P. 1
PERANAN MATEMATIK

PERANAN MATEMATIK

|Views: 750|Likes:
Published by aqmah

More info:

Published by: aqmah on Jan 16, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/03/2013

pdf

text

original

PERANAN MATEMATIK

Perkataan Matematik dipinjam daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu "mathematics" yang berasal dari Yunani (máth ma), yang

bermaksud mempelajari, menimba, sains dan diperkenalkan

untuk menjurus

kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal bermaksud "bidang matematik", walaupun dalam zaman klasik. Matematik atau disebut juga sebagai µIlmu Hisab¶ boleh ditafsirkan sebagai suatu kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau lebih senang untuk difahami sebagai kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Bidang ilmu ini telah lama diketahui oleh umat manusia sejak zaman dahulu lagi dan terus berkembang dan digunakan sehingga masa kini dengan penemuan dan kajian yang dijalankan . Oleh itu, pada hari ini dapatlah dilihat bahawa bidang ilmu ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita mencakupi pelbagai aspek. Kehidupan seharian manusia berkait rapat dengan matematik sama ada secara langsung walaupun tidak secara langsung tanpa disedari. Di sekolah, mata pelajaran Matematik diajar kepada murid -murid daripada peringkat rendah sehingga peringkat menengah dan berterusan ke tahap yang lebih tinggi. Mereka diajar dari asas sebelum melangkah kepada lebih rumit dan kompleks yang melibatkan keupayaan pemikiran individu. Semua orang tahu asas nombor dalam Matematik iaitu 1 hingga 9 kemudian menjadi puluh, ratus, ribu dan seterusnya. Empat operasi kiraan melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi diajar kepada murid sebagai pengenalan apa itu Matematik. Selain itu, ilmu ini dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah dan urusan seharian manusia. Contohnya dalam urusan jual beli berlaku penggunaan Matematik. penjual dan pembeli perlu cara pengiraan yang betul untuk menjual dan membeli sesuatu. Nilai wang yang digunakan perlulah tepat supaya tidak berlaku salah faham. Masih banyak kegunaan matematik yang tidak kita rasakan secara langsung, mungkin kerana kita kurang peka terhadap peranan Matematik itu sendiri. Misalnya, ketika menunggu nyalaan lampu isyarat. Tidakkah pernah kita terfikir bagaimana pengiraan masa nyalaan lampu hijau, merah dan kuning bagi setiap laluan agar tidak berlaku kesesatan lalu lintas. Kita juga sering kali akan terfikir, seandainya kita dapat lampu merah, mengapa untuk lampu lalu lintas berikutnya juga mendapat

Ini diakui sendiri oleh ahli-ahli ekonomi. untuk membuat kek memerlukan kita tahu konsep sukatan. Ini perlu bagi mendapatkan kiraan sukatan yang betul seperti sukatan tepung mesti sesuai dengan bilangan telur yang akan digunakan. dan lengkukan yang dilukis. seseorang itu perlu celik matematik dan statistik.lampu merah. Oleh itu. Sama juga dengan garisan. Begitu juga jika mendapat lampu hijau. . Penghasilan lukisan seni visual juga ada yang menggunakan konsep geometri dalam matematik iaitu melukis cantuman bentuk-bentuk sekaligus menjadikan satu lukisan yang menarik. dapat dilihat bahawa matematik amat sinonim dalam bidang ekonomi. seorang pengurus sesuatu firma perlu tahu untuk menggunakan pendekatan matematik bagi merancang strategi firma yang bermatlamatkan keuntungan. Dalam hal masakan pula. kita turut akan mendapat lampu hijau pula pada lampu lalu lintas Tentu ini semua merupakan pengiraan yan g memerlukan Matematik. matematik digunakan dalam eksperimen yang dijalankan yang memerlukan pengorganisasian data-data dan penyediaan maklumat statistik pengukuran bagi mendapatkan keputusan yang tepat . Dalam sektor swasta pula. pengwujudan peluang pekerjaan. saham dan kewangan banyak berasaskan kepada model matematik. ilmu matematik ini sememangnya merentasi aspek ilmu pengetahuan yang lain dan saling melengkapi. harga output dan kuantiti input yang ditetapkan. Bagi memahami analisis ekonomi. Fungsi matematik seterusnya ialah bidang ini juga berkait dengan bidang ilmu yang lain. Penggunaan ilmu ini juga amat penting dalam bidang ekonomi. Jika kiraan sukatan tepat maka terhasillah aduan dan rasa kek yang diingini. Justeru. Ilmu ini turut diaplikasikan dalam bidang seperti Sains. Muzik dan lain-lain lagi. Bagi pengiraan kelajuan dan jarak sesuatu objek memerlukan pengiraan mengiku t formula yang betul seperti dalam hukum inersia dan hukum graviti. Dalam cabang sains. Malahan model struktur ekonomi boleh memberikan gambaran kasar mengenai potensi ekonomi untuk mencapai matlamat pembangunan jangka panjang seperti pertumbuhan pendapatan. Penggunaan matematik turut berlaku dalam penentuan kiraan hari dan bulan untuk kalendar. Peredaran dan putaran bumi dapat diketahui dengan menggunakan kaedah pengiraan yang betul yang dijalankan oleh pakar bidang kaji alam semesta atau astronomi. Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal. Seni. pengagihan pendapatan dan pembasmian kemiskinan. seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input.

kreatif. ilmu ini penting juga bagi menjadikan sesebuah bandar itu strategic dan teratur keadaannya.Di sektor pembinaan dan pembangunan pula . peranan matematik turut digunakan. Seiring dengan kemajuan yang dicapai terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) turut melibatkan pengunaan bidang matematik . . Kesimpulannya. Ukuran yang salah akan membawa kesan yang buruk kepada sesuatu pembinaan. ukuran untuk ruang yang diperluk an dalam satu-satu ruangan. peranan matematik sememangnya penting dalam kehidupan manusia. dan mampu menyelesaikan masalah. setiap individu perlu menguasai kemahiran dalam ilmu ini terutama bagi murid-murid yang mesti diajar konsep dan asas matematik dengan betul. contohnya. Semua pembinaan bangunan di dunia ini perlu akan pengiraan skala dan ukuran yang betul dalam pelan sebelum menghasilkannya. Para arkitek dan jurutera sememangnya adalah pakar dalam bidang ini. Ertinya matematik sebagai media melatih untuk berfikir kritis. Misalnya. Sebenarnya. dalam pembinaan sesuatu bangunan perlu untuk tahu ketinggian bangunan sesuai dengan struktur permukaan bumi. inovatif. bagi menghasilkan sesuatu perisian sistem ini perlu menggunakan nombor -nombor tertentu. Begitu juga dalam proses pemprograman data dan fail yang perlu. sedangkan bahasa sebagai media menyampaikan idea -idea atau gagasan serta yang ada dalam fikiran manusia. Oleh itu. Bandar yang terancang menyumbang kep ada penambahan penduduk dan memberi keselesaan kepada mereka. masih banyak lagi sumbangan matematik dalam perkembangan TMK yang merupakan dasar ilmu komputer. Matematik begitu biasa dengan pengiraan begitu juga dengan fungsi komputer ya ng boleh digunakan bagi mengira dan pada papan kekunci diletakkan angka 0 hingga 9 namun kini fungsi komputer telahpun banyak kegunaannya. Dalam perancangan bandar. Ada pepatah mengatakan "sesiapa yang menguasai matematik dan bahasa maka ia akan menguasai dunia". Perkembangan matematik ini memunculkan perala tan moden seperti komputer.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->