You are on page 1of 9

1.

2 Sistem Peredaran Darah

1. Komponen:
a) Darah
b) Jantung
c) Saluran darah

Darah dan hemolimfa

1. Darah ialah medium pengangkutan di dalam haiwan dan manusia.


2. Hemolimfa ialah cecair nutritive seperti darah yang dijumpai dalam serangga.

Fungsi darah

1. Mengangkut oksigen daripada paru-paru ke sel-sel di badan.


2. Mengangkut karbon dioksida daripada sel ke paru-paru.
3. Mengangkut nutrient, hormone dan bahan buangan.
4. Mengawalatur pH cecair badan.
5. Mengawalatur suhu badan.
6. Mengawalatur kandungan air.
7. Pembekuan darah
8. Melindungi badan daripada jangkitan.

Fungsi hemolimfa

1. Mengangkut air, garam tak organic dan bahan-bahan organik.

Komposisi darah manusia

1. Terdiri daripada 55% plasma dan 45% komponen sel.


2. Plasma adalah medium pengangkutan yang utama di dalam badan.
3. Komponen sel di dalam darah:
a) sel darah merah (eritrosit)
b) platelet
c) sel darah putih (leukosit).
Eritrosit (RBC)

1. Ciri:
a) Berbentuk dwicekung yang membekalkan ratio jumlah luas permukaan/isipadu yang
besar untuk membantu dalam pengangkutan gas.
b) Sel matang tidak bernukleus.
c) Mengandungi haemoglobin.
d) Dihasilkan di sum-sum tulang.
e) Jangka hayat – 120 hari.
f) Terhapus di hati atau limfa.
2. Haemoglobin
a) adalah sejenis pigmen protein yang mengangkut oksigen yang memberikan warna
merah kepada sel darah merah.
b) mengandungi kumpulan hem yang mengandungi mineral besi
c) adalah tempat berlakunya penggabungan oksigen.
d) boleh bergabung dengan empat molekul oksigen.

Leucocytes (WBC)

1. Ciri-ciri:
a) Tidak berwarna.
b) Mempunyai nukleus.
c) Lebih besar daripada eritrosit.
d) Dihasilkan di sum-sum tulang.
e) Boleh melawan penyakit yang berjangkit di interstitial fluid.

f) Neutrofil dan monosit adalah fagosit.


6. Eosinofil dan basofl mengeluarkan enzim yang melawan kesakitan akibat
tindakan alahan dan
membunuh cacing
parasit.

7. Limfosit menghasilkan
respon imun untuk
melawan bahan asing.

Platelet

1. Ciri-ciri:
a) Sel fragment dari sum-sum tulang.
b) Tiada nucleus.
c) Terlibat dalam pembekuan darah.

Salur darah manusia

Arteri

1. Salur darah yang mengangkut darah dari jantung.


2. Mengangkut darah dengan laju pada tekanan tinggi (disebabkan tindakan pengepaman
jantung).
3. Untuk mengatasi tekanan tinggi, dinding aorta mestilah tebal.
3. Tisu otot membolehkan arteri mengecut dan mengendur.
4. Aorta adalah arteri utama.
5. Tekanan darah dalam aorta manusia adalah 120 mm Hg.
6. Arteri akan bercabang menjadi salur darah yang kecil yang dikenali sebagai arteriol.

Kapilari

1. Salur yang mempunyai lapisan yang kecil. (tebal satu sel).


2. Membolehkan pertukaran gas (resapan) yang cepat berlaku di antara darah dan sel.
Vena

1. Membawa balik darah ke jantung.


2. Lapisan otot adalah lebih nipis daripada arteri.
3. Lumen yang besar dan mempunyai injap untuk memastikan pengaliran darah sehala.

Jantung
Struktur dan fungsi jantung manusia
1. Jantung terletak diantara dua pau-paru di thoraks.
2. Mengepam darah.
3. Empat ruang;
a) two ruang di bahagian atas (atrium) – menerima darah yang kembali ke jantung
b) two ruang di bahagian bawah (ventrikel) – mengepam darah keluar dari jantung
4. Dinding ventrikel kiri lebih tebal dari yang kanan kerana ventrikel kiri perlu
mengepam darah ke semua bahagian di badan.
5. Injap hadir untuk memastikan darah mengalir dalam satu hala.
6. Injap bikuspid dan trikuspid mencegah darah daripada mengalir balik ke atrium.
7. Injap sabit mencegah darah daripada mengalir balik ke dalam ventrikel apabila
ventrikel mengendur.
8. Darah beroksigen daripada paru-paru akan masuk atrum kiri melalui vena pulmonary.
9. Darah terdeoksigen daripada bahagian badan yang lain memasuki jantung melalui vena
kava ke atrium kanan.
10. Apabila darah memenhi atrium, atrium akan mengecut dan menolak darah ke dalam
ventrikel.
11. Apabila ventrikel mengecut, injap bikuspid dan trikuspid akan tutup, dan darah akan
ditolak keluar ke arteri pulmonari dan aorta.
12. Darah terdeoksigen dipamkan ke paru-paru menggunakan arteri pulmonary manakala
darah beroksigen dipamkan ke seluruh badan menggunakan aorta.
13. Bunyi lub pertama disebabkan oleh penutupan injap bikuspid dan trikuspid.
14. Bunyi dub kedua disebabkan oleh penutupan injap sabit.
Pengaliran darah di dalam manusia
Pengepaman jantung

1. Jantung terdiri daripada otot kardiak yang kuat.


2. Otot kardiak adalah myogenic (mengecut dan mengendur tanpa menerima impuls
daripada sistem saraf).
3. Otot kardiak adalah bersambungan dan membolehkan isyarat elektrik disampaikan
dengan cepat melalui jantung, dan pada masa yang sama merangsangkan otot kardiak
untuk mengecut dan mengendur dalam keadaan terancang.
4. Koordinasi jantung adalah dimulakan dan dikoordinasi oleh perentak (kumpulan sel
yang menetapkan kadar pengecutan jantung).
5. Perentak:
a) terletak pada dinding atrium kanan.
b) menghasilkan impuls elektrik.
c) terdiri daripada sinoatrial node (SA node) dan atrioventricular (AV node).
d) dikawalatur oleh saraf parasympathetic (memperlahankan) and sympathetic
(mempercepatkan).
e) dikawal oleh adrenaline atau epinephrine (meningkatkan kadar denyutan jantung
semasa perasaan takut dan terancam).
6. SA node akan menghasilkan impuls yang akan tersebar dengan laju pada dinding
atrium, menyebabkan kedua-dua atrium mengecut.
7. Dari SA node, impuls akan sampai ke AV node.
8. Dari AV node, fiber otot yang khusus (bundle of His, bundle branches and Purkinje)
menyampaikan isyarat ke puncak jantung dank e dinding ventrikel.
9. Ini menyebabkan ventrikel mengecut dan menolak darah keluar dari paru-paru dan
badan.

Pengecutan otot rangka di sekeliling vena

1. Apabila otot rangka mengecut, ia akan menekan vena dan menolak darah melalui vena.
2. Vena mempunyai injap yang membolehkan darah mengalir dalam satu hala ke jantung.

Mekanisma Kawalan Tekanan Darah

1. Tekanan darah:
a) Tekanan yang dikenakan pada dinding saluran darah.
b) Daya yang membolehkan darah mengalir melalui arteri dan kapilari.
c) Tertinggi di aorta dan arteri besar semasa sistol (pengecutan ventrikel, iaitu apabila
darah di pamkan keluar daripada aorta dan arteri pulmonari)
d) 120 (systolic) /80 (diastolic)mmHg
e) Dikawalatur oleh mekanisma suap balik negative.
2. Baroreceptor (arch of aorta) dan carotid arteri pada leher mengesan tekanan darah dan
menghantar impuls ke medulla oblongata (pusat kardiovaskular).
Tekanan darah Meningkat Menurun
Impuls Dihantar secara laju Dihantar secara perlahan
Pengecutan otot kardiak Lemah Kuat
Otot pada arteri Mengendur Mengecut
Pengaliran darah Menurun Meningkat
Saluran darah Mengembang Mengecil
(Vasodilation) (Vasoconstriction)
3. Ini akan mengembalikan tekanan darah ke tahap normal.

Sistem peredaran dalam manusia, ikan dan amfibia

1. Cacing pita tidak memerlukan sistem peredaran darah kerana oksigen dan bahan
tercerna boleh meresap ke dalam badan.

Serangga Manusia Ikan Amfibia


Sistem Terbuka Tertutup
Peredaran
Jantung Empat ruang Dua ruang Tiga ruang
Sistem Ganda dua Tunggal Ganda dua
Peredaran
Terdapat Tiada campuran Terdapat
pengasingan darah campuran di
sepenuhnya di beroksigen antara darah
antara darah dengan darah beroksigen
beroksigen dan terdeoksigen dengan darah
darah kerana terdeoksigen
terdeoksigen peredaran kerana kedua-
tunggal duanya
disalurkan ke
dalam ventrikel
yang sama
sebelum darah
dipam keluar
dari jantung

Insects
1. Satu atau lebih jantung mengepam hemolimfa melalui salur dan ke dalam hemocoel.
2. Haemocoel mengandungi organ dalaman yang lembut dan dipenuhi hemolimfa.
3. Di sini, pertukaran bahan kimia berlaku di antara hemolimfa dan sel badan.
4. Haemolimfa akan mengalir keluar dari jantung ke haemocoel apabila jantung
mengecut.
5. Apabila jantung mengendur, hemolimfa akan kembali ke jantung melalui ostia.
Fish

1. Darah yang keluar dari ventrikel akan pergi ke kapilari di insang, di mana pertukaran
gas akan berlaku.
2. Kapilari insang akan menjadi satu saluran yang mengangkut darah beroksigen ke
kapilari di badan.
3. Pada kapilari di badan, oksigen meresap ke dalam tisu manakala karbon dioksida
meresap keluar daripada tisu dank e dalam kapilari.
4. Darah terdeoksigen akan kembali ke atrium di jantung melalui vena.
5. Sistem peredaran tunggal – darah mengalir dalam satu hala.

Amphibians

1. Darah terdeoksigen dari badan akan disalurkan ke atrium kanan dan darah beroksigen
akan disalurkan ke atrium kiri.
3. Darah dari kedua-dua atria akan memasuki satu ventrikel.
4. Meskipun ada sedikit pencampuran darah beroksigen dan darah terdeoksigen di
ventrikel, kebanyakan darah beroksigen akan kekal di sebelah kiri ventrikel.
5. Ventrikel akan mengepam darah ke
a) peredaran pulmocutaneous
– dialirkan ke tisu pertukaran gas, iaitu paru-paru dan kulit.
- pertukaran gas berlaku.
- darah beroksigen akan kembali ke atrium kiri jantung.
b) peredaran sistemik.
- mengangkut darah beroksigen ke tisu badan dan mengembalikan darah terdeoksigen ke
atrium kanan melalui vena.
6. Sistem peredaran ganda dua – darah akan melalui jantung dua kali.

Manusia

1. Peredaran Pulmonari:
a) Darah terdeoksigen dipamkan ke arteri pulmonary dari jantung.
b) Arteri ini mengangkut darah ke paru-paru.
c) Ini membolehkan karbon dioksida dikeluarkan dan oksigen diserap dari udara.
d) Vena pulmonary akan mengangkur darah beroksigen ke jantung.
4. Peredaran sistemik:
a) Darah beroksigen akan diangkut dari jantung ke semua bahagian badan kecuali ke
paru-paru.
b) Darah terdeoksigen akan kembali ke jantung.

You might also like