You are on page 1of 14

BAHASA MELAYU 1

Janganlah kita mudah tertipu oleh terang bulan kerana di sebalik terang bulan lebih banyak
gelapnya. (Tun Perak)

KARANGAN RESPONS TERBUKA


1. APAKAH PERENGGAN ?
Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Dalam penulisan,
pembinaan perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin disampaikan.
Setiap kali perubahan sesuatu isi atau fokus berlaku, kita perlu memulakan perenggan baru.

PANDUAN MEMBUAT PERENGGAN :


Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan :

1. Tentukan ayat-ayatnya berkait.


2. Ada kesatuan dan pertautan isi.
3. Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi yang berkait sahaja dipilih.
4. Pertautan pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana. Contohnya: selain itu,
tambahan lagi, di samping itu, juga, seterusnya dan selanjutnya.

PERENGGAN DALAM KARANGAN RESPONS TERBUKA.

1. Perenggan pengenalan
2. Perenggan isi
3. Perenggan kesimpulan

PERENGGAN PENGENALAN :
Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pengenalan karangan respons terbuka iaitu :
1. Ayat rangsangan.
2. Ayat arah.

AYAT RANGSANGAN :
Ayat rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau soalan karangan. Kebiasaannya,
ayat 1 hingga ayat 4 pengenalan merupakan ayat rangsangan (AR). Ayat rangsangan tidak
membincangkan perkara yang akan disentuh dalam perenggan isi.

Soalan contoh :
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?

(AR1) : Dalam tempoh 10 tahun belakangan ini, peperangan telah berlaku di merata-rata
kawasan di dunia ini.

(AR2) : Peperangan ini melibatkan negara-negara yang berjiran atau negara-negara yang
mempunyai idealogi yang bertentangan.
(AR3) : Peperangan juga berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah kuasa besar yang ingin
menguasai negara kecil demi memenuhi kepentingan ekonomi mereka atau amaran kepada
negara lain.

(AR4) : Dalam akhir abad yang lalu, negara Bosnia telah berperang dengan negara Serbia,
Amerika Syarikat telah menyerang negara Afganistan dan Iraq, dan banyak lagi.

AYAT ARAH :
Ayat arah ialah ayat yang menjawab soalan karangan. Ayat ini ialah ayat yang menjurus kepada
kehendak karangan atau ayat yang menyatakan fokus utama perbincangan karangan.

Soalan contoh :
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?

Ayat arah :
Kesemua siri peperangan yang berlaku ini sebenarnya banyak menimbulkan kesan yang
negatif, baik kepada negara mahupun kepada masyarakat dunia yang lain.

PERENGGAN ISI :

1. APAKAH AYAT TOPIK ?


Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan. Ayat
topik mempunyai perkara pokok atau satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkara
pokok tersebut. Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada
penulis dan pembaca. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi
sokongan) dalam sesuatu penulisan.

2. APAKAH AYAT HURAIAN ?


Ayat topik perlu disokong oleh ayat huraian yang terdiri daripada isi sokongan. Isi sokongan
pula boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan
akibat, statistik dan contoh. Biasanya, isi sokongan dapat memberikan bukti,
menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat
topik, dan isi tersebut mestilah berkait antara satu sama lain. Dalam penghasilan isi dan
penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi dasar utama.

3. APAKAH AYAT PENYIMPUL ?


Ayat penyimpul terdiri daripada tiga jenis iaitu :

1. Ayat yang menyatakan semula ayat topik.


2. Ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan.
3. Ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan.

4. MASUKKAN PERIBAHASA ATAU UNGKAPAN MENARIK YANG RELEVEN


DENGAN TOPIK YANG DISENTUH.
Soalan contoh :
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?

Contoh peribahasa/ ungkapan yang boleh digunakan:

1. Kalah jadi abu, menang jadi arang.


2. Jong pecah yu kenyang.
3. Kalau terbakar padang, maka terbakar belalang.
4. Air mata jatuh ke perut.

PERENGGAN PENUTUP :

Penutup merupakan kesimpulan daripada huraian yang telah ditulis dalam perenggan isi.
Penutup merupakan rumusan menyeluruh yang merangkumkan keseluruhan karangan
dalam satu penerangan yang padat. Tanpa kesimpulan, karangan berkenaan dikatakan tidak
lengkap atau tidak sempurna.

JENIS AYAT DALAM PERENGGAN PENUTUP:

1. Ayat kesimpulan umum


2. Ayat pendapat
3. Ayat cadangan
4. Ayat komen
5. Ayat penilaian
6. Ayat harapan
7. Ayat penutup

Ayat kesimpulan umum : Masalah disiplin.


Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam karangan murid di sekolah
disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga.

Ayat pendapat : Kesan peperangan.


Kesimpulannya, semua peperangan yang berlaku di mana-mana bahagian dunia ini banyak
membawa kesan buruk, baik kepada negara itu sendiri mahupun kepada negara lain.

Ayat cadangan : Kesan peperangan.


Oleh itu, setiap pihak atau negara yang berkenaan mestilah mencari jalan yang terbaik atau
berunding supaya peperangan dapat dielakkan.

Ayat komen : Ulasan cerpen.


Cerpen ini mampu untuk memberikan kesedaran, khususnya kepada remaja, betapa kejayaan
dapat dicapai oleh sesiapa sahaja jika ada kesungguhan, kecekalan, semangat, dan kemahuan
yang tinggi.

Ayat penilaian : Kesan peperangan.


Jika langkah ini tidak diambil, negara di seluruh dunia akan menghadapi masalah atau menerima
kesan daripada peperangan tersebut.

Ayat harapan : Kepentingan perpaduan.


Jadi, rakyat harus sedar akan kepentingan perpaduan kerana sekali perpaduan itu runtuh, maka
susah untuk mewujudkannya semula.

Ingatlah pepatah Melayu yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Ayat Penutup: Kesan peperangan


Peperangan merupakan kejadian yang sia-sia kerana peperangan ini tidak membawa kebaikan
kepada mana-mana pihak seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu kalah jadi abu, menang
jadi arang.

Rujukan:
1. Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, DBP.
2. Abdul Ghalib Yunus & Dr Ghazali Lateh, Esensi Bahasa Malaysia SPM, Longman.

TEMA KARANGAN TINGKATAN 4


TEMA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4

Unit 1 : SENARIO MASYARAKAT KITA


Masyarakat Malaysia Alaf Baru
Tradisi Kejiranan Dalam Masyarakat
Unit 2 : AMBANG REMAJA
Remaja dan Cabaran
Remaja dan Keluarga
Disiplin Remaja dan Kokurikulum

Unit 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH


Kad Elektronik
Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
E-mel dan anda

Unit 4 : KERANAMU Malaysia


Patriotisme
Malaysia Alaf Baru
Pengorbananku

Unit 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR


Pendidikan Alam Sekitar
Kualiti Udara
Pencemaran Sungai Kita

Unit 6 : RIADAH
Hobi, Sukan dan Rekreasi
Cabaran di Puncak Kinabalu
Hobi dan Cabarannya

Unit 7 : GENERASI KITA


Wawasan Generasi Kita
Patriotisme Generasi Muda
Generasi Pelapis

Unit 8 : GAYA HIDUP SIHAT


Amalan Gaya Hidup Sihat
Remaja dan Kesihatan
Obesiti dan Pencegahannya
Unit 9 : KERJAYA
Minggu Kerjaya
Cita-cita dan Kerjaya
Surat Permohonan

Unit 10 : WARISAN BANGSA


Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Warisan Seni Bina MelayuTradisional
Pemuliharaan Warisan Sejarah

Unit 11 : INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA


Kebudayaan dan Pelancongan
Malaysia dan Destinasi Pelancongan
Warna-warna Malaysia

TEMA KARANGAN TINGKATAN 5


UNIT 1 : RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA

Rumah Terbuka Aidilfitri


Rumah Terbuka Malaysia
Kemanusiaan Sejagat

UNIT 2 : PENDIDIKAN ALAF INI


E-Pendidikan
Pendidikan Maya
Kepentingan Ilmu Dalam Era Globalisasi

UNIT 3 : PENGANGKUTAN ALAF INI


Tren ERL
Kejayaan Negara dalam Perindustrian Tren Laju
Harapan Masa Depan

UNIT 4 : BANDAR PINTAR MALAYSIA


Bandar dalam Taman
Putrajaya Mercu Tanda Kemajuan Negara
Perpaduan Menjamin Keamanan

UNIT 5 : ALAM PEKERJAAN


Kerjaya Masa Depan
Kejayaan dalam kerjaya
Impian, Usaha dan Kejayaan

UNIT 6 : PENDIDIKAN INDUSTRI


Pendidikan Industri di IPT
Pendidikan Industri Teras Pembangunan Negara
Cabaran Pendidikan Industri

UNIT 7 : BIOLEMBANGAN
Kejayaan Melalui Pertanian
Bioteknologi dalam Pertanian
Perkembangan Pertanian

UNIT 8 : PELABURAN
Pelaburan Mengubah Masa Depan
Pelaburan Menerusi Saham Amanah
Pelaburan Dalam Sektor Hartanah

UNIT 9 : TELEPERUBATAN
Kesihatan Sepanjang Hayat
Amalan Pemakanan Seimbang
Cegah Sebelum Parah

UNIT 10 : SUKAN SEANTERO DUNIA


Malaysia Jaguh Sukan SEA
Sukan Mengharumkan Nama Negara
Malaysia Penganjur Sukan Antarabangsa

UNIT 11 : KOMUNIKASI GLOBAL


Mykad Ciptaan Kita
Internet dan Dunia Tanpa Sempadan
Seni Sastera Khazanah Bangsa

UNIT 12 : PELESTARIAN BUDAYA WARISAN


Memelihara Budaya Bangsa
Anugerah Seni Negara
Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia

KOLEKSI SOALAN KARANGAN RESPONS TERBUKA


TAHUN SOALAN
2004 (N) Masyarakat Malaysia masih kurang
memberikan pengiktirafan kepada golongan
yang terlibat dalam bidang sastera berbanding
dengan masyarakat negara maju.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha
yang perlu dilakukan untuk memartabatkan
golongan ini.
2005 (J) Sastera tradisional seperti pantun, syair,
gurindam, seloka dan cerita rakyat semakin
kurang diminati.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk
mempopularkan sastera tradisional ini.
2005 (N) ”Bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat
diwujudkan melalui kerjasama anggota
masyarakat.
Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis
cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam
kehidupan masyarakat majmuk.
2006 (J) Remaja kini kurang berminat untuk membaca
karya yang bertemakan semangat patriotik.
Berikan saranan anda bagaimana untuk
menggalakkan remaja supaya membaca karya-
karya yang bertemakan semangat patriotik.
2006 (N) Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya
sastera dapat membentuk peribadi yang baik
dalam kalangan pembaca.
Berikan komen anda tentang pernyataan
tersebut.
2007 (J) Pembacaan karya-karya sastera dapat
meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran
menghasilkan karya kreatif dan penerapan
nilai-nilai murni dalam diri murid.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di
atas.
2007 (N) Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang
berakhir dengan dialog di bawah.
Adam : Aku menyesal; segala-gala yang aku
lakukan selama ini
memang salah !
Haris : Syukurlah, engkau telah sedar! Masih
belum terlambat
untuk engkau kembali ke pangkal jalan
2008 (J) Peribahasa ’ Belakang parang pun jikalau
diasah nescaya tajam’ membawa maksud
bahawa orang yang kurang pandai kalau rajin
belajar akan berjaya juga akhirnya.
Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud
peribahasa di atas.
2008 (N) 5. Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.
Pantun di atas menjelaskan bahawa budi
bahasa penting dalam kehidupan manusia.
Bincangkan kepentingan amalan berbudi
bahasa dalam masyarakat.
DIMENSI SERANTAU/ GLOBAL/ ANTARABANGSA
TAHUN SOALAN
2004 (N) Dunia hari ini penuh dengan persaingan. Untuk
mendapatkan pekerjaan, kelulusan akademik
semata-mata tidak cukup. Banyak faktor lain
yang perlu dikuasai untuk membolehkan
seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan
diceburi sesuai dengan perkembangan dunia
tanpa sempadan.
Tulis sebuah rencana tentang persediaan yang
perlu dilakukan oleh seseorang pelajar untuk
menghadapi persaingan kerja pada masa akan
datang.
2005 (J) Hubungan baik antara Malaysia dengan
negara-negara jiran wajar dipelihara.
Bincangkan.
2005 (N) Pada masa ini, persengketaan dan peperangan
masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah
menjejaskan keharmonian sosial dan
perkembangan ekonomi dunia.
Berikan komen anda tentang pernyataan
tersebut.
2006 (J) Malaysia mementingkan kesejahteraan dan
keamanan dunia sejagat. Oleh sebab itu, kita
tidak menyokong sebarang bentuk keganasan
dan peperangan sebagai jalan penyelesaian
sesuatu masalah.
Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh
negara kita untuk terus mengekalkan
kesejahteraan dan keamanan dunia.

2006 (N) Masalah jerebu yang berlaku dirantau ini dapat


ditangani secara berkesan melalui kerjasama
dengan negara-negara jiran.
Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan
oleh Malaysia dengan negara-negara jiran
untuk menangani masalah tersebut.
2007 (J) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan
bahas di peringkat daerah. Tajuk perbahasan
itu ialah ’ Kemasukan Pekerja Asing Membawa
Kebaikan Kepada Negara’.
Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang
dalam pertandingan itu.

2007 (N) Kemiskinan masih menjadi masalah utama di


kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak
negara kaya di dunia.
Sarankan bentuk sumbangan yang dapat
diberikan oleh negara-negara kaya untuk
membantu negara-negara miskin.
2008 (J) Rakyat Malaysia yang berada di luar negara
dapat memainkan peranan untuk
mempromosikan negara kita dalam pelbagai
aspek pada peringkat antarabangsa.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di
atas.
2008 (N) Penyertaan setiap negara dalam pertandingan
sukan pada peringkat antarabangsa dapat
mengeratkan hubungan masyarakat dunia.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di


atas.
DIMENSI MASYARAKAT/ KERAJAAN/ NEGARA

TAHUN SOALAN
2004 (N) Anda mempunyai tokoh sanjungan kerana
pencapaian cemerlang tokoh tersebut dalam
bidang yang diceburinya. Tokoh sanjungan ini
menjadi pendorong untuk anda mencapai
kejayaan dalam kehidupan.
Nyatakan tokoh sanjungan anda itu dan
jelaskan sebab-sebab kejayaan beliau menjadi
inspirasi kepada anda untuk mencapai
kecemerlangan.
2005 (J) Anda akan menyertai pertandingan syarahan
sempena Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai
Murni. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ”
Budi Bahasa Amalan Mulia”
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
2005 (N) Pencapaian beberapa jenis sukan di negara
kita perlu ditingkatkan. Sehubungan itu,
Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan
sukan perlu mengatur strategi bagi
mengembalikan kegemilangan mutu sukan
negara.
Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu
dilakukan oleh pihak berkenaan bagi
meningkatkan mutu sukan negara.
2006 (J) Masyarakat berperanan penting bagi
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
rakyat di negara kita.
Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat
dilaksanakan oleh masyarakat untuk
menjayakan hasrat tersebut.
2006 (N) Industri pertanian memberikan sumbangan
yang semakin penting dalam meningkatkan
pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Berikan saranan anda tentang peranan
pelbagai pihak dalam memajukan industri
pertanian di negara kita
2007 (J) Pelbagai usaha telah dilakukan untuk
menjayakan kempen antimerokok yang telah
dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai rakyat yang
prihatin, anda ingin menulis sebuah rencana
dalam akhbar tempatan.
Tajuk rencana itu ialah ’ Kesan Buruk Tabiat
Merokok Terhadap Kesihatan ’.
Tulis rencana itu selengkapnya.
2007 (N) Kerajaan telah menubuhkan banyak institusi
pendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej
Komuniti, institut Latihan Perindustrian dan
Pusat Giat Mara. Antara tujuannya termasuklah
untuk melatih golongan belia supaya lebih
bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di
atas.
2008 (J) Anda mewakili sekolah dalam pertandingan
pidato peringkat negeri. Tajuk pidato ialah
’Dadah Membawa Padah’.
Tulis teks pidato itu selengkapnya.
2008 (N) Penyakit demam denggi yang berpunca
daripada nyamuk aedes merupakan ancaman
yang membimbangkan negara.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan


merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah
bagi menanganinya.

DIMENSI KELUARGA
TAHUN SOALAN
2004 (N) Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu
pertandingan syarahan. Tajuk syarahan
tersebut ialah ” Keluarga Bahagia Penjana
Masyarakat Harmoni ”
Tulis syarahan itu selengkapnya.
2005 (J) Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
berpunca daripada kegagalan institusi
keluarga.
Berikan komen anda tentang pernyataan
tersebut.
2005 (N) Keluarga memainkan peranan penting dalam
mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu
pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di
rumah.
Berikan pendapat anda tentang peranan
keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-
anak.
2006 (J) Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan
usaha diri sendiri banyak mempengaruhi
kejayaan seseorang pada masa depan.
Berikan komen anda tentang pernyataan di
atas.
2006 (N) Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam
hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita
tidak ternilai harganya. Sempena sambutan
Hari Keluarga, anda diminta untuk
menyampaikan ceramah bertajuk ”Menghargai
Jasa Ibu Bapa”
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
2007 (J) Keluarga anda mengadakan majlis rumah
terbuka bersempena dengan sambutan hari
perayaan. Ramai saudara, rakan dan jiran
mengunjungi majlis tersebut.
Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan
majlis rumah terbuka.
2007 (N) Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu
banyak membawa kebaikan kepada keluarga
dan negara.
Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan
waktu bekerja lima hari seminggu
2008 (J) Hubungan baik antara ahli keluarga dapat
menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.
Bincangkan.
2008 (N) Setiap orang ingin akan kawasan petempatan
yang terancang untuk tinggal bersama-sama
keluarga tersayang.

Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang


menjadi idaman anda sekeluarga.
DIMENSI DIRI/ INDIVIDU/ REMAJA

TAHUN SOALAN
2004 (N) Golongan remaja merupakan aset penting
kepada negara pada masa hadapan. Mereka
bakal menerajui pemerintahan negara,
menjadi tenaga yang memajukan negara dan
menjaga kedaulatan negara daripada
pelbagai ancaman.
Sebagai remaja yang berwawasan,
bincangkan peranan anda untuk mencapai
ketiga-tiga hasrat tersebut
2005 (J) Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum
sesuatu cita-cita itu dicapai.
Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta
langkah-langkah yang perlu anda ambil
untuk mengatasinya.
2005 (N) Remaja memang suka mengikut trend
semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian.
Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup
masyarakat Malaysia pada masa akan
datang.
Ulas pernyataan di atas
2006 (J) Anda mengambil bahagian dalam
pertandingan syarahan di peringkat daerah
sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk
syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup
Sihat”.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya
2006 (N) Kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan
pada masa ini.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh
dengan menguasai kemahiran ICT
2007 (J) Setiap individu perlu mengamalkan sifat
berjimat-cermat.
Huraikan cara-cara anda melaksanakan
amalan ini.
2007 (N) Anda mengambil bahagian dalam
pertandingan syarahan peringkat sekolah.
Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara
Membentuk Rakyat Berkualiti ’
Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.
2008 (J) Kitar semula merupakan satu daripada
kaedah pengurusan bahan terbuang.
Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar
semula
2008 (N) Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah
sekolah, anda ditugaskan untuk
menyediakan satu laporan tentang Majlis
Anugerah Cemerlang yang diadakan di
sekolah anda.

Sediakan laporan itu selengkapnya

Selasa, 2009 Januari 27


RASUAH : PUNCA DAN CARA MENGATASI

Karangan Rasuah. Faktor-faktor penyebab dan langkah-langkah mengatasinya

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini
membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar
rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada
kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi.
Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi
yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam
masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah
yang efektif untuk menanganinya.

Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem
pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana
kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan
projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan
itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah
menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini.
Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam
negara kita.

Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang
tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang
menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh
semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan
mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah
dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah
rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang
tinggal di bandar-bandar besar.

Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala sosial
ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang
dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini. Tindakan
mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuah
berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan
negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang
ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko
melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang
mereka ambil itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman
menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu
pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti
tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini
dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan
mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil
rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya
rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau
menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil
rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak
yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan
menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu
kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa
secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak
masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu
mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum
mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana
yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.

Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor
pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan
konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya
mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka
memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini.
Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial
yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.

Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau
oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu
berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk
mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk
dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada
mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang
sepatutnya.

Dipetik daripada : Blog Cikgu Azman

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 22:27  

0 Comments:
Post a Comment

Catatan Terbaru Catatan Lama Home


Subscribe to: Catat Ulasan (Atom)

DIKIR BARAT
LAGU ANAK TUPAI

PESAN EMAK

Jumlah Pengunjung

Free Counter

Pengendali Blog
Cikgu Abd Razak Bin Hassan
SMK Sri Tebrau
Taman Sri Tebrau
80050 Johor Bahru

E-mel : ajak8407@hotmail.com
HP : 017-7901718
BLOG CIKGU BM
 1. Blog BM2 Cikgu Razak
 2. Blog Cikgu Abdul Ghalib
 3. Blog BM Maya
 4. Blog Cikgu Rubiyah
 5. Blog Cikgu Tan
 6. Blog Cikgu Azman
 7. Blog Dr Ghazali Latih
 8. Blog Cikgu Syed
 9. Blog Cikgu Khir Kassim

Koleksi Tn Hj Samat Buang


 A. Kemalangan Jalan Raya
 B. Warga Tua
 C. Rangkaian Jalur Lebar
 D. Telefon Bimbit/ SMS
 E. Program TV Realiti
 F. Industri Kecil & Sederhana
 G. Pelancongan Domestik
 H. Inap Desa/ Ecotourism
 I. Hobi Masa Lapang
 J. Merokok
 K. Perpaduan Kaum
 L. Bencana Alam
 M. Dadah
 N. Pengguna Bijak
 O. Tradisi Hidup berjiran
 P. Jenayah Siber
 Q. Kemerdekaan Negara
 R. Angkasawan Negara
 S. Pencemaran Sungai

Koleksi Cikgu Md.Radzi


 Karangan Bahan Rangsangan
blogger templates | Make Money Online

You might also like