Jepun pula, mereka telah dibebaskan tetapi Jepun telah            
mengharamkan KMM pada tahun 1942.
Pertubuhan Orang Cina dan India
1.   Terdapat beberapa pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu pada awal kurun ke-20,
iaitu           Hsing Chong Hui dan chung Ho Tang.

2.   Objektif penubuhan awal ini hanyalah menumpukan perhatian kepada isu yang
berkaitan           dengan negara China.

3.   Golongan yang memberi perhatian kepada politik terdiri daripada orang Cina yang    
dilahirkan di Neger-Negeri Selat atau Cina Peranakan yang menjadi warganegara British.

4.   Pada tahun 1900, Persatuan Orang Cina Peranakan British telah ditubuhkan oleh
golongan       Cina Peranakan yang berpendidikan Inggeris seperti Tan Jiak Kim, Lim
Boon Keng, Song           Ong Siang dan Seah Liang Seah.

5.   Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk melindungi kepentingan orang Cina    
Peranakan di Negeri-Negeri Selat.

6.   Selain itu, orang Cina juga digalakkan oleh persatuan ini untuk memperoleh
pendidikan             pada tahap yang lebih tinggi dan berorientasikan teknikal.

7.   Anggota-anggota persatuan ini juga memberikan taat setia sepenuhnya kepada


kerajaan           British.  Antara tokohnya ialah Tan Cheng Lock.

8.   Tan Cheng Lock merupakan tokoh yang disegani dari golongan ini yang telah
banyak                 memainkan peranan penting di Tanah Melayu.

9.   Beberapa persatuan India telah berjaya ditubuhkan oleh golongan India yang              
berpendidikan Inggeris pada awal kurun ke-20 di Taiping, Kuala Lumpur, Klang, Melaka,
Seremban dan Pulau Pinang.

10. Objektif penubuhan persatuan-persatuan India ini adalah untuk melindungi


kepentingan           orang India di Tanah Melayu.

11. Pada tahun 1936, sebuah Persatuan India Pusat Tanah Melayu yang merupakan
gabungan         12 buah persatuan India serta empat dewan perniagaan India berjaya
ditubuhkan di bawah       pimpinan A.M. Soosay.

RUMUSAN
1.  Semangat kebangsaan telah melahirkan golongan pejuang kebangsaan yang              
bertungkus-lumus untuk memajukan bangsa dan negara.

2.   Dasar penjajahan British di Tanah Melayu yang menyebabkan penduduk tempatan    


ketinggalan dalam bidang ekonomi, politik dan pendidikan telah menimbulkan gerakan  
kesedaran kebangsaan.

3.   Sebelum Perang Dunia Kedua, corak perjuangan hanya tertumpu kepada golongan
Melayu       kerana orang Cina dan India masih memberi kesetiaan kepada negara asal
mereka.

4.   Namun, selepas Perang Dunia Kedua, gerakan kebangsaan ini menjadi lebih mantap
setelah semua kaum bersatu padu untuk menuntut kemerdekaan daripada British.

You might also like