You are on page 1of 1

PERATURAN-PERATURAN AM SURAU

1.          Hanya aktiviti-aktiviti keagamaan dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya sahaja dibenarkan diadakan
di surau.

2.          Dilarang sama sekali tidur di dalam surau pada bila-bila masa sahaja.

3.          Selipar dan kasut hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan.

4.          Segata peralatan surau, buku-buku dan Al-Quran tidak dibenarkan dipindahkan dan dibawa keluar dari
surau tanpa kebenaran.

5.          Penggunaan lampu di surau hanya dibenarkan sehingga 11.00 malam.

6.          Matikan lampu dan kipas selepas digunakan.

7.          Tidak dibenarkan makan dan minum serta membawa makanan dan minuman ke dalam surau.

8.          Kebersihan surau adalah tanggungjawab semua pelajar.

9.          Tidak dibenarkan membawa lampu gasoline dan pelita berminyak tanah (kecuali lampu berbateri 1
lampu picit) ke dalam surau tanpa kebenaran pihak bertanggungjawab.

10.      Kelengkapan surau yang bernilai hendaklah dikeluarkan dan disimpan di tempat yang lebih selamat
semasa cuti sekolah.

11.      Keselamatan barang-barang surau adalah tanggungjawab kesemua penggunanya.

12.      Sebarang masalah yang timbul seperti kebocoran, kerosakan peralatan, gangguan litar elektrik dan
sebagainya hendaklah dilaporkan kepada warden atau penyelia asrama.

PERATURAN BERIBADAT

1.          Semua pelajar dikehendaki sembahyang berjemaah lima waktu.

2.          Pelajar lelaki dikehendaki memakai baju melayu dan bersongkok ketika sembahyang.

3.          Pakaian yang bergambar dan bertulisan tidak dibenarkan.

4.          Pelajar-pelajar perempuan yang ke surau diwajibkan menutup aurat / berpakaian sembahyang dan

         sembahyang di tempat yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar perempuan

You might also like