You are on page 1of 11

DEFINISI AL-TAWARRUQ

Dari Segi Bahasa

Dalam aspek bahasa tawarruq ialah perkataan Arab yang berasal daripada daripada
al-wariq, iaitu wang perak, dirham atau perak. Al-Quran telah menggunakan perkataan al-
wariq dalam firman Allah:

ۡ َّ‫ق ِّم ۡنهُ َو ۡليَتَلَط‬ ۤ


‫ف َواَل ي ُۡش ِع َر َّن بِ ُكمۡ اَ َحدًا‬ ٍ ‫فَ ۡاب َعثُ ۡۤوا اَ َح َد ُكمۡ بِ َو ِرقِ ُكمۡ ٰه ِذ ٖ ۤه اِلَى ۡال َم ِد ۡينَ ِة فَ ۡليَ ۡنظُ ۡر اَيُّهَا اَ ۡز ٰكى طَ َعا ًما فَ ۡليَ ۡاتِ ُكمۡ بِ ِر ۡز‬

Maksudnya: Sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini
ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih
baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit
habuan daripadanya; dan hendaklah dia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh
(semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun
menyedari akan hal kamu.

(al-Kahf 18:19)

Manakala perkataan al-tawarruq pula memberi maksud al-wariq, iaitu meminta wang.1

Dari Segi Istilah

Pada asalnya, tiada istilah tawarruq pada istilah fiqh kecuali pada mazhab Hanbali.
Dari segi istilah Syara’, tawarruq bererti seseorang yang membeli satu barangan dengan
pembayaran secara tangguh, kemudian orang itu menjual pula kepada pembeli lain dengan
harga yang kurang daripada pembelian pertama itu, bagi tujuan mendapatkan wang tunai.2

Dalam al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah, tawarruq didefinisikan sebagai satu bentuk jual


beli yang melibatkan pembelian sesuatu barangan secara tangguh dan kemudian barangan
tersebut dijual secara tunai kepada pihak ketiga (bukan penjual asal) yang mana harga jualan
tersebut lebih rendah daripada harga belian bagi tujuan mendapatkan tunai.3
1
Mohd. Irwan Kamil Mohd. Isa (2009), “Konsep dan perlaksanaan al-tawarruq dalam pembiayaan peribadi :
kajian di Al-Rajhi Bank (Malaysia)”, (Latihan Ilmiah Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya), h.16
2
Ibid.
3
Ibid.
Di samping itu, Majma’ al-Fiqh al-Islami Rabitah al-‘Alam al-Islami merujuk
tawarruq sebagaimana berikut:

“membeli sesuatu barangan yang ada dalam kekuasaan dan milik penjual dengan harga
bertangguh, kemudian pembeli tersebut menjualnya kepada pihak ketiga yang bukan pihak
yang menjualnya kepadanya, secara tunai, untuk mendapatkan wang”.

Manakala Sheikh ‘Abd Allah ibn Sulaiman al-Mini’ menyebutkan pengertian


tawarruq menurut istilah adalah sebagaimana berikut:

“tindakan orang yang perlu kepada wang, dengan cara menghindarkannya dari cara-cara
riba. Caranya ialah orang tersebut membeli barang dengan harga yang mendekati jumlah
wang yang diperlukannya. Tetapi ia menambah harganya sebagai imbalan penundaan
pembayarannya. Kemudian ia menjual barang tersebut kepada orang yang bukan penjual
kepada, dengan tujuan agar ia dapat memenuhi keperluannya sekarang”4

Kesimpulannya, tawarruq ialah penjualan sesuatu barang kepada seseorang pembeli


secara harga tertangguh. Pembeli kemudiannya menjual barang tersebut kepada orang ketiga
secara tunai pada harga kurang daripada harga tertangguh dengan tujuan untuk mendapatkan
wang tunai. Ia dinamakan tawarruq kerana ketika membeli barang tersebut secara bayaran
bertangguh, pembeli tidak berniat untuk menggunakan atau memanfaatkannya, tetapi hanya
ingin menjadikannya laluan ke arah memperoleh wang tunai. Perbincangan dalam kalangan
majoriti fuqaha’ silam tentang tawarruq berlaku serentak sewaktu mereka berbicara tentang
bay’ al-‘Inah. Mereka tidak memisahkan, tetapi yang memisahkan perbincangan kedua-
duanya hanyalah fuqaha’ mazhab Hanbali.5

PANDANGAN ULAMA’ TENTANG KONSEP TAWARRUQ

Pandangan Ulama’ Silam

4
Ibid.
5
Ibid.
Ulama’ silam turut berbeza pandangan mengenai konsep tawarruq. Menurut Ibn
Qudaimah, jika barangan itu hendak dijual secara tunai kepada penjual asal itu dengan harga
yang lebih rendah, barangan itu hendaklah telah berkurangan dalam aspek sama ada kualiti
mahupun kuantiti dan jika tidak ia hanyalah sama dengan bay’ al-‘Inah yang menjuru kepada
riba. Akan tetapi, jika barangan itu dijual kepada pihak yang ketiga secara tunai dengan harga
yang rendah, maka ia dibolehkan, sekalipun pihak yang ketiga itu ialah bapa atau anak
kepada penjual itu.6

Sementara itu, al-Mardawi menyatakan bahawa terdapat tiga pendapat Imam Ahmad
telah dilaporkan, iaitu makruh, harus dan haram. Manakala menurut Ibn Taymiyyah pula
menjelaskan jika sesuatu barangan yang dibeli (oleh seseorang yang ingin mendapatkan
kemudahan tunai) dijual balik kepada penjual asalnya, maka ia dianggap sebagai helah
kepada riba. Namun, jika barangan itu dijual kepada pihak lain, maka terdapat dua riwayat
daripada Imam Ahmad iaitu makruh dan harus. Walau bagaimanapun, majoriti fuqaha’
mengharuskan kontrak tawarruq ini.7

Manakala, menurut al-Hummam, ulama’ mazhab Hanafi yang lebih cenderung


mengharamkan bay’ al-‘inah, beliau berpendapat bahawa tawarruq sebagai harus tetapi
khilaf al-awla (bertentangan dengan yang lebih baik). Sementara itu, al-Zayla’i yang juga
tokoh di kalangan mazhab Hanafi mengatakan hukum tawarruq adalah makruh. Dapat
disimpulakan disini, mazhab Hanafi mengharuskan tawarruq kerana ia melibatkan pihak lain
yang akhirnya menggunakan barangan tersebut.8

Manakala dalam mazhab Syafi’i pula, tawarruq diharuskan berdasarkan harusnya


kontrak bay’ al-‘Inah. Menurut Imam al-Syafi’i, beliau tidak membezakana antara barangan
itu dijual kepada pihak penjual asal atau pihak yang ketiga akan tetapi beliau mengatakan
kontrak jualan yang kedua selepas kontrak jualan yang pertama merupakan dua kontrak yang
berlainan dan boleh beroperasi secara sah9

Kesimpulannya, majoriti ulama’ silam iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali
mengharuskan tawarruq. Walau bagaimanapun, tawarruq yang diharuskan oleh Mazhab

6
Ibid.
7
Ibid.
8
Ibid.
9
Ibid.
Hanbali, Maliki dan Hanafi ialah yang tidak melibatkan persepakatan awal antara pihak yang
bertransaksi (al-tawarruq al-fardi)10

Pandangan Ulama’ Kontemporari

Secara umumnya, terdapat dua pendapat utama, iaitu pertamanya mengharuskan


tawarruq, sama ada berbentuk al-tawarruq al-munazzam mahupun tawarruq al-fardhi.
Antara yang mendokong pendapat ini ialah seperti Sheikh ‘Abd Allah ibn Sulaiman al-Mini’,
Usamah Bahr dengan beberapa syarat.

Manakala pendapat yang kedua pula mengatakan terdapat perbezaan antara al-
tawarruq al-fardhi dengan al-tawarruq al-munazzam. Pendapat ini mengharuskan al-
tawarruq al-fardhi tetapi menganggap al-tawarruq al-munazam sama seperti bay’ al-‘Inah.
Antara mereka yang berpendapat sedemikian adalah seperti Dr. Ahmed Budhyi al-Din, Dr
Sami al-Suwaylem dan Dr. Hussin Hamid Hasaan.

Menurut al-Suwaylem, al-tawarruq al-munazzam berbeza dengan al-tawarruq al-


fardhi kerana kesan al-tawarruq al-fardhi, penjual barang dan pembeli akhir tidak bersangkut
paut antara satu sama lain. Di samping itu, persepakatan awal yang wujud dan menjadi wakil
penjual daripada pembeli dalam al-tawarruq al-munazzam sudah cukup untuk membuktikan
apa yang berlaku bukanlah jual beli tetapi hanya pergerakan wang tunai sahaja.11

Bekas Mufti Saudi, Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Baz mengharuskan kontrak al-tawarruq
berasaskan pandangan ulama’ silam Hanbali yang amat ketat menolak bay’ al-‘Inah tetapi
tidak menyebut perbezaan antara dua bentuk al-tawarruq tersebut. Berkenaan dengan isu
tawarruq ini juga, beliau berpendapat transaksi ini tidak dihukum sebagai riba. Malah
pandangan yang tepat ialah hukumnya adalah diharuskan berasaskan kepada maksud umum
dalil-dalil syarak tentang jual beli serta dapat dijustifikasikan berdasarkan prinsip al-hajah
(keperluan) yang memberikan kemudahan serta membantah masyarakat/individu memenuhi
keperluan semasa mereka.

10
Ibid.
11
Ibid.
Manakala Syeikh ‘Uthaymin pula mengharuskan tawarruq dalam keadaan yang
terdesak yakni dalam erti kata lain betul-betul memerlukan wang tunai dan bukannya mereka
yang berhasrat untuk meminjamkannya kepada orang lain. Menurut beliau lagi, sekiranya
tidak ada yang mahu meminjamkan wang kepada seseorang itu, maka dia bolehlah
menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan wang. Fatwa Syeikh ‘Uthaymin ini dilihat lebih
relevan dengan keadaan pasaran kewangan masa kini memandangkan tidak ada bank yang
boleh memberikan pinjaman tanpa mendapat keuntungan daripada keuntungan mereka.12

Adapun transaksi yang melibatkan penjualan balik sesuatu barangan daripada pembeli
kepada penjual yang dikenali sebagai bay’ al-‘Inah, akad sedemikian tidak dibenarkan
bahkan ia termasuk transaksi ribawi. Menurut beliau lagi, transaksi bay’ al-‘Inah diharuskan
disebabkan fungsinya yang bertindak sebagai helah untuk membolehkan larangan riba.

Sementara itu, para sarjana Arab Saudi moden seperti Dr. Sulaymen fabd al-ilm juga
mengharuskan tawarruq tetapi telah meletakkan beberapa syarat iaitu:

i) Orang yang melakukan konsep tawarruq hendaklah dalam keadaan memerlukan


wang tunai
ii) Ketiadaan institusi yang menawarkan pinjaman secara qard al-hassan
iii) Kontrak tawarruq berkenaan semestinya tidak menyertakan sebarang elemen yang
menyerupai riba
iv) Jualan barangan oleh pembeli hendaklah setelah dia benar-benar memilikinya13

Manakala fatwa semasa yang dilakukan oleh Dr. Rafiq Yunus al-Masri, beliau
mengatakan sebahagian ulama’ mengharuskan tawarruq tanpa membuat perincian. Pada
pandangannya, hukum jual beli tawarruq berbeza berdasarkan keadaan-keadaan berikut:

i. Jika ketiga-tiga pihak yang terlibat mengetahui tujuan pelanggan melaksanakan


tindakan tawarruq ini adalah memperoleh wang tunai, ketiga-tiga mereka berdosa.
ii. Jika dua pihak yang lain mengetahui bahawa pembeli menggunakan transaksi
tawarruq untuk mendapatkan wang tunai, kedua-dua pihak tersebut berdosa. Jika
mereka tidak mengetahui tujuan pembeli, mereka tidak berdosa.
iii. Seseorang boleh melakukan tawarruq untuk memperoleh wang tunai dalam
keadaan terdesak14
12
Ibid.
13
Ibid.
14
Ibid.
DALIL-DALIL DAN PENGHUJAHAN TERHADAP TAWARRUQ

Dalil-dalil dan Hujah-hujah Golongan yang Menyokong

1. Firman Allah Ta’ala

‫ َّل‬z‫و ْۗ‌ا َوأَ َح‬zٰ zَ‫ ُل ٱلرِّ ب‬z‫ ُع ِم ۡث‬z‫ا ۡٱلبَ ۡي‬zz‫ك بِأَنَّهُمۡ قَالُ ٓو ْا إِنَّ َم‬ َ ِ‫سِّ‌ َذٲل‬ ۚ ‫ڪلُونَ ٱل ِّربَ ٰو ْا اَل يَقُو ُمونَ إِاَّل َكما يَقُو ُم ٱلَّ ِذى يَتَ َخبَّطُهُ ٱل َّش ۡيطَ ٰـنُ ِمنَ ۡٱلم‬
َ َ ُ ‫ٱلَّ ِذينَ يَ ۡأ‬
۬ ۚ
‌ِۖ َّ‫ص َح ٰـبُ ٱلن‬
ۡ‫ار هُم‬ ۡ َ‫ك أ‬ َ zِ‫ا َد فَأُوْ لَ ٰ ٓـ ِٕٕٮ‬zz‫ۥۤ إِلَى ٱهَّلل ۖ‌ِ َو َم ۡن َع‬ ُ‫ ُره‬zۡ‫ َما َسلَفَ َوأَم‬ ‫ َم ۡو ِعظَةٌ ِّمن َّربِّ ِهۦ فَٱنتَهَ ٰى فَلَهُ ۥ‬ ‫ٱهَّلل ُ ۡٱلبَ ۡي َع َو َح َّر َم ٱل ِّربَ ٰوْ‌ا فَ َمن َجٓا َءهُ ۥ‬
َ‫فِيہَا َخ ٰـلِ ُدون‬

Maksudnya: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana
sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa
sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan
berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai
kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba),
maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya
dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan
mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah Ta’ala menghalalkan semua jentuk jual beli,
kecuali terdapat dalil yang mengharamkannya. Kita katakan “semua” kerana Allah Ta’ala
menyebut perkataan ‫ بيع‬disertai ‫( في‬alif-lam makrifah). Justeru itu, golongan yang
mengharuskan tawarruq ini mengatakan tawarruq termasuk jual beli kerana di sini tidak
terdapat dalil yang mengecualikan tawarruq dari makna umum firman Allah di atas. Jadi
Allah Ta’ala menghalalkan tawarruq.

2. Firman Allah Ta’ala:

ۡ َ‫يَ ٰـٓأَيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمنُ ٓو ْا إِ َذا تَدَايَنتُم بِد َۡي ٍن إِلَ ٰ ٓى أَ َج ۬ ٍل ُّم َس ۬ ًّمى ف‬
ُ‫ٱڪتُبُو ۚ‌ه‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu


urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka
hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya)
Berdasarkan ayat ini, tawarruq adalah sejenis jual beli dan hutang piutang yang
termasuk dalam makna ayat umum di atas.15

3. Al-Sunnah, sabda Rasulullah s.a.w:

‫ول‬zz‫ال رس‬zz‫ فق‬,‫نيب‬zz‫عن أبي هريرة رضى هللا عنه أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم أستعمل رجال على خيبر فجاءه بتمر ج‬
‫اعين‬zz‫اعين والص‬zz‫ذا بالص‬zz‫ناغ من ه‬zz‫ذ الص‬zz‫ا لناخ‬zz‫ول هللا إن‬zz‫ وهللا يارس‬,‫ال ال‬zz‫ ق‬,‫ذا‬zz‫ أكل تمر خيبر هك‬,‫هللا صلى هللا عليه وسلم‬
‫ بع الجمع بالدرهم جنيبا‬,‫ فقال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم التفعل‬,‫بالثالثة‬

Maksudnya: Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w melantik
seorang sahabat sebagai petugas di Khaibar. Sahabat tersebut membawa kurma yang
disebut (janib). Rasulullah s.a.w bertanya kepada sahabat tersebut: adakah semua kurma
Khaibar begini? Sahabat tersebut menjawab: demi Allah, tidak wahai Rasulullah. Kami
membeli kurma ini satu sha’ dengan imbalan kurma ini sebanyak dua sha’ dan jika kami
membeli kurma ini dua sha’ dengan imbalan kurma ini tiga sha’. Rasulullah s.a.w bersabda:
“jangan lakukan seperti itu. Tetapi juallah semua kurma tersebut dengan dirham, kemudian
belilah dengan dirham tersebut kurma janib”.

Hadis ini menerapkan cara untuk menghindar dari hakikat riba. Oleh itu, kita boleh
menggunakan akad jual beli yang sah tanpa niat untuk menjadikan jual beli tersebut sebagai
helah kepada riba. Transaksi ini juga dianggap sah kerana wujudnya pertukaran antara aset
dan matawang. Dengan demikian, transaksi seperti ini al-tawarruq tidak boleh dianggap
sebagai helah yang menjurus kepada riba.16

4. Kaedah fiqh

‫األصل في األشيأ اإلباحة حتي يدل الدليل على التحريم‬

Maksudnya: “Asal sesuatu adalah harus, hinggalah adalah dalil menunjukkan


pengharamannya"

Kaedah tersebut selaras dengan ciptaan Allah dan asal segala yang baik-baik dan
berfaedah ini diharuskan. Untuk urusan yang berkaitan dengan muamalat misalnya
penggunaan konsep tawarruq sesuai digunakan kaedah ini. Hal tersebut kerana kaedah itu
adalah selaras serta sesuai dengan manusia yang diberikan kebebasan dalam perkara yang
15
Ibid.
16
Iman Salleh (2009), “Konsep bay` al-tawarruq dan aplikasinya dalam sistem perbankan Islam : kajian di Bank
Islam Malaysia Berhad”, (Latihan Ilmiah. Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
berkaitan dengan urusan keduniaan mereka. Tambahan pula, penggunaan konsep tawarruq
dianggap relevan pada masa kini kerana ia menjadi keperluan kepada manusia untuk
mendapatkan kecairan tunai sebagai alternatif mengelak dari riba17

‫ إال ما دل الدليل على حرمته‬,‫األصل في العقود والشروط االباحة‬

Segala akad dan syarat adalah harus, kecuali jika terdapat dalil yang mengharamkannya.
Bay’ al-tawarruq termasuk di antara akad yang diharuskan dalam kaedh fiqh tersebut.18

Tujuan pedagang melakukan perdagangan ialah untuk mendapatkan wang yang lebih
banyak daripada wang yang sedikit. Jual beli adalah perantaraan antara keuntungan dan
modal. Dan tiada seorang daripada kalangan perdangan mahupun ulama’ yang memandang
tujuan ini sebagai satu tujuan yang buruk. Begitu juga dengan bay’ al-tawarruq. Tujuannya
ialah memperoleh wang dan barang sebagai objek akad dan perantara antara keuntungan dan
modal.19

Keperluan yang mendesak masyarakat kepada menggunakan transaksi ini untuk


memenuhi keperluan seharian. Pandangan ini merupakan pandangan ulama’ Rabitah
al-‘Alam al-Islami iaitu, (‫يره‬zz‫اء أو زواج أو غ‬zz‫ك لقض‬zz‫ة الى ذل‬zz‫ة الداعي‬zz‫)الحاخ‬. Maksud dan tujuan
melakukan riba tidak jelas pada bentuk transaksi al-tawarruq. Pandangan ini dinyatakan oleh
Syiekh ‘Abdullah b. Sulaiman al-Mani’ dalam Majallah al-Buhuth al-Islamiyah. Beliau
berkata “‫”أنه لم يظهر فيه قصد الربا وال صورنه‬20

Golongan Yang Menolak

Imam Ibn Taymiyyah menganggap jual beli tawarruq satu transaksi yang selalunya
dilakukan oelh golongan yang berhadapan dengan keadaan terdesak (darurat), keadaan di
masa dia amat memerlukan wang tunai di tangan. Lantaran itu, hujah yang dikemukakan
mereka adalah hadis yang berkaitan dengan jual beli golongan tersebut.21

Al-Quran, Firman Allah s.w.t:

17
Mohd. Irwan Kamil Mohd. Isa (2009), op.cit, h 29.
18
Iman Salleh (2009), op.cit
19
Ibid.
20
Ibid.
21
Mohd. Irwan Kamil Mohd. Isa (2009), op.cit, h 30.
‌‫َوأَ َح َّل ٱهَّلل ُ ۡٱلبَ ۡي َع َو َح َّر َم ٱلرِّ بَ ٰو ۚ ْا‬

Maksudnya: Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Dalam ayat ini Allah s.w.t telah mengharamkan riba, sementara bay’ al-‘Inah dan al-
tawarruq merupakan perantara yang paling hampir kepada riba dan ia merupakan sesuatu
wasilah kepada sesuatu perkara yang haram dan hukumnya juga haram.22

Al-Sunnah, Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ر‬zz‫اب البق‬zz‫ذتم إذن‬zz‫ة واخ‬zz‫ايعتم بالعين‬zz‫ "اذا تب‬:‫ول‬zz‫ سمعت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يق‬:‫عن ابن عمر رضى هللا عنهما قال‬
"‫ورضيتم بالزرع وتركتم الجهد سلط هللا عليكم ذال اليذزعه حتى ترجعوا الى دينكم‬

Maksudnya: daripada Ibnu Umar r.a berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “jika
kamu melakukan akad menggunakan bay’ al’Inah dan mengambil ekor-ekor lembu dan
meninggalkan jihad, nescaya Allah akan menempatkan kehinaan ke atas kamu yang tidak
akan diangkatNya sehingga kamu kembali (bertaubat) kepada agamamu”.23

Ibn al-Qaiyym berkata bahawa terdapat tiga bahagian di dalam transaksi ini iaitu, jika
orang yang memerlukan wang dan dia terpaksa untuk membeli sesuatu dengan harga tangguh
kemudian menjualnya kembali kepada tuannya maka ini adalah bay’ al-‘Inah dan jika dia
menjual kepada orang selain tuannya maka ia dikenali sebagai bay’ al-tawarruq dan jika ia
dijual kepada pihak yang ketiga di mana pihak ketiga ini mempunyai hubungan dengan
pembeli dan penjual maka ketiga-tiga bahagian ini digunakan oleh orang-orang yang
mengamalkan riba. Oleh itu, ulama’ telah menolak bay’ al-tawarruq ini berpendapat bahawa
tujuan melakukan transaksi al-tawarruq adalah untuk mendapatkan wang, di mana pada akhir
transaksi ini pembeli mendapatkan wang dengan cara membeli dirham (wang) dengan dirham
(wang) yang lebih dan barang adalah perantara sahaja dan bukan tujuan yang sebenar.24

Imam Ahmad bin Hanbal juga membayangkan bahawa bay’ al-‘Inah adalah berlaku
daripada seseorang yang terdesak (amat perlu) kepada wang tunai, sewaktu orang kaya kikir
untuk memberikan pinjaman, langsung dia terpaksa terlibat dalam bay’ al-‘Inah (jikalau yang
membelinya semula ialah penjual sendiri) atau transaksi tawarruq (sekiranya pembelian
pihak lain). Maksud daripada kedua-dua transaksi tersebut ialah memperolehi harga jualan

22
Iman Salleh (2009), op.cit
23
Ibid.
24
Ibid.
tangguh yang lebih tinggi berbanding jumlah wang tunai yang lebih kecil sebagai harga
belian tunai yang merupakan fenomena riba pada hakikatnya25

Pandangan Ulama’ Semasa

i. Fuqaha Timur Tengah

Majma’ Fiqh al-Islami dalam persidangannya yang ke 15 mengharuskan tawarruq.


Keputusan ini sebenarnya merujuk kepada tawarruq yang tidak wujud persepakatan awal
antara pihak yang berinteraksi. Walau bagaimanapun, dalam persidangan yang ke 17
keputusan yang di buat ialah mengharamkan tawarruq. Keputusan ini terpakai untuk bentuk
tawarruq yang diamalkan disesetengah institusi kewangan atau yang diistilahkan sebagai al-
tawarruq al-munazzam. Alasan penolakan tawarruq tersebut ialah tindakan institusi
kewangan menjadi wakil kepada mustawrriq iaitu pelanggan yang memerlukan kecairan
wang tunai menjual barangan yang dibeli daripada institusi yang tertentu kepada pihak yang
ketiga mempunyai persamaan dengan amalan bay’ al-‘Inah dan tidak menepati bentuk
tawarruq yang diharuskan oleh ulama’ silam.26

Walau bagaimanapun, al-tawarruq al-munazzam telah diharuskan oleh Majlis


Penasihat Kewangan Islam Timur Tengah seperti HSBC Amanah, Arab National Bank, The
National Commercial Bank dan Shamil Bank. Antara ahli penasihat yang telah meluluskan
bentuk al-tawarruq ialah Syeikh ‘Abdullah b. Sulaiman al-Mani’. Selain daripada itu, antara
cendiakawan Islam semasa yang mengharuskan al-tawarruq yang diperkenalkan dalam
kewangan Islam semasa adalah Dr. Musa Adam ‘Isa, Dr. Usamah Bahr dan Dr. Sulaiman
Nassir al-‘Ulwan27

Dan di antara ulama’ semasa yang menolak bentuk al-tawarruq yang diamalkan oleh
intitusi kewangan Islam ialah Dr Khalid bin ‘Ali al-Musyaiqah, Dr Rafiq Yunus al-Migt, Dr
Muhammad b Abdullah al-Syaibani, Dr Sami Suwailem dan Dr Hussin Hamid Hassan.28

ii. Fuqaha Malaysia

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia dalam pertemuan atau
mensyuarat yang ke 51 yang dilaksanakan pada 28 Julai 2005 bersamaan dengan 21 Jamadil
25
Mohd. Irwan Kamil Mohd. Isa (2009), op.cit, h 31.
26
Iman Salleh (2009), op.cit
27
Ibid.
28
Ibid.
Awal 1426 Hijrah telah memutuskan bahawa produk deposit dan pembiayaan berdasarkan
konsep tawarruq yang dikenali sebagai murabahah komoditi adalah dibenarkan. 29

Tawarruq ditakrifkan sebagai tatacara yang melibatkan pembelian aset berdasarkan


musawamah (harga yang disepakati melalui tawar-menawar) atau murabahah dan penjualan
berikutnya dari aset yang sama kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai30

Ini berbeza dari bay’ Bithaman Ajil (BBA) sebagaimana biasanya dipraktikkan di
Malaysia dan bay’ al-‘Inah sebagai tawarruq melibatkan pihak ketiga, dan dalam urus niaga
tawarruq tidak ada keadaan untuk penjualan yang mendasari objek yang akan dikembalikan
semula (dijual kembali) kepada pemilik asal.31

29
http://www.azmilaw.com.my/archives/Article_9_Tawarruq_00093603_.pdf, tarikh akses 5 April 2010
30
Ibid.
31
Ibid.

You might also like