You are on page 1of 4

PENDIDIK BERSAHSIAH PEMANGKIN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online, “taraf
dunia ditakrifkan sebagai terdiri daripada kaliber yang tertinggi di dunia”. Pada saya bertaraf dunia
bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Dari aspek pendidikan
bermaksud apa sahaja yang ada pada negara termaju di dunia juga ada di negara kita. Satu lagi ianya
membawa maksud pelengkap kepada negara yang termaju di dunia.

Barisan hakim yang dihormati,

Sidang dewan yang dimuliakan,

Bertitik tolak daripada kenyataan saya tadi, berdirinya saya di sini pada hari ini dengan hasrat
menyampaikan sebuah pidato, “ Pendidik Bersahsiah Pemangkin Pendidikan Bertaraf dunia”.

Pendidikan hari ini berfokuskan kepada sekolah yang merupakan institusi yang berperanan
membentuk generasi muda ke arah hidup yang bermakna dan berwawasan. Kecemerlangan
dalam pendidikan perlu dilihat dari aspek penguasaan ilmu, budi pekerti yang terpuji, pengalaman dan
komitmen yang menyeluruh oleh setiap indiividu terhadap tanggungjawab yang telah
diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhasrat menjadikan
sistem pendidikan negara sebagai bertaraf dunia yang memerlukan tenaga pendidik yang bersahsiah.

Para hadirin sekalian,

Pendidik Berakhlak Pemangkin Pendidikan Berkesan

Bicara saya yang pertama ini ingin menekankan sifat beriman, bertakwa dan berakhlak mulia
melahirkan pendidik yang bersahsiah. Pendidik selaku ‘role model’ kepada pelajar hendaklah dapat
menjadi contoh dalam segala ehwal termasuk soal keimanan kerana iman dan takwa merupakan asas
yang menentukan segala amalan dan perilaku seseorang itu. Apa yang ingin saya tegaskan, dengan iman
dan takwa, seseorang itu dapat menjaga perilaku dan adab sebagai seorang pendidik. Walau sebijak
mana seorang pendidik itu, pendidikan yang berkesan tidak akan berlaku jika pendidik itu bersikap kasar
terhadap pelajarnya.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,

Pendidik Berilmu Pemangkin Pendidikan Bermutu

Bicara saya yang seterusnya mnegaskan pendidik mestilah memiliki ilmu dan kemahiran yang
ingin disampaikan. Apa yang saya maksudkan, pendidik tidak boleh bergantung kepada buku teks
semata- mata dalam penyampaian pelajaran malah perlu memahami bidang ilmu yang ingin
disampaikan kepada para pelajar supaya sebarang soalan atau kekeliruan pelajar dapat diselesaikan
tanpa perlu terlalu bergantung pada buku teks dan rujukan. Sesungguhnya, pendidik tanpa ilmu samalah
seperti mencurahkan baldi yang kosong pada pokok. Dalam hal ini, kerajaan telah mengorak langkah
bagi memastikan pendidikan yang bermutu bagi para bakal pendidik bagi masa akan datang yang berada
di instituT- institut perguruan serata Malaysia. Pada 2007, kerajaan telah menubuhkan badan yang
bertanggungjawab untuk jaminan kualiti pendidikan tinggi, baik untuk awam dan sektor swasta, iaitu
Malaysia’s Qualification Agency atau MQA. Melalui badan tersebut, para golongan bakal pendidik
menerima pelajaran yang mencapai tahap yang standing dengan pengajaran luar.

Sidang hadirin warga kelas budiman,

Pendidik Sistematik Pemangkin Pendidikan Teratur

Bicara saya seterusnya mengenai sifat bijak menguruskan masa merupakan salah satu aspek
yang perlu dilihat dalam menjadi pendidik bersahsiah. Pendidik cemerlang seharusnya dapat mengurus
masa dengan baik, dapat merancang tindakan dan masa untuk bertindak, cekap melakukan pengagihan
tugas dan berusaha sedaya upaya untuk mengelak melakukan pembaziran masa. Pendidik yang
cemerlang harus tahu dan lebih efisien dalam menepati masa demi kecemerlangan pelajar. Seseorang
itu mestilah mengutamakan pengurusan masa dari pelbagai aspek kerana hal ini dapat menjadikan
kehidupan pelajarnya lebih teratur.

SIdang hadirin sekalian,

Pendidik Cemerlang Pemangkin Pendidikan

Bicara terakhir saya menegaskan pendidik cemerlang menyematkan motivasi yang tinggi serta
dapat menyediakan diri untuk menjadi ‘role model’ kepada pelajar dalam pelbagai aspek terutamanya
prestasi kerja. Seseorang pendidik mestilah mempunyai minat yang mendalam terhadap tugas dan
pengajaran tanpa mementingkan ganjaran yang diterima. Apa yang saya ingin fokuskan ialah seseorang
itu hendaklah sentiasa mencari ruang atau peluang untuk meningkatkan kerjaya. Sesungguhnya,
mengikut kata- kata ilmuwan, Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin;

“Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan
tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan “reasonable” kepada yang lain:
yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear,
dan lateral yang menggunakan budaya “reflective rationality”
dan yang “unreasonable”
 

Akhirulkalam, pendidikan bertaraf dunia bermula dengan pendidik yang bersahsiah.


Sesungguhnya, golongan pendidik bersahsiah bukan sahaja mampu mewujudkan suasana pembelajaran
yang berkesan kepada para pelajar malah mencapai objektif kerajaan mewujudkan sistem pendidikan
bertaraf dunia.

Saya mengakhiri pidato saya pada hari ini dengan ucapan sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Muhammad Aiman B Mohd Yazam

PPISMP PSV
INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA KAMPUS BAHASA

ANTARABANGSA LEMBAH

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL


KERJA KURSUS PENDEK:
PIDATO “PENDIDIKAN CEMERLANG
MASYARAKAT BERETIKA”

NAMA:
MUHAMMAD AIMAN B MOHD YAZAM
NO KAD PENGENALAN:
910830-06-5173
KELAS/ KUMPULAN:
PPISMP PSV/BI/BM
PENSYARAH:
PUAN NORLIZA AHMAD KAMAL

You might also like