You are on page 1of 8

[FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT] http://prosacksblog.blogspot.

com

Falsafah Pendidikan Barat


Falsafah Pendidikan Barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan
juga aliran moden. Di antara falsafah pendidikan tradisional yang utama
ialah perenialisme danessensialisme. Manakala, falsafah pendidikan moden
yang berpengaruh ialah progresivisme, rekonstruktivisme, dan eksistensialisme.

Perenialisme

Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi


oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM).
Sebagai aliran falsafah pendidikan moden, perenialisme ini adalah dipelopori
oleh R. M. Hutchins (1899-1977), Mortimer J. Alder(I802-?) dari Amerika
Syarikat, dan Jacques Maritain (1882-1973) dari Perancis.
Mengikut ahli-ahli perenialisme, oleh kerana
pengaruh materialisms, pragmatisme dan fahaman sains, nilai moral dan
rasional manusia semakin merosot. Untuk menyelamat tamadun manusia
daripada kelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah mengutamakan
perkembangan potensi rasional individu, menolong mereka menemui prinsip-
prinsip mutlak, dan daripada itu, memahami dunia yang sebenar. Maka, tugas
utama dalam proses pendidikan ialah mendisplinkan mental dan jiwa pelajar, di
samping mengembang potensi menaakul. Sehubungan ini, membaca bahan-
bahan tulisan agung dari masa lampau merupakan tugas yang penting
bagi seseorang pelajar. Ahli perenialisme berpendapat, melalui pembacaan
tulisan-tulisan cendekiawan zaman lampau, pelajar dapat bersemuka
secara tidak langsung dengan pemikiran mereka dan mempelajari cara
memikir seperti mereka. Maka, tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan
moral, menguasai alat pembelajaran, melatih pelajar dalam 3M,
iaitu membaca, menulis dan mengira, serta mengingat petikan-petikan daripada
karya-karya agung sebagai asas kehidupan yang rasional dan matang pada masa
depan. Di samping itu, mereka berpendapat pula bahawa pendidikan
[FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT] http://prosacksblog.blogspot.com

kemanusiaan, termasuk agama, ialah mata pelajaran yang penting dan


hendaklah dipelajari terlebih dahulu daripada pendidikan sains.

Essensialisme
Essensialisme pula berasas daripada falsafah tradisional.
Pandangan pendidikan ahli-ahli essensialisme banyak dipengaruhi oleh
falsafah idealisme dan realisme. Falsafah pendidikanessensialisme ini adalah
dipelopori oleh William C. Bagley (1874-1946) dari Amerika Syariklat pada tahun
1938. Penyokong-penyokong essensialisme ialah Thomas Briggs, Frederick
Breeddan Issac L. Kandel. Selepas Russia berjaya menghantar satelitnya ke
angkasa lepas pada tahun 1957, essensialisme semakin diutamakan sebagai
pertimbangan asas dalam inovasi kurikulum sekolah.
Ahli-ahli falsafah pendidikan essensialisme, seperti James B. Conant (1893-
1978) dan Hyman George Rickover (1900-?), berpendapat fitrah manusia
sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki
untuk menjadi insan yang baik adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan
masyarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti
dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan. Mengikut
mereka, guru memainkan peranan yang utama dalam proses pendidikan,
membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa,
agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara terus menerus.
Guru hendaklah mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif
untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif membentuk iklim kondusif untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan mahir menggunakan teknik peneguhan
ataupun ganjaran dan denda. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai
kelayakan akademik yang berpatutan, emosi stabil, dan juga memahami
psikologiperkembangan kanak-kanak dan remaja. Mengikut ahli-ahli
essensialisme, ilmu diperolehi dengan berkesan adalah bergantung kepada
kerajinan dan tumpuan perhatian pelajar. Minat bukan kunci kejayaan
dalam pembelajaran. Minat boleh dipupuk selepas berusaha bersungguh-
sungguh daripada bimbingan guru secara terus-menerus. Pelajar
hendaklah memahami dan mematuhi kewibawaan dan pimpinan guru. Di
[FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT] http://prosacksblog.blogspot.com

dalam bidang kurikulum, ahli-ahli essensialisme menyarankan kurikulum


sekolah hendaklah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat; bahan-
bahan pelajaran hendaklah disediakan secara rapi dan logikal; aktiviti
pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang secara sistematik dan
mengikut sekuen yang sesuai; dan kriteria kenaikan darjah hendaklah
ditetapkan secara rapi mengikut pencapaian peperiksaan. Di dalam peringkat
sekolah rendah, pendidikan 3M, (iaitu membaca, menulis dan mengira)merupakan
perkara-perkara yang asas diikuti dengan mata pelajaran tambahan
seperti sejarah, ilmu alam, sains dan bahasa asing. Mata pelajaran yang
kurang penting ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik. Di sekolah
menengah, pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus
hendaklah diperkembangkan, diikuti dengan mata pelajaran arithmetik, algebra,
geometri, trigonometri dan kalkulus, fizik, kimia, biologi dan geologi. Seperti
sekolah rendah, mata pelajaran yang kurang penting ialah pendidikan seni,
pendidikan jasmani dan muzik, ditambah dengan mata pelajaran vokasional dan
aktiviti luar bilik darjah (iaitu aktivitikokurikulum).

Ahli-ahli essensialisme pula menyarankan nilai-nilai masyarakat termasuk


nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik, cerdekiawan dan penulisan yang terkenal
hendaklah diajar sepanjang peringkat persekolahan. Sehubungan ini, guru
hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahirandalam bidang nilai-nilai
masyarakat tradisi dan masyarakat moden.

Progresivisme

Progresivisme berasas daripada


falsafah naturalisme dan pragmatisme. Falsafah naturalisme adalah dipelopori
oleh Jean J. Rousseau (1712-1778: Perancis), Heinrich Pestalozzi (bangsa
Swiss : 1746-1827) dan Freidrich Froebel (bangsa Jerman : 1782-1852), semasa
zaman reformasi di antara tahun 1712hingga 1860.
Mengikut Rousseau, kelahiran manusia adalah suci dan semula jadi seperti kain
putih, dan coraknya pada masa depan adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh
alam sekitarnya. Maka,Teori Pembelajaran Semula Jadi, yang berasaskan
[FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT] http://prosacksblog.blogspot.com

daripada falsafah pendidikan Rousseau ini, menekankan hasil pembelajaran


seseorang adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekelilingnya. Teori
pembelajaran ini bercanggah dengan memaksa pelajar belajar seperti yang
disarankan dalam Teori Disiplin Mental. la sebaliknya menyarankan agar
menunggu timbul minatnya terhadap pembelajaran. Maka, Teori Pembelajaran
Semula Jadi menekankan keberkesanan pembelajaran bergantung
kepada kesediaan pembelajaran seseorang, yang telah menjadi salah satu prinsip
pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam masakini.
Naturalisme merupakan teras falsafah pendidikan Rousseau.
Beliau menegaskan, untuk membentuk manusia yang ideal, kita
harus ; melaksanakan pendidikan bercorak naturalisme. Di dalam alam
sekitar, mengikut kajian beliau, kedudukan orang dewasa dengan kanak-
kanakadalah berlainan. Oleh itu, di dalam aspek pendidikan, kedua-dua
kumpulan mereka hendaklah dipandang berlainan. Tambahan pula, kanak-
kanak hendaklah diajar cara yang sesuai mengikut peringkat perkembangan
umur mereka. Kanak-kanak akan menjadi mangsa sekiranya mereka
dipaksa belajar mengikut pendidikan orang dewasa.
Manakala, pragmatisme adalah dipelopori oleh John Dewey (1859-1952),
William H. Kilpatrik (1871-1965), Boyd H. Bode (1873-1953), dan Harold V.
Rugg (1886-1960) dari Amerika Syarikat.
Falsafah pragmatisme adalah dilahir daripada andaian bahawa
ilmu pengetahuan dapat diperolehi melalui cara perhubungan manusia
dengan alam sekitarnya. Ahli falsafah yang menggunakan pendekatan
pragmatik ini berpendapat bahawa sesuatu idea, prinsip atau fakta hanya boleh
dikatakan benar dan bermakna apabila idea, prinsip atau fakta itu telah diuji
secara objektif serta saintifik, dan membawa hasil yang memuaskan.
Dengan perkataan lain, kebenaran sesuatu idea, prinsip atau hukum
bergantung kepada hasil yang diperhatikan secara objektif dalam sesuatu
penyelidikan yang dijalankan.
Ahli-ahli falsafah pragmatisme, seperti Pierce dan John Dewey, berpendapat
pula bahawa cara yang paling berkesan untuk memperolehi ilmu pengetahuan
ialah menggunakan kaedah penyelesaian masalah. Mengikut mereka, usaha
[FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT] http://prosacksblog.blogspot.com

mencari penyelesaian sesuatu masalah dilahir


daripada keperluan dan minat. Aktiviti menyelesaikan masalah akan
dapat dilaksanakan dengan berkesan apabila timbulnya keperluan dan
minat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di bawah konteks
pendidikan, pendekatan pragmatik pula menjadi sesuatu kaedah mengajar dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan penggunaan kaedah
penyelesaianmasalah, pelajaran akan menjadi lebih mudah, lebih menarik dan
lebih bermakna kerana pelajaran adalah dirancang mengikut keperluan dan
minat pelajar.
Kemunculan aliran progresivisme pada tahun 1930-an adalah bertujuan
menentang pendidikan tradisional yang disifatkan sebagai pasif
dalam pembelajaran, kerana ia mengutamakan kemahiran mengingat dan
latihan yang rapi. Lantaran ini, John Dewey dan ahli-ahli progresivisme yang lain
menyarankan progresivisme untuk menentang aliran perenialisme,
khasnya mengritik autoriti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Di dalam fahaman progresivisme, pelajar merupakan peranan utama
dalam pembelajaran. Mereka berpendapat segala aktiviti pengajaran
dan pembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan minat, keperluan
dan kebolehan pelajar. Mereka menggambarkan pelajar sebagai individu yang
berpengalaman, bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri ingin tahu. Oleh itu,
mereka harus diajar dengan pendekatan kajian sosial, projek, penyelesaian
masalah dan ujikaji. Guru yang berkesan adalah guru yang memainkan peranan
sebagai pembimbing dan penasihat dengan membimbing pelajar
menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperolehi ilmu pengetahuan
melalui usaha diri sendiri. Sehubungan ini, pcrkara-perkara yang hendak
disampaikan patutlah berlandaskan minat pcngalaman dan kebolehan pelajar.
Mengikut Dewey, pendidikan di sekolah merupakan sebahagian kehidupan
harian pelajar. Maka, sekolah bukan sahaja tempat untuk memperolehi ilmu
pengetahuan, tetapi juga sesuatu tempat untuk pelajar bckerja dan hidup secara
bermasyarakat. Sehubungan ini, beliaumenyarankan mata pelajaran seperti
Kemahiran Hidup diperkenalkan dan tlipelajari dengan kaedah praktik di dalam
bengkel sekolah, demi memupuk kemahiran daya cipta di kalangan pelajar.
[FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT] http://prosacksblog.blogspot.com

Sebagai masyarakat kecil, sekolah hendaklah berperanan


untuk mendorongkan kerjasama di kalangan anggota-anggotanya di
samping mengamalkan kepimpinan demokratik dalam hal pengurusan
dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain,
ahli-ahli progresivisme menyokong penggunaan strategi kolaboratif dan koperatif
dalam aktiviti-aktiviti pendidikan. Guru hendaklah menggalakkan pelajar
mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah kerja praktik dan
pengalaman sedia ada untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai
kemahiran menyelesaikan masalah. Ilmu sains sahaja merupakan ilmu yang
sebenar. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan
berdasarkan langkah-langkah kajian sains, termasuk aplikasi prinsip "membuat
sambil belajar".Kaedah sains merupakan kaedah koperatif, dan di bawah
aplikasinya dalam kehidupanbermasyarakat ialah sesuatu kaedah bersifat
demokratik. Ini bermakna, mengikut mereka, sekolah hendaklah beroperasi
sebagai organisasi yang bercorak demokratik.

Rekonstruktivisme

Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada


aliran fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri. Pelopor utama
aliran fahaman rekonstruktivisme ialah George S. Counts (1899-1974) dam
Harold O. Rugg (1886-1960), kedua-duanya adalah penyokong pragmatisme
John Dewey.
Ahli-ahli rekonstruktivisme berpendapat falsafah pendidikan progresivisme
hanya sesuai digunakan dalam masyarakat yang stabil; oleh itu, adalah perlu
mengadakan sesuatu falsafah'krisis' seperti rekonstruktivisme untuk
menyelamat kebudayaan masyarakat yang kian diancam dan menghadapi
masalah keruntuhan. Tambahan pula, mengikut mereka, progresivisme terlalu
mementingkan pendekatan dan proses pendidikan, hingga mengabaikan objektif
dan hasilnya. Mereka berpendapat, tugas utama pendidikan hams mengandungi
objektif eksplisit, iaitu membentuk "Order Baru Masyarakat" sebagai objektif
[FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT] http://prosacksblog.blogspot.com

yang ideal, membaiki masyarakat, merealisasikan demokrasi untuk masyarakat


dan sarwa jagat, demi membawa kebajikan dan kesejahteraan untuk manusia.
Aliran fahaman rekonstruktivisme mula menjadi perhatian di dalam tahun
1950-an, apabila Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-?)
menggabungkan teori progresivisme denganbehaviorial sains sebagai asas
rekonstruktivisme. Beliau berpendapat pengalaman sebenarnya ialah
hasil interaksi manusia dengan elemen-elemen dalam alam persekitaran dan
alam sosial, di mana pengalaman individu merupakan tempat utama dalam
proses interaksi tersebut. Nilai berubah mengikut perubahan masyarakat.
Nilai yang tertinggi akan dapat dicapai apabila individu dan
masyarakat memperolehi kepuasan dalam peringkat penyempurnaan.
Sehubungan ini, sekolah seharusnya menjadi sesuatu organisasi yang
mengamalkan prinsiprekonstruktivisme. Hal ini memerlukan pelajar mematuhi
segala prinsip tingkah laku yang ditentukan dan berusaha mempertingkatkan
kualiti pembelajaran mereka. Mengikut mereka, teori progresivisme
yang menyarankan kaedah penyelesaian masalah tidak mempunyai objektif dan
nilainya, dan cara yang berkesan untuk mengkaji masalah sosial
ialah teknik perbincangan,yang akan dapat mencapai matlamat penyelesaian
masalah sosial, dan seterusnya membentuk masyarakat sosial yang harmoni
dan sempurna. Maka, teori rekonstruktivisme, di dalam usaha
membina masyarakat baru, menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi
dan kebajikan sosial manusia. Mereka percaya bahawa sekolah
boleh memainkan peranan membentuk semula masyarakat yang harmoni
dan sempurna. Maka, peranan guru bukan sahaja menyampaikan
ilmu pengetahuan, tetapi juga, yang lebih pentingnya, membawa isu-isu
sosialyang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara usahasama.
Ringkas kata, teori rekonstruktivisme menekankan teknik
perbincangan dan penggunaaan kemahiran berjikir kritis dan kreatif dalam
penyelesaian masalah. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, bahan-bahan
pelajaran hendaklah distrukturkan secara sistematik dan bersepadu. Mata
pelajaran kemanusiaan hendaklah menjadi fokus utama dalam rancangan
[FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT] http://prosacksblog.blogspot.com

kurikulum sekolah, agar membentuk pelajar yang berperikemanusiaan,


berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal.

Eksistensialisme
Aliran fahaman eksistensialisme merupakan falsafah pendidikan Barat
yang berasaskannaturalisme Rousseau dan mazhab humanis, adalah
dipelopori oleh Carl Rogers (1902-1987), dengan mengutamakan
pembelajaran kendiri dan bukan ilmu pengetahuan. Ahli-ahli
eksistensialisme berpendapat pelajar tidak patut mengorban individualiti mereka
untukmemperolehi ilmu pengetahuan. Maka, pembelajaran yang berkesan
harus mempunyai makna kepada individu yang berkenaan. Hanya melalui
cara ini, pelajar barulah berupaya bertindak berdasarkan ilmu pengetahuan
dan kefahamannya dalam situasi mengikut masa dan keadaan yang
sesuai. Mereka menekankan kurikulum yang menjadi fokus utama
hendaklah dipindahkan daripada perkara alam dunia kepada dunia personaliti.
Ini bermakna bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai-
nilainya hendaklah ditentukan oleh pelajar sendiri. Pemilihan dengan tepat atau
silap adalah tanggungjawab pelajar sendiri. Guru hendaklah menghormati
pandangan dan pemilihan pelajar dan tidak patut memaksa pelajar menerima
nilainya. Permainan yang mempunyai unsur kreatif dan pendidikan seni
mengandungi nilai etika dan estetik yang tinggi, kerana kedua-duanya
membongkar konflik di antara individualiti dengan alam persekitaran,
mencetuskan perasaan dan emosi pelajar, dan oleh itu, membolehkan pelajar
mengembangkan potensi mereka dengan sempurna. Maka, sekolah hendaklah
menyediakan peluang untuk pelajar menemui kendiri diri dan memupuk
kemahiran berfikir secara reflektif untuk menilai diri serta keupayaan disiplin diri.
Amalan falsafah pendidikan eksistensialisme banyak didapati daripada sekolah-
sekolah terbuka di Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun dan model Sekolah
Summerhill di United Kingdom.

dipetik daripada;

nota senior PAET1102 Asas Falsafah Pendidikan di Malaysia,

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI MALAYA+sumber2 internet y boleh depercayai

You might also like