You are on page 1of 29

Wednesday, November 11, 2009

KARYA CETAKAN MEMPUNYAI KEUNIKAN


TERSENDIRI
Pada tanggal 29 Okt 2009 yang lepas saya sempat menghadiri perasmian pameran
'Print show' di Geleri Thereesixty di The Waterfront @ Park City di Desa Pak City
Kuala Lumpur. Pemeran cetakan ini berlangsung hingga 11 November 2009.

Pemeran ini adalah dari kumpulan pelukis muda dari lepasan UiTM yang mempunyai
inisiatif sendiri mengadakan pameran cetakan. Apa yang menarik ialah semangat
dan kesungguhan mereka mengadakan sebuah pameran cetakan yang jarang sekali
diadakan di negara ini.

Cetakan merupakan medium seni halus yang memerlukan pengetahuan khusus dari
segi alat dan bahan disamping kemahiran. Keunikan cetakan adalah hasil dari
inovasi pengkarya yang menampilkan kesan berbeza di atas dipermukaan karya.
Tidak ramai pengkarya seni halus menghasilkan media cetakan sebagai penampilan
dalam bentuk karya. Oleh itu saya terpanggil kepameran ini kerana mahu melihat
kesan inovasi cetakan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis muda.

Karya-karya yang dipamerkan menggunakan teknik cetakan relif, 'integelio', cetakan


skrin dan 'mono print'. pelukis Nadya Ahmad Kamal menampakan kemahiran dalam
proses cetakan 'etching', di mana menampilkan tiga buah karya. Karyanya bertajuk
Telinga Karipap mempunyai mana tersirat dengan menampilkan wajah seorang
wanita remaja dengan memek muka terkejut dan telinganya adalah karipap. Nadya
lebih cenderung mengaitkan situasi dalam dunia wanita. Kemahiran penggunaan
etching yang tradisional memberi kesan menarik pada cetakannya.

Pelukis Nur Adibah Nadiah merupakan pelukis muda yang terus menggunakan
cetakan relif kayu dan mengadunkan dengan bahan-bahan lain hingga teknik
karyanya menjadi cetakan mono. Karya bertajuk ' Almost There..' menampakan
kesan perasaan keremajaan gadis muda dalam dunia gubahan berkarya. Dengan
menggunakan warna merah dan imej alam yang ceria memberi kesan kepada emosi
khusus dari pengkarya.

Beberapa karya yang sangat berjaya, antaranya ialah pelukis Nasir Che Din yang
jelas menggunakan cetakan kayu dengan inovasi montaj memberi kesan yang
sungguh menarik. antara karya beliau ialah Simponi Alam, Taman Senja dan
keindahan Alam.

Sebenarnya dunia cetakan mempunyai suatu identiti tersendiri dalam gubahan.


Keunikan dari segi penampilan dan teknik menentukan suatu kelainan dalam
pengkaryaan.
BIO DATA   GALLERY   PRESS   ESSAYS   PROJECTS
 
 
   
SENI CETAK KONTEMPORARI MALAYSIA
    

Hasil penulisan tentang perkembangan seni cetak di Malaysia masih terlalu kurang jika dibandingkan dengan
seni catan.Seperti seni arca, seni cetak tidak begitu mendapat perhatian dalam perkembangan awal seni lukis
kontemporari Malaysia kerana perkembangan sejarah seni moden lazimnya dilihat dari sudut sejarah seni
catan.Hal ini diburukkan oleh hakikat bahawa seni cetak hanyalah kegiatan "seni pinggiran" bagi karyawan
catan pada peringkat awal perkembangan seni lukis kontemporari Malaysia.

Fenomena ini menyebabkan seni cetak terpinggir, meskipun dari sudut sejarah,seni cetak berkembang
seiringan dengan seni catan sewaktu era penjajahan Inggeris.Bastin dan Rohatgi dalam kajian mereka
menyebut bahawa penemuan teknik cetakan akuatin telah memungkinkan keindahan landskap tanah jajahan
yang dirakamkan menerusi lukisan dan catan pelukis Barat sekitar 1786 hingga 1824 dipindahkan dalam
bentuk seni.Dalam konteks ini, seni cetak turut memainkan peranan dalam mempopularkan tema landskap
dalam kegiatan seni lukis era penjajahan.

Antara faktor lain yang menghalang seni cetak berkembang sebaik catan adalah kerana disiplin seni ini
memerlukan persediaan kelengkapan yang besar kos perbelanjaannya seperti penyediaan bengkel dengan
peralatan-peralatan khusus.Hal ini tidak memungkinkan kegiatan seni cetak dilakukan secara serius oleh
kebanyakkan pelukis,kecuali mereka yang benar-benar komited.

Di samping faktor-faktor fizikal ini, seni cetak turut dihimpit oleh kecenderungan khayalak dan institusi seni
yang secara umumnya lebih memihak kepada seni catan, baik dalam konteks penaungan,pemilikan,mahupun
penganjuran aktiviti serta pemeran.Kefahaman khayalak terhadap konsep dan etika disiplin seni cetak asli
masih diragukan,serta lenyapnya batasan dalam mentakrifkan cabang-cabang seni halus juga merugikan
bidang seni cetak.

Di samping itu,kemunculan seni digital yang berlandaskan kemajuan teknologi komputer turut mencabar
kewibawaan bidang seni cetak dalam mengharungi arus perkembangan seni lukis
negara.Justeru,kepentingan pengertian seni cetak semakin dipersoalkan.

Perkembangan awal seni cetak kontemporari di negara ini boleh dirujuk kepada kegiatan seni cetak potongan
kayu oleh pelukis-pelukis Akedemi Nanyang di Singapura pada akhir tahun 1940-an.Tidak seperti kegiatan
seni catan awal pada akhir tahun 1920-an yang tertumpu pada tema landskap alam semula jadi yang
romantis,karya seni cetak awal lebih banyak menggambarkan suasana kehidupan seharian
masyarakat,seperti kehidupan pekerja buruh kasar,peniaga,dan kehidupan penduduk di kawasan setinggan
dan kampung Melayu.Hal ini ada kaitan dengan prinsip seni pelukis Nanyang,kecenderungan media massa,
dan pengaruh seni cetakan kayu Cina.

Meskipun kecenderungan merakamkan pemandangan tempatan menjadi trend umum pelukis-pelukis


nanyang sejak penubuhannya pada tahun 1938,terdapat sekumpulan pelukis muda akademi itu pada akhir
tahun 1940-an yang lebih berminat menggambarkan tema kemasyarakatan.

Mereka terdiri daripada beberapa tenaga pengajar muda seperti Lim Yew Kuan,Chuah Mia Tee,dan Tan Tee
Chie.Mereka menganggap diri mereka sebagai pelukis realis yang menekankan gambaran realiri kehidupan
seharian tanpa ciri-ciri romantik dan sentimental.

Perkembangan tema dan gaya seni lukis kontemporari Malaysia pascamerdeka banyak dipengaruhi oleh
faktor pendidikan.Pada dekad 1950-an,dua kumpulan pelukis yang penting telah ditubuhkan di Kuala
Lumpur,iaitu Wednesday Art Group (1952) dan Angkatan Pelukis Semenanjung (1956),Ketika negara belum
mempunyai sekolah seni lukis secara formal, kedua-dua kumpulan ini memainkan peranan besar dalam
mengembangkan seni lukis menerusi kelas-kelas lukisan yang dianjurkan.

Pada tahun 1954 program latihan guru seni lukis diperkenalkan di Institut Perguruan Ilmu Khas untuk
melahirkan guru-guru terlatih dalam mengendalikan mata pelajaran seni lukis di sekolah-sekolah.Kesedaran
akan pentingnya pendidikan seni serta kekurangan guru-guru terlatih memungkinkan lebih ramai pelukis
dihantar belajar ke luar negara bagi mendalami bidang seni.Antara mereka ialah Tay Hooi Keat,Syed Ahmad
Jamal,Abdul Latiff Mohidin,Lee Joo For,Yeoh Jin Leng,Ismail Zain,dan Ibrahim Hussein.Pada dekad 1960-an
lebih banyak pelukis menuntut di luar negara,seperti Redza Piyadasa,Sulaiman Esa,Joseph Tan,Long Thien
Shih,Loh Foo Sang,Hashim Hassan,dan Ahmad Khalid Yusof.

Lee Joo For dan Abdul Latiff Mohidin adalah antara pelukis negara yang aktif menghasilkan karya seni cetak
pada dekad 1960-an.Meskipun begitu,seni cetak umumnya masih bersifat sampingan kerana kerja kreatif
utama pelukis Malaysia ketika itu ialah catan.Menerusi cetakan gurisan asid dan potongan lino,Lee Joo For
menggabungkanjalinkan imejan-imejan kepelbagaian budaya yang dipinjam daripada kesenian dan tradisi
Jepun,India,dan malahan daripada karya-karya pelukis moden seperti Matisse,Picasso,dan kubisme.

Meskipun kegiatan seni cetak masih bersifat pinggiran,terdapat juga beberapa pameran khusus mengenainya
di Kuala Lumpur pada sekitaran dekad 1960-an itu.Antaranya pameran seni cetak potongan kayu Akedemi
Nanyang (1966) dan pameran gurisan asid pelukis Atelier 17 Paris di Galeri Samat (1968)

Pameran-pameran seumpama ini telah mendedahkan khayalak,terutamanya guru-guru dan murid-murid


sekolah akan keunikan seni cetak,justeru telah mempopularkan bidang seni cetak potongan lino di sekolah-
sekolah.Edward Pragasam adalah antara guru seni cetak yang gigih mendidik pelajar-pelajarnya seni cetakan
lino di Sekolah Menengah Baki Johor Bahru pada sekitar 1970-an.

Menjelang akhir tahun 1960-an,lebih banyak pelukis tempatan melanjutkan pengajian di luar negara.Antara
mereka yang turut menyumbang ke arah perkembangan gaya dan tema seni cetak di negara ini ialah
Sulaiman Esa,Long Thien Shih,Loo Foh Sang,dan Ahmad Khalid Yusof.Long Thien Shih,Loo Foh Sang,dan
Abdul Latiff Mohidin mengikuti pengajian seni cetak di Atelier 17,Paris,pada akhir dekad 1960-an.

Ahmad Khalid Yusof yang menuntut di Wichester School of Art di England (1965-69) banyak menghasilkan
karya seni cetak sutera saring pada tahun 1970-an,begitu juga dengan Lee Kian Seng yang belajar seni cetak
di Institut Seni Cetak Tokyo,Universiti Seni Halus Jepun.Sumbangan para pelukis ini dalam perkembangan
gaya dan tema seni cetak Malaysia begitu menyerlah mulai tahun 1970-an.
Long Thien Shih dalam tulisannya menyebut bahawa pada akhir tahun 1960-an,karya seni cetak terus
terpinggir oleh kepopularan seni catan abstrak dan seni catan bukan objektif.Seni cetak yang berukuran kecil
tidak dapat bersaing dengan karya catan yang besar.

Dalam keadaan seni cetak terus terhimpit,kegigihan beberapa pengkarnya untuk terus mengetengahkan seni
cetak telah memastikan ia tidak terus terkubur.Dalam konteks ini,penglibatan para lulusan Atelier
17,Paris,seperti Long Thien Shih,Loo Foh Sang,Abdul Latiff Mohidin,dan Sulaiman Esa,serta karyawan-
karyawan lain seperti Lee Joo For,Ahmad Khalid Yusof,dan Lee Kian Seng amat penting dalam meneruskan
tradisi seni cetak kontemporari di negara ini.

Pada tahun 1970 seni cetak menerima nafas baru apabila ditawarkan sebagai satu bidang pengkhususan di
samping catan dan arca dalam program diploma seni halus di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka
(KSSR),Institut Teknologi MARA (ITM).Antara tenaga pengajar ketika itu ialah Abdul Latiff Mohidin,Sulaiman
Esa,Lee Kian Seng,dan Kok Yew Phuah.

Penawaran seni cetak sebagai satu bidang pengkhususan dalam program seni halus di KSSR,ITM telah
berjaya menghasilkan banyak pengkarya seni cetak yang utama di negara ini seperti Ponirin Amin,Mansor
Ibrahim,Ismail Latiff,Juhari Said,Awang Damit Ahmad,Rahime Harun,Bahaman Hashim,dan Mohd Jamil Mat
Isa.

Sistem kurikulum yang membolehkan pelajar memilih bidang pengkhususan major dan minor daripada
cabang-cabang seni catan,arca dan cetakan telah memungkinkan pelajar-pelajar di institusi itu terdedah
kepada seni cetak.Hasilnya,mereka kenal dan mampu menghasilkan karya seni cetak,kalaupun tidak
menjadikannya sebagai ,edium ekspresi estetik yang utama.

Ada antara lulusan seni cetak itu yang melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang seni cetak itu yang
melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang seni cetak dan kembali sebagai tenaga pengajar,misalnya
Ponirin Amin (West Surrey School of Art and Design,Manchester Polytechnic UK),Abdul Mansor Ibrahim
(Atelier 17,Paris),Bahaman Hashim (School of Art Institute,Chicago),dan Mohd. Jamil Mat Isa (University of
Central England).

Juhari Said pula menerima anugerah penyelidikan daripada Kerajaan Perancis untuk mengikuti pengajian
seni cetak di Paris pada tahun 1993 dan anugerah daripada Japan Foundation untuk mengikuti pengajian seni
cetak tersohor Jepun Yoshisuke Funasaka.Dalam barisan nama pelukis tanah air,Juhari Said muncul sebaga
salah seorang pengkarya seni cetak sepenuh masa yang paling profilik,gigih,konsisten dan berjaya.

Selain penawran seni cetak sebagai bidang pengkhususan program seni halus di institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan,suasana sihat seni cetak pada dekad 1970-an turut tercermin menerusi panganjuran pameran
dan pertandingan seni cetak oleh Balai Seni Lukis Negara.Lee Kian Seng memenangi hadiah utama menerusi
karya of Image Object,Illusion off Series Mechanism dalam Pertandingan Terbuka Seni Lukis dan Cetakan
Grafik 1971 anjuran ESSO dan dikelolakan oleh Balai Seni Lukis Negara.Pameran Terbuka dan Pertandingan
Seni Cetak Kebangsaan pada tahun 1974 yang bertujuan menghidupkan minat terhadap seni grafik di negara
ini menerima 196 karya daripada 41 peserta.Karya serigrafi Raja Zahabuddin Raja Yaacob yang berjudul Luar
dari yang Tidak Diketahui memenangi hadiah utama.Dalam Salon Malaysia 1978/79,karya Ponirin Amin
berjudul Di Atas Pentasmu Nan Sepi dan karya Ismail Latiff Lembah Binaan memenangi anugerah Frank
Sullivan.

Tema dan gaya seni cetak tidak terpisah daripada isu-isu berkaitan kebudayaan dan kesenian
setempat,terutamanya dalam persoalan mencari identiti.Setelah gaya seni abstrak Barat mendominasi seni
lukis dekad 1960-an,para pelukis berusaha mencari pengucapan seni yang baru bersesuaian dengan rupa
dan jiwa setempat,di samping mempersoalkan gaya sedia ada.

Justeru,muncul kumpulan pelukis yang berusaha mencari gaya estetik alternatif menerusi pameran-pameran
seperti The New Scene (1969),Experiment ' 70 (1970),dan Dokumentasi ' 72 (1972).Pelukis-pelukis yang
terlibat dalam pameran-pameran ini ialah Redza Piyadasa,Sulaiman Esa,Tan Teong Eng,Tan Teong
Kooi,Tang Tuck Kan,dan Choong Kam Kow.

Mohamed Ali Abdul Rahman dalam kajiannya Modern Malaysian Art : Manifestation of Malay Form and
Content antara lain menghuraikan aspek-aspek rupa dan jiwa Melayu dalam karya-karya seni tempatan
terjelma menerusi rujukan para pelukis terhadap kesusasteraan dan mitologi ; agama,kepercayaan dan adat ;
alam semula jadi,kuasa ghaib dan luar biasa ; serta hikayat da lagenda.Sumber-sumber asas ini diolah oleh
para pengkarya menerusi tatabahasa visual yang pelbagai.

Pendekatan figuratif dalam seni cetak digunakan oleh Long Thien Shih dan Lee Kian Seng dalam
menyelesaikan persoalan identiti.Long Thien Shih menerusi cetakan gurisan asid Not Yet,But It's Going To
Happen (1971) dan Roh-roh yang Mentertawakan Kita (1975) menggabungjalinkan unsur-unsur jenaka dan
surealistik bagi membangkitkan isu kemanusiaan dan alam sekitar.Lee Kian Seng pula menggunakan ciri-ciri
seni pop melalui teknik serigrafi dan batik untuk menggarap isu-isu jati diri dan identiti seperti dalam Of Image
Object,Illusion off Series Mechanism (1971) dan Yin Yang Series Soul and Form ... Sound (1973/74).

Persoalan identiti,terutamanya isu pertembungan atau konflik nilai Timur-Islam dengan Barat telah dikupas
oleh Sulaiman Esa menerusi karya cetakan gurisan asid yang kontroversi berjudul Waiting For Godot
(1978).Pertentangan nilai itu dikiaskan oleh pelukis menerusi imejan figura wanita bogel yang mewakili
budaya barat dengan ragam hias seni bina Islam bagi mewakili nilai-nilai Islam.

Dalam konteks seni lukis kontemporari Malaysia,Piyadasa menyifatkan salah satu sumbangan besar
Sulaiman Esa dalam dunia seni lukis tempatan adalah menerusi bidang seni cetak yang diceburinya.
Menjelang pertengahan 1980-an,Sulaiman Esa menemui identiti keislaman dalam seninya menerusi karya-
karya abstrak motif Islam ke Arah Tauhid

Kongres Kebudayaan Kebangsaan mempengaruhi terutamanya bentuk dan makna karya-karya seni cetak
pelukis Melayu dan lulusan KSSR,ITM.Ahmad Khalid Yusof menerusi catan dan cetakan sutera saring seperti
Alif Ba Ta (1971) menggunakan huruf-huruf Jawi sebagai motif seni yang bukan sahaja menyelesaikan
masalah ruang dan permukaan karya malah menjawab kepada persoalan mencari identiti seni berteraskan
nilai-nilai tradisi dan keislaman.Dalam konteks ini,dia telah sejak awal 1970-an menyelesaikan isu-isu yang
dibangkitkan dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan.

Di samping Ahmad Khalid Yusof,nafas kesenian Islam turut terjelma dalam karya-karya cetakan Ponirin
Amin,lulusan dan tenaga pengajar di ITM.Berbeza daripada Ahmad Khalid Yusof yang menggunakan
Jawi,Ponirin memindahkan petikan-petikan ayat suci al-Quran ke dalam karya seni cetaknya,justeru
menghubungkan secara langsung tradisi seni cetak kontemporari Malaysia dengan pendekatan seni Islam.

Karyawan-karyawan lain yang turut merujuk kepada aspek-aspek tradisi dan peribumi ialah Victor Chin,Ilse
Noor,Tay Chee Toh,Ismail Latiff,Othman Mansor,Lai Loong Seng,Mansor Ibrahim,Juhari Said,Awang Damit
Ahmad,Mohd Jamil Mat Isa,dan Wan Jamarul Imran.

Antara pengucapan unik yang tercermin dalam karya-karya Juhari Said,merujuk kepada peribahasa dan
simpulan bahasa sebagai asas subjek dan pengerak bentuk serta mesej,seperti dalam karya Katak Nak Jadi
Lembu (1999) dan Bila Telunjuk Menunding,Tiga Jari Menunding ke Arah Kita (1996).Rujukan terhadap
kedua-dua cabang kesusasteraan tradisi ini amat menarik dan segar,kerana sebelumnya banyak karyawan
merujuk kesusateraan tradisi sebagai sumber ilham,tetapi lebih tertumpu pada aspek-aspek sejarah,hikayat
dan legenda.

Namun begitu,sebelum menemui siri karya berasaskan peribahasa dan simpulan bahasa ini,Juhari telah
melewati beberapa tahap penting dalam kariernya : era percubaan (1982/83) ; pencarian subjek kukuh
(1984/85) ; siri taman (1986/89) ; siri baju kurung (1990/92) ; dan printmaker's drawing : baju kurung no. 1-9
(1993).Karyanya Tiga Cawan Kopi (potongan kayu dan lino,1991) memenangi hadiah utama bahagian seni
cetak dalam salon Malaysia 1991/1992.

Percubaan beberapa karyawan memperkenalkan teknik cetakan komputer dari satu sudut memperluaskan
kemungkinan baru dalam pengolahan tatabahasa visual seni itu,dan dari satu sudut yang lain memperjudikan
nilai seni cetak asli dengan mengaburkan definisi dan etika penghasilannya.

Penerimaan karyawan dan khayalak seni cetak terhadap cetakan komputer Kamarudzaman Md Isa Tanpa
Tajuk (1985),ataupun karya-karya Ismail Zain Al Rumi (1986) dan Happy Birthday,Mr. Parameswara (1987)
sebagai seni cetak asli ,masih boleh dipertikaikan.Namun begitu,dalam era pluralis yang menyaksikan
peranan seni berpihak kepada suatu wadah pernyataan,apa jua bentuk seni yang dilihat daripada persepsi
konvensional akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan kemungkinan.

Jika direnungkan kembali serta dibandingkan dengan perkembangan pada dekad 1940-an hingga akhir 1960-
an,seni cetak di negara ini ternyata telah melalui satu proses perubahan yang memberansangkan,sama ada
dari segi tema mahupun gaya,ataupun penerimaan khayalak dan institusi seni secara umumnya.

Dalam era pluralis yang memberi banyak ruang serta kebebasan untuk pelukis berkarya tanpa dikongkong
oleh batasan perngertian bentuk seni,kefahaman khayalak terhadap konsep dan etika disiplin seni cetak asli
sewajarnya diperkukuhkan.Lenyapnya batasan dalam mentakrifkan seni cetak asli hanya akan merugikan
bidang seni cetak itu sendiri.

Kemunculan seni digital yang berlandaskan kemajuan teknologi komputer turut mencabar kewibawaan bidang
seni cetak dalam mengharungi arus perkembangan seni lukis negara.Justeru,pengertian serta etika
menghasilkan seni cetak asli sewajarnya dipelajari dan dipertahankan,di samping menggunakan kemajuan
teknologi sebagai pengukuh dalam proses pengkaryaan.

Oleh MULIYADI MAHAMOOD


Dewan Budaya Julai 2003
    
    
    
 
 
http://www.juharisaid.com/essays/seni_cetak.html

masa: 6.15 pm

tarikh: 13.1.2011

hari: khamis
BIO DATA   GALLERY   PRESS   ESSAYS   PROJECTS
 
     
Juhari Said

Alamat / Address

  Akaldiulu, Hulu Langat, 43100,Selangor  

E-mail: akaldiulu @ gmail . com

Lahir / Born 6 Januari 1961


       
  Pendidikan / Education  
       
  1979-1983 - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia  
       
  Anugerah / Awards  
       
  2009 - Anugerah Karyawan Seni by ministry of Unity, Culture, Arts and Heritage Malaysia  
       
  2008 - Ahlicipta (Creative Fellow), School of Arts, Universiti Sains Malaysia  
       
1994 - Fellowship Programme to study traditional woodblock print in Tokyo under the tutelage of
   
Mr. Yoshisuke Funasaka, awarded by Japan Foundation
       
  1993 - Research Grant for Printmaking in Paris awarded by the Government of France  
       
    - 2nd ASEAN Workshop, Symposium & Exhibition of Asthetics, Manila, Philippines  
       
  1991 - Major Award for Printmaking, Salon Malaysia 1991  
       
  1990 - Pemodalan Nasional Berhad Award  
       
  Pameran Perseorangan / Solo Exhibitions  
       
  2010 - Ritual-Neografica, Galerie Vivant, Ginza, Tokyo  
       
  2010 - Before, Galeri Seni Mutiara, Penang  
       
  2009 - Samudra,Muzium & Galeri Tuanku Fauziah,USM, Pulau Pinang  
       
  2007 - Okir, Wei-Ling Gallery, Kuala Lumpur  
       
  2003 - Akal dimata Pisau, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur  
       
  1999 - Solo Exhibition of Woodcut Print, AAL-Galerie Karl Stroble, Vienna, Austria  
       
  1996 - Solo Exhibition of Woodcut Print, Miyabi Gallery, Fukuoka, Japan  
       
  1995 - Solo Exhibition of Woodcut Print, Art Salon, Kuala Lumpur  
       
  1994 - Solo Exhibition of Woodcut Print, Yoyogi Gallery, Tokyo, Japan  
       
  1989 - Solo Exhibition of Woodcut Print, Gallery Le Classique, Kuala Lumpur  
       
  Pameran Berkumpulan / Group Exhibitions  
       
  2009 - Pameran ''Go Block : 5 Contemporary Malaysian Printmakers Galeri Petronas  
       
  2008 - Pameran pelukis perak,Galeri Chandan,Kuala Lumpur  
       
    - Festival International Des Arts Plastiques De Monastir,Tunisie  
       
  2007 - East meets West, Rutan Gallery, Ginza, Tokyo  
       
  2006 - Muhibah Seni Rupa : Malaysia-Jordan, Galeri Shah Alam, Selangor  
       
  - "Vietnam-Malaysia Contemporary Fine Art Exhibition 2006", Vietnam Fine Art Museum,
   
Vietnam
       
    - 18@8 : Kuala Lumpur to Karachi, Amin Gulgee Gallery, Pakistan  
       
    - Malaysia, Philippines, Vietnam Art Exchange Exhibition, Soka Gakkai Malaysia  
       
  2005 - Talent For The World, The First Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
    - 20th Asian International Art Exhibition Ayala Museum, Manila, Philippines  
       
    - Malaysia-Vietnam Contemporary Art Exhibition , Soka Gakkai Malaysia  
       
  2004 - 19th Asian International Art Exhibition, Fukuoka Asian Art Museum  
       
2002 - Tanpa Dinding Tanpa Tapak, Pameran Arca dan Instalasi ? Off Walls Off Pedestal, Outdoor
   
installation & sculptures, Selangor, Malaysia
       
    - Grafika III, Citra Gallery, Kuala Lumpur  
       
  2001 - Pameran Seni Asian Antarabangsa / Asian International Art Exhibition, Guandong Museum  
of Art, China
       
  2000 - Millenium Grafica, International Print Exhibitions, Yokohama, Japan  
       
    - Y2K International Exhibitions of Prints, Chung Cheng Gallery, Taiwan  
       
    - Langkawi International Festival of Arts Ibrahim Hussein Museum, Langkawi  
       
    - 10/2000 Ten Artists for the new millennium, Art Salon, Bangsar, Kuala Lumpur  
       
    - Rupa Malaysia, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
  1999 - 14th Asian International Art Exhibition, Fukuoka Art Museum, Japan  
       
    - Malaysian Contemporary Art Exhibition, China Museum of Art, Beijing, China  
       
    - The Art of Printmaking, Art Case, Kuala Lumpur  
       
    - Arianne-Essor, Petronas Gallery, Kuala Lumpur  
       
  1998 - 13th Asian International Art Exhibition, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
    - Expressi Timur Barat, Gallery Casa Cantabria, Madrid, Spain  
       
    - Rupa, Brunei Gallery, School of Orient and African Studies, London  
       
    - Gema, Visual Echoes, Gallery Manes, Prague, Czech Republic  
       
    - Arianne-Essor Exhibition  
       
    St. John Museum, Lleida, Catalan, Spain-  
       
    - Palais des Roisde Majorue, France  
       
    - Grafika II, Maybank Gallery, Kuala Lumpur  
       
  1997 - 12th Asian International Art Exhibition, Center de' Activades Turisticas, Gonzoga, Macau  
       
    - 8th Asian Art Biennale, Bangladesh  
       
    - 8th International Biennale Exhibition of Potrait  
       
    - Drawings and Grafics Tuzla 97', Bosnia-Herzogovina  
       
    - Premiere Trienale Mondiale d'Estamps Petit-Format, Chamelieres, France  
       
    - Risalah dari Malaysia:  
       
    - Germering City, Germany  
 
- Medunarodna Galerija potreta, tuzla
 
- Dom Armije Sarajevo, Bosnia Herzogovina
 
- Umjetnika Galerija,Dubronik, Croatia
 
    - Pekan Seni Ipoh Exhibition, Perak, Malaysia  
       
1996 - 1st Malaysian Annual Exhibition of International Contemporary Prints, Central Art Gallery, -
   
Kuala Lumpur
       
    - 11th Asian International Art Exhibition, Metropolitan Museum of Manila, Philippines  
       
    - Thai-Malaysian Art Exchange Exhibition, Petronas Gallery, Kuala Lumpur  
       
    - Grafika, Creative Centre, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
    - Pengucapan Islam dalam Kesenian, Petronas Gallery, Kuala Lumpur  
       
  1995 - 5th Print Kyushu Special Exhibition, Japan Asia Prints Exhibition, Fukuoka, Japan  
       
    - Art Actual, Arianne-Essor, Palais Du Roi de Rome, Rambouillet, France  
       
    - 10th Asian International Exhibition, Singapore Art Museum, Singapore  
       
    - Exposition Art Actuel, Dammary-les Lys Castle, France  
       
    - Window to the Tropics, Gallery Vivant, Ginza, Tokyo, Japan  
       
    - The 1995 Asia Prints Exhibition, Kohsiung, Taiwan, Republic of China  
       
    - Alternative Printmaking Art Exhibition, Petronas Gallery, Kuala Lumpur  
       
    - Expression 95', Nanyang Gallery of Art, Kuala Lumpur  
       
  1994 - 9th Seoul International Biennale, Seoul, South Korea  
       
    - Premiere Trienale Mondiale d'Estamps Petit-Format, Chamelieres, France  
       
    - Malaysian Experience Trough Art, Belum, Sanctuary Expedition, National Art Gallery  
       
  1993 - 2nd Asean Workshop, Symposium & Exhibition on Aesthetics, Manila, Philippines  
       
    - 8th Asian International Art Exhibition, Fukuoka City Art Museum, Japan  
       
    - Art Exhibition, Maybank Gallery, Kuala Lumpur  
       
    - Malaysian Art 93', Petronas, Kuala Lumpur  
       
    - Art Salon's First 12 Months, Kuala Lumpur  
       
    - Komunikasi Melalui Grafik Seni Cetak, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
  1992 - 6th Asian International Art Exhibition, Fukuoka, Japan  
       
    - 7th Asian International Art Exhibition, Bandung, Indonesia  
       
    - Contemporary Asia Print Exhibition, Muraokaya Gallery, Fukuoka, Japan  
       
    - RATT-HELP Art Exhibition, Kuala Lumpur  
       
    - Open Art Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
    - Contact in Prints, Citra Gallery, Kuala Lumpur & Shah Alam Gallery  
       
  1991 - 5th International Biennale Print Exhibition 1991, Taipei Fine Art Museum, Republic of China  
       
    - Asian Art Biennale Bangladesh 1991, Shipakala Art Academy, Bangladesh  
       
    - Malaysian Modern Artist's Exhibition, Muraokaya Gallery, Fukuoka, Japan  
       
    - Osaka Trienale '91 Osaka, Japan  
       
    - Premiere Trienale Mondiale d'Estamps Petit-Format, Chamelieres, France  
       
    - The 11th International Print Biennale, Fine Art Centre, Seoul, South Korea  
       
    - Exhibition of Print-Indonesian and Malaysian Artists, Dacenta Gallery, Indonesia  
       
    - 5th Asian International Art Show, National Art Gallery  
       
    - Salon Malaysia, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
    - Pameran Muhibbah-12 for Bandung, Citra Gallery, Kuala Lumpur  
       
    - Open Show 91', Shah Alam Gallery, Selangor  
       
    - 33 years after... Regent Hotel, Kuala Lumpur  
       
    - Pameran Identiti, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
  1990 - 8+8 Art Exhibition, National Art Museum, Bangkok, Thailand  
       
  1989 - 4th Asian Art Show, Metropolitan Museum of Art Seoul, South Korea  
       
    - Post-Seoul International Art Show, Creative Centre, Kuala Lumpur  
       
  1988 - 3rd Asian International Art Exhibition, Fukuoka, Japan  
       
    - Open Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur. Post  
       
    - Fukuoka Art Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
    - Pameran Motivasi, Malayan Banking Gallery, Kuala Lumpur  
       
  1987 - Open Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
    - Tasik Chini Art Show, Australian High Commision, Kuala Lumpur  
       
    - Invitation Show, Bank Negara, Kuala Lumpur  
       
    - Inspirasi Pahang, Australian High Commision, Kuala Lumpur  
       
    - Malaysian Art 57-87, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
  1986 - Young Contemporary Art Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
  1985 - Young Contemporary Art Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
    - Open Art Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
  1983 - Perdana Art Show, Universiti Malaya, Kuala Lumpur   
       
    - Young Contemporary Art Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur  
       
       
   
 
 
BIO DATA   GALLERY   PRESS   ESSAYS   PROJECTS
 
     
  Ritual - Neografica, solo exhibition June 2010, Vivant gallery, Tokyo  
     

   

         
Circle, woodcut / Bamboo Red infinity, woodcut / White infinity, woodcut / Bamboo
on handmade paper, 76 x Bamboo on handmade on handmade paper, 76 x 53 cm.,
53 cm., 2010 paper, 76 x 53 cm., 2010 2010
             

   

         
Universe, woodcut / Twin, woodcut / Bamboo Staircase, woodcut / Bamboo on
Bamboo on handmade on handmade paper, 76 x handmade paper, 76 x 53 cm.,
paper, 76 x 53 cm., 2010 53 cm., 2010 2010
     
     
  Samudra  
     

   

         
Arus, wood & oil paint, 186 x Delima, wood & oil paint, Diri, wood & oil paint, 183 x
26 x 10 cm., 2009 208 x 40 x 8 cm., 2009 32 x 11 cm., 2009
             

     

         
Nyala, wood & oil paint, 182 liuk, wood & oil paint, 184 x
x 27 x 11 cm., 2009 44 x 11 cm., 2009
     
     
  Okir, Wei Ling Gallery, Kuala Lumpur, 2007  
     
   

   

         
Laga dan Taji, wood & oil Okir exhibition, Wei Ling
Okir 24, wood & oil paint,
paint, 232.5 x 45.5 x 8 cm. Gallery, Kuala Lumpur,
100 x 46 x 5 cm., 2009
& 239 x 44 x 8 cm., 2006 2007
         
   

         
Okir 26, wood & oil paint, Okir 28, wood & oil paint, Okir 25, wood & oil paint,
112 x 51 x 8 cm., 2009 114 x 24 x 7.5 cm., 2009 102 x 53 x 8 cm., 2009
         

       

         
Okir 29, wood & oil paint,
183 x 27 x 11 cm., 2009
     
     
     
     
  Go block exhibition, Petronas Gallery, Kuala Lumpur, 2009  
     

     

   

         
Untitled, earth, pigment,
Untitled, earth and pigment,
saw dust and neon light,
variable dimentions, 2009
variable dimentions, 2009
     
   
Kilimanjaro in Nagasaki
     
   

   

Title: Kilimanjaro In
Title: Blue Mountain Title: Blue Mountain II
Nagasaki
Year: 1994 Year: 1994
Year: 1994
Medium; Woodblock Medium: Woodblock
Medium: Woodblock
Size: 124 x 97 cm Size: 59.5 x 79.5 cm
Size: 124 x 94 cm
         

   
         
Title: Back Off Title: Watching You Title: Rio
Year: 1995 Year: 1995 Year: 1995
Medium: Woodblock Medium: Woodblock Medium: Woodblock
Size: 74 x 91.5 cm Size: 74 x 91.5 cm Size: 38.5 x 52.5 cm
         

   
         
Title: Direction   Title: Barking Dog   Title: Shark!
Year: 1995 Year: 1995 Year: 1995
Medium: Woodblock Medium: Woodblock Medium: Woodblock
Size: 74 x 91.5 cm Size: 28 x 30 cm Size: 38.5 x 52 cm
         

   
         
Title: Supper In Sado Title: Columbia in Sado Title: Sailing
Year: 1994 Year: 1994 Year: 1994
   
Medium: Woodblock Medium: Woodcut Medium: Woodcut
Size: 60 x 79 cm Size: 61 x 80 cm Size: 44.5 x 60 cm
     
     
     
     
     
 
 
 
 
 
 
BIO DATA   GALLERY   PRESS   ESSAYS   PROJECTS
 
     
  Printmaking (Malay / English)  
Juhari Said
October 2010

Lagu Kebangsaan (Malay)


Juhari Said
2009

Jauhari Juga Yang Mengenal Manikam:


Satu Catatan Mengenai Juhari Said, Ahli Cipta di Pusat Pengajian Seni, USM (Malay - English)
A. Rahman Mohamed
2009

Catatan Menuju Samudra (Malay - English)


Safrizal Shahir
2009

AP Studio (Malay)
Juhari Said
October 2008

Okir
Awang Damit Ahmad (Malay - English)
August 2007

Bagaimana Saya Berjumpa Mereka (Malay)


Juhari Said
October 2005

The Woodcuts of Juhari Said (English)


Prof. Dr. Zakaria Ali
2003

Dari Alam Peribahasa Ke Cungkilan Mata Pisau (Malay - English)


Baha Zain
2003
Seni Cetak Kontemporari Malaysia (Malay)
Dr Muliyadi Mahamood
July 2003

Whose art is it? (Malay)


Rosihan Zain
December 1997

Antara Baju Kurung Dan Secawan Kopi (Malay)


Dr Muliyadi Mahamood
October 1995

JUHARI SAID – Discovering His Creative Paradigm (English)


Awang Damit Ahmad
October 1995
     
     
     
 
 

BIO DATA   GALLERY   PRESS   ESSAYS   PROJECTS


 
  - Ritual - Neografica, Tokyo 2010  
     
  - Anees Maani, artist in residence at Akal Diulu  
     
     
 
Cetakan Lino
10:09 AM by ~Chik ya::

PENGENALAN

Cetakan ialah proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan
yang lain. Seni percetakan melibatkan kerja-kerja melukis, mengukir dan mencetak. Dengan
menggunakan blok, pemidang dan plat logam, imej dapat dicetak dengan banyak dan disebut
sebagai edisi. Semua karya yang dihasilkan dalam satu edisi adalah dianggap karya asli.
Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan
blok atau plat. Permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej yang terbentuk pada imej
atau blok tersebut dapat dipindahkan keatas kertas, kain atau bahan lain.

Cetakan dilihat hanya sebagai aktiviti seni kedua penting selepas lukisan, ukiran mahupun
fotografi. Hakikatnya, seni cetakan ini mempunyai daya hidupnya tersendiri, terus mekar dan
subur seiring kecanggihan persekitarannya. Daripada teknik tradisional seperti cetakan skrin,
potongan lino, potongan kayu, gurisan, litografi hingga ke sinaran kosmik dan cetakan kreatif
menggunakan teknologi komputer terkini, kita akur bahawa seni unggul melampaui fesyen
dan sentiasa menawarkan sesuatu yang baru, tanpa mengira tarikh ia dicipta ataupun usia
penciptanya.

Hasil terapan warna dari blok atau plat, atau menyapu warna melalui suatu stensil di atas
sesuatu permukaan dinamakan cetakan. Permukaan blok cetakan mungkin timbul, terbenam
atau rata bergantung kepada jenis cetakan. Permukaan yang boleh dicetak terdiri daripada
kertas, logam, kayu, plastik dan kanvas. Kelebihan cetakan ialah dapat menghasilkan cetakan
yang banyak dengan menggunakan blok atau stensil yang sama. Stensil atau blok boleh
disusun dengan cara-cara yang berbeza menggunakan warna-warna yang berlainan. Hasil-
hasil cetakan boleh disusun dalam bentuk siri (dinamakan edisi), dimana semua cetakan
dalam siri mereka. Cetakan juga merupakan proses menggambar atau mencorak yang
dihasilkan dengan mengguris atau memotong permukaan plat dan menggunakan pigmen.
Kemudian gambar atau corak dipindahkan pada permukaan kertas atau kain. Melalui teknik
cetakan, kita akan dapat menghasilkan beberapa edisi karya yang sama dengan mudah.
SEJARAH CETAKAN

Cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di China. Industri cetakan
mono blok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di Negara Barat pada abad ke-14
Masihi. Pada masa itu, kemahiran mencetak digunakan untuk mencetak bahan-bahan
keagamaan, perhiasan ilustrasi buku, poster untuk berkomunikasi, propaganda, bahan
pendidikan dan sebagainya. Hasil cetakan Albrecht Durer yang terkenal menggunakan blok
kayu sebagai blok cetakan. Karya cetakan ini mempamerkan kemahiran beliau dari segi
melukis dan mengukir.

Penggunaan warna dalam cetakan diperkenalkan pada abad ke-15. Di Malaysia, cetakan kayu
digunakan untuk mencetak kain sarung (kain terap hitam) sebelum kain jawa diperkenalkan.
Selepas itu, cetakan muncul menjadi salah satu cabang seni halus yang unik. Selepas itu
cetakan muncul menjadi salah satu cabang seni halus yang unik. Cetakan menjadi popular dan
digemari ramai kerana:

a) menyediakan beberapa salinan setiap edisi


b) harganya yang tidak mahal seperti hasil karya yang lain.
c) bersaiz sederhana yang membolehkannya menjadi bahan koleksi orang ramai.

Kini, industri cetakan yang menggabungkan teknik canggih melalui bantuan perisian
computer serta kemahiran seni grafik yang bermutu tinggi telah berjaya menjadikannya satu
saluran seni yang baik. Sejarah awal cetakan bermula pada tahun 3000 SM. Dikatakan
kumpulan sumaria membuat salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat
segi. Hasilnya mereka berjaya mebcetak bentuk relif. Cetakan blok kayu buatan tangan mula
muncul di Negara china pada kurun ke 8. pada ketika itu mereka menggunkan kertas sebgai
permukaan cetakan. Perkembangan cetakan di Negara Eropah bermula pada 1418 masihi.
Pada peringkat awal cetakan digunakan sebagi bahan-bahan pendidikan, keagamaan, bahan
propaganda dan cetakan tekstil untuk pakaian. Cetakan bewarna mula diperkenalkan sekitar
abad ke 15. di Malaysia, cetakan hanya bermula dengan menggunkan cetakan laser dan jet
menjadi semakin popular dikalangan generasi muda. Cetakan yang menggunkan computer
juga dikategorikan sebagai computer grafik
PERKEMBANGAN SENI CETAKAN TEMPATAN

Karya-karya seni cetak tempatan terhasil menerusi media potongan kayu. Misalnya, menerusi
karya yang berjudul ‘Awaiting’ oleh Tan Tee Chie dan ‘Pertunjukan Boneka’ oleh Lim Mu
Hea. Subjek-subjek genre dan kemasyarakatan seperti alam perkerjaan serta langskap
persekitaran jelas kelihatan menerusi pengolahan konvensional hitam putih yang bertenaga.
Kemudian, muncul Lee Joo For dan Abdullah Latif Mohidin dengan cetakan-cetakan gurisan
asid mujarad dan semimujarad pada pertengahan dekad 1960-an. Kemudian diikuti oleh
pelukis-pelukis lain seperti Seah Kim Joo dan T.K. Karan menerusi cetakan monotaip. Nama-
nama seperti Long Thien Shih, Ibrahim Ismail dan Lee Kian Seng pula muncul menjelang
akhir dekad 1960-an.

Menjelang akhir 1960-an dan 1970-an, apabila seni cetakan dijadikan suatu bidang pengajian
khusus di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Institusi teknologi MARA (ITM) dan kini UITM
serta di Fakulti Jabatan Ilmu Kemanusian, USM. Ini kemudiannya diikuti oleh institusi-
institusi seni lain seperti Institusi Seni Lukis Malaysia. Menerusi institusi-institusi ini,
terutamnya UITM, lahirlah ramai seniman seni cetak Negara seperti Poniran Amin, Ismail
Latiff, Mansor Ibrahim, Awang Damit Ahmad dan Jamil Mat Isa.

Karya-karya awal seni cetakan banyak terhasil adalah menerusi media potongan kayu.
Misalnya menerusi karya judul “Awaiting” oleh Tan Tee Chie dan “ pertunjukan Boneka oleh
Lim Mu Hue. Subjek-subjek genre dan kemasyarakatan seperti alam pekerjaan serta landskap
persekitaran seperti alam pekerjaan serta lanskap persekitaran jelas kelihatan menerusi
pengolahan konvensional hitam putih yang bertenaga.
Cetakan potongan kayu secara konvensional begitu popular pada dekad 1990 an
memperlihatka teknik baru ditampilkan oleh para pelukis tanah air. Ini termasuk cetakan
computer oleh ismail zain” kagemusha and The Wax-Resist caper” (1989) dan cetakan-
cetakan seperti gurisan foto dan sutera saring oleh ponirin Amin, Bahaman Hashim, wan
Jamaludin Imran dan mohd. Jamil Mat isa.

Kehadiran Lee Joo For dan Abdul Arif Mohidin dengan cetakan-cetakan gurisan asid mujarad
dan semimujarad pada pertengahan dekad 1960 an kemudian diikuti oleh pelukis-pelukis lain
seperti Seah Kim dan T.K Karan menerusi cetakan cetakan monotaip. Nama-nama lain seperti
Long Thien Shih, Ibrahim Ismail dan lee Kian Seng kemudiannya muncul menjelang akhir
dekad 1960 an.

Seni cetakan lebih bersifat alternatif dan sampingan. Karya-karya cetakan berkisar pada tema
yang serupa dengan catan-catan mereka. Keadaan ini berubah menjelang dekad 1960 – 1970
an apabila seni cetak dijadikan suatu bidang pengajian khusus dikajian seni lukis dan seni
reka . ini diikuti oleh institusi –intitusi seni lain seperti institut seni Lukis Malaysia. Menerusi
intitusi-intitusi seni ini, terutamamnya institute Teknologi Intitut Teknologi MARA, lahirlah
ramai seniman seni cetak Negara seperti Ponirin Amin, Ismail Latif, Mansor Ibrahim , juhari
Muhammad Said, Bahaman Hashim, Awang Damit Ahmad dan Mat isa. Raja Zahabuddin
Raja Yaacob muncul selaku pemenang utama menerusi cetakan serigraf “ Luar dari yang
diketahui “.

JENIS-JENIS CETAKAN

Cetakan boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu cetakan timbulan (relief), cetakan
benaman (integlio) cetakan planograf atau litograf dan cetakan stensil atau sarigrafi.

Cetakan timbulan kaedah potongan kayu

Cetakan potongan kayu merupakan kaedah yang paling lama digunakan dalam kalangan
pencetak. Cetakan ini mudah dilakukan kerana bahan dan peralatannya mudah didapati. Cara
dan teknik cetakan kayu ini boleh digunakan untuk mencetak lino. Perbezaan cetakan lino
dengan cetakan kayu adalah permukaan lino licin berbanding dengan permukaan cetakan
kayu yang berira. Kayu yang berira ini mencantikkan lagi nilai imej pada cetakan. Antara
cetakan yang termashyur ilah kiss (1902 ).

Aspek asas sebelum mencetak


Alat dan bahan:
i) kepingan kayu
ii) dakwat atau pewarna lino
iii) set pemahat
iv) roda penggelek dan dakwat
v) sekeping kaca untuk meratakan dakwat
vi) pisau pemotong NT
vii) kertas (jenis lembut seperti newsprint dan kertas beras atau rice paper)
viii) minyak linsid
ix) turpentine
x) minyak tanah untuk mencuci alat
xi) spatula

Cetakan Benam

Cetakan benam berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi proses timbulan, dakwat atau
pewarna disapu pada permukaan plat atau blok, manakala bagi cetakan benanam dakwatnya
disediakan di dalam ukiran imej plat. Dakwat itulah yang menghasilkan imej. Kaedah cetakan
ini menggunakan teknik goresan asid (etching), turisan (engraving), akuatin dan mesotin.

Cetakan Planograf

Cetakan planograf dihasilkan daripada permukaan cetakan yang datar. Proses cetakan ini
mengunakan kaedah yang dinamakan litografi. Litografi adalah berdasarkan teknik sifat
penolakan minyak dengan air. Kaedah ini menggunakan blok batu kapur sebagai blok
persembahan imej. Kaedah litografi dapat menghasilkan cetaka yang hampir sama seperti
sebuah lukisan pensel.

Cetakan Stensil/ Sarigrafi

Cetakan stensil juga dipanggil cetakan sarigrafi. Cetakan ini memerlukan kain sutera saring
yang diregangkan di atas pemidang kayu. Imej yang dihasilkan melalui keratan kertas pendua,
stiker lut sinar atau skrin foto (foto emulsi). Berbeza dengan cetakan yang lain, cetakan stensil
menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas.

TOKOH –TOKOH CETAKAN

Tokoh Karya Jenis Cetakan


Ahmad Khalid Yusof ‘Alif Ba Ta’ 1971 Saring sutera
Abdul Latiff Mohidin ‘Imago Senja’ Potongan Kayu
Long Thien Shih ‘Rupa Barat di Awan dan Ombak Timur’ 1971 Saring sutera
Syarifah Fatimah Zubir ‘Malam’ 1974 Gurisan
Ponirin Amin ‘Dalam Sinar Mu’ 1974 Saring Sutera
Victor Chin ‘Bangunan Sultan Abdul Samad’ 1980 Litografi
Chew Teng Beng ‘Langskap Pantai Timur’ 1981 Gurisan
Nirmala Shanmughalingam ‘Anak Asia 11’ 1981 Saring sutera dan campuran
Raja Azhar Idris ‘Peniaga Wanita Pantai Timur’ 1981 Gurisan
William K.K Lau ‘Tempat Untuk Semua’ 1974 Litografi

TEKNIK-TEKNIK DALAM CETAKAN


Terdapat pelbagai teknik yang digunakan di dalam proses menghasilkan cetakan. Antaranya
adalah seperti berikut:
• Aquantint
- Teknik ini merupakan teknik yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang berkaitan
dengan nada dan bunyi tanpa adanya had secara pemeringkatan untuk mengubah semula
warna dakwat yang basah dan rata dalam bahagian yang luas atau lukisan cat air yang melalui
goresan mikroskopik yang amat baik. Ia juga akan membuat lubang terhadap imej pada
permukaan yang utama. Kebiasaannya, ia diperbuat daripada zink dan tembaga yang baik.
Majoriti artis Goya di Sepanyol (1748-1828) melakukan kerja yang berkaitan dengan grafik
dengan menggunakan teknik ini.

• Blind
- Teknik “blind” ini merupakan teknik cetakan yang menggunakan sambungan yang tidak rata
untuk menghasilkan jalianan timbul yang lembut atau tidak ketara pada imej putih pada putih;
ditekankan pada bahagian imej timbul pada kertas yang tidak berkaitan. Teknik ini biasanya
banyak digunakan dalam cetakan di Jepun.

• Collagraph / Kolagraf
-Teknik ini pula merupakan teknik yang menolak kedalam daripada blok yang
tahan pada setiap hasil kerja atau ciptaan yang direka seperti kolaj,menghasilkan
cetakan timbul.

• Drypoint
- Teknik cetakan ukiran benam dalam bentuk yang keras, permukaan besi/keluli yang telah
diukir dalam bentuk garisan, menghasilkan getaran yang menjad ikan ciri atau sifat lembut
dan garisan yang seperti baldu dalam cetakan terakhir.

• Engraving
- Teknik ini merupakan teknik yang diperbuat daripada kepingan bidang logam yang telah
diukir atau digoreskan dalam bentuk garisan mengikut kehendak pengkaryanya. Garisan yang
telah diukir hendaklah dicetak dengan tekanan yang berat

• Etching (Goresan)
- Teknik cetakan ini merupakan teknik yang menggunakan kaedah goresan pada permukaan
kepingan bidang logam. Pada peringkat permulaan, permukaan logam hendaklah disepuhkan
dengan sejenis asid yang tahan karat untuk logam. Kemudian, mulakan dengan melakukan
kerja-kerja goresan untuk menghasilkan imej ukiran benam atas permukaannya. Permukaan
logam yang terdedah dengan kesan ukiran akan dimakan sedikit demi sedikit apabila ia
direndamkan ke dalam asid. Hasilnya akan membentuk garisan apabila ditekankan pada
sekeping kertas selepas kepingan logam tadi dibancuhkan dengan dakwat untuk proses
cetakan. Teknik ini diketahui telah diperkenalkan oleh Daniel Hopfer (1493-1536). Teknik ini
juga adalah lebih baik berbanding teknik engraving dan amat terkenal sebagai seni grafik
semasa tahap awal zaman Rembrandt dan zaman Herculas Segher kira-kira sejak abad ke-17.
Hal ini mengingatkan kita pada hari ini bahawa teknik ini merupakan salah satu daripada
teknik yang serba guna dan juga merupakan teknik yang menimbulkan kesan cetakan yang
halus.

• Iris / Giclee
- Teknik reproduksi dengan menggunakan komputer di dalam setiap imej dan topologi adalah
hasil daripada fail digital dan dicetak keluar menggunakan mesin cetak “ink jet” yang
istimewa, menggunakan dakwat, cat akrilik dan cat minyak. Giclee jua merupakan salah satu
daripada cetakan yang meawarkan ijazah tertinggi dalam ketepatan serta kekayaan warna
yang telah tersedia untuk digunakan di dalam mana-mana teknik reproduksi komputer.

• Lithography (Litografi)
- Merupakan proses percetakan yang menggunakan cap batu atau logam. Teknik ini
merupakan proses “planografik” di dala setiap cetakan yang menolak kedalam tekanan dari
permukaan batu atau bahagian atas logam yang sensitif secara kimia. Seterusnya, bahan kimia
ini akan membolehkan dakwat melekat hanya pada kawasan yang dicipta, dan menolaknya
dari kawasan imej yang tidak dikehendaki. Litografi telah dicipta sekitar tahun 1798 di
Solnhofen, Jerman oleh Alois Senefelder. Sejarah awal berkenaan dengan teknik Litografi ini
adalah didominasi oleh artis dari Perancis yang terkenal seperti Daumier dan Delacroix, dan
kemudiannya dismbung oleh Degas, Toulouse – Lautree, Picasso, Braque dan Miro.

• Mezzotint (Mezotin)
- “Mezzo” bermaksud setengah dan tint = tinta yang bermaksud irama. Berbanding dengan
cara menggunakan teknik “engraving”, teknik ini menggunakan tembaga atau permukaan
keluli yang rata, untuk menghasilkan ilustrasi dalam ukiran timbul dengan adanya kesan
teknik cahaya dan bayang- bayang. Bahagian utama dalam permukaan objek yang rata adalah
dijadikan kasar dengan menggunakan alat yang disebut sebagai jumpelang “rocker” semasa
proses mendakwat, ia akan dicetak dengan dakwat yang terang. Bahagian yang sepatutnya
adalah putih atau kelabu di dalam cetakan adalah digosok ke bawah. Kebiasaannya, teknik ini
digunakan semasa abad ke-18 dan abad ke-19 untuk meghasilkan potrait dan lukisan yang
lain, tetapi menjadi kuno ataupun telah dilupakan setelah wujudnya teknik “photoengraving.”

• Monotype (Monotaip)
- Merupakan antar teknik yang diperbuat daripada lukisan yang dihasilkan pada kepingan
logam atau gelas dan pindahkan lukisan yang masih basah tadi kepada kepingan kertas
dengan menggunakan tangan atau teknik menekan etching. Jika masih terdapat baki yang
mencukupi tertinggal pada atas permukaan logam tadi, cetakan tambahan masih lagi boleh
dibuat. Walau bagaimanapun, cetakan semula ini akan menjadi lebih kuat dan teguh daripada
imej sebenar. Cetakan monotaip bukanlah proses menghasilkan replika berganda sejak setiap
cetakan.

• Offset Lithography
- Merupakan teknik photomekanikal yang istimewa kerana setiap imej yang dicetak akan
dipindahkan kepada permukaan logam yang negatif dan dicetak pada atas kertas. Teknik ini
sangat berkesan digunkan pada cetakan yang berwarna.

PROSES PENGHASILAN KARYA

Proses mencetak

Proses mencetak merupakan proses terakhir. Kerja mencetak sebaliknya dilakukan di tempat
mencetak, perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian.

Langkah:
1- setelah selesai kerja-kerja pendedahan foto,
2- foto disapukan menggunkan minyak masak.tujuan adalah untuk menampakkan dan
memudahkan proses penerapan pada playwood
3- periksa permukaan playwood agar cetakan yang dihasilkan berkualiti tidak mempunyai
kecacatan pada permukaan kayu
4- foto diterapkan menggunakan kertas karbon dan diterapkan keatas playwood.
5- Motif objek diukir menggunkan alat ukiran.ukiran dilakukan dengan teliti tanpa
memcacatkan rupa sebenar
6- Dakwat lino diratakan ditempat cetakan yang telah disediakan
7- Kemudian lino disapukan pada permukaan kayu dan diterap menggunakan kertas rice
paper.
8- Proses cetakan dilakukan dengan berhati-hati dan cetakan seturusnya dilakukan

You might also like