You are on page 1of 20

1.

0 PENGENALAN

1.1 Konsep Perkembangan Kanak-Kanak

Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses


yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli
psikologi perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi,
sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh 2 faktor yang utama iaitu faktor baka
dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran
yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang
menuju ke arah tertentu. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah
perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat
perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang
lebih awal. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang
benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung
mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.
Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan
kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi.
Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan
suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.

Bil Peringkat Umur


1. Peringkat Pralahir Dalam Kandungan
2. Peringkat Bayi 0-2 tahun
3. Peringkat Awal Kanak-Kanak 2-6 tahun
4. Peringkat Akhir Kanak-Kanak 6-12 tahun
5. Peringkat Awal Remaja 12-15 tahun
6. Peringkat Akhir Remaja 15-21 tahun
7. Peringkat Dewasa 21-60 tahun
8. Peringkat Tua 60 tahun ke atas
Jadual 1.0 Peringkat Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

2.0 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1
Menurut Ee Ah Meng (2005), prinsip perkembangan kanak-kanak dapat
dikelaskan kepada 8 bahagian. Prinsip yang pertama ialah mengikut arah
tertentu. Arah -arah itu seperti arah kepala ke kaki (cephalocaudal) yang
mana struktur dan fungsi berlaku di bahagian kepala terlebih dahulu sebelum
bahagian badan dan kaki. Arah kedua ialah arah tengah ke tepi
(proximodistal). Perkembangan berlaku dari bahagian tengah menghala ke
bahagian luar badan dan ke bahagian hujung anggota. Prinsip kedua ialah
berlaku secara berterusan yang mana perkembangan berlaku secara berterusan
daripada lahir sehingga mati. Perkembangan ini juga berlaku pada kelambatan
atau kecepatan yang berbeza-beza. Prinsip yang ketiga adalah susun atur yang
tersendiri. Corak perkembangan bayi adalah sama daripada satu peringkat ke
peringkat yang lain. Sebelum berjalan, lazimnya seorang kanak-kanak berdiri
terlebih dahulu

. Prinsip yang keempat pula adalah berlaku secara menyeluruh di mana otot-
otot besar akan berkembang terlebih dahulu berbanding dengan otot-otot kecil.
Contohnya seorang kanak-kanak kecil bermula dengan menggenggam sebatang
pensel sebelum dia dapat memegangnya. Prinsip kelima ialah kadar kecepatan
yang berbeza. Kecepatan dalam proses perkembangan tidak pernah sama.
Anggota yang berlainan mempunyai kecepatan yang berlainan. Seterusnya ialah
prinsip keenam ialah setiap anggota saling berkaitan dan mempengaruhi.
Perkembangan dan pertumbuhan satu-satu anggota adalah berkaitan dan
mempengaruhi perubahan keseluruhan anggota lain. Prinsip ketujuh ialah corak
perkembangan yang berbeza mengikut individu. Maka, tidak semua kanak-kanak
sampai kepada titik perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama.
Prinsip terakhir adalah berlaku secara berperingkat. Hidup manusia adalah
mengikut peringkat-peringkat tertentu. Setiap peringkat dapat dibezakan melalui
sifat yang nyata bagi peringkat itu.

2
3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-
KANAK

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan


kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-
lima aspek ini pula adalah berasakan kepada 2 faktor yang utama iaitu
dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran.

3.1 BAKA (NATURE)

Baka ialah pewarisan keturunan. Ianya juga dianggap sebagai


perhubungan genetik di antara generasi manusia. Pengaruh genetik atau baka
ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh
Johann Gregor Mendel(1822-1889). Menurut Ee Ah Meng (2005) baka
merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya
melalui gen. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan
persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu
kumpulan keluarga .

Faktor baka (nature) lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan
nukleoprotein terletak di atas lokus kromosom, yang berupa benang halus yang
terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut
kajian, kromosom mengadungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing
membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan memberi sifat
unik kepada setiap manusia. Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan
perkembangan individu dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut.
Sebagai contoh ialah saiz badan, ketinggian dan rambut.

3
3.2 PERSEKITARAN (NURTURE)

Menurut Kamaruddin Hj Husin (1998), Normal L Munn telah mengatakan


persekitaran ialah segala benda yang ada di sekeliling unit-unit kebakaan.
Sementara itu W. Edgar Vinacke mengatakan persekitaran adalah segala kuasa
yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Menurut Amram
Schienfield, persekitaran merujuk kepada luaran individu dan faktor bakanya
yang bermula daripada peringkat persenyawaan. Faktor ini merujuk kepada
keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Secara umumnya, faktor
persekitaran ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

a) Kategori Pralahir

Antaranya faktor yang mempengaruhi bayi ketika berasa dalam


kandungan ialah faktor usia. Usia ibu yang lanjut boleh mengakibatkan
kecacatan mental bayi atau tahap kecedasannnya kurang. Faktor kedua ialah
faktor pemakanan. Semasa mengandung ibu perlulah menjaga pemakanan
kerana makanan yang seimbang akan menjamin kesihatan dan pertumbuhan
yang normal setelah bayi dilahirkan. Begitu juga dengan emosi ibu ketika
mengandung. Ibu yang berada dalam keadaan tertekan, takut dan sebagainya
berkemungkinan melahirkan bayi yang kurang sihat. Antara lain, penggunaan
dahah turut mengakibatkan bayi terjejas dan kemungkinan juga akan mengalami
kecacatan. Pendedahan kepada x-ray yang berlebihan juga boleh
mengakibatkan bayi cacat jasmani dan mental.

b) Kategori Selepas Lahir

Kategori di mana bayi sudah dilahirkan. Keluarga, rakan sebaya, status


sosio-ekonomi, kebudayaan, guru dan sekolah dan banyak lagi merupakan
faktor perkembangan kanak- kanak selepas lahir. Perbezaaan gaya hidup
sesebuah institusi keluarga seperti suasana rumah, makanan, asuhan dan status

4
sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan individu yang mengikut perbezaan
kadar perkembangannya. Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang
baik akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap
optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan
seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Ibu
bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan
baik. Gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti
sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah
keluarga yang proaktif dan sempurna.Selain itu, faktor pemakanan juga turut
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal,
mental dan kerohanian kanak- kanak. Teori Ekologi Bronfenbrenner
menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam
persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau persekitaran
perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu :

Persekitaran terdekat di mana kanak-kanak dapat


berinteraksi secara langsung seperti ibu bapa,adik MIROSISTE
beradik,rakan,jiran dan guru.

Perhubungan antara mikrosistem seperti keadaan di


rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di MESOSISTEM
sekolah seperti rumah-sekolah, rumah-jiran

Pengalaman persekitaran yang tidak melibatkan murid


secara langsung tetapi keputusan yang diambilnya
EKOSISTE
memberi kesan kepada orang yang terlibat dengan
kanak-kanak

Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma,


nilai, dan amalan masyarakat. Misalnya di sesetengah MAKROSISTEM
masyarakat, peranan jantina dititikberatkan.

. Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.


Misalnya kanak-kanak sekarang lebih gemar menonton
KRONOSISTEM
televisyen tidak seperti kanak-kanak dulu yang lebih
gemar bermain permainan tradisional

5
4.0 2 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK UMUR 6-12 TAHUN

Kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses
memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Hal in
bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada
perkembangan otak dan sensori motor (fizikal) serta interaksi dengan orang yang
lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial.

4.1 TEORI ROBERT HAVIGHURST

Robert Havighurst, seorang ahli psikologi Amerika Syarikat terkenal


dengan teori perkembangan bercorak sosiobudaya berkaitan dengan
perkembangan jasmani atau fizikal seseorang. Beliau menghuraikan
perkembangan utama manusia sebagai satu tugas, seperti berjalan, berlari atau
melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu pada suatu peringkat
tertentu. Beliau menegaskan bahawa perkembangan personaliti seseorang
dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. Havighurst
telah membahagikannya kepada 3 peringkat iaitu peringkat bayi dan awal kanak-
kanak (0-6 tahun), peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak (6-12 tahun)
dan akhir sekali ialah tugas perkembangan di peringkat remaja (12-18 tahun).
Pada peringkat 6-12 tahun, iaitu peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak,
kanak-kanak meronta-ronta membentuk sifat-sifat kebebasan bagi membuat
keputusan-keputusan yang bersesuaian pada fikiran mereka dan bersifat
peribadi.

6
Konsep-konsep yang abstrak dalam kehidupan juga mula disedari dan
dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat umur ini. Antara konsep-konsep
abstrak tersebut ialah konsep-konsep yang nilai dan moral masyarakat dan
agama. Kanak-kanak juga mneyedari kemahiran-kemahiran asas dalam
kehidupan. Selain itu, kanak-kanak juga menunjukkan tanda-tanda
mempraktikkan kemahiran sosial dalam hubungan interpersonal dengan rakan
sebaya. Antara kemahiran sosial yang dipraktikkan adalah kemahiran bersoal
jawab dan kemahiran mendengar hujah atau alasan. Apabila ditinjau
perkembangan kanak-kanak di Malaysia didapati kanak-kanak yang pada
kebiasaannya berada di sekolah rendah sudah berjaya menguasai kemahiran
3M iaitu kemahiran menulis, membaca dan mengira.

Perkembangan ini selaras dengan hujah-hujah yang dikemukakan oleh


Havighurst yang menyatakan kanak-kanak pada lingkungan umur tersebut
akan menguasai kemahiran asas 3M. Pelbagai kebolehan yang mula dikuasai
oleh kanak-kanak menjadikan mereka mula belajar berdikari seperti mahu pergi
ke sekolah tanpa dihantar ibu bapa, mahu membeli barang-barang mereka
sendiri dan sebagainya. Pada peringkat umur ini juga kanak-kanak memperoleh
kesedaran mengenai perbezaan peranan kejantinaan. Golongan lelaki
mempunyai peranan yang berbeza dengan golongan wanita. Peranan ini dapat
diperhatikan dengan jelas dalam kehidupan seharian kanak-kanak tersebut.
Perasaan ingin tahu kanak-kanak pada ketika ini biasanya mula berkembang.

7
4.2 TEORI JEAN PIAGET

Jean Piaget merupakan ahli psikologi dan pendidik yang terkenal. Beliau
dilahirkan di Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan meninggal dunia pada tahun
1980. Piaget terkenal dengan teori perkembangan kognitifnya. Piaget mendapati
perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui 4 peringkat
mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan 4 peringkat ini
sebagai Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun),
Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan akhir sekali ialah Peringkat Operasi
Formal (selepas 12 tahun).Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka
berada pada tahap ketiga berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap
operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun.
(Rohayaty Mohd. Majzub, 1993).

Proses-proses penting dalam tahap ini ialah pengurutan, klasifikasi,


decentering, reversibility, konversasi,dan penghilangan sifat Egosentrisme.
Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan
pesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila
berfikir tentang objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Berdasarkan
eksperimen dan pemerhatiannya, beliau mendapati bahawa unsur egosentrik
kanak-kanak mula luput secara beransur-ansur dari umur 7 tahun hingga 12
tahun, diikuti dengan luputnya pemusatan perhatian terhadap satu-satu benda.
Ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan keperluan
orang lain akan beransur hilang kerana pada peringkat ini kanak-kanak akan
bersifat lebih matang dan terbuka .

8
Selain itu, Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak memperoleh
konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan seterusnya mengamati
proses songsangan. Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu kanak-kanak mula
meningkat dan gemar memerhati dan bertanyakan sesuatu yang menarik minat
mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini
seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Selain
daripada itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga dapat mempelajari lebih
daripada dua perkara pada satu-satu masa dan dapat menguasai konsep
keabadian. Mengikut Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang (2005), kanak-
kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya
kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu
lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula
memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep
pengelasan, menyusun dan membezakan, konsep arithmetik asas, dan
sebagainya. Pada peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran masih
bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. Di
dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget , terkandung 5 konsep yang asas, iaitu
skema, adaptasi, asimilasi , keseimbangan dan akomodasi yang berkait rapat
dengan pembelajaran kognitif seseorang individu.

Konsep Takrif
Skemata
Struktur kognitif yang berubah untuk
(Schema)
mengadaptasikan maklumat baru
Asimilasi
Penerimaan maklumat baru sebagai
(Assimilation)
selaras dengan skemata sedia ada
Akomodasi
Pengubahsuaian skemata yang ada bagi
(Accomodation)
menerima maklumat baru

Gabungan proses asimilasi dan akomodasi


Adaptasi (Adaptation) &
yang membantu dalam keseimbangan
Keseimbangan (Equilibrium) terhadap pengetahuan, kepercayaan dan
pengalaman.

Jadual 1.1 Konsep-Konsep Asas Berhubung Dengan Teori Kognitif


Piaget

9
5.0 2 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK UMUR 6-12 TAHUN

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar


pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan
dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam
kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah
laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung.

5.1 TEORI ROBERT HAVIGHURST

Havighurst dalam bukunya Human Development and Education (1953)


menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak dari peringkat bayi hingga ke
peringkat remaja., Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat (6-
12 tahun) ialah membentuk fizikal untuk permainan. Mengikut Havighurst, kanak-kanak
perlu belajar kemahiran fizikal untuk permainan biasa. Pada peringkat ini, pertumbuhan
tulang dan otot kanak-kanak telah bersedia untuk seseorang individu mempelajari
kemahiran yang lebih lasak menangkap, menendang, berguling dan juga berenang.
Ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti
yang lebih menggunakan tenaga kerana kanak-kanak pada ketika ini amat aktif. Oleh
sebab itu, kanak-kanak memerlukan fizikal yang lebih kuat untuk melakukan aktiviti-
aktiviti dan permainan yang lasak. Antara contoh permainan yang lasak adalah seperti
bola sepak, berenang, menunggang kuda dan sebagainya. Melalui aktiviti-aktiviti
seumpama ini, ianya dapat menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan
yang lebih cekap bagi perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur ini.

10
Sebenarnya, jika mengikut ajaran Islam sendiri, aktiviti seperti berenang,
memanah dan menunggang kuda memang amat digalakkan. Sebelum Havighurst
memperkenalkan teori ini, Rasullullah SAW terlebih dahulu telah bersabda berkenaan
galakan melakukan aktiviti dan permainan seumpama ini. Diriwayatkan oleh Thabrani
dengan jayid bahawa Rasullullah SAW bersabda :

“Segala sesuatu yang tidak berkaitan dengan zikir, maka itu adalah senda gurau
belaka, kecuali empat perkara : berjalannya seorang antara dua tujuan (memanah)
latihan menunggang kuda, bersenda gurau dengan isterinya dan belajar berenang.”

Diriwayatkan dari Umar bin Khatab Radhiyallahu Anhu nahawa dia berkata :

“Ajarilah anak kamu berenang, memanah dan berkuda secara lincah”

Dari riwayat ini, jelaslah bahawa perkembangan fizikal ini telah disebut oleh
Rasulullah SAW secara khusus. Bersesuaian dengan teori yang dikemukakan oleh
Havighurst, pendidikan jasmani dan fizikal ini mempunyai peranan tersendiri dalam
kehidupan kanak-kanak. Selain itu Havighurst berpendapat bahawa kanak-kanak pada
peringkat umur ini juga mula membentuk konsep diri yang sihat. Hal ini kerana badan
yang aktif akan menjadikan tubuh badan kanak-kanak lebih sihat dan cergas.
Kemahiran-kemahiran fizikal yang sudah tersemai dalam diri kanak-kanak memberi
dorongan yang kuat kepada mereka bagi membentuk konsep diri yang sihat.

11
5.2 TEORI JEAN PIAGET

Selain mengemukakan teori perkembangan kognitif kanak-kanak,


Piaget juga turut mengemukakan teori perkembangan fizikal kanak-kanak. Bagi
perkembangan fizikal peringkat akhir kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun,
beliau berpendapat kanak-kanak lebih berupaya mengawal otot-otot yang kecil
dengan baik. Seperti yang terkandung di dalam prinsip perkembangan kanak-
kanak iaitu perkembangan berlaku secara menyeluruh. Ini terjadi di mana otot-
otot besar akan berkembang terlebih dahulu berbanding dengan otot-otot kecil.
Jadi, pengawalan otot pada peringkat ini menjadi lebih baik setelah otot-otot kecil
mula berkembang.

Teori yang dikemukakan Piaget ini dapat dibuktikan melalui tulisan kanak-
kanak yang menjadi lebih kemas dan teratur. Seorang kanak-kanak kecil
bermula dengan menggenggam sebatang pensel sebelum dia dapat
memegangnya, dan kemudian diikuti dengan menulis. Di sini, kita dapat lihat
bagaimana berkembangan otot-otot kecil menjadi lebih baik serta mereka
berupaya mengawalnya. Ketika bermain alat muzik juga memperlihatkan
kawalan otot yang baik. Mereka sudah boleh bermain alat muzik dengan baik
.Begitu juga semasa menggunakan pelbagai jenis alat pertukangan seperti
penukul, paku dan sebagainya. Jika di Malaysia, penerapan penggunaan alat-
alat pertukangan ini diterapkan ke dalam matapelajaran Kemahiran Hidup bagi
kanak-kanak berumur 11-12 tahun. Antara lain, ketika peringkat ini pertumbuhan
mata menjadi lebih baik berbanding dengan pertumbuhan jantung. Penglihatan
yang lebih baik membolehkan kanak-kanak menjalankan kerja yang halus.

12
Selain itu,peringkat ini juga kanak-kanak lelaki lebih suka melibatkan diri
dalam aktiviti yang kasar dan lasak seperti bertumbuk dan bermain kasar. Ini
kerana mereka mempunyai kekuatan fizikal yang jauh lebih baik berbanding
kanak-kanak perempuan. Mereka gemar bermain gasing, pistol mainan ataupun
kapal terbang. Berbeza bagi kanak-kanak perempuan, mereka lebih pasif dan
lebih gemar memerhati aktiviti kanak-kanak lain di sekeliling mereka. Mereka
juga lebih suka kepada aktiviti menjahit , memasak, mengemas rumah dan
sebagainya. Ini merupakan satu tempoh yang tenang sebelum berlaku lonjakan
pertumbuhan bagi remaja.

13
6.0 5 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK
DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Berdasarkan teori-teori yang telah dikemukakan, beberapa implikasi


terhadap pengajaran dan pembelajaran telah dikenalpasti.Implikasi-implikasi ini
dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu implikasi berdasarkan teori
perkembangan fizikal kanak-kanak dan implikasi terhadap teori perkembangan
kognitif kanak-kanak. Dalam aspek perkembangan fizikal, pembelajaran kanak-
kanak adalah melalui pengalaman fizikal. Aspek psikomotor melibatkan
penguasaan motor kasar dan motor halus yang berkaitan dengan pergerakan. Ini
membolehkan kanak-kanak terlibat dengan aktiviti fizikal dengan baik. Kanak-
kanak boleh melibatkan diri dengan aktiviti berenang dan juga gimnastik. Melalui
aktiviti sebegini, ianya dapat menguatkan otot, daya tahan serta membina
pergerakan yang lebih cekap bagi kanak-kanak.

Seterusnya, menyediakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut


jantina pelajar. Kebiasaannya aktiviti lasak disediakan untuk kanak-kanak lelaki.
Ini kerana pada tahap ini mereka lebih cenderung ke arah permainan lasak dan
kasar. Selain itu, fizikal kanak-kanak lelaki adalah lebih kuat berbanding kanak-
kanak perempuan. Sebagai contoh adalah permainan bola sepak. Bagi kanak-
kanak perempuan pula, aktiviti yang disediakan perlulah sesuai dengan gender
mereka. Seperti yang kita ketahui, perempuan merupakan bersifat pasif jika
dibandingkan dengan lelaki. Jadi, aktiviti yang sesuai amatlah penting bagi
mereka. Sebagai contoh adalah permainan bola jaring. Selain itu, aktiviti
senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak.
Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya akan menimbulkan sebarang
masalah sosial dan masalah penyesuaian.

14
Dari segi aspek kognitif pula, terdapat beberapa implikasi perkembangan
kognitif kanak-kanak. Antaranya ialah guru seharusnya memainkan peranan
sebagai fasilitator ataupun mentor dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Tanggungjawab ataupun tugas guru adalah untuk menyusun maklumat
yang hendak diajar bagi memudahkan murid-murid mengaitkan konsep baru
dengan konsep yang telah mereka pelajari sebelumnya. Antara contoh sumber
pengajaran termasuklah gambar, tajuk cerita, segmen pendek video dan
pelbagai lagi. Implikasi kedua dari segi aspek perkembangan kognitif ialah guru
harus sedar bahawa ada sesetengah murid yang mungkin berada pada mod
pembelajaran yang berbeza, sama ada enaktif, ikonik ataupun simbolik. Bagi
memenuhi kehendak kumpulan murid yang berlainan, guru boleh mengadakan
satu perbincangan (mod simbolik) berasaskan apa yang mereka pelajari
daripada eksperimen mahupun kajian yang dilakukan (mod ikonik).

Implikasi yang ketiga dari segi aspek perkembangan kognitif ialah murid-
murid perlulah dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang
berpadanan serta selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka. Sebagai
contoh, katakan guru mahu mengajar mengenai planet-planet di alam semesta.
Murid-murid boleh diminta untuk membina model planet-planet (enaktif) ;
menonton filem mahupun video mengenai planet yang ada di alam semesta
(ikonik) ; atau diminta untuk membuat rujukan di pusat sumber mengenai planet -
planet. Seterusnya mengadakan perbincangan mengenai dapatan sesama
mereka.

15
Aktiviti yang sesuai
mengikut jantina pelajar
-permainan lasak bagi
lelaki - bola sepak. Bola
jaring bagi perempuan

Guru sebagai
fasilitator dalam
Murid dibekalkan dengan
proses P&P
bahan pembelajaran,
aktiviti dan alatan yang
berpadanan serta selaras
dengan tahap kebolehan
kognitif mereka.

IMPLIKASI
PERKEMBANGAN
FIZIKAL DAN KOGNITIF
KANAK-KANAK

Guru memenuhi kehendak


kumpulan murid yang
berlainan - murid berada pada Permainan yang boleh
mod pembelajaran yang menguatkan otot daya tahan &
berbeza bina pergerakan lebih cakap -
berenang,gimnastik

16
7.0 5 CARA GURU MENANGANI MASALAH PERBEZAAN INDIVIDU DALAM
BILIK DARJAH

Rohayaty Mohd. Majzub (2008) menjelaskan satu aspek perkembangan


yang ketara ialah aspek perbezaan individu. Perbezaan individu merupakan
ketidaksamaan beberapa aspek perkembangan di antara individu. Perbezaan ini
mungkin secara fizikal seperti tinggi dan berat badan. Amatlah penting bagi para
pendidik memahami bagaimana individu berbeza di antara satu dengan lain dan
kepentingan perbezaan tersebut dalam melaksanakan tugas pendidikan.
Perbezaan individu boleh dilihat dari segi beberapa aspek seperti jantina, fizikal,
kognitif / mental, sosial, kesihatan,personaliti dan lain-lain. Jadi, pendidik perlu
bersedia menghadapi perbezaan individu supaya dapat mengelakkan situasi di
mana kanak-kanak diabaikan atau di mana kanak-kanak lain yang cerdas terlalu
menerima perhatian guru. Beberapa cara boleh diambil oleh guru bagi mengatasi
perbezaan individu dalam bilik darjah.

Antaranya ialah dengan melaksanakan pendidikan pemulihan. Dalam


situasi ini, kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran mereka akan diberi
pengajaran pemulihan sama ada secara formal atau tidak formal. Amalan ini
sangat bermanfaat bagi kanak-kanak bermasalah dalam menguasai satu-satu
kemahiran asas dalam pembelajarannya. Cara ini bertujuan mengurangkan
masalah pembelajaran yang dihadapi murid serta mengembangkan minat
mereka terhadap pelajaran ke tingkat keperluan yang memuaskan. Langkah
kedua ialah dengan mengadakan aktiviti pengayaan. Pengayaan merupakan
sejenis aktiviti yang memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin
tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan. Aktiviti ini selalunya
ditawarkan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai satu-satu
kemahiran asas tertentu. Pengayaan juga bersifat afektif, iaitu menyemaikan
sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti berkumpulan.

17
Seterusnya, dengan menggunakan kaedah Dalton. Kanak-kanak akan
digerakkan dalam pembelajaran mereka dengan terlebih dahulu mengetahui apa
yang patut dibuatnya. Dalam kaedah Dalton, guru menjadi pembimbing dan
perujuk kepada kanak-kanak. Selain itu, guru juga perlu membina suasana
pembelajaran positif dalam bilik darjah. Dalam kaedah ini guru akan menyimpan
draf kemajuan harian murid. Langkah yang keempat yang boleh diambil ialah
dengan membuat pengumpulan mengikut kebolehan antara kelas. Tujuan
pengumpulan tersebut supaya setiap kelas mengandungi murid yang
homogennya mengikut markah ujian pencapaian. Rasional mengumpulkan murid
sedemikian adalah agar memperbaiki kecekapan dan keberkesanan guru kerana
pengajaran guru akan selaras dengan ciri-ciri kebolehan murid. Langkah yang
terakhir ialah menggunakan kaedah gerak balas. Kaedah ini melibatkan
penglibatan aktif murid dalam suasana pembelajaran. Murid-murid tidak bersifat
pasif atau menerima sahaja maklumat daripada pengajaran guru. Sebaliknya
digalakkan merancang projek , menyusun dan membuat demonstrasi serta
melaporkan hasilnya.

18
PENDIDIKAN
PEMULIHAN
KAEDAH
GERAK
BALAS
PENGAYAAN

5 CARA MENANGANI
PERBEZAAN INDIVIDU DALAM
P&P

PENGUMPULAN
KAEDAH MENGIKUT
DALTON KEBOLEHAN
ANTARA KELAS

19
8.0 PENUTUP

Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan


bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan
tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-
peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa
perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Selain ittu,
perkembangan juga dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan
had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai
tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan merupakan satu
bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian
nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental.

Corak perkembangan adalah berbeza-beza di mana semua kanak-kanak


mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan
sebenarnya berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-
kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal
serta kognitif kanak-kanak sememangnya harus diberi tumpuan utama kerana
kanak-kanak merupakan insan yang mudah menerima dan menginterpretasikan
sesuatu perkara dengan cepat. Tindakan utama yang harus dilakukan oleh kita
sebagai iba bapa dan juga pendidik ialah membentuk sahsiah kanak-kanak
tersebut melalui pengajaran nilai-nilai murni untuk menguatkan jati diri kanak-
kanak. Oleh yang demikian, untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak, persekitaran yang positif adalah amat penting
untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

20

You might also like