You are on page 1of 98

Budaya Dalam Pembelajaran

( EDU 3106)

NAMA;
NOOR ZULIZA BT MOHAMAD SABRI
NURUL FAUZIANI BT MD. DAHALAN
PENSYARAH;
CIK ANITA BT HJ. ABU HASAN
ISTILAH

SEJARAH

DEMOGRAFI

KEGIATAN
EKONOMI
SISTEM
BAHASA
TULISAN

TARIAN

ALAT MUZIK
ADAT
PERAYAAN MENGANDUNG
ADAT
ADAT
KEMATIAN

KEPERCAYAAN ADAT
PERKAHWINAN
KESIMPULAN
Maksud Iban
• Menurut kamus dewan;

Suku kaum pribumi yang terbesar di Sarawak


yang tinggal di merata daerah, suku kaum ini
juga di kenali sebagai dayak laut.

kamus dewan edisi keempat


m/s 557
HOME
Sejarah Asal
Suku Kaum Iban
• Kaum Iban merupakan masyarakat
pribumi di Sarawak.

• Masyarakat pribumi kaum Iban lebih di


kenali dengan bangsa Dayak.

• Ia di percayai berasal daripada tanah


besar Indonesia dari bahagian Kalimantan
Barat Indonesia.
• Suku kaum Iban melakukan migrasi ke
kawasan yang baru.

• Ini kerana kedudukan geografi terletak


begitu hampir dengan negeri Sarawak
pada masa tersebut.

• Migrasi awal di kenal pasti berpusat di


Lubuk Antu yang merupakan salah satu
daerah yang terdapat dalam bahagian Sri
Aman pada masa kini.

HOME
Demografi Suku
Kaum Iban
• Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang
terbesar di Sarawak.

• Jumlah suku kaum Iban di Sarawak adalah


sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah
penduduk di Sarawak.

• Mereka mendiami daerah dan bahagian


negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat
dan Limbang di timur laut.
• Tetapi kepadatan penduduk iban adalah di
bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei ,
Sibu , Kapit , Bintulu dan Miri.

• Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di


rumah panjang yang kebiasaanya teletak di
tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah
bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung
dan berkomunikasi antara satu sama lain
Jumlah Penduduk 600,000 ( sahaja)

Rantau dengan penduduk Sarawak, Brunei & Kalimantan


penting Barat

Bahasa Iban

Agama Kristian & Animist

Kantu, Mualang, Semberuang,


Kelompok etnik terdekat
Bugau & Sebaru'
Taburan Penduduk
Kaum Iban
Suku kaum iban
tertumpu di
kawasan

HOME
Kegiatan Ekonomi
• Segolongan besar orang iban masih
melibatkan diri dalam kegiatan pertanian iaitu
menanam padi bukit atau padi huma.

• Pada zaman dahulu orang iban merupakan


peneroka ulung dalam membuka hutan rimba
bagi tujuan penanaman padi bukit.

• Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan luas


bagi mencapai matlamat untuk mendapatkan
hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak
• Bagi masyarakat iban, sesiapa yang dapat
tuaian padi yang banyak maka dia
merupakan seorang yang boleh dianggap
kaya dan dipandang tinggi ,pintar dan
rajin.

• Justeru itu masyarakat iban pernah


dianggap sebagai salah satu masyarakat
yang terkenal dengan penanaman padi
bukit(Sultive,1978:3).
K
per egiata
hum tanian n
a a p
tau adi
b u k p ad
it i
• Suku kaum iban ini masih menjalankan
aktiviti memburu dan memungut sumber-
sumber hutan untuk mendapatkan bekalan
makanan dan perubatan.

• Pada hari ini sebahagian orang iban mula


menetap di bandar- bandar besar di sarawak.

• Kebanyakan generasi baru iban mempunyai


pengetahuan dan kelayakan pendidikan dan
berkerja di dalam sektor awam dan sektor
swasta.

HOME
BAHASA
• Pada awalnya, dalam lingkupan sosial
masyarakat Dayak Kalimantan Tengah,
bahasa yang digunakan adalah bahasa
Dayak.

• Terdapat beberapa dialek bahasa Dayak,


seperti bahasa Dayak Ngaju, bahasa Dayak
Maanyan, Dusun, Bakumpai, dan lainnya.
• Dari beberapa jenis bahasa tersebut,
bahasa Dayak Ngaju boleh dikatakan
adalah bahasa yang paling popular di
Kalimantan Tengah (diguna pakai oleh
semua masyarakat Kalimantan Tengah).

• Boleh dikatakan bahawa bahasa Dayak


Ngaju merupakan bahasa pengantar
(lingua franca) di Kalimantan Tengah.
CONTOH BAHASA IBAN

• Anang manchal! - "Jangan nakal!"


• Apa khabar? - Nama berita?
• Siapakah nama anda? - Sapa nama nuan?
• Siapa datang dengan anda? - Sapa enggau
nuan?
• Berapakah harga barang ini? - Berapa rega utai
tu?
• Dimana ___ ? - Dini alai ____ ?
• Anda dari mana? - Ari ni penatai nuan?
• Sekarang pukul berapa? - Pukul berapa diatu?
• Sekarang pukul 5 - Diatu pukul 5
• Saya mau pulang - Ka pulai dulu
• Namun bahasa dayak ini semakin
dilupakan oleh masyarakat Iban ini sendiri.

• Mereka lebih gemar menggunakan


bahasa banjar berbandaing bahasa dayak.

• Ini terbukti apabila 90% daripada warga


sekolah termasuk pihak guru, pentadbir
dan pelajar menggunakan bahasa banjar
sebagai bahasa komunikasi mereka.
Kurangnya kemahuan
dari generasi muda
untukmempelajari
bahasa dayak

Faktor kelunturan
Bahasa dayak
Kurangnya
kesedaran
dan juga Generasi muda
rasa bangga merasa bahasa
terhadap bahasa dayak tidak moden
sendiri.

HOME
SISTEM TULISAN
• Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-
satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang
mempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'.

• Ianya mempunyai tidak kurang daripada 59


abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti
tulisan rumi.

• Sistem tulisan ini berkesan apabila orang Iban


dapat merujuk keturunan sehingga 15 generasi
yang terdahulu dengan tepat dan ia juga
digunakan untuk merekodkan peristiwa penting.

HOME
PANTANG LARANG
MENGANDUNG

• Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung,


wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai
pantang larang, antaranya seperti berikut;

• Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar


di atas tanah, kerana dibimbangi akan
menghalang pendarahan yang berterusan semasa
melahirkan anak.

• Wanita yang mengandung dilarang menuang


minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada
rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan
bernanah.
• Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk
telur menggunakan pisau atau kayu kerana
dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

• Mereka tidak boleh menanam pokok pisang


supaya si bayi tidak berkepala besar.

• Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam


di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan
lumpuh.
• Mereka tidak boleh membawa kura-kura
ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di
dalam rahim semasa dilahirkan.

• Mereka dilarang menggali parit di


kawasan padi atau di mana-mana sahaja.
BERSALIN

- Berikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh


masyarakat Iban semasa menyambut kelahiran bayi.

Pontong

- Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan,


buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk
memanggil jiran-jiran.

- Selain pontong, tembakan senapang juga turut


digunakan.
Potong Tali Pusat dan Berurut
• Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan
segera dipotong dan bayi akan dimandikan.
Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu
atau selimut yang ditenun cantik.

• Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang


bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam
keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu
akan diurut oleh bidan bertujuan untuk
menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat
bersalin tadi.

• Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula


dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan
entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain
yang dibuat daripada kulit kayu.
SELEPAS LAHIR

- Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas


bersalin.

a) Berpantang

• Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari


selepas melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu,
ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering
yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan
buah pulur.

• Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan


halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan
badan.
b) Berdiang/ Bersalai

• Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu


amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana si
ibu perlu duduk dekat dengan unggun api.

• Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari


jenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim
digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat.

• Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan


penyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu yang
digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis
beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu
dan bayi.
• Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama
empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu
perlu menggariskan kapur pada tiang atau
dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran.

• Kesihatan si ibu dianggap pulih seperti


sediakala apabila selesai menjalani adat-adat
ini.
c) Tanggal Pusat

• Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan


apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia
empat hari.

• Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara


perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat
matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan
garam.

• Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar


kesihatan bayi sentiasa terpelihara.
d) Menamakan Bayi

• Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi


nama kepada anak-anak mereka yang baru lahir.

• Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai


kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak
tersebut.

• Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi,


anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan.
Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi
nama sempena nama salah seorang daripada
nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal.
• Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa
serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya
itu. Seterusnya upacara memilih nama akan
dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di
atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih
itu.

• Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk


membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok
Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam
tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan
bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu
dihebohkan kepada saudara mara yang
terdekat.
e) Mandi Sungai

• Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi


nama. Ia dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan
dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan
air sungai.

• Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk


meraikan adat tersebut dengan meriah. Dua orang lelaki
akan membawa seekor ayam dan panji-panji.

• Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera


dan menetak air sungai. Dua orang perempuan pula
akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa
ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut
dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan
diikuti pula oleh orang ramai.
• Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta
supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan
berguna. Sebaik sahaja mentera dibaca, dua
orang lelaki tadi akan menetak air dan ayam
disembelih.

• Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. Bagi


bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang
merah yang digantung pada galah berayang.
Manakala bagi bayi perempuan pula, benang
tersebut digantung pada galah laletan.

• Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang


sambil gendang dipalu. Bayi itu akan dipangku dan
pemangku duduk di atas tawak atau gong yang
diletakkan di tengah-tengah ruai.
• Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan
dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air
rendaman batu penawar burung, cincin emas
atau wang ringgit lama.

• Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu


akan dijamu dengan air tuak dan makanan yang
ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri
mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli
rumah panjang dengan makanan yang lebih
banyak.
f) Berkhatan

• Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan


ketika berumur sepuluh tahun.

• Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap


dan tidak disertai dengan kenduri.

• Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar


sebagai lelaki kulup di kalangan kaum Iban.

HOME
ADAT PERKAHWINAN
• Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik
kerana terdapat beberapa peraturan yang
dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi
suami isteri.

• Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki


perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini
disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak
lelaki telah bersedia untuk berkahwin.

• Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus


yang ditetapkan.
• Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat
Iban ialah perkahwinan yang mematuhi
kehendak adat.

• Pihak yang melanggar mana-mana adat


perkahwinan dikehendaki membayar denda
untuk mengelakkan pasangan suami isteri
ditimpa kesusahan.
• Usaha mencari pasangan bergantung pada
keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar,
anak-anak mereka lambat dikahwinkan.

• Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah


itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan
secepat mungkin dengan harapan menantu
dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja
tertentu.

• Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam


perkahwinan kaum Iban iaitu peringkat merisik,
meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan
selepas majlis perkahwinan.
PERINGKAT PERKAHWINAN DALAM KAUM
IBAN
MERISIK
• Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya
ditentukan oleh pengantin lelaki.

• Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada


seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan
bertandang ke rumah gadis untuk merisik.

• Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali


sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada
masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan
termasuklah berian dan sebagainya.

• Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan


meminang gadis jika hasil pertemuan itu
menggalakkan.
MEMINANG DAN BERTUNANG

• Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang


daripada lima orang dan paling ramai dua puluh
orang yang terdiri daripada orang-orang tua.

• Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan


ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin
serta lain-lain yang berkaitan.

• Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak


lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang
perak atau sebilah pedang sebagai tanda
pertunangan
• Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang
tentang tarikh dan hari perkahwinan.

• Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi


menerima kunjungan teruna selain tunangnya.

• Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki


akan memaklumkan berita pertunangan tersebut
kepada saudara-mara dan jiran tetangga.
MAJLIS PERKAHWINAN

• Pada majlis perkahwinan pelbagai persiapan


akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang
bakal tiba.

• Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan


menyediakan perbelanjaan serta barang yang
harus diberikan kepada keluarga perempuan.

• Keluarga perempuan juga membuat pelbagai


persiapan termasuk memburu binatang untuk
disembelih pada hari perkahwinan.
• Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak
melantik wakil masing-masing untuk
menguruskan jemputan kahwin.

• Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul


yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan
dilangsungkan.

• Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan,


bermakna perkahwinan itu akan berlangsung
dalam masa lima hari lagi.

• Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu


kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang
yang bertanggungjawab membuka simpulan tali
itu setiap hari.
• Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki
biasanya berarak ke rumah panjang pengantin
perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi
kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui
jalan sungai .

• Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki


mengikut jalan darat. Di sepanjang jalan,
rombongan yang berpakaian menarik itu akan
memukul gong.

• Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah


pengantin perempuan, tembakan meriam akan
dilepaskan.
• Kemudian mereka mandi beramai-ramai di
sungai sebelum memakai pakaian tradisional.

• Sampai di tangga rumah panjang, kepala


rombongan pengantin lelaki dipelawa
menyembelih seekor babi sebagai
penghormatan dan pada masa itu juga
tembakan senapang  akan kedengaran secara
balas-membalas.

• Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat


rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua
rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu
terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala
tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah
• Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan
kaum wanita akan masuk ke bilik pengantin
perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai.

• Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapat


masuk ke dalam bilik pengantin perempuan
dengan menggunakan bahasa berirama untuk
membuka pintu bilik yang dipalang dengan
lembing dan ditutup oleh pua kumbu.

• Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan


sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti
air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu
mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai
menyanyikan lagu dan memukul gendang.
• Mereka juga akan berpusing di rumah selama
tiga kali.

• Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada


setiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci.

• Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu


siang, selepas makan tengahari barulah kedua-
dua pihak berbincang tentang perihal pengantin
dan susur galur mereka.
• Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam,
perbincangan dilakukan selepas tengah malam.

• Mereka akan berbincang dan golongan yang tertua


akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki
dan perempuan yang mempunyai hubungan
kekeluargaan.

• Sebelum perbincangan diadakan, tuai rumah sekali


lagi akan menghidangkan minuman keras yang
dipanggil air perangsang kepada para tetamu.

• Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan,


denda akan dikenakan kepada mereka.
• Selepas itu barulah ibu bapa pengantin
perempuan meminta berian. Terdapat nilai berian
yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat
Iban.

• Pihak perempuan juga meminta bayaran


memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran
pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran
pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan
pemberian kecil yang lain.

• Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki , sebuah


tempayan, sepasang tempat menggantung gong,
penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang
perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa
pemberian kecil lagi.
• Selepas menjelaskan segala berian, mereka
menetapkan pula syarat berhubung dengan berian
sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut
akan hilang setelah berlakunya perceraian yang
tidak nyata.

• Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak lelaki,


si suami wajib membayar balik berian yang
diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50
sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan untuk
mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang
bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain.
• Seterusnya upacara membelah pinang atau
mengulang pinang akan dijalankan. Seorang
perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan
kemudian membelah pinang tersebut .
• Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh
masa pengantin perempuan wajib tinggal di rumah
suaminya.

• Kemudian seorang lemambang atau bomoh akan


mengadakan upacara menidurkan anak dan
mengejutkan anak itu semula dengan beberapa
rangkap pantun.

• Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada


tetamu dan diberi sarapan pagi.

• Upacara perkahwinan telah dianggap tamat


dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada
kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah
pihak.
• Jika ada kesalahan adat pengantin baru akan
mandi di sungai untuk membersihkan diri.

• Untuk adat ini juga mereka perlu memegang


sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya
kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang
pada setiap individu.

• Selepas mandi, mereka menyembelih seekor


babi sebagai korban dan juga sebagai penebus
dosa pengantin.
• Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin
akan memakai pakaian masing-masing untuk
pergi ke rumah pengantin lelaki pula.

• Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan


gembira kerana segala kesalahan telah
dihapuskan.

• Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula


di rumah pengantin lelaki.

• Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi


oleh pengapit masing-masing dan akan
disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas
kain tenun.
• Adat ini juga boleh disamakan dengan adat
bersanding di kalangan masyarakat Melayu.

• Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di


rumah panjang tersebut. Seterusnya seseorang
yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan
upacara.

• Ayam yang telah diikat kakinya kemudian


dilepaskan dan mentera pun dibaca.

• Ayam yang telah disembelih itu akan diambil


darahnya untuk disemah kepada pengantin.
Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan
dan minum.
• Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin
lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah pengantin
perempuan.

• Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan


suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama.

• Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu.


Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang
berada di situ akan mempunyai maksud yang
tersendiri samada baik atau sebaliknya.

• Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat


sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.
Pasangan pengantin lelaki
dan perempuan.
Semoga kekal sehingga
anak dan cucu…

HOME
ADAT KEMATIAN
• Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu
mengikut adat-adat tertentu.

• Setiap adat yang dilakukan mempunyai maksud dan tujuan


yang tertentu. Secara keseluruhannya adat kematian
masyarakat ini merangkumi peringkat-peringkat berikut:

a) Semasa kematian
b) Semasa pengebumian
c) Selepas kematian
SEMASA KEMATIAN
- Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan.
Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat
handai menghadirinya.

- Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati


seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini
dilakukan oleh ahli keluarganya.

- Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan


pakaian yang sebaik-baiknya. Kedua-dua pintu rumah
panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu.

- Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si


mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat
diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan
dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.
- Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama
mayat disediakan.

- Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di


dunia keduanya kelak (dunia selepas mati).

- Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian.


Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan
membaca doa.

- Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke


syurga tanpa sebarang halangan.
- Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa
keluar dari rumah panjang.

- Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan,


orang tua-tua akan berbincang tentang jangkamasa
berkabung dan berpantang.

- Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat


itu disuakan makanan menggunakan pinggan.

- Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah


melalui celahan lantai.

- Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak


menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu
yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu
biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif
tradisional.
SEMASA PENGEBUMIAN
- Setelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam
dikorbankan di atasnya. Darah ayam itu dikatakan
sebagai persembahan kepada sempulang gana supaya
menerima mayat itu.

- Ketika ini kaum wanita dilarang memasuki kawasan


perkuburan. Lubang kubur digali tanpa menggunakan
sebarang senjata tajam.

- Hanya tangan dan kayu sahaja yang boleh digunakan.


Biasanya lubang itu sedalam tiga kaki sahaja kerana
penggali kubur tidak boleh memasuki lubang itu.

- Apabila sudah digali, daun atau rumput hijau dielakkan


daripada memasuki lubang itu. Jika daun atau rumput itu
turut terkubur, mereka percaya roh si mati akan
mengganggu orang yang masih hidup.
- Sebuah pondok kayu dibina di atas kubur untuk
melindungi kubur.

- Barang-barang tertentu kepunyaan si mati


diletakkan di dalam pondok itu. Umpamanya,
jika si mati seorang pahlawan, senjata
kepunyaannya diletakkan di situ.
SELEPAS KEMATIAN

- Masa berkabung bermula sebaik sahaja pengebumian


selesai. Tempoh berkabung ialah tiga bulan bagi
keluarga si mati dan sebulan bagi penghuni rumah
panjang tersebut.

- Dalam tempoh itu unggun api dinyalakan di luar rumah


selama tiga malam. Jika tidak, roh si mati akan pulang
ke rumah dan mengganggu orang yang masih hidup.

- Mereka dilarang mengadakan sebarang majlis hiburan.


Ahli keluarga si mati juga dilarang memakai barang
kemas dan pakaian bewarna-warni.

- Setelah tempoh berkabung tamat, seorang lelaki yang


dihormati dijemput untuk menjalankan upacara ngetas
ulit sebagai tanda tamat berkabung.
- Tidak beberapa lama kemudian upacara bercerai bunga
dijalankan supaya roh si mati berada di dalam keadaan
aman. Manang atau dukun menyanyi sepanjang malam
meminta supaya petara memisahkan roh si mati
daripada roh orang yang masih hidup.

- Adalah dipercayai perpisahan tersebut akan berkekalan


selepas gawai orang mati diselenggarakan.

HOME
KESENIAN
Peralatan Muzik Masyarakat Iban

- Peralatan muzik tradsional masyarakat Iban adalah


terdiri daripada Tawak ( gong ), Bendai, gendang.

- Peralatan muzik tersebut digunakan semasa melakukan


tarian ngajat.

- Disamping itu peralatan muzik itu juga turut digunakan


semasa melakukan beberapa upacara adat resam
antaranya ialah upacara perkahwinan, semasa pindah
ke rumah panjang yang baru dan semasa upacara
menamakan anak.
Engkoromong
• Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk
periok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan
buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para
yang panjang.

• Digunakan dalam muzik iringan tarian, dan dalam


muzik kumpulan oleh orang-orang Iban di Sarawak.

• Gong-gong diatur berbaris melintang di atas satu para


yang panjang dan dipalu dengan sepasang pemalu
kayu oleh seorang pemain.
 
 
Engkerurai
• Engkerurai merupakan salah satu daripada jenis alat
muzik yang jarang dilihat pada ketika ini, baik di
pertunjukan umum mahupun dipamerkan dalam
bahan cetak. Kewujudannya seolah-olah tidak
diketahui umum.

• Alat muzik yang dikategorikan sebagai aerofon kerana


bunyi nadanya dihasilkan melalui tiupan mulut.

• Dari segi bahan, alat muzik ini banyak menggunakan


buluh dan sejenis labu. Manakala dari segi lagu atau
repertoir, ia banyak meniru bunyi dan aksi dari alam
semulajadi
• Begitupun, engkerurai tidak pernah
dipersembahkan dengan alat muzik lain.

• Persembahan alat muzik ini lebih bersifat


berseorangan ataupun solo. Persembahan
engkerurai lebih terserlah di kalangan
masyarakat yang mendiami Bahagian Sri
Aman.
HOME
Kebudayaan masyarakat Iban : Tarian

- Salah satu identiti masyarakat Iban menjadi


pelambangan mereka semua adalah tarian ngajat.

- Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah


menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri.

- Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam


masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya
merupakan satu identiti komuniti Iban yang penuh
dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan
kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.
- Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian
ngajat iaitu ialah Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat
Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ),
Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan
ngajat Tradisional ).

- Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan


kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-
pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan
juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka
yang merujuk kepada tanaman padi.
Ngajat Lesong
- Merupakan tarian yang di
persembahkan oleh
golongan lelaki sahaja.

- Persembahan ngajat jenis


ini hanya di benarkan
untuk di tarikan oleh kaum
lelaki kerana ianya
memerlukan penari
lelakinya untuk menari
sambil menggigit lesong.

- Kekuatan dan kegagahan


yang di tunjukkan dalam
persembahan tarian ngajat
jenis ini hanya sesuai di
persembahkan oleh
golongan lelaki sahaja.
Ngajat berbunuh - Di persembahkan oleh
kaum lelaki dari
masyarakat iban.

- Tarian ini merupakan


satu peniruan atau
pengulangan yang di
lakukan oleh mereka
sebagaimana yang yang
mereka lakukan semasa
menghadapi musuh-
musuh ketika mereka
mengadakan aktiviti
harian seperti memburu.
Ngajat Induk
- Merupakan persembahan
yang di persembahkan oleh
golongan wanita yang
memaparkan kelembutan
dan kehalusan seni budaya
serta adat istiadat
masyarakat pribumi itu
sendiri.

- Gerak tari yang di


persembahkan mempunyai
maksud yang tersirat serta
menggambarkan aktiviti
harian masayarakat Iban.
- Tarian yang di persembahkan adalah seperti membuat
kraftangan tradisional iaitu menenun pua kumbu.  Selain
itu kreatif menghasilkan kraftangan yang berasaskan
manik.

- Kita boleh melihat pakaian tradisional bagi masyarakat


Iban khususnya kaum wanita yang kaya dengan
keindahan dan kehalusan seni kraftangan tradisi
mereka.

- Sebagai contoh Marik Empang yang di gunakan oleh


penari wanita masyarakat Iban.
Ngajat Kuta - Merupakan jenis tarian
persembahan ngajat yang
menggabungkan penari
lelaki dan perempuan.

- Biasanya diadakan bagi


upacara sambutan seperti
perasmian sesebuah
persembahan kebudayaan
dan sebagainya.

- Tarian ini berbeza  daripada


tarian Ngajat Pua Kumbu
yang merupakan salah satu
daripada jenis persembahan
yang terdapat dalam tarian
ngajat.
- Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan
oleh golongan wanita.

- Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu jadi


sudah pasti para penarinya akan menari tarian ngajat
sambil membawa kain pua kumbu sebagai props dalam
persembahan mereka.

- Dari segi kostum dan aksesori yang di gunakan ialah hiasan


kepala ( kerapu perak ) headgear yang di perbuat daripada
tembaga yang bewarna perak di hiasi dengan bulu burung
kenyalang, bulu burung Tajai dan bulu burung Ruai dan
mengandungi ukiran flora di sekeliling hiasan kepala
-Gagong merupakan nama sejenis pakaian pahlawan atau
penari lelaki yang di perbuat daripada kulit binatang yang
masih terdapat bulu dari kulit itu tadi.

-Biasanya kulit itu diperolehi daripada binatang buruan


mereka seperti beruang.

-Baju tenung ( wawan attire ) pula merupakan baju burung


yang bermotifkan hiasan atau ukiran burung, baju
sampang , baju buri ( yang di hiasi kulit tiram yang besar).

-Sirat merupakan sejenis kala cawat yang berukuran lebih


kurang 30 kaki dan berwarna merah, hitam, biru tua, putih,
coklat dan di hiasi dengan bintik-bintik pada kain tersebut.
• Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu )

- Dipersembahkan bagi tujuan menyambut


kedatangan tetamu khas yang datang.

- Biasanya tarian ini di persembahan ketika


upacara perasmian atau pembukaan
sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh
banyak tetamu-tetamu terhormat dan
orang ramai.

HOME
Seni Kraftangan
• Kraftangan didefinasikan sebagai
penghasilan kerja tangan yang dihasilkan
sama ada secara individu atau secara
berkumpulan. Ia dihasilkan daripada
bahan-bahan semula jadi seperti rotan,
daun nipah, kulit kayu dan sebagainya.

• Dalam masyarakat Iban, berbagai-bagai


jenis kraftangan telah dihasilkan
Takiding.
Takiding adalah merupakan alat untuk
menyimpan barang-barang khususnya
apabila berada jauh di dalam hutan. Ia
diperbuat daripadarotan saga.

Seraong.
Merupakan alat untuk memelihara kepala dari
cuaca panas dan hujan ketika masyarakat
Iban ini melakukan kerja-kerja di dalam hutan.
Pembuatannya kurang jelas namun yang
pasti ianya diperbuat daripada rotan saga.
Lampit.
Lampit boleh dikategorikan sebagai alas tikar.
Ia biasa digunakan untuk mengalas lantai
ketika majlis keramaian diadakan.

Ketika majlis “Hari Gawai” juga sering


digunakan. Lampit ini diperbuat daripada
daun nipah dan juga rotan. Sebenarnya
lampit ini memang berasal dari masyarakat
Iban namun masyarakat Dusun mula
mempratikkan lampit ini bagi masyarakat
mereka.
TAKIDING

SERAONG
LAMPIT

PUA KUMBU
• Semua kraftangan ini dihasilkan oleh
kaum wanita khususnya warga tua
masyarakat Iban.

• Selain daripada digunakan untuk


kegunaan sendiri, ia juga boleh
dimanfaatkan dari segi ekonomi dan boleh
dipamerkan kepada orang ramai terutama
para pelancong yang ingin mengetahui
kebudayaan seni kraftangan di negara ini.

HOME
PERAYAAN
• PERAYAAN GAWAI

• Disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak


untuk meraikan tamatnya musim menuai padi.

• Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta


Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan
May atau awal bulan Jun setiap tahun.

• Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di


bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian,
minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai
di Sarawak telah disambut secara besar-besaran
semenjak 1964. 
• Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan
dan air tuak akan dipersembahkan kepada
Dewa Padi dan Kekayaan.

• Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan


dibacakan oleh salah seorang daripada mereka
sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas
bahan persembahan.

• Bahan persembahan yang basah dengan darah


ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka
rasmi Pesta Gawai.
• Setelah upacara persembahan telah selesai,
perayaan Gawai secara tradisi dimulakan.

• Seluruh masyarakat berkumpul sekitar


'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa
masuk kedalam dan diletakkan di serambi
umum di rumah panjang.

• Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan


makanan dan minuman tuak.

• Perayaan Gawai merupakan masa untuk


semua orang bersuka-ria sambil menjamu
hidangan bersama air tuak.
• Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah
Ngajat Lesong.

• Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung


menumbuk padi dengan menggunakan giginya. 

• Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang


diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun
dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan.

• Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak


yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka. 

• Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok


istiadat dibuang. 
 
• GAWAI BURUNG

- Sambutan hari Gawai Burung disambut awal


dari hari Gawai yang sebenarnya. Hari Gawai di
Sarawak disambut dari 31 May untuk makan
besar dan 1 Jun untuk rumah terbuka.

- Kelihatan di sini sambutan yang diadakan di


Rumah Panjang Empati tidak jauh dari Rumah
Panjang King.

HOME
KEPERCAYAAN
• Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang
kepada adat yang diwarisi turun temurun dan
ditulis didalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban
bansa' atau Chief Paramount dengan
berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'.

• Contohnya apabila hendak membuka


penempatan dan mendirikan rumah, kawasan
tanah yang hendak didirikan rumah tersebut
hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga
percaya pada petanda-petanda lain seperti
bunyi burung ketupung dan burung beragai.
• Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang
ini adalah petunjuk dan alamat untuk
menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda
akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi
mematuhi adat supaya tidak mendatangkan
malapetaka.

• Mimpi merupakan salah satu sumber alamat


tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan
datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang.

• Bagi menghidar alamat yang boleh


mendatangkan malapetaka, biasanya upacara
'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan
mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Chief
Paramount.

HOME
Kesimpulan
• Pelbagai kebudayaan dalam masyarakat
Iban telah dilupakan oleh generasi masa kini.

• Walaupun dihambat dengan arus


kemodenan, kita tidak harus lupa dengan
pelbagai kebudayaan menarik yang masih
wujud dalam kalangan masyarakat Sarawak
terutamanya kaum Iban.

• Marilah kita bersama memelihara kesenian


warisan yang masih kekal di masyarakat
Iban.

You might also like