You are on page 1of 6

KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR….

Pengenalan

Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil
pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Seperti
yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan
otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya
dengan mata. 

Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan


melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Contohnya kanak-kanak yang berumur 3
tahun dapat menggunakan sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak yang lebih besar
seperti berumur 5 tahun, mereka mungkin telah dapat menggunakan gunting untuk
memotong kertas dan membuat bentuk. Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun
mereka berkebolehan mengikat tali kasut mereka.

Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan


sesuatu aktiviti dinamakan ‘dexterity’. Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan
mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan
dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar
untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka. Perkembangan ini berterusan
sehingga mereka dapat menulis, melukis atau melakukan tugasan seperti memasang
butang baju atau mengikat tali kasut dengan baik.

Ciri motor halus ini penting bagi kita khususnya dalam memahami perkembangan motor
halus kanak-kanak. Selain itu, kita sebagai guru juga harus mengetahui ciri. Guru perlu
tahu faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam membuat perancangan
pembelajaran kanak-kanak. Sebagai contoh pembelajaran kemahiran menulis, adalah
penting kita memahami perkembangan motor halus dalam pengawalan pensil untuk
kanak-kanak ini menulis. Guru harus tahu cara pengawalan gengaman jari tangan
kanak-kanak. Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak masih di peringkat
mengembangkan kemahiran mereka, guru ini akan mempertimbangkan beberapa
penyelarasan dan penyesuaian bagi membantu kanak-kanak ini menulis dengan baik.
Contohnya guru harus mempertimbangkan saiz, bentuk dan panjang pensil yang sesuai
untuk kanak-kanak ini mula menulis. 

Bagi kemahiran melukis pula, kajian yang telah dijalankan oleh Rhonda Kellogg,
khususnya bagi kanak-kanak berumur 2 – 8 tahun mendapati bakat artis kanak-kanak
bermula dengan lakaran simbol yang tertentu. Pada peringkat awal kanak-kanak akan
melukis simbol sepert bentuk bulat, empat segi dan garisan lurus. Apabila kanak-kanak
ini berumur 3 tahun mereka mula membuat bentuk muka, umur 4 tahun melukis gambar
orang. Umur 5 tahun lukisan orang ini lebih baik dengan lukisan kaki dan tangan yang
lebih lengkap beserta baju dan seluar. Pada tahap ini juga mereka telah dapat melukis
objek lain seperti rumah, haiwan dan pokok.

Oleh itu, kanak-kanak ini memerlukan bantuan kita bagi memperkembangkan


kemahiran menulis dan melukis mereka. Kita harus merangka strategi yang sesuai bagi
membantu meningkatkan kemahiran kanak-kanak ini. Contohnya di sekolah kita
membantu kanak-kanak yang baru mula menulis huruf dengan meminta mereka
menulis huruf tersebut berulang kali sehingga mereka mahir dengan gerakan motor
menulis huruf itu. Selepas itu baru kita kembangkan kemahiran ini dengan meminta
mereka menulis satu perkataan yang lengkap dengan menggabungkan huruf – huruf
tersebut bermula dengan perkataan yang memerlukan tiga atau empat huruf sahaja.

Satu lagi cara untuk membantu kanak-kanak mengembangkan motor halus mereka
adalah dengan menggunakan bahan bantu yang bersesuaian. Contohnya bagi kanak-
kanak yang baru hendak melukis penggunaan pensil krayon mungkin kurang sesuai
memandangkan saiz pensil krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya
memberikan kanak-kanak saiz pensil warna yang agak besar bagi memudahkan
mereka memegang pensil tersebut. Pensil yang berbentuk tiga segi juga dapat
membantu kanak-kanak memegang pensil dengan kemas. Kemahiran gengaman
seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dalam
pengawalan motor halus mereka.

Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang betul juga dapat
meningkatkan kemahiran motor halus. Kedudukkan tangan, kaki dan badan ini sangat
penting dalam melaksana tugas yang memerlukan kemahiran motor halus. Craig dan
Digdon (2001), menyatakan .kanak-kanak seharusnya dididik cara duduk yang betul
dengan punggung, lutut dan kaki berada dalam kedudukan 90˚ dengan kedudukan
badan mereka agak ke depan sedikit. Kedudukan meja pula seharusnya 2 inci dari siku
ketika tangan mereka dalam kedudukan rehat. Sekiranya kerusi mereka terlalu tinggi
dan kaki mereka tergantung, letakkan alas kaki agar mereka selesa. Apabila keadaan
selesa kanak-kanak dapat mengerakkan tangan, lengan, dan jari dengan stabil. 

Perkembangan Motor Halus Mengikut Usia

• Usia 1 – 6 Bulan
Pada usia 1 hingga 6 bulan bayi berupaya memberi fokus kepada objek yang hadir
dalam pandangan mereka. Bayi juga boleh memberi perhatian kepada ibubapa atau
orang dewasa yang menjaganya. Bayi juga mampu merenung kepada cahaya yang
terang, ini juga adalah sebahagian dari tindak balas semulajadi bayi. Beberapa tindak
balas awal terhadap rangsangan juga diperhatikan pada bayi. Bayi juga boleh mengikut
pergerakan objek yang lalu di hadapan mereka. Pada saat ini bayi menerima stimuli
visual yang sangat pesat.

• Usia 6 – 9 Bulan

Bayi sangat peka kepada barangan yang menarik perhatian mereka walaupun
barangan permainan itu adalah kecil tatapi ianya berada dalam lingkungan
pemandangan mereka.namun begitu perhatian mereka terhadap objek akan hilang
sekiranya objek itu hilang dari pandangan mereka atau perhatian mereka telah beralih
kepada ransangan yang lain. Bayi akan cuba mengapai objek yang menarik perhatian
mereka dengan sebelah tangan sambil memandang kepada objek tersebut,
kemudiannya akan mengalihkan objek itu ke tangan yang satu lagi. Bayi menggunakan
jari telunjuk untuk menunjuk ke arah sesuatu yang mereka mahu atau sesuatu yang
menarik perhatian mereka.

• Usia 9 – 18 Bulan

Penumpuan bayi terhadap perkara atau objek yang menarik perhatian mereka akan
menjadi lebih baik di mana bayi akan terus cuba mendapatkan objek yang mereka
mahu walaupun objek itu sudah hilang dari kawasan pemandangan mereka. Bayi yang
kini kanak-kanak mampu menggunakan jari telunjuk dan ibu jari ( Pincher grasp ) untuk
mengambil barang yang mereka mahu. Kanak-kanak juga boleh menggunakan tiga jari
(tripod grasp) untuk mengambil barang. Kebolehan bertepuk tangan, bermain,
membina, menyusun bata adalah kemahiran motor halus yang dikuasai oleh kanak-
kanak dari usia 9 hingga 18 bulan. Kebolehan Tripod grasp yang lebih baik
membolehkan kanak-kanak menggunakan pensil untuk menconteng. 

• Usia 18 Bulan – 5 Tahun

Pada usia 18 bulan hingga 5 tahun kanak-kanak sudah berupaya membuat pilihan atau
kecenderungan penggunaan tangan ; sama ada tangan kanan atau kiri/kidal.
Keupayaan menggunakan dua jari dan tripod grasp telah menjadikan mereka mampu
untuk menyelak muka surat buku. Mereka juga mampu membina menara. Kanak-kanak
pada usia ini sangat meminati lukisan dan sangat suka melukis kerana mereka sudah
boleh menghasilkan bentuk- bentuk yang mungkin memberi makna kepada mereka.
Pada ketika ini juga kanak-kanak boleh menggunakan gunting dengan baik. Koordinasi
mata dengan tangan yang baik membolehkan kanak-kanak menguntai manik.

• Usia 5 – 7 Tahun

Pengawasan pensil yang baik berlaku di usia ini. Kanak-kanak juga mampu mencucuk
benang pada jarum yang besar dan menjahit. Penulisan menjadi lebih baik begitu juga
dengan lukisan.

• Perkembangan Motor Halus Kanak-Kanak Prasekolah

• Koordinasi mata dan tangan yang digunakan untuk menggunting dengan sempurna
adalah satu kemahiran motor halus yang biasanya dapat dilakukan oleh kanak-kanak di
usia prasekolah. Kanak- kanak biasanya sudah boleh mengutip dengan menggunakan
dua jari; iaitu jari telunjuk dan ibu jari ( Pincher Grasp ), namun mereka memerlukan
masa yang lebih panjang untuk menggunakan Pincher Grasp dengan lebih baik.

• Pada usia prasekolah juga kanak-kanak akan lebih matang dalam perkembangan
motor halus mereka. Pada usia dua tahun, kanak-kanak sudah mampu untuk membuat
contengan bebas, menyarung pakaian, mengalihkan mukasurat buku dan membina
menara dari enam hingga lapan buah blok. Pada usia tiga tahun, perkembangan motor
halus kanak-kanak akan menjadi lebih matang apabila mereka boleh makan
menggunakan sudu, menconteng berbentuk bulatan. Pada usia empat tahun pula,
kanak-kanak sudah mampu menyarung pakaian mereka sendiri, melukis lakaran
manusia dan menggunakan gunting dan menggunting garisan yang disediakan.
Kemahiran motor halus yang lebih rumit seperti mengenakan butang akan dapat
dilakukan oleh kanak-kanak apabila mereka berusia 5 tahun Mereka juga sudah boleh
mengenakan zip, membuka zip dan mencucuk benang dan manik.

• Isu sama ada kanak-kanak itu seorang yang kidal atau menggunakan tangan kanan
juga menjadi perhatian semasa usia prasekolah. Ini adalah kerana pada usia ini
terserlahlah samada kanak-kanak itu menggunakan tangan kanan atau kidal. Namun
begitu kidal atau kanan adalah lebih bergantung kepada faktor genetik berbanding
dengan faktor persekitaran.
Aktiviti untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.

• Aktiviti motor halus adalah aktiviti yang menggunakan kecekapan koordinasi mata dan
tangan. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk membantu
perkembangan motor halus kanak-kanak.

• Aktiviti menuang bahan dari bekas yang besar ke bekas yang kecil. Bahan-bahan
yang boleh digunakan untuk aktiviti ini adalah seperti air, pasir dan bijirin.
• Aktiviti menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk kemahiran motor halus
kanak-kanak. Kanak-kanak boleh diberikan latihan untuk menggunting bentuk-bentuk
yang besar pada awalnya dan seterusnya guntinggan-guntingan yang lebih rumit.
• Kolaj ~ Pelbagai jenis kolaj yang menggunakan pelbagai jenis bahan boleh membantu
perkembangan motor halus kanak-kanak. Kemahiran menampal kolaj menambahkan
kecekapan motor halus kanak-kanak.
• Aktiviti mengoyak kertas atau surat khabar boleh meningkatkan kecekapan motor
halus kanak-kanak.
• Menyulam manik
• Menekap gambar yang sedia ada
• Membentuk plastisin menjadi bola menggunakan kedua tapak tangan. 
• Membentuk plastisin menjadi biji menggunakan jari. 
• Mengocak dadu menggunakan genggaman tapak tangan.. 
• Membuat aktiviti mengait dan menjahit seperti memasukkan manik pada benang.
• Bermain permainan seperti "puppet " – dengan menggunakan ibu jari, jari tengah dan
jari kelengkeng.
• Mengikat tali kasut

Matlamat Pembelajaran Motor Halus PPK (2003)

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) telah mengariskan beberapa matlamat dan


hasil pembelajaran motor halus bagi kanak-kanak dalam Kurikulum Kebangsaan
Prasekolah. Matlamat umum perkembangan motor halus adalah kanak-kanak dapat
menguasai kemahiran motor halus. Secara lebih khusus, matlamat penguasaan
kemahiran motor halus ini adalah dapat menggunakan jari untuk melakukan beberapa
aktiviti. Jadual 3.1 di bawah berikut menunjukkan kandungan dan hasil pembelajaran
motor halus. Hasil pembelajaran ini memberikan fokus perkembangan penggunaan jari
tangan kanak-kanak bagi membuat aktiviti motor halus.

Masalah Penguasaan Kemahiran Motor Halus 


Gerakan motor halus merupakan salah satu perkembangan yang penting dalam
pergerakan anggota badan kanak-kanak. Semasa di peringkat perkembangan ini,
gerakan motor halus seperti meminta kanak-kanak mengikat tali kasut atau memasang
butang baju merupakan cabaran yang besar bagi kanak-kanak berbanding gerakan
motor kasar. Pada peringkat ini sistem saraf pusat mereka masih belum mencapai
tahap kematangan yang sepenuhnya. Oleh itu proses penghantaran maklumat dalam
sistem saraf ke jari tangan masih agak sukar. Selain itu, otot kecil juga lebih cepat letih
berbanding otot besar. Jari yang masih kecil juga menyukarkan kanka-kanak ini untuk
mengawalnya. Semua cabaran penggunan motor halus ini memerlukan lebih kesabaran
bagi kanak-kanak yang secara umumnya belum lagi memiliki sikap sabar ini.

Kemahiran gerakan motor halus juga boleh menjadi lambat disebabkan beberapa faktor
antaranya; kecederaan, penyakit, stroke atau keadaan tidak normal sejak lahir. Kanak-
kanak yang berumur 5 tahun dan ke atas tetapi tidak menunjukkan perkembangan
motor halus yang baharu kemungkinan mengalami masalah dalam membuat gerakan
motor halus. Masalah ini juga boleh berkait dengan keadaan kesihatan kanak-kanak
seperti penyakit sawan, terencat akal, buta, pekak atau disebabkan diabetes. Kanak-
kanak yang menunjukkan perkembangan yang lambat dalam kemahiran motor halus ini
juga akan mempunyai masalah dalam mengawal koordinasi pergerakan badan
khususnya bahagian muka, tangan dan jari.

Sesetengah tanda terencat perkembangan motor boleh dilihat semasa kanak-kanak ini
berumur 2 tahun. Tanda-tanda ini adalah seperti kesukaran untuk duduk atau
mengangkat kepala, sukar berdiri jika tidak dibantu, sukar untuk bergerak seperti
merangkak, atau tempoh berjalan yang agak lambat. Perkembangan lambat bagi motor
halus pula kadang kala dapat dilihat ketika kanak-kanak berada di peringkat
prasekolah. Contohnya kanak-kanak ini sukar untuk memegang pensil, sukar untuk
melukis atau sukar memasang butang baju. Oleh itu ibu bapa, penjaga dan guru harus
faham tentang perkembangan dan keperluan motor halus kanak-kanak agar
perkembangan mereka dapat dibantu dengan sebaiknya.

Oleh itu, bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus memerlukan
perancangan, masa, dan pelbagai bahan bantu. Perkembangan motor halus dapat
digalakkan dengan aktiviti yang seronok, termasuk seperti permainan kraf, jigsaw, dan
membina blok lego. Meminta kanak-kanak membantu ibubapa membuat kerja rumah
seperti memotong buah, atau mengacau tepung juga merupakan aktiviti yang baik
untuk perkembangan motor halus mereka. Selain itu ia juga dapat meningkatkan
kebolehan koordinasi tangan-mata. Oleh kerana perkembangan motor halus
memainkan peranan yang penting dalam persediaan kanak-kanak memasuki sekolah
dan perkembangan kognitif maka kemahiran ini seharusnya diberi perhatian dalam
kurikulum prasekolah.

You might also like