Professional Documents
Culture Documents
1. OBJEKTIF
(a) Menyemai semangat muhibbah dalam kalangan warga sekolah yang terdiri daripada
pelbagai etnik, budaya, bangsa dan agama.
(b) Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah.
(c) Mencungkil bakat terpendam dalam diri murid-murid melalui persembahan yang
diadakan.
(d) Menanam keyakinan dalam diri murid-murid untuk berdepan dengan khalayak ramai
(e) Mewujudkan persekitaran yang harmoni dan ceria dalam kawasan sekolah bagi
mencetuskan semangat untuk belajar.
2. SASARAN
4. ATURCARA MAJLIS
5. LAPORAN
1
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak 2010 peringkat sekolah telah dilaksanakan dengan
baik dan lancar seperti yang telah dirancang. Program ini telah mendapat kerjasama yang amat
baik daripada semua pihak seperti pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid
serta ibu bapa.
Majlis ini bermula pada jam 4.00 petang dan telah dipengerusikan oleh Puan Halimah
binti Ahmad. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mustafa bin
Ahmad dan diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu
Sekolah. Seterusnya, ucapan daripada Puan Azizah binti Md. Lajim selaku Penolong Kanan SK
Kelana Jaya 2 mewakili Puan Toh Chwee Gnoh, Guru Besar SK Kelana Jaya 2 yang tidak dapat
hadir kerana urusan kerja yang lain.
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak pada tahun ini telah diserikan dengan enam buah
persembahan daripada murid-murid sekolah ini. Persembahan yang pertama ialah choral
speaking bertajuk “A Visit To The Earth” yang diwakili oleh murid-murid Tahun Lima
Wawasan. Murid-murid ini telah dibimbing oleh Puan Siti Jamilah binti Yasin. Persembahan
kedua ialah sebuah lakonan daripada murid-murid Tahun Enam, Tahun Tiga dan Tahun Dua yang
bertajuk “Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Sebuah Bandaraya”. Mereka telah dibimbing
oleh Puan Rashidah binti Abdul Wahid, Cik Shuhailah binti Zainal Abidin dan Encik Mustafa bin
Ahmad.
Persembahan kelima ialah sebuah tarian zapin yang ditarikan oleh murid-murid Tahun
Lima dan Tahun Enam. Mereka telah dilatih oleh Cik Nora binti Zahidin, Encik Faris Irwan bin
Shafpii dan Puan Rosmawati binti Hassan. Persembahan pentomim bertajuk “Anak Derhaka”
oleh murid-murid Tahun Empat mengakhiri persembahan pada Hari Kanak-kanak pada tahun ini.
Mereka telah dibimbing oleh Puan Norsaadah binti Mhd. Othman, Puan Nazirah binti Awang,
Puan Suhana binti Mamat dan Puan Rafqah binti Bahazan.
2
2. Nur Farah Liyana binti Norhishamudin
3. Tunku Aifa binti Tunku Ata
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah sempena Bulan ICT 2010 kepada para
pemenang. Senarai nama pemenang adalah seperti berikut :
3
Tahun 2 Wawasan – Muhammad Ali bin Ismaizam
2) Pertandingan Menaip
Bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2010, kelas yang telah berjaya
merangkul Anugerah Kelas Paling Bersih dan Paling Ceria Tahun 2010 bagi Tahap Satu ialah
Tahun 3 Wawasan dan bagi Tahap Dua pula ialah Tahun 5 Wawasan.
6. LAPORAN KEWANGAN
Sila rujuk lampiran 2
4
8. PANDANGAN DAN PENILAIAN
Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak 2010 peringkat sekolah telah dilaksanakan dengan
lancar dan jayanya. Semua pihak yang terlibat iaitu pentadbir, guru-guru dan murid-murid telah
berusaha dan memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program ini. Tak lupa juga, kepada
ibu bapa yang turut membantu dengan memberi sokongan serta galakan kepada anak masing-masing.
Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang sebagai tanda penghargaan
kepada kanak-kanak.
........................................ ....................................
(NAZIRAH BINTI AWANG) (ADUNI BIN RAMALI)
Jawatankuasa Dokumentasi, Penyelaras,
Sambutan Hari kanak-kanak 2010, Sambutan hari Kanak-kanak 2010
SK Kelana Jaya 2. SK Kelana Jaya 2.
............................ ...........................
(RELA BINTI TAHIR) (TOH CHWEE GNOH)
Penolong Kanan HEM, Guru Besar,
SK Kelana Jaya 2. SK Kelana Jaya 2.