You are on page 1of 11

KONSEP KEJADIAN MANUSIA

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU PENGETAHUAN – ILMU BIOLOGI

Secara biologi, manusia diklasifikasikan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk
manusia), sebuah spesies primate dari golongan mamalia yang dilengkapi otak
berkemampuan tinggi. Spesies primate ini terdiri dari seluruh lemur, monyet dan
manusia. Primate berasal dari kata Latin Primates, yang berarti "salah satu yang
pertama, terbaik, noble".

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU PENGETAHUAN – ILMU LOGIK

Manusia adalah binatang. Kelebihan manusia berbanding binatang-binatang lain adalah


kebolehannya berkata-kata dan berfikir.

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU PENGETAHUAN – ILMU JIWA

Manusia adalah sama sifat hidupnya dengan haiwan. Dalam erti kata sama keinginan
mahu makan, berketurunan, merasai sakit, sihat, merasai tua dan mati dan sebagainya.

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT

TEORI EVOLUSI

Darwin berpendapat bahwa manusia berasal dari perkembangan makhluk sejenis kera
yang sederhana kemudian berkembang menjadi hewan kera tingkat tinggi sampai
akhirnya menjadi manusia. Makhluk yang tertua yang ditemukan dengan bentuk mirip
manusia adalah Australopithecus yang diperkirakan umurnya antara 350.000 -
1.000.000 tahun dengan ukuran otak sekitar 450 - 1450 cm3. Perkembangan dengan
perubahan volume otak ini besar pengaruhnya bagi kecerdasan otak manusia.

NadzirahSuhaidi2011
Australopithecus yang mempunyai volume otak rata-rata 450 cm3 berevolusi menjadi
manusia kera (Neandertal) yang mempunyai volume otak 1450 cm3. Dari penelitian ini
diperkirakan dalam waktu antara 400.000-500.000 tahun volume otak itu bertambah
1000 cm3.

Tetapi anehnya perkembangan dari Neandertal ke manusia modern sekarang ini


selama ± 100.000 tahun volume otaknya tidak berkembang. Teori ini tidak
mengemukakan alasannya.

Darwin berpendapat bahwa orang-orang kulit hitam dan orang Aborigin Australia sama
dengan gorila, dan berkesimpulan bahwa mereka lambat laun akan "disingkirkan" oleh
"ras-ras beradab". Ia berkata: Di masa mendatang, tidak sampai berabad-abad lagi,
ras-ras manusia beradab hampir dipastikan akan memusnahkan dan menggantikan
ras-ras biadab di seluruh dunia. Pada saat yang sama, kera-kera antropomorfus
(menyerupai manusia)... tak diragukan lagi akan musnah

Darwinisme Sosial berpendapat bahwa ras-ras manusia berada pada tingkatan


berbeda-beda pada "tangga evolusi", dan ras-ras Eropa adalah yang paling "maju" di
antara semua ras, sedangkan ras-ras lain masih memiliki ciri-ciri "kera".

GOLONGAN MATERIALIS

Manusia hanyalah secebis daging, darah, tulang, urat, sistem saraf, kelenjar dan tisu-
tisu. Manusia hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan ini adalah peredaran
sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan, fikiran
dan kudrat, keazaman dan kemahuan hanyalah kesan daripada adunan unsur-unsur
bumi dan natijah daripada percampuran tanah dan air. Kehidupan hanyalah pusingan
hari-hari tertentu yang dapat diambil kesempatan untuk merasai kenikmatan
sepenuhnya sebelum mati. Sesungguhnya dunia ini untuk makan, minum dan tidur. Bila
ini semua luput, maka selamat tinggallah dunia.

NadzirahSuhaidi2011
Dengan masa, lama kelamaan manusia akan luput dan fana. Tiada apa-apa lagi
selepas itu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur
luluh. Firman Allah SWT:

“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita
mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa.”- Surah
al-Jaathiyah: ayat 24.

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi
ini terdiri dari air dan gelap gelita. Segala makhluk tidak dapat dibezakan jantan
betinanya, namun, semuanya memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-
layang di angkasa. 

Setelah melalui proses dalam jangka waktu yang sangat lama, tanah dengan sarinya
telah muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu. Segala makhluk yang tamak dan
serakah mula menduduki bumi, dan semuanya tergiur kepada sari tersebut.  Akibat
kelakuan para makhluk tersebut, maka cahaya tubuh mereka telah lenyap dan terus
menghilang, dan timbullah matahari, bulan dan bintang. Setelah sekian masa yang
sangat lama, tubuh para makhluk menjadi padat dan bentuknya ada yang indah dan
ada yang hodoh sesuai dengan acuan sari tanah yang mereka makan.

Mereka yang indah memandang rendah mereka yang hodoh.  Lama-kelamaan sari
tanah telah menghilang dan lenyap, maka muncullah tumbuhan dari tanah. Setelah
tumbuhan ini lenyap, muncul tumbuhan menjalar, setelah tumbuhan menjalar lenyap,
muncullah tanaman padi. 

Setelah waktu yang lama, sesuai dengan acuan mereka makan, maka tubuh mereka
telah menjadi padat dan perbezaan bentuknya kelihatan lebih jelas. Yang lelaki jelas
kelihatan kelelakiannya dan yang wanita jelas kelihatan kewanitaannya.  Kemudian

NadzirahSuhaidi2011
mereka saling memperhatikan keadaan diri antara satu sama lain, dan kerana tumpuan
perhatian yang semakin mendalam, keinginan pancaindera telah membakar mereka
dan seterusnya.

AJARAN BUDDHA MENGENAI MANUSIA

1. Kehidupan ini adalah suatu penderitaan - Kelahiran, menjadi tua, penyakit, mati,
perpisahan, kehadiran yang dibenci, perpisahan, tidak memperolehi yang
dikehendaki dan lain-lain.

2. Penderitaan berpunca kemahuan dan hawa nafsu manusia

3. Memusnahkan penderitaan adalah dengan melenyapkan perasaan dan


menghilangkan nafsu serta kemahuan, melemparkannya jauh-jauh dan
mengikisnya dari kita.

4. Hukum Karma: Nasib manusia sekarang ini ditentukan oleh perbuatan-


perbuatannya dimasa kehidupan yang lalu.

5. Tujuan hidup adalah berjuang dan beramal untuk mencapai nirwana iaitu
musnahnya semua nafsu dan kehendak. Tidak ada lagi karma yang
menyebabkan kelahiran kembali setelah tercapai nirwana.

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Menurut paradigma Hindu, alam semesta dicipta dalam suatu proses yang sangat
panjang. Pada mulanya alam ini kosong, yang ada hanyalah Tuhan, sering disebut
sebagai zaman: “duk tan hana paran-paran an rawang an ruwung” yang bermaksud:
“ketika itu belum ada apa-apa dan semuanya belum menentu.”

NadzirahSuhaidi2011
Dengan kuasa Tuhan telah mencipta unsur utama yang disebut Purusa, iaitu roh
sebagai asas yang menghidupkan segala makhluk, sama ada makhluk yang maujud
mahupun yang mujarad. Lima jasad maujud atau panca maha bhuta; iaitu akasa –
angkasa, bayu – angin, teja – cahaya, apah - zat cair dan pretiwi - zat padat .

Kelima-lima unsur alam ini pada mulanya masih dalam bentuk Paramanu atom.
Gabungan kelima-lima unsur ini telah menghasilkan wujud baru yang disebut
Brahmanda, iaitu segala planet dan bintang sebagai sebahagian dari isi alam semesta.
Brahmanda maknanya benda bulat berbentuk telur ciptaan Brahman.

Setelah alam semesta tercipta barulah Tuhan mencipta isinya, seperti haiwan,
tumbuhan dan manusia.Proses penciptaan manusia adalah sari dari panca maha
bhuta, iaitu enam jenis rasa, seperti manis, pahit, masin, masam, pedas dan kelat.
Semua unsur ini telah berpadu dengan unsur lain, iaitu cita, budi, ahangkara,
dasendria, panca tanmatra dan panca maha bhuta. Sebatian kesemua unsur ini telah
menghasilkan dua unsur benih kehidupan, iaitu sukla - benih lelaki dan swanita - benih
perempuan.  Yang demikian, maka terciptalah manusia.

Manusia pertama ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah Syayambhumanu,
yang bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan dirinya sendiri. Manu
maknanya berfikir. Dari akar kata Manu timbul kata manusia yang bermaksud
keturunan Manu. Selanjutnya, setelah manusia pertama tercipta atas kehendak Tuhan,
maka manusia itu sendirilah yang berkembang.  “Dahulu kala Prajapati mencipta
manusia bersama Bhakti persembahannya dan berkata dengan ini engkau akan
berkembang biak dan biarlah dunia ini menjadi sapi perahanmu.” (Bhagavad-Gita iii
Sloka 10).

AJARAN HINDU MENGENAI MANUSIA

1. Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai malapetaka dan


penderitaan.

2. Falsafah Wedata: Manusia akan terlepas dari penderitaan ini apabila insaf
sedalam-dalamnya bahawa jiwanya sebahagian dari Tuhan dan akhirnya jiwa

NadzirahSuhaidi2011
manusia itu akan mati, rohnya tidak lagi dilahirkan semula bahkan bersatu
dengan Tuhan.

3. Falsafah Sangkya: Manusia akan terlepas dari penderitaan apabila insaf bahawa
jiwanya tidak bersangkut-paut dengan benda. Cita-cita tertinggi manusia adalah
berpisah selama-lamanya dari benda (material).

4. Manusia dibahagikan mengikut kasta (Brahmin, Ksyatria, Vasya dan Syudra).

5. Kasta adalah berkaitan dengan Hukum Karma dan Kelahiran Semula.

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA YAHUDI

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Kitab Kejadian (Genesis) – Tuhan menciptakan alam dengan segala isi-isinya


termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia dalam enam hari. Pada hari ketujuh Tuhan
berhenti mencipta dan beristirehat serta disucikannya hari itu.

Manusia pertama, Adam dijadikanNya dari tanah dan ditempatkan dalam Taman Eden.
Dari tulang rusuk Adam diciptakan pula isterinya, Hawa. Seekor ular (iblis) telah menipu
Adam dan Hawa untuk memakan buah larangan. Ini mengakibatkan kemurkaan Tuhan
lalu dikeluarkan keduanya dari Taman Eden dan hiduplah mereka menempuh
kesengsaraan hidup dunia biasa. Mereka berdualah menjadi nenek moyang kepada
segala manusia di muka bumi ini.

AJARAN YAHUDI MENGENAI MANUSIA

1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.

3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.

4. Manusia dianggap kotor atau bernajis apabila melakukan perkara-perkara


tertentu seperti menjamah mayat (najis selama tujuh hari), melahirkan anak

NadzirahSuhaidi2011
maka si ibu dianggap kotor (jika anak lelaki selama 40 hari dan jika anak
perempuan selama 80 hari) dan sebagainya.

5. Orang Yahudi menganggap mereka keturunan Nabi Yaaqub adalah putera-


putera terpilih yang dimuliakan Tuhan berbannding bangsa-bangsa lain.

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Penciptaan alam dan manusia (Adam dan Hawa) pada perspektif agama Kristian sama
dengan agama Yahudi kerana kedua-duanya merujuk kepada kitab Genesis dalam
Perjanjian Lama.

Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir.
ADAM PERTAMA disebutkan sebagai berikut:

“Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan
nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi mahluk yang hidup.”
(ge 2:7) Adam tidak dilahirkan oleh seorang perempuan. Ia adalah manusia pertama.
“seperti ada tertulis: manusia pertama, Adam menjadi mahluk yang hidup.” (1 korintus
15:45)

Namun Adam sebagai manusia pertama melakukan dosa dengan melanggar perintah
Tuhan. Sejak itu, tidak ada lagi manusia yang sempurna dalam dunia sepanjang
zaman, bahkan semua manusia memiliki dosa dalam gen mereka yang boleh bermutasi
atau diwariskan dalam keturunan manusia.

“sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang dan oleh
dosa itu juga maut, demikianlah maut telah menjalar kepada semua orang, kerana
semua orang telah berbuat dosa.” (Roma 5:12)

Menurut paradigma Kristian, Tuhan telah menyediakan ADAM KEDUA. Adam


sempurna yang boleh dikorbankan untuk menebus dosa. Tuhan yang maha agung itu

NadzirahSuhaidi2011
sendiri yang turun ke bumi dan hidup seperti manusia biasa. Jesus, sebagai peribadi
Tuhan yang maha agung yang kedua dalam Tritunggal telah dilahirkan dari perut
seorang perempuan untuk menjadi manusia biasa agar dapat dikorbankan dengan
sempurna. 

Jesus adalah Tuhan yang maha agung itu, Jesus adalah Tuhan yang maha pencipta
itu, namun Jesus juga adalah manusia biasa seperti yang Tuhan maksudkan, iaitu
manusia ciptaan Tuhan yang sewajarnya tanpa dosa. Tuhan yang maha agung dan
maha pencipta alam semesta ini akhirnya mati disalib di Kalvari. Tuhan sendiri yang
menumpahkan darah-Nya bagi menebus dosa Adam.

AJARAN KRISTIAN MENGENAI MANUSIA

1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.

3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.

4. Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa. Dosa ini dikenali sebagai dosa
warisan iaitu dosa yang dolakukan oleh Adam.

5. Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan manusia


dari dosa warisan tersebut.

6. Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderi-


paderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan dihadapannya.

NadzirahSuhaidi2011
KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Sebagaimana Yahudi dan Kristian, Islam juga menjelaskan bahawa manusia pertama
adalah Adam a.s. Daripada Adam Allah menciptakan Hawa dan dari kedua-duanyalah
berkembang biak zuriat keturunan manusia hingga ke hari ini.

Al-Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang proses penciptaan Adam a.s.
iaitu:

- Dari air

- Dari tanah (at-turab)

- Dari pati tanah (at-tin)

- Dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib)

- Dari tanah yang panas dan berbau (hama’in masnun)

- Dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal kalfakkhar)

- Meniupkan roh

Zuriat keturunan Adam pula dijelaskan oleh Allah melalui proses berikut:

- Nutfah

- ‘Alaqah

- Mudghah

- Tulang

- Membalut tulang dengan daging

- Menjadikan rupa bentuk manusia

NadzirahSuhaidi2011
- Meniupkan roh

NadzirahSuhaidi2011
AJARAN ISLAM MENGENAI MANUSIA

1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Manusia akan dibangkitkan di alam akhirat selepas mati.

3. Allah SWT. Menyediakan ganjaran pahala dan dosa atas setiap perbuatan
manusia.

4. Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih (fitrah).

5. Perlakuan dosa manusia adalah tanggunggannya sendiri dan hak untuk


mengampunkannya adalah hak mutlak Allah SWT.

6. Manusia memikul dua tanggungjawab iaitu sebagai hamba Allah dan Khalifah
Allah.

7. Kenikmatan dunia adalah untuk digunakan oleh manusia dan menjadi bahan
ujian untuk menentukan siapakah yang paling tinggi takwanya kepada Allah
SWT.

8. Manusia yang terbaik adalah yang paling tinggi takwanya kepada Allah.

9. Allah SWT menyediakan potensi dan kelengkapan material dan spiritual kepada
manusia untuk mencapai tingkat insan kamil. Sebaliknya manusia juga boleh
turun darjatnya sama bahkan lebih rendah dari haiwan.

NadzirahSuhaidi2011

You might also like