You are on page 1of 74

• SAM KIAN SANG A116415

• SU SUE PING A118852


• YIM YAN YEE A123554
• SIEN DIP YEE A123615
• CHEW KAI SIN A123767
• CHIN CHIN CHUN A124400
• LEW CHENG YEE A124530
KESELAMATAN
DAN
KESIHATAN
PEKERJAAN
Pengenalan
• Peranan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
di Malaysia telah bermula 120 tahun yang lalu,
dan dibahagikan kepada 5 era.
– Era Keselamatan Dandang - sebelum 1914
– Era Keselamatan Jentera - 1914 hingga 1952
– Era Keselamatan Industri - 1953 hingga1967
– Era Keselamatan dan Kesihatan Industri - 1970
hingga 1994
– Era Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan - selepas
1994
• Setiap era masing-masing ada kebaikan dan keburukan
tersendiri sehingga era terakhir iaitu era selepas 1994.
• Contohnya, Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor perkilangan,
perlombongan; dan penguarian dan pembinaan, yang mana
keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor industri-industri
lain tidak diliputi manakala Akta Keselamatan dan kesihatan
Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90% daripada tenaga
kerja dan akta ini hanya mengecualikan pekerjaan atas kapal
dan angkatan tentera.
• Akhirnya, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
digubal dan bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan
kesedaran keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja-
pekerja dan juga mewujudkan organisasi dan langkah-
langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan.
• Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
bertanggungjawab mewujudkan budaya kerja
yang selamat dan sihat di kalangan semua
majikan dan pekerja supaya keselamatan,
kesihatan dan kebajikan mereka dan orang lain
yang terdedah risiko keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti orang
bekerja adalah terpelihara.
• SOCSO (PERSEKO) –Social Security
Organization membayar kepada pekerja yang
terlibat dalam kemalangan semasa bekerja.
• National Institute of Occupational Safety and
Health (NIOSH) bertanggungjawab melatih
pekerja, menjalankan projek konsultasi dan
mengadakan kajian berkenaan.
7.2
KEMALANGAN
PEKERJAAN
MALAYSIA – masih tinggi pada
tahap yang tidak dapat diterima

Pekerja asing muda:


• Bersifat manual (kerja berat)
• Ketidakberkesanan komunikasi
IMPAK KEMALANGAN
PEKERJAAN

• Kos kewangan
• Kekurangan output
• Kekurangan semangat / peningkatan
rasa ketidakpuashatian
• Publisiti yang negatif
JENIS KEMALANGAN MENGIKUT
TAHAP IMPAK

• ‘near miss’
• Tahap ‘ pertolongan kecemasan’
• Kurang upaya sementara
• Kurang upaya kekal
• Fatal (kematian)
JENIS KEMALANGAN MENGIKUT
FAKTOR/ SEBAB

• Teknikal (T)
• Kemanusiaan (M)
• Persekitaran (S)
DuBrin (1987):
• (T) mesin pengeluaran
• (T) penggunaan alatan manual
• (T) penggunaan elektrik
• (T) penggunaan bahan toksik/ cecair
mendidih
• (S) tempat di mana pemanjatan berlaku
kerap
Fleishman (1967) :
• (M) sikap yang buruk:
1.Pekerja lelaki muda (Wangel-1991)
2.Pekerja senior
• (M) kitar tumpuan yang rendah
• (M) kemabukan dan penyalahgunaan
dadah
• (M) keimpulsifan
Sambungan:

• (M) kesilapan penentuan terhadap


kelajuan dan jarak
• (M) ketidakbertanggungjawaban
• (M) ketakutan dan kegugupan
• (M) kebimbangan dan depresi
Sifat utama:

• (M) keletihan (syif malam/ berlanjutan)


• (M) umur dan senioriti
• (M) kualiti penyeliaan
• (M) kemahiran persepsi visual yang
lemah
7.3
PENYAKIT
BERJANGKIT DI
TEMPAT KERJA DAN
MASALAH
KESIHATAN LAIN
• Bukan sahaja terjadi kepada para pekerja,
tetapi majikan juga terlibat
• Amat susah untuk dikenalpasti dan
dibendung– kerana mengambil masa
yang lama untuk kesannya timbul
Masalah kesihatan yang Biasa berlaku
di Tempat Kerja

• Penggunaan bahan kimia dan toksik


• Asap dan habuk
• Radiasi
• Jangkitan
• Tahap pencemaran bunyi dan gegaran
• Tahap suhu yang melampau
Visual Display Terminal (VDT)
• Penggunaan monitor komputer
• Akan menyebabkan masalah kesihatan seperti:
 Keguguran
 Sistem ketahanan yang semakin lemah barah
 Sakit mata
 Sakit sendi dan otot di bahagian leher dan bahu
 Stres tinggi
Cara Untuk Mengelakkan…
• US national Institute of Occupational Safety &
Health
 Papan kunci yang senang dipindah
 Skrin komputer yang boleh dikawal kecerahan
 Kerusi yang selesa
 Masa berehat
 Jarak yang selamat: Pengguna – VDT
Dalam Malaysia, isu-isu yang
dititikberat ialah:
• Merokok
• Sakit belakang
• Masalah Kulit
• Pendedahan kepada penyakit darah
• Pendedahan kepada bahan kimia
7.4
MEMASTIKAN
TEMPAT KERJA
YANG SELAMAT
7.4.1 Polisi Keselamatan
• Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
1994 – Semua organisasi yang melebihi 5
orang pekerja perlu mendrafkan,
menyebarkan dan memeriksa semula (jika
diperlukan) sebuah polisi keselamatan.
• Tujuan: Menggalakkan majikan untuk
mementingkan keselamatan dan kesihatan
pekerja-pekerja dalam pelaksanaan polisi.
Proses Penghasilan Polisi
7.4.2 Program Keselamatan
Langkah-langkah terlibat dalam
pembentukan program keselamatan:
1.Komitmen yang sepenuhnya daripada semua
lapisan dalam organisasi, bermula daripada
pengurusan tertinggi.
2.Melantik individu yang sesuai untuk
mengendalikan isu-isu keselamatan pekerja.
3.Membentuk sistem penyimpanan dan analisis
laporan.
4.Memberikan latihan.
Langkah-langkah terlibat dalam pembentukan
program keselamatan (samb..):
5.Mengadakan kempen-kempen untuk
meningkatkan kesedaran pekerja.
6.Skim insentif dan ganjaran.
7.Penyediaan alat-alat perlindungan individu.
8.Membentuk sistem tindakan disiplin.
1. Komitmen yang Sepenuhnya
daripada Semua Lapisan Organisasi
Pengurusan Atasan
• Tanggungjawab pengurus atasan:
Menyediakan belanjawan yang mencukupi untuk
aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan.
Mempengerusikan mesyuarat bahagian
keselamatan.
Menghadiri aktiviti-aktiviti keselamatan.
Menjadi seorang model rujukan – sentiasa
mengikuti peraturan-peraturan keselamatan dan
memastikan semua pengurus juga berbuat
demikian.
• Sesetengah CEO menetapkan peraturan
bahawa sekiranya berlakunya kemalangan
yang serius dalam organisasi, tidak kiranya
bila dan di mana ianya berlaku, CEO mestilah
diberitahu secepat mungkin.
• CEO akan berhubung dengan pengurus
berkaitan untuk mendapatkan laporan yang
teliti supaya kebajikan pekerja yang terlibat
dapat dijaga.
Judith Erickson (2000)
 Tanggungjawab pengurusan terhadap
keselamatan adalah penting dalam memastikan
keselamatan tempat kerja.
• Faktor-faktor yang membolehkan prestasi
keselamatan yang tinggi termasuklah:
Komitmen pengurusan terhadap keselamatan yang
positif.
Komunikasi terbuka.
Galakkan inovasi dan cadangan pekerja.
Maklum balas (Feedback) pengurusan kepada
pekerja
Pegawai-Pegawai Bahagian
Keselamatan
• Bertanggungjawab terhadap keselamatan dan
kesihatan pekerja.
• Menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan keselamatan dengan lebih sistematik.
• Terbahagi kepada: Diingatkan bahawa
I. Pengurus Keselamatan peranan untuk
menjaga keselamatan
II. AJK Keselamatan di tempat kerja adalah
tanggungjawab semua
ahli organisasi.
Industri yang berisiko tinggi dari segi
keselamatan (Hazardous Industries)

• Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan


Pekerja 1994 (OSHA), organisasi dalam
industri berkaitan diminta untuk mengupah
pegawai keselamatan berkelayakan.
• Organisasi dalam Hazardous Industry adalah:
Syarikat pembinaan/konstruksi bangunan dan
kejuruteraan yang harga kontraknya melebihi
RM20 juta.
Syarikat pembinaan kapal yang mengupah
melebihi 100 pekerja.
Gas dan petroleum, industri kimia dan kimia
bersekutu, industri besi, pembalakan dan simen
yang mengupah melebihi 100 pekerja.
Industri-industri pembuatan lain yang mengupah
perkerja melebihi 500 pekerja.
• Bagi industri yang lain, majikan boleh
menyerahkan tanggungjawab ini kepada
pegawai atasan sumber manusia atau
pengurus pengeluaran, bergantung
kepada ciri-ciri perniagaan.
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
(Safety and Health Officer, SHO)
• ‘Senior’ dalam sesebuah organisasi yang
mempunyai kuasa pengaruh yang tinggi untuk
memastikan langkah-langkah keselamatan
yang sepatutnya sentiasa diikuti, dan sistem
pekerjaan yang selamat sentiasa dikekalkan.
• Melaporkan kelemahan dari segi keselamatan
di tempat kerja kepada pengurusan atasan.
• Sedia membantu setiap individu dalam
organisasi untuk berkerja dalam keadaan yang
selamat.
• Bagi majikan yang mempunyai pekerja yang
melebihi 40 orang, mengikut OSHA, sebuah
Ahli Jawatan Kuasa Keselamatan hendaklah
ditubuhkan.
Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Keselamatan
(Safety Committee)
• Pengerusi: ‘Senior Manager’ untuk menjamin
organisasi sentiasa berkomitmen dengan
aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan.
• Ahli-ahli: Wakil-wakil dari semua jabatan.
• Fungsi-fungsi AJK Keselamatan:
1. Menetapkan polisi yang berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan, merangkumi
menetapkan peraturan-peraturan berkaitan.
2. Menganalisis rekod-rekod kemalangan dan
masalah kesihatan.
3. Menyiasat dan mengkaji sebab-sebab
kemalangan dan memberi cadangan untuk
mengelakkan berlakunya semula kemalangan
yang seupama.
• Fungsi-fungsi AJK Keselamatan:
4. Merancang dan melaksanakan program-program
kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan.
5. Mencadangkan untuk membeli kelengkapan
keselamatan yang sesuai dan diperlukan.

• Dalam organisasi yang besar, Jabatan


Keselamatan diwujudkan.
• OSHA memerlukan AJK keselamatan untuk
mengadakan perjumpaan/mesyuarat
sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 3
bulan. Dalam industri yang berisiko tinggi,
perjumpaan adalah lebih kerap.
• Minit mesyuarat perlu disimpan untuk
pemeriksa daripada Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan.
• Setiap ahli dalam AJK keselamatan mestilah
diberi latihan keselamatan terdahulu, dan
mengikuti sekurang-kurangnya satu program
latihan keselamatan setiap tahun.
Tanggungjawab Pekerja
• Mesej atau maklumat tentang kepentingan
keselamatan di tempat kerja perlukan sentiasa
diberikan kepada pekerja.
• Banyak kemalangan berlaku kerana pekerja
tidak mematuhi prosedur-prosedur yang
sepatutnya.
• Majikan boleh mengambil tindakan disiplin
terhadap pekerja yang gagal mengikuti
prosedur-prosedur keselamatan yang
ditetapkan.
• OSHA membolehkan pekerja didakwa oleh
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja sekiranya mereka mengabaikan atau
enggan melaksanakan peraturan keselamatan
yang ditetapkan.
• Penalti yang mungkin dikenakan oleh
Mahkamah Majistret, sekiranya pekerja
dibuktikan kesalahannya, adalah saman
sebanyak RM1,000.
2. Penyimpanan rekod (Record-
keeping)
• Pengumpulan dan analisis maklumat kemalangan.
• Akta Keselamatan Sosial Pekerja, Akta Pampasan
Pekerja, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
menetapkan bahawa kemalangan perlu dilaporkan.
• Pekerja tempatan Organisasi Keselamatan Sosial
dalam 48 jam (PERKESO).
• Pekerja asing Jabatan Tenaga Kerja termasuk
syarikat insurans.
• Kemalangan yang berlaku mestilah dilaporkan
kepada pihak berkuasa sebagaimana yang
digariskan di dalam peraturan NADOPOD
(Notification of Accident, Dangerous
Occurrence, Occupational Poisoning and
Occupational Disease).
• Pengurus perlu malaporkan kemalangan serius
( ≥1 pekerja tidak dapat menjalankan tugas
sebanyak ≥5 hari) kepada Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan dalam tujuh hari.
3. Latihan Keselamatan
• Kemahiran menggunakan peralatan, Kursus
penyegaran (refresher courses), teknik
menyelamatkan nyawa (CPR).
• Dijalankan oleh pengurus keselamatan, pakar
runding profesional dalam bidang ini, atau
dihantar ke program awam yang dianjurkan.
• Kemalangan komuter (Commuting accidents)
kemalangan yang dialami oleh
pekerja dalam waktu kerja.
• Oleh itu, kursus memandu perlu diberikan.
Michael J. Burke (2003)
 Kursus latihan keselamatan mestilah
menggunakan kaedah yang dapat melibatkan
semua pekerja latihan interaktif.

Kristan Smith-Crowe (2003)


Objektif latihan tidak akan dicapai sekiranya
organisasi tersebut tidak mementingkan aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
4. Kempen Keselamatan dan Kesihatan
Kehidupan
• Dijalankan setiap tahun dengan tempoh selama
satu bulan.
 Pelancaran upacara dengan jemputan seorang
VIP.
 Upacara penghargaan kepada kumpulan atau
individu yang mempunyai rekod keselamatan
yang baik atau peningkatan dalam taraf kesihatan.
 Latihan perpindahan semasa berlaku kebakaran
dan kejadian kecemasan.
 Aktiviti melibatkan ahli keluarga pekerja.
 Forum atau perbincangan kumpulan.
5. Skim Insentif dan Ganjaran
• Ganjaran berbentuk wang akan menyebabkan
pekerja-pekerja tidak melaporkan jumlah
kemalangan sebenar.
• Artikel “Putting Incentives to Work” insentif
diberikan untuk pencapaian tertentu (cadangan
menjamin keselamatan, aktiviti-aktiviti)
• Ganjaran boleh dalam bentuk hadiah kecil dengan
slogan berkaitan keselamatan.
• Tempoh pemberian insentif dan ganjaran dalam
tempoh konsisten.
E. Scott Geller (2001)
 Skim insentif akan berjaya sekiranya
kebanyakan pekerja mempunyai peluang
untuk mendapat ganjaran, berbanding dengan
hanya beberapa orang pekerja yang mendapat
ganjaran tersebut walaupun dalam bentuk yang
berharga.
6. Penyediaan Alat-alat Perlindungan
Individu
• Kebanyakan kemalangan dapat dicegahkan
dengan mamakai alat-alat perlindungan
individu yang sesuai.
 Topi keselamatan
 Goggles (alat perlindungan mata)
 Boots (but)
 Alat perlindungan telinga
 Facemask (topeng muka)
7. Sistem Disiplin

• Tindakan diambil kepada pekerja yang


melanggar peraturan keselamatan yang
membahayakan sendiri atau pekerja lain.
• Pengurus atasan memainkan peranan
yang penting dalam memastikan pekerja
berdisplin.
7.4.3
Kesimpulan
Tindakan oleh Pengurus
untuk Memenuhi Akta
Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan
1994
• Memastikan keselamatan semua pekerja dan
orang lain di tempat kerja terjamin.
• Draft dan sebarkan polisi keselamatan sekiranya
organisasi tersebut mempunyai lebih daripada 5
pekerja.
• Melantik pegawai bahagian keselamatan dan
kesihatan sekiranya organisasi mempunyai ≥ 40
pekerja.
• Memberikan latihan, pengawasan dan maklumat
yang sesuai tentang keselamatan pekerjaan.
• Melaporkan kemalangan serius kepada Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan.
7.5
GANGGUAN
SEKSUAL
BERLAKU DI
TEMPAT KERJA
Definisi gangguan seksual di tempat
kerja :

• Sebarang gangguan yang


mengandungi unsur seksual secara
sengaja, tidak sengaja, fizikal ataupun
mental.
• Gangguan seksual meninggalkan
akibat yang serius kepada mangsa.

• Mangsa sering tidak dapat


menumpukan perhatian semasa.

• Keadaan ini akan membawa kesan


negatif yang serius kerana ini
merupakan gangguan secara mental.
• majikan perlu memandang serius
terhadap masalah ini yang
menyebabkan mereka kehilangan
pekerja berpotensi.

• Tindakan yang segera serta cara yang


tegas perlu diambil oleh majikan untuk
membanteras masalah ini.
• Kajian Sabitha Merican(1999)
menunjukkan terdapat separuh daripada
respondennya telah mengalami
gangguan seksual di tempat kerja.

• Namun, data yang didapat tidak tepat


sepenuhnya kerana banyak mangsa
tidak berani menyatakan hal sebenar.

• Pandangan bahawa semua mangsa ialah


perempuan adalah silap.
Menangani masalah gangguan seksual di
tempat kerja.

Kebanyakan mangsa tidak berani melaporkan kes


ini kerana:
• Tidak tahu melaporkan kes kepada siapa;
• Takut tidak ada orang mempercayainya;
• Malu untuk memberitahu orang lain.

Oleh itu, sekurang-kurangnya seorang wakil


perempuan dan seorang wakil lelaki patut ada
dalam sesebuah syarikat untuk bertanggungjawab
menerima laporan bagi kes-kes begini.
• Majikan perlu menjalankan langkah-langkah
untuk menjelaskan kepentingan bagi
membanteras gangguan seksual.

• Kesan-kesannya perlu diketahui oleh para


pekerja.

• Para pekerja mesti tahu melindungi diri


mereka daripada isu begini.
Tindakan yang perlu diambil oleh
mangsa:
• Menghubungi pihak atasan dengan
segera;
• Menyimpan bukti-bukti tentang
gangguan seksual yang dialami;
• Melaporkan kepada polis;
• Menyimpan rekod atas keterangan
mangsa.
7.6
KEGANASAN
DI TEMPAT
KERJA
Keganasan di tempat kerja
• Keganasan di tempat bekerja merujuk kepada
sebarang kejadian yang berhubung dengan kerja
di mana seorang pekerja itu didera, diancam atau
diserang oleh rakan sekerja atau orang luar.
• Majikan bertanggungjawab memastikan
keselamatan pekerja di tempat bekerja adalah
terjamin.
• Tempat bekerja yang selamat bermaksud bebas
dari kemalangan dan juga keganasan.
• Majikan perlu mengambil langkah proaktif untuk
mencegah gangguan seksual di tempat bekerja.
• Mereka perlu memperkenalkan polisi dan
prosedur yang dapat mencegah sebarang
perbuatan keganasan.
• Keganasan melibatkan kecederaan fizikal,
gangguan dan penindasan.
• Punca berlakunya keganasan adalah banyak dan
berubah-ubah.
• Thomas Capozzoli dan Steve McVey (1996)
kategorikan keganasan dalam sebarang keadaan
yang diberikan seperti :
* Keganasan yang bermula dan berlaku di tempat
bekerja.
* Keganasan yang bermula di tempat bekerja
tetapi berlaku di luar tempat bekerja.
* Keganasan yang bermula di luar tempat bekerja
tetapi berlaku di tempat bekerja
• Penyelidikan oleh orang Amerika mencadangkan pekerja
yang ganas biasanya adalah lelaki, orang kulit putih, umur di
antara 40 dengan 50, sudah bercerai dan mempunyai
personaliti seperti cemas, tertekan, paranoid, bersifat marah,
susah untuk menerima kritikan dan berseorangan.
• Cara terbaik untuk mengurangkan risiko keganasan adalah :
* mengendalikan suatu penaksiran risiko untuk mengenal
pasti di mana dan bila kejadian keganasan mungkin berlaku.
* membentuk peraturan yang tegas untuk melarang
keganasan di tempat bekerja.
* mereka dan menyebar suatu prosedur untuk menangani
kejadian keganasan di tempat bekerja.
* membekalkan latihan untuk semua pekerja supaya mereka
tahu apa yang patut dilakukan semasa berlaku keganasan.
• Pengurusan risiko adalah suatu aktiviti pelbagai
disiplin yang melibatkan pasukan petugas dari
jabatan yang berbeza-beza termasuk sumber
manusia.
• Exekutif Kesihatan dan Keselamatan di UK
mencadangkan panduan menguruskan keganasan
semasa bekerja dengan menggunakan proses 4
langkah :
1. Mengenalpasti sama ada organisasi mempunyai
masalah
2. Menentukan apa tindakan yang patut diambil
3. Mengambil tindakan
4. Memeriksa apa yang telah kamu lakukan.
7.7
MENINGKATA
N KESIHATAN
PEKERJA
7.7.1 Program Kesihatan
-memerlukan penglibatan pekerja dalam semua
bahagian, dari permulaan hingga pelaksanaan.
-Program Bantuan Pekerja (EAP) menawarkan
perkhidmatan kaunseling untuk masalah
peribadi dan juga masalah kewangan, tekanan
dan sesi pengurusan masa dan nasihat
perubatan.
-Tujuan program ini adalah untuk membantu
pekerja mengekalkan produktiviti di tempat
bekerja.
Aktiviti yang ada di dalam program kesihatan
adalah :
* kelas senaman
* Ceramah yang berhubung dengan tajuk
nutrisi, pengurusan tekanan dan faktor yang
menyebabkan penyakit jantung.
* Pemeriksaan kesihatan badan
* Kempen berhenti merokok
* Sesi perancangan bersara.
7.7.2 Pengurusan Stres
• Pekerja perlu peka dengan punca tekanan kerja dan
berikthiar untuk mengurangkan aras tekanan.
• Ketidakselamatan kerja dan ketegangan kerja
berhubungkait dengan kesihatan fizikal dan mental
yang tidak baik.
• Penyeliaan yang teruk menyebabkan surbodinat
menghadapi tekanan kerja.
• Penyelia dan pengurus gagal membina hubungan
yang baik dengan subordinat mereka.
• Mereka membebankan subordinat dengan kerja
yang terlampau banyak dan tidak dapat
berkomunikasi secara baik dengan surbodinat.
• Tekanan juga boleh disebabkan jam
bekerja sehari yang terlalu panjang.
• Tempat bekerja yang mempunyai tekanan
bukanlah suatu tempat bekerja yang sihat.
7.7.3 Mengurangkan Masalah
Berhubung dengan Dadah dan
Alkohol
• Menurut statistik yang diperoleh dari Jabatan
Kesihatan dan Keselamatan kerja , 80 % pengguna
dadah adalah diupah.
• Majikan seharusnya lebih berusaha untuk mengenal
pasti penggunaan dadah secara haram dan
mengambil tindakan yang wajar untuk membantu
mereka.
• Strategi untuk mengurangkan masalah dadah dan
alkohol :
1. Penaksiran risiko
2. Penyebaran polisi syarikat terhadap penyalahgunaan
dadah dan alkohol
3. Pengetahuan dan pendidikan yang dibekalkan
oleh majikan kepada pekerja di tempat bekerja
berkaitan dengan risiko pengambilan dadah
dan alkohol.
4. Latihan diberikan kepada penyelia supaya
mereka boleh mengenalpasti surbodinat yang
terlibat dengan masalah dadah dan alkohol dan
mengambil tindakan yang wajar.
5. Bantuan diberikan kepada surbodinat untuk
pemulihan.
• Organisasi yang merancang untuk menjalankan ujian dadah
terhadap pekerja perlu :
1. Membentuk polisi bertulis yang jelas.
2. Menentukan titik untuk keputusan positif yang perlu
dinyatakan di dalam polisi.
3. Menentukan jenis ujian dadah yang akan dikendalikan.
4. Memastikan ujian positif adalah disahkan semula oleh pihak
kepakaran.
5. Memastikan proses-proses prosedur yang dijalankan secara
berhati-hati di sepanjang masa
6. Memastikan keputusan ujian adalah dirahsiakan.
7. Menentukan bentuk proses rayuan yang mungkin diambil.
• Kesimpulannya, kemalangan yang berlaku di
Malaysia telah menurun tetapi masih tinggi
jika dibandingkan dengan negara lain.
• Kemalangan ini berlaku disebabkan oleh
banyak faktor dan pelbagai program telah
diperkenalkan sebagai contohnya NIOSH
untuk mengurangkan keberangkalian
berlakunya kemalangan.
• Program yang baik boleh mengurangkan kos
pembayaran hospital dan dapat mengekalkan
kesihatan pekerja.

You might also like