STRES DALAM KALANGAN PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DAN STRATEGI MENANGANINYA STRESS AMONG

LIVING SKILLS STUDENT IN SULTAN IDRIS EDUCATION UNIVERSITY AND STRATEGY TO OVERCOME IT
ELLIAH GOMPOUL FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM Email:aleya_leeya@yahoo.com.my SUPLI EFFENDI RAHIM PROFESOR PADA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM Email:supli_effendi@fptv.upsi.edu.my

ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti punca dan tahap stres, simptom stres yang dialami dan langkah untuk menangani stress di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini melibatkan seramai 40 orang sampel yang terdiri daripada pelajar-pelajar kemahiran hidup program Sarjana Muda Kemahiran Hidup yang telah dipilih secara rawak dari fakulti Teknik dan Vokasional. Kajian yang berbentuk tinjauan ini mengumpulkan data berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan dan dijawab oleh sampel kajian. Data yang telah di kumpul, di analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 16.0 (SPSS) secara deskriptif dan inferensi seperti skor min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa punca utama stres dalam kalangan pelajar kemahiran hidup ialah disebabkan oleh faktor persekitaran (min 3.21), diikuti oleh faktor akademik (min 3.12) dan faktor peribadi (min 3.02). Manakala, simptom yang sering dialami ialah panik, takut gagal dan langkah menangani stres yang biasanya digunakan oleh kebanyakan pelajar kemahiran hidup adalah berkongsi masalah dengan keluarga dan mendekatkan diri pada Tuhan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap stres pelajar kemahiran hidup di UPSI adalah berada pada tahap sederhana. Oleh yang demikian pelajar-pelajar perlu bijak dalam menangani masalah berkaitan stres ini supaya dapat menjalankan aktiviti harian dengan mudah dan tenang.
Kata kunci : Stres di IPTA , Kemahiran hidup, Strategi, Menangani

ABSTRACT The purpose of study are to identify causes and stress level, the symptoms, method of handling stress in Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). This study involves 40 sample from Living skills education student that have been chosen randomly from faculty Technical and Vocational. Set of questionnaire has been distributed to collect data. Then, data was analyzed by using the
1

emosi dan jasmani. The main cause that contributes to stress among living skills students is learning environment factor ( mean 3. It is including descriptive and inferential statistic such as score mean and percentage. Individu lebih cenderung menilai diri dari dimensi jasad sahaja tanpa menghubungkaitkan dengan kekuasaan yang lebih besar daripada mereka. simptom yang dialami akibat stress dan strategi menangani stress dalam kalangan pelajar Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris. followed by academic or learning factor (mean 3.0 (SPSS). perkataan stres telah digunakan secara meluasnya dalam beberapa konteks yang berbeza. Fenomena stress atau tekanan juga boleh dikatakan sering wujud dalam kalangan pelajar termasuklah pelajar institusi pengajian tinggi. Based on this. Finding research indicates that stress levels among living skills students from in UPSI are at the average level. Mereka tidak terlepas daripada mengalami tekanan dalam hidup yang biasanya berkait rapat dengan pelajaran.21 ). faktor keluarga. fear of failure.Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 16. proses urbanisasi dan kejutan budaya terhadap perkembangan pemodenan yang mendadak. 2 . Secara umumnya. mental.12 ) and personal or relationship interpersonal factors (mean 3. Key words : Stress in IPTA. student themselves should overcome their stress problem through intelligent approaches so that their daily activities can be performed effectively. The method that is normally used to overcome this stress problem is shared problem with family and getting closer to god. Fenomena stress atau tekanan boleh dikatakan sering wujud dalam masyarakat moden. Stress seolah-olah menjadi suatu perkara kebiasaan dalam kehidupan seseorang individu yang terlalu sibuk dan kurang memberi perhatian dan mengambil berat kepada unsure keimanan. Strategy.1991). Tekanan bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. persekitaran dan keluarga. (Mohd salleh Lebar. The common symptoms are often caused panic. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji punca dan tahap stress. Keenggaan ini menjadi salah satu faktor yang menyebabkan seseorang individu mengalami stres yang melampau atau ketegangan yang teruk. Hal ini sekaligus akan memberi impak negatif yang mampu membahayakan kesihatan rohani. Living skills. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa. Overcome PENDAHULUAN Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Sesetengah stress mungkin memberi kesan kepada perlakuan kerja. Tekanan dan kehidupan amat berkait rapat dengan gaya hidup. Tekanan biasa dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. perwatakan seseorang.02 ).

Para responden adalah terdiri daripada pelajar program pendidikan Kemahiran Hidup. Soal selidik telah diedarkan kepada 40 responden. Selain itu. Kaedah ini digunakan kerana kos yang lebih murah dan masa yang diperuntukan juga singkat. soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan daripada responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis. Responden juga tidak tertumpuh kepada satu semester sahaja. Bahagian A) Maklumat Latar Belakang Sampel. Data kajian akan dikumpul daripada sampel melalui borang soal selidik. Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang utama. penyelidik juga boleh memperolehi data atau maklumat daripada bilangan responden yang lebih ramai dan cepat. Analisis Data Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS for windows (Statistical Packages For Social Sciences). kafe dan perhentian bas dimana responden dipilih secara rawak. Melalui kajian ini. Tanjong Malim. Perak. Keputusan kajian akan ditunjukkan dengan menggunakan jadual dan carta pie. C) Simptom akibat Stres dan D) Langkah Menangani Stres. Dalam kajian ini. B) Tahap Stres dan Punca Stres. bilik kuliah. 3 .METODOLOGI Kaedah Kajian Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan secara deskriktif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik. Seramai 40 orang pelajar telah dijadikan responden dalam populasi kajian ini. Di samping itu juga. ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi. responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan. Masa kajian yang diperlukan untuk membuat penyelidikan ialah pada masa terluang pengkaji dan dilakukan di tempat-tempat yang sesuai iaitu perpustakaan. setiap pernyataan soalan adalah mengikut Skala Likert. Tempat dan Masa Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Soalan soal selidik kajian ini terdiri daripada tiga bahagian.

keluarga. sederhana dan tinggi. Dapatan kajian ini turut sependapat dengan Ooi Yoon Phaik (2002) yang mana. Tiga tahap ditentukan iaitu tahap stres rendah. Berdasarkan skor min yang diukur. Skor min untuk punca stres paling tinggi ialah disebabkan oleh faktor persekitaran pembelajaran iaitu 3.11 Sederhana Sederhana Jadual 1: Keseluruhan Skor Min Punca dan Tahap Stres 4 . stres yang dihadapi berada pada tahap sederhana sahaja. Walaupun tahap stres untuk semua punca berada pada tahap yang sama iaitu sederhana. Oleh sebab itu. Tahap stres ini diukur dengan menjumlahkan skor sampel untuk keseluruhan soal selidik dengan 40 item. tetapi terdapat perbezaan dari segi skor min yang telah di analisis. faktor yang paling tinggi menyumbang kepada stres pelajar kemahiran hidup ialah disebabkan oleh faktor persekitaran pembelajaran diikuti dengan faktor akademik dan seterusnya faktor peribadi.02 Tahap stres Sederhana Sederhana 3 3. Tetapi jika dilihat pada setiap item dalam faktor peribadi. Item 1 2 Kenyataan Faktor Akademik Faktor Peribadi (Hubungan Interpersonal) Faktor Persekitaran Pembelajaran Keseluruhan Min 3.HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN Punca Stress Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi punca stres yang dibahagikan kepada tiga faktor iaitu faktor akademik. Di samping itu. item yang mempunyai skor min yang tinggi. kewangan.12 3.02 (tahap sederhana). dapatan kajiannya terhadap pelajar IPT menunjukkan bahawa faktor persekitaran merupakan penyumbang utama stres pelajar berbanding faktor akademik. factor peribadi (hubungan interpersonal) dan faktor persekitaran pembelajaran.21 (tahap sederhana).95 (tahap tinggi). Dapatan kajian ini bersesuaian dengan kajian Riggio (2003) yang menekankan bahawa faktor persekitaran sesebuah organisasi boleh mendatangkan masalah stres kepada individu.21 3. Berikut adalah jadual keseluruhan skor min punca dan tahap stress pelajar kemahiran hidup. sosial dan interpersonal. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan sampel pengkaji terdiri daripada pelajar kemahiran hidup tahun akhir yang sudah lama melalui tempoh pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini. iaitu menghadapi masalah menguruskan masa dengan skor sebanyak 3. skor min untuk faktor akademik ialah 3. kebanyakan sampel yang mengikuti pengajian kemahiran hidup di sini adalah majoriti minat terhadap kursus yang diambil.12 (tahap sederhana) manakala untuk faktor peribadi skor min ialah 3.

Berdasarkan pendapat Kaplan (1983) yang menyatakan bahawa stres wujud akibat daripada kegagalan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran. tambahan lagi peraturan yang ketat menyekat kebebasan pelajar untuk melakukan sesuatu. Simptom Akibat Stress Daripada 20 simptom yang disenaraikan.85. simptom panik. sukar tidur. Rajah 1 menunjukkan salah satu simptom akibat stres yang sering dialami oleh pelajar kemahiran hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris. loya yang mencatatkan skor min sebanyak 3. berat badan yang menyusut atau berat badan naik mendadak. di mana suasana belajar yang tidak memuaskan akan memberi stres kepada pelajar kerana ia boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Pendapat ini bersesuaian dengan kenyataan Shamsul (2002). berasa sesak nafas dan tangan sering menggeletar. Hatta Saidi (2002) menyatakan pengurusan masa yang betul dapat mengelakkan seseorang daripada mengalami stres. takut gagal yang mencatatkan skor min tertinggi iaitu 4.Faktor menghadapi masalah menguruskan masa menyumbang kepada stres pelajar kemahiran hidup. Ini kerana sebagai seorang pelajar. simptom stres yang selalu dialami oleh sampel ialah simptom panik. 5 . Seterusnya. Tanda-tanda fizikal yang lain menurut kajian ini ialah kaki dan tangan kerap berpeluh. takut gagal yang sering dialami oleh pelajar kemahiran hidup. Oleh kerana tidak dapat mengawal stres dengan baik. maka mereka perlu menyediakan jadual harian untuk memastikan mereka tidak membuang masa dengan begitu saja. terlalu ramai penghuni dan kotor. Diikuti simptom kedua tertinggi iaitu simptom sakit perut.10. ia akan menyebabkan individu mengalami ketegangan. Keadaan asrama atau rumah sewa yang tidak selesa seperti bising.70 merupakan simptom ketiga tertinggi. cirit-birit. Ini mungkin disebabkan pelajar terlalu memikirkan untuk melaksanakan semua perkara dalam satu masa sehingga tidak bijak menguruskan masa dengan baik dan mencampuradukkan masalah peribadi dengan pelajaran. Ini kerana mereka terlalu memikirkan masalah yang menimpa tanpa bertindak dengan sewajarnya. sembelit. Simptom hilang selera makan dan sukar untuk tidur masing-masing mencatatkan skor min 3. sedikit sebanyak mengundang stres kepada pelajar. mereka terpaksa melaksanakan tugasan yang sentiasa ada tidak kira masa sehingga sanggup berjaga malam untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Dalam kajian ini. Tuntutan persekitaran yang melampaui keupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebut akan menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannya sendiri. Pengurusan masa yang bijak akan mengelakkan pelajar berasa tertekan dalam menempuhi hidup sebagai seorang pelajar. berkemungkinan pelajar akan sentiasa berada dalam keadaan berdebar dan serabut. hilang selera makan.

Tindak balas fisiologi terhadap stres ialah menimbulkan simptom-simptom seperti sakit perut. fikiran bercelaru dan keadaan ini akan mengganggu kehidupan sebagai seorang pelajar. iaitu fisiologi. keseluruhannya berada pada tahap sederhana. antara tanda-tanda psikologi akibat stres ialah tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sebaya sehingga menimbulkan masalah untuk bergaul. mudah cemas. merasa kecewa dan berputus asa dan murung.95. 2002) Pelajar yang mengalami stres sering menghadapi masalah dari segi kesihatan.78. cepat marah dan mengalami kemurungan. Hasil analisis data menunjukkan bahawa pelajar kemahiran hidup lebih suka berkongsi masalah dengan keluarga. suka bersendirian. Manakala mendekatkan diri dengan Tuhan merupakan cara kedua yang selalu digunakan oleh sampel dalam mengendalikan perasaan tertekan atau stres iaitu skor min 3.Rajah 1 : Simptom akibat stres yang paling tinggi dialami oleh pelajar Berdasarkan analisis yang dibuat. simptom stres yang dialami oleh sampel kajian ini. Hasil analisis data menunjukkan bahawa berkongsi masalah dengan keluarga yang selalu digunakan oleh sampel dalam menangani stres dengan skor min yang paling tinggi iaitu 3. Ini mungkin disebabkan terlalu memikirkan tentang pelajaran dan masalah peribadi sehingga mendatangkan stres. mudah marah. Menurut Kasmini (1992). sedih. psikologi dan tingkah laku. cirit-birit. Strategi Menangani Stress Kajian yang telah menyenaraikan 10 item yang dikenal pasti berkaitan langkah atau tindakan dalam menangani stres. Hal ini menunjukkan pelajar kemahiran hidup lebih mengutamakan dan rapat dengan ahli keluarga masing-masing dan menjadikan mereka sebagai individu tempat berkongsi masalah yang dihadapi. Tindak balas psikologi pula terhadap stres ialah perubahan-perubahan emosi yang berlaku seperti perasaan tidak puas hati. Manakala item yang ketiga tertinggi ialah beriadah iaitu skor min sebanyak 3. sembelit. gelisah. dan loya (Fatimahwati. Ini mungkin disebabkan pelajar kemahiran hidup masih boleh mengawal masalah stres yang dihadapi dengan baik dan sekarang semangat pelajar lebih kuat. Simptom stres boleh dikenal pasti berdasarkan tiga kategori tindak balas. Ia merupakan cara positif (produktif) yang selalu digunakan oleh responden 6 .80.

Walaupun tahap stres dalam kalangan sampel kajian ini adalah sederhana. kerohanian dan fizikal tercapai agar ianya selari dengan 7 . wirid. Selain itu. namun usaha-usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak di universiti bagi memastikan tahap stres pelajar adalah terkawal serta mampu menguruskan pembelajaran di universiti secara efektif. Rajah 2: Strategi menangani stres yang paling tinggi digunakan oleh pelajar Langkah mendekatkan diri kepada tuhan turut dijadikan strategi yang sering digunakan oleh pelajar kemahiran hidup dalam menangani stress. berdoa.dalam menangani masalah stres. Langkah lain yang biasa dilakukan oleh pelajar kemahiran hidup ialah berfikiran positif apabila menghadapi pelbagai dugaan selagi bergelar pelajar di mana pelajar kemahiran hidup bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar dengan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan cuba melakukan yang terbaik di dalam sesuatu perkara. maka faktor penyebab stres dan kesannya kepada mereka haruslah diberi perhatian secara komprehensif oleh pelbagai pihak di universiti bagi memastikan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai aspek seperti mental. emosi. hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar kemahiran hidup merupakan golongan yang mudah terdedah kepada stres dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan mereka di universiti. Secara keseluruhannya keputusan kajian menunjukkan pelajar mengambil tindakan yang positif dalam menangani masalah stres. KESIMPULAN DAN CADANGAN Secara rumusannya. Rajah 2 menunjukkan strategi menangani stress yang selalu digunakan oleh pelajar kemahiran hidup apabila menghadapi stress. tidur juga merupakan cara digunakan oleh pelajar kemahiran hidup untuk melegakan stres kerana dengan tidur pelajar dapat melupakan sekejap masalah stres yang dihadapi. Oleh kerana pelajar merupakan aset yang paling berharga di universiti. Kajian ini juga telah menentukan punca-punca utama penyebab stres dalam kalangan pelajar kemahiran hidup program Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran hidup dan simptomsimptom stres yang dialami serta langkah-langkah menangani yang biasanya digunakan apabila berhadapan dengan stres. Cara ini sependapat dengan kajian yang dibuat oleh Harussani (2004) yang mendapati bahawa dengan bersolat. berzikir dan mengaji al-Quran boleh mengubat emosi yang tertekan dan resah gelisah.

tempat tinggal dan sebagainya. kelas pertama yang berkualiti.penyelesaian masalah dan sebagainya. memandangkan kajian ini menggunakan sampel yang terhad dan dilakukan dalam masa yang singkat.hasrat universiti untuk menghasilkan graduan yang berilmu. berkaliber. Kelab pembimbing rakan sebaya (PRS) juga mesti diaktifkan dan dapat memainkan peranan dengan lebih baik untuk pelajar-pelajar melibatkan diri untuk mengatasi stress yang dialami.pengkaji mengharapkan pada masa akan datang kajian lain dapat dilakukann dengan menggunakan saiz sampel yang besar dan lebih banyak universiti dilibatkan dalam membuat kajian. Oleh itu. Bagi kementerian pendidikan Malaysia adalah dicadangkan agar meneliti maklumat-maklumat yang diperoleh daripada kajian ini terutamanya maklumat yang berkaitan dengan persekitaran universiti yang mempengaruhi tahap stress pelajar berdasarkan faktor demografi seperti jantina. gemilang. Selain itu. cemerlang dan terbilang akan terlaksana. Maklumat-maklumat ini sangat berguna terutamanya dalam menggubal dasar-dasar berkaitan dengan pendidikan negara.mental.seminar akademik dan sebagainya supaya dapat membuka minda para pelajar. Penyelidik juga mencadangkan supaya memperhebatkan kempen-kempen.gemilang dan terbilang. Malah ia mencakupi lebih banyak persoalan yang bersangkutan dengan implikasi daripada stress yang dialami serta penggunaan strategi menangani stress. 8 . Antara cadangan yang boleh diperbaiki oleh pengkaji pada masa akan datang antaranya ialah Kewujudan Unit bimbingan dan Kaunseling di setiap universiti juga perlu di maksimumkan kefungsiannya bagi meningkatkan keyakinan diri dalam menempuhi sesuatu cabaran dan dugaan.tingkah laku dalam pelbagai aspek kehidupan dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang cemerlang. penyelidik ingin memberikan beberapa cadangan atau saranan bagi mengatasi dan membina serta memantapkan lagi kajian pada masa akan datang. Daripada kesimpulan yang telah dibincangkan.sesi ceramah. latar belakang keluarga. Selain itu pelajar juga dapat memanfaatkan PRS di universiti untuk tujuan pelajaran. Pengkaji membuat beberapa cadangan supaya kajian berkaitan stress serta penggunaan strategi dapat diteruskan dengan lebih intensif. Ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang berktrampilan dari segi emosi.

2001. Fadilah Zaini dan Nor Akmar Nordin. Kaplan.” Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Pengurusan Stress Menurut Perspektif Islam. (ed. Bangi: Jabatan Psikologi UKM. Zakaria. (2002). “Menangani Tekanan. Institut Pembangunan Pengurusan Johor dan IKIM. 2004. Politeknik Shah Alam. H.. “Menguruskan Stress Pendekatan yang Praktikal. Ooi. “ Pengurusan Tekanan Di Kalangan Remaja. “ Analisis Faktor Penyebab Stres Di Kalangan Pelajar.R. New Jersey. Yahaya Mahamood & et al.. 9 . B.).Prentice-Hall. (2007). Shamsul Bahrain Haron (2002). (1988).” UTM : Tesis Sarjana. “Stress Factors to Reported Academic Performance and Burnout. Kasmini Kassim (1992).” New York: Academic Press. “Tekanan di Tempat Kerja.” Wacana Wanita di Yayasan Dakwah Islamiah Kuala Lumpur 21 Jun 2001 Anderson.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.” Seminar Kaunseling dan Psikologi Remaja 2002.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hatta Saidi Mohamed Hatta Shahrom (2002). E. Mastura Mahfar. Fatimahwati Halim (2002). B.” 4th edition. 1983. (2003). Riggio.BIBLIOGRAFI Ainshah Omar.D. “Introduction to Industrial/Organizational Psychology. Satu Tinjauan dari Perspektif Islam.” Dalam Pasca Sidang Seminar Psikologi PSIMA 2. Yoon Phaik. E.” Journal of Education. Harussani Hj. “Pengurusan Stress. pada 27-28 Julai 2004. “Psychosocial Stress Trends In Theory And Research. “Stress and Anxiety among Engineering Students and NonEngineering Students at UTM. “Psikiatri Kanak-Kanak.” Jurnal Kemanusiaan: Universiti Teknologi Malaysia. and Cole. Kertas Kerja.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful