You are on page 1of 42

ISL MINGGU 4

Disediakan oleh:
Siti Nurdiyana binti Mohd Yusof
Hamizah binti Mohamed Saari.

2PISMP PEMULIHAN (BM)/MT/BI AMBILAN JAN 2009


IPGKDA
TEKNIK MENINGKATKAN DAN

MENGURANGKAN TINGKAH LAKU


DEFINISI TINGKAH
LAKU
• Tingkah laku ialah sesuatu yang
dilakukan oleh organisma.
• Apa sahaja yang seseorang lakukan
sebagai respons atau tindak balas
kepada apa yang berlaku di dalam
dirinya ataupun di luar.
• (Sarafino, 1996)
• Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir
Kaur (1998), tingkah laku bermasalah
merujuk kepada sebarang tingkah
laku sama ada positif atau negatif
yang menjejaskan keberkesanan dan
kelicinan proses pengajaran dan
pembelajaran.
• Tingkah laku bermasalah boleh juga
didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak
normal dan terkeluar dari nilai dan norma
sosial masyarakat,tidak kira di dalam
kehidupan bermasyarakat atau termasuk
sekolah.

• Secara konsepnya, ia bertentangan dengan


tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai
persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada
kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam
sesebuah masyarakat sama ada di kawasan
pedalaman mahupun bandar.
PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
• Modifikasi tingkah laku ialah
pendekatan berstruktur dan
bersistematik bagi meningkatkan
tingkah laku yang diingini dan
mengurangkan tingkah laku yang
buruk serta mengekalkan tingkah lak
sasaran.
JENIS-JENIS TINGKAH
LAKU
TINGKAH LAKU POSITIF
• Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan

mereka.

• Ini kerana kanak-kanak akan lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk

meibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sikap ingin tahu.

• Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru merangsang dalam

pemikiran dan penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

• Akan membantu guru dalam membina aktiviti yang berbentuk penerokaan

kerana pada tahap ini kanak-kanak akan suka aktiviti ini.


Cepat belajar.
 Kanak-kanak ini akan memudahkan guru dalam proses P&P dalam kelas.
 Guru tidak perlu memikirkan proses pemulihan tetapi hanya memerlukan
memikirkan proses pengayaan sekiranya murid cepat belajar.

Proaktif.
 Kanak-kanak ini berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif.
 Kanak-kanak proaktif suka melibatkan diri dalam aktiviti, suka bermain
dan suka dikawal oleh guru.

Pintar cerdas.
 Jarang dijumpai.
 Namun guru harus pandai memberikan aktiviti menarik agar mereka tidak
mudah bosan.
TINGKAH LAKU NEGATIF.
 Merupakan tingkah laku yang berupaya memberikan masalah dan mengganggu
proses P&P dalam kelas.
 Mereka bukan sahaja menggangu kanak-kanak lain tetapi juga sering
memberontak dalam kelas.

Distruktif.
 Kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fizikal ataupun lisan yang
bertujuan untuk menyakiti hati orang lain.
 Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba
seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut.
 Vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif.
Distruptif.

• Kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat


bising dan agresif.

• Selain itu, kanak-kanak ini juga suka bergerak, suka ketawa dengan kuat
dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang
lain.

Sikap bergantung.

• Kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan


berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah.

• sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang
dijalankan dan terlalu pemalu.
TEKNIK MENINGKATKAN
TINGKAH LAKU POSITIF.
1) PENEGUHAN POSITIF
 Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan
yang diingini (atau tidak diingini) ditambah.
 Digunakan sebagai ganjaran untuk mendorong murid –murid memberi
tumpuan semasa belajar.
 Contoh peneguhan memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya.

2) PENEGUHAN NEGATIF.
 Kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan
memindahkan atau menghapuskan stimuli yang mengganggu.
 Seperti menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan
dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti
pembelajaran mereka tanpa gangguan.
3) SHAPING.
 Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui
beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindak
balas yang dfiharapkan.
 Prinsip shaping ditakrifkan sebagai memberikan ganjaran kepada murid seyiap
kali dia semakin hampir kepada satu matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh
guru.
 Teknik ini adalah perlu digunakan apabila murid itu tidak melakukan dengan
sendiri tingkah laku yang diingini.
 Pada mulanya, shaping digunakan untuk mengajar haiwan melakukan aktiviti
seperti yang ditonton dalam sarkas dan zoo.
4) KONTRAK KONTIGENSI.
 Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan
salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku nagatif
kepada positif.
 Seperti membuat kontrak formal dengan guru besar dapat menyakinkan
murid bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan
kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat.
5) EKONOMI TOKEN (TOKEN ECONOMY)
• Satu program di mana murid akan diberikan mata/token bagi setiap TL yang
dipamerkan, kemudian boleh menukarkannya dengan aktiviti, objek dan
keistimewaan yang ditawarkannya.
• Program intensif dalam kelas untuk pengukuhan positif bagi meningkatkan dan
mengekalkan pencapaian dan tingkah laku sasaran.
Tujuan:
• meningkatkan TL yang diingini dan TL pengurangan diingini.
• untuk mengajar TL yang sesuai dan berketrampilan sosial yang positif.
Kekuatan, (Zirpoli & Melloy, 1993.)
• Sebaran token lebih meluas.
• Dapat ubah suai dan kawal pemberian ganjaran mengikut masa yang sesuai.
• Dapat menyediakan satu ganjaran kepada setiap murid yang mempunyai
pelbagai cita rasa.
• Token boleh diberikan tanpa mengganggu masa pembelajaran atau aktiviti.
Kelemahan.
 kos, usaha dan lain-lain kos seperti tenaga dan penglibatan umum.

 Beberapa para pengkaji merasakan bahawa tekonomi token bersifat tidak


praktik dan memakan waktu.

Unsur yang perlu diperhatikan dalam ekonomi token.

a) Tokens

b) Suatu target perilaku jelas dan nyata

c) Motif-motif Penguat/Back-up Reinforcers.

d) Suatu sistem yang digunakan untuk menukarkan token.

e) Suatu sistem untuk merakam data.

f) Implementasi konsisten ekonomi token


a) Tokens:
 Semua hal yang dapat dihitung dan dapat dilihat dapat digunakan sebagai
token. Token diutamakan yang disukai, menarik, mudah untuk
dibawa/dibahagikan, dan juga sukar untuk dipalsukan.
 Contohnya, kraftangan seperti bintang, permainan atau stiker

b) Suatu target perilaku jelas dan nyata.


 Individu yang mengambil bahagian perlu untuk mengetahui tujuan dan
bagaimana merekadapat menerima token.
 Tingkah laku yang tidak diingini dan yang diingini dijelaskan sebelum waktu
yang ditetapkan di dalam terminologi yang sederhana dan spesifik.
 Jumlah token diberikan atau yang diambil untuk setiap tingkah laku
tertentu juga ditetapkan dan dijelaskan.
c) Motif-motif Penguat/Back-up Reinforcers.
 Motivasi pengukuhan adalah apabila peserta atau individu tersebut menerima
token.
 Kejayaan dari strategi ekonomi token bergantung pada tawaran yang menarik
atau kenikmatan dari motif-motif pengukuhan.
 hanya bermotivasi untuk mendapatkan token jika mereka mengetahui bentuk
penghargaan di masa depan.

d) Suatu sistem yang digunakan untuk menukarkan token.


 Perlu untuk ditetapkan waktu dan tempat untuk menukarkan motif-motif
peneguhan.
 Token harus mempunyai nilai berkala untuk ditukarkan dan nilai tersebut
haruslah ditetapkan.
 Sebagai contoh, jika motif pengukuhan itu adalah sangat menarik, nilai token
harus yang lebih tinggi.
 Jika nilai token diatur atau tetapkan terlalu rendah, maka individu akan
kurang bermotivasi untuk mendapatkan token. Sebaliknya, jika nilai token
terlalu tinggi, individu akan merasa takut atau ragu dalam mendapatkan
token.
 Adalah penting untuk masing-masing individu dapat memeperoleh token.

e) Suatu sistem untuk merakam data.


 Sebelum sesi dimulakan, maklumat (data umum) dikumpulkan dan
dicatatkan serta di pamerkan untuk mengukur kemajuan individu dan
keberkesanan aktiviti token economy tersebut.
 Maklumat mengenai pertukaran dari token juga perlu untuk dirakam atau
dicatat.
f) Implementasi konsisten ekonomi token oleh.
 Semua penyelaras yang terlibatkan harus memberi penghargaan tingkah
laku menggunakan jumlah yang sesuai, menghindarkan motif pengukuhan
dibahagikan dengan bebas dan mencegah token dari diperoleh secara
tidak adil.
 Token hendaklah dikurangkan atau ditambahkan secara berperingkat.

 Contohnya:Dalam suatu kelas, pelajar boleh mendapatkan 25 hingga 75


token pada hari pertama,sehingga mereka dengan cepat belajar nilai dari
token. Kemudian, para pelajar boleh mendapatkan 15 hingga 30 token
sehari. Secara berangsur-angsur token dikurangkan (pemudaran), pelajar
perlu belajar untuk berusaha untuk mendapatkan token yang diingini
dengan mandiri, tanpa pengaruh yang tidak wajar akibat penggunaan
token.
Kriteria pemilihan token.

I. Tangibel.

II.Mencukupi apabila diperlukan.

III.Praktis.

IV.Dalam bentuk yang boleh dihimpun.

V. Terhad kepada tingkah laku sasaran.

VI.Tidak mudah diperoleh di tempat lain.


6. MODELING
• Membawa maksud kita meniru daripada orang lain baik secara langsung
ataupun tidak langsung.

• Kanak-kanak akan cuba menjalani proses modeling ini dengan meniru ibu
bapa, guru, iklan pada media, dan sebagainya dari segi gaya becakap,
gaya berpakaian, gaya makan, gaya makan dan sebagainya.
a) Modeling Sekatlakuan.
 Misalnya, kanak-kanak telah meniru orang ramai bersorak ketika di
padang sewaktu perlawanan bola sepak apabila pasukan yang menang. Ini
memeberi peluang kanak-kanak tadi belajar bahawa tingkah laku
bersorak ini tidak boleh dilakukan dalam bilik darjah kerana jika
dilakukan akan didenda atau dihukum oleh guru.
 Dengan berpandukan contoh di ini, kita boleh memikirkan contoh-contoh
lain yang telah kita pelajari dan sesuai dilakukan dalam keadaan-keadaan
lain. Oleh itu, kita menyekat tingkah laku yang tidak sesuai daripada
berlaku.
b) Modeling Tak Sekatlakuan.
 Membawa maksud proses diatas diterbalikan.

 Kalau dahulu kita telah belajar bagaimana bersorak dan telah belajar untuk
tidak bersorak dalam kelas tetapi kini apa yang dipelajari itu dilakukan
walaupun keadaan tidak sesuai atau tidak mengizinkan, jika kita dapati ada
orang lain bersorak dalam kelas tanpa dikenakan sebarang denda atau dera.

Proses Elisitasi
 Proses ini lebih kurang sama dengan Proses Taksekatlakuan.

 proses elisitasi merujuk kepada seseorang turut melakukan apa yang


dilakukan oleh orang lain jika dia sudahpun mengetahui bagaimana
melakukan gerak balas yang dilakukan oleh orang lain itu.
• Sebagai contoh, bila seseorang memasak mi kita juga tahu cara memasak
mi setelah kita melihat orang itu memasak mi dan kita turut memasak
mi. Dalam situasi ini, kita juga meniru memasak mi. Keinginan untuk
memasak mi itu timbul lantaran melihat gerak balas yang dilakukan orang
lain. Jika tidak ada orang lain yang memasak mi itu kita juga tidak akan
terasa untu memasak mi kerana tiada keinginan untuk berbuat demikian.
TEKNIK MENGURANGKAN
TINGKAH LAKU
NEGATIF.
1) PENGHAPUSAN
 Memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada terus melakukan
tingkah laku negative secara beransur2 dengan menggantikan dengan
tingkah laku baru yang positif.
• Cara melaksanakan kaedah-pengukuhan yang selama ini diberi kepada
tingkah laku berkenaan ditarik balik.
• Kaedah dendaan boleh digunakan.
2) TIME OUT
 Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan atau mengeluarkan
murid daripada aktiviti kumpulan.
 Time out merupakan teknik di mana guru akan meletakkan murid yang
menimbulkan masalah disipilin di kerusi atau sudut yang berlainan.
(Ee Ah Meng, 1997)
 Jangka masa efektf adalah disesuaikan dengan umur kanak-kanak.

 Misalnya, bagi kanak-kanak di usia 3 tahun adalah 3 minit. Bagi


kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas, 10 minit sudah memadai.
 Setelah selesai hukuman, kanak-kanak hendaklah diterangkan tentang
kesalahan yang telah dilakukan dan mengapa dia dihukum.
 Pemisahan dilakukan untuk menenangkan keadaan kelas dan juga si
pelaku agar menenangkan diri.
 Majalah Pa & Ma (Ogos,2003), telah menyenaraikan panduan yang boleh
diaplikasikan dalam situasi tertentu.

I. Gunakan bilik air, atau tempat sunyi sebagai tempat time –out.

II. Gunakan perakam masa dan loceng. Perakam masa akan alihkan
anak/murid daripada anda kepada bunyi yang menenangkan. Ia akan
membantu ibu bapa/guru terlupa akan time-out itu sedang berjalan.

III.Benarkan anak/murid jadikan time-out sebagai pengalaman berfikir.

IV.Jarak masa adalah bergantung kepada setiap kanak-kanak.

3) KEJEMUAN / SATIATION.
 Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya
dan berhenti sendiri
4) HUKUMAN/ PUNISHMENT.
 Denda ialah tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan
sesuatu tingkah laku negatif.
 menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh murid yang melanggar
peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan berpatutan.
 Menurut Skinner denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang
singkat sahaja. Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula.
 Dilakukan dengan cara yang baik dan tidak menderakan atau mencederakan
individu. Contoh : kelas tahanan(balik lambat), ambil semula token yang
diberi, dendaan fizikal yang ringan(berdiri).
 Sekiranya murid didenda kerana kelemahan dirinya dalam akademik
mungkin akan menyebabkan hilang minat murid teerhadap bidang tersebut.
5) DISENSITISASI/ DISSENSITIZATION.
 Tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa takut, rasa
gugup, rasa tidak yakin yang berlebihan, rasa terlalu malu.
 Systematic desensitization.
• Digunakan bagi menghapuskan masalah kebimbangan dan ketakutan.
• Pesakit dibimbing mengatasi ketakutan atau kebimbangan kepada
perkara-perkara yang kecil dahulu sebelum menguruskan yang lebih
besar.
6) PEMBETULAN MELAMPAU/ OVERCORRECTION

 Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki keadaan, kesalahan yang

dilakukan melebihi keadaan sebelumnya.

 Contoh 1 : Sekiranya seorang pelajar membuat kesalahan tulisan berulang

kali,cara membetulkannya ialah mengarahkan pelajar tersebut membuat

pembetulan kesalahan tulisannya berulang kali.

 Contoh 2 : Seorang pelajar yang selalu menumpahkan makanan di atas lantai

dirah mengelap bukan sahaja bahagian lantai yang ditumpahi makanan atau

minuman, tetapi di minta mengelap keseluruhan lantai itu.

7) RESPONSE COST.

 Suatu bentuk penarikan, peneguhan atau ganjaran secara sistematik terhadap

sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.


PENGURUSAN TINGKAH
LAKU BERDASAKAN
MODEL
PENDEKATAN TINGKAH
LAKU
• Terapi behaviourisme.
• Menggunakan prinsip pembelajaran
bagi menghapuskan atau
mengurangkan tingkah laku salah
adaptasi.
• Fokus diberikan pada menukar TL
yang boleh dilihat.
• Kaedah asas berkait dengan
pelaziman klasik atau pelaziman
operan.
• Pelaziman klasik- systematic
desensitization, terapi elakkan
(aversion therapy)
• Pelaziman operan-extinction
Systematic
desensitization
• Digunakan bagi menghapuskan
masalah kebimbangan dan ketakutan.
• Pesakit dibimbing mengatasi
ketakutan atau kebimbangan kepada
perkara-perkara yang kecil dahulu
sebelum menguruskan yang lebih
besar.
Terapi elakkan (aversion
therapy)

• Melibatkan TL yang perlu diubah


ataupun rangsangannya dikaitkan
dengan sesuatu yang tidak disukai
contohnya kejutan elektrik, kata-
kata kesat dan benda yang
meloyakan.
EXTINCTION
• Digunakan bagi mengurangkan atau
menghapuskanTL yang tidak diingini.
• Cara melaksanakan kaedah-
pengukuhan yang selama ini diberi
kepada tingkah laku berkenaan
ditarik balik.
• Kaedah dendaan boleh digunakan.
BIBLIOGRAFI
 http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/08/18/pengurusan-tingkah-laku-part-3/
 http://eko13.wordpress.com/2008/05/18/ekonomi-token-tips-mendidik-anak-kreatif/
 http://www.scribd.com/doc/15741748/Strategi-Prosedur-Pen-Gurus-An-Tingkahlaku
 http://www.scribd.com/doc/3991270/IP-tingkah-laku-teknik-modifikasi
 http://www.scribd.com/doc/17805545/Definisi-Masalah-Tingkah-Laku
 K. Daniel O’Leary and Susan G.O’Leary (1972). Classroom management the
successful use of behavior modification.
 Garry Martin, Joseph Pear(1992). Behavior modification what it is and how to do it.

You might also like