You are on page 1of 24

KANDUNGAN

1. SETINTA KALAM………………………………………… 3

2. SOLAT BERJEMAAH……………………………………... 5
2.1 Pengertian Solat Berjemaah………………………… 5
2.2 Hukum Solat Berjemaah……………………………. 6
2.3 Fadhilat melakukan solat berjemaah……………….. 7

3. MASBUK DAN MUAFIK DALAM SOLAT BERJEMAAH… 8

3.1 MAZHAB AS-SYAFIE……………………………… 8-11


Pengertian muafik
Pengertian masbuk
Makmum muafik
Masalah didalam muafik
Makmum mendahului imam
Makmum ketinggalan rukun
Makmum masbuk
Sekurang-kurang had rukuk
Hukum-hukum dan masalah yang berkaitan dengan makmum
yang masbuk
3.2 MAZHAB HANAFI……………………………… 11-14
Pengertian mudrik
Pengertian lahik
Pengertian masbuk
Muktadi mudrik
Muktadi lahik
Muktadi masbuk
Maklumat tambahan
3.3 MAZHAB MALIKI……………………………… 14-17
Pengertian makmum mudrik
Pengertian makmum lahik
Pengertian makmum masbuk

1
Makmum mudrik
Makmum lahik
Makmum masbuk
3.4 MAZHAB HANBALI……………………………… 17-19
Pengertian makmum lahik
Pengertian makmum masbuk
Makmum lahik
Makmum masbuk

4. MASBUK DIDALAM SOLAT TERTENTU……………… 20


Solat jumaat
Solat jenazah

5. PENUTUP………………………………………………….. 21

6. SENARAI KITAB RUJUKAN…………………………….. 22

7. NOTA KAKI……………………………………………….. 23

2
SETINTA KALAM

Puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Dia yang menghidupkan dan Dialah jua
yang mematikan segala kehidupan yang ada di langit mahupun yang ada di bumi.
Segala ketentuanNya adalah pasti dan tiada siapa yang boleh menghalangnya.
Sehubungan dengan itu marilah kita insaf, sedar serta berharap semoga Allah SWT
menetapkan kita di kalangan hamba-hambaNya yang mendapat keampunan dan
rahmat dariNya.

Kita sebagai orang yang beragama Islam sedia maklum bahawa berbuat baik
itu disukai Allah dan berbuat jahat itu dibenci oleh Allah. Setelah kita memahami
bahawa kita adalah sebagai hamba Allah maka keperluan untuk menghayati ajaran
Islam ialah dengan cara melaksanakan rukun-rukunnya. Di antara rukun itu ialah
mendirikan solat lima waktu sehari semalam yang diwajibkan dan
dipertanggungjawabkan kepada setiap umat Islam danmeninggalkannya adalah
berdosa besar.

Ibadat solat ini merupakan hubungan langsung antara hamba dengan Allah
samada ianya orang biasa atau ulamak. Lukman telah menasihatkan anaknya dalam
firman Allah SWT;

‫يابني أقم الصالوة‬


Maksudnya;
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat.”
Di samping itu, solat juga dapat membentuk peribadi kita menjadi seorang
yang bertaqwa dengan memperlengkapkan diri dengan sifat-sifat terpuji. Al-Quran
juga menerangkan solat dapat memberi kesan terhadap pembersihan diri dan
mengawal diri dari terjerumus ke dalam lembah kehinaan. Firman Allah;

‫وأقم الصالوة إن الصلوة تنهى عن الفحشآء والمنكر‬

Maksudnya;

3
“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan
mungkar.”
Meskipun nanti apa saja usaha yang kita lakukan sehingga membuahkan kejayaan itu
datangnya dari Allah SWT.

Dengan berkat selawat dan salam kepada insan yang mulia lagi dikasihi,
Muhammad bin Abdullah SAW; telah memberi keupayaan kepada kumpulan kami
untuk menyiapkan kertas kerja yang tidak sepertinya ini dengan mengharapkan
keredhaanNya.

Kami, ahli kumpulan Iskandar Dzulkarnain (Alexander) memanjatkan


kesyukuran berkat secalit ilmu kurnian ilahi dapat menyiapkan tugasan secara
berkumpulan Fiqh Islam 1 dalam tajuk “Masbuk dan muafik mengikut mazhab Syafie
serta perbandingan dengan mazhab-mazhab yang lain”.

Semoga segala apa yang diusahakan oleh ahli kumpulan ini, dapat memberi
sedikit informasi ilmu berkaitan tajuk yang diberikan buat tatapan semua. Kami
memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan atau kesilapan yang tidak
disengajakan.
Hanya ilmu, amalan dan ketakwaan sahaja akan berjaya memimpin individu kearah
kesejahteraan hidup yang hakiki.
Akhir kata, hiasilah peribadi kita dengan akhlak yang mulia.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Iskandar Dzulkarnain (Alexandre) adalah

Ahmad Zaki bin Ibrahim DX081317PIJ01


Abdul Hadi bin Ariffin DX081315PIJ01
Shahizam bin Masrom DX081409PIJ01
Faridah bte Babak DX081327PIJ01

4
SOLAT BERJEMAAH
Pengertian solat berjamaah

Solat berjamaah bermaksud mengadakan ikatan diantara imam dan makmum


dan mengadakan solat sekurang-kurangnya dua orang, kecuali pada solat fardhu
jumaat.1

Jemaah merupakan hubungan yang terhasil daripada solat antara imam dan
makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat
pahalanya.2

Sabda rasullullah;

‫صالة الجماعة أفضل من صالة الفرد بسبع وعشرين درجة‬


Terjemahan : solat berjemaah adalah lebih baik daripada solat secara berseorangan
3
sebanyak 27 darajat

‫والذي نفسي بيده لقد هممت أن آ مر بحطب فيحطب ثم امر باالصالة فيؤ‬
‫ذن بها ثم آمر رجال فيؤم الناس ثم أخا لفه إلى رجال فأ حرق عليهم بيو‬
‫تهم‬.

Terjemahan : “ Demi tuhan yang jiwa berada dalam kekuasaanNya, saya telah
berusaha menyuruh orang-orang agar mengumpulkan kayu bakar, lalu menyuruh
seseorang supaya menyerukan azan solat, kemudian menyuruh seseorang pula
menjadi imam bagi orang banyak dan saya akan pergi mendatangi orang-orang yang
4
tidak ikut solat berjemaah lalu saya bakar rumah2 mereka .

5
Hukum solat berjemaah

Hukum berjamaah ini berbeza-beza sesuai dengan perbezaan jenis solat yang
dikerjakan secara berjamaah.Terkadang hukumnya fardhu seperti mendapatkan rakaat
terakhir dari solat jumaat, terkadang merupakan syarat sah solat seperti dalam solat
yang dilakukan secara jama’.

Mengikut Imam Syafie, hukum solat berjemaah adalah samaada sunat


mua’kad atau fardhu kifayah.

Solat berjemaah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang di kerjakannya.

1. Fardhu ain pada solat jumaat


2. Fardhu kifayah pada solat fardhu
3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang di sunatkan jemaah
padanya.

Pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut imam An-nawawi
yang bermazhab imam Syafie adalah tuntutan fardhu kifayah ini berdasarkan hadis
nabi diatas. Mazhab Hanafi mengatakan hukum solat fardhu secara berjamaah adalah
sunat muakkad. Tetapi menurut golongan Maliki dan Hanbali adalah wajib. Hal ini di
dasarkan hadis daripada Abu Hurairah bahawa rasulullah bersabda dalil tentang di
syariatkannya berjemaah melalui Al-Quran, hadis dan ijmak.
Firman Allah; 5

‫وإذا كنت فيهم فأ قمت لهم الصالة‬


102 ‫ اية‬:‫سورة النساء‬
Ertinya;
“Dan apabila kami (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka
(sahabat mu) lalu kami hendak mendirikan solat bersama2 mereka.”

Fadhilat melakukan solat secara berjamaah

6
Pertama; secara ringkasnya solat berjamaah amat digalakkan dalam tuntutan
solat kerana sekiranya dilakukan akan mendapat 27 darjat, berbanding solat secara
bersendirian.

Kedua; setiap langkah menuju kemasjid untuk melakukan solat secara


berjamaah akan dikira sebagai pahala tambahan.

Ketiga; rasullullah menjanjikan berita gembira kepada mereka yang rajin


menunaikan solat berjamaah dimasjid dengan hadith berbunyi

‫بشر المشاءين في الظلم الى المساجد بالنور التام يوم القيامة‬


Ertinya;
Gembirakanlah orang yang berjalan didalam gelap menuju kemasjid dengan
cahaya yang sempurna pada hari akhirat

(riwayat Abi Daud dan At-Tirmidzi)6

Keempat; Allah telah berjanji akan mengangkat darjat orang yang


menunaikan solat berjamaah dan mereka akan dijauhkan dari keburukan.

Kelima; setiap orang islam dituntut untuk melakukan solat berjamaah


dimasjid kerana, masjid merupakan sebuah institusi kemasyarakatan yang dapat
mengeratkan huungan diantara sesama muslim dan hubungan dengan Allah dengan
berdasarkan hadith hadith rasullullah yang bermaksud;

Sesiapa yang hendak menemui Allah sebagai seorang Islam, hendaklah dia menjaga
kesemua solatnya itu.7

MASBUK DAN MUAFIK DALAM


PANDANGAN 4 MAZHAB

7
1. MAZHAB AS-SYAFIE

Pengertian Muafik;
Menurut kitab fiqh suloh, muafiq bermaksud makmum yang sempat
menghabiskan bacaan fatihahnya ketika imam masih dalam keadaan berdiri pada
rakaat pertama.

Pengertian Masbuk;
Masbuk ialah mereka yang dalam keadaan tidak sempat menghabiskan bacaan
fatihah dalam solat kerana imam telah dalam berkeadaan rukuk dalam rakaat yang
pertama.

MAKMUM MUAFIK

Makmum muafik mendapat kesemua rakaat bersama-sama imam sehingga


imam memberi salam. Mereka mendapat kelebihan pahala berjamaah berbanding
kepada mereka yang masbuk. Solat bagi makmum muafik dapat memberi lebih
Kesempurnaan, kekhusyukan dan dapat meningkatkan mutu solat.8

Masaalah didalam muafik

Makmum mendahului imam

Akan tetapi makmum muafik tidak boleh mendahului rukun fikli imam.
Sekiranya mereka mendahului satu rukun fikli yang sempurna dengan sengaja, maka
hukum solatnya tetap sah tetapi perbuatannya itu adalah haram.

Sekiranya makmum terlupa dan mendahului imam satu rukun fikli, makmum
tersebut harus kembali mengikut bersama imam.

Sekiranya mereka mendahului dua rukun fikli imam dengan sengaja dengan
tiada uzur atau jahil. Nescaya batallah solatnya.

8
‫اما يخشى أحدكم إذا رفع رأسه قبل اإلمام أن يحول هللا رأسه رأس حمار أو يحول‬
‫هللا صورته صورة حمار‬
Ertinya; Tidakkah seseorang dari kamu, yang mengangkat kepala sebelum imam,
merasa khuatir bahawa Allah akan mengubah kepala atau bentuk tubuhnya menjadi
seperti kepala atau bentuk keldai.
(riwayat al-jamaah)9

Makmum ketinggalan rukun

Sekiranya makmum ketinggalan daripada imam dengan satu rukun fikli tanpa
uzur maka hukum solatnya adalah sah makruh.

Sekiranya dengan tiada keuzuran, seperti makmum terlupa bacaan fatihah,


lambat bacaan fatihah atau imam terlalu cepat bacaannya, dengan ketinggalan dua
rukun fikli maka batal solat makmum tersebut. Melainkan makmum tersebut sempat
bermufaraqah dengan imam.

Sekiranya makmum uzur ia perlu menghabiskan bacaan fatihah sebelum imam


melakukan tiga rukun fikli yang panjang (berdiri membaca fatihah dan duduk tahiyat
akhir). Maka makmum boleh membuat pilihan iaitu,

Pertama; Bermufaraqah dengan imam, dan meneruskan solat secara


bersendirian.

Kedua; Bermuafakat dengan imam lalu meningggalkan bacaan fatihahnya


dan menambah satu rakaat untuk menyempurnakan rakaat yang ketinggalan

MA’MUM MASBUK

Makmum boleh mendapat rakaat bersama imam apabila dia memperoleh syarat-syarat
yang berikut.

1. Apabila dia dapat rukuk bersama imam yang menurut syarat sah solat.

9
2. Apabila dia dapat rukuk bersama imam
3. Apabila dia yakin mendapat tomakninah bersama imam sebelum daripada
bangkit imamnya daripada rukuk.

Berdasarkan hadis nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Humairah
R.A bersabda

‫من أدرك الركوع من الركعة األخيرة الجمعة فليضف إليها أخرى ومن لم يدرك‬
‫فليصل الظهر اربعا‬

Ertinya: sesiapa yang berkesempatan rukuk pada rakaat terakhir hari jumaat maka
haruslah dia menambah satu rakaat lagi, dan sesiapa yang tidak berkesempatan
rukuk maka hendaklah dia bersembahyang zuhur empat rakaat. 10

Sekurang-kurang had rukuk


Hukum-hukum dan masaalah yang berkaitan dengan makmum yang masbuk

Makmum yang masbuk masuk takbiratulihram ketika imam


1. Imam sedang berdiri atau membaca fatihah
= hendaklah terus membaca fatihah dengan tidak sunat membaca doa iftitah
dan taauwudz.

2. Imam sedang rukuk dan dia belum habis membaca fatihah


= Hendaklah dia memberhentikan bacaan fatihahnya dan terus rukuk bersama
imam. Bacaan fatihahnya telah ditanggung oleh imam. Dia mendapat satu rakaat
kerana sempat rukuk bersama imamnya. ( Jika dia tidak rukuk bersama imamnya
nescaya luputlah rakaatnya dan batallah solatnya)

3. Imam sedang rukuk atau akan melakukan rukuk


= Hendaklah terus rukuk setelah sempurna takbiratulihramnya, dengan tidak
perlu membaca fatihah kerana bacaan fatihahnya telah ditanggung oleh imam.
Ma’mum masbuk itu mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk dan tama’ninah
bersama imamnya11.

10
2. MAZHAB HANAFI

Terdapat tiga keadaan muktadi dalam pandangan imam Hanafi


1. Mudrik
2. Lahik
3. Masbuk

Pengertian mudrik
Mudrik ialah muktadi (makmum) yang melakukan keseluruhan solat dengan
sempurna bersama imam.

Pengertian lahik
Lahik ialah muktadi (makmum) yang tertinggal keseluruhan rakaat atau
sebahagian. Meskipun pada mulanya bersama imam.

Pengertian masbuk
Masbuk ialah muktadi (makmum) yang ditinggalkan imam keseluruhan rakaat
atau sebahagiannya.

MUKTADI MUDRIK

Muktadi mudrik mendapat rakaat apabila bersama-sama imam pada rakaat


yang pertama dengan syarat muktadi mestilah mendapat membaca fatihah yang
lengkap selepas imam menghabiskan bacaan fatihahnya.
Sekiranya muktadi tidak dapat menghabiskan bacaan fatihahnya maka
makmum itu boleh memilih keadaan masbuk atau lahik.

11
MUKTADI LAHIK

Muktadi yang berkeadaan lahik adalah disebabkan dengan beberapa sebab.


1. Uzur;
Tertidur yang tidak membatalkan solat atau tidak lancar perbuatan atau
bacaannya.
2. Dalam keadaan solat khauf sebagai muktadi saf pertama, yang hanya dapat
bertakbir bersama imam tanpa memberi salam.
3. Muktadi yang berimamkan imam musafir

Keadaan muktadi yang lahik, samalah seperti muktadi yang sebenar pada rakaat
yang ketinggalan olehnya, pengikutannya terhadap imam adalah tidak terputus dan
jalan penyelesaiannya adalah ,

1. Hendaklah mengikut imam (menyempurnakan rakaat yang tertinggal) jika


berkesempatan dan memberi salam bersama-sama imam.
2. Jikalau muktadi tidak sempat mengikut imam dalam perbuatannya hendaklah
tetap bersama imam sehingga imam memberi salam, lalu tanpa berkata-kata
muktadi terus berwuduk dan mengqadakkan rakaat yang tertinggal.12

MUKTADI MASBUK

Muktadi masbuk adalah seperti mereka yang menunaikan solat secara


bersendirian. Mereka adalah;
1. Tidak dapat menghabiskan fatihahnya kerana lambat masuk berjamaah.
Berdasarkan hadith

‫ال صالة إال بفاتحة الكتاب‬


Ertinya; tiada solat melainkan dengan fatihah al-kitab13
2. Imam sedang atau telah rukuk.

Mereka perlu mengikuti pada perbuatan imam dalam apa jua keadaan imam.
Sekiranya imam sedang melakukan rukuk, muktadi perlu takbiratul ihram dan
mengikut rukuk imam. Dan dia tidak dikira mendapat rakaat bersama imam.

12
PENYELESAIANNYA ADALAH.
Ada beberapa perkara yang muktadi perlu ambil perhatian.
1. Doa thana
2. Ta’awudz
3. Basmalah
4. Fatihah
5. Bacaan surah
6. Duduk tasyahud awal
7. Rakaat nyaring. Maghrib isyak subuh pertama kedua
8. Rakaat perlahan zuhur dan asar kesemua rakaat.
9. Imam memberi salam kedua

Jika muktadi masuk solat pada


RAKAAT IMAM MEMBACA NYARING
Muktadi perlu
1. Tidak boleh membaca doa thana. Hanya dibaca pada qadak rakaat
(berseorangan).
2. Wajib membaca doa thana ta’awudz basmalah fatihah dan surah pada qadak
rakaat (berseorangan)

RAKAAT IMAM MEMBACA PERLAHAN


Muktadi perlu
1. Membaca doa thana selepas bertakbiratul ihram (bersama imam).
2. Wajib duduk tasyahud awal untuk memperingati rakaat yang tertinggal pada
qadak rakaat kedua (berseorangan).

Maklumat Tambahan
Solat orang masbuk adalah sama seperti solat berseorangan kecuali
1. Muktadi tidak harus berimamkan orang lain dan orang lain tidak boleh
berimamkannya

13
2. Jika dia melakukan solat yang baharu setelah selesai menunaikan solat
bersama imam jadilah dia orang yang baru solat dan terbatallah solat yang
pertama.
3. Jika imam melakukan sujud sahwi atau tilawah, muktadi wajib mengikuti
imam dengan;
- Pertama; mengikut imam sujud ketika sebelum qadak rakaat atau
- Kedua; sujud ketika diakhir qadak rakaat.
4. Muktadi perlu melakukan takbir tasyriq (bangkit dari rakaat kedua)

3. MAZHAB MALIKI

Terdapat tiga bahagian makmum dalam pandangan imam Malik

1. Mudrik
2. Lahik
3. Masbuk

Pengertian makmum mudrik


Makmum mudrik adalah makmum yang melakukan solat bersama imam pada
keseluruhan solat. Keadaan solatnya adalah sempurna bersama-ssama imam.

Pengertian makmum lahik


Makmum lahik adalah makmum yang tertinggal sesuatu daripada solat
bersama imam dengan disebabkan oleh keuzuran.

Pengertian makmum masbuk


Makmum yang tertinggal satu atau lebih rakaat sebelum masuk berjamaah
bersama imam.

MAKMUM MUDRIK

14
Makmum mudrik adalah mereka yang dapat mengikuti imam dari pada
mulanya solat sehingga memberi salam tanpa sebarang kesilapan atau keuzuran.

Sekiranya makmum memasuki jamaah ketika imam sedang melakukan rukuk,


mereka perlu bersama-sama rukuk. Solatnya dikira masbuk, tetapi bacaan fatihahnya
telah ditanggung oleh imam. Dengan itu makmum masbuk ini mendapat rakaat dan
tidak perlu mengqadakkan rakaat pertama tadi.

KADAR BAGI MENDAPAT RAKAAT ADALAH


1. Makmum sempat rukuk bersama imam
2. sempat memegang kepala lutut bersama imam14.

MAKMUM LAHIK

Makmum lahik adalah makmum yang ketinggalan rakaat dengan sebab keuzuran
iaitu seperti;
1. Kepayahan melaksanakan rukun qauli atau fikli.
2. Mengantuk yang tidak membatalkan wuduk.

Ada tiga keadaan makmum yang lahik

PERTAMA:

Makmum tertinggal rukuk atau bangun dari rukuk i’tikad imam. Pada rakaat pertama
atau pada rakaat yang lain.
= Jika pada rakaat pertama makmum hendaklah mengikuti imam dan
mengqadakkan rakaatnya. Ini kerana rakaatnya tidak dikira kerana ketiadaan rukuk
bersama imam.
= Jika pada rakaat berikutnya dan jika dapat sujud bersama imam hendaklah
makmum tersebut menunaikan apa yang tertinggalnya. Jikalau tidak berkesempatan
menunaikan apa yang tertinggalnya, makmum hendaklah
1. Membatalkan rakaatnya
2. Mengikuti imam
3. Mengqadakkan satu rakaat setelah imam memberi salam

15
KEDUA:

Makmum tertinggal satu sujud atau dua sujud.


= Jika makmum dapat melakukan sujud dan mendapatkan rukuk bersama-
sama imam pada rakaat seterusnya, maka makmum tersebut dikira mendapat rakaat
bersama-sama imam.
= Jika tidak berkesempatan makmum tadi hendaklah terus mengikuti imam
dan membatalkan rakaatnya. Rakaatnya yang ditinggalkan wajib diganti selepas imam
memberi salam.

KETIGA:

Makmum tertinggal satu rakaat atau lebih.


=Makmum hendaklah terus mengikuti imam. Setelah itu makmum tersebut
wajib mengqadakkan rakaatnya yang tertinggal. Keadaan qadak rakaatnya hendaklah
mengikuti rakaat yang ditinggalkannya, dalam keadaan bacaan nyaring atau dalam
bacaan iftitah atau selainnya15.

MAKMUM MASBUK

Makmum masbuk wajib mengqadak segala apa perbuatan bacaan berdasarkan


pada apa yang tertinggal. Hukum melaksanakan perbuatan atau bacaannya adalah
sama seperti hukum asal bacaan dan perbuatan tersebut. Seperti, sunat iftitah rukun
fatihah dan selainnya.
Makmum masbuk juga disifatkan sebagai menyambung sifat solat tersebut
yang tidak lengkap. Keadaan solat tersebut hendaklah mengikuti sifat solat itu.
Seumpama bacaan nyaring atau perlahan.

Penjelesan bagi makmum yang masbuk adalah seperti berikut.

Pertama: Jika makmum masuk pada rakaat keempat isyak.


= Pada rakaat kedua solat berseoarangan, makmum hendaklah bangkit dan
membaca fatihah dengan bacaan nyaring. (Sebagai ganti rakaat pertama). Selepas itu

16
duduk membaca tasyahud awal. Selesai duduk tasyahud makmum bangkit pada rakaat
ketiga dan mengqadakkan rakaat kedua. Bacaan fatihahnya adalah dalam keadaan
nyaring. Dan rakaat terakhir ditutup dengan tasyahud akhir.

Kedua: Jika makmum solat subuh masuk pada rakaat kedua


= Pada rakaat kedua makmum hendaklah membaca doa qunut.

Ketiga: Jika imam sujud sahwi.


= Jika sujud imam sebelum memberi salam, wajib bagi makmum masbuk
mengikuti perbuatan imam. Jika sujud imam setelah imam memberi salam, makmum
masbuk hendaklah menangguhkan sujud sahwi sehingga hendak memberi salam.

Keempat: Takbir rakaat kedua.


= Jika makmum dapat bersama imam dengan dua rakaat hendaklah dia
bangkit bertakbir. Dan jika tidak, tidak perlu bertakbir tasyrik.

Kelima: Masbuk mendapat rakaat.


= Makmum masbuk mendapat rakaat apabila sempat meletakkan tangannya
kedua lututnya sebelum imam mengangkat kepalanya.

4. MAZHAB HANBALI

Keadaan makmum didalam solat jamaah terbahagi kepada dua bahagian

1. Lahik
2. Masbuk
Pengertian makmum lahik
Makmum lahik adalah makmum yang mengikuti sembahyang dari awalnya tetapi
ketinggalan satu atau dua rukun disebabkan keuzuran iaitu tidur yang tidak
membatalkan wudhuk, lalai atau lupa dan sebagainya.

Pengertian makmum masbuk

17
Makmum yang mengikuti imam dari awal tetapi tertinggal satu rakaat atau lebih. Dan
tidak sempat rukuk bersama imam.
Makmum masbuk juga merangkumi makmum lahik seumpama pada pandangan
mazhab Maliki dan mazhab Hanafi.

MAKMUM LAHIK

Penjelasan bagi makmum lahik boleh dipecahkan seperti berikut

TANPA KEUZURAN
Jika makmum tertinggal walau satu rukun daripada imam, maka batallah solatnya.

DENGAN KEUZURAN
Pertama: Makmum yang mengikuti imam dari awal solat lalu ketinggalan satu atau
dua rukun
= Makmum hendaklah melaksanakan rukunnya dan mendapatkan rukun imam
sekiranya tiada halangan padanya.
= Jika makmum bimbang akan ketinggalan rakaat, wajib baginya
meninggalkan rakaat tersebut dan mengqadakkan rakaatnya mengikut sifat rakaat
solat tersebut kemudian.

Kedua: Jika makmum tertinggal dalam keadaan imam sedang sujud.


= Makmum wajib mengikuti imam pada sujud yang kedua dan mengqadak
rakaat tersebut mengikuti sifat rakaat itu.

Ketiga: Jika makmum tertinggal satu rakaat.


= Makmum wajib mengikuti imam pada perlakuan imam seterusnya dan
mengqadakkan rakaat yang tertinggal.

Solat bagi perkara pertama kedua dan ketiga

Sekiranya makmum tertinggal rakaat pertama


Maka hendaklah mereka membaca doa iftitah ta’awudz fatihah dan surah
Sekiranya makmum tertinggal rakaat kedua

18
Maka hendaklah mereka membaca fatihah dan surah.
Sekiranya makmum tertinggal rakaat ketiga atau keempat
Maka mereka hendaklah membaca fatihah sahaja.

MAKMUM MASBUK

Permasaalahan bagi mereka yang didalam keadaan masbuk boleh di bahagi seperti
berikut
Pertama: Jika makmum mendahului imam satu atau dua rukun dengan tanpa
keuzuran
= Maka batallah solat mereka.
= Jikalau terlupa maka wajib mengqadak rakaat tersebut
Kedua: Jika makmum masuk pada rakaat ke dua tiga atau empat
= Hendaklah mengqadakkan rakaat pertama dengan membaca iftitah ta’awudz
fatihah dan surah.
Ketiga: Duduk tawarruk
=Imam sedang tahiyat akhir
=Duduk tawarruk pada tasyahud awal ketika qadak rakaat.
=Duduk tawarruk pada tahiyat akhir ketika qada rakaat.
Keempat: Makmum memberi salam bersama imam kerana terlupa.
= Wajib sujud sahwi sebelum memberi salam pada akhir solatnya.
Kelima: Makmum dikira mendapat rakaat bersama imam.
= sempat rukuk bersama imam sebelum imam mengangkat kepala walaupun
tiada tama’ninah.
Berdasarkan hadis marfuk riwayat Abu Hurairah

‫إذا جئتم إلى الصالة ونحن سجود فاسجدوا وال تعدهاشيئا ومن أدرك الركوع فقد‬
‫أدرك الركعة‬.
Terjemahannya: Apabila kamu dating bersembahyang sedang kami dalam keadaan
sujud, maka sujudlah kamu dan jangan kamu mengira sesuatupun daripada sujud itu.
16
Sesiapa yang memperolehi rukuk, maka dia telah memperolehi rakaat.

19
MASBUK DIDALAM SOLAT TERTENTU

SOLAT JUMAAT

Seseorang yang tertinggal rakaat pertama solat jumaat bersama imam dan
hanya mendapatkan rakaat kedua, maka ia harus menyelesaikan solatnya dengan
menambah satu rakaat lagi sebagai solat jumaat. Tetapi jika tidak mendapatkan rakaat
kedua maka ia harus menyelesaikannya sebagai solat zuhur iaitu, dia tidak dianggap
mendapat jumaatnya. Kerana itu harus dengan solat zuhur empat rakaat dengan niat
solat jumaat17.

SOLAT JENAZAH

Makmum masbuk hendaklah bertakbiratulihram dan terus membaca fatihah,


walaupun imamnya pada rukun lain seperti bersalawat keatas nabi atau membaca doa
bagi mayat

Jika makmum bertakbiratulihram dan belum sempat membaca fatihah lalu


imam bertakbir, maka makmum hendaklah ikut mengucapkan takbir kerana bacaan
fatihahnya telah ditanggung oleh imam.

Makmum hendaklah terus mengikut imam sehingga imam memberi salamnya,


selepas itu makmum hendaklah meneruskan takbir yang ketinggalan sehingga cukup
empat kali takbir.

20
PENUTUP
Pemikiran umat manusia sekarang yang kurang mengetahui akan kepentingan
menunaikan solat berjamaah telah mengakibatkan masjid-masjid di Malaysia sunyi
sepi dari pengunjung.

Masjid yang dulunya menjadi kemegahan umat Islam, sebagai pusat pentadbiran pusat
pembelajaran telah bertukar fenomena yang mana hanya di lawati pada masa-masa
tertentu sahaja. Seperti Majlis sambutan Ma’al Hijrah, Maulidur Rasul, Israk Mikraj,
Solat Tarawih dan Solat Hari Raya.

Ibadah solat berjamaah sebenarnya mempunyai kepentingan dari segi individu


mahupun kepentingan amnya.

Empat Mazhab terdahulu, telah bertungkus lumus cuba menyusun kaedah-kaedah fiqh
bagi membantu masyarakat yang buntu kerana ketandusan ilmu. Diantara kaedah
yang telah disusun dengan kemas adalah kaedah solat dalam keadaan yang sering
dihadapi oleh para makmum iaitu MASBUK, MUAfIK, MUDRIK DAN LAHIK.

Penyelesaian tentang kemusykilan mengenai kaedah solat masbuk dan muafik ini
telah membantu masyarakat dalam menghadapi situasi-situasi kekalutan, seperti
kesesakan didalam masjid, kepayahan mendapat wuduk, kelalaian disebabkan
ketiduran, kepenatan dan kejahilan.

Perbahasan mengenai masalah-masalah masbuk dan muafik yang kami tulis ini
mencakupi segala aspek dan pandangan-pandangan empat mazhab dan
penyelesaiannya.

Semoga kehadiran kertas kerja ini mampu membantu meningkat kefahaman islam
kita. Dapatlah sekiranya diguna sebagai panduan kita. Seandainya terdapat kesilapan
atau kesalahan, kepada Allah jualah kami memohon keampunan dan keredhaannya.

Sekian.

21
SENARAI KITAB RUJUKAN

1. Suluh Matlaul Badrain


Hj Abdul Ghani B Yahya
2. Matlaul Badrain
Syeikh Mohamad B Ismail
3. Fiqh Solah
Hj Engku Ali B Engku Endut
4. Terjemahan hadith sahih muslim jilid 1 2 3 4
Ma’mur Daud
5. Perbandingan mazhab dalam masalah fiqh
Prof. Dr. Syaikh Mahmud, Prof. Syaikh M. Ali As- Sagis
6. Fiqh dan perundangan islam jilid 2
Wahab Al- Zuhaili
7. Salat empat mazhab
Abdul Qadir Ar- Rahbawi
8. Siyarus salikin daripada kitab ihya ulumud-din
Syeik Abdul Samad Al- Palembang
9. Fathul muin
Syeik Zainudin Al- Malibawi
10. Minit musolla
Syeikh Daud Al- Fatani

22
NOTA KAKI

23
1
Pendidikan ibadat darjah tiga Abdur-
Rahman rukaini Jabatan Agama Johor muka 66
2
Fiqh Suluh Haji Engku Ali b Engku Endut muka 285
3
Salat empat mazhab Abdul Qadir ar-Rahbawi muka 320
4
Salat empat mazhab Abdul Qadir ar-Rahbawi muka 319
5
No 1 Pengertian solat Datuk Haji Ismail Kamus Kaset terbitan al-burtuqal
6
Ibid halaman 165
7
Sirus Salikin Sheikh Abdul Samad daripada Ihya ulumudin jilid 1 halaman 58
8
Suluh Matlaul Badrain Haji Abdul Ghani b Yahya muka 116
9
Imam Muslim terjemahan hadith sahih Muslim jilid 1 muka 219
10
Fikh dan perundangan islam wahbah al-Zuhaili muka 235
11
Fiqh Suluh Haji Engku Ali b Engku Endut muka 349
12
Fiqh of Solah1 Hanafi http://www.albalagh.net/kids/understanding_deen/muqtadi.shtml 13/08/08
13
Fikh dan perundangan islam wahbah al-Zuhaili muka 220
14
Fikh dan perundangan islam wahbah al-Zuhaili muka 232
15
Fikh dan perundangan islam wahbah al-Zuhaili muka 231
16
Salat empat mazhab Abdul Qadir ar-Rahbawi muka 339
17
Fathul Mu’in Syeikh Zainuddin Al-Malabai muka 135

You might also like