You are on page 1of 10

Sekadar Buat Rujukan Bersama Soalan HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN

KESIHATAN

SET A

BAHAGIAN A

SOALAN 1
Nyatakan DUA (2) daripada empat langkah dalam pembelajaran masteri.

SOALAN 2
Apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan matematik – logik?

SOALAN 3
Nyatakan DUA (2) faedah pembelajaran secara kontekstual kepada pelajar.

SOALAN 4
Nyatakan DUA (2) kategori gaya pengajaran bagi murid-murid sekolah rendah.

SOALAN 5
Berikan DUA (2) pekerjaan yang menunjukkan individu tersebut mempunyai tahap kecerdasan
kinestetik yang tinggi.

BAHAGIAN B

SOALAN 1
(a) Senaraikan teknik-teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

(b) Berdasarkan jawapan di (a), huraikan SATU (1) daripada teknik tersebut.

SOALAN 2
Huraikan bentuk-bentuk pembelajaran yang berlaku dalam proses pembelajaran kontekstual.

Huraikan LIMA (5) faktor perlaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran.

SET B

BAHAGIAN A
1. Senaraikan EMPAT faktor yang membantu proses perlaksanaan pembelajaran dan
pengajaran kontekstual.

2. Kenapakah teknik pengajaran penting?

3. Kenapakah fleksibiliti penting di dalam sukan?

4. Terangkan SATU dari empat pendekatan yang dicadangkan UNESCO untuk membangunkan
penggunaan ICT di kalangan guru.

5. Dengan ringkas terangkan apa itu pembelajaran masteri.

6. Terangkan konsep kajian masa depan.

7. Apakah kegunaan imaginasi dan kreativiti di dalam kajian masa depan?

8. Kenapa proses perbandingan penting di dalam kemahiran berfikir?

9. Apakah strategi metakognitif?

10. Huraikan SATU ciri guru reflektif.

BAHAGIAN B

1. Pendidikan kesihatan adalah tertakluk kepada polisi dan falsafah pendidikan nasional.
(a) Terangkan secara ringkas LIMA komponen yang dirangkumi pendidikan kesihatan.

(b) Bilakan seseorang itu boleh dianggap betul-betul cergas dari segi fizikal?

(c) Sediakan SATU contoh rancangan kerja mingguan menurut format rancangan kerja
mingguan.

2. Pendidikan yang paling berjaya adalah pendidikan yang telah menggabungkan


perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
(a) Apakah bezanya di antara gaya pengajaran langsung dan pengajaran tidak langsung?

(b) Terangkan kepentingan kaedah dan teknik. Kemukakan contoh-contoh dari pendidikan
kesihatan untuk menyokong jawapan anda.

(c) Untuk apakah kita gunakan teknik perbahasan.


3. (a) Terangkan ide asas teori kecerdasan pelbagai.

(b) Namakan dan huraikan secara ringkas LIMA bentuk kecerdasan.

(c) Anda ada seorang pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang luarbiasa tetapi
kecerdasan logik matematikal yang agak berkurangan.
Ceritakan bagaimana anda boleh menolong pelajar ini.

4. Sebelum pelajar kita dapat berdikari, mereka mungkin perlu diajar cara belajar yang betul.
(a) Terangkan peranan guru di dalam mengajar pelajar cara belajar.

(b) Nyatakan peranan murid semasa kita mengajarnya cara belajar.

(c) Bagaimanakah anda boleh membantu bina kemahiran mengingat pada pelajar anda?

5. (a) Terangkan tujuan menggunaan teori kecerdasan pelbagai untuk mengajar cara belajar.

(b) Teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan daripada teori perkembangan kognitif
Bloom. Bincang serta nyatakan samada anda bersetuju dengan kenyataan tersebut.

(c) Terangkan TIGA strategi berfikir kreatif yang boleh anda gunakan di dalam pendidikan
kesihatan. Berikan contoh penggunaan strategi-strategi berkenaan.

Contoh Soalan dan Jawapan HBHE1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN


KESIHATAN

SET A

BAHAGIAN A

SOALAN 1
Nyatakan DUA (2) daripada empat langkah dalam pembelajaran masteri.
i Penentuan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai pelajar.
ii Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan.
iii Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan
iv Pelaksanaan tindakan susulan yang berupa aktiviti pemulihan bagi pelajar yang
belummenguasai hasil pembelajaran dan aktiviti pengukuhan serta pengayaan bagi
pelajar yang sudah menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan.

SOALAN 2
Apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan matematik – logik?
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul
secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang
cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang
berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal,
menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

SOALAN 3
Nyatakan DUA (2) faedah pembelajaran secara kontekstual kepada pelajar.
i. mengaitkan pembelajaran dengan pekerjaan
ii. mengaitkan pembelajaran kehidupan harian
iii mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian
iv memindahkan kemahiran
v meneroka dan mendapatkan bukti

SOALAN 4
Berikan DUA (2) pekerjaan yang menunjukkan individu tersebut mempunyai tahap
kecerdasan kinestetik yang tinggi.
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan
anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu
juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal
dengan mental.

BAHAGIAN B

SOALAN 1
Senaraikan teknik-teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah. –
(a) menarik perhatian
(b) menyatakan objektif pelajaran
(c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas
(d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar
(e) memberikan bimbingan
(f) tugasan dan soalan

SOALAN 2
Huraikan bentuk-bentuk pembelajaran yang berlaku dalam proses pembelajaran
kontekstual.
• Relating (Menghubungkan) situasi sehari-hari ke informasi baru atau masalah-
masalah untuk dipecahkan.
• Experiencing (Mengalami) dalam konteks eksplorasi, penemuan hal-hal yang sudah
ada, dan peemuan hal-hal baru.
• Applying (Menerapkan) konsep-konsep dan informasi di dalam sebuah konterks yang
berguna seperti situasi-situasi nyata dalam kehidupan.
• Cooperating (bekerja sama) dalam konteks berbagi (sharing), merespon, dan
berkomunikasi dengan para pelajar lainnya.
• Transferring (Mentransfer) pemakaian-pemakaian dan membangun berdasarkan apa
yang telah diketahui oleh siswa.

Huraikan LIMA (5) faktor perlaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran
dan pembelajaran.
(a) Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
(b) Mempelbagaikan cara penilaian.
(c) Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.
(d) Menggalakkan inovasi dan penyeledikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
(e) Menerima persamaan dan perbezaan di antara individu dengan mengakui bahawa
unik dan belajar dengan cara yang berlainan.

SET B

BAHAGIAN A
1. Senaraikan EMPAT faktor yang membantu proses perlaksanaan pembelajaran dan
pengajaran kontekstual.
i Pembelajaran
ii Murid
iii Pengajaran
iv Guru
v Sokongan

2. Kenapakah teknik pengajaran penting?


Kepelbagaian teknik pengajaran adalah untuk membantu para guru untuk
menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih berkesan. Pengajaran yang berkesan
akan memberikan mutu pembelajaran yang berkesan kepada murid. Setiap pengajaran
adalah diharapkan akan berlaku proses pembelajaran yang sempurna kepada murid

3. Terangkan SATU dari empat pendekatan yang dicadangkan UNESCO untuk


membangunkan penggunaan ICT di kalangan guru.
1. Peringkat ‘emerging’ (Pengenalan) iaitu memberi tumpuan kepada mengenal fungsi
teknikal dan penggunaan ICT dan pengetahuan tentang impak ICT terhadap
masyarakat dan sekolah. Guru menggunakan aplikasi ‘Word’ untuk membuat nota
pelajaran, mencari maklumat dalam CD Rom atau internet dan berhubung dengan
rakan menggunakan e-mail.
2. Peringkat ‘Applying’ (Aplikasi) iaitu guru menggunakan ICT untuk meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang diajar menggunakan
pelbagai alat dan sumber ICT. Guru mengintegrasikan ICT untuk mengubah reka
bentuk pengajaran atau menggabungkan kaedah lama dengan kaedah yang baru. Guru
juga menggunakan ICT dalam program latihan.

4. Dengan ringkas terangkan apa itu pembelajaran masteri.


Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana
pelajar dapat menguasai apa yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk
sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk lain.

5. Terangkan konsep kajian masa depan.


1. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa-masa
depan.
2. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.
3. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.
4. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan.
5. Membina sikap dan nilai tentang masa depan

6. Kenapa proses perbandingan penting di dalam kemahiran berfikir?


Proses ini adalah untuk mencari persamaan dan perbezaan ciri, kualiti, sifat serta unsur
objek atau konsep. Kemahiran ini adalah penting untuk:
- Apabila terdapat banyak ciri atau kebarangkalian.
- Untuk membuat pilihan

7. Apakah strategi metakognitif?


Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.
Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai
proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang
dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang
dipelajari.

8. Huraikan SATU ciri guru reflektif.


1. Keterbukaan Minda
2. Tanggung Jawab
3. Kesungguhan
4. Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat refleksi dan
mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang lain.
5. Guru membuat rancangan mengajar dan terus bersedia

BAHAGIAN B
1. Pendidikan kesihatan adalah tertakluk kepada polisi dan falsafah pendidikan
nasional.
(a) Terangkan secara ringkas LIMA komponen yang dirangkumi pendidikan kesihatan.
(i) Komposisi badan/kandungan lemak
(ii) Daya tahan kardiovaskular
(iii) Fleksibiliti/Kelenturan
(iv) Kekuatan otot
(v) Daya tahan otot

(b) Bilakan seseorang itu boleh dianggap betul-betul cergas dari segi fizikal?
Kecergasan ialah keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan
cekap dan bertenaga tanpa rasa keletihan yang keterlaluan dan mempunyai tenaga
yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi bcabaran apabila
kecemasan.

2. Pendidikan yang paling berjaya adalah pendidikan yang telah menggabungkan


perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
(a) Apakah bezanya di antara gaya pengajaran langsung dan pengajaran tidak
langsung? -
Gaya Langsung
Ia berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah laku (Behavioristic). Pembelajaran
dianggap berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa
yang betul (Gallahue, 1996) Teknik ini lebih berpusatkan kepada guru. Guru membuat
semua atau sebahagian besar daripada keputusan tentang `Apa? Bagaimana? dan
Bila?' Sesuatu aktiviti itu dilakukan. Melalui teknik ini guru dianggap mempunyai
pengetahuan terhadap pergerakan/kemahiran yang bakal dilakukan dan mengetahui
cara-cara yang betul. Untuk melakukan pergerakan/kemahiran itu.

Gaya Tidak Langsung


la berdasarkanTeori Pembelajaran Kognitif yang menganggapkan pembelajaran
sebagai
suatu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalah sama
penting dengan hasil pembelajaran berkenaan Teknik ini berpusatkan murid
berdasarkan kepada falsafah bahawa seseorang individu mampu mencapai matamat
pembelajaran dengan cara tersendiri. Melalui teknik ini pembelajaran adalah lebih
daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga
melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri.

(b) Terangkan kepentingan kaedah dan teknik. Kemukakan contoh-contoh dari


pendidikan kesihatan untuk menyokong jawapan anda.
Kepelbagaian teknik pengajaran adalah untuk membantu para guru untuk
menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih berkesan. Pengajaran yang berkesan
akan memberikan mutu pembelajaran yang berkesan kepada murid. Setiap pengajaran
adalah diharapkan akan berlaku proses pembelajaran yang sempurna kepada murid
(a) menarik perhatian
(b) menyatakan objektif pelajaran
(c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas
(d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar
(e) memberikan bimbingan
(f) tugasan dan soalan

(c) Untuk apakah kita gunakan teknik perbahasan.


Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian
dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar
untuk semua peringkat pelajar di sekolah. Melalui teknik murid mendapat manfaat
dengan beberapa perkara berikut:
- memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
- melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
- menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan
laras bahasa yang sesuai

3. (a) Terangkan idea asas teori kecerdasan pelbagai.


Teori tradisional menyatakan bahawa kecerdasan adalah ketetapan kecerdasan
seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan. Kecerdasan tersebut meliputi hanya
tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan “visual/spatial”. Dr. Howard Gardner yang
membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu
model kecerdasan yang pelbagai jenis.

(b) Namakan dan huraikan secara ringkas LIMA bentuk kecerdasan.


1. Kecerdasan Verbal Linguistik
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan
perkataanuntuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan
atau penulisan.
2. Kecerdasan Logik Matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul
secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.
3. Kecerdasan Visual – Ruang
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi
tentang alam sekitar secara tepat.
4. Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
5. Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan,
muzik serta irama yang terdapat di persekitaran.

(c) Anda ada seorang pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang luarbiasa
tetapi kecerdasan logik matematikal yang agak berkurangan.
Ceritakan bagaimana anda boleh menolong pelajar ini.
Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan
anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu
juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal
dengan mental.

Kecerdasan Logik Matematik


Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul
secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang
cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang
berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal,
menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

4. Sebelum pelajar kita dapat berdikari, mereka mungkin perlu diajar cara belajar yang
betul.
(a) Terangkan peranan guru di dalam mengajar pelajar cara belajar.
i peranan seorang guru adalah untuk menilai secara formatif dan sumatif. Penilaian
adalah untuk membantu murid untk mencpai matlamat yan tetapkan dan merekod
pencapaian murid.
ii mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap kaedah pembelajaran
iii menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid.
iv menentukan objektif pembelajaran yang disasarkan
v memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid

(b) Nyatakan peranan murid semasa kita mengajarnya cara belajar.


i murid perlu mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran
ii membuat penilaian keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan seterusnya
iii menetapkan matlamat dan matlamat tersebut sesuai serta diharapkan dapat
menjayakannya
iv merancang pembelajaran secara terperinci.

(c) Bagaimanakah anda boleh membantu bina kemahiran mengingat pada pelajar
anda? -
i Membuat rantaian atau berlawan contoh: piring - cawan
ii Melakar grafik dan ilustrasi – peta, graf dan peta minda
iii Mengingat secara kumpulan – terutama nombor – contoh: nombor telefon: 547 88
345
iv Mengulang
v Melatih tubi
vi Membuat senarai semak

5. (a) Terangkan tujuan menggunaan teori kecerdasan pelbagai untuk mengajar cara
belajar.
1. Pembelajaran menyeronokkan di mana murid dan guru berminat untuk ke sekolah
dan masalah ponteng kelas berkurangan.
2. Masa mengajar di dalam kelas dapat dikurangkan dan semua pelajar menunjukkan
prestasi yang baik dalam semua mata pelajaran.
3. Terdapat pencepatan pembelajaran (accelerated learning) berbanding dengan
pendekatan pengajaran tradisional.

(b) Terangkan TIGA strategi berfikir kreatif yang boleh anda gunakan di dalam
pendidikan kesihatan. Berikan contoh penggunaan strategi-strategi berkenaan.
1 Keupayaan untuk menjana idea
2 Keupayaan hubungkait
3 Keupayaan membuat inferens
4 Keupayaan meramal
5 Keupayaan hipotesis
6 Keupayaan mensintesis dan mengitlak
7 Keupayaan gambaran mental
8 Keupayaan pengciptaan untuk penghasilan idea

You might also like