You are on page 1of 16

BADAN PENGURUSAN BERSAMA

RAYA APARTMENTS BANDAR COUNTRY HOMES


Peraturan Dalaman pangsapuri
(houserule)
Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pesanan Dari Pihak Pengurusan JMB Pangsapuri Raya

2.0 Tajuk

2.1 Pendaftaran setiap rumah 3-6


2.2 Notis Pindah masuk atau keluar
2.3 Aduan
2.4 Gangguan
2.5 Pembuangan sampah
2.6 Garis Panduan Jemur pakaian
2.7 Pemeliharaan haiwan kesayangan
2.8 Penanaman tanaman
2.9 Tempat meletak kenderaan
2.10 Radio dan Tv antenna / Astro
2.11 Peraturan bagi pelawat
2.12 Aktiviti sosial dan kenduri
2.13 Lelongan
2.14 Surat, telegram dan surat berdaftar
2.15 Garis panduan pemilik kedai
2.16 Pemungahan barang
2.17 Garis panduan pemilik kedai
2.18 Permohonan /Risalah / Aktiviti Politik
2.19 Kematian / Upacara
2.20 Lain-lain perkara

3.0 Panduan bagi setiap Isi rumah

3.1 Pemeriksaan bagi setiap Unit 7-8


3.2 Kanak-kanak bermain
3.3 Tidak dibenarkan mengotori kawasan
3.4 Tidak dibenarkan berkeliaran
3.5 Notis rosak dan Lain-lain
3.6 Papan tanda iklan
3.7 Pengubahsuaian
3.8 Mematuhi Undang-undang

4.0 Harta Bersama

4.1 Definasi Harta Bersama


4.2 Mematuhi peraturan harta bersama 8-
4.3 Lanskap

5.0 Tempat Meletak Kereta

5.1 Tanggung jawab sendiri


5.2 Pelekat kenderaan
5.3 Tempat meletak kenderaan bagi pelawat
5.4 Kenderaan lain
5.5 Denda
-2-

6.0 Tanggungjawab pengawal keselamatan dan tugas

6.1 Tanggungjawab setiap Pengawal Keselamatan dan tugas


6.2 Notis pemindahan Masuk atau Keluar
6.3 Pendaftaran pekerja bagi urusan perpindahan
6.4 Pendaftaran penyewa
6.5 Pendaftaran tetamu
6.6 Loporan mengenai insiden jenayah
6.7 Laporan mengenai orang yang mencurigakan
6.8 Bercuti
6.9 Kegiatan haram
6.10 Pondok kawalan keselamatan

7.0 Kerja – kerja Pengubahsuaian

7.1 Permohonan dan kelulusan kerja-kerja penggubahsuian


7.2 Wang pendahuluan keselamatan / pemulangan
7.3 Had pengubahsuaian
7.4 Sampah hasil kerja pengubahsuaian
7.5 Waktu bekerja
7.7 Pemeriksaan keselamatan
7.8 Pas bagi pekerja pengubahsuaian
7.9 Tanggungjawab penghuni

8.0 Jenis –jenis caj

8.1 Caj penyelenggaraan


8.2 ( Wang penjelas) Sinking funds
8.3 Cukai tanah dan lain-lain
8.4 Insurans
8.5 Terma-terma pembayaran

9.0 Pejabat Penggurusan Bangunan

9.1 Pejabat penggurusan


9.2 Papan tanda
9.3 Peti Surat Aduan

10.0 Nota Khusus

10.1 Penerangan
10.2 Pindaan
10.3 Terma dan Syarat dalam Perjanjian Jual Beli (S&P)

11.0 Hal-hal Lain

11.1 Kewajipan terhadap kerosakan


11.2 Ahli Jawatankuasa ( Sub)

2
-3-

1.0 Pesanan Dari Pihak Pengurusan


1.1 Kami sangat berbesar hati ingin memaklumkan kepada semua pemilik Raya Apartments
mengenai PERATURAN DALAMAN ( Houserules ) yang telah digubal oleh JMB Raya
Apartments sebagai garis panduan setiap isi rumah bagi menjamin keharmonian
penduduk Raya Apartments.

Dengan adanya buku PERATURAN DALAMAN ini, kami berharap agar semua penghuni
samada pemilik atau penyewa mempunyai kesedaran yang AMAT TINGGI mengenai
peranan dan tanggungjawab sebagai penghuni pangsapuri ini dengan menjaga harta
bersama secara kolektif. Sila baca dengan teliti dan menggunakannya sebagai panduan
sepanjang anda sebagai pemilik di Pangsapuri ini.

Ahli jawatankuasa JMB RAYA APARTMENTS yang diamanahkan mengurus dan


menyenggara pangsapuri mempunyai tanggungjawab yang amat tinggi adalah
diharapkan agar matlamat kita untuk menjadikan sebuah kehidupan yang selesa dan
harmoni tercapai dengan anda sama-sama mematuhi peraturan dalaman yang
disediakan ini.

2.0 Tajuk
2.1 Pendaftaran setiap rumah

I. Semua ahli perlu mendaftarkan diri dan borang boleh di dapati di Pejabat Pengurusan
JMB (sila gunakan borang pendaftaran).

ii Bagi unit yang disewakan, pemilik perlu memamklum dan melengkapkan keterangan profil
penyewa kepada pihak Pengurusan JMB. Pemilik bertanggungjawab sepenuhnya keatas
pelanggaran peraturan oleh penyewa, tetamu dan pengunjung mereka.

iii Setelah unit disewakan, penggunaan kemudahan, parkir dan hak istimewa lain secara
automatiknya dialihkan kepada penyewa dan pemilik tidak berhak lagi untuk menikmati
kemudahan sebagai pemilik sah berdaftar.

2.2 Notis Pindah Masuk atau Keluar

i. Pihak Pengurusan perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya 24jam sebelum


kerja-kerja yang melibatkan pemindahan masuk atau keluar ( seperti perabot dan
lain kelengkapan ).

ii. Tujuanya adalah supaya semua aktiviti pindah masuk/keluar dipantau agar
gejala kecurian dapat dielakkan dan pihak kawalan keselamatan dapat
menjalankan tugas dengan lebih efektif.

iii. Pengurusan tidak akan bertanggungjawab diatas kerosakan, kecuaian atau


kemalangan ke atas pekerja-pekerja pemindahan atau kepada pemilik
unit/rumah yang terlibat didalam pemindahan ini. Pemilik bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap kerosakan ke atas unit-unit lain sekiranya kecuaian
berlaku yang menyebabkan kerosakan pada unit-unit lain. Satu borang pindah
keluar/ masuk perlu dilengkapkan dan mendapat kelulusan daripada
Pengurusan JMB.

3
-4-

2.3 Aduan

Segala aduan ( berkaitan mengurus dan menyenggara bangunan dan harta bersama )
untuk pembaikan mestilah secara bertulis melalui borang aduan / cadangan yang boleh
diperolehi diPejabat Pengurusan JMB.
2.4 Gangguan

i Berbicara lantang ,ketawa dan berteriak adalah dilarang sama sekali kerana menganggu
jiran anda

ii Instrument musik ,TV atau peralatan suara haruslah berada pada kelantangan yang
berpatutan supaya tidak menganggu penghuni yang lain.

iii Penghuni atau pelawat tidak sepatutnya membunyikan hon kenderaan tanpa sebab.

NOTA: Barang siapa yang melanggar peraturan di atas, pihak pengurusan ( JMB) berhak
mengambil tindakan keatas pelakunya.

2.5 Aktiviti Menyapu atau Pembersihan

i Dilarang sama sekali melontarkan objek melalui tingkap, koridor atau pintu.

ii Penghuni dilarang sama sekali mengetuk atau membersihkan benda berhabuk di


kawasan koridor.

iii Semasa kerja-kerja mencuci rumah dijalankan, air yang digunakan mestilah dibuang pada
saluran yang telah disediakan.

2.6 Pembuangan Sampah

i Tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata melalui tingkap, koridor atau pintu.
Sampah mestilah dibawa turun dan dibuang sendiri oleh penghuni ke tong sampah yang
disediakan.

ii Sampah mestilah dibuang menggunakan bag sampah, penghuni mestilah memastikan


tiada air yang meleleh semasa sampah di bawa turun ke tempat tong sampah disediakan

iii Dilarang sama sekali meletakkan sampah dihadapan rumah. Pihak pengurusan tidak
teragak-agak mengenakan caj pembuangan sampah atau mengenakan denda jika
terdapat sebarang aduan yang diterima.

2.7 Garis Panduan Penjemuran Pakaian

Penghuni dilarang sama sekali menggantung pakaian pada pagar, pemegang tangga atau mana-
mana kawasan koridor. Penghuni harus menggunakan jenis penyidai kain yang di tetapkan.
Kegagalan mematuhi peraturan boleh menyebabkan penghuni di kenakan DENDA mengikut budi
bicara pihak pengurusan.

4
-5-

2.8 Pemeliharaan Haiwan Kesayangan

i Pemeliharaan haiwan kesayangan seperti anjing, ular dan lain-lain adalah di larang sama
sekali.

ii Jika penghuni engkar pihak pengurusan akan menegur dan jika teguran tidak di
endahkan, pihak pengurusan berhak mengenakan DENDA sebanyak RM10.00/ sehari
sehigga haiwan itu di buang.

2.9 Penanaman Tanaman

i Penanaman tanaman hanya dibenarkan di dalam pasu bunga. Penghuni mestilah


menyediakan tempat yang tidak menggangu kawasan penghuni lain. Penghuni juga mesti
memastikan air siraman tidak melimpah sehingga mengganggu unit lain di bawahnya.
Menggantung atau menyusun pasu bunga di atas koridor adalah dilarang sama sekali.

ii Dilarang sama sekali sebarang tanaman ( bercucuk tanam ) di dalam kawasan sekitar
apartment termasuk tempat permainan. Sila rujuk ke Pejabat Pengurusan.

2.10 Radio dan Tv antenna / Astro

Penghuni mestilah memohon kelulusan JMB terlebih dahulu untuk sebarang pemasangan antenna
TV atau Astro agar garis panduan dipatuhi dan tidak menganggu unit yang lain.

2.11 Peraturan Bagi pelawat

i Pelawat yang ingin memasuki kawasan Raya Apartments, hendaklah mendaftarkan diri di
pondok keselamatan. Pelawat hendaklah menunjukkan butir-butir pengenalan diri seperti
lesen memandu yang sah.

ii Pelawat yang tidak dapat menunjukkan butir-butir peribadi ini TIDAK AKAN
DIBENARKAN MASUK kawasan Raya Apartments.

iii Segala Kesalahan atau kelakuan pelawat mereka adalah tangungjawab penghuni
tersebut. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab ke atas pelawat tersebut.

iv Pihak pengurusaN / pihak kawalan keselamatan berhak untuk meminta pelawat


meninggalkan kawasan Raya Apartment atas sebab-sebab tertentu dan munasabah.

2.12 Aktiviti Sosial dan kenduri

i Setiap penghuni yang ingin mengadakan pesta atau kenduri atau apa-apa meramaian
yang melibatkan pemasangan khemah hendaklah membuat permohonan bertulis dengan
menghantar surat atau mengisi borang yang disediakan. Notis dua (02) minggu
diperlukan kepada pihak Pengurusan JMB.

ii Semua kenduri atau parti tidak boleh melebihi pukul 12.00am. Ini adalah untuk memberi
keselesaan pada penghuni yang lain. Jika ingkar boleh di kenakan denda RM50.00.

iii Penghuni yang ingin membuat kenduri atau parti mestilah mengisi borang SF yang boleh
di dapati di Pejabat Pengurusan JMB. Sejumlah wang Deposit berjumlah RM200.00 akan
di kenakan. Wang tersebut akan dipulangkan satu (1) minggu selepas tarikh kenduri atau
parti tersebut. Pihak pengurusan berhak menggenakan caj pembersihan ( RM100.00 )
sekiranya kerja-kerja pembersihan tidak sempurna dilakukan.

2.14 Lelongan / Penjualan

5
-6-

Tiada lelongan atau penjualan boleh dibuat di dalam kawasan Raya Apartments. Pihak JMB
berhak mengambil tindakan atas pemuanya rumah.

2.15 Surat, Telegram atau Surat Berdaftar

Semua Surat,Telegram atau surat berdaftar adalah tanggungjawab penghuni. Pihak pengurusan
tidak bertanggungjawab atas kehilangannya.

2.16 Garis Panduan Pemilik Kedai

i Bagi Pemilik Kedai, masa operasi yang dibenarkan adalah bermula pukul 6.00 pagi
hingga 12.00 tengah malam.

ii Segala sampah sarap hasil perniagaan hendaklah dibungkus mengunakan plastik


sampah dan dibuang di tempat pembuangan sampah yang disediakan.

iii Pekedai hendaklah memastikan kawasan koridor kedai mestilah bersih dari segala
sampah atau sisa makanan yang boleh menjejaskan keselesaan penghuni setempat.

2.17 Pemungahan barang

i Semua aktiviti pemungahan barang-barang untuk kegunaan perniagaan atau sendiri perlu
berada ditempat yang dibenarkan dan Pihak Pengurusan berhak mengubah
mengubahkannya dari masa ke masa.

ii Lori, van dan kenderaan lain yang digunakan untuk pengangkutan mestilah tidak
menghalang lalu lintas di Raya Apartments. Tidak dibenarkan barang-barang ke[erluan
disimpan (sementara) di dalam Kawasan Raya Apartments.

iii Penempatan benda-benda berat melebihi beban tingkat pra-ditentukan harus


diperiksa dan diluluskan oleh jurutera struktur dan salinan pemunggahan / lokasi
gambar hendaklah diserahkan kepada Pihak Pengurusan untuk kelulusan.

2.18 Penggunaan Kemudahan

i Penggunaan kemudahan yang ada di dalam kawasan Raya Apartments adalah taman
permainan kanak-kanak sahaja. Kemudahan ini adalah untuk penghuni Raya Apartments
sahaja. Orang luar tidak dibenarkan menggunakan kemudahan ini. Jika terdapat alat-
alatan taman permainan ini didapati rosak di sengajakan, pihak pengurusan berhak
menggenakan DENDA yang dirasakan sesuai. Taman permainan ini dibuka bermula
pukul 6.00am hingga 9.00pm. Dilarang samasekali membuang sampah merata-rata di
kawasan taman permainan.

2.19 Permohonan Edar Risalah / Aktiviti Politik

i Kecuali dibenarkan oleh Pihak Pengurusan JMB. Segala perkhidmatan atau aktiviti politik
TIDAK DIBENARKAN di dalam kawasan Raya Apartments.

ii TIDAK DIBENARKAN memasukkan/mengedarkan brosur, risalah atau seumpamanya di


kawasan Raya Apartments ke peti-peti surat atau ke unit-unit rumah tanpa kebenaran
JMB.

6
-7-

2.20 Kematian / upacara

Segala kematian atau upacara kematian hendaklah diajukan pada pihak pengurusan JMB secepat
mungkin. Upacara pada tempoh yang panjang adalah dilarang sama sekali.

2.21 Lain-lain perkara

i Jangan beban lebih bekalan elektrik dengan menambah beberapa plug pada titik-titik
kuasa tanpa kebenaran.

ii Pemilik / ahli tidak dibenarkan untuk menggunakan minyak tanah, bahan kimia, arang,
tanpa kawalan untuk sebarang pembakaran terbuka. Penghuni juga di larang sama sekali
menyimpan barang yang mudah terbakar di kediaman mereka.

iii Rak kasut dan kasut tidak boleh ditempatkan di luar pintu masuk atau koridor dan
sebarang kehilangan atau kecuaian anda adalah tanggungan anda sendiri.

3.0 Panduan Bagi setiap Isi rumah

3.1 Pemeriksaan bagi setiap Unit

3.2 Awasi Kanak-kanak bermain

Penghuni mestilah mengawasi kanak-kanak ketika mereka bermain di kawasan seperti koridor,
tangga, jalan dan pakir kereta. Kanak-kanak juga tidak dibenarkan bermain bola di tempat pakir
kereta atau berhampiran dengan blok kerana di khuatiri akan memecahkan tingkap rumah / cermin
kereta penghuni lain. Jika perkara ini terjadi segala kos pembaikan akan ditanggung oleh pihak ibu
bapa kanak-kanak tersebut.

3.3 Tidak di benarkan mengotori kawasan

Penghuni dilarang sama sekali sengaja meninggalkan sampah sarap atau sengaja membuang
sampah di mana-mana kawasan raya apartments ini.

3.4 Tidak di benarkan berkeliaran

Penghuni mestilah memastikan kanak-kanak, tetamu atau pekerja tidak berkeliaran di kawasan
raya apartments tanpa tujuan.

3.5 Papan Tanda iklan

i Dalam usaha menjaga keamanan penduduk, Penghuni tidak dibenarkan meletak


atau mempamerkan risalah pada setiap pintu unit atau tingkap pada bahagian
luar / dinding eksterior unit atau bahagian dalam pintu masuk umum, tangga atau
pada harta bersama pada setiap unit untuk tujuan pernagaan kecuali mendapat
kelulusan bertulis daripada pihak Pengurusan JMB

ii Pihak pengurusan berhak untuk menentukan lokasi, dan ukuran papan nama / material
iklan.
7
-8-

iii Penghuni wajib mendapat kelulusan bertulis daripada pihak Pengurusan terlebih dahulu,
sebelum mengunakan nama Raya Apartments, gambar atau rupa Raya apartments atau
unit berdaftar seperti nama dagangan bagi tujuan pengiklanan atau sebagainya.

iv Penghuni/pelawat adalah dilarang sama sekali mengedar risalah atau apapun bagi tujuan
perniagaan. Segala bentuk penyebaran iklan/risalah mestilah mendapat kelulusan pihak
pengurusan JMB. Pihak pengawal keselamatan mempunyai hak untuk menghalang
aktiviti tersebut di Raya Apartments.

v. Jika ada pihak yang ingkar pihak pengurusan berhak mengambil tindakan sewajarnya.

3.6 Pengubahsuaian

Penghuni tidak dibenarkan melakukan sebarang pengubahsuaian luaran unit atau menukar mana-
mana bahagian harta milik bersama seperti penggantian, peningkatan atau perbaikan semua pintu
depan atau jendela setiap unit haruslah mengikut reka bentuk yang diluluskan oleh pihak
pengurusan atau akitek.

3.7 Mematuhi undang-undang

Penghuni mestilah:-

I Mematuhi segala bentuk peraturan atau undang –undang yang telah ditetapkan oleh
pihak kerajaan berkaitan dengan pengurusan bangunan rekabentuk yang telah diluluskan.

ii Kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan mungkin akan menyebabkan tindakan


susulan daripada pihak kerajaan bertanggung jawab.

iii Dilarang melakukan perubahan atau pengubahsuaian keatas unit selain mendapat
keizinan pihak pengurusan JMB.

iv Dilarang membuat sambungan paip yang tidak mengikut spesifikasi kecuali mendapat
kelulusan dari pihak pengurusan JMB.

4.0 Harta Bersama

4.1 Definasi “ Harta Bersama”

"Harta Bersama” bermaksud tanah, peralatan dan kelengkapan termasuk lampu awam, sistem
ventilasi, bilik sampah, saluran air, paip, saluran kabel, tangga, pakir kereta, motosikal dan semua
kemudahan lain pemasangan digunakan atau boleh digunakan untuk dinikmati baik yang sama
ada oleh semua atau oleh orang tertentu .

4.2 Mematuhi Peraturan Harta Bersama

i Laluan pejalan kaki, koridor dan tangga yang berada dalam kawasan harta bersama di
larang sama sekali diubah.

ii Pihak pengurusan JMB berhak mengalih apa-apa barang yang berada di tempat yang
tidak dibenarkan tanpa alasan atau notis.

4.3 Lanskap
Penghuni dilarang merosakkan atau mengubah lanskap-lanskap yang sedia ada
kawasan Raya apartments tanpa sebarang kelulusan Pengurusan JMB.

8
-9-

5.0 Tempat meletak kenderaan

5.1 Tanggung jawab sendiri

Kenderaan yang diletakkan di pakir adalah tanggung jawab penghuni sendiri. Pihak pengurusan
tidak bertanggung jawab diatas kehilangan, kecacatan kereta mahu pun kerosakan yang berlaku.
Penghuni mestilah mengambil langkah pengawasan yang secukupnya terhadap kenderaan
masing-masing.

5.2 Pakir Kereta

i. Setiap unit yang membeli pakej perabot di dalam Raya apartments layak mempunyai satu
unit parkir mengikut perjanjian yang terkandung dalam ( Sale and Purchase agreements)
yang telah ditandatangani. ( perlu perbincangan susulan)

ii Bagi mereka yang mempunyai 2 buah kereta.Buat masa ini pihak pengurusan belum
meminda atau mengubal apa-apa peraturan-peraturan berkenaan. Diharap penghuni
dapat bertolak ansur terhadap masalah ini kerana tempat meletak kenderaan di kediaman
kita masih mencukupi. Mungkin di masa hadapan pihak kami akan mengubah peraturan
ini dengan lebih jelas.

5.3 Pelekat Kenderaan

i Setiap unit berdaftar layak mendapat satu pelekat kereta dan satu pelekat motosikal yang
diberi percuma.

ii Penghuni mestilah mengisi borang maklumat penduduk yang boleh didapati di Pejabat
Pengurusan JMB.

iii Pelekat kenderaan ini dikeluarkan dalam satu versi sahaja untuk penghuni dan penyewa.

iv Pihak pengurusan berhak menukar pelekat kenderaan seperti jika rosak, pudar atau
hilang dan jika dirasakan perlu. Segala kos pelekat kenderaan yang baru adalah RM5.00
akan ditanggung oleh penghuni /penyewa.

5.4 Tempat Meletak Kenderaan Bagi Pelawat

Semua pelawat mestilah meletakan kenderaan di tempat yang di sediakan.

5.5 Kenderaan Lain

i Motosikal mestilah diletakkan di tempat yang disediakan ataupun tempat yang mendapat
keizinan daripada pihak pengurusan JMB.

ii Bus, lori dan kenderaan berat dilarang sama-sekali menggunakan tempat meletak
kenderaan dalam kawasan Raya apartments.

5.6 Denda

Kenderaan yang melanggar peraturan di atas boleh dikenakan denda sebanyak


RM50.00 sehari sehingga kenderaan itu dialihkan. Kegagalan berbuat demikian pihak
9
- 10 -

pengurusan berhak mengalihkan kenderaan tersebut tanpa notis. Segala kos di


tanggung oleh pemilik kenderaan tersebut.

6.0 Khidmat Pengawal Keselamatan

6.1 Tanggung jawab pengawal keselamatan dan tugas

i Raya Apartments menggunakan perkhidmatan kawalan keselamatan 24 jam, sila


berhubung dengan pihak tersebut jika ada kecemasan.

ii Pihak pengawal keselamatan mestilah memantau segala aktiviti keluar masuk kenderaan
di dalam kawasan Raya apartment

iii Pihak Pengawal keselamatan berhak melakukan pemeriksaan keselamatan atau


menahan orang yang mencurigakan atau yang membuat gangguan di dalam kawasan
Raya apartment.s. Orang tersebut hendaklah ditangkap dan diserahkan kepada pihak
Polis untuk tindakan selanjutnya.

iv Penghuni digalakkan untuk mengambil tindakan pencegahan seperti memasang


penggera untuk menjamin keselamatan barang-barang mereka. Namun, penggera harus
dari jenis yang diluluskan yang tidak akan menimbulkan kebisingan berpanjangan.

vi Barang siapa yang mempunyai tetamu yang ingin bermalam di rumah mereka dalam
tempoh yang lama mestilah mengisi borang (M) yang boleh didapati di pondok
keselamatan.

vii Semua penghantaran, pemindahan (in / out) dan renovasi harus dilaporkan di Pejabat
Pengurusan JMB / pondok keselamatan sebelum pekerjaan dilakukan.

6.2 Notis pindah masuk atau keluar

i Pihak pengurusan mestilah di beritahu sekurang-kurangnya 24 jam sebelum urusan


pindah masuk atau keluar.

ii Semasa kerja-kerja pindah masuk di lakukan, segala kerosakan daripada aktiviti tersebut
adalah tanggung jawap penghuni tersebut.

iii Penghuni mestilah mengisi borang ( MK) sebelum berpindah masuk atau keluar.

6.3 Pendaftaran pekerja bagi urusan perpindahan

i Penghuni mestilah mendaftarkan pekerja yang terlibat dalam urusan pindah masuk.

ii Pihak Pengurusan berhak mengambil tindakan ke atas pekerja tersebut jika pendaftaran
tidak di buat.

6.4 Pendaftaran Penyewa

Pemilik perlu mendaftar penyewa mereka dengan Pihak Pengurusan Pejabat JMB untuk tujuan
keselamatan. Semua keterangan dari penyewa harus disampaikan kepada Pengurusan JMB, tiga
(3) hari sebelum berpindah.
10
- 11 -

6.5 Pendaftaran Tetamu

Tetamu perlu mendaftarkan diri dipondok pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk oleh
pihak Pengawal.

6.6 Laporan mengenai insiden jenayah

Penghuni harus melaporkan kepada pengawal keselamatan semua insiden kecil atau besar yang
ditemui untuk tindakan selanjutnya serta membuat satu laporan kepada pihak Polis.

6.7 Laporan mengenai orang mencurigakan

Penghuni harus memaklumkan kepada pihak pengawal keselamatan dengan segera jika terdapat
orang yang mencurigakan.

6.8 Bercuti

Penghuni yang akan pergi bercuti panjang harus memaklumkan kepada pihak pengawal
keselamatan. Penghuni harus mengambil tindakan pencegahan tambahan berhubung dengan unit
dan kenderaan bermotor dan Pihak Pengurusan tidak bertanggung jawab keatas kerugian atau
kerosakan pada unit tersebut atau kenderaan bermotor ketika ketiadaan penghuni. Pihak pengawal
keselamatan akan meronda untuk memastikan keadaan kawasan yang selamat.

6.9 Kegiatan Haram

Pihak pengurusan tidak akan teragak-agak melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika
dijumpai penggunaan tempat untuk sebarang tujuan haram atau melanggar undang-undang atau
tidak bermoral / kegiatan seperti operasi pelacuran, perjudian, dan menyimpan pendatang haram.
Hal ini bagi memastikan keamanan kediaman dan bangunan dipertahankan.

6.10 Pondok Kawalan Keselamatan

Pondok Kawalan keselamatan berada di :-

i Bersebelahan dengan blok A

7.0 Kerja-kerja Pengubahsuaian

7.1 Permohonan dan kelulusan kerja-kerja Pengubahsuaian

i Semua Pengubahsuain dan pemasangan seperti pemasangan peralatan AC, tirai, peti
dapur, Astro / TV dan lain-lain harus mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan
sebelum kerja di lakukan.

ii Pengubahsuaian di hadapan rumah / koridor tidak di benarkan dan ini adalah untuk
menjaga rekabentuk plan yang telah di luluskan oleh kejuruteraan M/E.

iii Pengubahsuaian mestilah mendapat kelulusan pihak pengurusan. Jika terdapat aduan,
pihak pengurusan berhak menghantar masalah tersebut ke pihak Pesuruhjaya Bangunan
( C.O.B)

iv Borang kerja-kerja pengubahsuaian boleh di dapati di pejabat pihak pengurusan.

v Tidak ada satu kerja pun boleh dilakukan sebelum surat dikeluarkan oleh pihak
pengurusan .
11
- 12 -

7.2 Wang pendahuluan Keselamatan / Pemulangan

i Sejumlah wang jaminan (deposit) perlu dibayar dengan wang tunai sebelum
pengubahsuaian / pemasangan dibenarkan untuk dilaksanakan. Jumlah deposit
dikenakan mengikut jumlah yang akan ditetapkan.

ii Deposit tersebut adalah untuk memastikan bahawa semua runtuhan dibersihkan dengan
betul dan tidak ada harta milik awam yang rosak dan pekerja mematuhi peraturan. Jika
tidak, kos pembaikan harus ditolak daripada wang jaminan yang diberi. Dalam hal kos
pembaikan melebihi deposit, jumlah tambahan akan dibebankan pada pemilik akaun
penghuni

7.3 Had pengubahsuaian

i Semua kerja penggubahsuaian perlu mempunyai had seperti dilarang membuang atau
menebuk pada tiang-tiang utama dan struktur lain. Kegagalan berbuat demikian mungkin
akan melambatkan hak milik serata di keluarkan.

7.4 Sampah Hasil Kerja Pengubahsuaian

i Semua kontraktor pengubahsuaian mesti memastikan bahawa sampah/ sisa


pengubahsuaian tidak ditinggalkan dikoridor atau kawasan awam yang lain dan
memastikan tidak ada barang milik awam yang rosak. Jika tidak, wang deposit
anda akan dikurangkan.

ii Pemilik Unit mestilah memastikan bahawa kontraktor pengubahsuaian mereka tidak


membuang sampah hasil kerja pengubahsuaian di kawasan parkir kereta atau kawasan
milik bersama.

iii Simen, pasir dan bahan lain harus dibungkus dalam karung goni / kantong plastik
sebelum dipindahkan ke tempat kerja.

7.6 Waktu Bekerja

Waktu yang di benarkan untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian adalah seperti berikut::-

Isnin hingga Sabtu : 7.00 pagi sehingga 5.30 petang


Ahad dan Cuti Umum : Di larang

7.7 Pemeriksaan Keselamatan

i Semua penghantaran, pemindahan, dan pengubahsuaian mesti dilaporkan kepada


Pejabat Pengurusan / Pengawal keselamatan sebelum kerja-kerja dilakukan. Pengurusan
berhak untuk menghalang setiap kemasukan orang yang tidak dikenali.

ii Pengurusan berhak untuk membuat pemeriksaan keatas unit anda dari masa ke masa.
pemiliknya perlu memberitahu Pengurusan proses pengubahsuaian

7.8 Pas bagi pekerja pengubahsuaian

12
- 13 -

Semua kontraktor perlu melaporkan diri dipondok pengawal keselamatan. Mereka perlu
memakai pas tersebut sepanjang berada dalam kawasan Raya Apartment.

7.11 Tangungjawab Penghuni

Ahli-ahli / pemilik-pemilik perlu memastikan kontraktor mereka mematuhi dan memahami Peraturan
yang telah ditetapkan sepenuhnya. Perilaku dan kelakuan kontraktor adalah menjadi tangungjawab
ahli-ahli / pemilik-pemilik. Setiap kerosakan pada bangunan dan peralatan yang disebabkan oleh
kecuaian kontraktor harus diperbaiki atau diganti oleh pemilik / ahli.

8.0 Jenis-jenis caj

8.1 Caj Penyelenggaraan

i Pihak pengurusan telah memutuskan caj penyelengaraan bulanan yang di kenakan


adalah sebanyak RM66 bagi setiap unit rumah dan RM113.60, RM110 dan RM91.80 bagi
unit rumah kedai.

ii Sekiranya gagal, pihak pengurusan berhak mengenakan denda lewat bayar pada kadar
10% setahun berdasarkan kelewatan hari bayaran tersebut.

Iii Pihak pengurusan akan mengambil tindakan bagi mereka yang ingkar membayar caj
penyelengaraan dan tertunggak selama 2 bulan

8.2 Sinking funds ( kumpulan wang penjelas)

i Sinking funds atau kumpulan wang penjelas yang dipersetujui adalah sebanyak RM6.60
sebulan bagi unit rumah dan RM11.40, RM11.00 dan RM9.20 untuk unit rumah kedai.
Pihak pengurusan akan mengambil tindakan sekiranya pembayaran tidak di buat selama
3 bulan.

ii Sekiranya gagal, pihak pengurusan berhak mengenakan denda lewat bayar pada kadar
10% setahun berdasarkan kelewatan hari bayaran tersebut.

8.3 Cukai Tanah dan caj lain

i Caj Cukai Tanah adalah caj tahunan dan ia sepertimana yang telah ditetapkan oleh
Pejabat Berkuasa Tempatan / Jabatan Tanah dan galian. Semua pemilik dikehendaki
membayar caj cukai tanah ini.

ii Sekiranya gagal, pihak pengurusan berhak mengenakan denda lewat bayar pada kadar
10% setahun berdasarkan kelewatan hari bayaran tersebut.

8.4 Insurans

13
- 14 -

i Sebagaimana yang termaktub dalam Hakmilik Strata 1985, pihak Pengurusan dimestikan
mengambil Insurans Kebakaran bagi bangunan kediaman di mana nilainya berdasarkan
kos membina semula bangunan. Kiraan bagi caj insurans adalah seperti berikut :-
RM ( premium insurans ) X Keluasan Lantai
Jumlah Keluasan Lantai

ii Sekiranya gagal, pihak pengurusan berhak mengenakan denda lewat bayar pada kadar
10% setahun berdasarkan kelewatan hari bayaran tersebut.

8.5 Terma-terma pembayaran

i Semua Pembayaran mestilah di buat dengan tunai atau cek atas nama BADAN
PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI RAYA.

ii Satu surat amaran pertama akan di hantar kepada pemilik jika pembayaran tertunggak
selama 1 bulan. Selepas 14 hari dari tarikh surat amaran pertama,Pihak JMB Raya
Apartment berhak menyekat kenderaan mereka( kereta atau motosikal) dari masuk ke
dalam kawasan Raya Apartment.Jika pembayaran tertunggak selama 3 bulan surat
amaran kedua akan di keluarkan .pada masa ini nama mereka akan di hantar ke pihak
persuruhjaya Bangunan ( C.O.B) untuk tindakan susulan.jika pembayaran masih
tertunggak selama 5 bulan ke atas ,satu surat peguam akan di hantar dan segala kos
akan di tanggung oleh pemilik.( dalam proses 6 bulan tersebut pihak jmb berhak
mengenakan denda seperti yang terkandung pada perenggan 8.1-8.4 )

9.0 Pejabat Pengurusan Bangunan


9.1 Pejabat Pengurusan

Pejabat pengurusan terletak di : Bersebelahan Blok B


Telephone No : 019 – 354 2552
Fax No :
E-mail :
Website : jmbrayaapartments.blogspot.com
Office hours : Dibuka setiap Isnin - Sabtu
8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)
9.00 pagi – 1.00 petang (Sabtu)
Sila lihat Jadual Bertugas

9.2 Papan pengumuman

Sebuah papan pengumuman akan dipasang di luar pejabat Pengurusan. Surat Edaran dan Notis
akan dipaparkan diatasnya untuk maklumat kepada semua penduduk.

9.3 Peti Surat aduan

i Segala surat aduan boleh di sampai kan sendiri pada pihak pengurusan atau melalui peti
surat yang akan di sediakan

ii Semua butir-butir pengenalan diri mestilah di tulis. Borang aduan juga boleh di dapati di
pondok keselamatan.

NOTA KHAS
10.1 Penerangan

14
- 15 -

i Pihak Pengurusan dan Ahli JMB tidak akan bertanggungjawab keatas kehilangan atau
kerosakan pada harta milik peribadi, kecederaan atau kematian orang dalam bangunan
atau bagi setiap kerugian seperti contoh :-

a) Kerosakan dalam rumah ,kematian atau harta peribadi


b) Kemusnahan yang disebabkan bencana alam. Sila rujuk pada insurans “cover note”
c) Pihak jmb juga tidak akan bertanggung jawab atas kerosakan yang disebabkan oleh
kontraktor / ajen yang di lantik oleh pihak JMB atau pekerja. Semua adalah
tangungjawab mereka

ii Mematuhi Undang-undang

Penghuni, penyewa atau ahli wajib mematuhi garis panduan yang telah di tetapkan.

iii Kewajipan pemilik / penyewa

Pemilik sebelum mentandatangani apa-apa perjanjian dengan penyewa mestilah


menerangkan dengan terperinci segala PERATURAN DALAMAN ( Houserules ) dan hak-
hak mereka. Segala kos yang yang berpunca daripada kelalaian penyewa adalah menjadi
tanggungjawab tuan rumah. Sekiranya pihak JMB tidak dapat menghubungi tuan rumah,
segala beban adalah kepada penyewa. Oleh itu adalah disarankan kepada setiap
penyewa agar memberitahu segala perubahan kepada tuan rumah. Adalah penting bagi
penyewa mengambil butir-butir tuan rumah sebagai rujukan.

10.2 Pindaan

i Semua maklumat yang terkandung dalam buku ini adalah sebagai rujukan kepada
penghuni / penyewa sahaja. Rujukan yang terkandung dalam peraturan rumah ini boleh
dibawa ke mahkamah sebagai panduan.

ii Pengurusan berhak dari masa ke masa untuk memutuskan, mengubah atau menambah
keatas Peraturan Rumah sejak ia dikeluarkan. Setiap perubahan, penghapusan atau
penambahan perlu diajukan kepada pihak pengurusan bangunan dan pesuruhjaya
bangunan bagi mendapatkan kelulusan.

10.3 Terma dan syarat dalam “Perjanjian jual Beli”

Segala Terma dan syarat yang terkandung berkait rapat dengan perjanjian jual beli.

11.0 Hal-hal Lain


11.1 Kewajipan terhadap kerosakan

Semua pemilik harus bertanggungjawab keatas semua kos dan beban yang dikeluarkan oleh Pihak
Pengurusan untuk memperbaiki, menukar atau mengembalikan kerosakan atau kemusnahan yang
disebabkan oleh ahli, tetamu, hamba atau agen mereka.

11.2 Ahli Jawatankuasa

i Pihak pengurusan berhak melantik penduduk untuk menjadi sub-komuniti JMB Raya
Apartment bagi melaksanakan atau menyertai seperti berikut :-

a) Melaksanakan PERATURAN DALAMAN ( Houserules ) ( peraturan rumah)


b) Ahli jawatan penilaian tender

15
- 16 -

c) Pemeriksaan dan jawatankuasa displin

ii Ahli jawatankuasa sub komuniti akan membantu JMB dalam menerima aduan daripada
penduduk atau menegakan peraturan rumah ( PERATURAN DALAMAN ( Houserules ))

iii Semua penguatkuasaan undang-undang bagi ahli jawatankuasa (sub),


mempunyai kuasa bagi melaksanakan undang-undang mengikut peraturan
rumah ( PERATURAN DALAMAN ( Houserules )).Tetapi mestilah mendapat izin
daripada Pengerusi JMB Raya Apartments.

Akhir sekali, kami ahli-ahli jawatankuasa JMB Raya Apartments sentiasa ingin mewujudkan satu
persekitaran yang selamat. Kami juga berharap sekiranya penghuni / penyewa mempunyai sebarang
masalah atau kemusykilan, diminta tampil kehadapan agar kita dapat menyelesaikannya bersama-sama.

Tandatangan Asal Tandatangan Asal

_______________________ ______________________

Nama : Nama:
Pengerusi JMB Raya Apartment Setiausaha JMB Raya Apartment

Tandatangan Asal

________________________

Nama :
Pegawai Pengurusan Bangunan

16

You might also like