You are on page 1of 16

PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT

Oleh :
ARIFFIN BIN SALLEH ( P50554 )
MOHD RASHDAN BIN MOHAMAD ( P54057 )
 
 
PENDAHULUAN
Secara umumnya pendidikan Islam pada zaman Rasulullah dan para sahabat  telah bermula
sejak zaman penurunan Al Quran lagi.Wahyu kenabian dan kerasulan yang diterima oleh
Rasulullah adalah merupakan titik tolak kepada satu pelaksanaan amanah suci ini iaitu
berperanan menyampai, mengajar,mendidik dan seterusnya membimbing umat manusia agar 
mempunyai landasan hidup yang benar dan diredhai ilahi. Amanah yang berat ini
menandakan bermulanya proses pendidikan Islam yang dijalankan oleh Rasulullah terhadap
umat manusia khususnya masyarakat arab di Makkah dan Madinah yang lebih dikenali
dengan masyarakat arab jahiliah.
Muhammad s.a.w dinilai sebagai cemerlang dalam mendidik masyarakatnya hingga menjadi
masyarakat yang berbudi tinggi dan berakhlak mulia. Pada mulanya masyarakat Arab adalah
masyarakat jahiliyah, sehingga perkataan primitif tidak cukup untuk menggambarkannya,
hingga datangnya Rasulullah yang membawa mereka untuk meninggalkan kejahilan tersebut
dan mencapai suatu bangsa yang berbudaya dan berkeperibadian yang tinggi, bermoral serta
berpengetahuan. Al-Qur’an memberi petunjuk atau arah, jalan yang lurus bagi mencapai
kebahagiaan manusia sebagaimana firman Allah : dalam surah ayat
Terjemahannya:
“Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan
kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari
gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan
(dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.”
Penulis berpendapat, pendidikan pada zaman Rasulullah saw memperlihatkan tahap-tahap
kemajuan pemikiran yang mampu mengubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia.
Pendidikan tersebut merupakan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam
berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliyyah arab yang berasaskan pemikiran lojik dan
matlamat keduniaan semata-mata.
 
 
  
MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH S.A.W DAN
SAHABAT.
          
    Pendidikan Islam adalah merupakan manifestasi wahyu yang diamanahkan oleh
Allah s.w.t kepada Nabi s.a.w dengan beberapa tujuan utama;
1- Menyeru serta membimbing manusia ke arah aqidah yang benar. Manusia
perlu mengenal penciptanya. (Mohamad Yusoff 1986). Permulaan dakwah
Rasulullah adalah dengan memperbetulkan aqidah dalam masyarakat Arab
Jahiliah. (Muhammad Abu Al-Nur 1983) yang mengatakan bahawa tahap
2- supaya meninggalkan sebarang perbuatan keji dan melakukan amal
kebajikan.
3- Manusia dilahirkan dengan keupayaan menerima berbagai tingkah laku.
Hanya dengan dengan ilmulah yang akan membentuk manusia bersifat
dengan cirri-ciri kemanusiaan , John McHale, The future of the future, New
York, 19969, h. 60

Penulis berpendapat tugas utama rasuilullah adalah untuk memperbetulkan akidah


umat manusia. Kerana aqidah yang betullah akan membawa seseorang kearah jalan
yang benar. Segala perbuatan yang baik akan mendatangkan pahala dan akhirnya
mendapat balasan yang baik pula dari Allah. Ini bertepatan dengan firman allah
dalam surah az-zariyat ayat 87 yang bermaksud “ Dan tidak kau jadikan jin dan
manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”.

Menurut penulis perbuatan yang baik perlu disertakan dengan keikhlasan agar apa
yang dilakukan akanmendapat ganjaran yang setimpal dari allah, sebagai
4- Membentuk peradaban manusia
5- Melahirkan tokoh-tokoh ilmuan yang akan membantu Rasulullah
menyebarkan ajaran Islam (Philip K. Hitti 1970) . Rasulullah menggalakkan
para pengikutnya ajar dan mengajar antara satu sama lain dan menjanjikan
akan pahala yang berlipat ganda (Hassan Langgulung 1988)

Manakala menurut
 
               
PENDIDIKAN MASYARAKAT ARAB SEBELUM DAN  SELEPAS 
KEDATANGAN ISLAM
Senario pendidikan masyarakat arab dizaman  sebelum kedatangan  Islam dan selepas
kedatangannya menyaksikan suatu perbezaan yang amat ketara.Masyarakat arab jahiliah
sebelum Islam sememangnya tidak terdedah kepada ilmu pengetahuan dan tidak mengambil
kepentingan terhadapnya.
Khairuddin bin Muhammad, ( 1978 ) menyatakan bahawa pada zaman sebelum Islam orang
arab tidak ada yang terpelajar kerana mereka belum mengenal apa yang dikatakan ilmu
pengetahuan menurut penentuan pada zaman itu.Mereka tidak mengambil berat supaya anak
mereka tahu menulis dan membaca walaupun ada segelintir diantara mereka yang sudah
menguasai kemahiran itu.
Ilmu yang diambil berat pada era tersebut adalah ilmu melihat bintang untuk mengetahui
turunnya hujan,ilmu pengesan jejak binatang dan musuh di padang pasir dan juga ilmu bagi
menyelidik keturunan kerana mengenal asal-usul keturunan sangat penting dalam kehidupan
orang arab yang selalu berselisihan faham dan bermusuh-musuhan ( Khairuddin bin
Muhammad, 1978 ) Ringkasnya belum ada satu kurikulum atau sistem pendidikan yang jelas
tentang apa yang perlu dipelajari oleh mereka. 
  Pendidikan dizaman Rasulullah s.a.w pula adalah sebaliknya di mana Rasulullah s.a.w amat
menekankan penguasaan ilmu pengetahuan.Peringkat pendidikan Islam dizaman Rasulullah
s.a.w dapat dikatigorikan kepada dua peringkat iaitu pendidikan Islam di Makkah dan
pendidikan Islam di Madinah.Perbincangan ini akan menyentuh tentang perkembangan
pendidikan di kedua-dua tempat bagi memperlihatkan perkembangan kurikulum pendidikan
Islam yang menjadi asas kepada pendidikan umumnya.
 
PERINGKAT PENDIDIKAN ISLAM DI MAKKAH
Zaman sebelum kedatangan Islam selalunya disebut sebagai zaman jahiliah.Walaupun begitu
perkataan jahiliah di sini bukanlah bermaksud  bahawa masyarakat arab itu bodoh atau tidak
tahu mengatur cara hidup mereka dengan betul. Ini terbukti di Makkah di mana pada waktu
itu sastera dan syair berkembang dengan pesat di kalangan mereka. Setiap tahun akan
diadakan festival-festival pembacaan puisi dan syair, ini membuktikan bahwa masyarakat
Arab ketika itu secara berperingkat mula mengetahui cara membaca dan menulis. Mereka
kemudiannya mampu mengarang syair secara spontan mahupun bertulis.Di sinilah wujudnya
peranan besar institusi kuttab dalam melahirkan masyarakat arab yang tahu membaca dan
menulis.
Ibnu Khaldun meriwayatkan bahawa sebelum kedatangan Islam, penduduk Semenanjung
Tanah Arab khususnya di Makkah adalah buta huruf.Hanya sebilangan kecil sahaja di
kalangan mereka yang tahu membaca dan menulis.Menurutnya orang arab yang mula belajar
membaca dan menulis di Hirah adalah Sufyan bin Umayyah yang dipelajarinya melalui
Aslam bin Sidrah. Shalaby ( 1954 ) pula menambah hasil daripada pembacaannya melalui
beberapa buah buku menyatakan bahawa orang arab yang pertama belajar membaca dan
menulis ialah Sufyan bin Umayyah dan Abu Qais bin Abd Manaf.Gurunya pula adalah Bishr
bin Abd Malik yang merupakan seorang kristian.Sejak itu, masyarakat di Makkah mula
belajar menulis dan membaca di kuttab-kuttab yang merupakan tempat orang arab belajar
membaca dan menulis.
Di awal kedatangan Islam, terdapat hanya 17 orang Quraish yang boleh membaca dan
menulis.Mereka yang memeluk Islam diperingkat ini kemudiannya menjadi penulis wahyu
kepada Nabi Muhammad s.a.w. Diantara mereka yang terlibat dalam penulisan wahyu adalah
Zaid Bin Tsabit, Ubai bin Kaab, Muaz Bin Jabal dan Muawiyah bin Abi Suffian.Telah
menjadi amalan setiap kali turunnya wahyu, baginda  s.a.w akan memanggil para sahabat
penulis wahyu tersebut untuk menulis ayat-ayat Al Quran yang baru diturunkan.Pada masa
itu, Al Quran ditulis di atas alat-alat yang mudah di dapati seperti di kulit-kulit kayu, pelepah
tamar, kulit binatang,batu-batu, tulang dan sebagainya ( Khairuddin bin Muhammad, 1979,
As Saboony, 1985 ).Konsep Pendidikan yang dibawa Nabi s.a.w pada ketika itu adalah dalam
bentuk bacaan, khutbah dan bacaan dalam sembahyang ( Rosmawati Ali, 1995 )
Dalam konteks pendidikan, Nabi s.a.w  sendiri akan terus menghafaz ayat-ayat tersebut dan
kemudian membacakannya kepada ahli keluarga dan para sahabatnya serta memberi
kefahaman akan maksudnya.Para sahabat kemudiannya menghafaz ayat-ayat tersebut dan
cenderung untuk menghayati dan mengamalkan isi kandungannya terlebih dahulu sebelum
menghafaz dan mempelajari ayat yang baru( Shalaby, 1954 ).
Abdullah ( 1995 ) pula memberi nilai tambah terhadap pendapat tersebut dengan menyatakan
bahawa secara tradisinya, Rasulullah s.a.w akan menghafal setiap wahyu yang diterimanya
sehingga baginda benar-benar mengingati dan memahami wahyu yang di
sampaikan.Penerimaan wahyu dalam pelbagai situasi samaada menerusi ilham atau
mendengar suara Jibril a.s tanpa bentuk rupa mahupun dengan penjelmaan Jibril a.s sebagai
manusia atau sebagainya menggambarkan satu kaedah dalam P & P.Setelah itu, Rasulullah
s.a.w akan memberikan penerangan kepada para sahabat akan apa yang disampaikan oleh
Jibril a.s kepadanya.
Selain daripada ahli keluarga baginda yang menerima pengajaran terus daripada Rasulullah
s.a.w,Saidina Abu Bakar As Siddiq adalah di kalangan para sahabat baginda yang memerima
pengajaran terus daripada beliau.Melalui perantaraannya,Islam mula berkembang dengan
penerimaan aqidah tauhid oleh Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Saad bin Abi
Waqqas, Abd Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah,Abu Ubaidah Al Jarrah, Arqam bin Abi
Al Arqam, Fatimah bt Al Khattab, Umar bin Al Khattab,Said bin Zaid Al Adawi dan lain-lain.
Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan suatu bentuk pendidikan Islam yang mulai
tersusun.Lokasi pertama pengajaran Nabi s.a.w adalah bertempat di rumahnya sendiri  (Mohd
Yusuf Ahmad, 2005). Destinasi seterusnya adalah di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam di
As Safa, Mekah pada tahun 610 Masihi.Strategi pendidikan ini telah diatur dan dikendalikan
sendiri oleh Rasulullah s.a.w secara sulit selama kira-kira tiga tahun ( Zawawi Ahmad,
1984 ).Strategi tersebut merupakan langkah awal penyebaran dakwah dan pendidikan Islam
yang disebut sebagai penyebaran Islam secara sulit lantaran jumlah penganut Islam pada
ketika itu yang belum begitu ramai dan belum cukup kuat untuk dilaksanakan secara terang-
terangan.Ancaman serta kecaman dari kaum mushrikin Makkah pada ketika itu adalah
merupakan faktor utama penyebaran dan pendidikan Islam secara sulit.
Proses pendidikan tersebut berlangsung sehinggalah turun ayat yang ke 94 dari surah Al Hijr
yang memerintahkan Rasululah s.a.w menyebarkan Islam secara terang-terangan.Firman
Allah s.w.t yang bermaksud :
“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu ( wahai
Muhammad ) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir mushrik
itu”( Al Hijr ayat 94 )
Perintah tersebut menyaksikan bermulanya proses penyampaian pendidikan Islam secara
umum kepada seluruh lapisan masyarakat.Melaluinya, pusat pendidikan Islam terbuka luas
meliputi lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan sekitar Kaabah.Kurikulum pendidikan
pada tahap ini adalah lebih tertumpu kepada aqidah tauhid.Pada tahap ini juga perkembangan
pendidikan Islam sudah mulai tersebar ke luar Makkah iaitu di Habsyah dengan penglibatan
Jaafar bin Abi Talib yang berperanan menerangkan kepada Raja Habsyah iaitu An Najasyi
berkaitan dengan Islam.
Sejak mula kedatangan Islam lagi,Rasulullah s.a.w sangat mengutamakan penguasaan ilmu
pengetahuan.Ini jelas melalui galakan nabi yang tiada hentinya menjelaskan betapa peri
pentingnya ilmu pengetahuan kepada umat Islam pada ketika itu.Menyedari hal ini,
Rasulullah s.a.w memerintahkan agar sahabat-sahabat beliau belajar membaca dan menulis
dan menyuruh setiap daripada  mereka memberi pelajaran serta pendidikan  Islam kepada ahli
keluarganya.Pada masa itu, umat Islam hanyalah mengambil berat berkenaan hukum-hakam
agama dari Al Quran dan tafsirnya,hadith dan hal-hal mengenai periwayatan hadith serta
bagaimana menentukan sesuatu hukum mengenai sesuatu perkara dan masalah-masalah yang
berlaku dari satu masa ke semasa( Khairuddin Muhammad, 1979 )
Galakan Rasulullah s.a.w terhadap memiliki ilmu pengetahuan tidak terhad kepada kaum
lelaki sahaja bahkan juga kaum perempuan.Sebagai contoh Rasulullah s.a.w pernah meminta
Shafah Al Adawiah mengajarkan isterinya Sayyidah Hafsah belajar membaca dan
menulis.Kegiatan Rasulullah s.a.w itu kemudiannya menghasilkan bilangan umat Islam yang
ramai dari kaum lelaki dan perempuan yang mampu membaca dan menulis.Dalam erti kata
lain Rasulullah s.a.w sesekali tidak akan mengizinkan individu dan masyarakat Islam berada
dalam kejahilan dan buta huruf ( Abdullah Ishak, 1989 ). Hasilnya baginda telah berjaya
membasmi gejala buta huruf dan sentiasa menggalakkan umatnya agar tidak jemu menuntut
ilmu Allah s.w.t dan menyampaikannya kepada orang lain( Abdul Fattah Abu Ghuddah,
2001)
 
PERINGKAT PENDIDIKAN ISLAM DI MADINAH
              Penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah pada tahun 622 Masihi membawa
perubahan dan pengertian yang besar terhadap pendidikan Islam.Sejajar dengan
perkembangan dan penurunan wahyu, kegiatan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
dalam bentuk yang lebih meluas,bersistematik dan formal.Pelbagai aspek kehidupan dipelajari
dan diajarkan kepada mereka.
Diawal perpindahan nabi,beliau menjadikan rumahnya sendiri sebagai tempat mengajar Al
Quran.Hal ini kemudiannya didapati tidak begitu sesuai kerana terdapat gangguan seperti
kanak-kanak yang berjalan ke sana ke mari, bising dan sebagainya.Justeru, Nabi s.a.w
memilih masjid sebagai tempat menyampaikan ilmu.Maka setelah perpindahan Rasulullah
s.a.w dan orang Islam ke Yathrib,baginda s.a.w telah membina dua buah masjid iaitu Masjid
Quba’dan Masjid Nabawi.Ia berperanan sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan
masyarakat yang berhubung dengan ibadah dan pendidikan Islam. Melaluinya juga sistem
halaqah telah diperkenalkan di mana setiap kali selepas solat, kaum muslimin khususnya bagi
lelaki akan mengelilingi baginda untuk mempelajari segala apa yang diperlukan ( Kinnany,
1980 ) manakala bagi wanita, Nabi s.a.w akan mengajar mereka setiap seminggu sekali.
Pendidikan ini adalah lebih terkhusus untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang sudah
mumaiyiz, manakala bagi kanak-kanak yang berada di bawah umur mumaiyiz,mereka akan
belajar di kuttab ( Al Abrashi,1976). Institusi kuttab ini terus hidup malah ditambah satu jenis
kuttab lagi iaitu kuttab untuk mempelajari Al Quran.
Menurut Al Ahwani ( 1983 )Setiap kanak-kanak yang belajar di dalam kuttab ini memiliki
sebuah papan batu yang dipanggil lauh atau luh di mana mereka belajar menulis ayat-ayat Al
Quran di atas luh itu dan kemudian membacanya sehingga lancar dan menghafaznya.Mereka
kemudiannya akan membaca di hadapan gurunya dan diperbetulkan bacaan tersebut.Setelah
guru berpuas hati dengan bacaan tersebut, maka ayat-ayat Al Quran itu akan dipadam dan
ditulis dengan ayat –ayat yang lain pula.Senario ini diperkukuhkan lagi dengan bilangan
kuttab-kuttab yang semakin bertambah dari masa kesemasa khususnya pada zaman para
sahabat di mana mereka bukan sahaja mempelajari Al Quran tetapi juga hadis-hadis
Rasulullah s.a.w, kisah para nabi,bahasa arab dan sebagainya.Dalam kurun pertama hijrah,di
Sicily sahaja dikatakan sudah terdapat 300 orang guru kuttab. ( Shalaby,1954 )
Apabila Islam semakin berkembang di Madinah, masjid sudah tidak lagi mampu menampung
jumlah mereka yang datang untuk belajar.Ini kerana jumlah mereka yang terlalu ramai
menyebabkan Rasulullah s.a.w telah membina sebuah surau yang bersambung dengan masjid
yang dikenali dengan As Suffah demi melanjutkan pembinaan institusi pendidikan     
( Tamadun Islam 1997, editor Ahmad Fauzai Morad et.al ).
Rasulullah s.a.w juga berusaha memperkembangkan lagi rancangan pendidikan Islam dengan
menghantar 40 orang sahabat r.a untuk menjadi guru kepada masyarakat di luar
Madinah.Dengan pelbagai rancangan yang diperkenalkan, masjid dan As Suffah masih lagi
menjadi pusat pengajian utama ketika itu. ( Tamadun Islam 1997, editor Ahmad Fauzai
Morad et.al )
Menurut Ghazali Darussalam ( 2001 ),beliau menambah bahawa memandangkan kepada
kepesatan perkembangan Islam di Madinah pada masa itu, Nabi s.a.w juga telah mendirikan
sembilan buah  sekolah dan antara yang terpenting adalah sekolah Kaabah.Rasulullah s.a.w
sering kali melawat ke sekolah-sekolah itu dan berjumpa para pelajarnya.
Setelah melihat semakin ramai memeluk Agama Islam, Baginda s.aw mengambil pendekatan
untuk menstruktur semula disamping memperkasakan lagi sistem pendidikan Islam.Baginda
telah menyusunnya dengan menampilkan tiga bentuk pendidikan ( Zawawi, 1984 ): Struktur
pendidikan Islam yang disusun oleh Rasulullah boleh ditunjukkan dalam rajah berikut :
 
 
 
Rajah 1 : Struktur Pendidikan Islam di Madinah
 
1.Bentuk Pendidikan Umum
Pendekatan dalam bentuk ini dilaksanakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w atau baginda
melantik wakil-wakil baginda untuk pergi di luar dari kawasan Madinah.Pengajaran ini
disampaikan melalui khutbah Jumaat atau selepas solat.Pengajaran dalam bentuk ini biasanya
menyentuh berkenaan aqidah,syariat dan juga hubungan kemasyarakatan secara
umum.Baginda juga menyampaikan ajarannya melalui tingkahlaku dan amalan serta
pergaulannya dengan masyarakat setempat.Sudah tentu baginda merupakan sumber tauladan
terbaik samaada dari segi budi pekerti dan perbuatan.Ia merupakan cara terbaik untuk
difahami dan lebih terdorong untuk diikuti berbanding dengan pengajaran mengikut teori dan
penerangan semata-mata.
 
2.Bentuk Pendidikan Khusus
Pendidikan dalam bentuk khusus ialah pengajaran yang disampaikan oleh baginda kepada
orang-orang tertentu secara langsung dari semua lapisan tanpa mengira tempat dan
masa.Diantara mereka yang menerima pengajaran baginda secara khusus ialah para sahabat
sendiri,kanak-kanak dan para pendatang.
 
3. Bentuk Pendidikan Institusi
Peringkat pengajaran ini merupakan intisari Pendidikan Islam di Madinah.Peringkat ini
terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap pertama melibatkan penguasaan membaca dan
menulis.Rasulullah s.a.w meminta para sahabat yang berkebolehan sebagai guru.Baginda juga
memberi pilihan kepada 70 tawanan perang Badar yang berkebolehan membaca dan menulis
untuk menebus diri mereka dengan cara mengajar kanak-kanak Islam di Madinah.Setiap
seorang daripada mereka yang berkebolehan perlu mengajar sepuluh orang kanak-kanak
Islam tersebut .( Abd Rahman Nawas, Nawawi Mohamad,Omardin Ashari,arip Saaya, 1995 )
Tahap kedua pula adalah penglibatan golongan Ahlus Suffah atau ikhwanus Suffah. Menurut
a.Naqib ( 1984 ) golongan yang digelar Ahlus Suffah atau Ikhwanus Suffah ini sentiasa
berusaha mendalami ilmu-ilmu Islam berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah, mengajar serta
membuat kajian dan penyelidikan.Jumlah mereka adalah kira-kira 20 orang.Ada yang
berpendapat jumlah mereka 40 orang.Pendidikan melalui bentuk ini kemudiannya banyak
melahirkan para cendikiawan Islam pada era semasa dan seterusnya.
Kesimpulannya pendidikan Islam berpaksikan wahyu yang telah diamalkan oleh Rasulullah di
Makkah dan juga di Madinah adalah sebenarnya merupakan garapan dan gubalan dari Allah
s.w.t.Oleh itu, keunggulannya adalah tidak perlu dipertikaikan lagi.Penulis bersetuju bahawa
pendidikan bersepadu kelolaan Rasulullah s.a.w yang berlandaskan Al Quran dan Al Sunnah
serta berkonsepkan tauhid telah dapat dilaksanakan dengan jelas dari segi matlamat dan
konsep yang mendasarinya ( Syed Ali Ashraf 1994 )
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ereka juga mampu membuat sistem kota dan sistem perniagaan yang sangat baik. Ini di
buktikan dengan perdagangan yang mereka usahakan di utara dan selatan hijjaz. Saban tahun,
mereka menyambut para tetamu ka’abah yang ingin menunaikan haji yang menjadi tradisi
mereka sejak sekian lama. Hal ini semakin menguatkan lagi bahawa kaum arab Quraisy
bukanlah bangsa yang bodoh dan tidak berpengetahuan bahkan mereka sebenarnya adalah
masyarakat yang sedang berkembang peradabannya. Istilah tersebut lebih hbanyak
menunjukkan kejahilan umat manusia ketika itu terutamanya masyarakat arab tentang nilai-
nilai akidah islamiah dan keagamaan sebenar.
As Shahid Sayed Qutb menyatakan bahawa pengertian jahiliah merujuk kepada
individu,penguasa dan masyarakat yang tidak mengikut tatacara hidup Islam.Mereka buta
atau bodoh disebabkan tidak nampak akan jalan sebenar yang Islam tunjukkan untuk
memandu kehidupan dari kegelapan ke arah cahaya.
 
 
Kuliah ddan syarahan
soaljawab
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pendidikan adalah cara bagaimana kita untuk mendidik jiwa,dengan pendidikanlah umat
manusia dapat melangsungkan kehidupan sejagat dengan harmoni dan jitu,so disini kita dapat
melihat betapa pentingnya bidang pendidikan, dengan sebab itulah penulis membuat satu lagi
kategori dalam penulisannya didalam blog ini,sesungguhnya tanpa kita sedari semenjak dari
kecil lagi kita telah mengalami proses pendidikan tanpa kita sedari sehinggalah kehari ini,
tanpa berlingah lagi, mari kita telusuri permulaan perjalanan pendidikan Islam di zaman
Rasulullah saw:
 
1. PENDAHULUAN
Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses mendidik dan melatih akliah, jasmaniah, dan
ruhaniah manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan al-Qur’an dan sunnah
Rasulullah s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah
semata-mata. Pendidikan bermula ketika nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu pertama.
Menunjukkan wajibnya umat islam menuntut ilmu. Terdapat 1404 atau 25 peratus ayat al-
Quran tentang pendidikan.
 
2. PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW
2.1 sejarah.
2.2 Peringkat makiyyah.
2.3 Peringkat madinah.
2.3.1 Struktur pendidikan
2.3.2 Implikasi pendidikan islam peringkat madinah.
 
2.1 SEJARAH.
 
“ωôgtƒ ÏmÎ/ ª!$# ÇÆtB yìt7©?$# ¼çmtRºuqôÊÍ‘ Ÿ@ç7ß™ ÉO»n=¡¡9$# Nßgã_̍÷‚ãƒur
z`ÏiB ÏM»yJè=—à9$# †n<Î) Í‘q–Y9$# ¾ÏmÏRøŒÎ*Î/ óOÎgƒÏ‰ôgtƒur 4’n<Î) :ÞºuŽÅÀ
5OŠÉ)tGó¡•B ÇÊÏÈ
 
2.2 PERINGKAT MAKIYYAH
 
2.2.1 Tahap rahsia.
 
Tahap rahsia berlaku pada peringkat awal Rasulullah SAW mengajar Al-Quran kepada kaum
keluarganya. Hasil daripada usahanya ini, khadijah bt khuwailid, Ali b Abi Talib dan Zaid b
Harithah telah memeluk agama islam. Seterusnya ramai kerabat Rasulullah dan para sahabat
Rasulullah memeluk islam. Pertambahan penganut islam telah mewujudkan satu bentuk
pendidikan yang mula tesusun.
 
Pada zaman permulaan islam, pelajaran agama disampaikan di rumah-rumah. Rasulullah
SAW menjadikan rumah Al-Arqam b Abi Al-Arqam sebagai tempat belajar dan tempat
pertemuan baginda dengan para sahabat dan pengikutnya. Di rumah tersebut baginda
menyampaikan dasar-dasar agama dan pengajian Al-Quran. Selain rumah Al-Arqam, baginda
menyampaikan pelajaran agama di rumahnya sendiri di Makkah, sebagai tempat kaum
muslimin berkumpul mempelajari akidah dan syariat islam. Rumah al-arqam dianggap
sebagai pusat pendidikan islam yang pertama dalam sejarah pendidikan islam. Nabi
Muhammad s.a.w berhijrah pada tahun 622M. Setelah berhijrah ,Masjid Quba’ dan Nabawi
didirikan dan berlaku perubahan dalam sistem pendidikan. Masjid menjadi sekolah pertama
didalam sejarah pendidikan islam.
 
2.2.2 Tahap terbuka.
Pendidikan islam dalam tahap terbuka bermula apabila Rasulullah SAW menerima perintah
seperti yang tercatat dalam Firman Allah SWT:
 
÷íy‰ô¹$$sù $yJÎ/ ãtB÷sè? óÚ̍ôãr&ur Ç`tã tûüÏ.Ύô³ßJø9$# ÇÒÍÈ
Terjemahannya:
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang diperintahkan kepadamu (Wahai
Muhammad), dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
 
Ayat ini memerintahkan Rasulullah SAW menyebarkan islam secara terang-terangan dan
meninggalkan tahap rahsia. Dengan perintah tersebut, pendidikan islam dilakukan secara
umum kepada seluruh lapisan masyarakat. Pendidikan islam bukan hanya tertumpu di rumah
Al-Arqam b Abi Al-Arqam, tetapi meliputi ceruk rantau kota Makkah, lorong-lorong, pasar,
kawasan perumahan dan di sekitar Kaabah.
 
Oleh sebab kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan akidah
tauhid, maka isi pelajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW lebih mebumpu kepada
menolak kepada adat istiadat, kepercayaan, dan cara beribadat kaum jahiliyyah yang
mensyirikkan Allah SWT.
 
Institusi pendidikan Rasulullah menjadi perhatian umum bukan sahaja di kalangan
masyarakat arab tetapi luar Makkah iaitu golongan yang ingin menunaikan haji. Pangaruh
Rasulullah pada tersebut telah menggugat institusi pendidikan arab jahiliyyah yang
berteraskan syirik. Akibatnya, Rasulullah dan kaum kerabatnya telah diusir dari Kota Makkah
dan dipulaukan. Seterusnya perkembangan pendidikan Rasulullah terbantut selama 3 tahun.
 
2.3 PERINGKAT MADINAH
 
Setelah berhijrah ke Madinah struktur pengajian masih lagi berbentuk tidak formal. Amalan
baginda yang berkesan didalam bidang pendidikan ialah mukmin yang tahu membaca dan
menulis mengajar orang tidak mengetahuinya. Hanya pendakwah yang pandai membaca dan
menulis sahaja dihantar ke daerah yang baru memeluk islam. Contohnya, setelah Rasulullah
menawan kembali kota Makkah, baginda menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman. Khalifah
umar menhantar ‘abdullah bin mas’ud ke Kufah dan abu musa assya’ari ke Basrah.
 
Pendidikan pertama Rasulullah di madinah adalah memperkuatkan umat dan mengikis sisa-
sisa permusuhan. Konsep pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada ibadat dan syariat
tanpa melupakan soal-soal lain. Semasa di Madinah hal berkaitan ibadat ditingkatkan. Solat
jumaat mula diwajibkan. Solat sunat hari raya aidilfitri dan aidil adha didirikan. Diberi
peringatan supaya menjaga waktu solat fardu. Pendidikan berpuasa bermula pada tahun 2
hijrah. Begitu juga ibadat Haji pada 6 hijrah. Orang yang tahu menulis dan membaca disuruh
menulis wahyu. Orang pandai diminta mengajar orang tidak tahu.cth; tawanan perang badar.
Umat islam digalakkan belajar bahasa asing. Pendidikan wanita tidak juga
diabaikan.pendidikan yang disampaikan bukan sahaja tentang agama malahan keduniaan.
 
Bentuk pendidikan yang disampaikan ialah melalui usrah dan halaqah yang berlangsung
sehingga selepas Perang Badar. Kepesatan perkembangan islam pada masa itu menyebabkan
lebih banyak sekolah didirikan. Dikatakan terdapat Sembilan buah sekolah yang telah dibina
pada zaman Rasulullah. Antara yang terpenting ialah Sekolah Kaabah.
 
Setelah berlangsung Perang Badar pada 6 hijrah, masyarakat di Semenanjung Tanah Arab
memberi perhatian besar kepada pendidikan islam. Lebih ramai umat arab sama ada yang ada
di bandar atau Arab Badwi datang ke Madinah untuk berniaga dan mengenali agama islam.
Sebahagian besar pendatang baru ini memeluk islam dan berhajat menerima pendidikan islam
terus daripada Rasulullah SAW.
 
2.3.1 struktur pendidikan.Semasa zaman Rasulullah struktur pendidikannya telah disusun oleh
Rasulullah dalam beberapa bentuk seperti:-
a) pendidikan umum
b) pendidikan khusus
c) pendidikan institusi(peringkat awal dan peringkat kedua)
a) pendidikan umum – dijalankan oleh Rasulullah dan para sahabatnya yang terpilih antaranya
Abu Bakar as-Siddiq dan Ali b Abi Talib. Perlaksanaannya dilakukan dengan menyampaikan
pidato selepas solat fardhu atau selepas solat jumaat. Selain itu , kurikulum pendidikan pada
masa tersebut ialah bidang akidah, syariat, muamalat dan lain-lain seperti menunggang kuda,
berenang,bergusti dsb. Rasulullah juga melaksanakan qiamullail sehingga kaki baginda
bengkak. Perkembangan pendidikan umum pada zaman tersebut telah mendapat sambutan
yang menggalakkan. Contohnya Raja Yaman mahukan tenaga pengajar dihantar ke Yaman
dan Rasulullah telah menghantar Muaz b Jabal sebagai guru agama.
b) Pendidikan khusus – pengajaran yang tertentu yang diberikan oleh baginda kepada orang
yang tertentu tanpa mengira masa dan tempat seperti berbentuk teguran atau tunjuk ajar secara
langsung.
c) Terdapat dua struktur iaitu peringkat awal(menulis dan membaca). Pada peringkat ini ia
lebih menumpukan kepada kanak-kanak. Antara tenaga pengajar pada zaman tersebut ialah
Saad b Al-As dan juga kalangan ahli orang tawanan perang Badar bagi menebus diri mereka
dengan wang. Manakala peringkat kedua ialah pendidikan keatas ahli suffah. Yang mana
kebanyakan daripada mereka datang dari tempat yang jauh dan tiada tempat tinggal kecuali di
serambi masjid. Selain belajar ahli suffah tersbut juga membantu Rasulullah dan para sahabat
seperti mengangkat kayu api, barang-barang, air dan sebagainya dan mereka ini ditanggung
oleh Baitul mal dan para sahabat Rasulullah SAW.
 
2.3.2 Implikasi pendidikan peringkat madinah.Pendidikan pada peringkat madinah merupakan
titik tolak kepada kesinambungan pendidikan di zaman Khulafa’ Al-Rasyidin. Pengajian Al-
Quran adalah pendidikan yang terpenting dalam cirri-ciri penting yang terdapat dalam
kandungan pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat ini juga gelah melahirkan para
penghufaz Al-Quran yang tidak berdalahan dengan bacaan Rasulullah antaranya Abu Bakar,
Umar, Uthman, Ali B Abi Talib, Talhah Dan Abi Ubaidah dan ramai lagi. Manakala
penghufaz wanita ialah Aisyah Bt Abu Bakar, Hafzah Bt Umar, Maslamah Dan Fatimah Bt
Muhammad SAW
 
KESIMPULAN
 
Pendidikan di zaman Rasulullah adalah pendidikan yang paling cemerlang. Dalam banyak
perkara Rasulullah menggunakan Al-Quran sebagai sumber pendidikan yang utama dan hadis
sebagai sumber pendidikan kedua. Selain itu, Rasulullah telah memanfaatkan banyak perkara
antaranya menggunakan khidmat tenaga pengajar dalam kalangan tawanan perang Badar. Ini
menunjukkan Rasullullah dalah contoh teladan yang dikagumi sepanjang zaman tidak kira
oleh pangkat, bangsa dan agama.
 
 

PENUTUP
 
Sistem pendidikan dizaman Rasulullah adalah yang paling sempurna. System pendidikannya
menjadi model dan ikutan sepanjang zaman. Hal ini kerana system tersebut masih diguna
pakai sehingga ke hari ini dan bukti menunjukkan tiada siapa yang dapat menandingi cara
kepimpinan dan pengajaran Rasulullah. Pendidikan tersebut yang bersumberkan wahyu (al-
Quran) dan Hadis dapat melahirkan insan yang mampu mengimbangi dunia akhirat. Baginda
Rasulullah adalah pendidik terulung sepanjang zaman. Ianya terbukti dengan lahirnya insan –
insan hebat pada zaman baginda.


BIBLIOGRAFI
1. Ahmad Mohd Salleh. Pengajian Agama Islam & j-QAF. OXFORD FAJAR.
2. Prof. Dr. Hasan Langgulung. 1991. Pendidikan Islam Menghadapi Abad Ke 21.cet. 1. Shah
Alam. HIZBI Sdn. Bhd.
3. http://pedagogi-islam.blogspot.com/search/label/Falsafah%20Pendidikan%20Islam
4. forum.dudung.net/index.php?topic=5368.0
 Muhammad Abu Al-Nur Zuhir,1983, Usul Al-Fiqh, jil. Iv, Qahirah. Hal. 226
 
Newer Post
 
 
 
  RUJUKAN
 
Al Quran  Al Karim
Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri.2008.Pendidikan Islam : Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran.Skudai : Unversiti TeknologiMalaysia.

 
 
 n, dengan Oleh sebab kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada
pembentukan a

PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT

Sejarah kehidupan masyarakat arab seblum rasulullah

Bangsa arab mapa umumnya memuja berhala-berhala. Jumlah berhala disekeliling ka’bah sebanyak
360 buah. Setiap kabilah mempunyai berhala masing-masing.Manakala kaum perempuan pula tiada
nilai disisi kaum lelaki. (Abdul Halim 1989)

Pendidikan pada orang-orang Arab Badwi adalah diarahkan untuk melati anak mereka bagi
menghadapi hidup dan mempertahankan hidup pusat pendidikan mereka adalah ; Usrah (keluarga),
Asyirah (family) dan Kabilah. Anak-anak suku Badwi mencontohi apa yan gmereka lihat, dengar dan
perhatikan dalam keluarga dan kabilah. ( Abdul Halim : 1989)

Orang-orang arab hadhar telah mempunyai pusat pendidikan iaitu sekolah yang terdiri dari sekolah
ibtidaiyyah dan sekolah ‘Aliyah yang mana pendidikannya berbentuk pertukangan, senibina, ilmu
falak dan ketuhanan ( Abdul Halim : 1989)

Rasulullah mula mengembangkan ajaran Islam setelah turunnya ayat 1-6 surah al-Muddathir

Yang bermaksud “ Wahai orang yang berselimut, bangunlah dan berilah peringatan. Dan Tuhan kamu
hendaklah kamu agongkan. Dan pakaianmu hendaklah kamu bersihkan. Dan perbuatan dosa
hendaklah kamu tinggalkan.dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan)
yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu hendaklah kamu bersabar” (tafsir ar-
Rahman)

Menurut Abdul Halim dalam M.Nathir bahawa perincian tentang ajaran Islam yang disampaiakn oleh
Nabi Muhammad asasnya kepada;

1- Menyempurnakan hubungan manusia dengan penciptanya


2- Menyempurnakan hubungan manusia sesamam manusia
3- Mengadakan keseimbangan antara keduanya (hubungan dengab manusia dan Allah)
4-

Dalam melaksanakan pendidikan terhadap para sahabat, selain keutuhan peribadi Baginda sendiri,
terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh Baginda sehingga pendidikannya benar-benar
berjaya yang menjadikan para sahabat sebagai anak didiknya yang dapat dilihat daripada beberapa
sudut;.

1. Sukatan pelajaran

2. Langkah pengajaran

Sedang maksud mengajar itu menghendaki lebih dari itu. Seseorang perlu korbankan masa,
tenaga dan wangnya untuk anak didiknya. Sanggup makan sedulang, tidur sebantal, selain
‘mencontohi’ sikap dan akhlak yang baik kepada murid-muridnya. (

Kaedah

Perdebatan
Kaedah dan teknik ini adalah pendekatan penting dalam proses pendidikan yang dianjurkan
oleh ibnu khaldun(1957) pendekatan ini sebagai alat berkesan untuk pelbagai maklumat dan
membentuk malakah pelajar. Menurut penulis kaedah ini adalah satu pendekatan terbaik
dalam membentuk kemampuan individu untuk mencerakinkan ilmu dan mengemukakannya
kepada orang lain. Kaedah ini di gambarkan dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 258

Hafalan
Menurut Ahmad(1997), kaedah hafalan adalah suatu kaedah yang diaplikasikan oleh
Rasulullah dalam menghafal wahyu yang diturunksn oleh Allah. Baginda bersungguh-sungguh
menghafaznya wahyu sebaik sahaja menerimanya supaya tidak lupa sehinggalah turun
jaminan Allah yang menetapkan ingatan baginda terhadap wahyu melalui firmanNya dalam
surah al-Qiyamah: 16-19
Dengan kata lain hafalan adalah satu kaedah yang ditunjukkan rasulullah melatih seseorang
untuk menambah kecerdasan otak, kepintaran, kekuatan ingatan dan keyakinan (Abdullah
1995) dari orientasi demikian maka wujudlah pada waktu itu jamaah al-Huffaz(golongan
hafiz) antaranya Zaid b Thabit, Mu’az b Jabal, Abdullah b Mas’ud (al-Jambalati 1973; al-
Abrasyi 1970; Ghazali2001)

Perbincangan
Rasulullah menggunakan kaedah perbincangan dalam enyampaikan ilmu pengetahuan,
kefahaman, dan pendidikan. Allah mengajar rasullullah supaya erring bermesyuarah dan
berbincang, dengan pengikut-pengikut baginda babi memutuskan sesuatuperkara kerana
mengambil keputusan brdasarkan kaedah tersebut adalah lebih sempurna dan dan kukuh.
Perbincangan rasulullah dengan para sahabat berlaku dengan tawanan badar. Abubakar
mencadangkan supaya taanan tersebut dikenakan tebusan, manakala s umar mencadangkan
supaya tawanan tersebut dibunuh. Rasulullah lebih cenderung kepada pendapat abu bakar.
Sehubungan itu, turunlah wahyu bagi menjelaskan keada an yang sebenar dan menguatkan
pendapat saidina Umar. (Abdullah 1995)
Sehubung dengan itu Glasser (1986) mengesyorkan tiga jenis perbincangan ;
1- Perbincangan menyelesaikn masalah sosial secara bebas
2- Perbincangan secara terbuka tanpa berselindung
3- Perbincangan pendidikan bermatlamat.

Pendapat- kesemua perbincangan ini perlu mencungkil buah fikiran pelajar dari aspek soaial. Aspek
pengajaran yang paling penting ialah kebolehan mematuhi pembentukan tingkah laku dan hasil
pembelajaran adalah dalam bentuk nilai diri, rasa dihargai dan identity. Dengan ini pengajaran
bertujuan menetapkan penglibatan dan pembentukan tingkah laku positif, seterusnya akan
menyuburkan perkembangan individu dari pelbagai aspek termasuk perkembangan akademik
seseorang pelajar.
Matlamat pendidikan Islam ialah melahirkan insane yang berjiwa taqwa dan melahirkan
insan-insan yang sanggup bekerja sebagai khalifah Allah ( )

a-firman Allah dalam surah Az-Zariat : 56 yang bermaksud “tidak aku jadikan jin dan manusia
melainkan untuk menyembah Aku.

Sesungguhnya aku akan jadikan dimuka bumi seorang khalifah (al-Baqarah : 30)

Situasi pengajaran zaman Rasulullah dan sahabat

Rasulullah member pengajaran termasuk sahabat dan sahabiah di masjid


BIBLIOGRAFI

1. Ahmad Mohd Salleh. Pengajian Agama Islam & j-QAF. OXFORD FAJAR.
2. Prof. Dr. Hasan Langgulung. 1991. Pendidikan Islam Menghadapi Abad Ke 21.cet. 1. Shah
Alam. HIZBI Sdn. Bhd.
3. http://pedagogi-islam.blogspot.com/search/label/Falsafah%20Pendidikan%20Islam
4. forum.dudung.net/index.php?topic=5368.0
 
 
Newer Post
 
Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Al-Jumbalati & Abu Futuh al-Tunisi. 1973. Dirasat Muqaranahfil al-Tarbiyyah al-Islamiah.
Mesir

Ghazali Darusalam. 2001. Pedagogi Pendidkan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd

Glasser, W. 1986. Schools Without Failure. New York; Harper & Row.

Abdul Halim Mat Diah Dr Islam dan Demokrasi Pendidikan, 1989, Percetakan Watan Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.

Philip K. Hitti, The Arabs A Short History, (Dunia Arab, Sejarah Ringkas) Terjemahan oleh ;
Usuluddin Hutagalung dan O.D.P. Sihombing. Pen. Sumur, Bandung, 1970. Hal. 29

Mohamad Yusoff Mahmud 1986, Negara Islam Pendidikan Cabaran dan Pembentukan, Shah
Alam, Penerbit NASA

Hasan Langgulung, Pendidikan Islam Menghadapi Abad ke 21, 1998 , Kebon Sirih Barat,
Jakarta, Pustaka Al-Husna

You might also like