You are on page 1of 4

contoh teks pengacaraan majlis

Teks Juruacara
Majlis Perasmian Penutupan Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan
Lati, Pasir Mas Sesi 2008.

MASA : 9.00 pagi


CUE : Apabila Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan Lati tiba di hadapan
pintu masuk Dewan Harmoni, paluan kompang akan dimainkan oleh pelajar
Persatuan Kelab Kompang. Juruacara pun mengumumkan :
ANN : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengetua Sekolah Rendah
Kebangsaan Lati Pasir Mas, Tn.Hj Abdullah bin Abdul Rahman.
MASA : 9.05 pagi
CUE : Setelah tetamu khas duduk di tempat yang disediakan, juruacara
memulakan majlis dengan ucapan pembukaan :
ANN : Bunga melur mekar di taman,
Menjadi penyeri si gadis Lati,
Selamat datang kami ucapkan,
Ke majlis penutupan Minggu Aktiviti…
Assalamualaikum Wr. Wb. dan salam sejahtera, selamat datang ke Majlis
Perasmian Penutupan Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati,
Pasir Mas bagi Sesi 2008. Yang Berbahagia, Pengetua Sekolah Rendah
Kebangsaan Lati, Tn. Hj. Abdullah bin Abdul Rahman, Yang Berusaha
Penolong Pengetua, En. Ilham bin Ramli, Yang Dihormati Guru Penolong
Kanan HEP, En. Mohd Hairie bin Mohd Nashoha, Pengerusi Minggu Aktiviti
Sesi 2008, Pn. Fatimah Binti Alif, Ketua-ketua Panitia, barisan para guru,
pelajar-pelajar dan hadirin sekalian.
MASA : 9.07 pagi
CUE : Bacaan doa oleh Ustaz Hj. Yusuf bin Ahmad.
ANN : Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Ketua Panitia Pendidikan Islam, Ustaz Yusuf bin
Ahmad untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
CUE : Setelah selesai bacaan doa, juruacara mengucapkan terima kasih.
ANN : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz di atas bacaan
doa tadi.
MASA : 9.15 pagi
CUE : Ucapan Pengerusi Minggu Aktiviti Sesi 2008.
ANN : Majlis mempersilakan Yang berusaha, Puan Fatimah Binti Alif,
Pengerusi
Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati bagi sesi 2008, untuk
menyampaikan sepatah dua kata.
CUE : Setelah selesai menyampaikan ucapan, juruacara mengucapkan terima

kasih kepada Pengerusi Minggu Aktiviti.


ANN : Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
MASA : 9.30 pagi
CUE : Ucapan Perasmian Penutupan Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan

Lati.
ANN : Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Berbahagia Pengetua Sekolah Rendah Kebangsaan Lati, Tn. Hj. Abdullah bin
Abdul Rahman untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Penutupan Minggu Aktiviti Sekolah Rendah Kebangsaan Lati Pasir Mas
bagi sesi 2008. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
CUE : Setelah selesai Yang Berbahagia Tuan Pengetua memyampaikan
ucapan
perasmian penutupan, juruacara mengucapkan terima kasih.
ANN : Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada yang
Berbahagia Pengetua.
MASA : 9.45 pagi
CUE : Layar besar akan diturunkan di ruang pentas dewan untuk
persembahan
tayangan video.
ANN : Untuk memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, para hadirin akan
diserikan dengan tayangan video yang memaparkan perjalanan aktiviti
sepanjang Minggu Aktiviti ini berlangsung.
CUE : Selesai sahaja tayangan video, layar putih akan dinaikkan. Juruacara
merakamkan ucapan terima kasih.
ANN : Semoga para hadirin terhibur dengan persembahan tayangan video
sebentar tadi. Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kelab
Multimedia SRK Lati di atas persembahan tayangan tadi.
MASA : 10.00 pagi
CUE : Kumpulan nasyid dari Kelab Nasyid SRK Lati mengambil tempat di
sebelah
kiri pentasuntuk membuat persembahan.
ANN : Seterusnya, majlis kita pada pagi ini akan diserikan lagi dengan
persembahan nasyid daripada Kelab Nasyid SRK Lati. Mereka akan
mempersembahkan 2 buah lagu berturut-turut, iaitu ‘Iman Mutiara’ dan
‘Berita Untuk Kawan’. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
CUE : Setelah selesai persembahan nasyid, mereka mengambil tempat
duduk.
Juruacara merakamkan ucapan terima kasih.
ANN : Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih di atas persembahan tadi.
Untuk pengetahuan para hadirin, kumpulan nasyid itu tadi diketuai oleh
saudara Ilmie Huzairie Hairie, di bawah pimpinan Encik Zulkifli Amin dan
diiringi oleh pemuzik iringan dari Kelab Muzik SRK Lati.
MASA : 10.15 pagi
CUE : Majlis Penyampaian Pingat dan Piala.
ANN : Para hadirin sekalian, sepanjang 5 hari Minggu Aktiviti ini berlangsung,
iaitu
dari 9 hingga 13 Mac 2008, pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan
membabitkan penglibatan semua pelajar SRK Lati. Antaranya pertandingan
sukan, sukaneka, pidato dan juga pertandingan nasyid.
Untuk pertandingan sukan, sebanyak 5 acara telah diadakan iaitu bola
sepak, bola baling, sepak takraw, badminton dan ping pong. Untuk
menyempurnakan majlis penganugerahan pingat dan piala kepada para
pemenang, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Penolong Pengetua, untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan
Pengetua SRK Lati ke atas pentas untuk majlis penyampaian pingat dan
piala. Dipersilakan.
MASA : 10.20 pagi
CUE : Penolong Pengetua mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pengetua SRK
Lati
ke atas pentas untuk majlis penyampaian pingat dan piala.
ANN : Majlis dimulakan dengan pemenang pertandingan sukan Minggu Aktiviti

Sekolah Rendah Kebangsaan Lati bagi sesi 2008.

MASA : 11.20 pagi


CUE : Setelah pemenang pertandingan terakhir iaitu pertandingan nasyid
menerima piala, muzik latar dihentikan. Juruacara mengumumkan :
ANN : Seterusnya adalah kemuncak penyampaian pingat dan piala yang
paling
dinantikan oleh semua pelajar iaitu penyampaian piala pusingan. Penerima
piala pusingan ini dikira berdasarkan pungutan mata terbanyak untuk setiap
pertandingan yang disertai sepanjang Minggu Aktiviti ini berlangsung. Piala
Pusingan yang dimaksudkan adalah Juara Keseluruhan Minggu Aktiviti
Sekolah Rendah Kebangsaan Lati Pasir Mas bagi sesi 2008.
MASA : 11.30 pagi
CUE : Sebaik sahaja pemenang juara keseluruhan menerima piala pusingan
dari
Yang Berbahagia Tuan Pengetua, juruacara majlis mengucapkan tahniah.
ANN : Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan bagi mereka yang tidak

berjaya, janganlah berputus asa dan terus mencuba di lain masa.


Sesungguhnya dalam pertandingan ini, tiada istilah kalah atau menang
kerana kita semua sememangnya adalah yang terbaik di kalangan yang
terbaik.
(Berhenti sebentar)
Majlis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Pengetua di atas kesudian beliau menyampaikan pingat dan piala kepada
para pemenang. Sebagai tanda besar hati dan terima kasih, majlis
mempersilakan Pengerusi Minggu Aktiviti SRK Lati sesi 2008, Puan Yuzaila
binti Yusuf untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia
Pengetua.
Dipersilakan.
MASA : 11.35 pagi
CUE : Setelah selesai upacara penyampaian cenderahati kepada Yang
Berbahagia Pengetua, juruacara mengucapkan terima kasih.
ANN : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Pengerusi
Minggu
Aktiviti sesi 2008 menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia
Pengetua.

MASA : 11.38 pagi


CUE : Band dari Kelab Muzik SRK Lati mengambil tempat di atas pentas
untuk
membuat persembahan.
ANN : Sebelum mengakhiri majlis, marilah kita sama-sama dihiburkan oleh
persembahan daripada band Akustika yang akan mendendangkan 3 buah
lagu iaitu ‘Hijau’, ‘One Thousand Million Smile’ dan ‘Seroja’. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
MASA : 12.00 tengah hari
CUE : Setelah selesai persembahan band, mereka mengambil tempat duduk.
Juruacara merakamkan ucapan terima kasih.
ANN : Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih di atas persembahan tadi.
Untuk pengetahuan para hadirin, band tadi diketuai oleh saudara
Muhammad Ilham, di bawah pimpinan Encik Harris Izardi selaku guru
penasihat Kelab Muzik SRK Lati.
CUE : Juruacara mengumumkan :
ANN : Hadirin yang dihormati sekalian, dengan berakhirnya persembahan
band
tadi, maka selesai sudah majlis Perasmian Penutupan Minggu Aktiviti
Sekolah Rendah Kebangsaan Lati Pasir Mas sesi 2008. Majlis dengan ini
mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Pengetua SRK Lati dan semua yang terlibat dalam menjayakan
majlis yang penuh gilang gemilang ini. Semoga kita akan bertemu kembali
di tahun hadapan dalam majlis yang lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang. Sebelum mengundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap
pantun :
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Selesai sudah Minggu Aktiviti,
Moga terus cemerlang dan terbilang…
Sekian. Assalamualaikum Wr. Wb.

You might also like