Professional Documents
Culture Documents
G76232
1
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting. Melalui bahasa kita dapat
berkomunikasi antara satu sama lain. Melalui bahasa juga kita dapat melahirkan buah fikiran
dan pendapat. Walaupun terdapat sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa tanpa bahasa
manusia juga dapat berkomunikasi misalnya dengan menggunakan isyarat tetapi didapati
bahawa penglahiran fikiran dengan cara ini adalah terbatas. Tanpa bahasa manusia tidak dapat
memberi nama kepada apa yang dipersepsikannya. Akibat daripada keadaan ini manusia akan
menghadapi kesukaran dalam memberi makna kepada alam sekelilingnya.
Bangsa Melayu contohnya, sejak zaman berzaman terkenal dengan budi bahasa.
Sehinggakan pernah dinukilkan oleh Sasterawan Negara Usman Awang (1988) dalam puisi
beliau, yang dirakamkan pula oleh penyair Lim Swee Tin dalam kertas kerja beliau semasa
seminar di Melaka suatu ketika dulu, yang antara lain mengungkapkan: ‘Melayu itu
maknanya bijaksana; jika menipu pun bersopan; kurang ajarnya tetap santun; dajalnya cukup
selamba; budi bahasa jangan dikira; beraninya cukup benar; tunduk bila bersalah; lembutnya
cukup jantan; berkelahi cara Melayu; menikam dengan pantun; menyanggah dengan senyum;
marahnya dalam tertawa; merendah bukan menyembah; meninggi bukan melonjak.
2
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
Begitulah unik dan istimewanya bangsa Melayu kendatipun ketika bertarung, mereka
masih boleh berpantun walaupun dalam bentuk yang sungguh sinikal. Perlu diingat juga
bahawa di sebalik tutur kata yang manis dan sopan serta budi bahasa yang lemah lembut,
orang Melayu sangat mementingkan harga diri. Walaupun perahu sedang belayar; dilanda
ombak karam terbalik; walaupun Melayu terbilang sabar; apabila diinjak, pitamnya naik.
Maka, sebelum ‘pitam anak Melayu naik,’ maka sahutlah budi bahasa dengan adab dan
sopan-santun, dan bukan itu sahaja, ia perlu diterima dengan akal budi yang tinggi.
Jelasnya orang Melayu begitu kuat berpegang kepada sabda Rasulullah s.a.w, yang
bermaksud: ‘Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia
berbicara dengan baik atau diam.’ (hadis riwayat Bukhari)
Juga kepada sabda Baginda s.a.w dalam Musnad Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal,
yang bermaksud: ‘Sesungguhnya aku hanya diutus untuk menyempurnakan budi pekerti yang
luhur.’ Dan ini menunjukkan bahawa orang Melayu berpegang teguh kepada agamanya yang
sangat mementingkan budi bahasa sebagai antara elemen yang menyempurnakan Islam
seseorang selain dari aspek akidah dan syariah.
Gejala mungkar yang berlaku dalam masyarakat hari ini terutama di kalangan muda-
mudi seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, mencuri, malas, kurang ajar, biadap,
berbahasa kesat dan sebagainya adalah di antara bukti yang jelas terhadap perlunya peranan
yang mesti dimainkan oleh ibu bapa dan setiap anggota masyarakat. Ini mencerminkan
bahawa budaya budi bahasa yang menjadi amalan leluhur suatu ketika dulu telah mulai sirna
dan diabaikan.
Gejala-gejala seperti biadap, tidak menghormati orang tua, tidak bersopan santun,
tidak berbudi bahasa, kerapuhan pegangan agama, kekosongan jiwa, kekurangan daya tenaga
dan pemikiran di kalangan muda-mudi, krisis rumah tangga, perilaku anak-anak yang liar,
3
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
tidak ada pegangan hidup, tidak menghormati guru, lebih suka kepada kebebasan mutlak dan
keseronokan serta hanyut dalam arus pengaruh kebudayaan asing yang lebih banyak
merosakkan jiwa dan sebagainya adalah akibat daripada kelonggaran disiplin dalam sistem
kekeluargaan dan hilangnya budaya berbudi bahasa yang harus menjadi amalan hidup.
Sehubungan dengan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohammad telah memberi penekanan penting mengenai perkara ini dengan
menegaskan bahawa di antara cabaran-cabaran yang mesti diatasi bagi menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang benar-benar maju ialah membentuk sebuah masyarakat berbudi
dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat
daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara mahupun individu
tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
Sebagai masyarakat timur, amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni bukan suatu
perkara baru. Malah kita telah diasuh sejak dari kecil lagi supaya sentiasa bersopan santun dan
berbudi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian. Hormat orang tua, memberi salam
sebagai pembuka kata, membantu orang yang memerlukan pertolongan, ucapan terima kasih
atau maaf di mana perlu, merendah diri dan berbagai-bagai lagi, merupakan nasihat yang
tidak asing bagi kita.
Amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni merupakan warisan bangsa dan setiap
institusi keluarga bertanggungjawab mendidik setiap ahli keluarganya mengenai perkara-
perkara asas budi bahasa dan nilai-nilai murni, seperti cara bertutur yang sopan, saling
bertegur sapa, jujur, amanah, bersih, berdisiplin, bersyukur dan sebagainya, agar menjadi
manusia yang berperibadi mulia dan berakhlak indah.
Tanpa kita sedari, kehidupan cara moden disertai dengan cabaran globalisasi dan dunia
tanpa sempadan, telah sedikit sebanyak menghakis budaya tradisi yang bersopan santun,
bertata susila dan hormat menghormati yang telah diamalkan turun-temurun. Sikap tolong-
menolong, bantu-membantu dan semangat gotong-royong yang menjadi kekuatan dan
kebanggaan masyarakat kita pada suatu ketika dahulu, telah mula goyah. Sebagai rakyat
Malaysia, kita harus prihatin mengenai perkembangan yang kurang sihat ini dan wajar
membendungnya sebelum menjadi lebih buruk.
4
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
Hakikatnya, dalam mengharungi arus kemajuan yang begitu deras pada era alaf baru
ini, ramai tergelincir dan kecundang. Budi bahasa semakin hari semakin luntur. Kesopanan
dan sikap hormat-menghormati antara satu sama yang lain juga hampir lenyap. Hari ini, kita
jarang-jarang dapat melihat warga tua dipimpin oleh anak-anak muda untuk melintas jalan.
Kita juga sudah ketandusan budaya sapa-menyapa, kurangnya rasa hormat-menghormati,
tidak menghargai harta benda awam dan tidak mengutamakan kepada kebersihan. Keadaaan
ini jika dibiarkan, lama-kelamaan akan merosakkan tamadun dan mencemarkan budaya
bangsa yang kaya dengan budi pekerti serta nilai-nilai murni yang tinggi.
Dalam zaman yang serba moden ini, kita disarankan supaya meraih kejayaan dalam apa juga
bidang yang diceburi tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dan budi bahasa. Kita harus
menjadi warga negara atau individu yang berhemah tinggi dan berketrampilan yang boleh
menjadi role model untuk dijadikan contoh. Sebagai kakitangan kerajaan contohnya, berbudi
bahasa ini amat penting dalam Perkhidmatan Awam memandangkan anggota Perkhidmatan
Awam merupakan tonggak pentadbiran negara.
Sebagai contoh, Hamka adalah putera besar Alam Melayu yang tampil pada saat umat
mengalami kegawatan menangani pelbagai persoalan berat yang diakibatkan oleh penjajahan
dan proses pembaratan. Sebagai ilmuwan, pemikir Hamka memberikan perhatian yang serius
terhadap isu kemelayuan dan keislaman dalam konteks permasalahan tersebut.
Menyelami jiwa dan minda Hamka menerusi karya-karya tulisannya, kita dapat
menemukan kesegaran roh keislamannya dan kekentalan semangat kemelayuannya. Kedua-
dua unsur tersebut menyatu secara harmonis membentuk wataknya. Dengan ungkapan lain,
Melayu Hamka adalah kemelayuan yang telah menyerap roh keislaman sepenuhnya.
Sebagai seorang Melayu, Hamka mencintai seluruh bumi Melayu tanpa membezakan
antara yang bernama Sumatera atau yang bernama Tanah Melayu.
5
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
Demikian mendalamnya cinta Hamka terhadap umat dan bumi Melayu sehingga
ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, beliau ikut menyambutnya
dengan penuh rasa terharu.
Untuk memahami kepeloporan Hamka dalam perjuangan Melayu, kita perlu pula
memahami definisinya tentang orang Melayu, Hamka tidak menanggapi Melayu dalam
pengertian sempit etnik yang dicirikan oleh darah dan daerah. Menurutnya, sudah tidak ada
lagi orang yang benar-benar berdarah Melayu murni. Untuk mendefinisikan Melayu, beliau
mengambil kriteria yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w ketika mendefinisikan Arab iaitu
siapa sahaja yang berbahasa Arab. Demikian pulalah Hamka mentakrifkan Melayu, iaitu
setiap orang yang berbahasa Melayu - berfikir, merasa, menangis dan ketawa, tidur dan
bangun dalam bahasa Melayu. Pentakrifan bangsa berasaskan bahasa bertepatan pula dengan
pepatah Melayu ``bahasa menunjukkan bangsa''. Memang bahasa adalah cerminan jiwa dan
pancaran budi. Kerana itu terdapat pula ungkapan ``bahasa jiwa bangsa'' di samping rangkaian
kata ``budi bahasa''.
Selain mencirikan bangsa, bahasa Melayu juga memainkan peranan utama sebagai
pemersatu rumpun Melayu yang terpisah-pisah dalam ribuan pulau dan ratusan dialek bahasa.
Bahasa yang mampu menjadi wahana perpaduan itu menurut Hamka harus bahasa
yang murni, iaitu bahasa Melayu yang tidak terlalu banyak menyerap kalimat-kalimat Jawa,
Sanskrit atau yang selainnya. Meskipun namanya sudah menjadi bahasa Indonesia, tetapi pada
hakikatnya ia adalah bahasa Melayu.
Sementara itu berlaku pula proses peminggiran tulisan jawi akibat himpitan tulisan
rumi. Ini terjadi di Indonesia dan kemudian diikuti oleh Malaysia. Penggantian jawi dengan
rumi adalah sebahagian daripada proses pembaratan dan pendangkalan Islam yang tentu
sahaja didalangi oleh penjajah. Dalam konteks Malaysia ini dilakukan menerusi strategi
6
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
pemberian citra yang segar kepada tulisan rumi sebagai lambang kecerdasan, dan citra
sebaliknya untuk tulisan jawi.
Selain bahasa, ciri kemelayuan yang lebih penting lagi ialah Islam. Hamka menyedari
adanya kelompok rumpun Melayu yang tidak beragama Islam, namun beliau tetap melihat
bahawa nama Melayu memang tidak dapat dipisahkan daripada Islam berasaskan hakikat
bahawa kebanyakan orang Melayu adalah Muslim. Keislaman umat Melayu Muslim itulah
yang selamanya menjadi tumpuan perhatian dan keprihatinan Hamka. Baginya, Islamlah yang
menjadi teras kekuatan mereka dan sekali gus menjadi faktor pemersatu yang mendasari
semangat kebangsaan.
Antara yang diberikan perhatian oleh Hamka ialah masalah jiwa hamba dan pemikiran
anak jajahan. Kerana itu dalam menghargai kemerdekaan tanah air, beliau memperingatkan
kemerdekaan yang lebih asasi iaitu kemerdekaan jiwa. Kemerdekaan jiwa yang beliau
maksudkan ialah kekuatan iman dan budi. Kerana itu kemerdekaan negara harus
dimanfaatkan sebagai wahana mengangkat martabat umat.
Dalam rangka memperkasa umat dan membina jiwa merdeka itulah Hamka melihat
Islam (ajaran tauhid) sebagai ``sumber tenaga kemerdekaan jiwa yang sebenarnya.''
Bagaimanapun, ada kekesalan yang disuarakan oleh Hamka apabila beliau menyatakan,
``Cuma sayang, kerana kesedaran di dalam menegakkan agamanya tidak tegas dan jelas,
kaum Muslimin yang gagah berani itu kebanyakan hanya dipergunakan tenaganya guna
membina kekuasaan orang lain. Setelah orang lain berkuasa, kaum Muslimin itu disingkirkan
dan dilarang keras atau dihambat-hambat agar jangan sampai menuntut haknya yang suci''
(Hamka, 1971;205).
Hamka tidak cuma mengajak umat memerdekakan jiwa, tetapi beliau sendiri dilihat
sebagai contoh watak manusia berjiwa merdeka. Pemikirannya yang kritis adalah manifestasi
kemerdekaan jiwanya. Demikian juga sikap dan tindakan-tindakannya dalam pelbagai
peristiwa. Sebagai eksponen faham pembaharuan, beliau memperlihatkan simpati dan
dukungan terhadap ``Kaum Muda'', tetapi setelah menyaksikan perpecahan umat yang
7
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
diakibatkan oleh konflik ``kaum Tua-kaum Muda'' itu beliau menyatakan ketidaksenangannya
terhadap konflik seperti itu.
Sementara itu dapat pula dikesan rasa jijik dan mualnya apabila (sekitar pertengahan
tahun-tahun 1960-an) beliau menyaksikan fenomena pengkhianatan kaum intelektual kerana
merebut kepentingan peribadi. Fenomena ini diungkapkannya dengan kata-kata, ``Ada yang
mengungkapkan dengan kata-kata yang lebih kasar, yaitu `kaum intelek yang melacurkan
diri'' mengkhianati ilmu pengetahuan, lalu menjadi `badut-badut' yang setia, mengilmiahkan
kebohongan.'' (Hamka, 1971: 244-246)
8
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
Muslim dan seorang Melayu yang sepanjang hayatnya berjuang demi memartabatkan umat
yang serumpun seagama, serantau sebudaya. Cinta dan kebaktiannya tidak pernah mengenal
persempadanan, baik politik mahupun geografi.
Selain itu, sastera dalam semua genre sejak era Plato hingga kepada pengkritik
Anthony Giddens adalah kekuatan keilmuan sesebuah bangsa. Ia sentiasa berkembang untuk
mengisi seluruh pemikiran masyarakatnya. Karya-karya sastera termasuk puisi dalam konteks
kotemporari berkembang sejajar dengan penemuan kerangka ilmu-ilmu sosial ataupun
kebudayaan. Gagasan daripada aktiviti-aktiviti kesusasteraan kotemporari turut
mempengaruhi produksi gagasan-gagasan dalam pemikiran para ilmuwan. Aspek stilistik
dalam sastera untuk menemukan format ideal persembahan karya.
Jean Baudrillard, salah seorang pemikir pascamoden paling provokatif pada dasarnya
mewarisi idea-idea serta pandangan penulis Argentina, Jorge Luis Borges. Pengaruh karya
Luis Borges, The Garden of Forking Path (1941) terhadap Baudrillard sangat ketara.
Kesimpulan yang paling mudah, sastera sentiasa berkembang dengan mewarisi ‘penemuan’
generasi sebelumnya sebagai asas penulisan atau setidak-tidaknya rujukan.
Pengaruh besar Luis Borges tersebut menjadi landasan kepada penghasilan karya
Bondrillard, Simulacra and Simulation (1981). Begitu juga dalam konteks sastera Melayu.
Genre puisi misalnya merupakan sebuah warisan teras hati budi masyarakat Melayu yang
penuh kesantunan dan nilai-nilai luhur. Pengaruh daripada puisi tradisional seperti nazam,
seloka, syair dan gurindam menggabungkan antara estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai
budi serta kesantunan orang Melayu.
Pengertian paling mudah ialah budi mewakili tempat perasaan, kesedaran, keyakinan
dan dorongan manakala budi pula ialah akal atau daya fikir yang memahami untuk memahami
sesuatu. Sesuatu yang kongkrit atau abstrak, yang praktikal ataupun teoritikal. Menurut
Pensyarah Sastera, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Prof. Dr. Hashim Musa, puisi-
puisi Melayu lama merupakan contoh terbaik tentang akar budi Melayu yang tersembunyi di
sebalik ketinggian bahasa.
Puisi-puisi Melayu lama dengan jelas menyatakan komponen teras hati budi Melayu
sebagai paksi dan panduan perlakuan kepada anggota masyarakat demi menjaga kerukunan,
9
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
“Puisi Melayu lama yang diolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata yang
memikat hati budi sehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan khazanah warisan
Melayu sejak zaman berzaman dalam bentuk sastera lisan seperti pepatah, pantun, gurindam
dan peribahasa.
“Penciptaannya oleh golongan bijak pandai Melayu secara anonimus, kolektif dan akumulatif
dalam deretan perjalanan sejarah dan perkembangan masyarakat itu,” katanya ketika
membentangkan kertas kerja pada seminar Antarabangsa Psikolinguistik di Putrajaya, baru-
baru ini.
Beliau berpendapat, ketinggian akal budi Melayu pada dasarnya tidak dapat
dipisahkan daripada dimensi alam, budaya, pengalaman-pengalaman praktikal dan ilmu
warisan turun-temurun nenek moyang mereka. Ketinggian nilai cerapan terhadap unsur-unsur
tersebut membolehkan karya-karya sastera Melayu tradisional mempunyai falsafah serta
keupayaan akal budi yang memukau. Sarjana-sarjana Melayu membahagikan 26 teras
ketinggian akal budi Melayu berdasarkan pantun, simpulan bahasa, gurindam, syair, seloka
dan nazam.
Hashim berkata, antara dapatan kajian tersebut ialah hidup berteraskan agama Islam,
pendidikan demi membentuk manusia yang berilmu, beradab, berbudi dan bertakwa serta taat
kepada ibu bapa. Unsur lain yang turut ditekankan ialah setia kepada ketua yang adil, halus
berbudi bahasa, sentiasa bermufakat, tolong menolong dan mengutamakan kebajikan umum.
10
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
epistemologi, pandangan alam semester (worldview) dan komponen nilai serta akhlak atau
faham nilai,”tambahnya.
Aspek komponen nilai, moral, etika dan akhlak pula berkaitan erat dengan
pandangan orang Melayu tentang apa yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi
dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan. Nilai-nilai serta makna moral tersebut dikaitkan
dengan Islam yang mula menjadi inti utama kekuatan peradaban di Nusantara sejak abad ke-
12. Kemurnian nilai, moral, etika dan akhlak yang dibawa oleh Islam tersebut memberi
pengaruh yang sangat besar kepada keududkan akal dan budi Melayu hingga ke hari ini. Ia
sekali gus mempengaruhi bentuk-bentuk, isi, tema dan cara penyampaian genre-genre
kesenian tradisional Melayu yang digabungkan dengan pemahaman lengkap tentang unsur
alam dan warisan.
11
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
Namun, puisi-puisi Melayu lama sebaliknya melontarkan suatu imej pendidikan dan
pembinaan manusia dan kemanusiaan yang berasaskan Islam melalui epistemologi melalui
pintu-pintu puitik. Di taman puisi itu, tumbuh berbatang dan bertangkai gaya. Semuanya
berpadu secara harmoni. Tidak ada kontradiksi yang atau bahkan dieksploitasi secara
hagemoni antara pengarang dan masyarakatnya. Memang diakui, fobia dan ketakutan
kontradiksi telah berabad-abad menghantui dalam pemikiran rasional bangsa-bangsa Barat
mulai daripada Aristoteles sampai Anthony Giddens. Ini kerana kebudayaan mereka dibangun
dalam proses rasional tersebut yang akhirnya membuahkan puisi-puisi kolonialisme yang
menyokong penjajahan terhadap bangsa Timur.
Untuk menjelaskan bahasa Melayu sebagai cerminan minda dan kehidupan orang
Melayu ini juga, kita lihat dua karya agung Melayu yang menggunakan ‘metafora besar’ atau
‘grand metafora’ untuk menyatakan konsep atau pandangan sosio-budaya-politik Melayu
tentang negara Melayu dan citra atau imej Melayu sebagai bangsa yang megah dan bebas
adalah Sulalat al-Salatin (SAS) atau ‘Sejarah Melayu’ dan Hikayat Hang Tuah HHT). Dalam
kedua-dua karya ini kita ditayangi suatu gambaran yang besar tentang orang Melayu dan
bangsa Melayu: tentang asal usul raja Melayu, tentang kebesaran raja dan kerajaan Melayu,
tentang kelakuan sosial dan moral Melayu, tentang senda gurau Melayu, tentang jenaka
Melayu, tentang adat resam Melayu dan istiadat raja Melayu, tentang diplomasi Melayu,
tentang fitnah dan maksiat Melayu, tentang raja yang baik dan raja yang jahat dan akibatnya,
tentang citra atau imej Melayu sebagai bangsa yang bangga bangsa, yang mencintai
kebebasan, tentang ketaatan Melayu terhadap negara dan kerajaannya, tentang Melayu yang
menderhaka kepada raja yang tidak adil atau zalim, dan banyak lagi kisah budaya, sosial dan
moral Melayu, adat Melayu dan adat bernegeri, semuanya diceritakan, dihuraikan,
didramatikkan, ditakrif, dalam sebuah atau dua buah karya besar ini.
12
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
HHT dapat dianggap sebagai sambungan atau karya ‘sequel’ dari SAS tetapi
pengarang HHT seolah-olah, secara tersirat, mengkritik pengarang SAS kerana mengakhiri
ceritanya dengan ‘nada sedih’, menceritakan peristiwa sejarah kejatuhan kerajaan Melayu
Melaka di tangan kuasa asing, bangsa Portugis, menceritakan bagaimana sultan Melaka yang
terakhir terpaksa lari masuk hutan meminta-minta makanan dari penduduk desa. Pengarang
HHT cuba menghidupkan semula keagungan bangsa dan negara Melayu untuk meninggalkan
mesej bahawa ‘Melayu tidak akan hilang di dunia’ – dia tidak mengeluarkan kata-kata ini
tetapi itulah visinya. Bagaimanakah dia membina visi ini? Dia melakukannya melalui dua
cara yang luar biasa: Pertama, dengan tidak mematikan raja, bendahara, temenggung dan
laksamana di akhir hikayat, dan kedua melalui watak utamanya, Hang Tuah sebagai lambang
citra atau imej Melayu yang unggul.
Kita tahu bahawa dalam SAS, semua raja Melaka mati, bendahara pun mati
(Bendahara Tun mati dibunuh atas perintah Sultan yang jahat), dan Laksamana Hang Tuah
pun mati. ‘Fakta sejarah’ ini berubah dalam HHT, digantikan dengan mesej budaya ciptaan
akal Melayu yang tidak diikat oleh ‘disiplin sejarah’ atau disiplin ilmu yang dikatakan
bercorak ‘rasional’. Raja Melaka tidak disebut namanya; hanya disebut gelarannya, iaitu Duli
Yang Dipertuan atau Duli Syah Alam, sampai akhir hikayat. Raja ini tidak dimatikan.
Bendahara cuma disebut gelaran rasminya, iaitu Bendahara Paduka Raja, dia juga tidak
dimatikan; Temenggung dan Hang Tuah juga tidak mati. Keempat-empat orang yang
membina negara Melaka ini akhirnya ‘...berkhalwat di atas bukit Tanjung Jugara itu tiada
tersebut lagi, entah mati entah ghaib, tiadalah siapa-siapa yang mengetahuinya ia,
melainkan Allah wa ta’ala yang mengetahuinya; khabarnya pun tiada pada segala
makhluk...’.
Mesej pengarang adalah, yang tidak mati dan akan kekal sepanjang zaman sebenarnya
adalah empat institusi negara Melayu, iaitu institusi raja yang diwakili oleh Duli Yang
Dipertuan sebagai lambang kedaulatan negara (sama dengan institusi Yang Dipertuan Agung
Malaysia yang diwujudkan selepas tahun 1957), institusi ‘pentadbiran awam’ yang diwakili
oleh Bendahara (sama seperti ketua eksekutif kerajaan hari ini, misalnya Perdana Menteri),
institusi keselamatan dalam negeri (institusi kepolisian dll.) yang diwakili oleh Temenggung
(sebagai ‘menteri keselamatan dalam negeri’) dan institusi pertahanan negara yang diwakili
oleh Laksamana (semacam ‘menteri pertahanan’). Apakah pengarang HHT mencipta
13
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
dongeng? Apakah dia pembohong? Tidak. Dia mencipta suatu visi tentang kebesaran dan
kesinambungan bangsa Melayu dan negara atau kerajaannya. Pada akhir hikayat dia
menyebut tiga peristiwa, dua daripadanya bersifat simbolik dan yang satu lagi bercorak
sejarah. Peristiwa pertama, Hang Tuah dan pasukannya berperang di lautan atau dekat
pelabuhan Cina, mengalahkan pasukan Portugis. Di perairan Melaka juga dia berperang
dengan orang Portugis sehingga dia terpelanting terkena bedilan peluru Portugis, tetapi dia
tidak mati. Kita boleh mentafsir episod ini sebagai mesej bahawa kehulubalangan Melayu
sebagai ‘alat’ atau institusi negara Melayu tidak musnah selepas Melaka ditawan oleh kuasa
asing. Peristiwa kedua, dia mencipta episod simbolik tentang ‘kejatuhan’ kerajaan Melaka
apabila mahkota raja Melaka disambar buaya putih di perairan Melaka. Peristiwa ketiga ialah
peristiwa sejarah: dia menceritakan bagaimana askar Wolanda (Belanda), dengan bantuan
askar-askar Johor, menyerang Melaka dan mengalahkan Portugis. Dia memperlihatkan
keberanian para pendekar Melayu Johor melompat ke dalam kubu pertahanan Portugis dan
memarang semua askar Portugis di situ. Tujuannya adalah untuk menunjukkan bahawa kuasa
Melayu tidak musnah selepas Melaka. Kerajaan Melayu bersambung di Johor sebagai pewaris
Melaka. Dia berkata ‘Maka keturunan Melaka itulah jatuh kepada orang Johor datang
sekarang ini.
Dalam Hikayat Hang Tuah pula, akal Melayu mahu mengenal atau memperkenalkan
dirinya dan diri bangsanya sebagai bangsa yang beradab, bermoral tinggi, tidak melakukan
rasuah, tidak mengkhianati bangsa dan negaranya tetapi bangsa dan taat kepada negerinya,
bangsa yang mencintai ilmu, berani kerana benar, mencintai kebebasan dan sebagainya.
Inilah imej Melayu yang cuba dibentuk oleh pengarang HHT melalui wataknya, Hang Tuah,
sebagai modelnya atau tipe unggulnya. Dalam HHT dia digambarkan berasal dari keturunan
keluarga miskin, tetapi kerana sifat tahu bahasanya (yakni, tahu adat), sudah khatam Quran,
dan berani, dia menarik perhatian bendahara Melaka, lalu Hang Tuah dipanggil berkhidmat
dengan raja Melaka. Sifat yang ditonjolkan pada watak ini ialah sifat megah atau bangganya
terhadap bangsa dan negeri atau kerajaannya, sifat keberaniannya, kejujurannya,
kebijaksanaannya, beradat, bermoral tinggi, misalnya, dia tidak mementingkan harta dan
kekayaan, dan tidak mengamalkan rasuah, tidak minum arak. Selain ini, dia digambarkan
sebagai manusia yang mencintai ilmu; dia mengetahui 12 atau lebih bahasa – sama ada ini
benar atau tidak, soal empirikal ini tidak timbul, yang penting adalah mesejnya, iaitu untuk
menjadi bangsa Melayu yang dapat menjalankan tugas sebagai diplomat yang dihormati oleh
raja-raja asing, dia hendaklah mahir bertutur dalam bahasa kerajaan asing itu. Ke mana sahaja
14
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
Hang Tuah pergi – ke Majapahit, ke negeri China, ke benua India, ke Rum (Turki), ke Mesir,
Mekah dan Madinah – sebagai wakil raja atau kerajaan atau bangsa dan negaranya, dia
mempertahankan nama bangsanya apabila dicabar, mengharumkan nama bangsa dan
negaranya dengan kebolehannya bertutur kata dalam bahasa negeri yang dilawatinya dan
melalui kepintaran akalnya dan keberaniannya.
Dengan kata lain, watak Hang Tuah mewakili citra Melayu – ‘the Malay image’ – yang
unggul, yang terbaik, tidak yang terjahat dan buruk. Mesej pengarang HHT adalah: orang
Melayu seperti Hang Tuah itulah yang dapat mempertahankan maruah bangsa dan
negaranya, tidak orang yang mementingkan dirinya, mengamalkan rasuah, orang yang tidak
bangga terhadap bangsanya, tidak mencintai ilmu, tidak bijaksana dalam pemikiran dan
tindakan dan kelakuannya.
Kesimpulan yang dapat dilihat antara dua karya ini adalah pengarang HHT adalah
pemikir, seniman dan sasterawan Melayu yang ‘genius’. Dia bukan menulis hikayat ini
sebagai buku sejarah Melayu. Dia tentu menyedari bahawa sejarah tidak dapat merakamkan
rasa hati orang Melayu, membina citra Melayu, menangkap dan memahami ciri-ciri akal budi
Melayu. Hal Melayu ini baru akan diketahui dengan mendalam kalau didedahkan atau
‘dihidupkan’ melalui pantun, pepatah dan peribahasa, atau diceritakan dengan segala episod
dan dramanya dalam hikayat budaya Melayu. Dia mengarang hikayat itu sebagai seorang
‘visionary’ bangsa Melayu. Dia merakamkan dan mentafsirkan tamadun bangsanya melalui
cerita – cerita yang di dalamnya terkandung segala ilmu Melayu, pandangan hidup Melayu,
suka duka Melayu, psikologi Melayu, dan banyak lagi hal dan kisah Melayu yang tidak
diceritakan dalam buku sejarah.
Puisi-puisi lama seperti pantun juga menyumbang ke arah cerminan dan minda orang
Melayu. Pantun sebagai salah satu cabang kesusasteraan Melayu tradisional telah mendapat
tempat di kalangan masyarakat Melayu khususnya dan juga orang asing secara umumnya
sejak dari zaman silam hinggalah ke alaf ini. Justeru itu banyak kajian yang telah dilakukan
terhadap puisi Melayu lama ini. Maka banyak pulalah pendapat yang telah dikemukakan sama
ada berkisar tentang definisi, asal-usul, bentuk, fungsi dan sebagainya.
Pantun dikatakan sebagai hak asli bangsa Melayu yang menggambarkan akal budi
dan juga emosi orang Melayu, khususnya sebagai alat untuk menyatakan baik hajat,
pembayang niat, bunga istiadat, pembuka kata, mahupun penamat bicara melalui pemilihan
15
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
Pada masa dahulu, pantun mencerminkan gaya hidup masyarakat Melayu serta sebagai
lambang ketinggian minda masyarakatnya yang mempunyai kebolehan memahami dan
menyelami pengetahuan, perasaan, serta aliran perasaan. Sistem kekeluargaan yang terikat
erat dengan adat dan peraturan juga terpancar daripada rangkap-rangkap pantun yang dicipta
oleh masyarakat Melayu. Yang dapat dikatakan di sini ialah pantun sebagai khazanah warisan
akan terus memancarkan nilai keindahan dan seni budaya yang amat tinggi, khususnya untuk
warisan generasi akan datang.
Berbicara mengenai pantun dan kebijaksanaan akal budi Melayu, Profesor Diraja
Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Ungku Aziz dalam
syarahan yang disampaikan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 4 Disember 2009, melalui
tajuk “Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu”, menyatakan bahawa orang Melayu
mempunyai kebijaksanaan dalam memanipulasiakan setiap kata dan gaya hidup mereka
dalam pantun. Masyarakat Melayu pula merupakan masyarakat yang mempunyai daya fikir
yang amat tinggi. Mereka mencipta serta mendedahkan rasa melalui pantun-pantun yang
diciptanya.
Terdapat pelbagai pengertian pantun yang telah dikemukakan oleh beberapa pengkaji
terdahulu antaranya oleh Za’ba, Dr. Ghazali dan lain-lain. Menurut Za’ba “pantun itulah
kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul. Dari semenjak
tatkala orang Melayu belum tahu surat-menyurat dahulu pun mereka telah pandai berpantun
dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri”. Manakala menurut Dr. Ghazali Dunia “erti
pantun asalnya ialah umpama : sepantun maksudnya seumpama seperti dalam : sepantun
ayam kehilangan induk, kami sepantun balam, mata terlepas badan terkurung”. Kamus Dewan
pula menjelaskan pantun ialah sejenis puisi lama yang terdiri dari empat baris dalam tiap-tiap
rangkap.
16
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
Pantun merupakan pusaka bangsa Melayu yang asli yang tumbuh subur lama sebelum
orang Melayu tahu menulis dan membaca. Pantun adalah sangat terkenal dan paling banyak
digunakan dalam pelbagai acara oleh pelbagai lapisan masyarakat dari masyarakat bawahan
hinggalah kepada masyarakat atasan. Dari pondok hingga ke istana pantun menjadi
kebanggaan orang Melayu .
Begitulah mesranya pantun di dalam masyarakat. Hal ini berlaku kerana pantun telah
berlangsung sekian lama dan merupakan satu lanjutan dari tradisi lisan yang begitu gemilang
di zaman silam. Tradisi berpantun sememangnya telah tersebar luas di dalam masyarakat
Melayu tradisional. Begitu luasnya penggunaan pantun dalam masyarakat sehingga kita
berasa pantun telah membentuk sebahagian dari bahasa basahan seharian . Maka pantun dapat
dengan mudah di kategorikan mengikut penggunaan seperti kanak – kanak , dewasa dan
orang-orang tua yang secara langsung terpecah pula kepada kategori-kategori tertentu seperti
pantun usik-megusik , pengajaran , pendidikan dan lain –lain.
Justeru itu pantun sebagai khazanah sastera daripada tradisi lisan mempunyai peranan
sosio-budaya yang cukup besar dalam masyarakat Melayu. Dari hal-hal yang kecil hingga
kepada yang besar pantun ada peranannya. Dari perkara yang zahir kepada yang batin pantun
ada kedudukannya. Orang Melayu dan pantun umpama isi dan kuku yang diselimuti jaringan
halus falsafah orang Melayu yang mendalam lagi bijaksana. Dengan kata lain ia merupakan
warisan leluhur kita yang lahir dari daya kreatif berdasarkan pemikiran dan pengalaman orang
–orang tua .
Keindahan dan keaslian pantun itu terletak pada unsur bunyi dan unsur bahasanya.
Mencipta pantun tidak mudah seperti yang disangkakan. Bermula dengan pembayangnya
yang diambil dari unsur-unsur alam dan disudahi dengan maksudnya dengan pelbagai ragam.
Kemudian dikawal oleh rima , osonansi dan iramanya dan susunan kata-kata yang
17
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
mengandungi suku kata yang berjumlah antara 8 ke 12 sebaris yang membentuk satu pertalian
yang harmonis dan murni.
Keindahan dan keaslian pantun bukan sahaja terletak pada unsur bunyi dan bahasanya
sahaja bahkan juga terletak pada jiwanya iaitu jiwa kemelayuan yang tersirat dalam setiap
pantun, seperti yang dikatakan Za’ba (1965:164) pantun ialah cara karangan berangkap yang
betul-betul hak Melayu dari asal dan betul-betul mengandungi semangat Melayu. Hal ini juga
diperakui oleh Harun Mat Piah ( 1996: ) pantun adalah representasi manusia Melayu :
pemikiran, emosi dan sentimennya yang diserlahkan baik melalui satu kuplet, serangkap
mahupun keseluruhan repertoire pantun berkenaan. Sesungguhnya terlalu banyak dan
pelbagai gambaran yang diserlahkan melalui sebuah pantun, justeru itu secara keseluruhan
dapat dikatakan pantun adalah Melayu dari segi manusia dan dunianya maka ada pengkaji-
pengkaji pantun yang beranggapan bahawa untuk mendekati orang Melayu eloklah melalui
pantunnya.
Pantun adalah puisi orang Melayu yang asli dan paling menarik kerana
kemampuannya membawa makna yang besar yang konkrit dan yang abstrak. Ini dapat dilihat
menerusi aspek pemakaian lambang-lambang yang begitu ketara dan meluas di dalam pantun
Melayu. Hal ini diperakui oleh R.J Wilkinson dan R.O Winstedt yang mendapati kajian
mereka terhadap pantun Melayu, telah menunjukkan tentang penting dan luasnya pemakaian
lambang-lambang dalam bentuk puisi Melayu itu. Daripada keadaan itu mereka mengusulkan
bahawa pantun berkembang daripada bahasa lambang. (Wilkinson : 1907). (Wilkinson dan
Windstedt : 1961). Menurut Harun Mat Piah (1989 : 132) apa yang dimaksudkan dengan
lambang di sini tidak sahaja terhad kepada erti ‘simbol’ tetapi meliputi seluruh aspek figure of
speech atau bentuk-bentuk bahasa figuratif iaitu simile, metaphor, imagery, symbol dan apa
18
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
yang difahamkan dalam bahagian Melayu sebagai perbandingan, penyerupaan, kiasan, ibarat
dan peribahasa.
19
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
RUJUKAN :
1. Abdullah Hussain, 1966. Kamus Simpulan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
3. Noresah Baharom et. al., 1996. Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
4. Sangidu, Dr. (2008). Wahdatul Wujud: Polemik Pemikiran Sufistik Antara Hamzah
Fansuri dan Syamsuddin as-Samatrani dengan Nuruddin ar-Raniri. Jakarta: Gema
Media.
5. Petikan sebahagian kertas kerja Prof. Madya Datuk Dr. Siddiq Fadzil di Seminar
Pemikiran Hamka pada 28 April lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka.
INTERNET
20
SITI HAJAR BINTI SELAMAT
G76232
21