You are on page 1of 20

TAJUK-TAJUK SOALAN ESEI PENGAJIAN AM 2: 1990 - 2010

STPM 1990

1. “Pada tahun 1989, sejumlah $352 juta daripada perbelanjaan sektor ekonomi kerajaan Malaysia
tertumpu kepada pembiayaan pertanian dan infrastruktur luar Bandar. Nilai ini merupakan 26 peratus
daripada jumlah peruntukan bagi pertanian dan pembangunan luar Bandar. Ini memcerminkan
kesungguhan kerajaan untuk membangunkan kedua-dua bidang tersebut.”

Bincangkan kaitan di antara pembangunan infrastruktur dengan kemajuan di luar bandar.

2. “Dalam masyarakat moden hari ini,sukan bukan sahaja merupakan perpaduan masyarakat, sukan
juga merupakan potensi sebagai satu industri yang banyak menawarkan pelbagai peluang, khususnya
kepada peniaga, usahawan dan para profesioanl.Sejauh manakah sukan dapat dimajukan sebagai satu
industri yang boleh memberi sumbangan yang besar di bidang sosioekonomi di Malaysia.

3. Laporan Kesihatan Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menganggarkan bahawa dalam


tahun-tahun 70-an sahaja, - 80 peratus daripada semua jenis penyakit yang dilaporkan berpunca
daripada air.- Hampir 6 juta kanak-kanak di negara Dunia Ketiga meninggal dunia akibat daripada
penyakit cirit-birit yang disebabkan air- 30juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit buta yang
disebabkan oleh cacing halus yang terdapat pada sejenis lalat yang membiak dalam air.Cadangkan
langkah-langkah yang berkesan untuk mengawal wabak penyakit yang disebabkan oleh air.

4. Sejak penemuan kaedah penjanaan tenaga atom oleh Otto Hahn dan Fritz Strassman pada tahun
1939 , harapan mengatasi krisis tenaga yang dihadapi sekarang adalah sangat cerah.Sejauh manakah
anda bersetuju dengan pendapat ini?

STPM 1991

1. Apabila dasar penswastaan agensi-agensi kerajaan diperkenalkan, ramai yang berasa curiga kerana
mereka menganggap dasar penswastaan hanya akan menguntungkan pihak swasta tanpa mengira
kepentingan awam. Walaupun pihak kerajaan cuba menyakinkan orang ramai tentang dasar
penswastaannya, namun masih ada pihak yang tidak bersetuju dengan dasar tersebut. Bagaimanapun
kerajaan mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk meneruskan dasar penswastaannya.Huraikan
sebab-sebab dasar penswastaan dilaksanakan oleh kerajaan dan bincangkan masalah-masalah yang
dihadapi dalam melaksanakan dasar ini.

2. Rasuah adalah suatu amalan yang amat mudah merebak dalam sistem hidup manusia hingga boleh
meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Cara rasuah merebak seumpama kanser yang membunuh
setiap tisu anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit berkenaan.

Bincangkan sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dan kesannya terhadap masyarakat.

3. Kesedaran tentang kepentingan hutan mula dirasai oleh masyarakat umum sejak berlakunya pelbagai
tragedi alam sekitar seperti hakisan lapisan ozon, kenaikkan suhu sedunia, banjir besar di seluruh dunia
sepanjang dekad 1970-an dan 1980-an. Tragedi-tragedi tersebut merupakan kesan langsung daripada
kegiatan pemusnahan hutan.Sejauh manakah pemusnahan hutan merupakan faktor utama yang
merosakkan keseimbangan ekosistem sedunia.
4. Dengan berdasarkan maklumat di bawah, sejauh manakah amalan merokok merupakan punca utama
yang mengancam kesihatan penduduk Malaysia?

- Seramai 3.1 juta penduduk Semenanjung Malaysia, termasuk 350,000 orang wanita adalah perokok.

- Penduduk Semenanjung Malaysia menghisap sebanyak 46.5 juta batang rokok sehari.

-Rokok yang dijual di Semenanjung Malaysia mempunyai kandungan tar dan nikotin sebanyak dua kali
ganda melebihi kandungan tar dan nikotin dalam rokok yang dijual di Amerika Syarikat

.- Ibu yang merokok mungkin mengalami risiko melahirkan bayi yang kekurangan berat badan dan tidak
sihat.

- Hampir 7,500 orang mati setiap tahun akibat barah; 90 peratus daripadanya perokok.

(Sumber: Dewan Masyarakat, Julai 1990)

STPM 1992

1. Sebagai media komunikasi massa, akhbar sangat penting kepada masyarakat dan dianggap sebagai
kuasa keempat (fourth estate). Akhbar mempunyai pengaruh dan dipercayai oleh golongan masyarakat
pembaca. Kadang-kadang pembaca mempercayai sesebuah berita itu tidak kira sama ada berita itu
benar ataupun sebaliknya. Begitulah kuatnya pengaruh akhbar dalam kehidupan
masyarakat.Bincangkan peranan akhbar dalam kehidupan masyarakat.

2. Walaupun kerajaan mempunyai sebab-sebab yang munasabah apabila menyarankan matlamat


penduduk tujuh puluh juta menjelang 2100, terutamanya dalam kewujudan penduduk yang rajin,
berdisiplin, dan produktif yang merupakan asas penting bagi perkembangan perindustrian dan
pewujudan pasaran keluaran tempatan, pertambahan penduduk sebanyak empat atau lima kali ganda
semestinya menimbulkan beberapa implikasi sosioekonomi.Bincangkan kebaikan dan keburukan
matlamat penduduk tujuh puluh juta menjelang tahun2100 di negara ini.

3. Kes-kes keracunan makanan di Malaysia dalam beberapa tahun kebelangan ini bukan lagi merupakan
satu perkara yang luar biasa, dan ia juga nampaknya bukanlah disebabkan oleh jenis dan mutu makanan
itu sema-mata, tetapi lebih banyak berpunca daripada kecuaian manusia.

Tunjukkan bagaimana masalah keracunan makanan berpunca daripada kecuaian manusia.

4. Bagi sebahagian besar anggota masyarakat, perkataan nuklear biasanya dikaitkan dengan kesan
negatif terutamanya dalam perlumbaan senjata moden yang mencerminkan peranan tenaga nuklear
sebagai alat pemusnah alam yang boleh membawah kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat.
Akan tetapi perkembangan positif yang telah dicapai oleh dunia sains hari ini menunjukkan bahawa
tenaga nuklear amat berperanan dalam pembangunan sesebuah negara.Berdasarkan pernyataan di
atas, jelaskan peranan tenaga nuklear dalam pembangunan sesebuah negara membangun.

STPM 1993

1. Kualiti, pengayaan, dan nilai keindahan karya sastera dan seni dalam sesebuah masyarakat hari ini
hanya dapat dipupuk dan ditingkatkan melalui usaha-usaha mengadakan sayembara dan anugerah yang
tertentu.Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?
2. Walaupun matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
yang berteraskan perindustrian, namun sektor pertanian masih diberi keutamaan dalam agenda
pembangunan negara. Melalui Dasar Pertanian Negara, kerajaan akan terus mempercepat perubahan
sektor pertanian menjadi sektor yang lebih moden, komersil, dan mampan dengan arah pertumbuhan
dan pembangunan yang berpandukan pasaran dan sumber manusia.

Bincangkan potensi dan cabaran masa depan sektor pertanian di negara ini.

3. Sungguhpun penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang mempunyai keistimewaan dan


kebaikkan yang tertentu, namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam
kehidupan manusia.

Berikan ulasan anda tentang penyataan ini.

4. “ Kita mengakui bahawa kegiatan manusia dalam mengejar pembangunan merupakan sebab
pencemaran dan degradasi alam sekitar. Kita tidak boleh menghentikan pembangunan sama sekali,
tetapi kita boleh sekurang-kurangnya meminimumkan pencemaran dan degradasi yang dihasilkan oleh
pembangunan itu.”(Dipetik daripada YAB Dato’Seri Dr Mahathir Mohamad,Persidangan Bumi di Rio,
1992)

Dengan berdasarkan petikan di atas, jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengimbangkan pembangunan dan kemajuan dengan pemeliharaan alam sekitar.

STPM 1994

1. Persaingan hidup serta perkembangan teknologi yang semakin canggih menyebabkan manusia tidak
menghiraukan semangat kejiranan. Kini, masyarakat lebih suka hidup menyendiri. “Bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing.” Bincangkan faktor-faktor yang menjadi punca wujudnya
fenomena di atas.

2. Belanjawan kerajaan 1993 merumuskan beberapa garis perlindungan kepada masyarakat pengguna.
Sehubungan dengan itu, beberapa langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan, misalnya langkah kerajaan
mengurangkan atau menghapuskan duti import atas beberapa barang terpilih. Walau bagaimanapun,
masih terdapat pelbagai halangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa ke arah mencapai matlamat
melindungi pengguna.

Berikan penjelasan anda tentang halangan-halangan ini.

3. Sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) telah dikesan sjak dua dekad yang lalu tetapi hingga kini,
ahli sains, penyelidik perubatan, dan pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia masih belum menemu
penawarnya. Tindakan mempengaruhi manusia supaya mengubah gaya hidup, dan langkah-langkah
membendung Human Immune Virus (HIV) juga bukanlah satu tugas yang mudah. Huraikan keadaan-
keadaan yang mengalakkan penularan kuman HIV dan bincangkan sebab-sebab penyakit AIDS sukar
dikawal.

4. Pencapaian yang cemerlang dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (p & p) merupakan salah
satu punca kejayaan Malaysia mencapai tahap pembangunan ekonomi yang tinggi. Tindakan kerajaan
menambahkan peruntukan sebanyak RM600 juta di bawah Rancangan Malaysia Keenam menunjukkan
betapa pentingnya peranan p & p dalam usaha membangunkan negara.

Dengan berdasarkan penyataan di atas, jelaskan sumbangan p & p dalam memajukan sektor pertanian
di negara ini.
STPM 1995

1. “Kekurangan dari segi teknik dan kos pembikinan yang tinggi bukanlah penyebab utama filem negara
kita kurang bermutu.” Bincangkan penyataan ini.

  2. Kebelakangan ini Malaysia bergiat cergas dalam usaha membantu menangani isu-isu antarabangsa.
Kelantangan Malaysia menyuarakan pendapatnya telah menonjolkan negara ini di mata dunia. Sejauh
manakah Malaysia berjaya mempengaruhi pihak-pihak tertentu dalam menangai isu-isu tersebut.

  3. “Matematik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.” Bincangkan penyataan ini.

  4. Terdapat pelbagai jenis barang keperluan domestik dan makanan yang mengandungi bahan kimia
berbahaya, seperti arsenik (dalam cat), alcohol, eter, gikoi (dalam kosmetik), kafein, gula tiruan,
monosodium glutamat, dan bahan-bahan kimia yang lain seumpamanya. Bahan-bahan ini boleh
mengancam kesihatan seseorang sekiranya tidak digunakan secara berhati-hati. Jelaskan kesan
penggunaan barang-barang tersebut terhadap kesihatan pengguna.

STPM 1996

1. Kegagalan ibu bapa menyempurnakan tanggunajawap terhadap anak-anak terutamanya yang sudah
remaja merupakan punca utama kejadian jenayah remaja. Oleh itu, hukuman patut juga dikenakan
terhadap ibu bapa di samping hukuman terhadap anak-anak mereka yang telah melakukam kesalahan
jenayah. Sejauh manakah anda bersetuju dengan saranan di atas?

 2. Muzium merupakan gedung menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan yang mempunyai nilai
sejarah, seni dan sains. Bincangkan peranan muzium dalam konteks pembangunan sesebuah negara
dan masyarakat.

 3. Lebuh Raya Maklumat berupaya mendekatkan dan menghubungkan manusia tanpa mengenal jarak
dan batas sempadan. Bincangkan kemungkinan yang dapat dimanfaatkan daripada perkembangan
teknologi tersebut dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

 4. “Amalan pemakanan dan gaya hidup baru merupakan punca utama munculnya pelbagai penyakit
masa kini.” Bincangkan penyataan ini.

STPM 1997

1. Maruah dan martabat sesuatu bangsa itu tidak hanya terletak pada kemantapan bahasa semata-mata.
Masih terdapat faktor-faktor lain yang juga boleh menentukan maruah dan martabat sesuatu bangsa itu.
Berikan pendapat anda tentang penyataan di atas.

 2. Sekatan ekonomi merupakan satu cara yang berkesan untuk memaksa sesebuah negara akur
kepada kehendak masyarakat antarabangsa .Jelaskan penyataan ini.

  3. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namum demikian, ini bukanlah
bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini.

  4.Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian,
namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan
Bincangkan penyataan ini 
STPM 1998

1. “ Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Namum demikian,
sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya.” Jelaskan
penyataan ini.

  2. Masyarakat penyayang merupakan satu aspek yang penting dalam usaha membentuk Malaysia
sebagai sebuah negara maju sebagimana yang dinyatakan dalam Wawasan 2020. Bincangkan cara-
cara untuk mencapai hasrat membentuk masyarakat penyayang, dan halangan-halangan yang dihadapi
dalam mencapai hasrat ini.

 3. “Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan
teknologi yang tinggi.”Jelaskan peranan sains dan teknologi dalam konteks penyataan di atas.

  4. Malaysia banyak mengimport bahan makanan daripada luar negara.Jelaskan faktor-faktor yang
mewujudkan keadaan ini, dan huraikan bagaimana Malaysia boleh mengurangkan pergantungan pada
bahan makanan yang diimport.

  STPM 1999

1. Penubuhan Institut Pendidikan Tinggi (IPTS) bertujuan untuk menambahkan dan melengkapkan
peranan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
Bincangkan peranan IPTS dalam konteks yang tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul
daripadanya.

2. Menurut sebuah majalah tempatan, jumlah jenayah komersial di Malaysia pada tahun 1997 telah
meningkat kepada 7137 kes berbanding 4807 kes pada tahun 1996. Nilai yang terbabit dalam kes-kes
pada tahun 1997 meningkat sebanyak 134 peratus kepada RM556 juta berbanding RM238 juta pada
tahun sebelumnya.
Berdasarkan penyataan di atas, huraikan sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa dan
implikasi kepada negara.

3. Krisis air telah melandai sebahagian besar negara terutama di kawasan Lembah Kelang. Adalah
didapati bahawa kemarau panjang yg dibawa oleh El Nino bukanlah satu-satu sebab yang mecetuskan
krisis tersebut.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor lain yang telah menyebabkan berlaku krisis itu dan
bagaimana pula untuk menanganinya?

4. Menurut International Data Corporation,terdapat 11 juta pengguna Internet di Asia hari ini dan angka
itu akan mencapai 42 juta pada thaun 2001. Ini adalah satu perkembangan yang menakjubkan.
Walaupun Internet mempunyai pelbagai keistimewaan, ia mempunyai kesan sampingan.
Bincangkan penyataan ini.

STPM 2000

1. Hukuman penjara adalah salah satu daripada beberapa cara yang wajar dilakukan bagi memulihkan
perilaku seseorang pesalah. Selain itu, terdapat cara-cara lain yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi
gejala jenayah hari ini . Bincangkan.
2. Taraf kesihatan dan kehidupan dewasa ini dijangka akan berupaya melanjutkan lagi hayat manusia
dan memungkinkan semakin ramai warga tua akan dalam masyarakat pada alaf baru ini.

Bincangkan implikasi peningkatan golongan warga tua di negara ini.


 3. Secara umum bahan kima toksik boleh mengancam kesihatan dan keselesaan manusia sekiranya ia
tidak diuruskan dengan baik. Jelaskan kesan bahan tersebut terhadap manusia. 

4. Pembentukan koridor raya mutlimedia adalah merupakan satu usaha mempergiat lagi perkembangan
dan kemajuan teknologi maklumat di Malaysia .

Bincangkan kesan usaha ini terhadap pembangunan negara

STPM 2001

1. Bermacam-macam kempen telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu menarik pelancong datang
melawat ke sesebuah negara dan menyaksikan keindahan serta keunikan yang terdapat di negara
berkenaan.Bincangkan kesan pelancongan terhadap budaya tempatan.

  2. Gejala-gejala sosial yang banyak dilaporkan berlaku di sekolah kebelangkangan ini adalah juga
berpunca daripada merosotnya penyertaan pelajar-pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Pada
pendapat anda, apakah strategi yang sesuai yang boleh dilakukan bagi memesatkan semula aktiviti
kokurikulum di kalangan pelajar sekarang ?

 3. Pencemaran laut kurang mendapat perhatian manusia, tetapi ia adalah satu masalah yang perlu
dibendung dan dikawal. Jelaskan sebab-sebab terjadinya pencemaran tersebut.

  4. “ Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan
manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negara. ” Sejauh
manakah anda bersetuju dengan penyataan ini ?

    STPM 2002

 1. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yg terus-menerus
berkembang. Sungguhpun secara umum buruh kanak dianggap menyalahi undang-undang, tetapi
terdapat juga usaha oleh ibu bapa, majikan & kanak-kanak itu sendiri untuk
menyembunyikannya.Bincangkan pernyataan ini

  2 Rakyat Malaysia digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa, bahkan di sekolah pelajar
diwajibkan mempelajari sekurang-kurangnya Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Bincangkan faedah
mempelajari bahasa kedua dan masalah bagi mencapai hasrat tersebut

 3. Kepentingan hidupan liar kepada alam dan manusia memang tidak dinafikan lagi, namum begitu
bilangannya dikatakan semakin berkurangan. Huraikan bagaimana masalah kepupusan hidupan liar ini
ditangani.

  4. “ Penggunaan kaedah kawalan biologi merupakan satu kaedah alternatif kepada kelemahan
penggunaa bahan kimia untuk mengatasi serangga perosak dan makhluk perosak dalam sektor
pertanian.” Bincangkan pernyataan.   

 STPM 2003

 1. Dalam usaha mempelbagaikan keluaran industri negara, Malaysia begitu prihatin untuk terus
memperkembangkan industri kecil dan sederhana ( IKS). Bincangkan pontensi dan masalah yang
dihadapi oleh industri kecil dan sederhana pada masa ini di negara kita.
  2. Industri muzik tempatan menghadapi banyak masalah. Sehingga kini masalah tersebut belum adsa
penyelesaiannya. Oleh yang demikian langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani
masalah tersebut. Bincangkan.

  3. Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang berlaku di kalangan anggota masyarakat tanpa
mengira peringkat umur. Bincangkan factor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut dan
kesannya terhadap kehidupan manusia.

  4. Hutan bakau banyak kepentingannya terhadap persekitaran sesebuah negara. Walau


bagaimanapun, sejak kebalakangan ini kegiatan tebus guna kawasan pantai telah memberi kesan yang
serius terhadap kawasan hutan bakau. Huraikan kepentingan hutan bakau terhadap persekitaran fizkal
dan sosioekonomi sesebuah negara.

STPM 2004 

1. Sistem pendidikan yang dilaksanakan kini memberikan pemberatan 60 % kepada bidang sains dan
teknologi. Bincangkan faedah daripada perlaksanaan dasar berkenaan
2. Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepada negara-negara membangun, namum pada masa
yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah kepada negara-negara berkenaan.  Bincangkan
3. Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh
menimbulkan pelbagai negatif. Bincangkan.
4. Sesungguhpun bidang perubatan moden semakin berkembang, namum perubatan tradisional masih
lagi mendapat perhatian masyarakat. Jelaskan ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis perubatan ini.
 

STPM 2005

1. “ Bahasa menunjukkan bangsa.” Bincangkan peribahasa ini dalam konteks Kempen Budi Bahasa dan
Nilai-nilai Murni yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini.
2. Akhir-akhir ini banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai berkaitan dengan perkhidmatan
kaunter dan penyampaian sehingga pihak berkenaan sering ditegur supaya memperbaiki perkhidmatan
yang diberikan. Bincangkan kepentingan perkhidmatan kaunter dan penyampaian yang baik serta
kesannya jika keadaan yang menimbulkan rungutan itu dibiarkan berterusan
3. Kebelakangan ini jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan
terutamanya di negara-negara mundur. Justeru, pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk
mengawalnya. Bincangkan.
 

4. Mengikut laporan UNESCO sejak tahun 1970-an, bekalan air bersih dunia didapati semakin
berkurang, Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada manusia dan alam sekitar.
Bincangkan.

 STPM 2006

1. Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN) merupakan satu program yang baik untuk memperkasakan
genarasi belia di negara ini dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran pada masa ini dan
masa hadapan. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan program tersebut dan cadangkan cara-cara
lain untuk mencapai matlamat di atas.

2. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk
memajukan sekotr perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia tidak
sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan anda tentang
penyataan di atas.

 
3. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk merealisasikan konsep mesra alam bagi mengatasi
masalah alam sekitar. Bincangkan
4. Ilmu sains dan teknologi dapat membantu manusia mengatasi masalah jenayah. Dengan
mengemukakan contoh yang sesuai, bagaimanakah aplikasi ilmu tersebut dapat membantu kita
menangani masalah jenayah ?

STPM 2007

1. Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan
menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk
membendung masalah tersebut. Bincangkan

2. Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada
msa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.

3. Nuklear biasanya dikaitkan dnegan kemusnahan dan kecelakaan, namum hasil penyelidikan pakar-
pakar dalam bidang ini telah mengubah persepsi terhadapnya. Bincangkan.

4. Tanaman ubah suai genetik didapati berupaya meningkatkan sektor pertanian ngara, namum pada
masa yang sama tanaman ini turut menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan.
 

STPM 2008

1. Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah
menyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan
perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.
2. Kesepaduan sektor pelancongan dengan alam semula jadi telah mencetuskan aktiviti pelancongan
yang dapat memberikan manfaat kepada negara. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk
memastikan aktiviti ini berterusan. Bincangkan penyataan ini.

3. Kawasan tanah bencah ( wetland) sangat penting kepada ama sekitar. Bincangkan penyataan ini.

4. Masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negara ini adalah manifestasi perbuatan manusia
sendiri dan masalah ini boleh memberikan kesan memudaratkan. Bincangkan penyataan ini.

STPM 2009

1. ” Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.” Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan
gambaran belia ialah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri-ciri yang
perlu ada pada golongsn belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini.

2. Selain keupayaan negara menghasilkan pelbagai produk hiliran, kejayaan sektor pertanian negara
dipengaruhi juga oleh faktor-faktor lain. Huraikan penyataan ini.

3 Bahan kimia semakin banyak digunakan sebagai salah satu kandungan dalam makanan yang
diproses. Walau bagaimanapun, penggunaannya boleh mendatangkan esan sampingan. Jelaskan .
4. Kawasan hutan tanah tinggi banyak kepentingannya. Penerokaannya boleh mendatangkan impak
kepada kehidupan dan alam sekitar. Huraikan penyataan ini.

STPM 2010

1. Produk tiruan semakin popular dan laris dalam pasaran tempatan. Dalam keadaan ini, usaha-usaha
perlu di ambil untuk melindungi produk asli daripada menjadi mangsa peniruan. Jelaskan pernyataan ini.

2. Penggunaan kad kredit bertujuan untuk memudahkan urus niaga. Namun begitu, penggunaannya
tanpa kawalan boleh mengundang pelbagai masalah. Bincangkan permasalahan ini.

3. Pelbagai spesies serangga yang wujud sejak dahulu lagi sering dianggap sebagai perosak.
Tanggapan ini sepatutnya diubah kerana spesies ini juga terbukti penting kepada manusia.Jelaskan
pernyataan ini.

4. Pengurusan sisa pertanian secara saintifik banyak mendatangkan manfaat kepada manusia.
Bincangkan pernyataan ini.

TEKNIK PEMARKAHAN P AM 2

Bahagian A & B

Isi : 4 M ( 1 isi 1 M)

Huraian: 12 M ( 4 X 3M)

Bahasa : 5M

Impak : 4M

Panduan Umum Menjawab Bahagian Esei

1. Setiap karangan mesti ada pendahuluan, huraian isi dan kesimpulan .


2. Gunakan bahasa ringkas dan padat.
3. Karangan jangan melebihi 350 pp

Pendahuluan

1. Secara umum dan boleh mengaitkan/menggambarkan kehendak soalan.


Boleh menarik perhatian pemeriksa.

Huraian Isi

1. perlu ada 4 isi. 1 isi dalam 1 peranggan


2. Setiap isi perlu ada idea utama, kemudian diikuti oleh huraian dan contoh.
3. Jangan mengulangi isi.
4. 1 isi dihurai dalam lingkungi 50 – 60 pp.

Kesimpulan

Buat rumusan /pandangan tentang soalan berkenaan. Kesimpulan mesti ringkas dan
menarik.
Latihan :

Sila analisis kehendak soalan-soalan berikut, kemudian tuliskan karangan lengkap


1.Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namum demikian,
ini bukanlah bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan.
Jelaskan penyataan ini. ( 1997-3)

2. Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan


kita seharian, namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan
teknologi berkenaan. Bincangkan penyataan ini .( 1997-4)

3. “ Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara.


Namum demikian, sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada
kesan negatifnya.” Jelaskan penyataan ini.(1998-1)

4. Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepada negara-negara membangun, namum


pada masa yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah kepada negara-negara
berkenaan. Bincangkan(2004-S2)

5. Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman
terhadapnya boleh menimbulkan pelbagai negatif. Bincangkan.(2004-S3)

6. Kebelakangan ini jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak didapati semakin


membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur. Justeru, pelbagai langkah yang
serius perlu diambil untuk mengawalnya. Bincangkan.(2005-S3)

Contoh Esei
Hukuman penjara adalah salah satu daripada beberapa cara dilakukan bagi
memulihkan perilaku seseorang pesalah. Selain itu, terdapat juga cara lain yang boleh
dilaksanakan bagi mengatasi gejala jenayah hari ini. Bincangkan ( STPM 2000-S1)

Dewasa ini kesalahan jenayah semakin membimbangkan . Isu mengenai kesalahan jenayah
seperti merompak, memeras ugut, kes rogol dan sebagainya sering dipaparkan di dada-
dada akhbar. Oleh itu, bagi menyedarkan pesalah-pesalah, mereka dikenakan hukuman
penjara. Namum terdapat juga cara-cara lain untuk mengatasi masalah jenayah ini.

Hukuman penjara sememang wajar dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Melalui cara ini
dapat menginsafkan para pesalah yang melakukan kesalahan. Mereka mungkin serik untuk
mengulangi kesalahan yang serupa. Mereka juga akan diajar cara-cara untuk mengenali diri
masing-masing. Dengan cara ini para pesalah dapat membentuk disiplin pada diri mereka.
Semasa berada dalam tahanan juga setiap pesalah yang melakukan jenayah dibekalkan
dengan ilmu pendidikan agama. Semua yang dilakukan ini mungkin akan membuahkan
hasil. Pesalah mungkin sedar daripada kesilapan lalu.

Selain itu, masih terdapat cara lain yang boleh megatasi gejala jenayah pada masa kini,
iaitu dengan memberikan didikan agama dan moral. Setiap individu dalam masyarakat
sememang perlu diberi pendedahan agama yang cukup untuk menjadi panduan dan
landasan dalam hidup. Ibu bapa umpamanya perlu memberi pendedahan awal kepada
anak-anak mereka. Bak kata pepatah ’ melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Kemungkinan dengan cara ini menjadikan seseorang tahu memikirkan kesan baik atau
buruk sebelum bertindak.

Seterusnya ialah ibu bapa memainan peranan. Mereka seharusnya mengambil tingkah laku
anak-anak mereka. Hal ini disebabkan ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan
anak-anak mereka mesti mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan cuba
menyelesaikan masalah yang dialami. Umpamanya remaja sering menghadapi masalah
pelajaran, cinta dan sebagainya. Apabila mereka merasakan diri mereka tidak dapat
mendapat perhatian daripada ibu bapa, mereka mula bosan dan keluar mencari teman di
luar. Keadaan ini memudahkan mereka terpengaruh dengan anasir-anasir jahat.

Pihak kerajaan juga harus memainkan peranan umpamanya memperbanyakkan lagi kelab-
kelab atau persatuan. Cara ini dapat mengelakkan masyarakat terutamanya muda-mudi
membuang masa dengan sia-sia. Kerajaan perlu menggalakkan mereka menyertai badan-
badan seumpama ”rakan muda” yang terdiri daripada pelbagai cabang seperti rakan ,rakan
waja diri, rakan rekreasi dan sebagainya. Masa yang terluang boleh dimanfaat dengan
perkara yang berfaedah.

Kempen-kempen kesedaran harus digiatkan lagi semasa ke semasa. Kempen seperti


pameran anti jenayah boleh dilakukan di sekolah-sekolah khasnya. Cara ini dapat memberi
pendedahan kepada pelajar-pelajar kesan yang akan timbul apabila mereka melakukan
kesalahan jenayah. Namum begitu, pihak media massa mahupun media cetak boleh
melakukan peranan dengan membuat liputan yang luas tentang kempen anti jenayah
.Masyarakat yang sedar akan kesan jika terlibat dalam kegiatan jenayah tentu akan
menjauhi perbuatan jenayah.

Kesimpulannya, kesalahan jenayah boleh dikurangkan dengan mengenakan hukuman


penjara dan banyak cara lain seperti yang telah dbincangkan di atas. Kerjasama semua
pihak amat diperlukan untuk memastikan jenayah dapat dikurangkan .

Komen : Esei yang baik

1. Kepentingan hidupan liar kepada alam sekitar dan manusia memang tidak
dapat dinafikan lagi, namum begitu bilangannya dikatakan semakin
berkurangan. Huraikan bagaimana masalah kepupusan hidupan liar ini
ditangani. (STPM 2002-S3)

Hidupan liar hampir wujud di seluruh dunia. Hidupan liar adalah sangat penting
kepada alam dan manusia. Misalnya dalam kajian kehidupan binatang liar. Pada
zaman sekarang, bilangannya didapati semakin berkurang. Masalah ini selanjutnya
boleh membawa implikasi-implikasi yang tidak baik seperti kekurangan bilangan dan
spesies hidupan di zoo.

Salah satu cara untuk mengatasi kepupusan hidupan ialah melalui pendidikan di
sekolah. Sukatan pelajaran menekankan kepentingan hidupan kepada ekosistem
bumi. Pelajar-pelajar sekolah sayang akan hidupan liar melalui didikan dari kecil lagi.
Jadi , apabila pelajar-pelajar sekolah ini dewasa , mereka akan sayang kepada
hidupan dan tidak melakukan sesuatu yang akan memusnahkan hidupan liar.

Selain itu, pihak kerajaan boleh menguatkuasakan akta mengharamkan penjualan


barang-barang yang diperbuat daripada binatang liar. Hal ini dapat mengurangkan
aktiviti pemburuan binatang kerana barang-barang buatan kulit, gading dan bulu
binatang tidak dapat dijual. Justeru, tindakan ini boleh memperbaiki atau
meringankan masalah kepupusan binatang.

Di samping itu, kerajaan boleh mengetatkan undang-undang bagi menghadapi


masalah kepupusan binatang liar. Pihak kerajaan perlu mengenakan hukuman atau
denda kepada mereka yang memburu tanpa lesen. Hal ini boleh membawa hasil
kerana orang yang tidak mempunyai lesen tidak akan memburu sebarangan lagi.
Mereka takut didenda ataupun dihukum oleh pihak berkuasa.
Masalah kepupusan hidupan liar juga dapat ditangani sekiranya kempen-kempen
sering diadakan. Pihak berkuasa perlu menganjurkan kempen kepentingan hidupan
liar. Hal ini untuk menyedarkan orang ramai tantang kepentingan dan kegunaan
hidupan liar ini kepada generasi akan datang. Cara ini boeh mengurangkan masalah
kepupusan hidupan liar.

Hidupan liar adalah penting dalam memperkenalkan kehidupan-kehidupan binatang


kepada generasi muda. Hal ini kerana dapat membantu mereka lebih memahami dan
mendalami spesies-spesies binatang. Oleh itu, kita harus bekerjasama dengan
kerajaan untuk membendung masalah kepupusan hidupan liar.

Komen : menyeleweng, isi –isi yang diberikan adalah laras sastera, tetapi soalan ini
adalah laras sains. 1/25 M

CARA PEMARKAHAN BAHAGIAN C

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Bahagian C terdiri daripada Soalan 5 dan Soalan 6.
Soalan 5 merupakan petikan kefahaman laras sastera dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu 5(a)
dan 5(b). Pelajar hendaklah menjawab salah satu soalan sahaja.

Soalan 6 merupakan petikan kefahaman laras sains dan juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu
6(a) dan 6(b). Pelajar hendaklah menjawab salah satu sahaja.

Ini bermakna untuk bahagian C pelajar perlu menjawab


SATU SOALAN 5(a) ATAU 5(b) DAN
SATU SOALAN 6(a) ATAU 6(b).

Di sini ada beberapa panduan untuk pelajar menjawab Bahagian C (Petikan).

1. Baca seluruh soalan dalam Bahagian ini dan kenal pasti soalan yang para pelajar dapat menjawab
dengan sangat baik. Kegagalan mengenal pasti soalan yang anda yakini akan menjejaskan tumpuan
para pelajar.

Contohnya tanpa membaca soalan lain dalam bahagian ini pelajar terus menjawab, katakan soalan
5(a). Apabila selepas menjawab dan kemudian membaca pula soalan 5(b), pelajar dapati dapat
memberikan idea dan huraian yang lebih baik. Ini akan menjejaskan tumpuan para pelajar. Oleh itu
sila berhati hati.
2. Setiap soalan terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii.

(a) Roman i (2 Markah)

Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja.(mencukupi dengan
jumlah markah diperuntukkan).

Jawapan hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai yang mempunyai maksud yang
sama/seakan sama dengan perkataan asal untuk menyampaikan dan menyambung frasa. Satu ayat ini
hendaklah menjawab soalan dengan tepat.

MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI
MARKAH.

(b). Roman ii (8 Markah)

Aspek pemarkahan:

Idea (2 idea) - 2 Markah

Huraian - 4 Markah

Bahasa - 2 markah

PANDUAN MEMILIH MEDIA MENGIKUT SOALAN (BAHAGIAN D)

Disini, sekali lagi saya akan memberi sedikit panduan dari segi pemilihan media mengikut kehendak
soalan

PANDUAN MENENTUKAN MEDIA

1. GRAF BAR PIRAMID


*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai
eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan
2. negara-negara
2. GRAF BAR GABUNGAN
*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun
2001 hingga tahun 2006.
Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah

Tips pemilihan media:

GRAF GARIS SAMA SAHAJA


graf garis.perbandingan atau kompaun- pola,perubahan , aliran turun naik, petunjuk,indeks, trend petunjuk

GRAF BAR ADA 2 : GRAF BAR KOMPAUN GRAF BAR KOMPONEN


kata kunci graf bar kompaun - bilangan, kuantiti, kebiasannya nilai, pengeluaran peratus @ kadar, graf bar
komponen - kumulatif @ jumlah

PANDUAN MEMBINA MEDIA BERSISTEMATIK

Baiklah kita teruskan dengan prosedur penghasilan media yang sistematik

Membina media.
1. Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur yang sesuai. Segala
butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai.

Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen


 Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.
 Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang sama.

 Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu garis
tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan.
 Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.
 Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang berlapis.
 Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza.
 Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk menampakkan kejelasan
media yang dibina.
 Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina.

Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada di
dalam media. Antaranya :

1.Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )


2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul.
3. Perlu ada skala .
4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.
5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan dan bawah media..

PANDUAN MEMILIH MEDIA

Sekiranya soalan yang dikemukan tidak menunjukkan dengan jelas apa graf yang sesuai seperti berikut,
pelajar harus beri perhatian kepada key words

KABUR
*sukar untuk menentukan jenis media
*pelajar perlu meneliti data dalam petikan
*pelajar perlu berhati-hati (salah media - 1/15 markah)

Contoh soalan1 :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun
yang dinyatakannya.
Media: graf garis kompaun-----perubahan kadar---graf garis

Contoh soalan 2
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai
eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Media : Graf piramid kompaun

Contoh soalan 3
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun
2001 hingga tahun 2006.
Media : Graf gabungan (bar kompaun)

GRAF GARIS KOMPAUN DAN KOMPONEN

Tahukah anda, graf garis kompaun adalah seperti graf bar kompaun, iaitu untuk memaparkan maklumat
bilangan untuk beberapa tahun. Banyak garis berwarna dilukis untuk mewakili sektor-sektor yang terdapat
dalam soalan ( bilangan)

Padahal, graf garis komponen adalah seperti graf bar komponen untuk menunjukkan jumlah, graf garis ini
unik
(a) dua paksi y
(b) mula garis dari paksi y sebelah kiri dan bercantum dengan paksi y disebelah kanan.
(c) harus dilorekkan atau warnakan kawasan antara graf-graf garis tersebut
(d) jadual mesti menunjukkan nilai tambah antara tahun sehingga jumlah maksimum dicapai

CARA MENGENALI JENIS GRAF

Bentuk-bentuk grafik yang popular dalam peperiksaan :


1. Graf bar (kompaun / komponen)
2. Graf garis (kompaun / komponen)
3. Graf gabungan bar dengan garis
4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)
5. Carta pai (tunggal, berbanding atau silinder)
6. Graf bar memesong atau imbangan

BENTUK / JENIS SOALAN


1) JELAS*mudah tentukan media*pelajar tidak perlu memikirkan jenis media*memberi kelebihan kepada
pelajar untuk menjawab dengan cepat

Contoh soalan 1 :
Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara
tahun 2000 hingga 2004.
Media : graf garis komponen

Contoh Soalan 2:
Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah
pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.
Media : carta pai perbandingan

CARA MENULIS TAJUK GRAF DENGAN TEPAT

Ada di antara kamu masih keliru bagaimana hendak menulis tajuk graf dengan tepat. Baiklah, saya akan
paparkan beberapa contoh penulisan tajuk yang betul. INGAT..TAJUK YANG SALAH---HILANG 6 M...
JADI SALIN TAJUK DARI SOALAN DENGAN BETUL Panduan umum : Tajuk di tulis dengan title
sentence- maksudnya---huruf besar perkataan pertama kecuali kata hubung dan kata sendi

CONTOH:

1. Perbezaan Peruntukan Perbelanjaan Sektor Ekonomi Kerajaan Peruntukkan antara Rancangan Malaysia
Keenam dengan Rancangan Malaysia Ketujuh.
2. Permodalan Pasaran Syarikat-syarikat yang Dipilih dalam Pasaran Saham Kuala Lumpur.
3. Bilangan Pengguna Air Mengikut Negeri pada Tahun-tahun 1990,1993, dan 1995 antara Bandar dengan
Luar Bandar di Malaysia.
4. Perubahan Bilangan Kes Kebakaran Mengikut Punca dari Tahun 1996 hingga Tahun 2002.
5. Peratusan Perubahan Kekosongan Jawatan Baru di Malaysia bagi Tempoh Januari hingga Julai 1998
dan Januari hingga Julai 1999.

Saya telah highlight semua perkataan yang harus ditulis dengan huruf kecil dalam warna biru. Jika ada
lagi perkataan yang memerlukan penerangan/penjelasan, sila pos supaya saya dapat memberi bimbingan.

Sebenarnya jika salah huruf dalam tajuk, hanya tolak markah teknik (1m),sahaja. Tetapi jika ada
kesalahan dalam tajuk,iaitu dari segi perkara, tempoh atau tempat...barulah markah maksimum yang
ditentukan ialah 6m.Buat masa ini tiada peraturan dari MPM tentang title sentence...harap-harap tajuk
CAPS LOCK ( semua huruf besar) boleh diterima

Tahukah anda, jika Graf Bar Piramid (Umur) tidak dirapatkan ke paksi X, markah akan ditolak 2 markah
keseluruhan.
PANDUAN MEMILIH MEDIA MENGIKUT SOALAN

Disini, sekali lagi saya akan memberi sedikit panduan dari segi pemilihan media mengikut kehendak
soalan

PANDUAN MENENTUKAN MEDIA

1. GRAF BAR PIRAMID


*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai
eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan
2. negara-negara
2. GRAF BAR GABUNGAN
*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun
2001 hingga tahun 2006.
Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah

Tips pemilihan media:

GRAF GARIS SAMA SAHAJA


graf garis.perbandingan atau kompaun- pola,perubahan , aliran turun naik, petunjuk,indeks, trend petunjuk

GRAF BAR ADA 2 : GRAF BAR KOMPAUN GRAF BAR KOMPENEN


kata kunci graf bar kompaun - bilangan, kuantiti, kebiasannya nilai, pengeluaran peratus @ kadar, graf bar
komponen - kumulatif @ jumlah

BAHAGIAN E
Bahagian E merupakan pentafsiran bahan grafik @ mengalih bentuk teks bukan linear kepada linear. Bentuk
teks bukan linear seperti jadual, graf, carta dan gambar rajah. Manakala tugasan yang perlu dilaksanakan ialah
mengenali dan memahami ciri teks bukan linear, memilih dan membina media teks bukan linear yang sesuai
serta memindahkan dan membina media teks linear daripada teks bukan linear.

PETUA 2 : CARA MENGINTERPRESTASI DATA GRAF BAR

Cara Menginterprestasi Data Graf Bar


1. Kenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat dalam graf bar
2. Dapatkan data bagi pemboleh ubah berdasarkan nilai skala pada paksi menegak graf bar. Unit
kuantiti pemboleh ubah juga perlu dikenal pasti
3. Bagi graf bar komponen, nilai sesuatu pemboleh ubah bagi sesuatu tahun dapat ditentukan dengan
mengira nilai perbezaan antara dua angka yang membentuk bar pemboleh ubah tersebut
4. Perhatikan juga sebarang catatan tambahan atau nota kaki di bahagian bawah media. Sekiranya
terdapat data anggaran, perkataan "anggaran" perlu ditulis semasa menghuraikan data berkenaan.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN GRAF BAR

Teknik Menjawab Soalan : Graf Bar

Pendahuluan
1. Teliti dan fahami graf bar yang diberikan
2. Kenal pasti pemboleh ubah yang dinyatakan pada bahagian tajuk graf bar
3. Tulis 'Graf bar ini menunjukkan ... (rujuk bahagian tajuk sebagai panduan)
4. Nyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan mengikut tahun
yang diberikan (dalam bentuk nilai mutlak dan peratusan)

Isi dan Huraian

1. Calon harus memberikan sekurang-kurangnya empat isi


2. Kemukakan idea perubahan secara mendatar (perubahan mengikut tahun) terlebih dahulu
3. Huraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan
4. Nyatakan alasan yang menyebabkan perubahan data tersebut (berdasarkan kehendak soalan)
5. Kemukakan idea perbandingan secara menegak (bandingkan pemboleh ubah bagi satu-satu tahun
yang dipilih), misalnya amaun pemboleh ubah yang paling tinggi dan amaun pemboleh ubah yang
paling rendah
6. Berikan huraian atau hujah tentang nilai mutlak atau peratusan sumbangan daripada jumlah
keseluruhan bagi tahun berkenaan
7. Perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan perlu diasingkan daripada perenggan analisis
data jika soalan meminta pandangan calon

Kesimpulan

1. Tulis secara tingkas gambaran keseluruhan daripada data atau maklumat yang diberikan dalam
graf bar

PETUA 2 : CARA MENGINTERPRESTASI DATA GRAF BAR

Cara Menginterprestasi Data Graf Bar


1. Kenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat dalam graf bar
2. Dapatkan data bagi pemboleh ubah berdasarkan nilai skala pada paksi menegak graf bar. Unit
kuantiti pemboleh ubah juga perlu dikenal pasti
3. Bagi graf bar komponen, nilai sesuatu pemboleh ubah bagi sesuatu tahun dapat ditentukan dengan
mengira nilai perbezaan antara dua angka yang membentuk bar pemboleh ubah tersebut
4. Perhatikan juga sebarang catatan tambahan atau nota kaki di bahagian bawah media. Sekiranya
terdapat data anggaran, perkataan "anggaran" perlu ditulis semasa menghuraikan data berkenaan.

You might also like