You are on page 1of 14

CIRI-CIRI GURU

1. Amalan Mengajar

Guru menggunakan pengetahuan mengenai kurikulum dan kaedah pengajaran yang menarik
agar murid / pelajar dapat menerima pelajaran dengan berkesan.

1.1 Berpengetahuan dalam bidang mata pelajaran yang diajar

1.1.1 Program pengajaran dirancang dengan berkualiti.

1.1.2 Persembahan kandungan mata pelajaran yang cemerlang.

1.1.3 Tindak balas terhadap pertanyaan murid / pelajar yang positif.

1.1.4 Berterusan berusaha meningkatkan pengetahuan kurikulum.

1.2 Mendorong murid / pelajar berusaha mencapai yang terbaik bagi diri mereka.

1.2.1 Menyediakan pelajaran yang mencabar murid / pelajar.

1.2.2 Menggalakkan murid / pelajar menilai diri, berfikir dan menetapkan sasaran.

1.2.3 Mengambil kira kepelbagaian kebolehan murid / pelajar.

1.2.4 Menimbulkan minat belajar dan keyakinan diri murid / pelajar.

1.2.5 Menimbulkan motivasi murid / pelajar.

1.3 Menyusun kandungan pelajaran agar mudah difahami.

1.3.1 Konsep utama dan kemahiran dipersembahkan secara urutan.

1.3.2 Mengambil kira aspek-aspek yang biasanya menjadi masalah kepada murid /

pelajar.

1.4 Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

1.4.1 Guru memilih kaedah mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran
individu atau kumpulan.

1.4.2 Guru memberi penegasan kepada kaedah pengajaran yang melibatkan murid /
pelajar mengambil bahagian dengan cergas dalam proses pembelajaran.

1.4.3 Guru memilih kaedah mengajar yang sesuai dengan hasil yang dijangkakan.

1.4.4 Gerakerja yang dijalankan berhubungkait dengan hasil pembelajaran yang


dirancang.
1.5 Menggalakkan pembelajaran kendiri

1.5.1 Gerakerja dan tugasan disesuaikan dengan kesediaan murid / pelajar.

1.5.2 Guru menyediakan sumber-sumber yang menggalakkan pencetusan,


penjanaan fikiran kritis dan kreatif dalam bilik darjah.

1.5.3 Murid / pelajar digalakkan mengemukakan soalan, membina hipotesis dan


rancangan, mengumpul dan menganalisis maklumat, membuat rumusan dan
memikirkan hasil.

1.5.4 Guru membantu murid / pelajar jika perlu.

1.6 Menunjukkan ciri-ciri keanjalan dan keupayaan bertindak balas.

1.6.1 Berkebolehan mengguna pakai isu-isu yang dibangkitkan oleh murid / pelajar
untuk dijadikan asas tindakan pembelajaran seterusnya.

1.6.2 Dengan penuh kesedaran dan keperihatinan, segala tugasan dijalankan dan
diubahsuai jika timbul keperluan.

1.7 Mengamalkan secara berkesan kemahiran-kemahiran penyampaian.

1.7.1 Mengguna amal pelbagai teknik untuk merangsang dan mengekalkan perhatian
murid / pelajar.

1.7.2 Mempunyai kesedaran kuantiti, kesukaran dan ketepatan kandungan


bersesuaian dengan kebolehan murid / pelajar.

1.7.3 Sentiasa menggunakan alat bantuan mengajar.

1.7.4 Memiliki suara, bahasa, dan gerak badan yang sesuai.

1.7.5 Sentiasa Berjaya menonjolkan isi-isi penting.

1.7.6 Pemahaman murid / pelajar dinilai berterusan.

1.8 Mengamalkan secara berkesan kemahiran-kemahiran menyoal.

1.8.1 Berkeupayaan mengemukakan soalan yang pelbagai.

1.8.2 Memberi masa untuk berfikir.

1.8.3 Daya usaha murid / pelajar diberi galakan dan diperkukuhkan.

1.8.4 Penyertaan murid / pelajar yang menyeluruh digalakkan dan diperkukuhkan.

1.8.5 Respon murid / pelajar diterima, diperbetulkan atau diperkembangkan.


1.8.6 Murid / pelajar digalakkan menyoal.

1.9 Mengamalkan secara berkesan kemahiran-kemahiran berbincang.

1.9.1 Mengguna pakai pelbagai teknik untuk merancang dan mengekalkan minat
murid / pelajar.

1.9.2 Menggalakkan serta mengukuhkan penyertaan murid / pelajar.

1.9.3 Memberi peluang yang sama kepada individu dan kumpulan untuk menyertai
perbincangan serta mengekalkannya.

1.9.4 Berkeupayaan membimbing murid / pelajar mendengar secara aktif.

1.9.5 Berkeyakinan mengembangkan sumbangan murid / pelajar.

1.10 Mengamalkan secara berkesan kemahiran-kemahiran memberi arahan.

1.10.1 Dapat mengekalkan perhatian murid / pelajar.

1.10.2 Suara jelas dan meyakinkan.

1.10.3 Arahan adalah jelas dan mengikut urutan yang sesuai.

1.10.4 Memastikan murid / pelajar memahami arahan.

1.10.5 Menghargai perhatian yang diberi oleh murid / pelajar.

2. Memenuhi Keperluan Berbeza

Guru memberi perhatian kepada keperluan dan sumbangan semua murid / pelajar dengan
mengambil kira jantina, kebolehan budaya bahasa dan sosio-ekonomi dalam menegakkan
prinsip kesaksamaan dan peluang pendidikan.

2.1 Berusaha untuk memastikan penyertaan semua murid / pelajar dalam proses
pembelajaran.

2.1.1 Bertindak untuk menentukan semua murid / pelajar sama ada secara individu
atau kumpulan mempunyai peluang menggunakan alat mengajar dan
mendapat layanan yang saksama daripada guru.

2.1.2 Menentukan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid /


pelajar.

2.1.3 Berbincang dengan murid / pelajar mengenai tugasan yang diberi.


2.2 Kebolehan dan bakat murid / pelajar digalakkan tanpa prasangka.

2.2.1 Merangka tugasan untuk mempertingkatkan tahap pencapaian semua murid /


pelajar yang sedia ada.

2.2.2 Mengenalpasti factor-faktor yang mungkin menghalang pembelajaran dan


bersedia menghadapinya.

2.2.3 Menggunakan pelbagai khidmat sokongan dari dalam dan luar sekolah,
mengikut kesesuaian.

2.3 Menghormati murid / pelajar tanpa mengambil kira jantina, keturunan, latar belakang

budaya dan bahasa.

2.3.1 Mengiktiraf pengalaman dan kemahiran tanpa mengira jantina atau kaum.

2.3.2 Mengiktiraf pelajar yang positif dan mempunyai keyakinan dan semangat yang
gigih.

2.3.3 Memperbaiki sifat negative murid / pelajar.

2.4 Bertindak untuk menghapuskan diskriminasi terhadap murid / pelajar dan di


antara murid / pelajar lain.

2.4.1 Mencegah atau menyelesaikan perlakuan murid / pelajar yang menjatuhkan


maruah murid / pelajar lain.

2.5 Mengambil kira pengaruh kebolehan fizikal dan intelektual ke atas proses pengajaran.

2.5.1 Memberi perhatian kepada perbezaan fizikal dan intelektual murid / pelajar
dalam pengurusan bilik darjah dan pengajaran.

2.5.2 Memberi peluang kepada murid / pelajar untuk mengembangkan bakat,


kebolehan dan minat mereka dalam bidang-bidang tertentu.

2.5.3 Menggunakan sepenuhnya perkhidmatan sokongan yang ada demi kepentingan


kebolehan murid / pelajar yang berbeza-beza.

3. Perhubungan

Guru sentiasa memupuk dan menjaga perhubungan baik yang mendorong sikap kerjasama di
bilik darjah dan sekolah.

3.1 Memupuk perhubungan positif dengan murid / pelajar.

3.1.1 Mudah didampingi.


3.1.2 Berbudi bahasa.

3.1.3 Peka dan prihatin terhadap murid / pelajar dan sanggup membantu mereka
dalam pelajaran.

3.1.4 Sabar dan bertimbang rasa.

3.1.5 Mengelakkan daripada mengkritik dan member komen yang negative.

3.2 Mengekalkan perhubungan positif di antara murid / pelajar.

3.2.1 Menimbulkan minat belajar di kalangan murid / pelajar.

3.2.2 Memberi penghargaan kepada murid / pelajar.

3.2.3 Memberi peluang kepada murid / pelajar membuat keputusan.

3.2.4 Menggalakkan semangat pemuafakatan.

3.2.5 Menghargai tingkahlaku yang sopan.

3.3 Menjaga perhubungan baik dengan rakan-rakan sejawat.

3.3.1 Menghormati dan bersopan santun terhadap anggota staf yang lain.

3.3.2 Mengelakkan daripada menyusahkan.

3.3.3 Bersedia membuat perubahan demi kelicinan pelaksanaan program sekolah.

3.3.4 Sentiasa menepati masa menghadiri mesyuarat dan aktiviti sekolah.

3.4 Guru berhubung dan berinteraksi dengan ibu bapa / penjaga dengan baik.

3.4.1 Menghormati ibu bapa / penjaga murid / pelajar.

3.4.2 Peka kepada pola komunikasi yang ada dalam masyarakat.

3.4.3 Nasihat dan pandangan daripada ibu bapa / penjaga murid / pelajar diberi
perhatian.

3.4.4 Memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga mengenai kegiatan anak-anak


mereka di sekolah.

3.4.5 Memaklumkan program-program sekolah kepada ibu bapa / penjaga murid /


pelajar.

3.4.6 Menggalakkan ibu bapa / penjaga membantu sekolah.

3.4.7 Dapat menyelesaikan perselisihan dengan ibu bapa / penjaga murid / pelajar.
3.4.8 Amanah.

4. Penilaian dan Pelaporan

Guru sentiasa menilai, merekod dan melapor pencapaian dan prestasi murid / pelajar untuk
merancang dan membantu pembelajaran.

4.1 Menilai kejayaan dan prestasi murid / pelajar secara berterusan, sistematik dan
menyeluruh.

4.1.1 Menggunakan prosedur menilai ke atas semua murid / pelajar.

4.1.2 Menggunakan pelbagai kaedah penilaian yang sesuai bagi sesuatu kegiatan
pembelajaran.

4.1.3 Merancang pembelajaran seterusnya berasaskan penilaian yang telah dibuat.

4.1.4 Murid / pelajar digalakkan menilai pembelajaran sendiri dan bertindak ke atas
hasil penilaian berkesan.

4.2 Menyelenggara rekod prestasi murid / pelajar secara menyeluruh dan tepat.

4.2.1 Mengemaskini rekod murid / pelajar sejajar dengan aktiviti pembelajaran yang
dijalankan dan tahap persekolahan.

4.2.2 Merekod markah penilaian bersesuaian dengan kaedah penilaian yang


digunakan.

4.3 Menyampaikan laporan penilaian yang berguna kepada murid / pelajar.

4.3.1 Memulangkan kerja-kerja yang telah diperiksa dengan segera.

4.3.2 Menyampaikan maklumbalas kemajuan murid / pelajar secara lisan dan bertulis.

4.3.3 Memberi maklumbalas yang positif dan bersifat membina.

4.3.4 Pelaporan penilaian sejajar dengan kaedah penilaian yang digunakan dan
memberi makna kepada murid / pelajar.

4.3.5 Prosedur penilaian menyokong dan meningkatkan perhubungan antara guru


dan murid / pelajar, serta perhubungan sesama murid / pelajar.

4.3.6 Menghormati hak-hak peribadi murid / pelajar.

4.4 Memberi laporan bermakna kepada ibu bapa dan pihak luar mengenai murid/pelajar.

4.4.1 Menyampaikan maklumat yang terperinci, tepat dan senang difahami.


4.5 Mematuhi kehendak sistem dan keperluan penilaian sekolah.

4.5.1 Adanya kesesuaian keselarasan antara prosedur dan kaedah penilaian dengan
cita-cita sekolah dan tujuan.

4.5.2 Menyediakan pernyataan sijil berhenti sekolah dengan setepat-tepatnya.

5. Perancangan

Guru sentiasa berusaha menyediakan perancangan keperluan-keperluan pembelajaran yang


seimbang dan mencabar sejajar dengan sistem persekolahan di Malaysia.

5.1 Dapat merancang program pembelajaran yang sesuai dengan kehendak-kehendak


sukatan pelajaran.

5.1.1 Dapat menyediakan program pembelajaran sejajar dengan matlamat KBSR/


KBSM dan Falsafah Pendidikan Negara.

5.1.2 Program-program yang disediakan mengambil kira:-

5.1.2.1 Keperluan murid/pelajar

5.1.2.2 Perancangan kemajuan sekolah

5.1.2.3 Dasar kurikulum sekolah

5.1.2.4 Pekeliling-pekeliling ikhtisas

5.2 Dapat membentuk program pembelajaran yang memberangsangkan.

5.2.1 Dapat merangsang murid/pelajar dalam pembelajaran.

5.2.2 Sentiasa dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai.

5.2.3 Berusaha mewujudkan aktiviti pembelajaran yang dapat mencapai objektif.

5.2.4 Dapat merancang strategi pembelajaran yang sesuai bagi meningkatkan mutu
pembelajaran.

5.3 Sentiasa berusaha untuk mengesan, mengkaji dan bertindak bagi memastikan sesuatu

program pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna.

5.3.1 Dapat mengenalpasti maklumat-maklumat yang relevan bagi melaksanakan


sesuatu program.
5.3.2 Dapat mengubahsuai segala aspek program yang dirancang dengan tepat dan
teratur.

6. Pengurusan Kelas

Guru sentiasa mewujudkan struktur dan proses untuk mencapai suasana pembelajaran yang
produktif.

6.1 Mewujudkan dan memelihara suasana pembelajaran yang berorientasikan tugasan.

6.1.1 Mengekalkan tumpuan murid/pelajar terhadap aktiviti pembelajaran yang


bermakna.

6.1.2 Memulakan pengajaran dengan segera dan dengan persediaan yang lengkap.

6.1.3 Mengelakkan gangguan yang tidak diingini.

6.1.4 Menyempurnakan dengan segera tugas-tugas lain selain daripada mengajar.

6.1.5 Memastikan murid/pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan.

6.1.6 Menetapkan mutu bagi hasil tugasan/kerja murid/pelajar.

6.2 Mewujudkan dan memelihara suasana pembelajaran yang kondusif dan berfungsi.

6.2.1 Menyusun perabot bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran.

6.2.2 Mempamerkan hasil kerja murid/pelajar dan bahan pengajaran.

6.2.3 Mengekalkan mutu hasil kerja murid/pelajar yang kemas dan teratur.

6.3 Menyediakan prosedur perkara-perkara rutin bagi mengurus aktiviti yang berulang
dengan berkesan.

6.4 Menyediakan kemudahan dan sumber.

6.4.1 Menyediakan kemudahan dan peralatan yang bersesuaian dengan aktiviti yang
dirancang.

6.4.2 Memastikan peralatan dan bahan sumber senang didapati apabila diperlukan.

6.5 Menggalakkan sifat bertanggungjawab dalam menggunakan dan menjaga peralatan


dan sumber.

6.5.1 Menetapkan dan mengekalkan jangkaan-jangkaan (expectation) dalam


penggunaan dan penjagaan alat.
6.5.2 Ada peraturan bagi tugas membersih kawasan kerja dan menyimpan alat-alat.

6.5.3 Memaklumkan pihak pentadbiran sekolah tentang keperluan membaiki atau


mengganti peralatan.

6.5.4 Bertanggungjawab dalam mengguna dan menjaga peralatan sumber dan bahan.

7. Disiplin

Guru sentiasa menggunakan strategi pengurusan tingkahlaku yang berkesan bagi


menentukan suasana pembelajaran yang berorientasikan kejayaan.

7.1 Bertanggungjawab terhadap disiplin murid.

7.1.1 Membentuk peraturan disiplin murid/pelajar selaras dengan dasar sekolah dan
Kementerian.

7.1.2 Mengambil langkah yang sesuai untuk mengurus tingkahlaku murid/pelajar


secara berkesan.

7.1.3 Menggalakkan disiplin kendiri di kalangan murid/pelajar.

7.1.4 Mengenalpasti bantuan dari dalam dan luar sekolah untuk memelihara tahap
disiplin yang tinggi di kalangan murid/pelajar.

7.1.5 Mendapatkan bantuan dari dalam dan luar sekolah untuk memelihara tahap
disiplin yang tinggi di kalangan murid/pelajar.

7.2 Membentuk panduan yang jelas mengenai tingkahlaku yang diharapkan dan
tanggungjawab murid/pelajar.

7.2.1 Menyediakan pernyataan yang jelas mengenai tingkahlaku yang diharapkan dan
tanggungjawab murid/pelajar.

7.2.2 Peraturan mengenai tingkahlaku difahami oleh murid/pelajar.

7.3 Sentiasa mengekalkan perlakuan murid/pelajar yang diharapkan.

7.3.1 Mengesan tingkahlaku murid/pelajar secara berterusan.

7.3.2 Mengambil tindakan serta-merta untuk mengelakkan atau mengurangkan


salahlaku murid/pelajar

7.4 Bertindakbalas dengan wajar terhadap tingkahlaku yang baik/tidak baik.

7.4.1 Mengamalkan pendekatan yang mengukuhkan tingkahlaku yang baik.


7.4.2 Memberi maklumbalas positif yang mengambil kira keperluan individu dan
kumpulan yang berbeza.

7.5 Mengenakan hukuman yang berkesan terhadap murid/pelajar yang salah laku.

7.5.1 Mengambil tindakan cepat, adil dan tekal terhadap murid/pelajar yang salah
laku.

7.5.2 Menjatuhkan hukuman yang setimpal secara tenang dan tegas ke atas sesuatu
salah laku murid/pelajar.

7.5.3 Berupaya mengawal perasaan dalam mengenakan hukuman.

7.5.4 Mengenakan hukuman yang tidak bercanggah dengan peraturan.

7.6 Memelihara secara tekal (konsisten) tahap tingkah laku yang baik di kalangan
murid/pelajar.

7.6.1 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif setiap masa.

7.6.2 Mewujudkan suasana mesra, hormat-menghormati dan interaksi positif di


kalangan murid/pelajar setiap masa.

8. Dimensi Perkembangan Profesional dan Tanggungjawab Sekolah

Guru sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab bukan mengajar.

8.1 Dasar sekolah dilaksanakan dalam amalan bilik darjah dan juga di sekolah.

8.1.1 Berusaha melaksanakan penentuan dan polisi dalam kelas dan di sekolah.

8.1.2 Menjalankan program-program yang dirancang.

8.2 Melibatkan diri dalam perancangan dan penyediaan program-program sekolah.

8.2.1 Melibatkan diri dalam penyemakan dan penyediaan polisi, program dan amalan-
amalan sekolah.

8.2.2 Menyumbang secara positif dalam mesyuarat sekolah dan dalam menentukan
keputusan.

8.2.3 Menyelesaikan tugas-tugas dan pentadbiran dengan tepat dan cepat.

8.2.4 Melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang rutin.

8.3 Berusaha mempertingkatkan prestasi dan kemahiran.

8.3.1 Menilai kelemahan-kelemahan diri sendiri.


8.3.2 Mengkaji semula prestasi kendiri.

8.3.3 Menentukan matlamat-matlamat yang berkaitan dengan keutamaan sekolah


dan diri sendiri serta berusaha mencapainya.

8.3.4 Berusaha mendapatkan maklumbalas tentang prestasi kendiri dan berusaha


memperbaikinya.

8.3.5 Berusaha memperkembangkan profesionalisme diri melalui kursus dan


membaca.

8.4 Menyumbang kepada usaha-usaha pembinaan sahsiah dan perlindungan


murid/pelajar.

8.4.1 Bertindak menghalang perlakuan murid/pelajar yang tidak bertanggungjawab


yang dilihat berlaku di dalam / di luar bilik darjah.

8.4.2 Mengamalkan sifat penyayang dengan memberi bantuan yang sesuai kepada
murid/pelajar yang mengalami kecederaan, sakit atau tekanan-tekanan lain.

9. Kokurikulum

Guru sentiasa mengambil bahagian cergas dalam gerakerja kokurikulum sekolah ke arah
menghasilkan individu yang seimbang sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

9.1 Faham dengan jelas mengenai objektif-objektif aktiviti kokurikulum.

9.1.1 Faham dengan jelas mengenai kegiatan kokurikulum yang ditugaskan untuk
dilaksanakan.

9.1.2 Berupaya merancang dan melaksanakan dengan baik kegiatan kokurikulum yang

ditugaskan untuk dilaksanakan.

9.1.3 Berupaya memainkan peranan sebagai jurulatih/penasihat.

9.1.4 Bersedia mempertingkatkan ilmu pengetahuan dengan menghadiri kursus atau


melalui usaha sendiri.

9.2 Sentiasa melibatkan diri dalam program/aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah,


daerah atau negeri.

9.2.1 Kegiatan sukan sekolah.

9.2.2 Kegiatan badan beruniform.

9.2.3 Kegiatan kelab/persatuan.


9.2.4 Khidmat masyarakat dalam bidang kokurikulum seperti pengadil, jurulatih dan
lain-lain.

9.3 Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu kegiatan
kokurikulum.

9.3.1 Berupaya menyelaraskan segala aktiviti kokurikulum dengan baik.

9.3.2 Berupaya untuk memimpin dan bekerjasama dengan orang lain, termasuk
masyarakat setempat.

9.3.3 Sentiasa menggalak dan mendorong pelajar/murid untuk menyertai secara aktif
aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

9.4 Berupaya mempertingkatkan prestasi sekolah dalam bidang kokurikulum.

9.4.1 Berjaya mempertingkatkan prestasi sekolah dalam bidang kokurikulum.

9.4.2 Dapat meningkatkan penyertaan, mutu dan tahap pencapaian murid/pelajar.

You might also like