You are on page 1of 6

Program Hari Terbuka anjuran Jawatankuasa Pendidikan Pemulihan Khas ini

merupakan salah satu Program Tahunan yang telah dirancang sejak awal persekolahan

lagi. Ia merupakan salah satu cara bagi menjalinkan kerjasama antara ibu bapa dengan

pihak sekolah dalam menjayakan Program Pemulihan bagi anak-anak yang terlibat.

Selain daripada itu, diharapkan dengan program ini dapat memupuk minat ibu bapa untuk

bersama-sama membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi semasa anak-anak

mereka dalam setiap ujian bulanan dan peperiksaan. Ia juga merupakan satu langkah

dalam proses menuju 0% pemulihan dan Sekolah Cemerlang 2010 seperti yang diwar-

warkan oleh pihak sekolah. Dengan itu, Jawatankuasa Pendidikan Pemulihan Khas

berhasrat semoga matlamat ini dapat dicapai melalui kerjasama daripada pelbagai pihak

terutamanya ibu bapa/ penjaga selain daripada usaha murid itu sendiri. Apa yang penting

semoga impian pihak sekolah untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan

berpotensi untuk memajukan diri dan negara di masa hadapan.

Selain daripada Hari Terbuka Jawatankuasa Pendidikan Pemulihan juga berbesar

hati untuk merasmikan nama kelas Pendidikan Pemulihan Khas. Nama yang telah dipilih

ialah CEKAL. Nama CEKAL ini akan digunapakai di kelas Pemulihan sebagai satu

semangat kepada setiap murid-murid yang menjalani Program Pendidikan Pemulihan

untuk terus maju dan berusaha supaya potensi mereka seiring dengan murid-murid yang

berada di kelas biasa. CEKAL mempunyai maksud yang tinggi nilainya dan akan disemai

dalam diri setiap murid-murid yang mengikuti Program Pendidikan Pemulihan Khas.
Melalui Program ini diharapkan ibu bapa/ penjaga akan dapat:

1. Menjalin ikatan atau kerjasama di antara 3 penjuru iaitu murid, ibu bapa/penjaga dan

pihak sekolah.

2. Ibu bapa/ penjaga lebih mudah berurusan dengan pihak sekolah dalam mengatasi

masalah anak dan seterusnya mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah

tersebut.

3. Mengenalpasti potensi murid supaya potensi tersebut dapat diasah dan

dikembangkan.

4. Mewujudkan proses pemulihan yang berpanjangan samaada di sekolah atau di rumah.


1. Menuju Pemulihan Sifar menjelang 2010.

1. Meningkatkan kecemerlangan akademik dalam setiap Ujian Bulanan dan Peperiksaan.

2. Membimbing dan membantu murid-murid yang belum menguasai kemahiran 3M

(membaca, menulis dan mengira)

1. Murid-murid Tahap 1 dan 2 yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca,

menulis dan mengira.

2. Ibu Bapa/ Penjaga murid-murid yang mengikuti Program Pemulihan.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling, guru pemulihan Luak Palong, guru Kelas, guru

PPSMI, guru-guru dan semua warga Sekolah Kebangsaan Palong 3 (F)


8.30 - 9.00 Pagi : Ketibaan Ibu Bapa/ Penjaga
Ibu Bapa/ penjaga dan murid berkumpul di kelas Pemulihan

9.00 - 9.10 Pagi : Ucapan Pengerusi Majlis


Oleh : Pn. Khazimah Bt Mahmud
Guru Pendidikan Pemulihan Khas SK Palong 3 (F)

9.10 - 9.20 Pagi : Ucapan GPK 1

9.20 - 9.30 Pagi : Perasmian nama CEKAL


Oleh: Pn. Faridah Bt Hashim (Guru Besar SK Palong 3 (F)
Penyerahan papan nama CEKAL daripada Jawatankuasa
Pendidikan Pemulihan Khas kepada Guru Besar.

9.30 - 9.45 Pagi : Ucapan oleh Guru Besar SK Palong 3 (F)

9.45 - 9.50 Pagi : Bacaan Ikrar dan nyanyian lagu CEKAL


Oleh Murid-murid Pendidikan Pemulihan Khas

9.45 - 10.30 : Sesi Profesionalisme

11.00 Pagi : Bersurai


PENASIHAT
PN. FARIDAH BT HASHIM
(GURU BESAR SK PALONG 3 (F)

PENGERUSI
PN. DAREJAH BT GHANI
(GPK 1)

PENGERUSI 1
EN. SHAMSUDIN B. SALLEH
(PEMANGKU GPK HEM)

PENGERUSI 2
EN. ZURAIDI B. MAZLAN
(PEMANGKU GPK KOKU)

SETIAUSAHA 1
PN. KHAZIMAH BT. MAHMUD
(GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS)

SETIAUSAHA 2
PN.SITI KHADIJAH BT. MOHD. IHSAN
(GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

AHLI JAWATANKUASA

GURU PPSMI GURU KELAS

1.EN. S.P. TAMILSELVAN 1.PN.MAZITA BT. AHAD(PRA.SEK)


2.PN.ANITA BT.BOSMAN 2.PN.FAZLUN HALIZA BT.MAAROF
3.PN.KAMARIAH BT. SHARIF 3.PN.RUZILA BT. M. SUFI
4.PN.AINSABRINABT AHMAD 4.CIK NORAHANA BT. M.HASHIM
5.CIK NORHASLINDA BT ABD.MULUP
6.CIK MARDINA BT. KAMARUZAMAN
KAMI TETAP CEKAL
TERUS BERUSAHA

You might also like