You are on page 1of 5

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) TAHUN 1

PENDAHULUAN

 National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :


 Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi
(kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan
 Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
 Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
 Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M &
PROTIM).
 Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan
numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.
 Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.

RASIONAL

— Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
— KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru
pemulihan
— PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan
kemahiran literasi dan numerasi
— Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi
seawal Tahun 1.
— Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran
memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

DEFINISI KONSEP

— Definisi Numerasi
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan
mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”

NUMERASI TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3


Membaca, menulis, Membaca, menulis,
Membaca, menulis,
membilang dan membilang dan
Nombor Bulat membilang dan menyusun
menyusun nombor menyusun nombor
nombor hingga 100
hingga 50 hingga 1000
Menyatakan Menyatakan Menyatakan
fakta asas tambah dan fakta asas tambah dan fakta asas tambah dan
Operasi Asas tolak tolak. Darab (2, 5 dan 10) tolak. Darab (3,4,6,7, 8
dan bahagi (2, 5 dan 10) dan 9) dan bahagi
(3,4,6,7, 8 dan
9)

DEFINISI KONSEP

— Definisi Literasi
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah
(dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam
pembelajaran serta komunikasi harian”

LITERASI TAHAP 1

Menguasai dan memahami minimum


1000 patah perkataan mudah

Membaca, menullis Membaca, menullis dan Membaca, menullis dan


Membaca dan
dan memahami memahami memahami
menulis
ayat tunggal ayat tunggal dan ayat ayat tunggal dan ayat
majmuk (menggunakan majmuk (menggunakan
kata hubung ‘dan’) kata hubung ‘dan’)
dalam perenggan

DEFINISI KONSEP

NUMERASI TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3


Mengenal mata wang Mengenal mata wang Mengenal mata wang
Malaysia Malaysia Malaysia
hingga RM10 hingga RM100 hingga RM1000
Menyatakan bahagian Menyatakan waktu dalam Menyatakan waktu
dalam sehari jam pada muka jam dalam jam dan minit
analog pada muka jam
Aplikasi analog
Mengukur dan Mengukur dan menyatakan Mengukur dan
menyatakan ukur ukur panjang objek dalam menyatakan ukur
panjang objek dalam unit yang betul panjang objek dalam
unit relatif unit yang betul (cm
sahaja)

MATLAMAT

“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi
dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”
OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI

Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;


ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan
menggunakan kata hubung ‘dan’

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI

Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;


ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari
sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan
menguku r dalam sentimeter.

KUMPULAN SASAR

Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid
berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

STRATEGI PELAKSANAAN

Status

— Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina
dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Jadual Waktu

— Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu
sedia ada
— Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian
waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat
program ini.

Penentuan Murid

— Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan
menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya
— Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan kepada empat kelompok utama :
— Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca
— Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis
— Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira
— Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan Kementerian
Kesihatan)
— Murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani pemeriksaan doktor boleh dimasukkan
dalam program ini tetapi tidak dimasukkan dalam kiraan data.
— Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan diasingkan
daripada murid arus perdana dan diajar secara intensif oleh guru-guru yang telah dipilih
— Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan 3 akan
diadakan pada bulan Oktober

Guru

— Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
— Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah
kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid)
— Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini
perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani
masalah ini.

Kemudahan

— Pihak sekolah memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu


— Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P

Penyeliaan dan Pemantauan

— Penyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih melibatkan


pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPD
— GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi ini
— Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid akan dibangunkan
— Pelaporan dibuat setiap 3 bulan

KANDUNGAN PROGRAM

— Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi
murid yang mengikuti program ini
— Skop Modul Literasi
— Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah
— Skop Modul Numerasi
— Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi di samping mengaplikasikannyadalam pengiraan wang sehingga RM100

Bahan dan Instrumen LINUS

— Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid
— Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar
yang bersesuaian dan berkesan

— Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan sumatif

PELAPORAN

— Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan
laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

PENUTUP

— Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal
persekolahan.
— Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan
sasaran NKRA’s

You might also like