P. 1
Nota Pengakap Kanak-Kanak

Nota Pengakap Kanak-Kanak

|Views: 3,491|Likes:
Published by H-S
Nota Tentang Pengakap Kanak-Kanak
Nota Tentang Pengakap Kanak-Kanak

More info:

Published by: H-S on Jan 15, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/01/2013

pdf

text

original

H-S

PENGAKAP KANAK-KANAK
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform (berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah) Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini. Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.

MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK
       Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka; Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah; Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama; Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu; Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara; Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 1

H-S PERLEMBAGAAN
Fasal 1 : Nama dan Alamat. i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) SEKOLAH .................................... ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH ........................... Fasal 2 : Tujuan Persatuan i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan. ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid. iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan. Fasal 3 : Keahlian i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6). ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun. iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan. Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli. i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan. ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan. Fasal 5 : Mesyuarat. i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk: - memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan. - kewangan - ucapan penangguhan - cadangan-cadangan ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada: a. Pengerusi b. Setiausaha c. Bendahari d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6) iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan. iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan. v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli.

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 2

H-S
vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa. Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan. i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan. ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan. iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat. Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan. i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui : a. wang SUWA (Kokurikulum). b. sumbangan PIBG. c. derma daripada ahli dan orang ramai. ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan. Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan. i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar. Fasal 9 : Tafsiran. i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad. Fasal 10 : Pembubaran. i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir Sekolah.

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 3

H-S
Lencana Wajib Lencana Kegemaran

Pendahuluan Lencana & Sijil

Perlembagaan Cerita Hutan

Sejarah Uniform

Latihan Lagu

Aktiviti Pautan

Lencana Keris Emas

Lencana Keris Perak

Lencana Gangsa

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 4

H-S

Penunggang Basikal

Renang

Pembaca Buku

Peladang Kecil

Ahli Kraftangan

Koleksi Hobi

Penghibur

Pelukis

Pengembara

Pembaca Peta

Ahli Olahraga

Lencana Pengetahuan Pecinta Alam Semulajadi Pecinta Alam Sekitar Ahli Pasukan Permainan

Pekerja Am

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 5

H-S

Lencana Perkhidmatan Penyelamat Nyawa Pengurus Rumah Ahli Pertolongan Cemas

Jenis-Jenis Lencana Kepandaian Pengakap Kanak-Kanak

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 6

H-S

Rambu Pengakap Kanak-Kanak

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 7

H-S
CERITA HUTAN AKELA DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlarilati. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak meeka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak amsing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sidah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian utnuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekorberuang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 8

H-S
MOWGLI Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.

Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatangbinatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan Ibu Serigala menentang.Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 9

H-S
Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.

UNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK BAJU : Warna kelabu. SELUAR : Warna Biru Tua. SARUNG KAKI : Biru Tua. KASUT : Hitam SKAF : Warna biru tua,dengan dua garisan - merah dan putih. FORAGE CAP : Warna biru tua dengan satu garisan Merah. Lencana Ahli: Lencana Bendera: Dipakai di tengah-tengah Dipakai di tengah-tengah kocek kocek(poket) sebelah KIRI (poket) sebelah KANAN

Lengan Baju di sebelah kiri dengan baju di sebelah kanan.

Lengan baju disebelah kanan

Lencana Pangkat : Ketua Pasukan (Pek) Dipakai di atas kocek (poket) sebelah KIRI Lencana Pangkat : Penolong Ketua Enam Sekawan

Lencana Pangkat : Ketua Sekawan

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 10

H-S

Aktiviti Pengakap Kanak-kanak

1. Laung Agong 2. Persetiaan 3. Undang-undang 4. Kawat Asas 5. Bendera 6. Simpulan dan Ikatan 7. Pertolongan Cemas 8. Isyarat Sulit 9. Memasak 10. Berkhemah secara Pengakap 11. Gajet 12. Kembara/ Tracking

AKTIVITI-AKTIVITI PENGAKAP                  Kursus Ketua Enam Sekawan Kursus Kemahiran Pengakap Kanak-Kanak Kursus Lencana Keris Kursus Ketua Petrol Kursus Lencana Kemajuan Pioneering Projek Hari Pengakap Sedunia Kempori Korobori Rovermoot Jambori Indaba Gillwell Union Kursus-Kursus Kepimpinan Manikayu Kursus Jurulatih Kursus Penolong Jurulatih Kursus Kemahiran Dan Teknik Untuk Pemimpin

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 11

H-S
LATIHAN Borang Ujian Lencana Keris Emas Nama penuh : Tahun : Sekolah : 1.1 Kesetiaan (Ujian bertulis) Keputusan Ujian Bertulis Markah yang diperolehi

1.2 Kecekapan & Kemahiran (Bahagian praktikal /amali) BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 BIDANG Teknik melipat bendera Isyarat Sulit Anduh Simpul Bunga Geti Simpul Manok Simpul Sentak Simpul belit @ Lilit Dua Sinpul Simpul Tindih Kasih MARKAH PENUH 5 5 5 5 5 5 5 5 T/TANGAN PENGUJI MARKAH CALON

40
1.3 Disiplin , Minat & Dayausaha

BIL
1

BIDANG
Pakaian Seragam Pengakap Kajian Ikan Kajian Tumbuhan Kajian Binatang/Haiwan Koleksi Hobi Potensi Diri

MARKAH PENUH 5

T/TANGAN PENGUJI

MARKAH CALON

2 3 4 5 6

5 5 5 5

5 30

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 12

H-S

Markah Komponen 1.1 Markah Komponen 1.2 Markah komponen 1.3 Jumlah 1.2+1.2+1.3 BUKU LOG Lengkap Tidak Lengkap

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 13

H-S

SEJARAH Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis [ senarai pilihan] [sejarah pengakap]

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 14

H-S

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan seberapa daya-upaya saya akan,

Taat kepada raja dan negara  Menolong orang pada setiap masa  Menurut undang-undang Pengakap

Nota Pengakap Kanak-Kanak

Page 15

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->