You are on page 1of 7

PROSES PENERBITAN AYAT

1. Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali

menyerupai ayat dasar. Wujud pada peringkat struktur dalaman dan

wujud dalam bentuk yang serupa.

2. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang

berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau

frasa.

3. Proses transformasi mengakibatkan pengguguran, penyusunan dan

perluasan.
PROSES PENGGUGURAN

1. Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur

permukaan unsur yang digugurkan tidak lagi wajib.

 Pengguguran FN sebagai subjek

(a) Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah

Contoh: Awak semua pergi dari sini. = Pergi dari sini.

(b) Kata ganti nama diri orang ketiga

Contoh: Dia tidak akan ke sana lagi. = Tidak akan ke sana lagi.

(c) Pengguguran frasa nama

Contoh: Rumah setinggan terbakar hangus. = Terbakar hangus.

(d) Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk

Contoh: Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar. = Dia sangat

pandai kerana rajin belajar.

 Pengguguran frasa predikat

(a) Pengguguran seluruh frasa predikat

(i) FK yang serupa

Contoh: Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di

England. = Adik Ali dan sepupunya belajar di England.

(ii) FN yang serupa

Contoh: Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan

lambang Negara. = Bendera Malaysia dan lagu


kebangsaan lanbang Negara.

(iii)FA yang serupa

Contoh: Adik saya sangat rajin. Adik Ali sangat rajin. = Adik

saya dan adik Ali sangat rajin.

(iv) Frasa Sendi Nama yang serupa

Contoh: Dua masih di kampung dan isterinya masih di kampong.

= Dia dan isterinya masih di kampung.

(b)Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat

(i) Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif

Contoh: Dia dipukul oleh bapanya. = Dia dipukul.

(ii) Pengguguran kata bantu yang serupa

Contoh: Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari. = Dia

boleh menyanyi dan menari.

(iii)Penggunaan FN sebagai objek yang serupa

Contoh: Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk

penjahat itu. = Daud memukul dan menumbuh

penjahat itu.

(iv) Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa

makna adjektif

- Contoh: kejadian itu sunguh menakjubkan kami. = kejadian

itu sunguh menakjubkan.


 Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif

Contoh: Orang tua itu bapa saya. Orang tua itu memakai serban.

= Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.

 Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN penerangan

bukan daripada kelas KN. KN boleh digugurkan

Contoh: kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. = Bersenam

boleh menyihatkan badan.


PROSES PENYUSUNAN SEMULA

1. Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur

ayat gramatis yang baharu.

2. Mengakibatkan perubahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan.

3. Tidak membawa perubahan pada makna ayat.

 Penyusunan semula

- Berlaku melalui proses transformasi pasif.

- Contoh: Ali menendang bola itu. = Bola itu ditendang oleh Ali.

 Penyusunan semula FN sebagai objek

- Mengandungi objek tepat dan objek sipi.

- Contoh: Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku. = Ali

menghadiahkan

sebuah buku kepada Ahmad.

 Penyusunan semula melalui ayat songsang. 

- Mengandungi keterangan tempat, masa, syarat dan musabab.

- Contoh: Orang tua itu pergi ke sungai. = Ke sungai orang tua itu

pergi.
PROSES PELUASAN

1. Penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu disebut peluasan ayat.

 Peluasan FN sebagai subjek

- Diluaskan melalui pemancangan ayat relatif.

- Contoh: Budak itu adik saya. Budak itu membaca buku = Budak

yang

membaca buku itu adik saya.

 Peluasan frasa predikat

- FN direlativisasikan berfungsi sebagai subjek. Ayat akan

dipancangkan.

- Contoh: Ali mengusik budak itu. Budak itu cantik. = Ali mengusik

budak yang cantik itu.

 Peluasan dengan kata hubung

- Proses pengabungan ayat melibatkan 2 konstituen yang sama.

- Menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika dan

walaupun menghasilkan ayat terbitan bersifat peluasan.

- Contoh: Ali pergi ke sekolah. Osman pergi ke sekolah. = Ali dan

Osman pergi ke sekolah.


 Peluasan melalui proses komplementasi

- Proses pengubahan ayat menjadi FN dan memancang pada ayat

yang lain menghasilkan peluasan kepada ayat.

- Contoh: Dia melaporkan sesuatu. Ali sakit tenat. = Dia melaporkan

bahawa Ali sakit tenat.

You might also like