You are on page 1of 9

Susunan Fizikal Bilik Darjah Yang Ideal

Author: admin | Files under Pengurusan Bilik Darjah Tingkah Laku

Share

Susunan Fizikal Bilik Darjah Yang Ideal.

1. 0 MUKADIMAH

Bilik darjah ialah sebuah tempat perjumpaan antara guru dengan pelajar bagi melaksanakan sesi

pengajaran dan pembelajaran. Sebuah bilik darjah yang tidak formal boleh jadi diadakan di bawah

sebatang pokok, di tepi padang, atau di pondok sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu.

Kedatangan British telah memperkenalkan konsep pendidikan. Tujuannya adalah bagi menolong

golongan bangsawan dan memperkukuhkan penyerapan serta ajaran barat sendiri dalam kalangan

masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu. British memperkenalkan sistem pendidikan vernakular atau

pengasingan di mana terdapat sekolah aliran Inggeris, India, dan Cina pada masa itu. Hal ini bagi

membentuk ketidaksefahaman dalam kalangan masyarakat dalam Tanah Melayu agar tidak berlaku

perpaduan dalam membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

Namun, tujuan pendidikan yang sebenar adalah pemindahan ilmu. Pemindahan ilmu yang berlaku

antara golongan kaum ini sedikit sebanyak telah menyedarkan kaum-kaum yang berada di Tanah

Melayu supaya menuntut kebebasan daripada penjajah seperti yang diperjuangkan oleh Parti

Komunis Malaya (PKM). Konsep pendidikan terus berkembang sehingga hari ini sejajar dengan

matlamat Pelan Induk PembangunanPendidikan (PIPP) yang berteraskan modal insan. Modal insan

hanya dapat dilahirkan menerusi pendidikan dan latihan. (Asnarulkhadi Abu Samah, Berita Harian 25

Jun 2007).

Modal insan merupakan daya keupayaan manusia yang meliputi pengetahuan, kemahiran, dan

kecekapan yang diperoleh individu. Kepentingan pembangunan modal insan juga telah dinyatakan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988, di mana “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara”. Jelasnya bahawa modal insan ini dapat dilahirkan menerusi

proses pengajaran guru yang menggunakan sebuah bilik darjah sebagai medium bagi menyampaikan

pengetahuan dan kemahiran kepada murid. Justeru, susun atur bilik darjah merupakan tunjang utama

dalam merealisasikan hasrat negara ini.

SUSUNAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG BERMASALAH: SATU KAJIAN.

2. 0 MASALAH SUSUNAN FIZIKAL BILIK DARJAH

Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik dapat

meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini dapat menyumbang kepada

pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif, dan

menjamin keseronokan untuk belajar. Beliau juga menekankan aspek pengurusan bilik darjah yang

kondusif melibatkan tugas seorang guru untuk menyusun organisasi kelas, menyusun tempat duduk

murid-murid dan menyusun alat-alat bantu mengajar. Oleh itu aspek-aspek yang terlibat dalam

penyediaan fizikal sebuah bilik darjah harus ditekankan. Antaranya adalah seperti wujudnya guru,

sekumpulan pelajar, dan kemudahan-kemudahan seperti meja, kerusi, papan tulis, alat bantu

mengajar, papan kenyataan, dan sudut pembelajaran murid perlulah ditekankan.

Secara teorinya, jelas dapat dilihat bahawa susunan pelan bilik darjah seperti yang terdapat di

lampiran A adalah tidak kondusif mengikut pembelajaran pada tahap Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR). Ini bermakna pembelajaran tidak dapat dilakukan secara berkesan jika seseorang

guru menggunakan sebuah bilik darjah berpandukan pelan fizikal tersebut.

Gamba rajah berkenaan (Pelan A) menunjukkan sebuah kelas yang bermasalah dengan kedudukan

fizikalnya. Pertamanya, meja guru tidak boleh membelakangkan murid. Sementara meja murid juga

tidak wajar membelakangkan meja guru. Selain itu, masalah yang jelas kelihatan ialah pada

kedudukan kumpulan murid yang tidak seragam dari segi susunannya. Ada pula sebuah meja untuk

seorang individu sahaja di belakang kelas tersebut. Kedudukan tingkap pula dihalang oleh rak buku.

Selain itu, kedudukan stesen komputer juga tidak strategik kerana berada di belakang kelas. Tempat

untuk mengasah pensel pula terlalu dekat dengan kedudukan murid.

Begitu juga halnya dengan kedudukan bakul sampah yang berada di depan kelas akan mencacatkan

pemandangan kelas. Kedudukan kumpulan kecil yang berada di tengah pula akan menghalang

pandangan murid-murid lain yang berada pada kedudukan belakang kumpulan mereka. Susunan

kelas dalam pelan tersebut juga agak padat dan tidak terdapat ruangan aktiviti.
3. 0 CARA-CARA MENGATASI MASALAH SUSUNAN FIZIKAL BILIK DARJAH

Untuk mendapatkan kedudukan fizikal kelas yang ideal, kedudukan tersebut perlulah diubahsuai.

Pertamanya meja guru tidak boleh membelakangkan murid. Meja guru perlu diletakkan di hadapan

kelas seperti yang terdapat di dalam lampiran B. Guru perlu berada sentiasa di hadapan kelas kerana

murid-murid pada tahap KBSR amat memerlukan tunjuk ajar daripada seorang guru dalam

menjalankan sesuatu aktiviti. Justeru, tidak wajarlah untuk guru berada di belakang kelas kerana

murid tidak dapat untuk melihat dan meneladani tindak tanduk guru tersebut. Hal ini bersesuaian

dengan ciri-ciri seorang guru yang ditekankan oleh Falsafah Pendidikan iaitu menjaga keterampilan.

Pengajaran yang bercorak amali juga amat memerlukan tumpuan terhadap guru sebagai pemudah

cara. Meja guru juga diletakkan di penjuru hadapan supaya tidak menggagu pergerakan aktiviti kelas.

Di samping itu, guru dapat menggunakan papan tulis serta memberikan sepenuh perhatian terhadap

semua murid di dalam kelas.

Masalah kedua yang dapat dilihat ialah pada kedudukan susun atur meja murid di dalam kelas

tersebut. Terdapat pelbagai bentuk susunan tempat duduk yang boleh dibentuk oleh guru. Antaranya

adalah susunan secara barisan, bulatan atau separuh bulat, klauster atau kelompok kumpulan, dan

bentuk ladam kuda (horse shoe). Namun, susunan kedudukan murid yang kondusif adalah dalam

bentuk berkumpulan. Hal ini bersesuaian dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang

menekankan penyusunan meja murid secara berkumpulan seperti mana yang dinyatakan oleh

Kamarudin Hj. Husin dalam bukunya Asas Pendidikan 1, Terbitan Longman Malaysia. Mengikut Gibb

(1969) pula, pembelajaran berkumpulan bermaksud penukaran maklumat, kepakaran, dan keperluan

dalam kalangan ahli kumpulan.

Sumbangan daripada setiap ahli kumpulan adalah matlamat utama dalam pembelajaran berkumpulan

sejajar dengan pendapat Jim Murphy dalam bukunya Teaching Practise Conversations. Beliau

menyatakan bahawa salah satu kaedah untuk mengekalkan tumpuan murid adalah dengan

membahagikan murid kepada pasangan dan kumpulan kecil.

Dalam konteks pengajaran bahasa, murid yang belajar secara kumpulan akan membentuk suatu

suasana yang kondusif. Murid akan berani untuk mengeluarkan idea ataupun pendapat dalam

kalangan sesama mereka. Mereka juga dapat mengembangkan bakat atau kebolehan yang sedia

ada. Pengajaran secara berkumpulan dapat menjadikan murid lebih aktif dan mempunyai semangat

belajar. Murid juga memperoleh kemahiran bersosialisasi hasil daripada perbincangan yang dilakukan
dalam kumpulan. Selain itu, kedudukan susun atur secara kumpulan ini dapat menjimatkan ruang

kelas.

Justeru, guru boleh membahagikan murid dalam kumpulan mengikut pelbagai kriteria. Mengikut

Kamarudin Hj Husin dalam bukunya KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa, pembelajaran

berkumpulan dalam kelas KBSR adalah berdasarkan pencapaian, kebolehan (ability grouping), dan

juga berdasarkan minat dan tujuan sesuatu kumpulan itu didirikan. Bagi kumpulan yang meletakkan

murid-murid yang berpencapaian tinggi dalam akademik, pembelajaran secara kumpulan dapat

meningkatkan lagi kemahiran kognitif mereka kerana mereka telah didedahkan dengan bahan

pengajaran yang lebih mendalam dan tinggi. Sementara bagi kumpulan yang mempunyai murid-murid

yang berpencapaian rendah, bahan pengajaran mereka akan disesuaikan oleh guru mengikut tahap

kognitif mereka. Jadi, mereka dapat membentuk konsep diri kerana tidak terjejas dengan pertandingan

bersama murid-murid yang lebih baik dalam bidang akademik. Oleh itu, meja dan kerusi murid

hendaklah disusun mengikut kumpulan-kumpulan kecil mengikut kesesuaian guru setelah membuat

penilaian terhadap prestasi dan kebolehan mereka.

Kedudukan tingkap yang dihalangi oleh rak buku menjadi satu masalah bagi kelas ini. Seorang guru

perlulah mengambil kira faktor iklim bilik darjah untuk mewujudkan bilik darjah yang berkesan. Aspek

pencahayaan mestilah diambil kira dalam menentukan kedudukan fizikal bilik darjah. Keadaan bilik

darjah perlulah berada dalam keadaan stabil iaitu tidak terlalu terang ataupun tidak terlalu gelap.

Langsir boleh dipasangkan di tingkap bagi memastikan faktor pencahayaan ini seimbang. Bilik darjah

yang gelap akan memberi kesan terhadap pandangan murid. Murid juga berkemungkinan untuk tidur

dalam bilik darjah yang gelap, sementara bilik darjah yang terang pula akan menyilaukan penglihatan

murid.

Masalah keempat adalah berkenaan dengan kedudukan stesen komputer yang berada di belakang

kelas. Kedudukan tersebut menjadikan pengurusan teknologi ini tidak cekap kerana jarak fokus LCD

projektor yang jauh. Kedudukannya yang berdekatan dengan bilik air juga memberi risiko ke atas alat-

alat komputer. Alat-alat bantu mengajar seperti komputer, pengunjur overhead (OHP), dan LCD

projektor yang terdapat di stesen ini sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh guru bagi menjamin

keberkesanan pengajaran. Jadi, wajarlah seorang guru meletakkan stesen tersebut di bahagian

hadapan kanan kelas. Guru perlu menggunakannya dengan cekap bagi mencapai objektif pengajaran

dan pembelajaran.
Tempat untuk mengasah pensel pula terlalu dekat dengan sekumpulan murid mengikut pelan

tersebut. Hal ini membahayakan murid dari segi fizikal. Murid yang mengasah pensel di situ

berkemungkinan akan tercucuk mata pensel yang diasah dengan rakan yang duduk dalam kumpulan

yang berdekatan. Faktor kesihatan juga perlu dipertimbang kerana murid yang berhampiran akan

terkena habuk pengasah pensel.

Jadi, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, tempat pengasah pensel tersebut perlulah diletakkan di

bahagian belakang kelas. Faktor ini juga dapat menjadikan murid-murid aktif bergerak apabila hendak

mengasah pensel mereka. Jadi, mereka akan kekal segar dalam bilik darjah apabila melakukan sedikit

pergerakan psikomotor untuk bergerak ke belakang kelas.

Masalah lain dalam pelan fizikal bilik darjah ini adalah pada kedudukan bakul sampah yang berada di

depan kelas. Kedudukan bakul sampah yang berada di depan kelas akan mencacatkan pemandangan

kelas. Menurut buku ‘Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah’ menyatakan bahawa

aspek psikososial iaitu persekitaran bilik darjah memainkan peranan penting dalam memupuk minat

murid supaya terus belajar. Jika kedudukan bakul sampah berada di situ, besar kemungkinan akan

terdapat sekumpulan murid yang tidak selesa dengan bau dan keadaan sampah yang berlonggokan.

Oleh itu, sudah pastilah murid tersebut tidak dapat belajar dengan tekun. Justeru, kedudukan bakul

sampah perlu diubah ke bahagian belakang kelas. Mengikut Jim Murphy pula, aspek kebersihan

seperti penghiasan kelas dapat menyediakan keadaan pembelajaran yang selesa kepada murid-murid

di samping membudayakan mereka dengan amalan kebersihan.

Kedudukan kumpulan kecil yang berada di tengah-tengah kelas juga tidak wajar kerana akan

menghalang pandangan murid-murid yang berada di kumpulan belakang. Keadaan ini berlaku apabila

murid yang tinggi diletakkan di tengah-tengah kelas tersebut. Jadi, kumpulan kecil ini perlulah

diletakkan di bahagian belakang kelas.Terdapat pelbagai tujuan guru dalam membentuk kumpulan

kecil dalam kelas. Antaranya adalah bagi melaksanakan kegiatan pemulihan bahasa ataupun mata

pelajaran lain. Murid-murid yang pemalu, penakut, dan gugup yang berada dalam kelompok ini dapat

diberikan sokongan moral oleh guru apabila berada di kedudukan belakang ini kerana mereka akan

malu dengan rakan-rakan sebaya yang lain.

Dalam kecanggihan zaman teknologi siber, alat bantu mengajar (ABM) tradisional masih lagi

digunakan sebagai asas pengajaran kerana bahan yang digunakan adalah lebih murah. Mengikut

Noraziah Abdul Hamid dalam bukunya yang bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa,
ABM merupakan satu medium bagi menyampaikan wadah kepada murid memalui proses P&P dengan

lancar. Bahan ini dapat menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif dan menarik minat

murid untuk terus belajar. Guru juga dapat menerangkan dengan lebih mendalam di samping

membuat demonstrasi secara amali. Antara contoh ABM yang digunakan oleh guru bahasa

termasuklah kamus, ensiklopedia, peta minda, Oleh itu, ABM perlu disusun dengan baik oleh guru

dalam perabot dan rak buku supaya ia mudah digunakan apabila diperlukan kelak.

Sebagai tambahan, sesebuah kelas perlu mengadakan ruangan di hadapan kelas seperti yang

terdapat dalam Lampiran B supaya pengajaran yang bercorak amali dan aktiviti dapat dijalankan. Hal

ini dapat menjadikan murid cergas dan aktif berbanding dengan hanya duduk di tempat masing-

masing. Murid-murid juga menjadi lebih tertarik dengan kaedah pengajaran guru ini. Secara fitrahnya

seorang kanak-kanak memang suka bermain. Justeru, guru perlulah memahami mereka dengan

melaksanakan pelbagai teknik pengajaran seperti main peranan, dan sosiodrama. Jadi, konsep

belajar sambil bermain perlu diaplikasikan oleh guru dengan menyediakan ruangan kosong di

hadapan kelas untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

Ruang-ruang pembelajaran pula diadakan bagi memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti

pembelajaran. Dalam buku yang berjudul Open Education and The American School, R.S Barth

menyatakan bahawa, “Konsep pendidikan terbuka merupakan satu pendekatan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Murid bebas untuk memilih bahan pembelajarannya sendiri dan guru

hanya berperanan sebagai penasihat dan pemantau aktiviti pembelajaran yang dilakukan murid itu.”

Jadi, ruang-ruang pembelajaran seperti ruang bacaan perlu diwujudkan seperti yang terdapat dalam

Lampiran B bagi menjayakan proses pembelajaran.

Aspek fizikal lain yang perlu ditambah dalam kelas ini adalah papan kenyataan. Papan kenyataan

penting dalam kelas untuk memaparkan informasi, peraturan, serta jadual bertugas. Peraturan penting

supaya murid-murid mematuhi undang-undang dan larangan semasa di bilik darjah. Jadual bertugas

pula dapat mempamerkan tanggungjawab murid untuk membersihkan kelas. Peraturan dan undang-

undang ini jelasnya dapat menjimatkan masa guru. Kelas yang berada dalam keadaan bersih

mempermudah proses pengajaran yang hendak dilakukan. Selain itu, kewujudan papan kenyataan ini

akan memberikan impak positif ke dalam diri murid. Murid-murid akan dilatih supaya sentiasa peka

dengan informasi yang diberikan oleh guru. Oleh itu, guru hendaklah meletakkan papan kenyataan di

depan kelas supaya dapat menjadi rujukan oleh semua murid.


4.0 KONKLUSI

Mengikut pandangan Sharifah Alwiyah Alsagoff , tokoh Falsafah Pendidikan dan Pedadogi Bahasa

Melayu, (1986) tiada suatu kaedah penyusunan meja dan kerusi murid yang tetap. Hal ini bermakna

tiada suatu susunan fizikal sebuah bilik darjah yang khusus untuk seorang guru patuhi. Namun,

seorang guru perlu sentiasa peka dan memahami iklim bilik darjah kelas mereka bagi memastikan

proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berjalan dengan lancar.

Guru juga perlu tahu bahawa pengurusan fizikal bilik darjah yang kondusif dapat membawa kepada

interaksi iaitu penyampaian dan pemindahan ilmu yang baik, dapat menyesuaikan aktiviti yang

dijalankan dengan pembelajaran, menjimatkan masa pelaksanaan aktiviti, serta dapat menyimpan

bahan rujukan dan bahan bantu belajar dengan baik. Perlu diingatkan bahawa seorang murid akan

mencontohi sikap gurunya bak kata pepatah guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Justeru,

guru hendaklah mengurus persekitaran bilik darjah dengan sebaiknya. Sikap guru ini akan menanam

nilai murni tersebut dalam diri murid-muridnya kelak.

Sebagai kesimpulan, seorang guru sewajarnya mempertimbangkan faktor-faktor pengurusan fizikal

bilik darjah yang meliputi ruang kelas, prosedur dan rutin, aktiviti dan sudut pembelajaran, serta

pergerakan dan perjalanan bilik darjah tersebut.

Refleksi

Pada 23 Februari 2009, kami telah mendapat tugasan Kerja Kursus Pendek Pengurusan Bilik Darjah

dan Tingkah Laku daripada Pn. Norzana bt Sulaiman. Tugasan ini sepatutnya dilaksanakan dalam

masa dua minggu. Namun, oleh sebab Institut mengadakan hari sukan pada 5 Mac 2009, jadi kami

perlu menghantar tugasan tersebut pada 4 Mac 2009, dua hari awal daripada tarikh penghantaran

tugasan yang sebenar.

Alhamdulillah tugasan dapat dilaksanakan dengan lancar. Tugasan memerlukan kami mengkaji

beberapa masalah dengan susunan fizikal bilik darjah yang diberikan dalam sebuah pelan, dan

memberikan cadangan mengenai cara-cara mengatasi bilik darjah tersebut dengan merujuk bilik

darjah KBSR yang ideal.

Justeru, pencarian maklumat telah saya lakukan sebaik sahaja taklimat mengenai penyerahan

tugasan dilakukan. Saya telah menjumpai beberapa buah buku rujukan di perpustakaan. Antaranya

ialah Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah dan ‘Teaching Practise Conversations’
yang banyak dapat membantu saya dalam mengenal pasti maslah yang dihadapi dalam pelan fizikal

tersebut.

Namun, saya berasa kecewa apabila pihak perpustakaan tidak dapat meminjamkan buku tersebut

kepada saya. Keadaan berlanjutan sehinggalah minggu terakhir penyerahan tugasan perlu dilakukan.

Pihak perpustakaan tidak dapat meminjamkan buku kerana ‘server down’. Saya berasa kesal dan

berharap agar masalah ini dapat diatasi segera oleh pihak sumber.

Selain itu, masalah ‘wireless’ yang tiada atau tidak dapat digunakan oleh pelajar IPGM-KBM juga amat

mengecewakan kerana perkara ini telah dihebahkan sejak tahun 2006 lagi tetapi tiada sebarang

tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, saya dapati bahawa masalah yang dihadapi dalam susun atur

fizikal kelas tersebut adalah dari segi meja guru. Meja guru tidak boleh membelakangkan murid.

Sementara meja murid juga tidak wajar membelakangkan meja guru. Selain itu, masalah yang jelas

kelihatan ialah pada kedudukan kumpulan murid yang tidak seragam dari segi susunannya. Ada pula

sebuah meja untuk seorang individu sahaja di belakang kelas tersebut. Kedudukan tingkap pula

dihalang oleh rak buku. Selain itu, kedudukan stesen komputer juga tidak strategik kerana berada di

belakang kelas. Tempat untuk mengasah pensel pula terlalu dekat dengan kedudukan murid. Begitu

juga halnya dengan kedudukan bakul sampah yang berada di depan kelas akan mencacatkan

pemandangan kelas. Kedudukan kumpulan kecil yang berada di tengah pula akan menghalang

pandangan murid-murid lain yang berada pada kedudukan belakang kumpulan mereka. Susunan

kelas dalam pelan tersebut juga agak padat dan tidak terdapat ruangan aktiviti.

Justeru, guru hendaklah mengurus persekitaran bilik darjah dengan sebaiknya. Sikap guru ini akan

menanam nilai murni tersebut dalam diri murid-muridnya kelak. Sebagai kesimpulan, seorang guru

sewajarnya mempertimbangkan faktor-faktor pengurusan fizikal bilik darjah yang meliputi ruang kelas,

prosedur dan rutin, aktiviti dan sudut pembelajaran, serta pergerakan dan perjalanan bilik darjah

tersebut.

Rujukan:

1) Murid dan Alam Belajar untuk PPPRP4T. Chong Lean Keow. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Selangor. 2008.
2) Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar.

Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 1994.

3) Teaching Practise Conversations, Plans, Action, and Performance. Jim Murphy. Pearson Sdn. Bhd.

Singapore. 2003.

4) KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa. Kamarudin Hj Husin. Vinlin Press Sdn Bhd. Kuala

Lumpur . 1989.

5) http://www.scribd.com/doc/11461772/Falsafah-Pendidikan-Islam-Dan-Timur

6) http://mpkt.edu.my/biamin/e-bisa/Teknologi_Pendidikan/papan_pengajaran.htm?

PHPSESSID=b44c177a7b673dea4201bfea87afaa90

7) http://profblogs.blogspot.com/2008/04/pengurusan-bilik-darjah-by-khairi-hj.html

 http://kocot.edublogs.org/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku/

9) http://blogs.iium.edu.my/marzuki/files/2009/02/pengurusan-dan-pengelolaan-bilik-darjah.pdf

http://jurnalpendidikan.com/psikologi/pengurusan-bilik-darjah-tingkah-laku/susunan-fizikal-

bilik-darjah-yang-ideal.html

You might also like