You are on page 1of 8

PENGENALAN

Global Positioning System (GPS) adalah system satelit artificial yang

menggantikan system TRANSIT Doppler. GPS juga di kenali sebagai NavigationSatellite Timing And Ranging (NAVSTAR)

yang dihasilkan oleh JabatanPertahanan Amerika pada tahun 1973, iaitu hasil gabungan program ketenteraanAmerika. Navy’s

Timation dan Air Force’s 621B. Satelit GPS pertama dilancarkanpada tahun 1978. Pada peringkat awalan, teknologi

pengukuran GPS digunakankhusus untuk tujuan militari tetapi kini telah digunakan untuk kegunaan awamkhususnya untuk

tujuan navigasi dan penentududukan. Dengan wujudnya sistemsatelit yang berteknologi tinggi seperti GPS, pelbagai aplikasi

saintifik danketenteraan telah berkembang dengan pesatnya.

Keistimewaan sistem GPS berbanding dengan Sistem Doppler ialahsistem ini merupakan satu sistem multi-satelit

untuk memberikan operasi secaraberterusan 24 jam sehari (siang dan malam) pada sebarang keadaan cuaca.Teknik

pengukuran GPS memberikan informasi kedudukan sesuatu titik dalamkoordinat 3 dimensi (3D) yakini dalam komponen ufuk

dan tegak secara serentak(tidak berasingan). Keistimewaan yang paling ketara di dalam sistem GPS ialahsistem ini tidak

memerlukan stesen yang saling nampak seperti titik-titik yangkonvensional triangulasi atau trabas yang kerap kali tertakluk

kepada bentuktopografi kawasan pengukuran. Pengukuran GPS juga mewujudkan pelbagaitahap ketepatan penentududukan

yang diperlukan oleh pengguna iaitu dari julatdecameter (navigasi) hingga ke millimeter (geodetic). Ketepatan pengukuranGPS

tergantung pada kejituan data, geometri satelit, kaedah pengukuran(penentududukan) dan juga kaedah pemprosesan data.

Sistem rujukan GPS adalah bersifat global iaitu geosentrik kerana titiktengah rujukan elipsoidnya adalah bersentindihan
dengan jisim bumi. Datumgeodetic bumi ini dikenali sebagai World Geodetik System 1984 atau WGS 84.Berbanding
denganteknik konvensional (terrestrial) yang lain seperti trabas dantrilaterasi, kos penggunaan sistem GPS agak rendah
denagan penurunan harga(dari masa ke semasa) alat penerima satelit dan kos perkhidmatan percuma.Oleh kerana itu, pada
masa kini sistem GPS merupakan sistem sokongan yangpopular dan telah mula digunakan secara meluas bagi kerja-kerja
geomatik yangberkejituan tinggi, pemetaan, GIS, hidrografi, navigasi di lautan, udara dandaratan, rekreasi, operasi mencari
dan menyelamat dan kegunaan istimewayang lain.

TIGA KOMPONEN GPS

1. Segmen Kawalan

 Mempunyai satu sistem stesen pemantauan yang terletak seluruh

dunia. Stesen utama terletak di Pangkalan Udara Falcon, Colorado

yang mengukur isyarat daripada setiap satelit.

 Hitungan dibuat menggunakan modul untuk data orbit dan

pembetulan waktu setiap satelit.

 Setiap Stesen kawalan menghantar ephemeris dan data waktu ke

satelit. Satelit akan memancarkan sebahagian data ephemeris ke

penerima GPS melalui isyarat radio.

2. Segmen Angkasa

 Dimana ia mempunyai 24 satelit yang memancarkan isyarat radio


ke bumi.

 Altitud orbit ditentukan supaya satelit melewati jarak dan

konfigurasi yang serupa pada setiap24 jam. Terdapat 6 satahorbit, selang setiap 60 darjah dan sendeng 55 darjah

terhadapsatah katulistiwa. Ini membolehkan pengguna boleh menerima 5 –8 isyarat satelit ini

3. Segmen Pengguna

 Dimana ia mempunyai penerima GPS dan komuniti pengguna.

 Empat satelit diperlukan untuk mengira kedudukan 4 dimensi X, Y,

Z (kedudukan) dan masa. Antena penerima isyarat GPS inimempunyai pelbagai bentuk, daripada bentuk piring (pelbagai

saiz)ke bentuk paling

  Penerima GPS menukarkan isyarat satelit keanggaran kedudukan,

kelajuan dan masa.

 Ia mempunyai Antena penerima isyarat GPS ini mempunyai

pelbagai bentuk, daripada bentuk piring ( pelbagai saiz ) ke bentukpaling kecil. Rekabentuk penerima & antenna ini

bertujuanmendapatkan bacaan kedudukan pada ketetapan yang dijangkakan.

TAJUK:

 Ukur GPS (Global Positioning System)

TUJUAN:

 Untuk mendapatkan nilai koordinat dalam bentuk RSO (Longitud/Latitud)

Atau (north/east) di stesen triangulasi dan di setiap stesen

kawalannya.

OBJEKTIF:

 Ukur GPS dipelajari adalah

1)Untuk mengetahui penggunaan menu-menu dalam alat GPS.

2)Untuk mengetahui tujuan penggunaan GPS.

3)Untuk melakukan transformasi koordinat dari RSO ke Cassini.

4)Untuk Mempelajari bagaimana alat GPS dikendalikan .

KEGUNAAN GPS

1)Kegunaan di darat

2)Kegunaan di udara
3)Kegunaan di laut

4)Kegunaan di angkasa

5) Kegunaan ketenteraan

KAEDAH PENGUKURAN GPS

1)Julat Sumu

2)Fasa Pembawa

TEKNIK PENGUKURAN

1)Kaedah Statik

2)Kaedah Kinematik

3)Pengukuran Rapid-Statik

ATURCARA KERJA GPS DIJALANKAN:

Mengambil nilai bacaan pada stesen dan setiap stesen kawalan Triangulasidikawasan padang Politeknik Ungku Omar dengan

mengambil nilai bacaandalam bentuk RSO.

Alat Handheld GPS hendaklah dipastikan berada dalam keadaan yang

baik.

Bateri dipasang dan dipastikan alat boleh beroperasi.

Proses penjejakansatelit GPS perlu dilakukan. ( sekurang-kurangnya

memakan masa dalam 5 – 15 minit )

Pastikan keadaan kawasan terang dan tiada gangguan isyarat satelit

Tekan ‘New Location’ pada opsyen menu kemudian gunakan mape pageuntuk mendapatkan lokasi satelit GPS. Pada menu

tekan butang setupuntuk mengeluarkan paparan unit.

Tukarkan system koordinat WGS 84 (Latitud/Longitud) pada system


koordinat RSO East Malaysian Kertau (North/East) meter.

Tekan butang enter dan tunggu isyarat satelit, koordinat akan dipaparkan

pada skrin alat Handheld.

Koordinat RSO dilakukan proses transformasi kepada koordinat cassini.

Perbandingan dibuat antara koordinat Cassini menggunakan GPS danjuga koordinat terabas kawalan berdasarkan pelan.

( Rujuk jadualtransformasi ).

PERALATAN:

Alat GPSMAP 76CS (Garmin)

Spesifikasi Alat

12 parallel channel

Colour screen

Auto Routing

Timbul dalam air

PENGOPERASIAN ALAT HANDHELD GPS

Alat GPS boleh menghasilkan data lokasi dalam bentuk X,Y,Z

Satu titik GPS boleh membemtuk satu POI atau point of interest manakalabeberapa titik GPS boleh disambung menjadi linear

future sepertisungai,jalan,

dan sebagainya atau menjadi polygon jika disambung ketitik permulaan.

PENJAGAAN ALAT HANDHELD GPS

Lap alat mengunakan kain.Kain lembap jika kotor.

Dilarang menggunakan cecair pembersih kimia.

Alat GPS ini kalis air sehingga piawaian IPX-7 (boleh direndam dalam air

sedalam satu meter selama 30 minit)


Keluarkan bateri jika tidak digunakan selama beberapa bulan

KELEBIHAN GPS BERBANDING KAEDAH KONVENTIONAL

Stesen mestilah saling nampak.

GPS menggunakan frekuensi radio untuk memancarkan isyarat, sistem ini

tidak bergantung kepada pengaruh keadaan cuaca.

Lokasi dan prosedur pembentukkan data yang sama digunakan ketepatankedudukan merupakan fungsi bagi jarak antara

stesen dan tidak bagibentuk jaringan dan geometri.

Ketepatan ukur GPS adalah homogeny perancangan jaringan geodetic

secara klasik dan tidak lagi releven.

Titik-titik ditempatkan pada lokasi yang diperlukan. Contohnya di lembahdan lebuh raya tidak perlu diletakkan diatas puncak

bukit untukmembolahkan saling nampak yang memerlukan jaringan geometri.

Ia tidak memerlukan stesen-stesen yang saling Nampak, atau tidak perlumengikut strategi jaringan konvensional, ukur GPS

merupakan teknikpenentududukan yang lebih efektif, lebih mudah disesesuaikan.

GPS boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja (24 jam).

GPS memberikan maklumat dalam tiga dimensi. Ketetapan yang tinggiboleh dicapai tanpa memerlukan usaha yang, tidak

seperti teknikkonvensional.

Peralatan GPS dan perisian pemprosesan yang sama dapat memberikankejituan yang dikehendaki sama ada satu bahagian

dalam 104 dan 1dalam 106.

KELEMAHAN UKUR GPS

GPS memerlukan persekitaran yang tidak boleh menghalang isyarat

seperti dahan-dahan atau struktur.


Koordinat GPS adalah berdasarkan sistem koordinat bumi yangditakrifkan oleh satelit (sistem WGS84 apabila menggunakan

efemerissiaran).

Keberkesanan penggunaan GPS terjejas kerana masa perjalanan

diantara stesen lebih lama berbanding dengan masa depan.

Hasil GPS lebih tepat berbanding kawalan yang ditubuhkan dari teknik

terre

Dua stesen saling nampakperlu ditubuhkan dengan GPS untukmemenuhi keperluan data azimuth yang digunakan oleh kaedah

ukurconventional

MASALAH

Signal satelit tergangu akibat daripada keadaan persekitaran yangmenghalang isyarat seperti dahan-dahan ataupun struktur-

strukturbangunan.

Koordinit GPS perlu ditukarkan kepada koordinit tempatan secara manual

disebabkan tiada perisian yang sesuai mengikut origin negeri (Cassini)

Ketepatan koordinit tidak memenuhi koordinit tempatan disebabkan oleh

pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran sedikit

PENYELESAIAN

Pelajar-pelajar perlu merancang stesen triangulasi mereka supaya tiadahalangan atau ganguan isyarat satelit (kawasan lapang

dan bebasdaripada gangguan persekitaran)

Pelajar-pelajar haruslah diberi pendedahan untuk menggukur perisian

transformasi koordinit selain daripada menggunakan kaedah manual.

Latihan yang

bersepadu perlu dijalankan untuk menambahkankemahiran pelajar dalam mengendalikan alat

dan juga perisian computerseperti GARIMIN MapSource.


KESIMPULAN

Daripada amali penggunaan alat GPS yang kumpulan kami jayakan, didapati koordinat tempatan (Sistem Cassini)

yang telah dilakukan transformasi kekoordinat RSO adalah boleh dikatakan tepat kerana nilai yang diberi oleh alatGPS adalah

dalam anjakan yang diterima (antara 0-10m).

Dalam melakukan pengukuran triangulasi konvensional penyelidikan titikkawalan yang jitu boleh dilakukan dengan

menggunakan alat GPS mengikutklasifikasi triangulasi. Proses kerja dengan menggunakan GPS dapat membantukerja ukur

tringulasi bermula dari peninjauan persiapan stesen cerapan,pengukuran seterusnya kepada proses perhitungan. Daripada

kelebihan GPSyang ditunjukan diatas, GPS boleh memberikan maklumat dalam bentuk 3Ddimana ketepatan yang tinggi boleh

diperolehi tanpa memerlukan usaha yangbanyak seperti teknik konvesional.peralatan dan perisian GPS yang sama

dapatmemberikan kejituan yang dikehendaki dalam ukur triangulasi.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa penggunaan GPS dalam kerja-kerjaukur terutamanya kerja yang berskala

besar seperti kerja triangulasi amatlahsesuai dan praktikal. Ini keranakelebihan-kelebihan yang terdapat pada alat gpsitu

sendiri.

You might also like