P. 1
Manual Pandang Sebut

Manual Pandang Sebut

|Views: 1,007|Likes:
Published by siti_5144

More info:

Published by: siti_5144 on Jan 15, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2013

pdf

text

original

MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

PGSR 2009

1.0 PENGENALAN

Membaca adalah

untuk meneroka ilmu pengetahuan yang bertujuan bagi

meluaskan pemikiran dengan maklumat luas. Bacaan boleh didefinisikan sebagai menterjemah bentuk tulisan ke dalam bentuk bahasa komunikasi yang menimbulkan makna. Ia juga adalah untuk memahami bahan bertulis secara menterjemah huruf huruf yang tersusun dalam bentuk perkataan, frasa, dan ayat. Selain itu, membaca juga merupakan kebolehan mengenal lambang -lambang tersebut kepada bunyi bahasa dan memahami makna. Kemahiran membaca merupakan kemahiran bahasa yang datang lebih kemudian, iaitu selepas kanak-kanak menguasai kemahiran lisan bahasa

pertamanya. Kanak-kanak yang mula belajar membaca telah pun menguasai sistem sistem bahasa pertamanya sama ada aspek fonologi, morfologi, sintaksis atau semantik/paragmatik. Ia sudah memiliki kosa kata yang perlu untuk komunikasi lisan dalam kehidupan hariannya. Sehubungan itu, kanak -kanak seharusnya turut mempunyai kesediaan untuk membaca sebelum mereka didedahkan dengan bacaan. Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat - peringkat lain yang lebih tinggi.

Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi -bunyi.

1

membelekbelek bahan bacaan.berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca . melihat bahan bacaan.´ Beliau berpendapat.kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir. Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. dan berlari ( mahir membaca peringkat tinggi). Dari segi mental. dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan. ibubapa dan guru. Cuma bentuknya berbeza. Menurutnya. ada kana k-kanak bersedia membaca seawal umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun.otot tubuh mereka. faktor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. khususnya yang berupa cerita. ³Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih dahulu. malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak. Dari segi umur. merangkak dan berdiri terlebih dah ulu. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar. Meniarap (aktiviti kesediaan membaca) merangkak ( aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca) . kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan. konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak -kanak dalam perkembangan otot. Selain faktor fizikal.berjalan ( mahir membaca peringkat rendah) . Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan. sentias a melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluang yang sama. ini dapat kita rumuskan perbandingan perkembangan kanak -kanak dengan peringkat-peringkat bacaan seperti yang di bawah. 2 . usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia -sia.MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009 Dari segi emosi. Sebagai contoh. kanak . kemampuan kan ak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. emosi dan mental. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca. mereka perlu meniarap.

tiga atau empat huru f lalu menyebut terus. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membaca ejaan satu persatu Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan serta menggabung kan bunyi dua. iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. murid-murid menyebut perkataan itu beberapa kali. Di dalam Bahasa Melayu. Semasa kad diimbaskan. dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Kaedah Pandang dan Sebut Di sini. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran. Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata.MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009 Aktiviti kesediaan membaca dibahagikan kepada dua. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti -aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ia lah memandang dan menyebut. Antara kaedah tersebut adalah seperti berikut : 1. Perkataan diperkenalkan kepada murid -murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan 3 . Kaedah Fonetik 2. kemahiran pengamatan penglihatan. terdapat beberapa kaedah proses membaca yang boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak mahir dan mudah membaca. aktiviti koordinasi psikomotor. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah . latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. kaedah yang akan difokuskan ialah kaedah pandang dan sebut. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar. Kaedah Abjad 3.

Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak -kanak menggunakan kad. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar -gambar yang dilambangkannya. dan sebagainya. rumah. sekolah.MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009 diulang-ulang menyebutnya. Kaed ah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan -kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. budak. Buku besar ini dapat memberikan motivasi kerana motivasi ialah satu gesaan atau 4 . Kadang -kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan. ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.kad imbasan atau buku besar. suku kata. pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. meja. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah. Kaedah ini merupakan jenis bacaan mekanis di mana murid -murid boleh membunyikan huruf. Di dalam buku besar perkataan tersebut boleh diimbas secara menyelak satu persatu muka surat dengan cepat. Daripada buku ini kanak-kanak dapat memperoleh pengalaman mula membaca yang sangat menarik . Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak kanak dengan cepat. Mereka juga boleh menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. perkataan. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal nama setiap huruf it u. frasa dan ayat -ayat mudah. Misalnya batu. perkataan pensel. Rasionalnya. kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto iaitu ³photographic memory ´. Di dalam tugasan bagi mata pelajaran ini kami telah menghasilkan sebuah bahan bantu mengajar iaitu buku besar yang boleh digunakan untuk mengajar kanak -kanak membaca dengan menggunakan kaedah pandang dan sebut ini. pokok. Sebab itulah. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut atau Kaedah Seluruh Ayat ini dijadikan a sas untuk mengajar murid-murid membaca. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad -kad imbasan atau buku besar dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar secara pandang iaitu visual.

Menggunakan Buku Besar adalah salah satu cara yang efektif dalam mengajar membaca kepada kanak-kanak pada peringkat awal dan memberikan motivasi kepada mereka untuk membaca. perkataan. dan ayat yang sederhana serta mengaplikasikan kaedah latih tubi dengan menggunakan perkataan sama yang berulang untuk memberikan pengukuhan dan pengayaan sehingga kanak-kanak mahir membaca. bukan tindakan yang lain ( Mahzan Arshad :2003). frasa. buku besar memiliki ukuran yang besar. Bahan yang mudah difahami dapat memberi motivasi yang tinggi dan membantu seseorang mencapai tahap pemahaman yang tinggi terhadap sesua tu bahan bacaan yang dibacanya. Pengalaman membaca buku seperti ini akan memberi impak terhadap perkembangan berbahasa kanak-kanak. Guru yang bergantung semata-mata kepada satu kaedah untuk mengajar semua peringkat akan dapat mencapai tujuan yang ada pada sisi kaedah itu sahaja dan manakala dinilaikan hasil pengajaran itu dari beberapa segi maka tentulah keputusannya tidak memuaskan hati. ( Marzhaki Nyak Abdullah :1994 ) 5 .MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009 punca mengapa seseorang mengambil tindakan serta memberikan sebab yang kukuh mengapa tindakan tersebut diambil. dengan gambar dan warna yang ce rah dan menarik. Kaitan antara motivasi dengan pencapaian dalam proses pembelajaran telah banyak dijalankan dan memang terdapat kaitan yang signifikan antara pelajaran yang berpendapatan tinggi dengan motivasi tinggi dan sebaliknya. Buku memberikan kaitan yang penting antara belajar bertutur (lisan) dan belajar membaca. Buku besar yang baik akan membuat kanak-kanak seronok belajar membaca bersama guru atau ibu bapa dan seterusnya dapat mendorong kanak-kanak untuk membaca menggunakan buku besar ini secara sendiri. Buku yang baik sangat bermanfaat bagi anak-anak. Buku besar ini sangat mudah digunakan kerana menggunakan perkataan yang hampir denga n pengalaman sedia ada murid serta dibantu dengan gambar yang besar dan menarik.

Kanak-kanak diminta menyebut gambar -gambar yang dilihat. kami turut me nghasilkan manual cara penggunaannya untuk panduan kepada guru atau ibu bapa untuk membaca bersama dengan kanak-kanak. gambar ayam ditunjukkan tetapi perka taan ayam ditutup terlebih dahulu.Kanak-kanak menyebut gambar tersebut. Cara menyebut juga boleh disebut secara berlagu. Manual ini ditulis mengikut peringkatperingkat di dalam kaedah bacaan pandang dan sebut seperti di bawah : PERINGKAT 1 PANDANG DAN SEBUT Untuk memperkenalkan permulaan nama-nama sesi pembacaan. Itu juga boleh membuatkan kanak-kanak minat untuk belajar. Ibu bapa menunjukkan kepada kanak -kanak gambar dengan menutup perkataan. Semasa pembelajaran berlaku kata-kata pujian dan kata-kata perangsang harus ada supaya semangat kanak-kanak untuk belajar tidak pudar. Kemudian penutup perkataan dibuka.MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009 2. Kanak-kanak menyebut gambar tersebut. Tutup gambar dan baca semula perkataan seperti tadi. Contoh : ³ikan´. kanak -kanak mengikut ibubapa menyebut semula secara latih tubi.0 MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR Untuk memudahkan penggunaan buku besar ini. b. Kreativiti ibu bapa dalam mencipta pengajaran yang lebih menyeronokkan amat digalakkan Contoh: a. Selepas itu. ibu bapa boleh menunjukkan pula perkataan ikan tad i dan ibu bapa membimbing kanak-kanak menyebut semula secara berulang kali. Selepas itu. gambar ikan ditunjukkan manakala perkataan ikan ditutup terlebih dahulu. abjad dan Ibu bapa tidak tidak perlu perlu huruf kanak-kanak menghafalnya. 6 . ibu bapa boleh menunjukkan pula perkataan ayam tadi dan ibu bapa membimbing kanak-kanak menyebut perkataan tersebut dan kanak-kanak menyebut semula secara berulang kali. Contoh : ³ayam´.

MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009 Aktiviti ini diteruskan dan diulangi sehingga kanak -kanak mahir dengan gambar dan perkataan yang lain.lat... Sebaik-baiknya ibubapa bersebelahan dengan kanak-kanak. Latihan membaca secara berulang -ulang setiap perkataan yang dicerakinkan. Mengajar kanak-kanak membaca secara mencerakinkan perkataan dengan 7 . duduk PERINGKAT 3 MEMBACA FRASA Ibubapa membimbing kanak-kanak membaca frasa berpandukan gambar.pi. o. Latih mereka menggabungkan huruf atau suku kata berdasarkan warna yang sama... ulang sebanyak tiga kali. u. Pandu mereka membaca suku kata berdasarkan warna merah atau hitam. Latih kanak -kanak memulakan bacaan dari sebelah kiri menggunakan jari sebagai penunjuk. Ibu bapa tunjuk kepada kanak-kanak gambar dan mengajar kanak-kanak membaca frasa. Perkataan yang seterusnya juga perlu dibaca berulang kali.ibu bapa perlu menukarkan kaedah pandang dan sebut kepada kaedah yang baru iaitu mencerakinkan perkataan kepada suku kata..... kepada suku kata : Ibu bapa mencerakinkan perkataan contoh: a) api b) obor c) ulat a. Jika murid mengalami sebarang masalah dalam mencerakinkan perkataan ibu bapa perlu membimbing kanak-kanak dengan sabar..bor.... Sekiranya ada tanda -tanda kanak-kanak jemu kepada pembelajaran sila berhenti sekejap kemudian sambung semula sesi pembelajaran secara latih tubi.Kanak-kanak disuruh supaya mencerakinkan perkataan seperti contoh tersebut. PERINGKAT 2 MENCERAKINKAN PERKATAAN Setelah kanak-kanak menguasai kaedah pandang dan sebut.. Ulang sebanyak tiga kali. Ulang sebanyak tiga kali..

Contoh : 1) Itu ayam jantan. Kanak-kanak dikehendaki membaca ayat secara terus...ru Kanak-kanak mesti baca secara latih tubi. Kanak -kanak perlu mengulangi teknik tersebut sehingga mahir. Latih juga kanak-kanak membaca perkataan yang panjang dan banyak suku kata. Sikap cepat marah akan menegangkan suasana 8 .tu Bo.la ba. Contoh bacaan secara mencerakinkan setiap perkataan dalam frasa kepada suku kata: Contoh : a) Rumah batu b) Bola baru Ru...mah ba. PERINGKAT 4 MEMBACA AYAT Ibubapa membimbing kanak-kanak membaca ayat . 2) Kasut roda saya baru.... Pastikan anak-anak tidak berasa dipaksa belajar.. Sebaik -baiknya jadikan sesi belajar penuh dengan aktiviti bermain.. Perlukan kata-kata pujian selalu.. 3) Emak saya cantik. Ulang frasa ya ng seterusnya secara latih tubi. Perkenalkan bahan-bahan bacaan lain seperti buku cerita kanak -kanak ..MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009 nada berhenti-henti.... Jika pengulangan membaca ayat dibuat selalu maka kemahiran membaca akan cepat diperolehi. menyeronokkan dan penuh dengan pelbagai aktiviti pengukuhan. tenang .. surat khabar dan petikan -petikan menarik daripada majalah sebagai pengukuhan.. Teknik membaca sedemikian perlu dilakukan atas setiap frasa . Pengajar juga mestilah bersifat sabar dan tenang. Suasana belajar mestilah ceria. Selang selikan dengan bantuan ibubapa dalam bacaan.

tiga atau empat huruf lalu menyebut terus. Uniknya bahas a Malaysia adalah kerana pola -pola suku katanya jelas dan pola-pola suku kata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada 1000 pola -pola untuk dihafal. Pastikan anda sentiasa sejuk dan nada bacaan dan teguran anda tetap ceria. carilah masa lain yang lebih sesuai. Sekiranya kanak-kanak tidak bersedia. Kaedah Pandang dan Sebut ini juga harusla h mempunyai kaedah yang berkesan agar kanak-kanak dapat memahaminya dengan lebih mendalam. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Sama dengan kaedah mengeja. kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Kanakkanak zaman sekarang sudah mengenali benda -benda serta ejaan yang senang di hafalnya dan yang sering didengarnya jadi kita sebagai guru haruslah sentiasa berfikiran yang abstrak dan terancang u ntuk meninjau dengan lebih mendalam kemampuan kanak-kanak tersebut . jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita. 9 . kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak -kanak membaca bahasa Inggeris. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua. Mengikut kajian. Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak -kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad . ianya adalah merupakan salah satu strategi yang dirasakan berkesan dan berkemampuan untuk membantu gu ru atau ibu bapa mengajar kanak-kanak membaca menggunakan kaedah pandang dan sebut. Melalui penggunaan bahan bantu mengajar seperti buku besar yang telah dihasilkan ini.MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009 dan membantutkan pembelajaran. Berpadanan dengan namanya. Kaedah pandang da n sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja ejaan.

0 PENUTUP Kesimpulannya.MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009 3. 10 . tanpa komitmen dan kesungguhan yang diberikan buku besar ini t idak mungkin dapat dihasilkan sebaik seperti ini. Buku ini. penghasilan buku besar ini bagi mengajar kanak -kanak mula membaca dengan kaedah pandang dan sebut ini telah meninggalkan kesan kepada semua ahli didalam kumpulan ini. Ianya amat menarik dan mampu membuat kanak-kanak memberikan tumpuan dan keseronokan ketika membaca. diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk digunakan oleh guru di sekolah atau ibu bapa di rumah untuk mengajar kanak -kanak membaca. Ini kerana.

Modul Literasi Bahasa. Norul Azila Arifin.MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PGSR 2009 BIBLIOGRAFI 1.2009 6. Bhd. 4. Fajar Bakti.´ Siri Nasihat Dari Rimba-Terpedaya oleh Raja Singa ( telah diubahsuai). 2008. 3. Marzhaki Nyak Abdullah.com/2009/05/peringkat -peringkatpengajaran membaca.pdf caranya sayang´. 1994.Jabatan Pelajaran 11 .Kementerian Pelajaran Malaysia.UG Press Sdn Bhd.Unit Pendidikan Khas.go.blogspot.html 7.1. ³Beginilah Terengganu.Strategi Perancangan dan Perlaksanaan ´. ³ Kaedah Pelajaran Bahasa Melayu ( KBSR ) ³. Kuala Lumpur. 5. http://www. Utusan Publications & Distributors Sdn. 2.mgp-be.id/cms/upload/publikasi/U nit%205. Makhzan Arshad.2009. ³ Pendidikan Literasi Bahasa Melayu . http://mohdnorizwansulaiman.depdiknas. Kuala Lumpur.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->