You are on page 1of 2

Siti khadijah Binti Khuwailid ra (Ummul Mu’minin pertama)

Siti Khadijah Binti Khuwailid ra(Ummul Mu’minin petama)Siti Khadijah Binti


Khuwailid (Ummul Mu’minin petama) dalam hayat baginda Rasulullah
junjungan Nabi Muhammad s.a.w.Nama penuhnya : Siti Khadijah binti
khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, dari golongan pembesar Mekah.

Tarikh lahir : Ada riwayat mengatakan beliau telah dilahirkan pada tahun 68
sebelum hijrah. Iaitu sebelum Tahun Gajah kira-kira lima belas tahun. Tahun
Gajah itu ialah tahun dimana Rasulullah s.a.w dilahirkan.Usia nabi Muhammad
s.a.w ketika dia berkahwin dengan Siti Khadijah ialah 25 tahun, manakala usia
Siti Khadijah pula ketika itu 40 tahun.Siti Khadijah sebagai Ummul Mu’minin
pertama mempunyai keistimewaan2 tersendiri, berbeza dari sekalian isteri-
isteri nabi yang lain.

Keistimewaan Siti Khadijah itu penting dan menonjol sekali.Dia adalah


seorang wanita yang jelitawan, mempunyai harta kekayaan, tergolong antara
orang2 yang ternama di Makkah.Keturunannya mulia, dari sebelah ayahnya
berakhir kepada Qushai.Dari sebelah ibunya, yang bernama Fatimah
bersambung kepada Za’idah bin Al-Asham bin Harm bin Rawahah.Siti Khadijah
r.a telah hidup bersama-sama Rasulullah s.a.w. yang mulia itu selama 24
tahun.

Disepanjang masa ini, Siti Khadijah r.a tetap menjadi suri rumahtangga, dan
kekal terus menjadi isteri yang satu-satunya kepada Nabi s.a.w. Nabi
Muhammad s.a.w tidak berkahwin lagi, melainkan setelah Siti Khadijah r.a
wafat dalam usia 64 tahun dan 6 bulan. Apabila Siti Khadijah r.a wafat, Nabi
Muhammad s.a.w sendiri telah mengangkatnya dengan tangannya yang mulia
dan meletakkannya ke dalam liang lahadnya.Siti Khadijah r.a telah melahirkan
bagi nabi 6 orang anak. Padahal isterinya yang terkemudian tidak seorang pun
mendapatkan anak bagi Nabi s.a.w. Siti Khadijah menanggung berbagai2
penderitaan bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam penyeruannya kepada
Islam. 

Dia juga telah merasakan bersama2 Rasulullah kepiluan maut ketika


menghadapi kewafatan dua orang anak lelakinya, yang bernama Qasim dan
Abdullah. Yang lain ialah 4 puteri iaitu:ZainabRuqaiyahUmmi kaltsumFatimah
RadhiAllahu anhunna.Di dalam sejarah islam siti khadijah r.a dikira orang
pertama beriman dengan seruan Nabi Muhammad s.a.w.Setelah wafatnya Siti
Khadijah r.a Ummul mu’minin pertama, bermulalah peringkat baru yang lain
yang dihadapi oleh rasulullah saw. Kaum Quraisy sudah tidak ada orang yang
akan disegani lagi, sesudah kewafatan Abu Talib dan siti khadijah. 
Maka orang-orang Makkah semakin buas menimpakan kesusahan dan
penganiayaan dengan sewenang-wenangnya ke atas kaum muslimin.Nama
Siti Khadijah r.a tetap hidup suci dan segar dalam ingatan Rasulullah s.a.w.
baginda sentiasa menyebut2 Siti Khadijah r.a sehingga menimbulkan rasa
cemburu pada Siti Aisyah r.a.Ramai pengkaji sejarah merumuskan, bahawa
perkahwinan rasulullah saw. dengan seorang isteri yang berusia lebih tua dari
usia baginda dan yang telah menjadi dua kali janda, mengandungi banyak
hikmat yang tersembunyi, yang mana jika baginda beristeri dengan seorang
wanita yang lebih muda, mungkin isteri itu tidak mampu menanggung seperti
hal-hal yang ditanggung oleh Siti Khadijah Binti Khuwailid itu. 

Pengalaman dan kesabaran seorang wanita yang lebih umurnya itu tentu
sekali telah banyak menolong siti Khadijah r.a sebagai isteri nabi di dalam
keadaan masa yang serba rumit dan penuh dengan krisis itu.Moga-moga Allah
akan membalas segala kebaikannya, merahmatinya dan meridhainya.Amin. Ya
Allah

http://teratakmahligakasih.blogspot.com/2008/05/siti-khadijah-binti-khuwailid-ra-ummul.html

You might also like