You are on page 1of 64

BAHAGIAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Telefon: 2556900
50604 KUALA LUMPUR. Kawat:'PENDIDIKAN'
________________________________________________________________________
KP(BS)8591/Jld.lll/(10)

1 Mac 1988

Semua Pengarah Pendidikan Negeri.

Y.B Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING KHTISAS BIL. 8/1988:

Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah

Dari maklumat yang diterima, dapat dikesani keadaan di mana bilangan pelajar yang
menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah adalah bertambah. Statistik menunjukkan
bahawa kebanyakan perlakuan ganas dan di luar batasan kemanusiaan itu, seperti
pemugut, rompak, culik, rogol, cabul kehormatan, dan seumpamanya, yang dilakukan ke
atas pelajar-pelajar, terjadi di luar kawasan sekolah, umumnya di rumah dan di
tempat-tempat awam. Namun demikian, berasaskan kepada beberapa kejadian di mana
penceroboh berjava masuk ke kawasan sekolah, maka tidak wajar diketepikan
kemungkinan bahawa kejadian-kejadian yang tidak diingini itu boleh berlaku ke atas diri
pelajar di dalam kawasan sekolah sendiri. Dalam hubungan ini dukacita didapati masih
banyak sekolah vang tidak mempunvai peraturan-peraturan atau langkah-langkah tertentu
untuk mengawasi keselamatan diri pelajar semasa berada di sekolah. Kementerian
Pendidikan amat memandangkan berat akan hal ini dan langkah-langkah perlu diambil
untuk mengatasi kekurangan tersebut.

2. Tujuan Surat Pekeliling ini adalah untuk memperingatkan semua pihak di sekolah
supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh
rnenyebabkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas diri pelajar serta
mengambil langkah-lanakah tertentu untuk mengelakkannya. Pada setiap masa,
keselamatan dan kebajikan pelajar seharusnya menjadi pertimbangan utama.

3. Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang boleh


dilaksanakan di sekolah untuk mengawasi keselamatan pelajar, dan untuk mempastikan
keberkesanan Iangkah-langkah tersebut, kesedaran dan penglibatan semua pihak adalah
diperlukan.

3.1 Menekankan aspek keselamatan diri pelajar pada setiap masa melalui
pengajaran, peraturan, latihan, bimbingan dan amalan, Aktiviti-aktiviti
bercorak pendidikan seperti ceramah dan sebagainya boleh dianjurkan dari
masa ke semasa.

3. 2 Memaklumkan kepada ibubapa atau penjaga mengenai penggal


persekolahan,jadual waktu sekolah dan jadual lain-lain aktiviti yang
melibatkan peryertaan pelajar-pelajar termasuk hari cuti dan perubahan
masa persekolahan.

3.3 Mewujudkan suatu sistem kawalan dan rekod yang kemas mengenai
pergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan sekolah
termasuk kebenaran yang diberikan kepada ibu bapa atau penjaga untuk
membawa murid keluar ketika dalam masa persekolahan

3.4 Menyediakan tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi,


i) Pelajar-pelajar yang sampai awal di waktu pagi sebelum permulaan
kelas;

ii) Pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah


petang selepas waktu persekolahan.

3.5 Memperkenalkan sistern berteman yang tidak menggalakkan pelajar-pelajar


berseorangan ketika pergi dan balik ke sekolah atau berada di
tempat-tempat sunyi dan terselindung tanpa pengetahuan sesiapa.

3.6 Mengawasi dengan kerap kawasan-kawasan dalam sempadan sekolah yang


terselindung, tersembunyi atau gelap dan jika sesuai menjadikannya
sebagai kawasan larangan kepada pelajar-pelaJar.

3. 7 Menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian dari


Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak
termasuk guru-guru, pekerja-pekerja dan ibu bapa. Perlaksanaan peraturan
mengenai keselamatan di sekolah hendaklah dijalankan dengan tegas dan
berterusan.

Kerjasama dan jasa baik Y.B Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk menyampaikan
kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah jagaan Y.B. Datuk/Tuan/
Puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Pengarah Sekolah
b.p Ketua Setiausaha,
Kernenterian Pendidikan Malaysia.

s.k

1) Y.B. Sdr. Anwar bin lbrahim,


Mented Pendidikan Malaysia.

2) Y.B. Encik Woon See Chin,


Timbalan Pendidikan Malaysia.
3) Y.B. Dr. Leo Michael Toyad,
Timbalan Menteri Pendidikan.

4) Ketua Setiausaha,
Kementerian.Pendidikan Malaysia.

5) Ketua Pengarah Pendidikan,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

6) Timbalan Ketua Setiausaha I,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

7) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

8) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

9) Timbalan Ketua Setiausaha II,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

10) Ketua-Ketua Bahagian,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

11) Ketua Unit Perhubungan Awam,


Kementerian Pendidikan Malaysia.
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 7, BLOK J,
PUSAT BANDAR DAMANSA Tel : 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR Fax : 03-2535150

_____________________________________________________________________________________
KP (BS/HEP) 8543/041/(28)
10 Mei 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri,

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,

Tambahan Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 2000


Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan
Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

Tujuan surat edaran ini ialah untuk memberi maklumat tambahan kepada Pekeliling Ikhtisas
Bil. 9/2000 supaya ianya lebih kemas dan lengkap.

2. Maklumat tambahan tersebut adalah seperti berikut:

2.1 Tanggungjawab Pengetua dan Guru Besar

2.1.1. Sentiasa memberi keutamaan dan peringatan mengenai keselamatan


dan kebajikan pelajar-pelajar semasa berada di kawasan sekolah sama
ada diluar atau dalam bilik darjah dan juga semasa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
aktiviti sukan dan kokurikulum di luar kawasan sekolah.

2.1.2. Memastikan pengurusan keselamatan dan kebajikan pelajar dalam


pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
aktiviti sukan dan kokurikulum adalah tanggungjawab semua guru dan
dilaksanakan secara kolaboratif

2.2 Tanggungjawab Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Guru Sukan dan
Guru Kokurikulum

2.2.1. Merancang aktiviti dengan teliti dengan mengambil kira ruang dan alatan
yang hendak digunakan itu selamat.

2.2.2 Mempunyai pengetahuan tentang procedur kecemasan dan


memastikan alat bantu mula yang secukupnya bila berlaku sesuatu
insiden.

2.2.3 Mengadakan pelan kontijensi jika berlaku kecemasan dan kemalangan,

2.2.4 Sentiasa memberi peringatan secara lisan dan bertulis mengenai


aspek-aspek keselamatan pelajar.

2.3 Tanggungjawab lbu Bapa Melalui PIBG


Melalui PIBG, Pengetua dan Guru Besar dikehendaki mendapatkan kerjasama ibu
bapa atau penjaga dalam perkara berikut

2.3.1 Mengawasi pergerakan anak-anak mereka, agar mereka hanya


menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti
dijadualkan,

2.3.2 Memberi kemudahan peralatan keselamatan dalam aktiviti tertentu


yang disertai anak-anak mereka.

2.3.3 Memastikan keadaan kesihatan semasa anak-anak dalam keadaan


baik sebelum dibenarkan anak-anak mereka mengikuti aktiviti yang
diajukan oleh sekolah.

2.3.4 Mendapat bantuan doktor jika anak mereka mengidap penyakit yang
tidak membolehkan anak mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti dan
memaklumkan secara bersurat kepada pihak sekolah tentang perkara
itu.

2.3.5 Memastikan ibu bapa atau penjaga menandatangani surat kebenaran


bagi anak-anak mereka yang mewakili sekolah dalam sebarang
aktiviti di luar sekolah, daerah atau negeri.

2.4 Tanggungjawab Pelajar

2.4.1 Memaklumkan tentang kecederaan mereka kepada guru dengan


segera,

2.4.2 Dilarang mengambil dan menggunakan peralatan tanpa kebenaran


dan kehadiran guru.

2.4.3 Dilarang menyalahgunakan peralatan dan kemudahan sukan,

2.4.4 Memakai pakaian lengkap mengikut peraturan sesuatu permainan


untuk keselamatan diri contohnya permainan Seni Pertahanan
Diri/Bola Sepak/Hoki dan sebagainya.

2.5 Skim Perlidungan Diri

Sekolah diwajibkan mengadakan skim perlidungan diri untuk semua pelajar yang
merangkumi perkara-perkara berikut:

2.5.1 Seperti di Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000.

2.5.2 Kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar hendaklah


dipastikan mematuhi syarat-syarat Jabatan Pengangkutan Jalan.

2.5.3 Kemalangan semasa mewakili sekolah atau daerah dan negeri.

2.6 Peralatan dan Penyenggaraan Peralatan

2.6.1 Stor mestilah sentiasa kemas dan tersusun.


2.6.2 Semua peralatan hendaklah direkodkan di dalam Buku Inventori.

2.7 Kawasan Larangan

2.7.1 Padang olahraga terutama dalam acara padang (contoh: acara


Lontar Lembing, Cakera dan Tukul Besi).

2.7.2 Padang sasar acara memanah

2.7.3 Kawasan-kawasan lain yang seumpanya yang membahayakan.

2.8 Aktiviti Sukan Kemahiran

Segala aktiviti seperti gimnastik, terjun abskaling clan lain-lain yang memerlukan
kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru atau jurulatih yang bertauliah.

2.9 Penggunaan Ubat-Ubatan dan Dadah

2.9.1 Penggunaan ubat-ubatan dan dadah di dalam sebarang aktiviti


adalah dilarang sama sekali

2.9.2 Segala penggunaan ubat-ubatan dan dadah perlulah diperakukan


oleh doktor.

2.10 Alat Bantu Kecemasan (ABK)

2.10.1 Memastikan ABK lengkap dengan alatan perubatan asas.

2.10.2 Memastikan ABK ditempatkan di tempat yang mudah diambil dan


diketahui segera jika berlaku sebarang kemalangan.

2.10.3 Memastikan pengunaan alatan perubatan asas dalam ABK diawasi


oleh pelajar atau guru yang mendapat latihan asas mengenainya.

3. Surat edaran ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat Pekeliling ikhtisas
Bil. 9/ 2000 bertarikh 30 Mac 2000.

4. Sila maklumkan kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di bawah


pentadbiran Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan mengenai isi kandungan edaran surat ini.

Sekian. terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


s.k
1. Y.B. Tan Sri Dato'Musa bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia.

2. Y.B, Dato'Abdul Aziz bin Sharnsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan.

3. Y.B. Dato'Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan.

4. Y. B. Dato' Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan.

5. Ketua Setiusaha Kementerian Pendidikan.

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian PendidiKan.

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan.

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan.

9. Ketua Nazir Sekolah.

10. Pegawai Perhubungan Awam.


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 7, BLOK J,
PUSAT BANDAR DAMANSA Tel : 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR Fax : 03-2535150

_______________________________________________________________________________________
KP(BS) 8591Jld.XVI/(9)
30 Mac 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 9 / 2000


Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan
Sekolah_______________________________________________________________

Kementerian Pendidikan memandang amat serius akan beberapa insiden kemalangan,


membabitkan murid sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Kemalangan yang berlaku
didapati telah membawa kepada kecederaan dan kematian.pelajar kerana terhempap
palang gol, terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru dan terjatuh di dalam tangki najis.
Berlakunya insiden-insiden sedemikian, menggambarkan bahawa pihak pengurusan
sekolah telah mengabaikan aspek keselamatan yang sepatutnya. sentiasa diberi perhatian
dan keutamaan.

2. Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan, untuk memastikan keselamatan diri


pelajar terjamin semasa berada di sekolah. Oleh itu langkah-langkah. keselamatan perlu
diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya
kemalangan di kalangan murid ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktiviti-aktiviti
pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan.

3. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan kepada semua
Pengetua dan Guru Besar supaya sentiasa berwaspada terhadap
kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke
atas diri murid serta mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkannya.

4. Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang sewajamya


dilakukan:

4.1 Guru Opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:

4. 1. 1. Menjaga keselamatan murid..dengan rapi semasa di dalam atau di luar bilik darjah.

4. 1.2. Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan


walaupun boleh dibantu oleh murid.

4.2. Guru Kokurikulum dan Sukan:

4.2.1. Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid-murid yang
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan.

4.2.2. Guru-guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan
baik dan selamat sebelum digunakan.

4.3 Murid:

4.3.1. Setiap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau
penjaga dan pengetua atau guru besar untuk mengambil bahagian di dalam
sukan dan aktiviti kokurikulum di luar sekolah.

4.3.2. Keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan seperti makanan
dan minuman dan lain-Iain lagi.

4.3.3. Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti di luar kawasan
sekolah. Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru wanita
hendaklah mengiringi pasukan tersebut.

4.3.4 Kesihatan murid perlu diberi perhatian dan diambil kira.

4.3.5. Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa


mengambil bahagian.

4.3.6. Bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki menjalani pemeriksaan


doktor terlebih dahulu.

4.3.7. Murid-murid yang cedera, semput atau lelah (asthma) tidak dibenarkan
mengambil bahagian.

4.4 Skim Perlindungan Diri:

4.4. 1. Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua murid yang
merangkumi perkara-perkara berikut: '

a) kemalangan dalam-perjalanan pergi dan balik sekolah.

b) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik bersukan.

c) kemalangan semasa menyertai sukan dan kokurikulum.

d) kemalangan yang disebabkan peralatan sukan yang masih dalam ‘warranty’,

4.5 Penyelenggaraan Peralatan Sukan (Stor Sukan):

4.5.1. Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa
maut adalah Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang Lompat Tinggi, Tiang
Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Bad Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola
Golf, Bola Baling, Bola Billiard, Dart, Spikes, Anak-Panah dan Peralatan Gimnastik.

4.5.2 Pastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang merbahaya
seperti yang dinyatakan dalam 4.5.1, diadakan pada hari atau masa yang
berasingpn dengan latihan sukan lain.

4.5.3 Peralatan merbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya


dengan rapi sepanjang masa.
4,5.4 Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh
orang-orang yang ditugaskan sahaia.

4.5.5 Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan dalam buku
keluar-masuk alat-alat sukah oleh guru atau jurulatih sahaja.

4.5.6 Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke rumah oleh sesiapa pun dan ia
hendaklah diambil dan dipulangkan pada hari yang sama.

4.5.7 Mempunyai kawasan yang selamat untuk menyimpan semua peralatan yang tidak
digunakan.

4.5.8 Penjaga stor hendaklah memeriksa dan memastikan peralatan yang baik sahaja
yang boleh dikeluarkan.

4.9 Cuaca/Musim:

4.9.1. Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat lapang semasa
cuaca buruk dan.adanya kilat, atau petir.

4.9.2. Adalah tidak dibenarkan mengadakan.aktiviti sukan semasa hujan dan ribut petir
sama ada di padang atau kolam renang.

4.9.3. Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan.

4.10 Laporan Kemalangan atau Kecederaan:

4. 10. 1. Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan
dilaporkan kepada pengetua atau guru besar dengan segera.

4.10.2 Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan.

4.11 Aktiviti Sukan Kemahiran Tinggi

4.11.1. Segala aktiviti sukan seperti gimnastik terjun dan lain-lain yang memerlukan
kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru sukan yang bertauliah.

4.11.2 Pastikan ada 'life saver' yang bertauliah bertugas semasa aktiviti-aktiviti sukan
renang dijalankan.

4.12 Pelaporan Aktiviti (Penilaian):

4.12.1 Guru pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak sekolah mengenai
sebarang aktiviti yang dijalankbn atau disertai.

5. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat


Pekelifing lkhtisas Bil.1/1995 bertarikh 6 April 1995, dan sila maklumkan kepada Pengetua
dan Guru Besar sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/DatukfTuan.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato'Musa bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia.

2. Y.B, Dato'Abdul Aziz bin Sharnsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan.

3. Y.B. Dato'Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan.

4. Y. B. Dato' Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan.

5. Ketua Setiusaha Kementerian Pendidikan.

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian PendidiKan.

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan.

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan.

9. Ketua Nazir Sekolah.

10. Pegawai Perhubungan Awam.


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
Office ofthe Director General of Education Malavsia
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Tel : 03-2556900
Level 7 Block J Damansara Town Centre Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR Kawat:”PELAJARAN”

____________________________________________________________________________________
KP(BS)8591/Jilid XV/(8)
10 Jun 1999

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Datin[Tuan/Puan,

SURAT PEKELILIG IKHTISAS BIL. 8 / 1999:


Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
9/1988: Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1993:
Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah, dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1993:
Lapor Kepada Polis Salah Laku Berbentuk Jenayah.

2. Kementerian Pendidikan akhir-akhir ini ada menerima laporan dan aduan mengenai
kejadian di mana murid menjadi mangsa kepada pelbagai jenis perbuatan jenayah semasa
dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah, yang dilakukan oleh orang yang tidak
berperikemanusiaan. Meskipun perbuatan jenavah tersebut dilakukan di !uar kawasan
sekolah dan memang sukar bagi sekolah untuk membuat pengawasan, namun
Kementerian Pendidikan berpendirian bahawa keselamatan dan kebajikan murid hendaklah
sentiasa menjadi keutamaan perhatian pihak sekolah,

3. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan menegaskan kepentingan


mewujudkan peraturan-peraturan mengenai keselamatan dan langkah-langkah pencegahan
yang perlu diamalkan, untuk melindungi murid daripada menjadi mangsa kepada perbuatan
jenayah yang tidak diingini, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Pihak sekolah
hendaklah memastikan semua murid sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan
berlakunya perbuatan jenayah ke atas diri mereka.

4. Pekeliling-pekeliling Ikhtisas mengenai keselamatan murid yang dikeluarkan sebelum ini


hendaklah sentiasa dijadikan panduan dan rujukan. Di samping itu, langkah-langkah seperti
berikut bolehlah diambil oleh pihak sekolah.

4.1 Memanfaatkan sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah,


Jawatankuasa Keselamatan Sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam
merancang langkah-langkah keselamatan murid.

4.2 Mendapatkan kerjasama dari pihak polis dan ibu bapa untuk membuat rondaan
di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan.

4.3 Membersihkan semak samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan
seharian oleh murid-murid supaya lebih terbuka dan selamat.

4.4 Mewujudkan tatacara yang jelas mengenai cara membuat pelaporan tentang
insiden atau orang-orang yang disyaki mempunyai niat jahat.
4.5 Mempamerkan poster atau peraturan mengenai keselamatan bagi meningkatkan
kepekaan dan kesedaran murid tentang pentingnya amalan dan sikap sentiasa
berhati-hati dan berwaspada apabila dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.

4.6 Menggunakan apa sahaja ruang, seperti perhimpunan mingguan, pemakluman


oleh guru tingkatan, guru darjah dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat
pengawas dan seumpamanya, bagi memperingatkan semua warga sekolah
tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.

4.7 Menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah.

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

sk Y.B. Dato' Sri Mohld Najib Tun Haji Abdul Razak


Menteri Pendidikan Malaysia

Y.B. Dato' Haji Mohd Khalid Yunus


Timbalan Menteri Pendidikan

Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Perdidikan

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

Ketua Nazir Sekolah

Pegawai Perhubungan Awam


LAMPIRAN

Jabatan Perdana Menteri,


Jalan Dato' Onn,
Kuala Lumpur.
______________________________________________________________________

P.M. 10164 Vol 11

29hb. November, 1966.

SURAT PEKELILING ‘AM BILANGAN 23 TAHUN 1966


Lagu Kebangsaan

Pada masa yang sudah-sudah, pernah terdapat, Lagu Kebangsaan tidak dimainkan dengan
cara yang betul dan tertib sebagaimana yang dikehendaki oleh Surat Pekeliling 'Am Jabatan
ini Bilangan 3 Tahun 1959. Pernah juga terdapat bahawa Lagu Kebangsaan telah tidak di-
mainkan langsung pada akhir majlis-majlis yang bercorak Kebangsaan atau "National" dan
juga majlis-majlis yang lain. Oleh hal yang demikian, maka Surat Pekeliling ini adalah diper-
edarkan dengan tujuan untuk memberi panduan dalam masa hadapan tentang cara-cara
bagaimana Lagu Kebangsaan "Negara Ku" harus dimainkan dengan cara yang betul dan
sesuai.

Lagu Kebangsaan ada tiga bentuk sebagaimana berikut:

(i) Lagu "Negara Ku" yang penuh (Full Version of National Anthem):

Ini ialah salinan untuk diajarkan kepada kanak-kanak sekolah


menyanyikannya. la boleh juga digunakan di khalayak ramai apabila dinyanyikan
atau dimainkan oleh Orkes atau Pancaragam. Walau bagaimanapun apabila
digunakan untuk memberi hormat (Salute), salinan penuh ini hanya boleh
digunakan untuk memberi hormat kepada D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang
Di-Pertuan Agong atau bagi menghormatkan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda
Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada masa Baginda menjalankan
tanggungan-tanggungan Yang di-Pertuan Agong atau bagi menghormatkan
seseorang dari Raja-Raja Melayu yang dilantik menjalankan
tanggungan-tanggungan Yang di-Pertuan Agong menurut Undang-Undang
Yang di-Pertuan Agong (menjalankan tanggungan-tanggungan) Tahun 1957,
atau boleh digunakan pada masa Panji-Panji di-Raja D.Y.M.M. Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong dibuka bagi menandakan kehadiran Baginda.

(ii) Lagu "Negara . Ku" yang mengandungi lapan (8) baris yang mula-mula dan
lapan (8) baris yang penghabisan. (Salinan ringkas atau "Abridge
Version"):

Salinan ini ialah untuk memberi hormat dalam semua Majlis-Majlis Rasmi
kepada:

(a) D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong;

(b) T2.Y.Y. Gabenor Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, dan Yang di-Pertua
Negara Sabah;
(c) Wakil rasmi D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan.Agong
apabila D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diwakili
oleh salah seorang D.Y.M.M. Raja-RAja Melayu.

Dalam perkara ini, Lagu Kebangsaan Negeri D.Y.M.M. Raja Melayu yang
berkenaan hendaklah dimainkan dahulu semua sekali kemudian barulah diikuti
dengan Lagu Kebangsaan salinan ringkas ini;

(d) Wakil-wakil Diplomat D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan


Agong di Negeri-Negeri Komonwel dan Negeri-Negeri Asing.

Salinan ini hendaklah juga dimainkan pada masa Majlis Minum Selamat Ke

Bawah D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi dengan
muzik.

(iii) Salinan ringkas mengandungi lapan (8) baris yang penghabisan.

Salinan ini dimainkan apabila sahaja tamat sesuatu hiburan dan lakonan.
bagi khalayak ramai.

3. Lagu Kebangsaan di Majlis-Majlis Perayaan Persekutuan

Di dalam Majlis-Majlis Perayaan Persekutuan, jika sekiranya D.Y.M.M. Seri


Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ataupun wakiInya tidak berangkat hadir,
tetapi salah seorang daripada D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu ada berangkat hadir,
maka Lagu Kebangsaan salinan ringkas hendaklah dimainkan pada akhir Majlis itu
iaitu setelah Lagu Kebangsaan Negeri D.Y.M.M. Raja Melayu yang berkenaan itu
telah dimainkan.

4. Lagu Kebangsaan yang dimainkan di Majlis-Majlis Perayaan Negeri

(a) Apabila D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau wakilnya
berangkat ke Majlis Perayaan Rasmi Negeri (State Functions), maka lagu
"Negara Ku" yang penuh hendaklah dimainkan selepas memainkan Lagu
Kebangsaan Negeri yang berkenaan.

(b) Dalam MajIis-Majlis sama ada rasmi ataupun tidak rasmi di mana wakil
D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiada berangkat hadir,
jika hendak memainkan Lagu Kebangsaan "Negara Ku" maka salinan
ringkasnya hendaklah dimainkan selepas memainkan Lagu Kebangsaan
Negeri yang berkenaan.

5. Menghormati Lagu Kebangsaan

Segala daya usaha hendaklah dijalankan oleh pihak-pihak yang berkenaan


dengan cara mengajar dan memberi teladan untuk menggalakkan orang ramai
menghormati Lagu Kebangsaan sewaktu dimainkan iaitu, dengan berdiri dan diam
tegak.

6. Lagu Kebangsaan yang penuh (Full Version) tidak sekali-kali boleh dimainkan selain
daripada di Mailis-Mailis sebagaimana yang tersebut di perenggan 2(i) di atas. Dalam
Majlis-Majlis yang lain sama ada rasmi ataupun tidak rasmi, maka Lagu
Kebangsaan salinan ringkas yang mengandungi lapan (8) baris yang mula-mula dan
lapan (8) baris yang penghabisan, dan Lagu Kebangsaan salinan ringkas bolehlah
dimainkan mengikut perenggan 2(ii) dan (iii) 3 dan 4.

7. Surat Pekeliling Jabatan ini Bilangan 3 tahun 1959 adalah dibatalkan.

Dibahagi-bahagikan kepada:

S.U2.T./S.U2. Kementerien
(Dengan cukup salinan untuk Ketua-Ketua Jabatan)
Y.B. S.U2. Kerajaan Negeri, Malaysia Barat.
Y.B. S.U. Kerajaan Negeri, Sarawak, Kuching.
Y.B. S.U.T. kepada Ketua Menteri.

(TAN SRI ABDUL JAMIL BIN ABDUL RAIS)


Setiausaha Tetap,
Jabatan Perdana Menteri.

KP. 8786/Jld.10/(140)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur 01-34.
30hb. Mei, 1975.
Semua Pengarah Pelajaran,
Negeri-negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah & Sarawak.
Pengarah Latihan Guru.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4 / 75
Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku"
Lagu Kebangsaan "Negaraku" adalah sebuah lagu yang sering kali dinyanyikan di
sekolah-sekolah dan juga di maktab-maktab perguruan, dan dalam masa-masa yang
lampau. khususnya di perhimpunan-perhimpunan yang besar. Lagu ini pernah dinyanyikan
berpadu suara (in chorus). Ini merupakan suatu perubahan kepada nyanyian Lagu tersebut.
Pihak Jabatan Perdana Menteri telah mengkaji perkara ini dengan sedalamdalamnya dan
telah mernutuskan bahawa nyanyian Lagu Kebangsaan ini tidaklah seharusnya
dipadu-suarakan tetapi sebaliknya hendaklah dinyanyikan dengan penuh dedikasi dalam
satu suara sahaja.
2. Kita sedia maklum bahawa Lagu Kebangsaan ini adalah dinyanyikan oleh segenap
lapisan rakyat di negara ini dan oleh itu kiranya Lagu ini dinyanyikan secara padu suara
dipercayai lama-kelamaan, pada suatu ketika nanti, Lagu ini menjadi satu lagu biasa dan
akan dimain-mainkan sahaja. Oleh yang demikian Lagu Kebangsaan ini hendaklah
dinyanyikan dalam satu suara sahaja sebagaimana didapati dalam skrip muzik.
3. Harap maklumkan kandungan surat ini kepada. semua pihak yang berkenaan di
sekolah-sekolah dan di maktab-maktab perguruan dalam jagaan tuan.

(KUM BOO)
Bahagian Sekolah-sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.
s.k.
S.U. Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia.
S.U. Sulit kepada Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ketua Pengarah Pelajaran.
Tirnbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.
Timbalan Ketua Pengarah Pelaiaran I dan II.
Semua Ketua Bahagian, Kementerian Pelaiaran.
Pengarah, Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.
Setiausaha Politik.
Pegawai Khas I, II dan III kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Perdana Menteri.
(u.p. Encik Zakaria b. Datuk Haji Ahmad, AMN).

MJ/sm.

Ref: K.P. 8609/1(79)


Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur 01-34

8hb. September, 1975


Semua Pengarah Pelajaran,
Negeri-negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah/Sarawak.

Semua Pengetua,
Maktab-maktab Perguruan.

Tuan,
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1975
1. Menyanyi Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri
dan
2. Mengibar Bendera Persekutuan/Bendera Negeri di
Sekolah-sekolah/Maktab-Maktab Perguruan .

Seperti negara-negara berdaulat yang lain Malaysia juga mempunyal simbol-simbol


kebangsaannya sendiri, di antaranya ialah Lagu Kebangsaan dan Bendera Persekutuan.
Oleh kerana Malaysia mempunyal kerajaan yang berbentuk persekutuan maka tiap-tiap
negeri dalam Persekutuan Malaysia itu juga mempunvai simbol-simbol negeri masing-
masing, di antaranya ialah Lagu Negeri dan Bendera Negeri. Simbol-simbol tersebut di
antara lain adalah melambangkan kedaulatan negeri dan negara dan tumpuan kesetiaan
dan perpaduan rakyat dan oleh yang demikian sewajarnyalah dihormati dan dipermuliakan
oleh segenap lapisan rakyat.

2. Murid-murid sekolah dan penuntut-penuntut maktab perguruan merupakan sebilangan


daripada rakyat negara ini. Untuk menanam dan menyuburkan semangat patriotisma, taat
setia dan cinta kepada Raja dan Negara di kalangan mereka itu maka amatlah wajar
sekiranya simbol-simbol yang disebutkan itu didedahkan lebih kerap lagi kepada mereka
sekalian. Bagi mencapai maksud ini maka semua Guru Besar sekolah dan Pengetua
maktab Perguruan hendaklah mengikut dan mematuhi peraturan-peraturan sebagaimana
dinyatakan di bawah ini.

3. Penjelasan megenai Lagu Kebangsaan,/ Lagu Negeri.


3.1. Mainan Lagu Kebangsaan

Peraturan-peraturan lanjut mengenai mainan Lagu Kebangsaan adalah


diterangkan dalam Surat Pekeliling Am Bil. 23 Tahun 1966 bertarikh 29hb. November,
1966 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

3.2. Mainan Lagu Negeri

Mainan Lagu Negeri adalah tertakluk kepada cara-cara yang diamalkan oleh
masing-masing negeri.

4. Menyanyi Lagu Kebangsaan / Lagu Negeri

4.1..Lagu Kebangsaan hendaklah dinyanyikan dalam perhimpunan mingguan


sekolah/maktab perguruan dan, melainkan telah diarah terlebih dahulu, dalam
perhimpunan-perhimpunan yang berikut:-
(i) Hari-hari ucapan, penyampaian hadiah dan hari ibu bapa;
(ii) Hari sukan sekolah/maktab pcrguruan;
(iii) Perhimpunan sukan sekolah/maktab perguruan di peringkat daerah, negeri
dan kebangsaan;
(iv) Perhimpunan yang dianjur dan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri/
Kernenterian Pelajaran. Dalam perkara ini pihak penganjur hendaklah
mempastikan bahawa nyanyian beramai-ramai atau koir itu dapat dilakukan
dengan sempurna;
(v) Perhimpunan yang dikelolakan oleh lain-lain badan Kerajaan sekiranya
diminta oleh pihak penganjur perhimpunan berkenaan.

4.2 Lagu Negeri hanya dinyanyikan apabila perlu dan tertakluk kepada cara-cara yang
diamalkan oleh negeri masing-masing.

Peringatan

Jika dalam sesuatu perhimpunan itu ada dikhaskan pancaragam atau rakaman lagu
untuk memainkan Lagu Kebangsaan, murid-murld sekolah/penuntut-penuntut maktab
perguruan tidak perlu menvanyi jika pancaragam/rakaman lagu itu bermain:-

I. Untuk memberi Hormat Diraja (DYMM Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung
sendiri berangkat hadir dalam perhimpunan itu).
2. Bentuk ringkas.
3. Bentuk pendek.

5. Penjelasan Mengenai Mengibar Bendera Persekutuan/Bendera Negeri

5.1. Bendera Persekutuan

Berpandukan kepada surat Pekeliling Am Bil. 7 Tahun 1957 bertarikh 18hb.


Disember, 1957 dan Surat Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 1960 bertarikh 15hb. September,
1960, keluaran Jabatan Perdana Menteri, Bendera Persekutuan hendaklah dikibarkan
pada tiap-tiap hari sekolah diadakan dan wajib pada hari-hari berikut:-

(i) Hari Keputeraan rasmi DYNIM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung;
(ii) Hari Kebangsaan;
(iii) Lawatan rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung ke negeri
berkenaan;
(iv) Pada hari-hari lain yang diarahkan oleh Kerajaan.

Pada hari-hari ini Bendera Persekutuan hendaklah diberi keutamaan daripada


bendera-bendera lain.

5.2. Bendera Negeri

Bendera Negeri boleh dikibarkan pada tiap-tiap hari sekolah diadakan dan wajib
pada hari-hari yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing. Pada hari-hari
tersebut Bendera Negeri hendaklah diberi keutamaan.

6. Perhimpunan Mingggan Sekolah/Maktab Perguruan

Tiap-tiap sekolah dan maktab perguruan hendaklah mengadakan perhimpunan


sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk melakukan upacara menaikkan/memecahkan
bendera dan menyanyi Lagu Kebangsaan. Susunan acaranya adalah seperti salah satu
yang berikut:-

(i) Menaikkan Bendera


(a) Bendera Negeri hendaklah dikibarkan dahulu.

(b) Bendera Persekutuan dinaikkan perlahan-lahan, sambil perhimpunan


menyanyikan Lagu Kebangsaan. Apabila tamat nyanyian Lagu itu,
Bendera pun sampai ke puncak tiang bendera.

(ii) Memecahkan Bendera

(a) Bendera Negeri dikibarkan dahulu, sementara Bendera Persekutuan


tinggal terikat di puncak tiang bendera.

(b) Apaila Bendera Persekutuan dipecahkan perhimpunan menyanyi


lagu Kebangsaan hingga tamat.

7. Memupuk Kehormatan Terhadap Lagu Kebangsaan / Lagu_ Negeri dan Bendera


Persekutuan/Bendera Negeri

7.1. Berdiri Tegak Sebagai Tanda Hormat

Guru Besar sekolah/Pengetua maktab perguruan hendaklah melatih murid-


murid/penuntut-penuntut mereka supaya berdiri tegak dan berdiam diri, jika tidak
bernyanyi, di waktu Lagu Kebangsaan/Negeri dimain atau dinyanyikan di mana-mana
sahaja. Demikian juga di waktu upacara Bendera Persekutuan/Negeri dinaik atau
dipecah dan diturunkan di mana-mana sahaja murid-murid dan penuntut-penuntut
hendaklah berdiri tegak. Berdiri tegak ini merupakan suatu tanda penghormatan
daripada seorang rakyat terhadap simbol-simbol negeri dan negaranya.

7.2. Memelihara Bendera-bendera


Perkara yang berikut perlu diambil perhatian oleh semua Guru Besar sekolah dan
Pengetua maktab perguruan:-

(i) Turun dan simpankan Bendera-bendera pada waktu hujan dan kibarkan
semula setelah hujan berhenti, jika sekolah/maktab belum bersurai.

(ii) Turunkan Bendera-bendera pada pukul 6.00 petang atau pada waktu
sekolah petang bersurai.

(iii) Bendera-bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan cermat dan yang
telah luntur dan koyak hendaklah diganti baru.

8. Harap maklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua yang berkenaan untuk
tindakan mereka sewajarnya.

9. Dengan pekeliling ini maka perenggan 1, 3, 4,5 dan 6 Surat Pekeliling Am Bil 3
Kementerian Pelaiaran, rujukan KP. 5209/33/(6), bertarikh 20hb. November, 1965 ada
dimansuhkan.

Saya yang menurut perintah,

(Kum Boo)
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.
s.k. Setlausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran.
Ketua Setiausaha.
Ketua Pengarah Pelajaran
Timbalan Ketua Setiausaha.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (I).
Semua Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran.
Pegawai Khas kepada Y.B.M. - (I), (II) dan (III).

YJ/KB/rt
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 7, BLOK J, Tel : 03-2586900
PUSAT BANDAR DAMANSA Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR Laman Web: http://www-moe.gov.my

______________________________________________________________________
KP(BS)8591/Jld. XVII( 5)
1 Ogos 2002

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5 / 2002:


Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan

Adalah menjadi dasar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan pihak sekolah
supaya menganjurkan lawatan untuk murid-murid sekolah yang berunsurkan pendidikan
yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengaiaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah sama ada semasa cuti persekolahan mahupun semasa hari persekolahan biasa.

2. Bagi memastikan lawatan sekolah yang dirancang itu benar-benar memberl manfaat
kepada murid-murid yang mengikutinya, Surat Pekeliling Ikhtisas ini memperincikan
beberapa panduan yang perlu diikuti oleh setiap sekolah semasa merancang sebarang
Lawatan Sekolah pada hari persekolahan.

2.1 Lawatan Sekolah semasa hari persekolahan mestilah tidak melebihi 2 kali
dalam setahun.

2 2.2 Setiap Lawatan Sekolah mestilah tidak melebihi 4 hari berturut-turut termasuk
hari perjalanan.

2.3 Sekolah-sekolah yang kurang murid (under enrolled) lawatan semasa hari
persekolahan boleh dibuat dengan syarat sekolah tidak ditutup sebaliknya
digalakkan supaya bergabung dengan sekolah-sekolah lain semasa membuat
lawatan.

2.4 Setiap Lawatan Sekolah mesti disediakan perancangan aktivit murid sebelum,
semasa dan selepas lawatan.

2.5 Laporan lawatan yang disediakan oleh murid-murid hendaklah dikaitkan dengan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

2.6 Lawatan Sekolah boleh dibuat ke tempat-tempat kategori berikut

2.6.1 Sains dan Teknologi / Alam Sekitar


♦ Planetarium
♦ Muzium Sains
♦ Petrosains
♦ Cyberjaya
♦ Wetland di Paya Indah & Putrajaya
♦ FRIM
♦ Zoo
♦ Taman Pertanian
♦ Stesyen Satelit
♦ Kilang Elektronik
♦ Kilang KeretaJMotosikal
♦ Kilang Makanan
♦ Pelabuhan dan Perkapalan
♦ Lapangan Terbang

2-6.2 Mercu Tanda


♦ Bangunan Parlimen
♦ Masjid Negara
♦ Putrajaya
♦ Tugu Negara
♦ Menara Petronas
♦ Menara Kuala Lumpur
♦ Dataran Merdeka

2.6.3 Galeri
♦ Memorial Tunku Abdul Rahman
♦ Memorial Tun Abdul Razak
♦ Galeri Perdana (Langkawi)
♦ Balai Seni Lukis Negara

2.6.4 Kesenian dan Kebudayaan


♦ Istana Budaya
♦ Dewan Filharmonik Petronas
♦ Pusat Kraftangan
♦ Kilang batik dan songket

2.6.5 Sejarah
♦ Muzium Sejarah
♦ Kesan-kesan sejarah
♦ Rumah Kelahiran pemimpin negara
♦ Tempat-tempat bersejarah

dan tempat-tempat lain yang dianggap sesuai dengan matlarmat pengajaran dan
pembelajaran murid,

2.7 Semua prosedur untuk mengadakan Lawatan Sekolah hendaklah dipatuhi


seperti yang dinyatakan dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(LAWATAN SEKOLAH).

3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
12/2000 Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan bertarikh 28 Julai 2000.

4. Sila maklumkan kandungan surat pekelding Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan,Bahagian/Daerah dan
Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato' / Tuan /
Puan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar, Telefon 922066
Kuala Lumpur. Kawat 'PELAJARAN'
____________________________________________________________________
KP(BS) 8591/Jld. 11/(24)

14hb.Jun,1984.

Semua Pengarah Pelajaran Negeri,


Malaysia.

YB. Datuk/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1984

Perhimpunan Sekolah

Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk mernberi panduan dan menegaskan lagi kepada
pihak sekolah tentang mustahaknya diadakan perhimpunan sekolah.

2. Perhimpunan sekolah hendaklah diadakan pada tiap-tiap minggu persekolahan dan


hendaklah dianggap sebagai satu majlis rasmi di peringkat sekolah. Tujuan mengadakan
perhimpunan sekolah ini adalah untuk menyemai, menanam dan memupuk semangat cinta
dan taat setia kepada negara, serta meningkatkan lagi disiplin dan sifat-sifat keteladanan di
kalangan murid-murid. Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, perhirnpunan sekolah
harus mengwujudkan satu suasana yang teratur, bertertib dan penuh hormat, di mana setiap
orang dalam perhimpunan itu hendaklah mematuhi nilai, norma dan peraturan perhimpunan
tersebut.

3. Berikut adalah panduan mengenai pengelolaan perhimpunan sekolah: -

3. Masa

3.1.1 Perhimpunan sekolah pada hari pertama minggu persekolahan adalah


digalakkan.

3.1.2 Bagi sekolah pagi, perhimpunan sekolah adalah di sebelah pagi dan
bagi sekolah petang, perhimpunan pada waktu akhir adalah
digalakkan. Semua pelajaran pada hari itu hendaklah disesuaikan
supaya dapat berjalan kesemuanya.

3.1.3 Sekolah-sekolah yang mempunyai dua sidang ,pagi dan petang,


perhimpunan beramai-ramai adalah digalakkan. Sekolah-sekolah
yang mempunyai dewan atau lain-lain kemudahan yang boleh
menampung semua murid sidang pagi dan petang, hendaklah
mengadakan perhimpunan beramai ini setalah tamat sidang pagi
tetapi sebelum bermulanya sidang petang.

3.2 Aturcara

3.2.1 Perhimpunan sekolah antara lain mengandungi:-


3.2.1.1 Nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Ku / dan Lagu Kebang-
saan Negeri / dan Lagu Sekolah (jika ada).

3.2. 1.2 Upacara menaikkan bendera.

3.2.1.3 Upacara membaca ikrar Rukunegara.

3.2.1.4 Ucapan Guru Besar.

3. 11.5 Lain-lain perkara yang difikirkan perlu bagi mencapai tujuan


perhimpunan.

3.2.2 Perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dengan ringkas dan


tidak mengambil masa yang berlarutan.

4. Perhatian

Pihak sekolah adalah dinasihat untuk mengambil perhatian dan tindakan-tindakan


berikut: -

4.1.1 Surat Pekeliling 'Am Bilangan 23, Tahun 1966, mengenai 'Lagu
Kebangsaan' bertarikh 29hb. November, 1966, keluaran Jabatan Perdana
Menteri. (disertakan bersama)
4.1.2 Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan
"Negaraku", bertarikh 20hb. Mei, 1975.
4.1.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu
Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera. Persekutuan / Bendera
Negeri di sekolah-sekolah / Maktab-maktab Perguruan', bertarikh
8hb.September, 1975.

4.2 Semua guru dan murid hendaklah sama-sama berada di dalam mailis
perhimpunan itu dan bersama-sama menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu
Negeri dan / Lagu Sekolah (jika ada) dengan betul dan penuh bersemangat.

4.3 Kakitangan-kakitangan bukan guru adalah digalakkan bersama dalam majlis


perhimpunan ini.

4.4 Perkara-perkara yang boleh meninggikan lagi moral, disiplin dan perpaduan,
menaikkan semangat kerajinan dan keusahaan serta membentuk sikap murid-
murid ke arah yang lebih positif adalah digalakkan untuk disampaikan kepada
murid-murid dalam perhimpunan.

4.5 Pihak sekolah tidak boleh menggunakan perhimpunan itu sebagai tempat untuk
menjalankan hukuman kepada murid-murid, mencaci, menghasut atau
mengambil sebarang tindakan yang boleh memalukan seseorang murid atau
lain-lain pihak.

5. Harap maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada. semua Guru Besar.

Sekian.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,


(DATO' HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN)
Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.

s.k. 1. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia.

2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato' Khalil bin Yaakob,


Timbalan Menteri Pelajaran.

3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tan Tiong Hong


Timbalan Menteri Pelajaran.

4. Ketua Setiausaha, Kernenterian Pelajaran.

5. Ketua Pengarah Pelajaran, Kernenterian Pelajaran.

6. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pelajaran.

7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I, Kernenterian Pelajaran

8. Timbalan Ketua Pengarah Pelaiaran II, Kernenterian Pelajaran

9. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kernenterian Pelajaran.

10. Ketua-Ketua Bahagian, Kernenterian Pelajaran.

11. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran.

12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menteri Pelajaran.

13. Unit Hal Ehwal Awam, Kernenterian Pelajaran.

Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pelajaran,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Lebuh Pasar Besar, Telefon 922066
Kuala Lumpur. Kawat 'PELAJARAN'
______________________________________________________________________
KP(BS) 8591/Jld. ll/(26)

10hb. September, 1984.


Semua Pengarah Pelajaran Negeri,
Malaysia.

Y.B. Datuk/Tuan,

TAMBAHAN KEPADA SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1984

Perhimpunan Sekolah

Lanjutan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 bertarikh l4hb. Jun 1984 yang
menetapkan peraturan dan masa perhimpunan sekolah, adalah dibawa kepada perhatian
Y.B. Datuk/Tuan bahawa lagu 'Malaysia Berjaya' juga hendaklah dinyanyikan bersama
semasa perhimpunan.

2. Oleh yang demikian dalam Surat Pekeliling Iklitisas Bil.4/1984 para 3.2.1. mengenai
aturcara perhimpunan mingguan sekolah hendaklah antara lain mengandungi :

2.1 Nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku/dan Lagu Kebangsaan Negeri, Lagu


'Malaysia Berjaya' dan Lagu Sekolah,(jika ada);

2.2 Upacara menaikkan bendera;

2.3 Upacara. membaca ikrar Rukunegara;

2.4 Ucapan Guru Besar;

2.5 Lain-lain perkara yang difikirkan perlu bagi mencapai tujuan perhimpunan

3. Di samping mengadakan perhimpunan mingguan, sekolah-sekolah juga adalah diminta


mengadakan perhimpunan khas guru-guru dan murid-murid pada tiap-tiap hari untuk
bersama-sama menyanyikan Lagu Kebangsaan Negaraku dan Lagu 'Malaysia Berjaya'. Per-
himpunan khas tersebut hendaklah diadakan tiap-tiap hari sebelum waktu pertama bermula
sama ada bagi sekolah satu sidang atau dua sidang. Sekiranya bertujuan untuk
menjimatkan masa, lagu-lagu tersebut boleh dinyanyikan di dalam kelas dengan diketuai
oleh guru yang mengajar waktu pertama pada hari itu.

4. Diminta supaya lagu-lagu tersebut dinyanyikan dalam suasana teratur,bertatatertib,


dan dengan penuh semangat.

5. Harap Y.B. Datol/Tuan memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada


semua sekolah.

Sekian.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,


(DATO' HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN)
Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.

s.k. I. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia.


2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato' Khalil bin Yaakob.
Timbalan Menteri Pelajaran.
3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tan Tiong Hong
Timbalan Menteri Pelajaran.
4. Ketua Setiausaha. Kementerian Pelajaran.
5. Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran.
6. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kernenterian Pelajaran.
7. Timbalan Ketua Perigarah Pelajaran I, Kementerian Pelajaran.
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II, Kernenterian Pelajaran.
9. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran.
10. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.
11. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pelajaran.
12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
13. Unit Hal Ehwal Awam, Kementerian Pelajaran.
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 7, BLOK J,(SELATAN) Tel : 03-2556900
PUSAT BANDAR DAMANSA Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR
Kawat:”PELAJARAN”
_____________________________________________________________________________________
KP(BS)8591/JId.IV(4)
19 Julai 1995

Semua Pengarah Pendidikan Negeri,

Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTIISAS BIL. 4/1995


PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Peiajar adalah aset yang amat berharga dalam menentukan arah
pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan
kebangsaan keqiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi
membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan
kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar serta
meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih
banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda
yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita
perlu menyediakan golongan pelajar yang dinamik dan berkualiti serta
mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani, dan Intelek (JERI).

1.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah(KRS) hendaklah ditubuhkan


di semua seko!ah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara
sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah. Kewujudan KRS
sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar
berdasarkan objektif yang dikemukakan,

2.0 RASIONAL

Menyedari hakikat bahawa minat serta kecenderungan pelajar kepada pasukan


pakaian seragam di sekolah amat ketara sedangkan peluang untuk menyertai amat
terhad, wajarlah KRS diltubuhkan bagi tujuan memenuhi minat serta untuk
mengatasi masalah salah laku di kalangan remaja seperti penya!ahgunaan dadah,
ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. Oleh itu aktiviti KRS diharap dapat
mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke
arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai
murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.0 MATLAMAT
Melahirkan pelajar cemerlang yang berminat, berakhlak mulia, berilmu dan
kerketrampilan seiras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah
menjayakan Wawasan 2020.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan
negara.
4.2 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
4.3 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan,
pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
4.4 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di
kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan untuk
bertindak sewajarnya.
4.5 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif
dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

5.0 STRUKTUR ORGANISASI

5.1 Struktur organisasi Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah seperti


berikut:

a. Penaung
b. Penasihat
c. Pengerusi
d. Timbalan Pengerusi
e. Naib Pengerusi
f. Setiausaha Kehormat
g. Penolong Setiausaha Kehormat
h. Bendahari Kehormat
i. AJK dilantik

5.2 Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat:

a. Peringkat Kebangsaan
b. Peringkat Negeri
c. Peringkat Daerah
d. Peringkat Sekolah

Maklumat lengkap struktur organisasi boleh didapati dalam Perlembagaan KRS.

6.0 KEAHLIAN

6.1 Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan.
6.2 Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi
pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara. 6.1
6.3 KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus oleh institusi di mana KRS itu
ditubuhkan
6.4 Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau
diberhentikan daripada sekolah atau institusi seperti yang dinyatakan di atas.

7.0 KURIKULUM

7.1 Teras

a. Pendidikan Ketatanegaraan/Patriotisma
b. Latihan Fizikal
c. Pendidikan Kerohanian

7.2 Umum

a. Aktiviti Di air
b. Aktiviti Di darat
C, Aktiviti Pengembaraan
d. Latihan Mental
e. Latihan Kewarganegaraan
f. Aktiviti Ketahanan Diri
9. Aktiviti Pendidlikan Luar
h. Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar
i. Aktiviti Kemahiran Hidup (Keusahawanan)
j. AKtiViti Khidmat (Khidmat Masyarakat)

8.0 PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN

8.1 Fokus utama pengurusan clan pelaksanaan aktiviti KRS peringkat


Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan
operasi KRS.
8.2 Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek
pelaksanaan aktiviti KRS.

9.0 YURAN KEAHLIAN

Yuran Keahlian dlikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap ahli.

10.0 PAKAIAN SERAGAM (UNIFORM)

Maklumat terperinci mengenai pakaian Seragam (Uniform) boleh didapati dalam


buku Perlembagaan KRS.

11.0 KESELAMATAN DIRI

12.0 PENGECUALIAN

Pelajar-pelajar dalam keadaan seperti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai


KRS

12.1 Kes-kes Perubtan. Pelar-pelajar yang te!ah disahkan oleh doktor mengidap
sakit jantung, lelah dan lain-iain penyakit yang boleh membahayakan jjka
mengambil bahagian dalam aktiviti KRS.

12.2 Kecacatan. Pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan anggota tubuh yang


boleh mernbahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam aktiviti
KRS. Tetapi sekiranya kecacatan mereka tidak menjadi penghalang,
pelajar-pe!ajar tersebut hendaklah digalakkan mengambil bahagian dalam
aktiviti yang sesuai bagi mereka

12.3 Kelas Agama. Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas agama di


waktu pagi/petang, satu penyesuaian terhadap aktiviti KRS hendaklah
diadakan. Untuk tujuan ini, Pengetua hendaklah berunding dengan pihak
sekolah/Jabatan berkenaan.

13.0 PEMANTAUAN

13.1 Tugas pemantauan hendaklah dilakukan oleh:

a. Pengarah Pendidikan Negeri


b. Pegawai Pendidikan Daerah
C. Pengetua
d. Ketua Penolong Pengarah dan Penyelia Kokurikulum JPN
e. Penyelia Pejabat Pendidikan Daerah

13.2 Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut:

a. Laporan aktiviti
b. Laporan kewangan

14.0 Sila maklumkan kandungan Pekeliling ini bersama-sama dengan lampirannya


kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negeri Y. Bhg,
Dato'/Datuk/Tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDIVIAT UNTILIK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN IVIOHD. ZAHID BIN IVIOHD, NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

S.K: 1. YB. Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

2. YB. Datuk Mohd Khalid bin Yunus


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. YB. Datuk Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan Ketua Setiausaha I


Kernenterian Pendidlikan Malaysia

6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan Ketua Setiausaha II


Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Timbalan Ketua Pengarah Pendiclikan II


Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Semua Ketua Bahagian


Kementerian Pendidikan

10. Ketua Perhubungan Awam


Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar, Telefon 22922066
Kuala Lumpur. Kawat 'PELAJARAN'
______________________________________________________________________
KP(BS) 8591/Jld. Il/(41)

15hb. Januari, 1986

Semua Pengarah Pelajaran Negeri,


Malaysia.

Y.B. Dato'/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1986

Rekod Kedatangan dan


Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar

Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memberitahu pihak sekolah, Kementerian Pelajaran
telah memutuskan bahawa gerak kerja kokurikulum akan diambil kira dalam pemilihan
pelajar-pelajar ke Tingkatan Enam dan ke Maktab-maktab Perguruan.

2. Oleh yang demikian, pihak sekolah adalah diminta mengambil tindakan berikut:

2.1 Mulai tahun 1986, merekod kedatangan setiap orang pelajar Sekolah
Menengah dalam gerak kerja kokurikulum yang disertai seperti contoh yang
diberikan dalam Lampiran 1.

2.2 Menyedia dan melengkapkan laporan gerak kerja kokurikulum pelajar seperti
contoh yang diberikan dalam lampiran 2, bagi pelajar-pelajar yang tamat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional (SPVM) 1985.

Untuk pelajar-pelajar yang tamat SPM/SPVM 1986 dan seterusnya, satu format
laporan gerak kerja Kokurikulum pelajar akan dihantar kemudian.

3 Adalah diharap Y.B. Dato’/Tuan memaklumkan surat pekeliling ini kepada semua
sekolah.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.

s.k. I . Setiausaha Sulit Kanan Kepada Y.B. Menteri Pelajaran.


2. Setiausaha Sulit Kepada Y.B. Encik Bujang Haji Ulis Timbalan Menteri
Pelajaran.
3. Setiausaha Sulit Kepada Y.B. Encik Ng Cheng Kiat Timbalan Menteri Pelajaran.
4. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.
5 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
6. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pelajaran.
7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I, Kementerian Pelajaran.
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II, Kementerian Pelajaran.
9. Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran.
10. Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.
11. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan.
12. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran,
Ref: K.P. 8609/1/(3)
Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

12hb.Januari, 1971

Ketua Pegawai Pelajaran,


Semua Negeri,
Malaysia Barat.

Pengarah Pelajaran,
Sarawak/Sabah. (dengan mel udara)

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1971

RUKUNEGARA

Sebagaimana yang tuan-tuan ketahui Rukunegara telah diisytiharkan oleh D.Y.M.M.


Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada 31hb. Ogos, 1970.

2. Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa samua sekolah di Malaysia hendaklah


berusaha dengan segala upaya yang boleh untuk menanarnkan cita-cita unggul
Rukunegara ke dalam jiwa kanak-kanak kita di sekolah. Semangat dan amalan lima prinsip
itu perlu ditegaskan ketiga mengajar Rukunegara.

3. Berikut ialah beberapa cadangan bagaimana Rukunegara, boleh diajar:-

(i) Guru-guru Besar/Pengetua-pengetua bolehlah berceramah berkenaan pelbagai aspek


Rukunegara di Perjumpaan Mingguan Sekolah.

(ii) Dalam pelajaran Sivik (dari darjah empat hingga Tingkatan Enam) guru-guru boleh
menghurai cara-cara mengamalkan pelbagai aspek Rukunegara itu.

(iii) Aspek-aspek Rukunegara boleh digunakan sebagai tema atau tajuk-tajuk untuk
perbincangan di perjumpaan-perjumpaan kelab dan persatuan sekolah.

(iv) jika sekolah-sekolah mencetak buku-buku rampaian mereka sendiri, Rukunegara


bolehlah dicetak di muka sebelah dalam kulit hadapan buku itu.

4. Guru-guru Besar/Pengetua-pengetua hendaklah cuba:-

(i) mendapatkan beberapa poster Rukunegara untuk pejabat-pejabat, dewan sekolah,


bilik-bilik darjah dan bilik-bilik guru mereka daripada jabatan Penerangan dan
Kebudayaan Negeri. Poster ini hendaklah dimasukkan dalam frame dan digantung di
tempat-tempat yang disebut itu.

(ii) mendapatkan buku-buku kecil penerangan yang cukup daripada Pejabat Penerangan
untuk menentukan supaya sernua guru-guru di sekolah itu betul-betul faham dan mahir
dengan Rukunegara.

(iii) menggalakkan murid-murid membuat poster-poster ukuran besar untuk dipamerkan


dalam bilik-bilik darjah mereka sendiri. Satu salinan Rukunegara adalah disertakan
bersama surat pekeliling ini.

5. Kementerian Pelajaran juga sedang mengambil langkah-langkah berikut untuk


menjadikan pengajaran Rukunegara itu lebih bermakna lagi.-

(1) Sukatan Pelajaran Sivik sedang disemak semula untuk memasukkan


Rukunegara;

(ii) Pusat Alat Pengajaran Pandang Dengar, Kementerian Pelajaran sedang


menyediakan carta-carta untuk sekolah-sekolah.

(iii) Sebuah lagu sedang digubah untuk Rukunegara supaya Rukunegara juga boleh
dinyanyikan oleh murid-murid.

Saya yang menurut perintah,

(Kum Boo)
Bahagian Sekolah-sekolah,
b.p. Ketua Setlausaha,
Kementerian Pelajaran.

s.k. S.U.S. kepada Y.B.M.


Y.B. Setiausaha Parlimen
K.S.K.
K.P.P.
T.K.S.K.
T.K.P.P.

Pengarah (Latihan Guru-curu) 15 salinan.


Ketua Nazir - 15 salinan.
Semua Ketua Bahagian.

Setiausaha Kerja,
Jabatan Perpaduan Negara,
Bangunan Parlimen,
Kuala Lumpur.

Ketua Setiausaha,
Kementerian Penerangan dan Kebudayaan - 5 salinan.
Angkasapuri,
Kuala Lumpur.
Setiausaha Kerja,
Majlis Muhibah Negara,
Jabatan Perdana Menteri,
Kuala Lumpur.

KB/rt

RUKUNEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh. masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang libreral terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang


kaya. dan berbagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

(TRANSLATION)

RUKUNEGARA

OUR NATION, MALAYSIA, being dedicated


to achieving a greater unity of all her peoples;

to maintaining a democratic way of life;

to creating a just society in which the wealth of the nation shall be equitably
shared;

to ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions;

to building a progressive society which shall be oriented to modem science and


technology;

WE, her peoples, pledge our united efforts to attain these ends guided by these principles:

Belief in God (Kepercayaan kepada Tuhan)

Loyalty to King and Country (Kesetiaan kepada Raja dan Negara)

Upholding the Constitution (Keluhuran Perlembagaan)

Rule of Law (Kedaulatan Undang-undang)

Good Behaviour and Morality (Kesopanan dan Kesusilaan)

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 7, BLOK J,
PUSAT BANDAR DAMANSA Tel : 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR Fax : 03-2535150
________________________________________________________________________________
KP(BS)8591/Jld.XVl(17)
16 November 2000
Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’ /Tuan / Puan,


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 17 / 2000:
Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah

Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan melaksanakan apa juga aktiviti yang
dianggap dapat memperkukuhkan lagi amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun
Negara. Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah.
Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan ras, fenomena seperti ini boleh
menggagalkan sebarang usaha ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan
harmonis. Dalam hal ini, institusi sekolah berperanan untuk memupuk dan menyemai
pengetahuan, kesedaran dan amalan setiap prinsip yang terkandung dalarn Rukun Negara.

2. Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah diminta menubuhkan


Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Syarat-syarat penubuhannya adalah
sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah
1997. Antara kegiatan yang boleh dijalankan oleh Kelab/Persatuan Rukun Negara adalah
seperti yang berikut:

2.1 Menjalin kerjasama antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tertentu


seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Sektor Rukun Tetangga serta
persatuan komuniti dan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti-
aktiviti yang memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di
kalangan pelajar sekolah yang berbilang kaum dan keturunan;

2.2 Menggalakkan sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu


kaum sahaja untuk meningkatkan kegiatan yang bercorak integrasi dengan
sekolah-sekolah lain melalui aktiviti-aktiviti bersama; dan

2.3 Menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjurus kepada penghayatan


semua prinsip Rukun Negara.

3. Walaupun arahan penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara ini ditujukan kepada


sekolah menengah, sekolah rendah juga adalah digalakkan untuk berbuat demikian. Walau
bagaimanapun, sekiranya penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara tidak dapat
dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah, usaha yang bersesuaian hendaklah diambil
supaya perkara-perkara seperti para 2.1, 2.2, clan 2.3 dapat dilaksanakan.

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri
Y. Bhg. Dato’/ Tuan / Puan.

Sekian. Terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


sk
1. Y.B. Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato'Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato' Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y. B. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir


Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Nazir Sekolah

10. Pegawai Perhubungan Awam


PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jilid XV/ (7)


10 Jun 1999

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1999:


Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

Akhir-akhir ini bilangan kes jenayah yang melibatkan murid sekolah didapati meningkat serta
membangkitkan kebimbangan banyak pihak. Gejala anti sosial ini perlu diberi perhatian
serius dan sewajarnya ditangani secara menyeluruh dan bersepadu oleh semua pihak.
Usaha secara berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan
murid terhadap jenis dan pola pelakuan jenayah yang berubah-ubah mengikut perubahan
persekitaran sosial sekolah.

2. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan menyarankan supaya sekolah-


sekolah menengah di seluruh negara menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah masing-
masing. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah ini adalah di antara langkah yang boleh
diambil untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan
berlakunya perbuatan jenayah dan langkah-langkah mencegahinya. Selain daripada itu
penubuhan kelab ini juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara
sekolah dengan pihak polis dalam usaha membenteras perbuatan jenayah sama ada di
dalam atau di luar kawasan sekolah.

3. Dalam merancang penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah, perhatian


harus diberikan kepada perkara-perkara seperti berikut.

a. Keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan yang


berisiko jenayah tinggi.

b. Penubuhan kelab ini tidak bertindih dengan kelab-kelab lain yang mempunyai
matlamat yang serupa.

c. Penasihat Kelab hendaklah terdiri daripada guru sekolah dan Pegawai


Perhubungan Polis berperanan sebagai penasihat pakar luar.

d. Guru penasihat hendaklah menjadi penggerak utama dan bertanggungjawab


sepenuhnya terhadap pengurusan, perjalanan dan pelaksanaan pelbagai
kegiatan kelab.

4, Untuk panduan dan rujukan sekolah, contoh perlembagaan kelab disertakan


bersama-sama ini. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua
sekolah di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

1
Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus


Timbalan Menteri Pendidikan

Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

Ketua Nazir Sekolah

Pegawai Perhubungan Awam

2
PERLEMBAGAAN
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

1. NAMA

Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Pencegahan Jenayah

Sekolah ________________________________________________

2. ALAMAT

Alamat yang digunakan bagi kelab ini: (alamat sekolah)

3. TUJUAN KELAB

3.1 Untuk memupuk rasa patuh kepada peraturan dan undang-undang negara.

3.2 Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.

3.3 Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan pelajar bahawa


pencegahan adalah lebih baik dari memerangi jenayah.

3.4 Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan menggalakkan


mereka menjalankan aktivid yang berfaedah.

3.5 Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara
dalam hal-hal jenayah.

4. TEMPAT MESYUARAT DAN AKTIVITI

4.1 Tempat mesyuarat kelab ini adalah di mana-mana bilik atau kawasan sekolah
dengan syarat mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu.

4.2 Tempat menjalankan aktiviti adalah berpusat di dalam kawasan sekolah tetapi
boleh juga di lain-lain tempat yang difikirkan sesuai oleh pihak pentadbir
sekolah dengan syarat sentiasa diiringi oleh guru penasihat.

5. KEAHLIAN DAN ORGANISASI

5.1 Keahlian kelab ini adalah terbuka kepada semua murid.

5.2 Organisasi Kelab adalah seperti benkut:

5.2.1 Penaung : Pengetua

5.2.2 Penasihat : Guru Penasihat


Pegawal Perhubungan Polis

5.2.3 Jawatankuasa Kelab : Seorang Presiden (Murid sekolah)


Seorang Naib Presiden
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari

3
5 orang Jawatankuasa yang dilantik
(Jawatankuasa Induk dipilih dalam
Mesyuarat Agung Tahunan)

6. MESYUARAT

6.1 Bagi Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadiri
tidak kurang daripada 1/3 bilangan ahli.

6.2 Bagi Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh tidak kurang dari 2/3
ahli.

6.3 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari 31 Julai
setiap tahun.

6.4 Memanggil Mesyuarat Agong Tergempar

6.4.1 Atas arahan Guru Penasihat

6.4.2 Apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa

6.4.3 Atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 1/3 ahli

6.4.4 Mesyuarat Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari


daripada tarikh penerimaan permintaan.

6.4.5 Urusan Mesyuarat Agung Tergempar dihadkan hanya kepada maksud


mesyuarat itu diadakan.

6.5 Setiap mesyuarat yang diadakan hendaklah dengan kebenaran Guru


Penasihat dan Guru Penasihat perlu dijemput menghadirinya.

7. KEWANGAN

7.1 Kelab mendapatkan sumber kewangan daripada yuran tahunan, derma dan
aktiviti-aktiviti kelab.

7.2 Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli ialah sebanyak RM10.00
setahun atau pada kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.

7.3 Jawatankuasa hanya berkuasa membelanjakan kumpulan wang yang ada


untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi mencapai tujuan dan maksud
aktiviti.

7.4 Bendahari tidak boleh menyimpan dalam tangannya wang kelab melebihi
RM10.00 pada satu masa. Wang selebihnya hendaklah diserahkan kepada
Guru Penasihat.

7.5 Tahun Kewangan Kelab ialah 1 Julai hingga 30 Jun.

7.6 Setiap perbelanjaan kelab hendaklah dengan kelulusan Jawatankuasa.

4
8. PERKARA-PERKARA LAIN

Kelab ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah
dan akan dikeluarkan oleh Kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri, Sekolah dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

9. PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB

9.1 Pindaan perlembagaan kelab boleh diusulkan oleh ahli dan boleh diluluskan
dengan mendapat persetujuan 2/3 ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan
atau Mesyuarat Agung Tergempar.

9.2 Persetujuan Pengetua dan Guru Penasihat adalah perlu sebelum sesuatu
pindaan perlembagaan kelab dilakukan.

5
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KP(BS)8591/Jld.VIII / (74)
2 Mei1997

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1997 :


Program dan Aktiviti Sekolah Yang
Melibatkan Dasar Dan/Atau Pungutan Wang

Kementerian Pendidikan amat menghargai usaha serta inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri
untuk menjalankan pelbagai program dan aktiviti bagi kebajikan dan faedah murid di
sekolah. Namun demikian, terdapat di antara program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian atau sekolah itu yang
membangkitkan rasa tidak puas hati, rungutan dan bantahan dariapda para ibu bapa,
penjaga dan juga masyarakat umum, lazimnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan soal
dasar, rasional dan pungutan wang.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua


Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah supaya
sentiasa merujuk dan mematuhi dasar, syarat atau peraturan yang sedia ada apabila ingin
melaksanakan apa jua program atau aktiviti di sekolah. Ini adalah bagi mengelakkan
sebarang percanggahan dengan mana-mana dasar, syarat atau peraturan yang ditetapkan
mengenainya.

3. Dalam keadaan di mana program atau aktiviti yang hendak dijalankan itu tidak
tertakluk di bawah mana-mana syarat atau peraturan yang sedia ada, atau timbul keraguan
mengenai bidang kuasa, hak atau peruntukan sah mengenainya, maka permohonan bagi
mendapatkan persetujuan dan kelulusan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada
Kementerian Pendidikan. Semua permohonan hendaklah mengandungi maklumat lengkap
mengenai program atau aktiviti yang hendak dijalankan.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pihak yang
berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan
sekolah.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(DATUK MATNOR DAIM)


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia, Paras 7, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur
Tel : 03-2556900 Fax : 03-2535150
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Datuk Haji Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus


Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha


Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Ketua Unit Perhubungan Awam


Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J Tel : 03-2586900
PUSAT BANDAR DAMANSARA Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR Laman Web : http://www.moe.gov.my

KP(BS) 8591/Jld.XVIII (3)


28 Mac 2003

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/2003 :


KE ARAH MEMBUDAYAKAN NILAI BERTERIMA KASIH

Matlamat Kementerian Pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada
Tuhan. Matlamat ini boleh dicapai melalui pendekatan kurikulum dan kokurikulum. Pihak
sekolah pula telah diminta supaya memberi penekanan kepada pemupukan nilai melalui
penerapan nilai-nilai murni menerusi kurikulum. Nilai-nilai murni ini termasuklah nilai
bersyukur dan nilai berterima kasih.

2. Banyak pihak telah menegur budi pekerti murid yang seolah-olah bersikap tidak
berterima kasih dan bersyukur. Tidak berterima kasih maksudnya tidak memberikan ucapan
pembatasan budi dengan hati yang ikhlas, dengan suara yang jelas dan bermuka manis
selepas menerima sesuatu. Keadaan ini jika dibiarkan boleh mengikis budaya berterima
kasih yang sewajarnya menjadi amalan dan warisan bangsa.

3. Kementerian Pendidikan berpendapat langkah-langkah segera perlu diambil untuk


meningkatkan amalan berterima kasih di kalangan murid sekolah. Pendekatan dan
penyertaan yang bersepadu daripada semua pihak seperti guru, ibu bapa dan masyarakat,
harus digembelingkan dalam menentukan kejayaan usaha murni ini. Sehubungan ini,
pelaksanaan aktiviti membudayakan nilai berterima kasih hendaklah dilaksanakan di semua
peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah dan negeri seperti dinyatakan dalam ”Panduan
Pelaksanaan Aktiviti Pembudayaan Nilai Berterima Kasih Di Sekolah” (Lampiran A).

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah,
Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
LAMPIRAN A

PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI PEMBUDAYAAN


NILAI BERTERIMA KASIH DI SEKOLAH

Pelaksanaan amalan budaya berterima kasih boleh dilaksanakan di sekolah melalui aktiviti-
aktiviti berikut :

1. Pesanan di perhimpunan pagi secara berterusan.

2. Contoh dan teladan budaya terima kasih oleh pemimpin (Pengetua, Guru Besar dan
guru-guru).

3. Sesi taklimat di minggu suaikenal.

4. Ceramah penataran ilmu kepada guru dan kakitangan.

5. Elemen nilai berterima kasih dalam pengajaran dan pembelajaran.

6. Elemen nilai berterima kasih dalam aktiviti kelab dan persatuan.

7. Majlis tahlil, doa selamat dan majlis kesyukuran di peringkat sekolah untuk setiap
kejayaan atau ditimpa sesuatu musibah.

8. Elemen nilai berterima kasih semasa sambutan hari-hari tertentu seperti berikut :

• Sambutan Hari Kebangsaan

• Sambutan Hari Guru

• Sambutan Hari Pahlawan

• Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

9. Program Terancang Kempen Bulan Berterima Kasih semasa sambutan hari-hari tertentu
seperti berikut :

− Pembacaan puisi untuk menzahirkan penghargaan, terima kasih dan terhutang budi
terhadap seseorang atau kumpulan.

− Program ziarah ke rumah orang-orang tua, pemimpin-pemimpin yang berjasa dan


tokoh-tokoh guru.

− Memberi anugerah kepada murid yang berbudi pekerti mulia.

− Memberi kad ucapan dan penghargaan antara guru dan murid.

− Menandatangani kad ucapan gergasi sebagai tanda terima kasih.

− Menyediakan kain rentang di sekolah sebagai tanda ingatan dan mengenang jasa
guru.

− Mesej nilai berterima kasih oleh tokoh murid/ibu bapa.

− Aktiviti gotong-royong seperti mengecat bilik darjah/tandas.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like